View
44
Download
6
Category
Preview:
DESCRIPTION
sn
Citation preview
TAJUK : KURIKULUM SAINS MENENGAH DAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN SAINS
SINOPSIS
HASIL PEMBELAJARAN
1
Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pelajar tentang
kurikulum Sains Menengah. Bidang kajian meliputi pengertian sains, sejarah
perkembangan pendidikan sains di Malaysia, kurikulum Sains KBSM dan kurikulum Sains
terkini serta penelitian Huraian Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Menengah. Pelajar-
pelajar juga akan didedahkan dengan pendekatan pengajaran dan pembelajaran sains
yang merangkumi aplikasi teori-teori pembelajaran serta model-model pengajaran dan
pembelajaran.
Di akhir topik ini, pelajar dapat :
1. Menerangkan sains sebagai pembelajaran yang merangkumi proses, hasil dan
sikap.
2. Menghuraikan sejarah perkembangan sains di Malaysia.
3. Memperihalkan isi kandungan dan konsep-konsep sains yang terkandundalam
kurikulum Sains Sekolah Menengah.
4. Menghuraikan pembelajaran berasaskan projek (PBL) dan kemahiran Pedagogi
Sains Abad 21 dalam pengajaran dan pembelajaran sains.
5. Menghubung kait teori-teori dan model-model pengajaran dan pembelajaran
dengan pembelajaran sains.
1.1 Pengenalan kepada sains
1.2 Sejarah perkembangan pendidikan sains di Malaysia
1.3 Kurikulum sains KBSM
TAJUK1 KURIKULUM SAINS DI MALAYSIA
1.1 Pengenalan kepada sains
Rajah 1 : Gambaran definisi sains
[Sumber: http://undsci.berkeley.edu/article/0_0_0/whatisscience_01]
Apakah Sains ?
Setiap individu mendefinisikan sains dari perspektif berbeza. Oleh itu, sains boleh
didefinisikan mengikut tiga kategori iaitu :
Masyarakat umum mendefinisikan sains sebagai satu badan yang mengandungi maklumat-maklumat saintifik.
Saintis melihat sains sebagai prosedur di mana hipotesis perlu diuji kebenarannya.
Ahli falsafah melihat sains sebagai satu cara menyoal kebenaran/apa yang
perlu kita tahu.
2
Jika anda menerokai definisi sains, anda mungkin akan berjumpa dengan pelbagai definisi
sains. Antaranya :
Sains berupa analisis fenomena alam tabii secara bersistem, mantik, dan
objektif dengan kaedah khusus yang diperantikan untuk mewujudkan
penumpukkan pengetahuan yang boleh dipercayai. (Shaharir, 2000)
Sains ada di mana-mana, digunakan setiap masa, menakutkan, boleh menjadi
bahaya/membunuh, satu proses penemuan, penerokaan, naluri untuk belajar
lebih lanjut, pembelajaran teori, membuat hipotesis, menarik, menyeronokkan,
mahal, menguntungkan, simbol intelektual dan status
( Fleer & Hardy, 1996)
Ilmu pengetahuan mengenai struktur, tingkah laku secara semulajadi dan dunia
fizikal. Ia berdasarkan fakta yang boleh dibuktikan (Kamus Oxford)
Ilmu pengetahuan yang sistematik yang boleh diuji dan dibuktikan kesahihannya
(Kamus Dewan)
Sains adalah satu set sikap dan cara memikirkan fakta (B.F. Skinner, 2005)
Sains adalah satu sistem untuk mengetahui alam sekeliling iaitui pengumpulan
data melalui pemerhatian dan eksperimen (Carin & Sund, 1989)
Uji Minda
Rajah : Contoh Idgham Ma’al Ghunnah
3
Jelaskan maksud sains melalui contoh atau kejadian berikut.a. salji atas gunungb. melihat cerminc. mengayuh sampan
Daripada definisi yang pelbagai, kita boleh simpulkan bahawa sains terdiri daripada tiga elemen yang utama iaitu :
Proses Produk Sikap/Nilai
Rajah 2 : Hubungkait antara elemen utama dalam Sains
Sains Sebagai Proses
Proses sains merujuk kepada cara kerja yang diamalkan oleh ahli sains semasa mengumpul
dan mentafsir maklumat. Cara kerja ini dikenali sebagai kaedah saintifik.
Rajah 3 : Kaedah Saintifik [Sumber:
http://www.sciencebuddies.org/science-fair-projects/project_scientific_method.shtml]
4
Soalan kajian
Buat kajian tentang masalah
Bina hipotesis
Uji hipotesis melalui eksperimen
Analisa data dan buat kesimpulan
Hipotesis diterima Hipotesis tidak diterima
Fikir ! Cuba semula
Buat laporan kajian
Buat kajian tentang masalah
Perlu diingat kaedah ini tidak bersifat linear. Ini bermakna langkah-langkah yang diikuti tidak
satu hala. Anda boleh undur ke langkah sebelumnya jika tidak dapat jawapan kepada
masalah yang dikaji.
Sekiranya kita mahu mengunakan kaedah saintifik ini kita perlu menguasai kemahiran
saintifik terlebih dahulu. Kemahiran saintifik merupakan alat untuk mengkaji persoalan sains.
Ianya terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Kemahiran proses
sains merupakan cara kita berfikir manakala kemahiran manipulatif adalah cara kita bekerja
semasa proses sains itu dilaksanakan. Salah satu objektif kurikulum sains adalah memupuk
pelajar menjadi seorang saintis. Bagi mencapai hasrat itu, pelajar ini perlu dilatih supaya
dapat menguasai kemahiran saintifik. Adalah diharapkan dengan latihan dan kemahiran ini
maka pelajar tersebut dapat menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Apabila kita hendak memperlihatkan sains sebagai proses, tentunya kita perlu menyediakan
ruang dan peluang bagi pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti hands-on, minds-on dan
hearts-on. Melalui aktiviti yang sedemikian, barulah kanak-kanak akan dapat menguasai
dan memahirkan kemahiran saintifik mereka.
Sains sebagai proses akan akan memperihalkan alam semulajadi dengan menggunakan
ujian empirikal dan analitikal. Setiap prinsip sains hanya akan diterima oleh komuniti sains
sekiranya disokong oleh bukti empirikal. Saintis akan menjalankan proses sains bagi
memperolehi pengetahuan sains.
Oleh itu sains sebagai satu proses dapat disimpulkan seperti berikut :
Memahami maklumat sains adalah lebih penting daripada menghafal isi
kandungan sains.
Kemahiran saintifik adalah alat asas untuk memahami sains
Proses sains sangat ditekankan dalam memperoleh ilmu pengetahuan sains
Menggunakan prosedur dan analisis empirikal untuk menjelaskan mengenai
alam sekeliling
Melibatkan aktiviti ’hands-on’, ’minds-on’ dan ’hearts-on’
Melibatkan pembentukan hipotesis, merancang, mengeksperimen, mengumpul
data dan menganalisis sebelum membuat rumusan
5
FAKTA
KONSEP
PRINSIP
HUKUM
TEORI
Sains Sebagai Produk
Saintis telah mengumpul data untuk berabad-abad lamanya. Daripada data tersebut saintis
telah menyusunnya sebagai fakta, konsep, prinsip, hukum dan teori.
Rajah 4: Susunan hierarki produk sains
Sains Sebagai Sikap
Elemen yang ketiga dalam sains adalah sikap dan nilai. Sikap saintifik dalam sains adalah
tanggapan mental terhadap seseorang, objek, matapelajaran atau kejadian. Sikap terhadap
sains penting sebab sekiranya sikap pelajar kita positif terhadap sains, mereka akan
bersedia untuk menerima proses pembelajaran sains dengan mudah.
Aktiviti 1
Secara berpasangan dengan rakan anda, bina satu peta konsep bagi merumuskan
definisi sains
Pengetahuan Sains
Pengetahuan sains merangkumi fakta, konsep, prinsip, hukum dan teori. Anda sebagai guru
sains perlu tahu membanding bezakan antara fakta, konsep, prinsip, hukum dan teori. Ianya
dapat digambarkan sebagaimana di dalam Jadual 1.
6
PRODUK SAINS HURAIAN
Fakta SainsFakta adalah penyataan khusus tentang sesuatu objek atau
insiden. Kita memperolehinya melalui pemerhatian dan
pengukuran.
Contohnya;
kucing jenis Parsi yang dipelihara di rumah tidak pandai
mencari tikus
semua planet berbentuk bulat
Ada 2 kriteria yang digunakan untuk mengenalpasti fakta
saintifik:
1) Dapat diperhatikan secara langsung
2) Boleh dibuat demonstrasi pada bila-bila masa diperlukan
Konsep Sains Konsep adalah idea abstrak yang dibina tentang kejadian, objek,
atau fenomena yang mempunyai sifat atau ciri yang sepunya
antara mereka.
Contohnya burung mempunyai ciri-ciri sepunya yang dapat
membezakannya daripada reptilia dan mamalia
Prinsip Dan Hukum Sains
Prinsip dan hukum pula adalah idea kompleks berdasarkan
kepada beberapa konsep yang berkaitan. Hukum sains
menerangkan bagaimana sesuatu kejadian terjadi. Contohnya;
Hukum Graviti Newton digunakan untuk meramal tingkahlaku
objek yang jatuh.
Teori Sains Teori mengandungi prinsip-prinsip umum yang berkaitan untuk
menerangkan sesuatu fenomena. Tujuan sesuatu teori adalah
untuk menerangkan sesuatu berdasarkan bukti. Teori boleh
digunakan untuk menerang, menghubungkait, dan meramal.
Contohnya; teori kinetik jirim menyatakan bahawa semua jirim
terdiri daripada partikel yang seni yang dipanggil atom.
Pergerakan atom-atom berbeza-beza dalam pepejal, cecair dan
gas.
Jadual 1 : Produk sains
7
Tentukan samada penyataan berikut adalah fakta sains, prinsip atau teori.Bumi berputar di atas paksinya.Gerhana matahari berlaku bila bulan berada di antara bumi danMatahari.Tenaga boleh diubah daripada satu bentuk ke bentuk yang lain.Kutub magnet yang bertentangan akan menarik antara satusama lain.Bagi setiap tindakan, terdapat tindakan yang sama kuat dan arah yang bertentangan.
Sains Dan Teknologi
Dua istilah ini sering digunakan dan kadang-kala tidak dapat dipisahkan. Oleh itu, adalah
perlu jika para pendidik memahami lebih mendalam dan dapat membanding bezakan antara
kedua-dua istilah tersebut.
Ada banyak contoh teknologi. Misalnya alatan saintifik, gajet dan mesin merupakan contoh
teknologi yang mudah dan ada di sekeliling kita. Sains pula membolehkan kita mengetahui
sesuatu konsep. Misalnya melalui pengetahuan sains kita tahu bahawa objek yang bulat
adalah lebih senang bergolek berbanding objek yang berbentuk segitiga dan segiempat.
Manakala teknologi memberikan kita jalan untuk menyelesaikan masalah kita dalam
kehidupan seharian. Dengan adanya ciptaan teknologi, sesuatu kerja dapat dilakukan
dengan lebih pantas, mudah dan ringkas. Malah pada peringkat yang lebih tinggi, teknologi
meliputi sesuatu yang lebih luas seperti sistem, organisasi dan teknik. Contohnya dalam
pembiakbakaan dan proses pengklonan memerlukan teknologi yang tinggi. Oleh itu,
teknologi dianggap sebagai satu ‘aplikasi sains’. Walaupun teknologi banyak membantu
meningkatkan kualiti hidup manusia, namun perlu diingat sekiranya ia disalahgunakan ianya
akan mengancam dan memudaratkan kehidupan sejagat.
Secara amnya, sains boleh dianggap sebagai ilmu pengetahuan untuk memahami
fenomena alam semulajadi. Manakala, teknologi melibatkan rekabentuk produk atau sistem
yang akan mempengaruhi kualiti kehidupan manusia. Teknologi menggunakan ilmu
pengetahuan sains sebagai asas dalam penciptaan sesuatu barang/produk. Oleh itu,
8
dapatlah dikatakan bahawa sains dan teknologi adalah dua bidang yang saling
bergantungan antara satu sama lain dan mempunyai beberapa persamaan dan perbezaan
dan digambarkan seperti berikut :
Persamaan antara sains & teknologi
Bermula beribu-ribu tahun dahulu
Melibatkan penyiasatan bersistematik
Membina makna daripada dapatan penyiasatan
Hasil sentiasa diperbaiki
Perbezaan antara sains & teknologi
Sains Aspek Teknologi
Tertumpu kepada alam
semulajadi
Punca Penyiasatan Masalah penyesuaian
kepada persekitaran
Menjelaskan fenomena
alam
Tujuan Menyelesaikan masalah
penyesuaian
Analisis Kemahiran Sintesis
Menjalankan eksperimen Kaedah Penyelesaian masalah
Idea dalam bentuk konsep,
prinsip,teori
Hasil Rekaan yang mengatasi
had keupayaan manusia
Saintis Pakar Jurutera
Jadual 2 : Perbezaan sains dan teknologi
Literasi Sains
Masih ingatkah anda tentang perbincangan kita mengenai kaedah saintifik sebagaimana
yang digambarkan dalam Rajah 4. Sebenarnya, kaedah saintifik bukan sahaja digunakan
untuk menyelesaikan masalah saintifik. Ianya juga boleh diaplikasikan dalam penyelesaian
masalah yang kita hadapi dalam kehidupan seharian. Cara yang sistematik dalam
penyelesaian masalah dapat membantu kita membuat keputusan dalam kehidupan seharian
kita. Keadaaan ini disebut literasi sains (celik sains).
9
Rajah 5 : Definisi literasi sains
[Sumber : Skamp (2004)]
Dalam erti kata yang lain, literasi saintifik bermaksud individu tersebut boleh bertanya,
mencari atau mendapatkan jawapan terhadap persoalan yang muncul di dalam kehidupan
seharian manusia disebabkan naluri ingin tahu dalam diri seseorang. Individu tersebut
mempunyai kebolehan untuk membincangkan, menjelaskan dan meramalkan fenomena
semulajadi.
Mereka yang mempunyai literasi sains yang tinggi juga boleh menilai kualiti maklumat
saintifik berdasarkan sumber dan kaedah yang digunakan. Mereka juga boleh
mempersoalkan sesuatu perkara berdasarkan bukti yang kukuh.
Pada pendapat anda mengapa setiap daripada kita perlu mempunyai sifat literasi sains?
Salah satu sebab utama ialah kerana kita bergantung terhadap aplikasi sains yang
berkembang pesat dari masa ke semasa. Dengan itu pengetahuan saintifik dan teknologi
kita perlu seiring dengan perkembangan zaman.
10
Individu yang literasi sains
Minat dan memahami alam sekitar
Terlibat dalam aktiviti
sainsDapat
mengenalpasti masalah
dan melakukan
penyiasatan
Dapat membuat
kesimpulan berdasarkan
bukti
Persoalan yang sukar
dapat dibuktikan
secara saintifik
Dapat membuat keputusan mengenai
persekitaran, kesihatan
dan kehidupan
1.2 Sejarah Perkembangan pendidikan Sains di Malaysia
Sains Sekolah Menengah: Mengimbas kembali
Perkembangan Pendidikan Sains dalam meningkatkan perkembangan sosioekonomi dan
taraf hidup masyarakat di negara telah tercatat dalam Pernyataan Jawatankuasa
Perancangan Pelajaran Tinggi,1966 (para 100).
“ Kepentingan ilmu sains dan teknologi dalam memajukan kedua-dua sumber (tenaga
manusia dan alam tidak boleh diperingankan. Satu asas yang kukuh dalam mata pelajaran
sains dengan kadar tenaga manusia secukupnya membuat pengkhususan dalam berbagai-
bagai lapangan sains adalah penting bukan sahaja untuk penyelidikan tetapi juga untuk
pembangunan”
Sejak diperkenalkan pada zaman penjajah, Pendidikan Sains di negara kita telah mengalami
banyak perubahan. Sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan pada tahun 1939 oleh Kerajaan
Negeri-Negeri Selat dan Melayu Bersekutu telah menggubal tujuan pendidikan sains dan
menyusun sukatan pelajaran Sains (Malaya, 1940). Walau bagaimanapun, Jabatan
Pendidikan ketika itu cuma menawarkan kursus empat tahun Sains Am di sekolah
menengah yang terdapat bilik dan kemudahan untuk mengajar Sains serta mempunyai guru
Sains yang berkelayakan. Pada masa itu cuma terdapat sebuah sekolah sahaja dalam
Negeri Melayu Bersekutu yang dapat menawarkan kursus Sains tersebut (Malaya, 1948).
Pelaksanaan Pendidikan Sains terhenti semasa Perang Dunia Kedua. Selepas perang,
kursus Sains Am telah dijadikan sebahagian daripada kurikulum di semua sekolah
menengah berasaskan sukatan pelajaran Britain ketika itu.
Selepas merdeka, dasar ini telah diperkemas dan diperluaskan dengan adanya kesedaran
tentang peranan pendidikan sains dalam pembangunan ekonomi dan sosial. Sejak
Rancangan Malaysia Kedua lagi, kerajaan telah memberi penekanan dan komitmen
terhadap Pendidikan Sains dan Teknologi. Kepentingan Pendidikan Sains juga telah tercatat
dalam laporan Jawatankuasa Pendidikan Razak 1956, Jawatankuasa Pendidikan Rahman
Talib 1960 dan Jawatankuasa Pendidikan Kabinet 1979.
Kementerian Pelajaran sejak 1960-an telah mengambil langkah untuk meningkatkan kualiti
pendidikan sains. Oleh itu, beberapa perubahan terhadap kurikulum sains telah dilakukan,
antaranya termasuk Projek Khas Sains Sekolah Rendah, Kurikulum Sains Paduan Sekolah
11
Menengah Rendah dan Kurikulum Sains Tulen Moden (Biologi, Fizik, Kimia dan Rampaian
Sains) bagi Sekolah Menengah, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
dan Kurikulum Sains Sekolah Menengah (KSSM).
Dalam sejarah perkembangan pendidikan sains sekolah menengah di Malaysia,
ia boleh disimpulkan bahawa perubahan kurikulum adalah satu inovasi
(Kementerian Pelajaran dan UNESCO, 1988; SEAMEO-RECSAM, 1983; SEAMEO-
RECSAM, 1973). Perubahan ini juga merupakan multidimensi iaitu melibatkan
sekurang-kurangnya tiga dimensi dalam pelaksanaannya (Fullan, 1991).
Komponen-komponennya adalah seperti berikut:
penggunaan bahan-bahan kurikulum yang disemak semula atau baharu
atau berteknologi
penggunaan pendekatan baharu;
pengubahsuaian kepercayaan, contohnya, andaian pedagogi dan teori
berkenaan polisi baharu atau inovasi.
Kurikulum Tradisi Sains Sekolah Menengah
Pada awal 1950-an sehingga akhir 1960-an, kurikulum tradisi mata pelajaran sains terlalu
mementingkan fakta. Murid-murid yang keluar daripada kursus tradisi ini tidak mempunyai
kefahaman tentang sains tetapi mempunyai pengetahuan fakta yang luas. Kerja-kerja
makmal menyediakan latihan untuk mengembangkan kemahiran manipulatif dan bukan
menyediakan latihan untuk pemikiran saintifik. Tegasnya, kursus sains tradisi terlalu
memberi penekanan kapada pengetahuan dan sangat kurang memberi penekanan kepada
proses.
Kelemahan besar dalam pelajaran sains tradisi adalah tidak menggambarkan ilmu sains
seperti yang diamalkan oleh ahli-ahli sains sama ada dari segi kandungan mahupun kaedah.
Matlamat pengajaran dan pembelajaran sains tradisi pula tidak dinyatakan dengan jelas
dalam sukatan pelajaran, selain bertujuan menyediakan murid-murid untuk sesuatu
peperiksaan. Kurikulumnya merupakan satu sukatan pelajaran yang menyenaraikan isi
kandungan yang perlu diajar, diikuti satu penerangan umum tentang kerja amali.
Kurikulum Sains Moden
12
Dalam keghairahan untuk mengejar pembangunan serta meletakkan harapan yang tinggi
pada pendidikan sains, Kementerian Pelajaran telah memperbaiki mata pelajaran sains di
sekolah menengah. Untuk mempercepatkan proses perubahan kurikulum, keputusan dibuat
untuk mengadaptasi kurikulum inovatif dari barat. Kurikulum Sains Moden mula
diperkenalkan di sekolah menengah pada 1969. Kurikulum itu ialah:
Sains Paduan untuk Sekolah Menengah Rendah yang diubahsuai daripada Scottish
Integrated Science. Sukatan pelajaran ini mula diperkenalkan pada 1969 kepada 22
buah sekolah dan beransur-ansur kepada semua sekolah selepas itu.
Sains tulen moden iaitu biologi, fizik dan kimia untuk sekolah menengah atas
diperkenalkan pada 1972 kepada 10 buah sekolah. Sukatan pelajaran ini diubah suai
daripada kursus Nuffield ‘0’ Level biologi, fizik dan kimia dari England.
Rampaian Sains Moden untuk Sekolah Menengah bagi aliran Sastera yang
diperkenalkan pada tahun 1974. Sukatan pelajaran ini juga diubahsuai daripada
Nuffield General Science dari England.
Dalam Kurikulum Sains Moden Tulen dan Rampaian Sains Moden, aktiviti makmal
dirancang agar murid dapat mengambil bahagian yang aktif dalam menyelesaikan masalah.
Melalui pendekatan ini murid diharapkan dapat menyelesaikan masalah sains serta masalah
yang akan dihadapi dalam kehidupan seharian. Perubahan yang dibuat di dalam kurikulum
Sains bukan sahaja dari aspek kandungan tetapi juga dari aspek kaedah mengajar. Guru
terpaksa membuat beberapa penyesuaian, iaitu dari segi isi dan kaedah mengajar, dan
mengubah suai aktiviti serta idea baru yang diambil daripada Barat kepada suasana sekolah
tempatan.
Perbezaan yang paling ketara antara kurikulum Tradisi dan Moden adalah kaedah
pengajaran dan pembelajaran seperti yang dijelaskan dalam petikan berikut (Laporan
Kabinet 1979):
“Perbezaan yang terdapat ialah dari segi pendekatan dan kaedah mengajar kerana Sains
Paduan dan Sains Moden kedua-duanya menitikberatkan fahaman dan proses
penyampaian mengikut tertib maujud kepada yang mujarad atau senang kepada yang
susah. Bahan-bahan pengajaran disesuaikan dengan kebolehan murid dan dalam
pengajaran hari-hari, guru lebih menggunakan kerja-kerja amali”.
13
Pelaksanaan kurikulum Sains Moden adalah di atur secara berperingkat, bermula dari
beberapa buah sekolah percubaan hinggalah ke semua sekolah. Pada mulanya,
pengguguran kurikulum lama diterima dengan baik. Apabila lebih banyak sekolah turut
terlibat, satu suasana keasingan mula menyerap di kalangan beberapa pihak. Pelaksanaan
Kurikulum Sains Moden menghadapi pelbagai masalah seperti yang terdapat dalam
Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979).
...sungguhpun telah ramai guru dilatih untuk mengajar mata pelajaran ini tetapi mutu
pendidikan Sains pada keseluruhannya belumlah dapat dikatakan memuaskan.
Pendekatan dan kaedah pengajaran baru yang digunakan bagi mata pelajaran sains
memerlukan kemudahan fizikal seperti radas dan bilik makmal kerana penekanannya yang
lebih terhadap kerja-kerja amali. Namun kemudahan ini masih belum dapat dilengkapkan
dengan sepenuhnya terutama di sekolah-sekolah luar bandar.
Mengapa Perlukan Perubahan kepada Kurikulum Sains Moden?
Perubahan-perubahan ini bertujuan membaiki mutu pendidikan sains di sekolah menengah.
Antara objektifnya adalah untuk:
Mengemaskinikan kandungan Sains dan menggunakan bahan tempatan di mana
sesuai.
Menggunakan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan inkuiri/penemuan,
berpusatkan murid dan berorientasikan aktiviti.
Memperluaskan kefahaman konsep dan penggunaan kepada situasi kehidupan
sebenar.
Pada masa itu terdapat beberapa rasional mengapa pengubahsuaian kurikulum dibuat
(Subahan et. al.,1988). Antaranya termasuklah:
Matlamat dan objektif kursus itu mengikut perkembangan semasa dan relevan
dengan kehidupan seharian serta mempunyai pendekatan yang konsisten dengan
falsafah dan amalan moden. Kursus ini mudah disesuaikan dengan keadaan
tempatan.
Sistem pelajaran yang diwarisi itu masih sama dengan Britain. Selain itu,
Kementerian Pelajaran juga mempunyai penasihat dari Britain yang bertindak
sebagai pakar rujuk, bersedia untuk memberi sokongan dan latihan dalam
persediaan dan pelaksanaan kurikulum tersebut.
14
Kementerian Pelajaran juga berpendapat adalah lebih baik mengubahsuai sesuatu
yang telah wujud daripada membina sesuatu yang baru. Tambahan pula pada masa
itu kita kekurangan pakar tempatan yang mahir dan berpengalaman.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
Kementerian Pelajaran mula memperkenalkan KBSM pada tahun 1989. KBSM memberi
penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu ke
arah melahirkan insan yang seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara (Malaysia,
1988a).
Mata pelajaran Sains dalam KBSM bertujuan membekalkan pelajar dengan pengetahuan
dan kemahiran Sains, mengembangkan daya pemikiran saintifik serta memupuk nilai-nilai
murni untuk membolehkan mereka memahami dan menghargai sains dan aplikasinya dalam
kehidupan. Ia juga bertujuan supaya pelajar berkeupayaan menyelesaikan masalah harian
bagi membentuk warganegara yang bertanggungjawab (Malaysia,1988b). KBSM juga
memberi penekanan kepada kemahiran saintifik yang meliputi kemahiran proses Sains dan
kemahiran manipulatif.
Objektif mata pelajaran Sains KBSM hampir sama dengan objektif mata pelajaran Sains
sebelumnya kecuali dari aspek penegasan. Tumpuan yang lebih diberi kepada
pembentukan nilai-nilai sains dan amalan. Nilai dan amalan ini berkait dengan penggunaan
pengetahuan sains dan aplikasi teknologi dalam membuat keputusan bagi kesejahteraan
manusia dan keseimbangan alam. Objektif ini adalah selaras dengan pemupukan nilai-nilai
murni yang bertitik tolak daripada hakikat bahawa manusia harus memainkan peranan
sebagai insan yang bertanggungjawab dan bijaksana dalam menguruskan alam. Satu aspek
lagi yang dititikberatkan adalah berkomunikasi secara jelas. Ini selaras dengan penekanan
terhadap pengajaran bahasa Melayu merentasi kurikulum.
Latihan
15
1. Bandingkan perkembangan kurikulum Sains Paduan , Sains Nuffield dan
Sains Moden dengan Sains KBSM dari segi objektif dan strategi pengajaran
dan pembelajaran.
2. Apakah kelebihan yang terkandung dalam kurikulum Sains KBSM?
Mengapa Perlukan Perubahan Kurikulum?
Perkembangan dan pembaharuan kurikulum Sains mengambil kira perubahan dan
kehendak semasa untuk meningkatkan kecemerlangan dalam pendidikan Sains. Langkah-
langkah yang diambil setakat ini telah menjadikan kurikulum Sains sekolah setanding
dengan kurikulum Sains di negara maju. Perubahan telah dibuat pada isi kandungan,
objektif dan pendekatan. Dua perubahan besar yang telah dibuat adalah dari segi objektif
pendidikan Sains, iaitu:
Penekanan kepada penguasaan proses sains dan kemahiran manipulatif, sikap
saintifik dan nilai murni serta penggunaan Sains dalam kehidupan seharian. Bidang-
bidang lain turut diberi penekanan bersama dengan penguasaan ilmu pengetahuan.
Pembelajaran kefahaman lebih diutamakan daripada belajar secara hafalan.
Kedua-dua perubahan di atas telah membawa implikasi terhadap pendekatan mengajar dan
penilaian. Sejauhmana perubahan ini dapat direalisasikan di dalam bilik darjah sebenar
sangat bergantung kepada penerimaan sekolah dan guru-guru. Kejayaan kurikulum ini juga
bergantung kepada kesediaan para pelajar. Struktur sains adalah dalam bentuk hierarki dan
diajar mengikut struktur sistem persekolahan iaitu dari peringkat rendah ke peringkat
menengah atas hingga universiti. Penguasaan isi kandungan baharu sangat bergantung
kepada ilmu pengetahuan yang sedia ada yang telah dipelajari sebelumnya. Secara
umumnya pencapaian dalam sains sangat bergantung kepada dua faktor, iaitu cara
mengajar dan belajar.
Perbincangan
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
Pelaksanaan Proses Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI) merupakan satu dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas
16
Bincangkan mengapa kurikulum sains sentiasa berubah-ubah?
Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002 di bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-4,
Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Ini adalah bagi merealisasikan wawasan kerajaan untuk
menjadikan Malaysia negara maju pada tahun 2020.
Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains
dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar
keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai
taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era
globalisasi. Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi
asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara.
Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian
maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa
Inggeris. Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan
penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.
Satu surat pekeliling iktisas Bil.11/2002 menjelaskan bahawa dasar ini diperkenalkan pada
tahun 2003 dan permulaannya ialah pelajar tahun satu, pelajar tingkatan satu dan pelajar
tingkatan enam rendah. Seterusnya pengajaran menggunakan Bahasa Inggeris
diperluaskan kepada semua pelajar secara berperingkat di Sekolah Kebangsaan dan
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil hingga tingkatan enam atas di Sekolah Menengah
Kebangsaan di seluruh Malaysia. Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk
peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008
Kerajaan telah menggariskan dua matlamat utama pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris iaitu membolehkan pelajar
mendalami dan memahami dua bidang ilmu itu secara lebih berkesan sekaligus
dimanfaatkan untuk pembangunan serta kemajuan negara. Selain itu, matlamatnya juga
untuk membantu pelajar meningkatkan penguasaan dalam bahasa berkenaan berbanding
hanya mempelajarinya melalui mata pelajaran itu sendiri.
Pengajaran Sains dalam bahasa Inggeris melibatkan perubahan komponen organisasi
pengajaran dalam kurikulum sains. Perubahan itu adalah pertukaran bahasa pengantar dari
Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris dan penggunaan ICT dan bahan-bahan interaktif
multimedia sebagai bahan bantu mengajar (BBM).
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) akan dilaksanakan pada tahun 2017 dalam
17
usaha melonjak sistem pendidikan negara dan merupakan kesinambungan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang telah pun bermula pada tahun 2011.
Kurikulum baru itu dirangka berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi memastikan murid
dan pelajar yang dilahirkan oleh sistem persekolahan di negara ini memiliki kemahiran yang
diperlukan untuk bersaing di peringkat global. Ia merangkumi dimensi intelek, emosi dan
fizikal setiap murid serta menekankan aplikasi pengetahuan serta perkembangan pemikiran
kritis, kreatif dan inovatif selain memberi peluang melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan
kurikulum.
Pengenalan kurikulum baru itu juga selaras dengan pemansuhan Penilaian Menengah
Rendah (PMR) mulai tahun 2014 serta perubahan penilaian ke atas murid tahun enam yang
tidak lagi dibuat berdasarkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
semata-mata.
Ini kerana mulai 2016 juga gred pencapaian UPSR murid tahun enam tidak akan lagi
ditentukan melalui peperiksaan awam sahaja tetapi digabung sekali dengan pentaksiran
sekolah dan pentaksiran pusat.
Pelaksanaan kurikulum baru ini pula akan melalui tiga fasa iaitu gelombang satu (2012-
2015) iaitu fasa persediaan, gelombang kedua (2016-2020) iaitu fasa pelaksanaan dan
gelombang ketiga (2021-2025) iaitu fasa pentaksiran.
Menurut Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, sebagai
persiapan sebelum memperkenalkan kurikulum baru itu kementerian akan memurnikan
kurikulum sedia ada dan mempergiatkan sokongan kepada guru bagi meningkatkan sistem
penyampaian. KSSM ini menunjukkan sedikit perubahan dari segi mata pelajaran yang
ditawarkan di peringkat Menengah Rendah di samping perubahan dari segi isi kandungan
mata pelajaran tersebut.
Pelaksanaan KSSM membawa transformasi kepada:-
Perubahan sukatan semua mata pelajaran.
Perubahan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Mengurangkan fokus peperiksaan.
Konsep Transformasi Kurikulum Sekolah Menengah adalah berasaskan prinsip KBSM yang
sedia ada:-
18
Kesinambungan pendidikan rendah dan menengah.
Pendidikan umum untuk semua murid.
Penggunaan ilmu disiplin yang ada.
Kesepaduan antara unsur JERI.
Penekanan nilai-nilai murni.
Peluasan dan peningkatan penggunaan Bahasa Malaysia.
Pendidikan sepanjang hayat.
Perubahan Kurikulum Sekolah Menengah kepada:
Reka bentuk kurikulum
Organisasi kurikulum
Kandungan kurikulum
Penekanan kepada kemahiran abad ke-21
Kesan positif KSSM
Memberi peluang kepada semua pelajar melalui proses pembelajaran mengikut
kemampuan sendiri.
Memupuk sikap pelajar untuk bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri
menerusi aktiviti eksplorasi.
Menyerlahkan potensi pelajar.
Membentuk pelajar seimbang dari segi akademik dan kesukanan
Melayari Internet
19
Melayari laman web berikut untuk mengumpul maklumat mengenai Kurikulum
Standard Sekolah Menengah(KSSM)
1. http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php
2. http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120912/pe_07/Kurikulum-
baru-mulai-2016#ixzz2AlgEB6zk
Perbincangan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Renungan
Ibnu Sina adalah seorang ilmuwan Islam di abad pertengahan
yang mempunyai banyak kepakaran. Ketika berusia sepuluh
tahun, Ibnu Sina telah menghafal ayat-ayat suci Al-Quran dan
menguasai ilmu Al-Quran serta berbagai ilmu lainnya. Setiap ilmu
yang dipelajarinya lekat dalam fikirannya. Dalam usia yang masih
remaja, dia telah menguasai ilmu tafsir, perubatan, falsafah, logika,
matematik, astronomi, muzik dan lain-lain
20
1. Pendidikan sains KBSM dapat melahirkan masyarakat yang saintifik dan
progresif pada tahun 2020. Bincangkan pernyataan ini.
2. Anda diminta untuk menganalisa sejarah perkembangan kurikulum sains di
Malaysia seterusnya membuat refleksi tentang kekuatan dan kelemahan
kurikulum-kurikulum tersebut.
Aktiviti 1
1.3 Kurikulum Sains KBSM
Falsafah Pendidikan Sains Negara
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sains di Malaysia memupuk
budaya Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu
yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan
keterampilan teknologi.
Pernyataan Misi Pendidikan Sains
Mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang cenderung ke arah saintifik dan
21
a. Huraikan secara ringkas pernyataan ‘Pendidikan suatu usaha berterusan’
b. Dengan menggunakan peta minda, senaraikan ciri-ciri yang terdapat dalam
unsur
i. Intelek
ii. Rohani
iii. Emosi
iv. jasmani
c. Dengan menggunakan peta konsep, senaraikan ciri-ciri rakyat Malaysia yang
i. berilmu
ii. berketerampilan
iii. berakhlak mulia
iv. bertanggungjawab
v. berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
vi. dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran,
keluarga, masyarakat dan negara
berteknologi dan untuk membangunkan sumber manusia yang terlatih, dinamik dan produktif
dan yang boleh menyumbang ke arah menjadikan negara ini sebuah negara maju yang
terkemuka.
Cabaran ke 6 wawasan 2020
Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan
memandang ke depan, yang bukan sahaja pengguna teknologi tinggi tetapi juga
menyumbangkan kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
Matlamat
Matlamat kurikulum Sains sekolah menengah adalah bertujuan untuk membekalkan murid
dengan pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi serta membolehkan mereka
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam kehidupan seharian berdasarkan
sikap saintifik dan nilai murni.
Murid yang telah mengikuti kurikulum sains sekolah menengah akan memperolehi asas
sains yang membolehkan mereka memperolehi pendidikan lanjutan dalam sains dan
teknologi secara rasmi dan tidak rasmi.
Kurikulum ini juga bertujuan untuk membangunkan masyarakat yang bertanggungjawab,
dinamik dan berdaya maju dengan membudayakan sains dan teknologi secara semulajadi
dalam menangani pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Objektif
Kurikulum Sains sekolah menengah membolehkan murid:
1. Memperolehi pengetahuan tentang konsep dan prinsip sains serta
menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena alam semulajadi dan
pengalaman harian.
2. Memahami perkembangan dalam bidang sains dan teknologi.
3. Menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.
4. Mengaplikasikan pengetahuan sains dan kemahiran saintifik secara kritis dan kreatif
5. berasaskan sikap saintifik dan nilai murni dalam penyelesaian masalah dan
membuat keputusan.
22
6. Menangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi serta bersedia memberi
sumbangan kepada perkembangan sains dan teknologi.
7. Menilai maklumat mengenai sains dan teknologi dengan bijak dan berkesan.
8. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.
9. Menyedari kepentingan saling bergantungan di antara hidupan dan pengurusan
alam semula jadi untuk kelangsungan hidup manusia.
10. Menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap pembangunan negara dan
kesejahteraan manusia sejagat.
11. Menyedari bahawa penemuan melalui penyelidikan sains adalah usaha manusia
berasaskan kemampuan akal untuk memahami fenomena alam ke arah mencapai
kesejahteraan hidup manusia sejagat.
12. Mewujudkan kesedaran ke atas kepentingan kasih sayang kepada alam sekitar dan
memainkan peranan dalam pemuliharaan dan pemeliharaannya.
Aktiviti 2
Kemahiran Saintifik
Sains mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Dalam proses inkuiri dan
menyelesaikan masalah, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir digunakan. Kemahiran
saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti mengikut
kaedah saintifik seperti menjalankan eksperimen dan projek. Kemahiran saintifik terdiri
daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.
Kemahiran Proses Sains
23
1. Dengan menggunakan pengurusan grafik yang sesuai, terangkan hubungan
antara objektif Kurikulum Sains KBSM dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2. Misi Pendidikan Sains di Malaysia adalah untuk memupuk budaya Sains dan
Teknologi dan untuk memperoleh pengetahuan dan kecemerlangan teknologi.
Pada pendapat anda, bagaimana kurikulum sains KBSM dan KSSR akan
membantu merealisasikan aspirasi ini?
Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang membolehkan murid mempersoalkan sesuatu
dan mencari jawapan secara bersistem. Kemahiran proses ini terdiri daripada kemahiran
yang mudah kepada yang kompleks. Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran proses
sains diberi seperti dalam Jadual 3.
Memerhati Menggunakan deria penglihatan, pendengaran,
sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat
tentang objek dan fenomena.
Mengelaskan Mengumpulkan objek atau fenomena berdasarkan
persamaan dan perbezaan melalui pemerhatian.
Mengukur dan
menggunakan
nombor
Membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan
menggunakan nombor dan alat berunit piawai.
Pengukuran menjadikan pemerhatian lebih jitu.
Membuat
inferens
Membuat kesimpulan awal yang munasabah yang
mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan
sesuatu peristiwa atau pemerhatian
Meramalkan Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa
berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu
atau data yang boleh dipercayai.
Berkomunikasi Menggunakan perkataan atau simbol grafik seperti
jadual, graf, rajah atau model untuk menerangkan
tindakan, objek atau peristiwa.
Menggunakan
perhubungan
ruang dan masa
Memperihalkan perubahan parameter seperti lokasi,
arah, bentuk, saiz , isipadu, isipadu, berat dan jisim
sesuatu objek dengan masa.
Mentafsirkandata
Memberi penerangan yang rasional tentang objek,
peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan.
Mendefinasi
secara operasi
Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan
menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan
Mengawal
pemboleh ubah
Mengenalpasti pemboleh ubah dimanipulasikan,
pemboleh ubah bergerak balas dan pemboleh ubah
yang dimalarkan. Dalam sesuatu penyiasatan satu
pembolehubah dimanipulasikan untuk memerhatikan
hubungannya dengan pemboleh ubah yang bergerak
balas. Pada masa yang sama pemboleh ubah yang lain
dimalarkan.
24
Membuat
hipotesis
Membuat sesuatu penyataan umum tentang hubungan
antara pemboleh ubahy ang difikirkan benar bagi
menerangkan sesuatu peristiwa. Pernyataan ini boleh
diuji untuk membuktikan kesahihannya.
Mengeksperimen Merancang dan menjalankan aktiviti untuk menguji
sesuatu hipotesis, mengumpulkan data, mentafsirkan
data sehingga mendapat rumusan daripada aktiviti itu.
Jadual 3: Kemahiran Proses Sains
Kemahiran Manipulatif
Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang
membolehkan murid melakukan perkara yang berikut:
menggunakan dan mengendalikan bahan dan peralatan sains dengan betul.
mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.
melakar spesimen, bahan dan peralatan sains dengan tepat.
membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.
menyimpan bahan dan peralatan sains dengan betul dan selamat.
Sumber : Utusan Malaysia
Kemahiran Berfikir
25
Berfikir merupakan satu proses mental yang memerlukan individu menggabungjalinkan
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ada pada dirinya bagi membolehkannya
memahami dan mencorak alam sekeliling. Salah satu objektif sistem pendidikan negara
adalah untuk mempertingkat daya berfikir di kalangan murid. Objektif ini boleh dicapai
melalui kurikulum yang menekankan pembelajaran berfikrah. Pengajaran dan pembelajaran
yang menekankan kemahiran berfikir dan strategi berfikir adalah teras kepada pembelajaran
berfikrah. Pembelajaran berfikrah boleh dicapai jika murid dilibatkan secara aktif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam proses ini aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang dirancang dapat mencungkil minda murid dan mendorongnya untuk
berfikir agar mereka dapat mengkonsepsikan, menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan. Kemahiran berfikir boleh digolongkan kepada pemikiran
kritis dan pemikiran kreatif. Seseorang yang berfikir secara kritis akan sentiasa menilai
sesuatu idea dengan sistematik sebelum menerimanya. Seseorang yang berfikir secara
kreatif mempunyai daya imaginasi yang tinggi, berupaya menjanakan idea yang inovatif dan
asli, serta boleh mengubah suai idea dan produk yang sedia ada. Strategi berfikir
merupakan proses berfikir aras tinggi yang melibatkan beberapa langkah dan setiap langkah
melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Strategi berfikir merupakan fungsi
utama dan matlamat akhir kepada proses berfikir.
Mutiara kata Albert Einstein
Kemahiran Berfikir Kritis
Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikir adalah seperti Jadual 4 :
Mencirikan Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan
unsur sesuatu konsep atau objek.
26
“Aku berfikir terus menerus berbulan bulan dan bertahun tahun, sembilan puluh
sembilan kali dan kesimpulannya salah. Untuk yang keseratus aku benar.”
Cubaan 1:
Rajah 1
Dengan menggunakan rajah pancaran, tuliskan ciri-
ciri yang terdapat pada haiwan dalam Rajah 1.
Membandingkan
dan membezakan
Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan
kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu
objek atau peristiwa.
Cuba 2:
Rajah 2
Perhatikan dua helai daun dalam Rajah 2 yang diambil
dari pohon yang berlainan. Cari persamaan dan
perbezaan antara dua helai daun ini.
Mengumpulkan
dan
mengelaskan
Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau
fenomena kepada kumpulan masing-masing
berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat
sepunya.
Cuba 3:
Diberi item-item yang berikut:
Gelas, bata, kerusi, songkok, pukat, cawan porselin,
baju hujan, pen dan pensil.
Kelaskan item-item ini.
Membuat urutan Menyusun objek dan maklumat mengikut tertib
berdasarkan kualiti atau kuantiti ciri atau sifatnya
seperti saiz, masa, bentuk atau bilangan.
Cuba 4:
Berikut adalah senarai kerja untuk membuat teh tarik.
Binakan satu rentetan yang munasabah daripada
27
senarai ini.
Pasang api dapur, isi air dalam cerek, letak cerek di
atas dapur, selepas mendidih padamkan api,
masukkan teh dalam penapis, masuk air dalam kole,
masukkan penapis dalam koleh berisi air, masuk susu
dalam koleh, kacau ramuan dalam kolah, tarik.........
Menyusun
mengikut
keutamaan
Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib
berdasarkan kepentingan atau kesegeraan.
Cuba 5:
Anda diberikan senarai beberapa item:
Cerek, seterika, radio, perakam video, lampu
berpendafluor dan televisten. Susun item tersebut
mengikut keutamaan penggunaan alat elektrik di
rumah anda dan terangkan mengapa
Menganalisis Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada
bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu
konsep atau peristiwa serta mencari makna yang
tersirat.
Cuba 6:
Buat analisis bagi kenyataan berikut: “Internet adalah
penting dalam kehidupan”
Mengesan
kecondongan
Mengesan pandangan atau pendapat yang
berpihak kepada atau menentang sesuatu.
Cuba 7:
Anda dikehendaki mengesan kecondongan dalam
petikan iklan di bawah.
Kamia ada cara...
Cetusan! Inilah penawar yang dinanti-nantikan oleh
anda sekalian. Anda pasti telah mencuba pelbagai
penawar untuk mengurangkan berat badan anda tetapi
kurang atau tidak berkesan langsung atau berat badan
anda datang semula selepas berhenti memakan ubat
berkenaan. Nah!, anda sekarang berpeluang mencuba
Cetusan. Sejenis ramuan herba asli yang boleh
28
mengurangkan berat badan anda, tanpa perlu berlapar
atau melakukan senaman. Anda tidak perlu risau
kalau-kalau berat badan datang semula selepas
berhenti memakan Cetusan. Kajian telah
membuktikannya. Ikut sahaja panduan kami dan
jadilah ahli Kelab Cetusan untuk badan yang langsing
sepanjang hayat. Belum cuba belum tahu, sudah cuba
hendak selalu.
Menilai Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari
segi kebaikan dan keburukan, berdasarkan bukti atau
dalil yang sah.
Cuba 8:
Anak anda meminta supaya dihantar ke kelas tuition
bagi mata pelajaran Fizik. Adakah anda menerima
atau menolak permintaan tersebut.
Membuat
kesimpulan
Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian
yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis.
Cuba 9:
Ahmad telah menjalankan satu eksperimen untuk
mengkaji gerak balas tumbuhan terhadap cahaya. Dia
telah menyediakan dua buah kotak besar yang
masing-masing mempunyai satu lubang kecil di
dindingnya. Dalam kedua-dua kotak ini diletakkan
anak-anak benih kacang. Kotak yang pertama
diletakkan di luar bilik darjah. Kotak yang kedua di
letak dalam almari. Pemerhatian dibuat selepas
beberapa hari.
Rajah 3 menunjukkan keadaan sebenar selepas
beberapa hari. Apakah yang boleh dibuat daripada
pemerhatian ini?
29
Rajah 3
Jadual 4
Kemahiran Berfikir Kreatif
Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikir kreatif adalah seperti Jadual 5 :
Menjanakan idea Menghasilkan idea yang berkaitan dengan sesuatu
perkara.
Cuba 10:
Di sekolah anda terdapat banyak bahan buangan
pepejal. Anda dikehendaki menguruskan bahan
buangan ini secara sistematik dan berfaedah. Beri
pandangan anda bagaimana untuk menguruskan
bahan buangan ini.
Menghubungkaitkan
Membuat perkaitan dalam sesuatu keadaan atau
peristiwa untuk mencari sesuatu struktur atau corak
hubungan.
Cuba 11:
Suatu projek perumahan sedang dijalankan
berhampiran Kg. Sentosa. Kg Sentosa merupakan
30
sebuah kampung tersusun. Penduduk Kampung mula
bersungut sebab sungai yang terdapat di situ tidak lagi
boleh digunakan seperti dulu. Di samping itu keadaan
persekitaran tidak lagi senyaman dahulu. Ini mungkin
disebabkan banyak pokok-pokok telah ditebang.
Apabila hujan turun, kampung mereka dilanda banjir
dan ini menimbulkan kesulitan. Kenapa banjir berlaku?
Membuat inferens Membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang
mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan
sesuatu peristiwa atau pemerhatian.
Cuba 12:
Seorang jejaka dan seorang wanita yang memakai
baju berwarna yang sama kelihatan berjalan seiringan.
Di suatu persimpangan jalan, mereka berpisah menuju
ke arah yang berlainan. Apakah inferens boleh dibuat
mengenai situasi tersebut.
Meramalkan Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa
berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu
atau data yang boleh dipercayai..
Cuba 13:
Sekumpulan pelajar telah mendapati jisim sejenis biri-
biri berumur sama yang diternak di kawasan beriklim
sederrhana, mediteranean dan tropika adalah
berbeza-beza. Mereka memperolehi data seperti
dalam Jadual 1.
Iklim Purata Jisim (kg)
Sederhana 65
31
Mediteranean 54
Tropika 39
Jadual 1
Sekiranya biri-biri Malaysia diternak di England,
apakah perubahan lapisan lemak biri-biri tersebut?
Mengitlakkan Membuat pernyataan umum terhadap sesuatu perkara
untuk keseluruhan kumpulan berdasarkan
pemerhatian ke atas sampel atau beberapa sampel.
Contoh:
Buat penitlakan rancangan TV1, TV2 dan TV3 di
Malaysia pada hari Isnin seperti dalam Jadual 2.
Rancangan TV1 TV2 TV3
Berita / / /
Filem /
Dokumentasi / / /
Komedi /
Agama /
Pendidikan /
Sukan /
Jadual 2
Pengitlakan: Ketiga-tiga saluran ada menyiarkan
rancangan berita dan dokumentasi pada hari Isnin.
Membuat gambaran mental
Membuat tanggapan atau membayangkan sesuatu
idea, konsep, keadaan atau gagasan dalam minda
atau fikiran.
Cuba 14:
Bayangkan apa yang terjadi di tempat anda berada
sekarang jika berlaku gempa bumi secara tiba-tiba.
32
Mensintesiskan Menggabungkan unsur yang berasingan untuk
menghasilkan satu gambaran menyeluruh dalam
bentuk seperti pernyataan, lukisan dan artifak.
Cuba 15 :
Rajah 4 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji
proses pengaratan besi. Radas tersebut dibiarkan
beberapa hari. Paku besi daripada bekas manakah
yang berkarat? Apakah kesimpulan dari proses di atas
terhadap paku besi?
Rajah 4
Membuat hipotesis Membuat suatu pernyataan umum tentang hubungan
antara pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi
menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa.
Pernyataan ini boleh diuji untuk membuktikan
kesahihannya.
Contoh:
Rajah 5 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji
hubungan antara jisim dan tempoh ayunan.
33
Rajah 5
Keputusan eksperimen ini adalah seperti Jadual 3.
Jisim Plastisin, m (g) Tempoh, T (s)
250 20
500 40
750 60
Jadual 3
Nyatakan hipotesis eksperimen ini.
Menganalogikan Membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep yang
kompleks atau abstrak secara mengaitkan konsep
itudengan konsep yang mudah atau maujud yang
mempunyai ciri yang serupa.
Cuba 16:
Molekul udara dalam belon yang sedang dipanaskan
boleh diibaratkan sebagai:
A. Pelajar yang sedang bersukan di padang pada
waktu tengah hari yang panas terik.
B. Penumpang dalam sebuah bas apabila berlaku
kebakaran kecil
C. Sekumpulan burung dalam sangkar yang
dibina khas berterbangan selepas mengalami
kejutan bunyi satu letupan.
D. Buah karom yang bergerak selepas dilanggar
oleh buah karom yang lain dalam satu
permainan karom.
Mereka cipta Menghasilkan sesuatu yang baru atau melakukan
34
pengubahsuaian kepada sesuatu yang sedia ada
untuk mengatasi masalah secara terancang.
Cuba 17:
Cadangkan bahan yang diperbuat daripada kulit
kerang yang boleh dipasarkan.
Jadual 5
Strategi Berfikir
Strategi berfikir merupakan proses berfikir yang lebih kompleks berbanding dengan
kemahiran berfikir. Ia merupakan fungsi utama dan matlamat akhir kepada proses berfikir.
Penerangan tentang setiap strategi berfikir adalah seperti Jadual 6:
Mengkonsepsikan Membuat pengitlakan ke arah membina pengertian, konsep atau
model berdasarkan ciri spesifik sepunya yang saling berhubung
kait.
Rajah 6: Carta alir langkah mengkonsepsikan
Contoh:
Anda dibekalkan dengan sebatang rod besi, bikar, air, sebiji belon
yang berisi dengan gas hidrogen. Kaji bahan tersebut dan bina
35
konsep jirim.
Untuk mengkonsepsikan, langkah-langkah dalam carta alir Rajah
6 diikuti:
1. Maklumat : Besi, air, gas hidrogen dalam belon dan bikar
2. Ciri-ciri sepunya bagi besi, air, gas hidrogen dalam belon
dan bikar
a. mempunyai jisim
b. boleh menepati ruang
3. Kelaskan ciri-ciri
a. mempunyai jisi m
b. menepati ruang
4. Menghubungkaitkan ciri mempunyai jisim dan menepati
ruang bagi besi, air, gas hidrogen dalam belon dan bikar.
Bahan yang mempunyai jisim dan menepati ruang
dinamakan jirim
5. Contoh lain: Minyak, gas oksigen, loyang
(ketiga-tiga item mempunyai jisim dan menepati ruang)
Bukan contoh: Bayang, imej
(kedua-dua item tidak mempunyai jisim dan menepati
ruang)
6. Bina konsep sebenar
Jirim adalah bahan yang mempunyai jisim dan menepati
ruang
Membuat
keputusan
Memilih satu alternatif penyelesaian yang terbaik daripada
beberapa alternatif berdasarkan kriteria tertentu bagi mencapai
matlamat yang ditetapkan.
36
Rajah 7: Carta alir membuat keputusan
Contoh:
Ahmad tinggal di rumah teres satu tingkat, lot tengah Taman
Sentosa. Beliau mendapati pengudaraan di rumahnya kurang baik
menyebabkan keadaan di dalam rumahnya sangat panas
terutama pada waktu tengahari. Cadangkan beberapa kaedah
untuk membantu Ahmad mengatasi masalah tersebut. Antara
kaedah yang dicadangkan, manakah yang terbaik? Mengapa?
Untuk membuat keputusan carta alir dalam Rajah 7 digunakan.
1. Matlamat
Memperbaiki sistem pengudaraan dalam rumah
2. Alternatif
a. Lohong udara
b. Alat ventilasi
c. Buat banyak tingkap
d. Siling yang berlubang kecil
3. Analisis semua alternatif
37
a. Kos
Alternatif Kos (RM)
Lohong udara 1 x RM 2500.00 = RM 2500.00
Alat ventilasi 2 x RM 500.00= RM 1000.00
Buat banyak tingkap 2 x RM 300.00=RM 600.00
Siling yang berlubang kecil
= RM 200.00
b. Kesan jangka panjang/pendek
Alternatif Kesan Kos
Lohong udara
- Ruang dalam rumah lebih cerah
- Udara keluar-masuk banyak
- Tidak mudah rosak
- Debu dan tempias hujan masuk ke dalam rumah
kos tinggi- Pembelian- Penyenggaraan
Alat ventilasi
- Perlu penjagaan rapi.
- Pergerakan udara secara perolakan sangat baik.
- Berfungsi sepanjang masa.
Kos tinggi- Pembelian- Penyenggaraan
Buat banyak tingkap
- Udara keluar masuk banyak.
- Ruang rumah cerah perlu di tutup disebabkan cuaca dan keselamatan:
Kos rendah
38
hujan, malam pencuri, serangga.
Siling yang berlubang kecil
- Udara panas dapat keluar melalui siling.
- Udara panas dan udara terperangkap di bumbung dan mengotorkan rumah.
Kos rendah
Jadual 4
4. Susun alternatif mengikut keutamaan.
a. Alat ventilasi.
b. Banyak tingkap.
c. Siling berlubang.
d. Lohong udara.
5. Pilih sekurang-kurangnya dua alternatif yang terbaik.
a. Alat ventilasi.b. Banyak tingkap.
6. Nilai alternatif yang telah dipilih berdasarkan kriteria
tertentu rujuk Jadual 8
a. Alat ventilasi
Kebaikan Wajaran Keburukan Wajaran
- Pergerakan udara secara perolakan sangat baik.
- Berfungsi sepanjang masa.
10
10
Kos tinggi
Perlu penyenggaraan
4
4
20 8
39
b. Banyak tingkap
Kebaikan Wajaran Keburukan Wajaran
- Banyak udara keluar dan masuk
- Ruang rumah lebih cerah
- Kos rendah
6
54
- Tidak boleh dibuka sepanjang masa sebab cuaca dan keselamatan
10
15 10
7. Buat keputusan dengan memilih satu alternatif terbaik.
Ahmad memilih untuk membeli alat ventilasi kerana
wajaran kebaikan alat ventilasi adalah lebih tinggi dan
wajaran keburukan adalah lebih rendah. Risiko membuat
tingkap adalah tinggi kerana ia melibatkan keselamatan,
kesihatan dan kewangan.Manakala alat ventilasi hanya
melibatkan kewangan.
Menyelesaikan
masalah
Mencari penyelesaian yang tepat secara terancang terhadap
situasi yang tidak pasti atau mencabar ataupun kesulitan yang
tidak dijangkakan.
40
Rajah 8: Carta alir penyelesaian masalah
41
Contoh:
Rajah 9 menunjukkan sebuah bongkah kayu yang diletakkan di
atas suatu satah condong. Cadangkan bagaimanakah bongkah
kayu dapat menuruni satah condong itu dengan lebih mudah?
Rajah 9: Satah condong
Untuk menyelesaikan masalah langkah carta alir dalam Rajah 8
diikuti.
1. Masalah
Menurunkan bongkah kayu menerusi satah condong
dengan lebih mudah.
2. Penjelasan
Geseran antara permukaan bongkah kayu dengan
permukaan satah condong menghalang pergerakan
bongkah kayu di atas satah condong.
3. Alternatif Penyelesaian
Cara Mengurangkan geseran: menggunakan roda, minyak
pelicir, alas bebola, penggelek, tali dan lain-lain.
4. Operasi Penyelesaian
Melakukan eksperimen
5. Membuat keputusan
Memilih cara yang paling mudah bagi bongkah kayu
menuruni satah.
Jadual 6
Menaakul
Selain daripada kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang tersebut, kemahiran menaakul
merupakan satu lagi kemahiran yang diutamakan. Kemahiran menaakul ialah kemahiran
yang digunakan untuk membuat pertimbangan secara logik, rasional, adil dan saksama.
Penguasaan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan strategi berfikir menjadi lebih mudah jika
42
seseorang itu berkebolehan membuat penaakulan secara induktif dan deduktif.
Renungan
Gaya seorang saintis. Einstein memang seorang saintis
yang terkemuka dan disanjung tinggi kerana kepintaran
dan kebijaksanaannya yang tiada tandingan sehingga kini.
Beliau banyak membina idea yang tidak mudah difaham
oleh orang yang tidak mempunyai daya pemikiran dan
taakulan seperti mana yang beliau tunjukkan.
Penaakulan Induktif
Membuat pertimbangan dari beberapa contoh atau situasi yang spesifik untuk membuat satu
kesimpulan atau pengitlakan.
Contoh
Rajah 6 menunjukkan gambar haiwan. Kumpulkan dan buat kesimpulan berasaskan ciri
sepunya haiwan tersebut.
Rajah 6
Untuk membuat penaakulan secara induktif kita perlu:
1. Teliti beberapa contoh dan situasi yang spesifik.
Senaraikan ciri haiwan dalam setiap gambar: badan berbulu, telinga bercuping,
bersisik, berekor, berkaki empat.
2. Perhatikan ciri yang sepunya
43
Jadual 7
3. Buat satu kesimpulan atau pengitlakan.
Lima kumpulan haiwan diperolehi seperti dalam Jadual 7.
Setelah diimbas kembali, lima kumpulan ini boleh dikurangkan kepada dua
kumpulan dengan menggunakan ciri pembeza iaitu kulit bersisik, badan berbulu dan
telinga bercuping.
Kesimpulan yang boleh dibuat ialah terdapat dua kumpulan iaitu:
a. Kumpulan C iaitu haiwan dengan ciri badan berbulu, telinga bercuping,
berkaki empat dan berekor.
b. Kumpulan D iaitu haiwan dengan ciri bersisik, berkaki empat dan berekor.
Rajah 7: Lima kumpulan haiwan
44
Penaakulan Deduktif
Membuat pertimbangan dari satu situasi umum ke beberapa contoh atau situasi yang
spesifik.
Contoh
Jadual 8 menyenaraikan ciri haiwan dalam kelas mamalia dan reptilia. Berdasarkan ciri
yang dinyatakan, padankan haiwan dalam Rajah 7 kepada kelas masing-masing.
Mamalia Reptilia
berkaki empat
badan berbulu
berekor
telinga bercuping
berkaki empat
bersisik
berekor
Jadual 8
Untuk membuat penaakulan secara deduktif kita perlu:
1. Teliti situasi umum
2. Daripada situasi umum dapatkan contoh atau situasi yang spesifik
Contoh spesifik haiwan mamalia dan reptilia (Rujuk Rajah 8)
45
Rajah 8
Lembu, tupai dan kucing adalah mamalia kerana mempunyai ciri berkaki empat,telinga
bercuping dan badan berbulu.Buaya dan biawak adalah reptilia kerana mempunyai ciri
berkaki empat, berekor dan bersisik.
Rajah 9 memberi gambaran keseluruhan tentang kemahiran berfikir dan strategi berfikir.
Rajah 9: Model KBSB dalam Sains
Penguasaan kemahiran berfikir dan strategi berfikir (KBSB) melalui pengajaran dan
pembelajaran sains boleh dikembangkan melalui peringkat berikut :
1. KBSB diperkenalkan.
2. KBSB dipraktikkan dengan bimbingan guru.
3. KBSB dipraktikkan tanpa bimbingan guru.
4. KBSB diaplikasikan ke situasi baru dan diperkembangkan dengan bimbingan guru.
5. KBSB digunakan bersama dengan kemahiran yang lain untuk mencapai tugasan
berfikir.
Penerangan lanjut tentang peringkat penerapan KBSB dalam sains diberi dalam Buku
Panduan Penerapan Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Sains ( Pusat Pembangunan Kurikulum, 1999).
46
Perkaitan antara kemahiran Berfikir dan Kemahiran Proses Sains
Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang diperlukan untuk mencari jawapan kepada
sesuatu masalah atau membuat keputusan secara bersistem. Ia merupakan satu proses
mental yang menggalakkan pemikiran secara, kreatif, analitis dan sistematik. Penguasaan
kemahiran proses sains bersama dengan sikap dan pengetahuan yang sesuai menjamin
keupayaan murid untuk berfikir secara berkesan.
Untuk menguasai kemahiran proses sains, seseorang perlu menguasai kemahiran berfikir
yang berkaitan. Kemahiran berfikir utama yang berkaitan dengan setiap kemahiran proses
sains adalah seperti Jadual 9:
Kemahiran Proses Sains Kemahiran Berfikir
Memerhatikan Mencirikan
Membandingkan dan membezakan
Menghubungkaitkan
Mengelaskan Mencirikan
Membandingkan dan membezakan
Mengumpulkan dan mengelaskan
Mengukur dan menggunakan
nombor
Menghubungkaitkan
Membandingkan dan membezakan
Membuat inferens Menghubungkaitkan
Membandingkan dan membezakan
Menganalisis
Meramalkan Menghubungkaitkan
Membuat gambaran mental
Menggunakan perhubungan ruang
dan masa
Membuat urutan
Menyusun mengikut keutamaan
Mentafsir data Membandingkan dan membezakan
Menganalisis
Mengesan kecondongan
Membuat kesimpulan
Mengitlakkan
Menilai
47
Mendefinisi secara operasi Menghubungkaitkan
Menganalogikan
Membuat gambaran mental
Menganalisis
Mengawal pemboleh ubah Mencirikan
Membandingkan dan membezakan
Menghubungkaitkan
Menganalisis
Membuat hipotesis Mencirikan
Menghubungkaitkan
Membandingkan dan membezakan
Menjana idea
Membuat hipotesis
Meramalkan
Mensintesiskan
Mengeksperimen Semua kemahiran berfikir
Berkomunikasi Semua kemahiran berfikir
Jadual 9
Renungan
Pengajaran dan Pembelajaran yang Berteraskan Kemahiran Berfikir dan Kemahiran Saintifik
48
‘Dan Dia yang menghamparkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan
sungai-sungai di atasnya. Dan padanya Dia menjadikan semua buah-buahan
berpasang-pasangan; Dia menutupkan malam kepada siang. Sungguh, pada
demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang
berfikir.’ (Surah ar-Ra’d:3)
Kurikulum Sains menekankan pembelajaran berfikrah yang berteraskan kemahiran berfikir
dan kemahiran saintifik. Dalam kurikulum ini, hasil pembelajaran yang dihasratkan ditulis
secara mengintegrasi pemerolehan pengetahuan dengan penguasaan kemahiran iaitu
kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru perlu
menitikberatkan penguasan kemahiran bersama dengan pemerolehan pengetahuan, di
samping penerapan nilai murni dan sikap saintifik. Berikut diberi beberapa contoh hasil
pembelajaran yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan
kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik serta penerangannya.
Contoh:
Hasil Pembelajaran: Membezakan antara daya tolakan dan daya geseran
Kemahiran berfikir: Menghubungkait, membanding dan membezakan
Penerangan:
Untuk mencapai hasil pembelajaran yang tersebut, pelajar perlu membanding dan
membezakan pergerakan jasad di permukaan licin dan kasar.
Sikap Saintifik Dan Nilai Murni
Pengalaman pembelajaran sains boleh memupuk sikap dan nilai positif dalam diri murid.
Sikap dan nilai positif yang dipupuk adalah seperti berikut :
minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling.
jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data.
rajin dan tabah.
bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan rakan serta terhadap alam sekitar.
menyedari bahawa sains merupakan satu daripada cara untuk memahami alam.
menghargai dan mengamalkan kehidupan yang bersih dan sihat.
menghargai keseimbangan alam semula jadi.
berhemah tinggi dan hormat -menghormati.
menghargai sumbangan sains dan teknologi.
mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan.
berfikiran kritikal dan analitis.
luwes dan berfikiran terbuka.
baik hati dan penyayang.
bersifat objektif.
sistematik.
bekerjasama.
49
adil dan saksama.
berani mencuba.
berfikir secara rasional.
yakin dan berdikari.
Penerapan sikap saintifik dan nilai murni secara umum berlaku mengikut peringkat berikut :
menyedari dan memahami kepentingan dan keperluan sikap saintifik dan nilai murni.
memberi perhatian kepada sikap dan nilai murni.
menghayati dan mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.
Peringkat ini perlu diambil kira oleh guru semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains agar penerapan sikap saintifik dan nilai murni berlaku secara berkesan dan berterusan. Sebagai contoh, semasa pengajaran yang melibatkan kerja amali guru perlu sentiasa mengingatkan murid dan memastikan mereka menjalankan eksperimen secara berhati-hati, bekerjasama dan jujur.
Perancangan yang rapi adalah diperlukan untuk mengoptimakan penerapan sikap saintifik
dan nilai murni semasa pelajaran sains. Guru perlu meneliti semua hasil pembelajaran
dalam sesuatu bidang pembelajaran yang berkaitan termasuk hasil pembelajaran tentang
penerapan sikap saintifik dan nilai murni sebelum memulakan pelajaran.
Berikut diberi contoh objektif pembelajaran yang berkaitan dengan penerapan sikap saintifik
dan nilai murni.
Contoh :
Tingkatan: Empat
Bidang Pembelajaran: Daya dan Gerakan
Objektit Pembelajaran: Menyedari betapa pentingya kenderaan yang mempunyai
ciri-ciri keselamatan.
Hasil Pembelajaran: Menghuraikan kepentingan ciri-ciri keselamatan dalam kenderaan.
Cadangan aktiviti pembelajaran: Mengkaji dan membuat laporan tentang konsep fizik
suatu pelanggaran dan ciri-ciri keselamatan dalam
kenderaan.
Membincangkan kepentingan ciri-ciri keselamatan
dalam kenderaan.
Sikap saintifik dan nilai murni: Menghargai sumbangan sains dan teknologi.
50
Berfikiran kritis dan analitis.
Penerapan Unsur Patriotisme
Kurikulum Sains dapat mengukuhkan dan memupuk unsur patriotisme dalam kalangan
murid. Sebagai contoh, dalam pembelajaran proses pengkolonian dan proses sesaran di
dalam ekosistem, murid akan belajar mengenai kekayaan biodiversiti negara, mereka akan
menghargai kepelbagaian dan keunikan sumber semulajadi negara dan meningkatkan
kecintaan kepada negara.
Perbincangan
Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran
Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum Sains mengutamakan
pembelajaran berfikrah. Pembelajaran berfikrah adalah satu proses pemerolehan dan
penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan
mindaseseorang murid ke tahap yang optima. Pembelajaran berfikrah dapat mencetuskan
pelbagai pendekatan pembelajaran seperti inkuiri, konstruktivisme, pembelajaran
kontekstual dan pembelajaran masteri. Aktiviti yang dirancang dalam pembelajaran berfikrah
mestilah yang dapat mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif murid dan bukan berbentuk
rutin. Murid perlu sedar secara eksplisit kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang
digunakan dalam pembelajaran. Soalan atau masalah yang beraras tinggi diberikan kepada
murid dan murid diminta menyelesaikan masalah menggunakan daya kreatif dan kritis
mereka. Murid dilibatkan secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran yang
mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan penerapan nilai
murni dan sikap saintifik.
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Sains
51
Huraikan bagaimana masyarakat saintifik di Malaysia boleh menyumbang
kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
Dalam modul ini anda akan didedahkan dengan pendekatan pengajaran dan pembelajaran
Sains. Walaubagaimanapun anda dinasihatkan membaca, memahami dan menjawab
aktiviti-aktiviti yang disediakan.
Inkuiri Penemuan
Inkuiri Penemuan merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran melalui
pengalaman. Inkuiri secara am bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat
sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri.
Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan
ditemui oleh murid sendiri. Murid melalui aktiviti seperti eksperimen akan menyiasat sesuatu
fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Guru kemudian membimbing murid untuk
memahami konsep sains melalui hasil inkuiri tersebut. Kemahiran berfikir dan kemahiran
saintifik dikembangkan semasa proses inkuiri ini. Namun demikian, perlu diingat bahawa
pendekatan inkuiri tidak sesuai digunakan dalam semua situasi pengajaran dan
pembelajaran. Beberapa konsep dan prinsip lebih sesuai didedahkan secara langsung oleh
guru atau melalui inkuiri terbimbing.
Konstruktivisme
Konstruktivisme adalah satu fahaman yang mencadangkan murid belajar sesuatu bila
mereka membina pemahaman mereka sendiri. Antara unsur penting dalam konstruktivisme
ialah:
guru mengambil kira pengetahuan sedia ada murid
pembelajaran adalah hasil usaha murid itu sendiri.
pembelajaran berlaku bila murid menghubungkan idea asal dengan idea baru bagi
menstruktur semula idea mereka.
murid berpeluang bekerjasama, berkongsi idea dan pengalaman serta membuat
refleksi.
Sains, Teknologi dan Masyarakat
Pembelajaran yang bermakna akan berlaku jika murid dapat menghubungkaitkan apa yang
dipelajari dengan kehidupan harian mereka. Pembelajaran bermakna berlaku dalam
52
pendekatan seperti pembelajaran kontekstual dan pendekatan Sains, Teknologi dan
Masyarakat (STM). Tema dan objektif pembelajaran yang berunsurkan STM diwujudkan
dalam kurikulum ini. Pendekatan STM mengesyorkan pembelajaran sains melalui
penyiasatan dan perbincangan berlandaskan isu sains dan teknologi dalam masyarakat.
Pengetahuan sains dan teknologi dipelajari bersama dengan aplikasi, sains dan teknologi
serta implikasi kepada masyarakat.
Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran kontekstual adalah pembelajaran yang dikaitkan dengan kehidupan murid.
Dalam konteks ini murid tidak belajar secara teori sahaja tetapi dapat menghargai
kerelevanan pembelajaran sains dengan kehidupan mereka. Pendekatan kontekstual
digunakan di mana murid belajar secara menyiasat seperti dalam pendekatan inkuiri
penemuan.
Pembelajaran Masteri
Pembelajaran masteri merupakan satu pendekatan yang memastikan semua
muridmenguasai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Pendekatan ini berpegang kepada
prinsip bahawa setiap murid mampu belajar jika diberi peluang. Peluang perlu diberi kepada
murid untuk belajar mengikut kadarnya, tindakan pengayaan dan pemulihan perlu dijadikan
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
Perbincangan
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran tersebut boleh dilaksanakan melalui pelbagai
kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek
53
Ketika bilakah anda akan menggunakan pendekatan inkuiri penemuan,
konstruktivisme, sains, teknologi dan masyarakat, pembelajaran kontekstual dan
pembelajaran masteri dalam pengajaran dan pembelajaran sains di bilik darjah
dan lawatan. Dalam kurikulum ini, cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk
mencapai objektif pembelajaran yang tertentu dinyatakan secara eksplisit dalam bentuk
‘Cadangan Aktiviti Pembelajaran’. Walaubagaimanapun, guru boleh mengubahsuaikan
cadangan pengalaman pembelajaran jika perlu.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dapat meningkatkan minat murid
terhadap sains. Pelajaran sains yang tidak menarik akan membosankan murid dan
seterusnya mempengaruhi pencapaian murid dalam sains. Penentuan kaedah pengajaran
dan pembelajaran seharusnya berdasarkan kandungan kurikulum, kebolehan dan
kepelbagaian jenis kecerdasan murid serta sumber dan prasarana yang ada. Di samping
berperanan sebagai penyampai pengetahuan dan pakar rujuk bidang pengajarannya, guru
juga berperanan sebagai fasilitator dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu prihatin
terhadap kepelbagaian jenis kecerdasan di kalangan murid. Kaedah dan aktiviti yang
berbeza perlu dirancang untuk murid yang mempunyai cara belajar dan kecerdasan yang
berbeza.
Berikut diberi penerangan ringkas tentang beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Eksperimen
Kaedah eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pembelajaran sains.
Murid menguji hipotesis melalui penyiasatan untuk menemui konsep dan prinsip sains
tertentu secara saintifik. Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran berfikir,
kemahiran saintifik dan kemahiran manipulatif.
Lazimnya, langkah yang diikuti secara eksperimen adalah seperti berikut:
Mengenal pasti masalah
Membuat hipotesis
Merancang eksperimen
- Mengawal pembolehubah
- Menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan
- Menentukan langkah menjalankan eksperimen,
kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data
Menjalankan eksperimen
Mengumpulkan data
Menganalisis data
Mentafsirkan data
54
Membuat kesimpulan
Membuat pelaporan
Dalam kurikulum ini, adalah dicadangkan selain daripadaeksperimen yang dibimbing oleh
guru, murid diberi peluangmerekabentuk eksperimen, iaitu mereka sendiri yang
merangkacara eksperimen yang berkenaan, data yang boleh diukur danbagaimana
menganalisis data serta bagaimana membentangkan hasil eksperimen mereka.
Perbincangan
Aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat berlandaskan alasan yang
sahih. Perbincangan perlu dijalankan sebelum, semasa dan selepas menjalankan aktiviti.
Guru bertindak sebagai fasilitator dan mengetuai perbincangan dengan bertanyakan soalan
yang merangsang murid untuk mempamer kebolehan diri.
Simulasi
Aktiviti yang dijalankan menyerupai yang sebenarnya. Contoh simulasi yang utama ialah
main peranan, permainan dan penggunaan model. Dalam main peranan, murid melakonkan
sesuatu peranan secara spontan berdasarkan beberapa syarat yang telah ditentukan.
Permainan pula mempunyai peraturan yang harus dipatuhi. Murid bermain untuk
mempelajari sesuatu prinsip ataupun untuk memahami proses untuk membuat keputusan.
Model boleh digunakan untuk mewakili objek atau keadaan sebenar. Murid dapat
membayangkan situasi tersebut dan seterusnya memahami konsep dan prinsip yang
dipelajari.
Projek
Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu tujuan
tertentu. Projek mengambil masa yang panjang serta menjangkau waktu pembelajaran yang
formal untuk dilengkapkan. Hasil projek dalam bentuk laporan, artifak atau lain-lain perlu
dibentangkan kepada guru dan murid lain. Kerja projek menggalakkan perkembangan
kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran pengurusan masa dan pembelajaran kendiri.
Lawatan dan Penggunaan Sumber Luar
55
Pembelajaran sains tidak hanya terhad di sekolah sahaja. Pembelajaran sains boleh melalui
lawatan ke tempat seperti zoo, muzium, pusat sains, institut penyelidikan, paya bakau dan
kilang. Lawatan ke tempat-tempat sedemikian boleh menjadikan pembelajaran lebih
berkesan, menyeronokkan dan bermakna. Untuk mengoptimakan pembelajaran melalui
lawatan, ia mesti dirancang secara rapi. Murid perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan
tugasan semasa lawatan. Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan.
Penggunaan Teknologi
Teknologi merupakan alat yang amat berkesan dan mempunyai potensi yang tinggi untuk
meningkatkan minat dalam pembelajaran sains. Melalui penggunaan teknologi seperti
televisyen, radio, video, komputer dan internet, pengajaran dan pembelajaran sains boleh
menjadi lebih menarik dan berkesan. Simulasi dan animasi berkomputer merupakan alat
yang berkesan untuk menjelaskan pengajaran dan pembelajaran yang abstrak atau konsep
sains yang sukar. Simulasi dan animasi berkomputer juga boleh dipersembahkan dalam
bentuk perisian atau melalui laman web. Perkakasan aplikasi seperti ‘word processers’,
perisian persembahan grafik dan hamparan elektronik adalah merupakan satu alat yang
bernilai untuk menganalisis dan mempersembahkan data. Penggunaan teknologi lain seperti
‘data loggers’ dan antara muka berkomputer dalam eksperimen dan projek dapat membantu
pengajaran dan pembelajaran sains berkesan.
Perbincangan
Organisasi Kandungan
56
Cikgu Osman Jailani merancang untuk mengajar topik-topik berikut kepada Pelajar-
pelajar Tingkatan 1 Murni.
a. Fasa-fasa bulan
b. Sumbangan dan kesan teknologi ke atas kehidupan manusia dan Alam sekitar
c. Kekuatan magnet
d. Proses pertumbuhan anak benih
e. Sifat-sifat fizikal tumbuhan
Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang manakah sesuai untuk mengajar topik-
topik a, b,c,d dan e.
Kurikulum Sains ini disusun atur mengikut beberapa tema. Setiap tema mengandungi
beberapa Bidang Pembelajaran (BP). Setiap BP mempunyai beberapa Objektif
Pembelajaran (OP) dan setiap OP mempunyai satu atau lebih Hasil Pembelajaran (HP).
HP umum ditulis mengikut peringkat dalam domain kognitif dan afektif. Peringkat dalam
domain kognitif adalah mengetahui, memahami, mengaplikasi, menganalisis, mensintesis
dan menilai. Peringkat dalam domain afektif adalah menyedari, menghargai, menghayati,
mengagumi, menyayangi, mensyukuri, mendalami dan mengamalkan. HP dalam domain
afektif adalah tersirat dalam aktiviti pembelajaran yang dicadangkan. Penerapan sikap
siantifik dan nilai murni perlu dijadikan teras dalam setiap aktiviti pembelajaran. Ini adalah
untuk memastikan penerapan nilai dan sikap secara spontan dan semulajadi. HP dalam
domain psikomotor adalah tersurat dalam aktiviti pembelajaran. HP ditulis dalam bentuk
objektif perlakuan yang boleh diukur. Secara am, HP dalam sesuatu OP disusun secara
berurutan daripada mudah kepada yang lebih kompleks. Walaubagaimanapun, dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, aktiviti pembelajaran perlu dirancang dalam
perlakuan holistik dan integrasi yang membolehkan pelbagai HP di capai mengikut
keperluan dan konteks. Guru perlu menggunakan strategi pengajaran untuk cuba mencapai
HP secara bersepadu mengikut susunan dalam spesifikasi kurikulum.
Cadangan Aktiviti Pembelajaran memberi cadangan pengalaman pembelajaran dan
maklumat tentang skop dan kedalaman sesuatu hasil pembelajaran. Cadangan Aktiviti
Pembelajaran diberi untuk membantu guru merancang aktiviti yang perlu dijalankan bagi
mencapai HP yang berkaitan. Satu aktiviti mungkin dicadangkan untuk mencapai satu atau
lebih hasil pembelajaran. Pada masa yang sama, lebih daripada satu aktiviti mungkin
dicadangkan untuk satu hasil pembelajaran. Guru boleh mengubahsuai cadangan aktiviti ini
sesuai dengan jenis kecerdasan, tahap kebolehan murid dan juga keadaan sekeliling
mereka. Guru digalakkan merekabentuk aktiviti tambahan yang inovatif dan berkesan untuk
meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran Sains
Penulisan Hasil Pembelajaran
Hasil pembelajaran Am dan Khusus dalam domain kognitif akan ditulis menggunakan
perkataan yang sesuai (kata kerja) yang mencerminkan hierarki pemikiran. Jadual 10
menunjukkan contoh perkataan dan hasil pembelajaran umum dan hasil pembelajaran
khusus yang boleh dicapai menggunakan perkataan tersebut.
57
Hasil Pembelajaran Umum Hasil Pembelajaran Khusus
Untuk mengetahui
- Untuk mengingat
Mendefinasi
Menghuraikan
Mengenalpasti
Melabel
Menyenaraikan
Memadankan
Menyatakan
Melukis
Menulis
melakar
Untuk memahami
- untuk mentafsir bahan atau
idea daripada satu bentuk
kepada bentuk lain
- untuk menganggarkan trenda
masa hadapan
mengubah
menganggar
menerangkan
memberi contoh
mengukur
memutuskan
membanding dan
membezakan
meramalkan
menyimpulkan
mengaitkan
mencirikan
mengklasifikasikan
Untuk menggunakan
- menggunakan bahan dan idea
dalam situasi baru dan konkrit
memberi contoh
memilih
membezakan
mengandaikan
menyelesaikan masalah
membuat urutan
mengutamakan
menggunakan perhubungan
ruang dan masa
menghuraikan
merumuskan
mengawal pembolehubah
Untuk sintesis menyambungkan
58
- menyambumbungkan
komponen bagi menghasilkan
ide menyeluruh atau struktur
yang baru dan kreatif
merancang
meringkaskan
membina
mencipta
mengkonsepsi
menganalogi
membuat gambaran mental
mendefinasi secara operasi
membuat komunikasi
mengeksperimen
membuat hipotesis
menilai mengira
mengkritik
mentafsirkan
menyokong
merasionalkan
mencari prasangka
memutuskan
Jadual 10
Hasil pembelajaran umum dan khusus dalam domain afektif ditulis menggunakan perkataan
yang sesuai untuk menggambarkan tahap pengambilalihan sikap saintifik dan nilai murni
dalam pelajar. Jadual 11 di bawah menunjukkan senarai perkataan itu yang boleh
digunakan untuk menulis hasil pembelajaran umum dan khusus dalam domain afektif.
Hasil Pembelajaran Umum Hasil Pembelajaran Khusus
Kesedaran
menggambarkan
menjawab
melaporkan
memberitahu
mempersoalkan
menjelaskan
mengiktiraf
menyatakan
59
mengenal pasti
menilai
menghargai
menyanjung
memilih
menunjukkan kepentingan
mempertahankan
membanding beza
mencadangkan
membuat kesimpulan umum
mengintegrasikan
mengaitka
mewajarkan
menerima
meramalkan
mencintai
berterima kasih
mengamalkan
membantu
mengambil bahagian
menderma
memberi
mengamalkan
melakukan
membina
membuat kerja
memelihara
mengendalikan
menjaga
menyertai
membantu
menggunakan
melengkapkan
melaksanakan
menyediakan
mengambil
Jadual 11
Latihan
1. Kaji tema, strategi pengajaran dan pembelajaran dan susunan isi pelajaran dalam
Sukatan Kurikulum Sains
60
2.1 Aplikasi teori perkembangan kognitif Piaget dalam konteks
pembelajaran sains
2.2 Aplikasi teori pembelajaran kognitivif
2.3 Pendekatan konstruktivisme
2.4 Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL)
2.5 Pedagogi Sains Abad ke-21
a. Apakah strategi pengajaran dan pembelajaran yang telah ditekankan dalam KBSM
Sains
b. Anda perlu menyediakan pemetaan untuk dua topik tertentu (pilihan ) berdasarkan
jadual di bawah.
Topik Strategi Pengajaran
dan Pembelajaran
Kemahiran Saintifik Nilai
TAJUK2 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS
2.1 Aplikasi teori perkembangan kognitif Piaget dalam konteks pembelajaran
Sains
TEORI PERKEMBANGAN PIAGET
61
Rajah 1: Jean Piaget
Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Bapanya bernama
Arthur Piaget, yang merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidang Sejarah dan ibunya
pula bernama Rebecca Jackson. Jean merupakan anak pertama yang suka berdikari dan
berminat tentang ilmu alam. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84
tahun.
Beliau telah kemukakan teori yang memfokuskan kepada perkembangan kognitif kanak-
kanak. Sebelum membincangkan tentang teori kognitif Jean Piaget, kita perlu terlebih
dahulu mengetahui beberapa konsep penting yang diutarakan oleh beliau. Antara konsep-
konsep penting tersebut adalah seperti Jadual 1.
Konsep Huraian
1. Skema Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk
melakukan sesuatu dengan cara tertentu.
Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan
beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti
gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang,
serta menggerakkan tangan dan kaki.
Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang
benda yang tidak menyakitkan. Oleh itu, bayi juga akan cenderung
memegang benda-benda yang tidak menyakitkan seperti jari ibu.
Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi
bertindakbalas dengan persekitarannya.
2. Asimilasi Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru
62
diperolehi dengan skema yang sedia ada.
Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikut
sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru
diperolehi.
Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat
sebiji epal. Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan menggunakan skema
memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya.
Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang
baru baginya berkenaan "sebiji epal".
3. Akomodasi Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami
perubahan.
Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi
(menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam
perolehan kognitif kanak-kanak.
Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses
pembelajaran.
Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak
ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya
dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu.
4. Adaptasi Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara
akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran.
Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai
kecenderungan sejadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari
dengan kehendak persekitaran.
Jadual 1
63
Rajah 2 : Pembelajaran kognitif
Rajah 3 : Pembentukkan skema
64
Rajah 4: Adaptasi dan keseimbangan
Rajah 5: Asimilasi dan akomodasi
Aktiviti 1
Apakah satu contoh asimilasi yang anda telah lakukan? Cuba kenalpasti satu contoh
akomodasi yang anda telah lakukan.
65
Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses
perkembangan yang dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan daripada satu peringkat ke satu
peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan
yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa pengalaman-
pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan
kognitif yang tinggi. Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif
kepada empat tahap yang mengikut turutan umur. Setiap peringkat dicirikan oleh kebolehan
baru dan cara memproses maklumat. Piaget percaya semua kanak-kanak melalui semua
peringkat ini dalam susunan yang sama, dan tiada kanak-kanak yang melompat mana-mana
peringkat. Walau bagaimana pun kanak-kanak yang berbeza akan melaluinya pada kadar
yang berbeza. Juga seseorang individu boleh melakukan tugasan yang berkaitan dengan
peringkat yang berbeza pada masa yang sama terutama pada titik perubahan ke peringkat
yang baru. (Slavin, pg. 33)."
Peringkat-peringkat Perkembangan Kognitif Piaget
Rajah 6: Peringkat perkembangan kognitif Piaget
Peringkat Umur Ciri-ciri
Sensori motor 0- 2 tahun Menggunakan deria dan kebolehan motor seperti
memegang dan menghisap untuk menimba
pengalaman daripada persekitaran.
Dapat meniru dan mengingati sesuatu.
Pada peringkat awal, kanak-kanak tidak
mempunyai konsep kewujudan objek iaitu
apabila sesuatu objek yang telah dilihatnya
66
disimpan dia tidak akan berusaha untuk
mencarinya.
Mengetahui objek masih wujud lagi walupun
disembunyikan.
Perkembangan intelek pada peringkat ini adalah
cepat tetapi keupayaan mental hanya kepada
objek-objek yang dapat dilihat sahaja.
Pra operasional 2 – 7 tahun Dapat menggunakan bahasa
Dapat berfikir dalam bentuk simbolik
Bersifat egosentrik (memetingkan diri sendiri)
Tidak berkebolehan untuk memahami keabadian.
Cth: Keabadiaan isipadu - Isipadu air yang sama
dituangkan ke dalam dua bekas yang berlainan
saiz iaitu bekas pendek dan tinggi.. Kanak-kanak
akan berkata bekas yang tinggi mempunyai
banyak air.
Menggunakan simbol seperti bahasa untuk
mewakili objek sebenar. Cth: Gambar epal. Kanak-
kanak akan faham apa yang diwakili dalam
gambar walaupun epal sebenar tidak ditunjukkan.
Tidak berkeupayaan nmelakukan prose balikan
seperti 2 + 3 = 5 dan 5 – 3 = 2
Operasi Konkrit 7 – 11 tahun Dapat menyelesaikan masalah konkrit.
Memahami konsep keabadiaan.
Dapat membuat klasifikasi.
Sifat egosentrik berkurangan.
Boleh memahami logik sebab dan akibat.
Masih memerlukan objek konkrit untuk berfikir
Operasi Formal 11 tahun ke
atas
Menggunakan pemikiran saintifik, logik dan
deduktif .
Mampu mengawal pembolehubah
Dapat menyelesaikan masalah abstrak.
Jadual 2
67
Penilaian Kendiri
APLIKASI TEORI PIAGET KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS
a. Inkuiri-penemuan
Pembelajaran sains perlu menggunakan aktiviti `hands-on, minds-on’ yang menggunakan
bahan-bahan konkrit. Melalui aktiviti sebegini, kanak-kanak akan dapat membentuk
pengetahuan mereka dengan lebih mudah. Anda sebagai guru patut bertindak sebagai
fasilitator , menyediakan persekitaran pembelajaran yang sesuai bagi perkembangan
kognitif mereka.
68
1. Teori Piaget, potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu
dengan cara tertentu dipanggil sebagai
A. skema B. Adaptasi C. Asimilasi D. Organisasi
2. Benar atau salah:
Dalam teori Piaget, keseimbangan kognitif akan dicapai bila kanak-kanak
mengakomodasikan skema mereka untuk menerima pengalaman baru
3. Ciri utama kanak-kanak dalam peringkat preoperasi cenderung gunakan pemikiran
_______ (refleks, intuitif, abstrak, hypotetikal)
4. Benar atau salah:
Apabila kanak-kanak boleh memberi jawapan yang betul kepada masalah
keabadian, itu tandanya kanak-kanak itu telah masuk dalam peringkat preoperasi.
5. Zikri yang berumur 2 tahun menunjuk kepada lori dan berkata”Itu kereta merah”.
Memanggil lori sebagai kereta adalah satu contoh
A. Keseimbangan B. akomodasi
C. Pengabstraksi D. asimilasi
6. ________________________________merupakan satu proses penyesuaian
antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada".
A. Skema B. Asimilasi C. Akomodasi D. Adaptasi
b. Kesesuaian mengikut tahap kognitif
Aktiviti-akiviti pembelajaran yang dirancang perlulah mengikut tahap perkembangan kognitif
kanak-kanak. Sekiranya kanak-kanak berada di tahap operasi preoperasi dan operasi
konkrit maka aktiviti itu perlu menggunakan bahan-bahan konkrit bagi menerangkan konsep
atau kemahiran sains yang ingin disampaikan. Contohnya, anda ingin menyampaikan
konsep tumbuhan, maka pelbagai contoh tumbuhan perlu digunakan. Pelajar pada tahap ini
akan menggunakan deria untuk memerhati dan mengelas contoh-contoh tumbuhan bgi
membentuk konsep tumbuhan. Kalau kanak-kanak itu telah berada di tahap operasi formal
maka tidak perlulah anda menggunakan banyak bahan konkrit lagi sebab kanak-kanak ini
sudah boleh membentuk konsep abstrak.
c. Membentuk operasi mental
Perkembangan operasi mental kanak-kanak boleh dilatih dengan menggunakan aktiviti yang
sesuai.seperti menyusun mengikut urutan, pengelasan dan keabadian.
d. Motivasi dalaman
Anda sebagai guru perlu senantiasa menyediakan peluang-peluang supaya kanak-kanak
akan terlibat sama dalam proses pembelajaran. Apabila melibatkan kanak-kanak secara
aktif supaya memikirkan pembelajaran mereka akan rasa seronok dan dihargai. Ini akan
bertindak sebagai motivasi untuk kanak-kanak itu sendiri akan senantiasa ingin terus
mempelajari sains.
Tugasan
69
Bincangkan dengan rakan anda untuk mengaplikasikan teori Piaget dalam satu sesi
pengajaran dan pembelajaran tajuk ketumpatan.
2.2 Aplikasi teori pembelajaran kognitif
Rajah 7: Jerome S. Bruner
Jerome S. Bruner telah dilahirkan pada tahun 1915 dan merupakan seorang ahli psikologi
yang berpengaruh di Amerika Syarikat. Menurut Bruner, pembelajaran adalah satu proses
aktif yang dapat membolehkan seseorang itu menguasai secara mendalam informasi yang
diberikan serta mempelajari macam mana beberapa perkara dapat dikaitkan secara
bermakna. Bruner juga menekankan penguasaan konsep untuk kanak-kanak melihat
sesuatu gambaran secara keseluruhan. Oleh itu kanak-kanak sepatutnya diajar untuk
memahami konsep dan bukan mengaplikasikan sesuatu konsep tanpa pemahaman yang
signifikan.
Pemahaman konsep melibatkan perkembangan mental kanak-kanak. Dalam proses
pemahaman konsep, Bruner telah menyatakan bahawa perkembangan mental kanak-kanak
terbahagi kepada 3 tahap iaitu:
(a) Peringkat enaktif (0-2 tahun)
(b) Peringkat ikonik (2-4 tahun)
(c) Peringkat simbolik (5-7 tahun)
(a) Peringkat Enaktif (0-2 tahun),
Pada peringkat ini kanak-kanak akan bergerak ke arah sesuatu yang menarik perhatiannya.
Oleh itu, kanak-kanak banyak menggunakan anggotanya untuk menyelesaikan masalah,
kerana kanak-kanak pada masa ini masih belum pandai berkomunikasi dengan baik
menggunakan bahasa. Sesuatu objek itu akan dipegang untuk memperoleh makna atau
tafsiran bagi dirinya. Contohnya, kanak-kanak cuba meletakkan sebatang kayu pada suatu
sangga untuk melihat keseimbangannya.
70
(b) Peringkat Ikonik (2-4 tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak telah berupaya menggambarkan sesuatu dalam fikirannya.
Dia mampu menyimpan imej-imej tertentu. Kanak-kanak juga berupaya menyebut objek
yang tiada di hadapan matanya, iaitu telah terbentuk “imej mental”. Contohnya, kanak-kanak
tersebut boleh melukiskan kayu yang seimbang di atas sangganya, walaupun objek tersebut
tiada di hadapan matanya.
(c) Peringkat Simbolik (4-7 tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak telah boleh menggunakan simbol, seperti perkataan dan
bahasa untuk menghuraikan pengalamannya, iaitu bermulanya penaakulan simbolik.
Contohnya, kanak-kanak boleh menerangkan bagaimana kayu yang diletakkan di atas
sangga menjadi seimbang.
Pembelajaran Penemuan Bruner
Bruner telah mengemukakan Pembelajaran Penemuan.
Bruner berpendapat bahawa guru seharusnya membekalkan kanak-kanak dengan
pengalaman untuk membantu mereka menemui sesuatu idea, konsep atau pola.
Mod pembelajaran yang yang diperkenalkan oleh Bruner dikenali sebagai
Pembelajaran Penemuan.
Dalam pembelajaran ini, pelajar diperkenalkan dengan satu fenomena. Contohnya,
mengapa air terkumpul pada bahagian luar gelas yang mengandungi ais di
dalamnya.
Selepas fenomena ini diperkenalkan, pelajar dikehendaki menyiasat bagaimana
fenomena ini boleh terjadi.
Pelajar akan menyiasat daripada beberapa sumber maklumat, seperti buku-buku di
perpustakaan, perbincangan dengan kawan, perbincangan dengan guru, membuat
pemerhatian atau membuat uji kaji sendiri. Setelah jawapan diperoleh, jawapan
tersebut dibincangkan bersama guru dan pelajar lain di dalam kelas.
Teori Pembelajaran Induktif
Kajian Jerome Bruner menunjukkan bahawa guru seharusnya membekalkan kanak-
kanak dengan pelbagai pengalaman untuk membantu mereka menemui idea,
konsep atau pola yang diperkenalkan.
71
Untuk itu, Bruner mengalakkan pembelajaran induktif untuk memotivasikan
pembelajaran yang aktif dan pembentkan konsep yang difahami.
Bruner adalah seorang yang menyokong pemikiran induktif yang bermula dari
spesifik ke umum.
Menggunakan pengalaman seseorang dan mengaplikasikannya dalam situasi lain
juga adalah satu contoh pemikiran induktif.
Teori pembelajaran induktif lebih kepada membekalkan kanak-kanak dengan satu
jurang pengalaman yang dapat menambahkan kebiasaan mereka tentang konsep
baru yang dipelajari.
Di sini, guru tidak memberikan definisi konsep yang diajar tetapi pemahaman konsep
kanak-kanak adalah dibina secara perlahan hasil daripada pendedahan kanak-kanak
kepada pelbagai aktiviti dan pengalaman.
Rajah 8: Pembelajaran induktif Bruner
Langkah-Langkah Dalam Pembelajaran Induktif
Kanak-kanak diberi pengalaman dan contoh-contoh spesifik untuk konsep yang
akan ditemui.
Guru membantu kanak-kanak meneliti contoh dan mengenali ciri-ciri persamaan dan
perbezaan.
72
Guru membantu kanak-kanak membentuk konsep dan idea yang umum.
Kanak-kanak menguasai pemahaman konsep yang dikenali dan mengaplikasikan
konsep dalam situasi baharu.
Contoh: Guru memberikan contoh-contoh mamalia kemudian minta pelajar-pelajar
menyatakan ciri-ciri mamalia berdasarkan contoh yang guru telah beri.
Pembelajaran Konsep
Konsep adalah kategori mental yang membantu kita mengklasifikasikan objek,
kejadian atau idea. Setiap objek, kejadian atau idea mempunyai satu set ciri-ciri yang
umum.
Pembelajaran konsep adalah satu strategi yang memerlukan seorang kanak-kanak
membandingbezakan kumpulan atau kategori tertentu yang mempunyai ciri-ciri yang
relevan dengan kumpulan atau kategori yang tidak relevan.
Kanak-kanak memikirkan sifat-sifat dalam sesuatu kumpulan atau kategori yang
telah dibentuk oleh guru mereka.
Kanak-kanak kemudian membanding beza contoh-contoh sesuatu kumpulan atau
kategori yang mempunyai sifat-sifat tersebut dengan contoh-contoh yang tidak
mempunyai sifat-sifat tersebut.
APLIKASI TEORI UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS
Kanak-kanak belajar melalui pengalaman. Dengan itu guru perlu menyediakan
peluang untuk kanak-kanak meneroka, menyentuh dan merasa. Pengalaman seperti
ini mewujudkan proses pembelajaran yang bermakna. Bagi kanak-kanak di Tahap
Satu, gambar, carta dan objek perlu digunakan bagi memudahkan pembentukan
konsep.
Bagi kanak-kanak Tahap Dua, hukum dan prinsip perlu ditekankan agar pelajar-
pelajar berupaya mengaplikasikannya dalam proses penyelesaian masalah.
Bruner juga menekankan pembelajaran yang terhasil daripada interaksi pelajar
dengan guru, interaksi dengan pelajar-pelajar lain dan interaksi dengan bahan
pengajaran. Maka kerja berkumpulan dan sesi perbincangan perlu diadakan dari
masa ke semasa.
Penglibatan pelajar-pelajar penting agar mereka dapat menikmati pembelajaran
bermakna.
73
Pengetahuan juga perlu disusun dan diperingkatkan agar pembentukan konsep
bermula daripada peringkat yang mudah kepada peringkat yang rumit. Ini bermakna
guru perlu memeringkatkan isi pelajaran.
Bruner juga menekankan motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik. Ini bermakna guru
perlu memberi ganjaran dan pujian apabila sesuatu tingkahlaku yang diingini.
Kesediaan belajar juga ditekankan oleh Bruner. Dengan itu, guru perlu mengambil
kira kesediaan belajar pelajar-pelajar ketika merancang proses pengajarannya.
Sementara itu, nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertolak ansur dan tolong-
menolong boleh dipupuk dalam aktiviti projek dan perbincangan.
Aktiviti 1
Rajah 9
Sumber: Utusan Malaysia
Tugasan
Teori Pembelajaran Ausubel
74
1. Berdasarkan Teori Induksi, terangkan bagaimana anda dapat mengajar konsep jirim
kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4 Pelangi.
2. Bincangkan aplikasi Teori Bruner dalam pengajaran sains sekolah menengah.
Pada pendapat anda mengapa pelajar tidak dapat menjawab soalan guru dengan
betul seperti Rajah 9?
Rajah 10: David Ausubel
Beliau dilahirkan pada 25 Oktober 1918 dan dibesarkan di Brooklyn, New York. Merupakan
salah seorang ahli psikologi pendidikan di Amerika. Ausubel banyak memberi sumbangan
dalam bidang psikologi pendidikan, sains kognitif dan juga pembelajaran pendidikan sains.
Beliau menamatkan pelajaran di sekolah perubatan di Universiti Middlesex. Kemudian
berkhidmat dengan jabatan pertahanan US Public Health Service. Ausubel memperolehi
M.A dan PhD dalam Psikologi Perkembangan di Universiti Columbia pada 1950.
Pembelajaran Bermakna
Teori pembelajaran Ausubel merupakan salah satu teori pembelajaran yang menjadi
dasar dalam pembelajaran koperatif.
Menurut Ausubel bahan subjek yang dipelajari kanak-kanak mestilah bermakna
(meaningfull).
Pembelajaran bermakna merupakan suatu proses mengaitkan informasi baru pada
konsep-konsep relevan yang terdapat dalam struktur kognitif seseorang.
Struktur kognitif ialah fakta-fakta, konsep-konsep, dan generalisasi-generalisasi yang
telah dipelajari sebelumnya.
Pembelajaran bermakna juga adalah satu proses pembelajaran yang mana informasi
baru dihubungkan dengan struktur pengertian yang sudah dimiliki seseorang kanak-
kanak yang sedang melalui proses pembelajaran.
Pembelajaran bermakna terjadi apabila seorang kanak-kanak dapat mengaitkan
fenomena baru ke dalam struktur pengetahuan mereka. Ini bererti bahan subjek itu
mestilah sesuai dan relevan dengan struktur kognitif yang dimilikinya.
Ausubel mengatakan bahwa ada dua jenis pembelajaran, iaitu pembelajaran
bermakna (meaningful learning) dan pembelajaran menghafal (rote learning).
Bahan pelajaran yang dipelajari haruslah bermakna.
75
Pembelajaran menghafal adalah tidak bermakna kerana kanak-kanak memperoleh
pengetahuan baru tanpa mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada dalam
struktur kognitif mereka.
Seseorang kanak-kanak seharusnya belajar dengan menoganisasikan fenomena,
pengalaman dan fakta-fakta baru ke dalam skemata yang telah dipelajari.
Ausubel juga mendakwa bahawa faktor paling penting yang mempengaruhi
pembelajaran adalah apa yang kanak-kanak telah mengetahui.
Oleh itu, mengenalpasti pengetahuan sedia ada kanak-kanak adalah satu tugas
yang penting sebelum guru memulakan sesuatu pengajaran.
Pembelajaran Ekspositori/ Deduktif
David Ausubel mengemukakan teori pembelajaran yang menyatakan bahawa
manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi dan
bukan pembelajaran penemuan.
Pembelajaran secara resepsi bermaksud maklumat yang disusun secara teratur
diberikan kepada pelajar.
Model pembelajaran ini kadang-kadang dikenali sebagai Model Pembelajaran
Ekspositori atau deduktif.
Teori pembelajaran ekspositori yang dikemukakan oleh Ausubel menekankan
penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta yang tersusun dan
dijelaskan mengikut urutan serta dengan fakta yang lengkap.
Ausubel menegaskan pembelajaran sepatutnya berkembang dalam bentuk deduktif
daripada umum kepada spesifik atau daripada prinsip kepada contoh.
Tugas guru ialah menyusun konsep dan prinsip untuk dipersembahkan kepada
pelajar.
Pembelajaran Verbal dengan Penyusunan Awal
Penyusunan Awal (Advance Organizers) telah diperkenalkan oleh Ausubel untuk
menyesuaikan skema kanak-kanak dengan bahan pembelajaran supaya
pembelajaran optima berlaku.
Salah satu strategi untuk memastikan wujudnya kesesuaian tersebut ialah
memulakan pembelajaran berpandukan kepada “penyusunan awal”.
Ia merupakan struktur yang menerangkan hubungan antara konsep-konsep yang
hendak disampaikan pada hari tersebut.
76
Fungsi penyusunan awal ialah untuk menjelaskan kepada kanak-kanak tentang
perkara-perkara yang perlu difahami bagi sesuatu tajuk pelajaran.
Penyusunan awal juga boleh menghubungkan konsep baru dengan konsep yang
telah dipelajari.
Jadi terdapat tiga tujuan penggunaan penyusunan awal iaitu:
- memberi gambaran tentang apa yang penting dalam pelajaran
- menjelaskan hubungan antara konsep yang akan dihuraikan
- menggerakkan minda pelajar untuk ingat semula konsep berkaitan yang
telah dipelajari.
Ausubel mementingkan penyusunan konsep dalam satu bentuk pengetahuan yang
disusun secara hirarki iaitu dari konsep yang umum ke spesifik.
Konsep tersebut adalah tersusun dan dikaitkan secara bermakna.
Idea yang umum dalam subjek itu sepatutnya dipersembahkan dahulu dan dijelaskan
secara terperinci dari segi butirannya.
Ausubel juga mengemukakan pembelajaran verbal (lisan) bermakna (meaningful
verbal learning), termasuk pentingnya maklumat lisan, idea dan hubungan antara
idea yang dikenali sebagai Konsep Penyusunan Awal.
Bagaimanapun, hafalan (rote memorization) tidak dianggap sebagai pembelajaran
bermakna.
Rajah 11: Penyusunan awal
77
Rajah 12: Penyusunan awal
Aplikasi Teori Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran Sains
Teori pembelajaran dan pengajaran Ausubel boleh digunakan dalam pengajaran
sains dengan memberikan perhatian kepada dua perkara berikut:
a. Ausubel mencadangkan supaya guru menggunakan pembelajaran deduktif
atau pengajaran ekspositori kerana guru dapat menyampaikan maklumat
yang lengkap dalam susunan yang teratur supaya kanak-kanak dapat
memahami keseluruhan konsep.
b. Menggunakan penyusunan awal dalam pengajaran untuk menggalakkan
kanak-kanak mengingati semula konsep yang telah dipelajari dan
mengaitkannya dengan konsep baru yang akan dipelajari serta mengingatkan
mereka tentang perkara-perkara penting dalam sesuatu tajuk pelajaran.
Rajah 13
Sumber : Utusan Malaysia
78
Aktiviti 1
Rajah 14: Robert M. Gagne
Robert M.Gagne dilahirkan dalam tahun 1916 di North Andover, Massachusetts. Beliau
mendapat ijazah Psikologi daripada Yale (1937) dan PhD daripada Brown University (1940)
Beliau telah banyak memberi idea-idea yang berkaitan dengan pembelajaran. Di antaranya,
beliau menyatakan bahawa tugasan pembelajaran bagi kemahiran intelek boleh disusun
mengikut hirarki daripada yang mudah kepada yang kompleks. Beliau juga mengemukakan
pembelajaran masteri.
Pembelajaran Masteri
Gagne mengemukakan satu pendekatan berstruktur konsep pembelajaran supaya
kebarangkalian untuk pembelajaran yang spesifik akan dapat tercapai.
Beliau mencadangkan bahawa pembelajaran adalah lebih efektif bila kanak-kanak
bergerak daripada penguasaan satu unit konseptual kepada konsep yang lebih am.
Guru perlu menjalankan analisis tugas pembelajarann(learning-task analysis) untuk
memastikan penguasaan atau masteri itu berlaku.
Guru boleh menggunakan langkah-langkahnberikut;
Mengenal pasti kemahiran pembelajaran.
79
a. Terangkan bagaimana anda dapat mengaplikasikan teori Ausubel untuk mengajar
tajuk jirim.
b. Bandingkan kelebihan dan kelemahan Teori Ausubel dan Teori Bruner dalam
proses pengajaran dan pembelajaran sains.
Analisis tugasan pembelajaran.
Susun kemahiran pembelajaran sebagai pembelajaran yang berhirarki.
Urutan pengajaran mengikut pembelajaran yang berhirarki yang telah disusun.
Konsep pembelajaran masteri yang dimaksudkan adalah pendekatan pengajaran
dan pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan kanak-kanak dalam sesuatu
perkara
Pendekatan ini berpegang kepada prinsip bahawa setiap kanak-kanak mampu
belajar jika diberi peluang dan jika apabila sesuatu tajuk yang diajar itu dibahagikan
kepada unit-unit yang lebih kecil.
Peluang perlu diberi kepada kanak-kanak untuk belajar mengikut kadarnya, tindakan
pengayaan dan pemulihan perlu dijadikan sebahagian daripada proses pengajaran
dan pembelajaran.
Melalui Pembelajaran Masteri kanak-kanak diberi peluang untuk maju mengikut
kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan
tahap penguasaan pembelajaran.
Dalam pembelajaran masteri, kanak-kanak perlu diberi maklumbalas tentang
pembelajarannya dari masa ke masa.
Maklumbalas ini dapat menolong kanak-kanak untuk mengesan kefahaman mereka.
Tajuk yang kurang difahami akan diberi masa tambahan supaya tajuk ini dapat
dikuasainya.
Cuma kanak-kanak yang gred A dan B sahaja yang diterima sebagai kriteria telah
menguasai tajuk tersebut (Davis dan Sorrel,1995).
Apakah definisi ikut pendapat pakar pendidikan?
… merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan
penguasaan kanak-kanak dalam sesuatu perkara yang diajar. [Bloom, 1968]
… ialah satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu kanak-
kanak untuk belajar secara konsisten … idea dan amalan ini menghasilkan pengajaran yang
sistematik, membantu kanak-kanak apabila menghadapi masalah pembelajaran,
memperuntukkan masa yang mencukupi untuk kanak-kanak mencapai masteri dengan
berpandukan kriteria masteri yang jelas. [Anderson dan Block, 1975]
Secara rumusannya pembelajaran masteri ialah suatu pendekatan pengajaran dan
pembelajaran bagi memastikan semua kanak-kanak menguasai hasil pembelajaran
yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit
pembelajaran seterusnya.
80
Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti (PPK- Modul Pembelajaran Masteri).
Prinsip asas dalam Pembelajaran Masteri ialah:
I. Kanak-kanak normal boleh memkanak-kanaki apa yang diajarkan oleh guru.
II. Pembelajaran dipecahkan kepada beberapa unit kecil supaya mudah dikuasai.
III. Kanak-kanak memerlukan masa yang mencukupi untuk menguasai sesuatu hasil
pembelajaran yang ditentukan.
IV. Arahan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran mestilah jelas.
Dalam Pembelajaran Masteri terdapat beberapa langkah yang perlu dilaksanakan. Langkah
tersebut digambarkan melalui Rajah 15 berikut:
Rajah 15: Pembelajaran masteri
Aktiviti 1
81
a. Apakah kelebihan dan kekangan sekiranya guru ingin melaksanakan pembelajaran
masteri.
b. Apakah yang patut lakukan sekiranya anda ingin melaksanakan pembelajaran
masteri di kelas yang anda ajar?
Pembelajaran Hierarki
Robert Gagne berpendapat bahawa terdapat beberapa jenis atau aras
pembelajaran.
Pengelasan sebegini bermakna bahawa setiap jenis pembelajaran memerlukan
pengajaran yang berbeza-beza.
Gagne mengenal pasti lima kategori pembelajaran : maklumat lisan, kemahiran
intelek, strategi kognitif, kemahiran motor dan sikap.
Keadaan luaran dan dalaman yang berbeza-beza diperlukan bagi setiap jenis
pembelajaran.
Beliau mencadangkan supaya tugasan pembelajaran bagi kemahiran intelek boleh
disusun secara hirarki mengikut tahap kesukaran.
Gagne telah mengenal pasti lapan peringkat pembelajaran.
Setiap pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya kanak-kanak telah menguasai
pembelajaran di peringkat yang lebih awal.
Peringkat-peringkat ini ditunjukkan dalam Rajah 16 dibawah :
Rajah 16: Peringkat pembelajaran Gagne
Lapan Peringkat Pembelajaran Gagne
1. Pembelajaran Isyarat
Jenis pembelajaran ini merupakan pembelajaran yang paling mudah.
Pembelajaran berlaku setelah tingkahlaku itu dijalankan beberapa kali sehingga
menjadi lazim seperti yang diceritakan oleh Pavlov.
82
Pembelajaran isyarat seperti ini tidak banyak menggunakan akal fikiran.
Seseorang individu mudah memahami gerak balas terhadap sesuatu isyarat.
Contoh:
Apabila guru meletakkan tangannya ke bibir, kanak-kanak akan diam.
Dalam hal ini, kanak-kanak-kanak-kanak telah dilazimkan dengan tingkah laku
tersebut.
2. Pembelajaran Gerak Balas
Pembelajaran rangsangan pula adalah apa yang diceritakan oleh Skinner.
Proses peneguhan penting untuk memperkuatkan pertalian antara rangsangan
dengan gerak balas.
Penggunaan ganjaran, pujian, dan denda adalah diantara aktiviti peneguhan yang
boleh memperkuatkan pertalian antara rangsangan dengan gerak balas.
Peneguhan mesti diberi secara konsisten dan tekal supaya gerak balas yang
positif dapat dikekal.
Contoh
Bila seorang kanak-kanak menunjukkan satu tingkahlaku yang baik, beri pujian
supaya dia sedar yang dilakukannya adalah baik dan patut diteruskan.
3. Pembelajaran Rangkaian Motor
Pembelajaran ini adalah dimana seseorang membentuk kebolehan untuk
menghubungkait dua atau lebih tingkahlaku rangsangan-gerakbalas yang telah
menjadi satu urutan rangkaian untuk melengkapi tugasan yang dijalankan.
Pembelajaran rangkaian motor digunakan dalam pembelajaran kemahiran seperti
permainan, muzik, elektronik, mekanikal dan lain-lain.
Contoh:
Ketika menyampaikan bola dalam permainan tenis, pemain hendaklah berdiri
dengan posisi tubuh yang sesuai, di tapak yang munasabah dan mengayun raket
dengan gaya yang betul agar bola tenis dipulangkan dengan baik. Siri tingkah laku
ini disebut rangkaian.
4. Pembelajaran Pertalian Bahasa
Pertalian bahasa adalah satu proses dalam pembentukan kemahiran berbahasa
83
Ini berlaku apabila seseorang kanak-kanak menghubungkaitkan apa yang dilihat
dengan nama objek secara menyebutnya.
Contoh:
Guru menunjukkan gambar kucing, dia akan menyebut kucing. Ini akan diulangi
beberapa kali sehingga kanak-kanaknya dapat mengaitkan sebutan dengan objek
tersebut. Ini akan menjamin peneguhan pertalian.
5. Pembelajaran Diskriminasi
Pembelajaran jenis ini melibatkan pembentukan kebolehan untuk menunjukkan
gerakbalas yang sesuai terhadap satu siri rangsangan yang berbeza.
Bagi memudahkan proses mengelas dan menyimpan maklumat dalam ingatan ,
kanak-kanak perlu dapat membezakan benda-benda mengikut ciri-ciri tertentu.
Pada masa yangsama, kanak-kanak dapat membezakan rangsangan atau maklumat
penting berbanding maklumat tidak penting dan memberi gerak balas berlainan
untuk rangsangan yang berlainan.
Pembelajaran diskriminasi adalah sangat penting dalam proses pembelajaran.
Kanak-kanak dapat menapis maklumat penting daripada maklumat tidak penting dan
ini memudahkan proses pengkodan maklumat untuk disimpan dalam ingatan jangka
panjang.
6. Pembelajaran Konsep
Pembentukan konsep bermula dengan pertalian berbahasa dan diskriminasi, iaitu
mengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat.
Kanak-kanak dapat membentuk konsep yang baik setelah membuat persepsi dan
pengamatan terhadap objek, orang dan peristiwa.
Kanak-kanak perlu didedahkan dengan banyak contoh-contoh yang jelas dan
pelbagai supaya dia dapat membentuk konsep yang betul dan tepat.
Bagi mengukuhkan lagi kefahaman konsep tersebut guru harus membawa beberapa
bukan contoh pula.
Contoh
Kalau ingin menyampaikan konsep mamalia, kanak-kanak perlu diberi memerhati
sifat atau ciri-ciri yang ada pada contoh-contoh haiwan seperti kucing, harimau,
kambing. Bila kanak-kanak sudah dapat menyatakan ciri-ciri yang sepunya pada
haiwan-haiwan ini, guru akan kemukakan pula haiwan seperti buaya, ular, burung.
84
dengan mengkaji ciri-ciri yang terdapat pada haiwan-haiwan yang bukan mamalia. Ini
akan mengukuhkan lagi konsep haiwan mamalia.
7. Pembelajaran Hukum
Pembelajaran ini merupakan proses kognitif tinggi. I
Ia melibatkan seseorang berkebolehan untuk menghubungkait antara konsep-
konsep dan mengaplikasi hubungan yang telah dibentuk tadi dalam situasi yang
pelbagai.
Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsip dan generalisasi.
Contoh:
Ketika kanak-kanak memerhati air membeku, isipadunya bertambah. Konsep-konsep
yang perlu diketahui ialah ‘membeku;. ‘isipadu’ dan ‘bertambah’. Kemudiannya,
konsep-konsep ini perlu dirangkaikan atau dikaitkan di antara satu sama lain untuk
membentuk hukum tersebut.
Contoh:
Apabila seseorang mengaitkan konsep ‘bulat’ dan ‘bola’ kerana ‘benda-benda bulat
biasanya bergolek’.
8. Pembelajaran Penyelesaian Masalah
Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep dan
hukum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru.
Terdapat beberapa langkah dalam penyelesaian masalah, iaitu mengenal masalah,
mencari maklumat, membuat hipotesis, membuat pilihan, membuat rumusan.
Penyelesaian masalah merupakan pembelajaran paling kompleks.
Ia melibatkan penggunaan konsep serta pembelajaran hukum.
Pembelajaran penyelesaian masalah bergantung kepada jenis pembelajaran di
peringkat yang rendah daripadanya (iaitu yang sebelumnya).
Selagi jenis-jenis pembelajaran di bawah seperti pembelajaran hukum, pembelajaran
konsep, diskriminasi, perkaitan berbahasa, rangkaian dan pembelajaran isyarat
belum dicapai, maka penyelesaian masalah tidaklah dapat dijalankan.
85
Aktiviti 2
Aplikasi Teori Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran Sains
Guru perlu memainkan pelbagai peranan untuk menjayakan proses pengajaran dan
pembelajaran.
Kalau kita kaji semula apa yang dibincangkankan oleh Gagne dalam teori-teori yang
diutarakannya, kita boleh gunakannya bagi menjalankan peranan tersebut dengan
lebih berkesan.
Di antara peranannya adalah sebagai perancang, pengurus dan penilai proses
pengajaran.
Guru harus menganalisis sukatan dan kemudian merancang urutan pengetahuan
dan kemahiran mengikut hirarki.
Untuk merancang pengajaran dan pembelajaran, guru perlu
a. Menentukan pengalaman atau pengetahuan sebagaimana Gagne kata
proses pembelajaran bergerak daripada mudah ke kompleks. Kanak-kanak
hanya akan memahami kefahaman yang baru kalau mereka ada pengalaman
sedia ada.
b. Menentukan hanya satu kemahiran diajar pada satu-satu masa dan perlu
dibina daripada kemahiran sedia ada (prerequisite)
c. Menentukan ciri-ciri kanak-kanak: kesediaan, tahap kemahiran,dan motivasi
adalah diantara faktor yang perlu dipertimbangkan semasa merancang
proses pengajaran dan pembelajaran
d. Menggunakan pelbagai media semasa mengajar sebab setiap jenis
pembelajaran memerlukan media yang berbeza. Contohnya kalau dalam
pembelajaran konsep kanak-kanak perlu diberi pelbagai contoh dan bukan
contoh yang konkrit supaya mereka boleh meneliti ciri-ciri yang terdapat yang
mana akhirnya dapat membentuk konsep yang tertentu.
86
Pilih satu tema daripada Sukatan Pelajaran Sains Sekolah.
1. Analisis pengetahuan dan kemahiran yang terkandung dalam tema tersebut.
2. senaraikan contoh-contoh peringkat pembelajaran seperti yang dibincangkan dalam
pembelajaran hirarki Gagne.
e. Guru mentaksir secara formatif dan sumatif supaya guru dapat menentukan
samada kanak-kanak memrlukan pemulihan, pengayaan atau boleh bergerak
ke tajuk yang seterusnya.
2.3 PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME
Dalam pendekatan Konstruktivisme pelajar membina atau membentuk idea baru dan
menjana secara aktif makna daripada setiap satu pengalaman yang dilalui. Dalam proses ini
pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada
untuk membina pengetahuan baru.
Rajah 17 : Pembelajaran Konstruktivisme
Prinsip Konstruktivisme :
Bukan pengisian otak kosong pelajar
Bukan tentang pemerolehan idea baru
Pelajar akan membina atau merubah idea mereka yang sedia ada
Pelajar membina pengetahuan sains yang baru dengan cara mereflek tindakan fizikal
dan mental mereka
Pelajar cuba mendapat pemahaman tentang pengalaman atau fenomena baru
mereka dengan cara membentuk atau membina makna tentang perkara tersebut
87
Rajah 18: Ciri-ciri pembelajaran secara Konstruktivisme
Untuk belajar secara konstruktivisme:
pelajar perlu asimilasikan idea baru atau menyesuaikan (accommodate)
idea yang sedia ada
Kegagalan belajar idea baru:
pelajar akan kekalkan idea sedia ada, atau pelajar akan sesuaikan secara palsu
(false accomodation) idea baru tersebut dan kekal dengan idea sedia ada
Oleh itu, pembelajaran konstruktivisme dilihat sebagai:
pengubahan idea,
pembinaan dan penerimaan idea baru
penstrukturan semula idea sedia ada
88
Rajah 19 : Implikasi Daripada Pengertian Konstruktivisme
Rajah 20: Kelebihan Pembelajaran Secara Konstruktivisme
89
Rajah 21: Kelebihan Pembelajaran konstruktivisme
90
Amalan Pengajaran Konstruktivisme
menggalakkan dan menerima autonomi, initiasi, dan kepimpinan pelajar dalam
pembelajaran.
penggunaan data mentah dan sumber primer, berserta bahan manipulatif interaktif
dan fisikal yang membolehkan pelajar mendapat peluang serta membina pengalaman
dan kemahiran dalam membentuk pengetahuan baru atau menstrukutur semula
konsep alternatif mereka.
Tugasan pembelajaran yang melibatkan kemahiran kognitif seperti mengelas dan
meramal. Ia akan meningkatkan kemahiran berfikir peringkat tinggi, membantu pelajar
membina pengetahuan sendiri sama ada secara proses asimilasi konsep baru atau
menyesuaikan konsep sedia ada.
Penentuan pengetahuan sedia ada pelajar membantu kesediaan pelajar dalam
mengikuti pembelajaran seterusnya.
Pembelajaran seterusnya direkabentuk bersesuaian dengan perkembangan konstruk
pelajar berikutnya demi menjadikan pembelajaran tersebut bermakna kepada mereka
Pandangan Konstruktivist Tentang Pembelajaran Sains
Hasil pembelajaran bukan sahaja bergantung kepada persekitaran pembelajaran,
tetapi juga pada pengetahuan sedia ada pelajar.
Pembentukan makna adalah suatu proses yang aktif dan berterusan
Makna yang dibentuk akan dinilai, dan kemudian mungkin diterima sepenuhnya,
sebahagian ataupun ditolak terus .
Pelajar mempunyai tanggungjawab terakhir ke atas pembelajaran mereka sendiri.
91
Rajah 22: Perbandingan pembelajaran tradisional dan Konstruktivisme
Kerangka Alternatif/ Miskonsepsi Sains
Kerangka alternatif atau miskonsepsi sains biasanya dapat dicungkil oleh guru semasa
mengajar dengan menggunakan strategi konstruktivisme.
92
Idea/pengetahuan sedia ada pelajara berdasarkan pengalaman, kepercayaan, pra
konsep, budaya dan miskonsepsi tentang sesuatu perkara.
Terjadi kerana pelajar mempunyai satu tanggapan terhadap dunia persekitarannya
sebelum didedahkan secara formal mengenai pendidikan sains
Pelajar yang mempunyai kerangka alternatif biasanya akan melambatkan/menolak
terus penjelasan saintifik kecuali mereka dapat diyakinkan dengan pengetahuan baru
yang diterima
Pelajar tidak mudah menggantikan kerangka alternatifnya dengan ilmu yang baru
Kadang-kadang boleh wujud bersama konsep saintifik/ terjadi di kalangan guru
sendiri
Dua Jenia Kerangka Alternatif
a. Fenomena :
Mempunyai interpretasi yang berbeza mengenai fenomena semulajadi
Dapat secara spontan atau kerana kurang pengalaman seseorang
Disampaikan oleh seseorang yang dipercayai seperti ibu bapa/rakan
b. Istilah
Terjadi kerana kurang pengalaman pelajar. Contohnya : Istilah jisim dan berat sering
dianggap istilah yang sama.
Penggantian Kerangka Alternatif/ Miskonsepsi
Pelajar akan menerima konsep saintifik jika :
Pelajar faham mengenai konsep saintifik yang diajar kepada mereka
Konsep saintifik itu boleh diterima secara logik – mesti selari dengan konsep
pelajar lain
Konsep sains berguna untuk pelajar meninterpretasikan sesuatu perkara
Ramalan atau penjelasan mengenai sesuatu fenomena tidak memuaskan
akibat miskonsepsi yang terdahulu
Pelajar mendapat kepakaran/ilmu baru dengan menggunakan konsep saintifik
yang baru.
Aplikasi Pembelajaran Konstruktivisme Terhadap Proses Pengajaran
Pembelajaran Sains
93
Idea /Pengetahuan sedia ada pelajar : sebelum sesuatu proses pengajaran bermula.
A
Pengajaran
+
+ Pembelajaran
Pelajar Guru Pelajar
B Pengajaran
+
Pembelajaran
Pelajar Guru Pelajar
Pembelajaran Sains Melalui Objectivism
(A) Pelajar dianggap tiada pengetahuan sedia ada mengenai topik sains yang diajar (St)) .
(B) Idea pelajar dianggap mudah diambilalih oleh guru (St)
+ Pengajaran
Pembelajaran
Pelajar Guru Pelajar
Pengajaran Sains Menggunakan Konstruktivism :
Idea pelajar berinteraksi dengan idea guru
Aktiviti ‘hands-on’ dan ‘minds-on’..
Istilah sains : bahasa yang jelas dan tepat.
Boleh menjelaskan makna sains secara am /dengan cara berbeza
Teknik Untuk Mengenalpasti Kerangka Alternatif/Miskonsepsi Sains
94
St
Pelajar
St
Sp St
St
Sp St St/Sp
Temubual (beri contoh/situasi tertentu)
Pelajar diminta melukis mengenai beberapa konsep sains (contohnya tumbuhan)
Menyoal mereka mengenai sesuatu kefahaman (berdasarkan pengalaman mereka)
mengenai sesuatu konsep
Soal Selidik
Dengan memberikan contoh/ aneka jawapan untuk mengenalpasti kerangka
alternatif
Ramalan, Pemerhatian dan Penjelasan
Satu situasi diberi kepada pelajar dan pelajar diminta meramalkan perubahan yang
akan terjadi apabila pembolehubah diubah.
Pelajar akan menjalankan penyiasatan dengan mengubah pembolehubah dan
melakukan pemerhatian terhadap keputusan yang dibuat
Pelajar diminta menjelaskan perbezaan antara ramalan mereka dengan dapatan
penyiasatan mereka
Model-Model Konstruktivisme
1. Model Konstruktivisme 5 Fasa (Needham)
2. Model Generatif (Osborne)
3. Model Interaktif (Faire &Cosgrove)
4. Kitar Pembelajaran 5E
MODEL KONSTRUKTIVISME 5 FASA (NEEDHAM)
FASA MATLAMAT/TUJUAN KAEDAH/AKTIVITI
1. Orientasi a. Menarik perhatian pelajar
b. Motivasi
c. Mengekalkan minat
pelajar
d. Merangsang pemikiran
a. Eksperimen
b. Video
c. Tayangan Filem
d. Demonstrasi
e. Penyelesaian Masalah
f. Peristiwa Bercanggah
g. Permainan minda
2. Pencetusan Idea Untuk mendapatkan
a. Pengetahuan sedia ada
a. Soal Jawab
b. Peta Konsep
95
pelajar
b. Mengenalpasti
miskonsepsi pelajar
c. Tahap pengalaman
d. Aras kefahaman
c. Peta Minda
d. Perbincangan
3. Pengstrukturan Semula
Idea
-Penjelasan dan
perkongsian idea
-Pendedahan mengenai
konflik idea
-Perkembangan
idea/pengetahuan baru
- Penilaian
a. Supaya guru sedar
tentang kewujudan
kerangka alternatif, idea
yang perlu diperbaiki,
dikembangkan atau
digantikan dengan idea
saintifik
b. Supaya boleh
mengakses dan mencari
idea sedia ada dan idea
alternatif
c. Untuk menguji kesahan
idea sedia ada
d. Untuk meningkatkan,
mengembangkan atau
menggantikan idea baru
e. Untuk menguji kesahan
idea baru
a. Aktiviti ‘hands-on dan
‘minds-on’
b. Eksperimen
c. Kerja Berkumpulan
d. Pembelajaran koperatif
e. Perbincangan dan
persembahan
f. Pembacaan
g. Input dari guru
h. Demonstrasi
4. Aplikasi idea a. Untuk mengaplikasikan
idea baru kepada situasi
baru/berbeza
b. Menyelesaikan masalah
baru yang berkaitan
c. Tugasan/aktiviti secara
berkumpulan @ individu
dalam jangka masa
pendek/panjang
a. Penyelesaian Masalah
b. Senario Penyelesaian
Masalah
c. Kuiz
d. Tambahan aktiviti yang
mencabar
e. Projek
5. Refleksi a. Ringkasan mengenai
pengetahuan baru yang
a. Peta konsep
b. Peta minda
96
diperoleh
b. merefleksi pengetahuan
sedia ada yang berubah
c. Menghuraikan
kepentingan dan implikasi
idea baru untuk masa
depan
c. Soalan refleksi untuk
penilaian kendiri/
pemahaman konsep
d. Penulisan laporan secara
individu, perbincangan
kumpulan dan nota
peribadi
Jadual 4 : Model Konstruktivisme Needham 5 Fasa
MODEL GENERATIF (OSBORNE)
Pembelajaran secara generatif adalah sejajar dengan matlamat supaya murid sendiri
membentuk cara yang sesuai bagi meneroka, mengenal dan memberi pandangan tentang
alam. Pembelajaran Generatif menekankan supaya maksud atau kefahaman tentang
sesuatu perkara diperolehi menerusi proses mental yang dikaitkan secara eksplisit antara
input baru dengan pandangan atau pengetahuan sedia ada tentang alam (Osborne &
Wittrock, 1983). Menurut Model Generatif idea atau konsep perlu dibentuk melalui gabungan
antara input tentatif dengan ingatan. Menerusi proses mental pengertian tentatif akan diuji
sama ada ianya selaras dengan struktur idea yang sedia ada. Pengetahuan sedia ada
merupakan faktor penting untuk memahami maklumat baru. Kemampuan mengolah
pelaksanaan ujian di dalam minda merupakan ciri utama dalam strategi memproses
hubungkait antara pengetahuan sedia ada, pengalaman baru dan pengertian tentatif. Oleh
itu, pengertian yang bermakna melalui pengalaman yang terbentuk bergantung kepada
kemampuan murid memproses idea atau pengetahuan sedia ada.
Fasa Pengajaran dan Pembelajaran Berdasarkan Model Generatif
97
To contrive a learning environment such that pupils are highly likely to generate
the meanings teachers would want them to achieve, and to modify their existing
ideas in hoped for ways in the process of subsuming these new ideas, requires
considerable teacher skill, knowledge of pupils' present ideas, and an
understanding of their ways of processing information.
(Ms 86, Osborne, 1985)
Fasa Aktiviti Guru Aktiviti Murid
Awalan Menentukan pandangan murid;
mengelaskan pandangan ter.sebut;
memahami pandangan saintifik
mengenalpasti pandangan sains lama;
mempertimbangkan bukti-buklti yang
menyebabkan perubahan pandangan
lama murid
Menyempurnakan kaji selidik atau
aktiviti lain, dengan tujuan menentukan
dengan tepat idea-idea yang ada
sekarang.
Fokus Menetapkan konteks.
Membekalkan pengalaman yang
memberi motivasi.
Menyertai dan mengemukakan soaLan
berbentuk terbuka dan berorientasi
individu.
Mentafsirkan respons murid.
Mentafsir dan menerangkan
pandangan murid.
Membiasakan diri dtmgan bahan-
bahan yang digunakan untuk meneroka
sesuatu konsep.
Memikirkan apa yang; berlaku,
mengemukakan soalan-soalan
berkaitan dengan konsep tersebut.
Menentukan dan memperihalkan apa
yang diketahui tentang peristiwa
berkenaan, dengan mengguna input
kelas atau persekitaran rumah.
Menjelaskan pandangan sendiri
tentang konsep itu.
Membentangkan pandangan sendiri
kepada (a) kumpulan (b) kelas melalui
perbincangan dan persembahan.
Cabaran Memudahkan pertukaran pandangan di
kalangan murid.
Memastikan semua pandangari
dipertimbangkan.
Meneruskan perbincangan secara
terbuka.
Mempertimbangkan pandangan murid
lain dalam kelas bagi mencari kekuatan
dan kekurangan.
98
Mencadangkan prosedur yang cukup
jelas, jika perlu.
Mengemukakan bukti untuk
menyokong pandangan ahli sains.
Menerima reaksi murid yang tentatif
terhadap pandangan baru.
Mencari bukti untuk menguji kesahan
pandangan.
Membandingkan pandangan ahli sains
dengan pandangan kelas.
Aplikasi Menbentuk masalah yang boleh
diselesaikan secara mudah dengan
menggunakan pandangan saintifik.
Membantu murid menjelaskan
pandangan baru, dengan meminta
mereka menggunakan pandangan
tersebut dalam semua penyelesaian.
Murid dapat menyatakan secara lisan
cara penyelesaian masalah.
Guru mengambil bahagian, mcmberi
ransangan dan menyumbangkan idea
dalam perbincangan penyelesaian
masalah.
Membantu menyelesaikan masalah
yang lebih rumit; memberi cadangan
bagaimana pertolongan boleh didapati.
Menyelesaikan masalah seharian
berdasarkan konsep tersebut.
Membentangkan penyelesaian dalam
kelas.
Membincang dan membahaskan
kekuatan penyelesaian yang
dicadangkan, menilai secara kritis
penyelesaian tersebut.
Mencadangkan masalah lanjutan yang
timbul daripada penyelesaian yang
dibentangkan.
Jadual 5
Aktiviti
Tajuk : Pengaliran arus elektrik dalam litar lengkap yang ringkas.
Bidang: Alam Fizikal.
Objektif:
1 . Menentukan bahavva arus elektrik mengalir mengikut satu arah dalam litar
elektrik ringkas.
2. Menentukan bahawa kekuatan aras elektrik di sepanjang wayar penyambung
ringkas adalah sama.
99
Kemahiran Proses Sains & Kemahiran Berfikir: Memerhati, membuat hipotesis
mentafsir maklumat,membuat inferens.
mengeksperimen.
Kumpulan Sasaran : Tahun 5.
Masa:60 minit.
Bahan /Alat : sel kering. dawai. mentol. ammeter, motor elektrik. dawai rintangan.
1. Fasa Awalan
a. Guru melakukan aktiviti temubual" di kelas tentang konsep asas arus elektrik
dengan menggunakan alatan dan soalan-soalan terbuka yang terdapat pada
Lampiran 1.
b. Melalui aktiviti 1(a). guru dapat mengesan pandangan murid terhadap konsep
asas arus elektrik dan menentukan perkara-perkara yang boleh digunakan untuk
mengubah pandangan mereka supava selaras dengan pandangan ahli sains.
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Osborne (1983), terdapat empat model
mengenai kefahaman arus elektrik di kalangan murid (Rujuk lampiran 2).
Kefahaman mund anda terhadap kefahaman konsep asas arus mungkin sama
dengan empat model tersebut.
2. Fasa Fokus
a. Guru menyediakan beberapa aktiviti yang menggunakan litar elektrik ringkas
untuk dilakukan oleh murid. Jadual (i) di Lampiran 3 menunjukkan saranan
aktiviti-aktiviti berkenaan. Aktiviti-aktiviti berkenaan membolehkan murid yang
mempunyai kefahaman konsep yang lemah untuk memperbaiki konsep mereka.
Bagi murid yang mempunyai pengetahuan lepas yang baik dapat
memperkukuhkannya.
b. Guru tidak perlu menghadkan masa bagi murid menjalankan aktiviti-aktiviti yang
disediakan.
c. Guru perlu berinteraksi dengan murid secara individu atau secara kumpulan.
d. Guru perlu memfokuskan pemikiran murid ke atas keadaan elektrik pada litar-litar
yang terbentuk dengan cara mengemuakan soalan-soalan seperti " Apakah yang
berlaku dalam dawai penyambung dan dalam mentol?"
e. Murid digalakkan memberi pandangan masing-masing.
100
3. Fasa Cabaran
a. Guru mencadangkan beberapa pandangan altematif termasuk pandangan
saintifik. Setiap murid perlu menentukan pandangan yang difikirkan paling baik.
b. Murid yang mempunyai pandangan yang berlainan boleh berpasangan untuk
berbincang dan berdebat tentang pandangan masing-masing. Mereka juga boleh
menyambung litar untuk membukti dan mempertahankan pandangan masing-
masing. Ini disusuli oleh perbincangan kelas dan penentuan pandangan yang
paling popular. Guru harus menitik beratkan bahawa pandangan yang popular
tidak semestinya sah.
c. Guru membimbing kelas untuk membentuk satu ujian empirik bagi menentukan
mana satu pandangan yang sah. Guru memperkenalkan ammeter untuk
mengukur kekuatan dan arah pengaliran arus elektrik. Murid digalakkan
mencuba sendiri bagaimana sambungan sebaliknya akan mempengaruhi arah
pengaliran arus elektrik. Guru juga perlu berbincang dengan murid bagaimana
ammeter boleh digunakan untuk menguji empat model kefahaman asas arus
elektrik. Pada permulaannya, litar yang dibentuk hanya mengandungi satu
ammeter. Murid kemudian dikehendaki meramal bacaan pada ammeter ke-2 bagi
setiap model yang diuji.
Model D dapat disahkan sebagai model yang paling sesuai sekali dengan
menggunakan ujian di alas.
d. Guru boleh membantu murid membentuk semula idea mereka dengan
menggunakan analogi seperti: pam(bateri). mengepam air yang mengalii(arus
elektrik) melalui paip air(dawai) dan gentingan(mentol).
4. Fasa Aplikasi
a. Guru memberi beberapa masalah di mana penyelesaiannya akan
memperkukuhkan kefahaman konsep arus elektiik yang betul (Model D).
Jadual (ii) di Lampiran 3 mengandungi beberapa masalah yang boleh digunakan
oleh guru.
b. Murid harus menjalankan kerja penyelesaian masalah dalam kumpulan kecil.
c. Guru boleh membantu murid memahami bagaimana kefahaman Model D dapat
digunakan dalam penyelesaian masalah berkenaan.
101
Rajah 23: Menguji dengan Ammeter
LAMPIRAN 1
102
LAMPIRAN 2
Model A - Arus elektrik mengalir dari kutub positif bated ke hujung mentol. Hanya satu dawai
diperlukan.
Model B - Arus elektrik mengalir ke mentol di dua dawai mengikut arah Yang sama.
Model C - Arus elektrik mengalir mengikut satu arah yang sama di dua dawai. Kekuatan
arus elektrik di dawai yang mengalirkan arus ke bateri adalah kurang berbanding dengan
arus di dawai yang menghantarnya ke mentol.
Model D - Arus elektrik mengalir mengikut satu arah yang sama dan dengan kekuatan yang
sama.
Empat Model Kefahaman Arus Elektrik di Kalangan Murid
103
LAMPIRAN 3
Jadual (i): Saranan Aktiviti Untuk Fasa Fokus
Jadual (ii) : Saranan Aktiviti Untuk Fasa Aplikasi
MODEL INTERAKTIF (FAIRE & COSGROVE)
Kaedah pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada soalan kanak-kanak dipanggil
kaedah interaktif. Pendekatan ini mewujudkan keadaan pembelajaran yang menggalakkan
kanak-kanak menyuarakan pandangan mereka dan menjalankan penyelidikan. Model
Interaktif yang dikemukakan oleh Faire dan Cosgrove adalah seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 24.
104
Menyalakan mentol
Sebuah pemegang mentol, mentol, dua utas dawai pendek dan sebiji bateri 1.5V
diperlukan. Murid digalakkan mencadangkan cara untuk mengesan sama ada mentol
masih baik atau tidak dan sama ada bateri sudah "mati" atau tidak.
* Menyalakan lampu picit
Sebuah lampu picit (3 bateri) dinyalakan dan guru mengemukakan soalan-soalan
berikut:-
a) Adakah arus elektrik mengalir melalui ketiga-tiga bateri itu ?
b) Bateri yang manakah terdapat arus elektrik vang paling kuat ?
* Memeriksa lampu/mentol
Lampu atau mentol yang rosak boleh diperiksa oleh murid supaya mereka dapat
mengesan sambungan dawai di dalamnya.
* Menyelesaikan masalah lampu "Christmas Tree"
Jika sebiji lampu/mentol dalam satu susunan 3 biji mentol bersiri tidak menvala, dua biji yang lain tidak akan menyala juga. Murid diminta mencari penyelesaian kepada masalah di atas dan membentangkannya kepada kelas.
* Memperlahankan atau mempercepatkan putaran motor elektrik.
Murid dikehendaki menggunakan dawai nntangan (panjang yang berbeza) untuk memperlahankan atau mempercepatkan putaran motor elektrik dalam sesuatu litar lengkap.
Rajah 24 : Urutan Aktiviti Model Interaktif (Faire dan Cosgrove, 1988)
Persediaan
Guru mengumpul maklumat dan bahan latar belakang vang berkaitan dengan tajuk yang
hendak disampaikan. Bahan-bahan tersebut termasuk buku teks. keratan akhbar.
video,carta dan lain-lain yang bcrkenaan. Murid boleh terlibit dalam mengumpulkan bahan
ini. Guru menentukan matlamat dan objektif pembelajaran.
105
Pandangan Awal
Guru mengenalpasti idea awal murid yang berkaitan dengan tajuk yang hendak
disampaikan. Teknik-teknik yang boleh digunakan untuk mengenalpasti idea awal murid
adalah seperti berikut:-
(a) Menggunakan Soalan Terbuka
Guru menyediakan 5-10 soalan terbuka berkaitan dengan kefahaman yang penting tentang
sesuatu tajuk. Soalan ini meminta penerangan dan penjelasan daripada murid. Soalan-
soalan digunakan untuk mendapat pandangan dan kefahaman murid. Soalan-soalan ini
boleh juga diulangi untuk menentukan sebarang perubahan dalam pandangan selepas
program pengajaran.
(b) Peti Surat
Biasanya murid lebih rela untuk mengemukakan pandangan dan idea jika nama mereka
tidak ditulis pada kertas jawapan. Murid diminta menulis pandangan dan idea mereka
tentang persoalan yang dikemukakan oleh guru di atas sekeping kertas. Kertas jawapan itu
dimasukkan ke dalam sebuah kotak.
(c) Percambahan Fikiran
Semua idea murid diterima dan dicatatkan.
(d) Peta Konsep
Murid diberi senarai istilah yang mungkin ditemui dalam sesuatu tajuk. Murid menyusun
istilah tersebut supaya perhubungan antara istilah-istilah itu ditunjukkan. Peta konsep ini
boleh menggambarkan kefahaman mereka.
(e) Penulisan Kreatif
Murid diminta menghuraikan kejadian sesuatu fenomena yang diberi oleh guru. Setiap
kumpulan membentangkan hasil penulisan kreatif.
3. Aktiviti Penerokaan
Murid digalakkan membuat ramalan dan mengemukakan soalan. Sumber-sumber
pembelajaran seperti buku teks, buku rujukan, poster, bahan maujud, rakaman video dan
106
lain-lain yang sesuai boleh digunakan untuk membantu murid mengubah konsep mereka.
4. Penyoalan Murid
Soalan yang dikemukakan oleh murid dalam langkah penerokaan dikumpul dan
dibincangkan. Biasanya soalan-soalan yang menimbulkan kontraversi atau miskonsepsi
dipilih untuk kajian bagi membantu mengubah konsep mereka.
5. Penyelidikan
Berdasarkan soalan yang diputuskan dalam langkah (4) di atas, guru bersama murid
merangka strategi untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan itu. Guru membimbing
murid untuk mendapat konsep yang dikehendaki.
Pandangan Selepas
Murid mengumpul maklumat daripada penyiasatan tadi dan membentangkan kepada kelas.
Di sini guru dapat menentukan sama ada konsep murid telah berubah atau belum.
Refleksi
Murid dan guru mengenalpasti soalan yang telah dijawab dengan sempuma dan mana yang
belum. Penilaian dititikberatkan untuk memantau pencapaian murid. Guru juga boleh
mengemukakan pandangan ahli sains dan minta murid membuat penyiasatan selanjutnya.
AKTIVITI
Tajuk : Mengelaskan Haiwan dan Tumbuhan.
Bidang: Alam Kehidupan.
Objektif
1. Mengelaskan haiwan dan tumbuhan mengikut sifat-sifat fizikal masing-masing.
2. Mengelaskan haiwan dan tumbuhan mengikut ciri-ciri masing-masing.
Kem. Proses Sains & Kem. Berfikir : Mengelas, memerhati, membuat inferen.
Kumpulan Sasaran: Tahun 4.
Bahan : Gambar haiwan dan tumbuha, Spesimen hidup haiwan dan tumbuhan, Buku skrap
haiwan dan tumbuhan, Video dokumentari haiwan dan tumbuhan.
107
1. Persediaan
Guru sediakan bahan yang tersenarai di atas.
Guru sediakan peta konsep sendiri untuk mengenalpasti kefahaman tentang tajuk tersebut.
2. Pandangan Awal
Cadangan cara-cara untuk mengenalpasti idea yang tersedia ada pada murid tentang
haiwan dan tumbuhan.
a) Tinjauan melalui soalan terbuka
Contoh soalan ialah :
i. Apakah sifat-sifat luar yang ada pada kucing, ayam, katak, penyu, gajah dar sebagainya?
ii. Apakah perbezaan antara kucing, ayam dan katak dan sebagainya?
iii. Bagaimanakah anda boleh membezakan antara kucing dengan pokok kelapa?
iv. Apakah sifat-sifat luar pokok kelapa, pokok keembung dan pokok padi?
v. Apakah perbezaan antara tumbuhan tersebut?
vi. Senaraikan perbezaan antara tumbuhan dan haiwan.
Murid menulis jawapan dan ini diikuti oleh guru yang membuat analisis jawapan murid untuk
mengetahui kefahaman mereka.
Kaedah Peti Surat
Bagi murid yang segan menyuarakan pendapat, guru boleh sediakan soalan tersebut dan
murid boleh tulis jawapan pada kertas tanpa tulis nama dan masukkan dalam kotak surat;
sebuah kotak untuk sejenis soalan. Soalan-soalan boleh dipaparkan di papan notis supaya
murid bebas menjawab bila-bila masa. Selepas tempoh tertentu kotak-kotak dikutip dan
jawapan-jawapan dianalisis secara berkumpulan. Tiap-tiap kumpulan kemudian
meiilbentangkan analisis jawapan mereka. Daripada pembentangan murid, guru dapat tahu
idea-idea mereka.
Peta Konsep
Untuk mendapat idea murid tentang tajuk tersebut peta konsep juga boleh digunakan. Murid
diminta membuat peta konsep yang mengaitkan sifat-sifat fizikal sesuatu haiwan atau
tumbuhan. Contoh peta konsep adalah seperti Rajah 25 dan Rajah 26.
108
Rajah 25: Peta konsep sifat fizikal pokok kelapa
Rajah 26: Peta konsep sifat fizikal kucing
Kaedah Penulisan Kreatif
Guru boleh beri satu tajuk tentang sifat fizikal haiwan atau tumbuhan dan murid perlu tuli
satu cerita ringkas tentangnya.
Contoh: i. Saya seekor katak
ii. Saya sebatang pokok durian.
Saya seekor ayam
Nama saya Kokok. Saya tinggal di reban. Saya ada 2 kaki dengan 4 jari pada tiap-tiap kaki.
Saya mempunyai bulu pelcpah berwarna-warni. Saya ada kepak tetapi saya jarang
menggunanya untuk terbang.....dan sebagainya.
Daripada penulisan kreatif ini guru dapat tahu samada murid sedar atau tahu tentang sifat
fizikal haiwan atau tumbuhan tertentu.
109
3. Aktiviti Penerokaan(Exploring)
Aktiviti ini bertujuan merangsangkan dan menarik perhatian murid supaya mewujudkan
suasana ingin tahu dan perbincangan. '
a. Minta murid lukis seekor katak atau kucing atau cicak dan labelkan seberapa banyak
bahagian luarnya.
b. Lukis pokok bunga raya atau bunga kertas dan labelkan bahagiannya.
c. Warnakan gambarajah tersebut.
Aktiviti-aktiviti ini akan menggalakkan murid untuk memerhati dan memeriksa corak sebenar.
Bagi murid yang boleh melukis dengan tepat gambar rajah haiwan dan tumbuhan tersebut,
suruh mereka membuat semakan daripada bahan-bahan resos.
Catatkan semua persoalan yang timbul dan kajian tambahan yang ia perlu atau ingin buat.
4. Soalan Murid
Semasa aktiviti permulaan kanak-kanak akan bertanya banyak soalan. Soalan-soalan akan
dikutip oleh Ketua Kumpulan dan dipaparkan pada papan tulis.
Contoh soalan adalah seperti berikut:
1. Apakah bentuk seekor cicak?
2. Adakah ekornya panjang?
3. Berapakah bilangan jari pada kaki seekor ayam?
4. Apakah warna paruh seekor ayam?
5. Apakah bentuk paruh burung helang?
6. Bolehkan ayam terbang?
7. Adakah pokok bunga kertas menjalar atau tumbuh tegak?
8. Apakah perbezaan antara wama bunga raya dan pokok keembong?
9. Apakah gunanya telinga pada seekor kucing?
10. Apakah gunanya ekor pada cicak?
11. Apakah perbezaan antara binatang dan pokok?
12. Adakah pokok mempunvai mata, telinga, hidung?
13. Adakah ikan tinggal di darat?
14. Bolehkah tumbuhan hidup dalam air?
15. Di manakah burung tinggal?
110
16. Adakah katak tinggal dalam air atau darat?
17. Apakah jenis binatang yang tinggal dalam air?
18. Apakah jenis tumbuhan yang tinggal dalam/permukaan air?
19. Adakah pokok bunga kertas mempunyai mulut unfuk makan?
20. Adakah buaya bertelur atau beranak?
21. Dan sebagainva.
5. Penyelidikan
a. Kumpulkan soalan mengikut jenis tertentu.
b. Tentukan cara untuk mencari jawapan denagn aktiviti pembelajaran berikut:-
Contoh Aktiviti 1
Murid memerhati beberapa jenis haiwan dari segi silat luar dan lengkapkan jadual berikut:-
Jadual 6
Contoh Aktiviti 2
a. Murid memerhati beberapa jenis haiwan (contoh hidup, gambar, video dan lain-lain) dan
kelaskan mereka mengikut ciri-ciri berikut:-
i. cara pembiakan
ii. habitat
iii. cara pemakanan
c. Pembentangan hasil laporan oleh murid.
d. Penilaian hasil laporan murid.
111
6. Pandangan Selepas
Selepas murid telah jalankan aktiviti tersebut, guru bersama kelas akan mengkaji semula
soalan-soalan yang telah dikemukakan dahulu melalui tinjauan, kaedah peti surat, sumbang
saran atau peta konsep dan juga soalan yang telah timbul.
Di sini juga soalan tambahan dan contoh istimewa seperti ciri-ciri haiwan seperti platipus,
ikan lumba-lumba dan paus boleh dibincang untuk memberi pandangan keseluruhan kepada
pengelasan haiwan. Begitu juga dengan kepelbagaian tumbuhan.
Untuk mengetahui samada perkembangan konsep atau pengetahuan telah berlaku guru
boleh suruh murid isikan borang seperti berikut:
7. Refleksi
Guru bersama murid membuat refleksi tentang apa yang dipelajari dan apa yang perlu dikaji
lagi.
Guru perlu ambil kesempatan untuk memberi pandangan terkini tentang tajuk tersebut dan
menimbulkan minat rnurid lagi supaya mereka boleh membuat penyelidikan tambahan.
Murid boleh menyuarakan pendapat mereka tentang aktiviti, sama ada mereka seronok
membuatnya atau tidak. Mereka boleh mencadangkan aktiviti tambahan seperti melawat ke:
112
a. zoo
b. taman haiwan
c. taman pertanian
d. dan sebagainya.
Guru boleh mencadangkan aktiviti tambahan seperti membuat terarium, herbirium atau
taman bunga di sekolah.
Tajuk : Litar elektrik.
Bidang : Menyiasat Alam Fizikal
Objektif: .
1. Memperihalkan dan melukis satu litar elektrik yang lengkap.
2. Menyatakan fungsi suis dalam litar elektrik.
3. Mengenalpasti penebat dan pengalir elektrik.
Kemahiran Proses Sains & Kemahiran Berfikir : Meramal. membuat interens,
mengeksperimen.
Kumpulan Sasaran : Tahun 5
Masa : 3 x 30 min.
Bahan : Litar elektrik, bahan penebat elektrik dan bahan pengalir elektrik.
1. Persediaan
Cadangan resos:-
a. Buku rujukan : Buku teks, buku perpustakaan (fizik).
b. Artikel-artikel : daripada surat khabar, majalah.
c. Penggunaan kemahiran asas perpustakaan.
2. Pandangan Awal
Salah satu cara untuk mengenalpasti pandangan awal murid ialah melalui cara tinjauan.
Soalan-soalan berikut boleh digunakan dalam tinjauan tersebut:-
a. Alat apakah yang boleh bekalkan arus elektrik?
b. Apakah kriteria penting supaya elektrik mengalir dalam suatu litar?
c. Bagaimanakah anda dapat pastikan bahawa arus mengalir dalam suatu litar?
d. Pada pendapat anda kenapakah suis digunakan dalam litar elektrik?
e. Bateri disambungkan kepada mentol seperti dalam rajah berikut. Mentol itu menyala.
113
Rajah 27 : Litar elektrik lengkap
Rajah manakah menjelaskan ciri arus elektnk dalam dawai ?
3. Aktiviti Penerokaan (exploratory)
Aktiviti ini menggunakan satu kombinasi resos berikut:
a. rakaman video mengenai litar elektrik.
b. slaid-slaid yang menunjukkan jenis-jenis litar elektrik.
c. carta-carta litar elektrik.
114
(i) Tiada arus elektrik dalam dawai yang disambungkan kepada terminal Y bateri
(ii) Arus elektrik mengalir ke arah mentol dalam kedua-dua dawai
(iii) Arah arus elektrik adalah seperti di-tunjukkan tetapi arus adalah kurang dalam dawai yang membawa balik arus ke bateri
(iv) .Arah arus elektrik adalah seperti di-. tunjukkan dan arus adalah dalam kuantiti sama bagi kedua-dua dawai
Objektif utama adalah untuk memulakan proses perbincangan dengan mengemukakan
soalan yang berkaitan. Guru menggunakan soalan terbuka untuk menggalakkan
perbincangan.
4. Soalan Murid
Soalan-soalan murid yang telah direkodkan perlu ditulis balik dengan baik dan dikumpulkan
di bawah tema yang sama.
Penyelidikan
Cadangkan aktiviti kepada murid supaya mereka boleh fikir tentangnya dan melakukan
aktiviti bila bersedia. Guru boleh membantu murid dengan kemukakan soalan-soalan
terbuka.
.Aktiviti berikut boleh digunakan:
Bahagi kelas kepada 8 kumpulan (1 kumpulan terdiri daripada 5 murid).
Minta setiap kumpulan susun radas seperti berikut:
Rajah 28: Penguji Litar
Minta murid sambung terminal A pada terminal B dengan menggunakan bahan berikut:
-paku
-klip kertas pensil
-buku .
-dawai
- kertas pasir
Murid diminta merekod pemerhatian.
Satu perbincangan dilakukan bersama murid.
115
Aktiviti ini boleh diulangi dengan menggunakan dawai lain (plumbum, nikrom) dan bilangan
bateri yang berlainan.
6. Pandangan Selepas
Perbandingan antara pandangan akhir dan pandangan awal akan membolehkan guru
mengukur secara kualitatif perkembangan konsep murid. Pandangan ini boleh dikumpulkan
dengan praujian dan pascaujian semasa menggunakan tinjauan peta konsep, soalan peti
surat dan sebagainya boleh digunakan.
7. Refleksi
Dalam bahagian ini murid membuat refleksi tentang apa mereka telah belajar dan kenalpasti
bidang-bidang yang mereka ingin mengkaji lagi. Mereka boleh juga digalakkan memberi
maklum balas tentang aktiviti yang mereka minat.
MODEL KITARAN PEMBELAJARAN 5 E
.1 Engage: (Berhubung)
Peringkat ini memberi peluang kepada guru untuk mengenalpasti apa yang pelajar fikir
dan tahu.
2. Explore: (Meneroka)
Peringkat ini membekalkan satu set pengalaman kepada pelajar. Peringkat ini
membolehkan pelajar membuat perbandingan mengenai apa yang mereka fikir dan apa
yang mereka perhatikan
3. Explain: (Menerangkan)
Peringkat ini membekalkan peluang kepada pelajar untuk menghubungkan pengalaman
sedia ada mereka dengan pengetahuan baru setiap unit pembelajaran
4. Elaborate: (Menghuraikan)
Peringkat ini membolehkan pelajar mengaplikasikan/menggunakan konsep yang
diperolehi kepada situasi baru dan mengaitkan pengalaman terdahulu dengan
pengetahuan baru.
5. Evaluate: (Menilai )
Penilaian terhadap pemahaman konsep pelajar dan kebolehannya menggunakan setiap
116
peringkat dalam model 5 E ini.
FASA MATLAMAT AKTIVITI GURU
Langkah 1 :
Engage (Berhubung)
- Cungkil pengetahuan
sedia ada
- Memberikan motivasi
- Mendapatkan perhatian
pelajar
- Dapatkan pengetahuan
sedia ada pelajar
- Guna teknik
bercerita/Tanya soalan
- Buat demonstrasi
- Tunjukkan klip video
Langkah 2 :
Explore (Meneroka)
- Libatkan pelajar dalam
topik tersebut
- Beri peluang kepada
pelajar untuk membina
kefahamannya sendiri
- Beri pelajar masa untuk
berbincang dan
meneroka pelbagai idea
melalui bermacam-
macam aktiviti
- Bertindak sebagai
fasilitator untuk
mendorong pelajar,
mendengar, memerhati
dan menyoal pelajar
Langkah 3 :
Explain (Menerangkan)
- Membekalkan pelajar
dengan peluang untuk
berkomunikasi mengenai
apa yang telah mereka
pelajari dan
menghuraikan idea
mereka
- Mengajar pelajar
membina konsep
- Meningkatkan
kefahaman konsep
pelajar dan menolong
mereka
mengembangkan
kemahiran
Langkah 4 : Elaborate
(Menghuraikan)
- Menggalakkan pelajar
menggunakan
pengetahuan baru dan
menyambung
penerokaan
- Membantu pelajar
mengaplikasikan apa
yang telah dipelajari
dengan situasi baru
- Membantu pelajar
mengembangkan apa
yang telah dipelajari
Langkah 5 :
Evaluate (Menilai )
– Menentukan berapa
banyak proses
– Mengakses
pemahaman pelajar
117
pembelajaran dan
kefahaman yang telah
diperolehi oleh pelajar
mengenai
konsep/melalui
pemerhatian dan
bertanyakan mereka
dalam bentuk soalan
terbuka
– Boleh juga
menggunakan jurnal,
lukisan, model, projek,
portfolio dan tugasan
lain dalam menilai
prestasi pelajar
Jadual 7 : Model Kitaran Pembelajaran 5 E
[Diadaptasi daripada : Trowbridge, L.W, Bybee, R.W, dan Powell, J.C. (2000)]
Tugasan
2.4 PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PROJECT BASED LEARNING-PBL)
118
Cuba fikirkan apakah kerangka alternatif/miskonsepsi yang selalunya dikesan
daripada pelajar bagi subjek sains sekolah menengah?
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Dasar 60:40 iaitu
menetapkan nisbah penyertaan pelajar dalam bidang sains dan teknologi berbanding
sastera. Laporan Akhbar Utusan Malaysia pada 7 November 2012 (keartan akhbar 1)
menunjukkan hanya 20 peratus pelajar yang mengambil aliran sains ketika ini
berbanding sastera dan angka ini jauh daripada sasaran 60 peratus yang ditetapkan.
Bagaimanakah anda sebagai seorang pendidik boleh membantu KPM mengatasi isu
yang membelenggu pencapaian dasar ini.? Dalam kumpulan 3 orang kenalpasti isu ini
dan bentangkan di dalam kelas.
PBL ialah “satu aktiviti penyiasatan mendalam tentang suatu topik dunia sebenar yang
berfaedah kepada pelajar”
PBL adalah berdasarkan kepada :
Keperluan kurikulum
Pembelajaran berdasarkan pendekatan inkuiri
Proses inkuiri berdasarkan kepada satu persoalan
Guru dan pelajar bekerjasama dalam proses menjawab persoalan penyiasatan
PBL mengemukakan persoalan yang akan dijawab oleh pelajar
Guru atau pelajar mengemukakan satu tema persoalan yang akan memandu pelajar
membuat projek secara berkolaborasi. Projek ini mengintegrasikan pelbagai subjek
dalam kurikulum.
PBL memerlukan pelajar menjawab persoalan dunia sebenar
Pengetahuan secara holistik
PBL adalah satu kaedah yang memerlukan pelajar menghuraikan isu dan persoalan
yang rumit.
Menggalakkan persefahaman
Pelajar akan meneroka, membuat penilaian, menterjemahkan dan mensintesis
maklumat dalam cara yang bermakna .
Faedah penting dalam pelaksanaan PBL
Membantu mempertingkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran. Pelajar boleh
bekerja di dalam kumpulan di dalam kelas, di kelas lain atau di negara lain
(collaborative learning).
Membantu membangunkan dan menilai kemahiran serta mindset sebagaimana
yang dikehendaki dalam dunia pekerjaan masakini (Knowledge-Workers). Mereka
berpeluang berinteraksi dengan isu dan amalan dunia sebenar.
Membantu merangka dan melaksanakan matlamat untuk sistem penilaian
berasaskan sekolah (School-Based Assessment).
Membantu dalam melahirkan pekerja yang berpengetahuan
Kebaikan Pelaksanaan PBL
119
Projek yang telah diberikan kepada pelajar telah memberi banyak faedah kepada
semua ahli pasukan secara keseluruhannya. Banyak pengalaman dan kemahiran
baru ditempuhi dan dipelajari. Pelajar mengalami keseronokan dan kepuasan
semasa dan selepas melaksanakan projek yang diberikan.
Pelajar dapat mempelajari pelbagai kemahiran ICT semasa melaksanakan projek.
Misalnya, kemahiran membuat carian di internet, membangunkan multimedia,
powerpoint, menggunakan Window Movie Maker dan perisian grafik seperti Adobe
Photoshop.
Pelajar juga dapat memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan, semangat
setiakawan dan belajar untuk memperkukuhkan motivasi individu serta kumpulan
Mempertingkatkan lagi keyakinan untuk membuat pengucapan awam dan
memperoleh kemahiran dalam menangani soalan-soalan yang dikemukakan oleh
awam semasa persembahan oleh pelajar
Pelajar juga memperoleh kemahiran dalam menganjurkan suatu projek seperti
lawatan, temu bual dan mengusahakan sesi pembentangan hasil projek di sekolah
sebagai latihan sebelum POL sebenar. Ini memberikan peluang kepada pelajar
untuk membuat suatu keputusan dan bukan sahaja berfikiran kritikal dan kreatif
tetapi juga terbuka.
Faedah PBL Kepada Pelajar
Mengaplikasikan pengetahuan dan pemikiran, mengimplementasikan konsep “tahu”
dan “buat”.
Membantu pelajar dalam pembelajaran penyelesaian masalah, komunikasi dan
pengurusan kendiri.
Life-long learning, kejayaan kendiri dan kerjaya.
Mengintegrasikan kurikulum, arahan dan isu masyarakat
Penilaian berdasarkan suasana kerja sebenar, meningkatkan akauntabiliti, matlamat
dan usaha.
Mewujudkan komunikasi positif dan kerjasama kumpulan di kalangan pelbagai
kerenah pelajar.
Memenuhi cara dan keperluan pembelajaran yang pelbagai di kalangan pelajar.
Peningkatan Ketrampilan Pelajar
120
Dari hanya pengetahuan tentang fakta, terma dan kandungan kepada pemahaman
proses
Dari hanya teori kepada aplikasi teori
Dari hanya bergantung kepada guru, pelajar berkuasa menentukan aktiviti
pembelajaran
PBL Sebagai Metadologi Pengajaran dan Pembelajaran
a. Satu proses Pengajaran dan Pembelajaran berpusatkan pelajar
Proses Inkuiri dan penemuan oleh pelajar
Pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran
Guru sebagai pembimbing
b. Kemahiran
Komunikasi, lisan, membuat persembahan dan kerja-kerja penerbitan
Proses dalam kumpulan, kepimpinan, kerja berpasukan dan kolaborasi
Pengurusan kendiri , masa dan pengurusan tugasan serta pemantauan
kendiri
c. PBL sebagai satu proses pembelajaran
Penyiasatan sistematik:
Pembinaan pengetahuan secara inkuiri.
Perkongsian maklumat.
Proses menjawab persoalan projek.
Proses pembelajaran sama penting dengan projek pembelajaran.
Memperoleh pengetahuan dan kemahiran baru dalam proses pembelajaran.
Peranan Guru Dalam PBL
a. Fasilitator
- membekalkan sumber bahan. Memberi peluang kepada pelajar untuk
membuat keputusan sendiri.
b. Penasihat
- membantu menyelesaikan masalah dan mencadangkan beberapa pilihan
121
penyelesaian masalah.
c. Penyokong
- Memberi sokongan dan galakan, menunjukkan minat dan berbincang
mengenai idea pelajar.
d. Pengurus
- memeriksa kerja pelajar, memberikan maklum balas secara sistematik
dan membantu pelajar merancang kerja-kerja mereka
e. Penilai
- Menilai dan mengakses produk pelajar. Menunjukkan kepada mereka
bagaimana mereka boleh membuat penambahbaikan.
-
Peranan Pelajar
Mengakses maklumat secara berkesan.
Menilai maklumat secara kritikal dan cekap.
Menyumbang secara positif komuniti pembelajaran
Penyertaan kumpulan secara efektif untuk menjana
Menghasilkan maklumat dalam tingkah laku yang berbeza
Tugasan
122
Bincangkan beberapa cabaran yang guru mungkin hadapi jika menggunakan
pendekatan PBL dalam pengajaran subjek sains di sekolah?
Tugasan
n
Akhbar 1
2.5 PEDAGOGI SAINS ABAD KE 21
123
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Dasar 60:40 iaitu
menetapkan nisbah penyertaan pelajar dalam bidang sains dan teknologi berbanding
sastera. Laporan Akhbar Utusan Malaysia pada 7 November 2012 (keartan akhbar 1)
menunjukkan hanya 20 peratus pelajar yang mengambil aliran sains ketika ini
berbanding sastera dan angka ini jauh daripada sasaran 60 peratus yang ditetapkan.
Bagaimanakah anda sebagai seorang pendidik boleh membantu KPM mengatasi isu
yang membelenggu pencapaian dasar ini.? Dalam kumpulan 3 orang kenalpasti isu ini
dan bentangkan di dalam kelas.
Objektif
Pedagogi sains abad 21 adalah bertujuan untuk:
1. memberi kesedaran tentang kepentingan mindset yang positif dalam diri pendidik
guru sains
2. menggalakkan perkembangan menyeluruh individu dengan menyeimbangkan aktiviti
yang serasi dengan minda
3. meningkatkan kreativiti pendidik guru sains dalam pengajaran dan pembelajaran
sains
4. membolehkan pendidik guru mengaplikasikan idea pedadogi pengajaran dan
pembelajaran sains secara kreatif
5. mengintegrasikan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dengan pedagogi
sains abad ke 21
Apakah Kemahiran Abad 21?
Guru bertanggungjawab dalam melaksana dasar serta sistem pendidikan berpandukan
kepada Falsafah Pendidikan Negara. Falsafah Pendidikan Negara ialah suatu usaha yang
berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi, jasmani dan sosial. Oleh yang demikian, kemahiran abad 21 (21st Century Skills)
perlu dimiliki oleh semua guru tanpa mengira usia. Sebagai guru sains, adakah anda
menyediakan pelajar anda secukupnya untuk berfungsi sebagai individu yang celik sains
abad 21?
Kajian Assessment & Teaching of 21st Century Skills (AT21CS) yang ditaja oleh CISCO,
INTEL dan Microsoft yang melibatkan lebih daripada 250 penyelidik merangkumi 60 institusi
di seluruh dunia telah mendapati bahawa kemahiran abad ke-21 di peringkat antarabangsa
terdiri daripada empat kategori utama:
1. Cara pemikiran
2. Cara bekerja
3. Alat untuk bekerja
4. Kemahiran menangani cabaran abad 21
Sehubungan itu, guru perlu menguasai keempat-empat kategori di atas dan diterjemahkan
124
dalam bentuk pengajaran dan pembelajaran (PdP) sains masing-masing.
PEDAGOGI ABAD 21
Kemampuan guru adalah dituntut untuk mengaplikasi dan menghayati empat kategori utama
kemahiran abad 21 ke dalam amalan PdP bagi mencapai pendidikan bertaraf dunia.
Guru perlu mempunyai cara berfikir yang kreatif dan kritis, dan berupaya mengintegrasikan
kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran penyelesaian masalah, membuat keputusan dan
membuat penyesuaian (adaptibility) dengan menggalakkan penglibatan otak kiri dan kanan.
Selain daripada itu, cara bekerja yang menitikberatkan aktiviti hands-on, kerjasama,
kemahiran sosial dan komunikasi kompleks (complex communication and social skills),
kemahiran penyelesaian masalah bukan rutin (nonroutine problem solving skills),
pengurusan dan pengembangan diri (self-management and self-development) dan
pemikiran bersistem (systems thinking) dapat menyumbangkan kepada pembangunan
individu.
Adakah Anda Tercabar?
Empat soalan cabaran abad ke 21 ialah:
1. Adakah anda selesa dengan tuntutan pendidikan guru sains abad 21?
2. Apakah implikasi tuntutan pendidikan guru sains abad 21 kepada anda?
3. Bagaimana memastikan semua pendidik guru sains mempunyai kemahiran pedagogi
abad 21?
4. Bagaimana memastikan semua guru sains mempunyai kemahiran teknologi abad
21?
Konsep Keserasian Minda – Whole Brain Teaching
Umumnya kita mengetahui bahawa fungsi otak ialah untuk berfikir dan bahagian kiri otak
kita mengawal bahagian kanan badan dan bahagian kanan otak kita mengawal bahagian kiri
badan. Sperry (1983) seorang pakar bedah menemui kecederaan bahagian kiri dan kanan
otak mempunyai kesan yang berbeza pada proses berfikir. Beliau telah memenangi hadiah
Nobel selepas memperkenalkan Split Brain Theory. Otak kiri dikaitkan dengan pemikiran
secara logik, analisis, urutan, linear, rasional, teliti dan pembelajaran hafalan. Mereka
125
mungkin terdiri dari ahli sains dan matematik. Otak kanan pula dikaitkan dengan tindakan
random, tak teratur, intuitif, holistik, pantas, visual, kreatif dan muzik. Kedua-dua otak kiri
dan kanan sama penting dalam proses berfikir seterusnya dalam proses pendidikan. Proses
pengajaran dan pembelajaran tidak boleh hanya bertumpu kepada otak kiri sahaja tetapi
kepada kedua-dua bahagian otak. Ia akan melahirkan insan yang seimbang dan mempunyai
pelbagai kebolehan serta berkembang secara menyeluruh. Oleh itu belajar dan berfikir perlu
berasaskan keseluruhan otak (Whole Brain Theory of Learning and Thinking) Hermann
(1995).
Seorang pelajar secara semula jadi mungkin cenderung kepada penggunaan hemisfera otak
kiri (HOKI), hemisfera otak kanan (HOKA) atau kedua-dua hemisfera otak. Kecenderungan
ini penting untuk diketahui oleh seseorang pelajar itu dan guru mereka supaya kekurangan
boleh diperbaiki dan kekuatan boleh dipertajamkan. Kecenderungan seseorang pelajar itu
boleh diketahui dengan ujian atau pemerhatian oleh guru. Pelajar perempuan biasanya lebih
cenderung kepada penggunaan hemisfera otak kiri manakala pelajar lelaki lebih kepada
penggunaan hemisfera otak kanan. Kedua-dua hemisfera otak dihubungkan oleh corpus
callosum dan sebenarnya dalam keadaan biasa kita menggunakan kedua-dua bahagian
otak dalam memproses maklumat. Apabila kita mendengar lagu, otak kiri meneliti kata-kata
lagu itu, otak kanan memproses melodinya (Aminah, 2005). Jika lagu itu disertakan video
atau gambar, otak bawah (limbic system) juga terlibat. Ia menginterpretasikan lagu itu,
memberi makna dan penghayatannya ditunjukkan melalui emosi. Selaras dengan
perubahan kurikulum yang menitikberatkan kemahiran abad 21, guru perlu menyediakan
aktiviti pembelajaran yang mengaktifkan kedua-dua hemisfera otak supaya prestasi pelajar
menjadi lebih baik dalam semua aspek.
Kefahaman tentang Teori Keseluruhan Otak (Whole Brain Theory of Learning and Thinking)
dan fungsi hemisfera otak yang berbeza dalam proses berfikir (Split Brain Theory) berupaya
mengubah cara kita berfikir tentang proses berfikir itu sendiri. Sebagai guru, kefahaman ini
boleh mengubah pendekatan, strategi atau teknik pengajaran dan pembelajaran dalam
menghasilkan perkembangan pelajar secara menyeluruh.
126
Tajuk Pengajaran Keserasian Minda
Matlamat Menggalakkan perkembangan individu secara menyeluruh dengan
aktiviti yang serasi minda.
Objektif Pada akhir sesi, peserta dapat:
1. Menganalisis aktiviti bagi mengenal pasti kecenderungan
penggunaan hemisfera otak.
2. Menyepadukan penggunaan otak kiri dan kanan melalui
penghasilan aktiviti.
3. Mengaitkan penggunaan otak kiri dan kanan dengan pengajaran
sains.
Tempoh 2 jam
Persediaan Borang Hemispheric Dominance Inventory Test. Contoh aktiviti 1
(merah), aktiviti 2 (kuning) dan aktiviti 3 (hijau). Borang Latihan Minda
dan Borang Aplikasi Idea.
Sumber Kertas A4 merah, kuning dan hijau, CD video pengajaran dan
pembelajaran sains.
Rangka
Sesi
Aktiviti 1 – Hemispheric Dominance Inventory Test
Prosedur Ujian Inventori : Hemispheric Dominance (30 minit)
1. Fasilitator mengedarkan borang Hemispheric Dominance
Inventory Test kepada setiap peserta (digalakkan mengisi
borang dalam talian
http://www.web-us.com/brain/braindominance.htm)
2. Peserta dikehendaki mengira kedominan hemisfera otak masing-
masing.
3. Peserta diminta membuat refleksi kendiri tentang bilangan
neuron yang masih menunggu rangsangan di hemisfera otak.
Aktiviti 2 – Menganalisis Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (30
minit)
1. Peserta menonton aktiviti daripada video pengajaran dan
pembelajaran Sains.
2. Peserta diminta menganalisis aktiviti dalam video menggunakan
127
borang merah.
3. Peserta diminta membandingkan hasil analisis dengan rakan
sebelah.
Peserta diminta membuat penambahbaikan pada hasil analisis
Aktiviti 3: Gambar Misteri (30 minit)
1. Peserta diminta membentuk kumpulan yang terdiri daripada
empat orang ahli.
2. Seorang wakil dari setiap kumpulan datang ke depan untuk
melihat tiga keping gambar misteri selama 15 saat.
3. Wakil peserta diminta melukiskan gambar tersebut berdasarkan
ingatannya.
3. Selepas 2 minit, wakil peserta kedua dari setiap kumpulan
diminta datang ke hadapan untuk melihat gambar yang sama.
4. Wakil kedua diminta menambahbaik gambar yang telah dilukis
oleh peserta pertama.
5. Langkah 4 dan 5 diulangi oleh wakil peserta yang ketiga dan
keempat dari setiap kumpulan.
6. Fasilitator menunjukkan gambar misteri dan peserta diminta
membuat refleksi tentang strategi untuk mengingat gambar
misteri tersebut. Adakah gambar ini mengingatkan anda tentang
sesuatu?
Peserta diminta mengaitkan aktiviti ini dengan struktur otak
RUMUSAN Kenapa ketiga-tiga aktiviti di atas dikatakan serasi dengan otak?
Bagaimana anda mengaitkan pengajaran keserasian minda dengan
pengajaran seharian anda?
Jadual 7
128
Lampiran 1: Aktiviti 1
Hemispheric Dominance Inventory Test
1. When you walk into a theater, classroom, or auditorium (and assuming that
there are no other influential factors), which side do you prefer?
Right
Left
2. When taking a test, which style of questions do you prefer?
Objective (true/false, multiple choice, matching)
Subjective (discussion)
3. Do you often have hunches?
Yes
No
4. When you have hunches, do you follow them?
Yes
No
5. Do you have a place for everything and keep everything in its place?
No
Yes
6. When you are learning a dance step, is it easier for you to:
learn by imitation the teacher and getting the feel of the music?
learn the sequence of movements and talk your way through the
steps?
7. Do you like to move your furniture several times a year, or do you prefer to
keep the same arrangement?
Keep
Move
8. Can you tell approximately how much time passed without a watch?
Yes
No
129
9. Speaking in strictly relative terms, is it easier for you to understand
algebra?
geometry?
10. Is it easier for you to remember people's names or to remember people's
faces?
Names
Faces
11. When given the topic "school", would you prefer to express your feelings
through drawings or writing?
Drawing
Writing
12. When someone is talking to you, do you respond to the word meaning, or do
you respond to the person's word pitch and feelings?
Word meaning (what is said)
Word pitch and feeling (how it is said)
13. When speaking, do you use few gestures, or do you use many gestures (that
is, do you use your hands when you talk)?
Few gestures (very seldom use hands when you talk)
Many gestures (often use hands when you talk)
14. Your desk or where you work is
Neat and organized
Cluttered with stuff that you might need
15. Is it easier for you to read for main ideas or to read for specific details?
Main ideas
Specific details
16. Do you do your best thinking sitting erect or lying down?
Sitting erect
Lying down
130
17. Do you feel more comfortable saying/doing humorous things or saying/doing
well-reasoned things?
Humorous things
Well-reasoned things
18. In math
you can explain how you got the answer.
you can get the answer but cannot explain how.
Aktiviti 1 (b)
Analisis pilihan jawapan anda. Adakah anda banyak menggunakan otak kiri atau
otak kanan atau keseluruhan otak?
Aktiviti 1 (c)
Jumlah bilangan neuron pada seorang dewasa ialah ____________
Bahagian hemisfera otak manakah neuron anda yang banyak masih belum
dirangsangkan? ___________________
Aktiviti 2 Borang Kecenderungan Minda (Borang Merah)
(a). Kategorikan aktiviti dalam video berasaskan otak kiri dan kanan
131
(b). Rumusan:
Jenis Aktiviti Gabungan Aktiviti Melibatkan Kedua-dua Otak Kiri
dan Kanan
132
Aktiviti 3: Gambar Misteri ( Hijau )
Cadangan Teknik Untuk Mengingat
Kenalpasti isi penting – lihat secara keseluruhan sepintas lalu
Membuat urutan peristiwa
Plotkan maklumat bergambar
Jelaskan maklumat kepada individu lain menggunakan ayat sendiri – BUAT
SECARA LISAN
Mengajar rakan sebaya
Huraikan dengan memberi contoh yang sesuai
Guna pelbagai bahagian otak (emosi, fakta dan fizikal)
Pendengaran, Penglihatan, Kinestetik Dan Lisan (Gabungkan jika sesuai)
Gunakan warna secara berkesan (Contohnya warna kuning dan oren sebagai
warna yang boleh menarik perhatian)
KREATIVITI DAN INOVASI MELALUI i-THINK
Objektif :
1) Dapat mengenali kreativiti dan inovasi melalui program i-think
2) Dapat membezakan setiap jenis peta visual
3) Dapat menggunakan 8 peta visual bagi mewakili 8 proses pemikiran
Konsep Kreativiti dan Inovasi
133
Kreativiti dan inovasi merupakan elemen penting dalam pendidikan demi membangunkan
modal insan yang berkualiti. Pelaksanaan kedua-dua elemen dalam pengajaran dan
pembelajaran menjadi pemangkin kepada agenda transformasi negara. Individu yang
kreatif dan inovatif berkeupayaan menghasilkan idea dan daya cipta yang berkualiti
supaya menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan mereka.
Kreativiti ditafsirkan sebagai suatu proses berfikir yang menghasilkan idea manakala
kebolehan seseorang untuk menghasilkan idea baharu atau mengumpul idea adalah
kebolehan kreatif. Idea yang baharu ini mungkin idea yang mudah ataupun kompleks.
Apabila seseorang kanak-kanak memikirkan sesuatu idea, walaupun ianya merupakan
idea yang kurang logik, kanak-kanak tersebut adalah seorang yang kreatif. Jika seorang
ahli sains menghasilkan sesuatu idea, beliau dianggap sebagai melatih kreativiti.
Inovasi ditakrifkan sebagai pengaplikasian kreativiti. Inovasi ialah penghasilan baharu
berdasarkan proses penyusunan semula dan menggunakan unsur yang sedia ada.
Hasilnya ialah sesuatu yang unik, mudah dan bernilai. Pelaksanaan inovasi dilakukan
oleh mereka yang berfikiran kreatif dan kritis untuk menjadi peneraju dan meraih peluang
yang maksimum.
Kreativiti dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains
Kemahiran berfikir kreatif adalah kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea asli
dan bersifat generatif. Berfikir melibatkan aplikasi tiga kemahiran iaitu berfikir kritis,
berfikir kreatif dan menaakul.
Penaakulan merupakan penerangan tentang kesan dan akibat mengapa terjadinya
sesuatu di samping dapat membuat ramalan atau andaian. Ia merupakan proses kognitif
yang menggunakan fakta atau pengetahuan, data dan strategi menyelesaikan masalah
untuk membuat kesimpulan dan keputusan.
Kemahiran menaakul juga melibatkan proses untuk menghasilkan maklumat dan
membuat andaian awal berdasarkan pengetahuan sedia ada. Proses penaakulan akan
menjana kemahiran intelek seseorang untuk membolehkan individu tersebut memahami
idea dan konsep dengan lebih jelas justeru membuat kesimpulan yang rasional.
Setiap guru merupakan agen pembentukan modal insan kreatif dan inovatif. Hasil
daripada perubahan ini akan menyumbang kepada pembentukan generasi yang
134
berkualiti. Proses pembangunan kreativiti melalui pengajaran dan pembelajaran sains
dapat dilaksanakan dengan berkesan apabila proses berfikir yang teratur dan sistematik
dirancang dengan teliti oleh pendidik guru. Dalam melaksanakan proses tersebut
penggunaan alat berfikir yang bersesuaian dapat membantu pendidik guru merangsang
kreativiti pelajar dan mencapai hasil yang dihasratkan.
Bagaimana Peta Pemikiran (i-Think) menjana kreativiti dan inovasi?
Apabila dilaksanakan secara menyeluruh di sekolah, Peta Pemikiran menyediakan cara
yang konsisten dan “brain compatible” untuk guru-guru menyampaikan maklumat, dan
bagi pelajar untuk belajar dan mengekalkannya. Peta Pemikiran adalah bahasa bagi
lapan bentuk visual bagi setiap proses pemikiran.
135
Rajah 29 : Peta Pemikiran yang terdiri daripada lapan bentuk visual bagi setiap proses
pemikiran
1. Peta Pemikiran 1 : Peta Bulatan
Peta Bulatan Digunakan Untuk:
a) Sumbang Saran
136
b) Diagnos pengetahuan yang lampau
c) Membuat Refleksi
Rajah 30 : Contoh Peta Bulatan
2. Peta Pemikiran 2 : Peta Buih (Bubble Map)
Peta Buih Digunakan Untuk: a) Menerangkan
b) Kualiti
c) Mengenalpasti ciri-ciri
Rajah 31 : Contoh Peta Buih
3. Peta Pemikiran 3 : Peta Buih Berganda ( Double Bubble Map)
Peta Buih Berganda Digunakan Untuk: a) Membanding dan Membeza
137
b) Mencari persamaan
c) Mencari perbezaan
Rajah 32 : Contoh peta buih berganda
4. Peta Pemikiran 4 : Peta Pokok ( Tree Map)
Peta Buih Berganda Digunakan Untuk:
a)Membuat pengelasan
138
Rajah 33 : Contoh Peta Pokok
5. Peta Pemikiran 5 : Peta Dakap (Brace Map)
Peta Dakap Digunakan Untuk:
a)Membuat hubungan seluruh-bahagian
139
Rajah 34 : Contoh Peta Dakap
6. Peta Pemikiran 6 : Peta Aliran (Flow Map)
Peta Aliran Digunakan Untuk:
a) Melihat suatu peristiwa dalam urutan
b) Membuat plot, proses atau kronologi
140
Rajah 35 : Contoh peta aliran
7. Peta Pemikiran 7 : Peta Alir Pelbagai (Multi-Flow Map)
Peta Alir Pelbagai Digunakan Untuk:
a) Menyatakan sebab
b) Menganalisis kesan
141
Rajah 36 : contoh peta alir pelbagai
8. Peta Pemikiran 8 : Peta Titi ( Bridge Map)
Peta Titi Digunakan Untuk:
a) Menyatakan analogi
b) Melihat hubungan yang sama
Rajah 39 : Contoh peta titi
142
MODEL BILIK DARJAH SAINS ABAD KE 21
Susun Atur Bilik Darjah
Rajah 40 : Gambaran susun atur Bilik DarjahSains Abad ke 21
[dipetik daripada : www.edb.utexas.edu]
Menurut Sir Ken Robinson yang dipetik daripada
http://fluency21.com/blog/2013/06/21/changes-in-education-the-21st-century-classroom/
Ada 10 perkara ideal bagi bilik darjah di abad ke 21 iaitu:
1. Nisbah komputer dan murid adalah 1: 1
Komputer adalah satu keperluan bilik darjah pada masa kini. Apabila pelajar tidak dapat
mengakses teknologi secara berterusan, pendidikan mereka akan terjejas.
143
2.Penghapusan penilaian pembelajaran secara standard
Ujian yang standard perlu diubah dalam pembelajaran abad ke 21 . Ia perlu dinilai dari sudut
yang pelbagai.
3. Meningkatkan kebebasan
Perkara ini digunapakai bagi guru dan pelajar. Walaupun terikat dengan kurikulum, pelajar
seharusnya diberi kebebasan untuk meneroka perkara yang diminatinya dan guru boleh
mencuba idea dan pendekatan yang baru dan terkini.
4. Meningkatkan fokus pada seni
Seni adalah satu cara menggalakkan pelajar di peringkat rendah meneroka sesuatu dengan
yakin dan kreatif. Menghapuskan subjek seni menyebabkan pelajar terlepas peluang ini.
5. Mengurangkan kuliah
Guru tidak sepatutnya terbeban dengan cara yang tradisional di mana dalam pengajaran
dan pembelajaran hanya guru yang bercakap dan pelajar menyalin nota. Ianya tidak sesuai
lagi bagi pengajaran dan pembelajaran di abad ke 21 ini.
6. Meningkatkan dan membuat penambahbaikan dalam perkembangan profesional.
Guru biasanya menerima banyak teknologi, idea dan teori dan biasanya tiada masa untuk
meneroka dan mempelajari bagaimana menggunakan idea tersebut. Dalam banyak kes,
guru akan mengabaikan perkara baru yang dipelajarinya dan ini akan menimbulkan
kekecewaan. Oleh itu guru perlu meningkatkan dan membuat penambahbaikan dalam
perkembangan profesional mereka.
7. Mengenalpasti pelbagai gaya pembelajaran guru dan pelajar
Guru dan pelajar belajar dalam pelbagai cara. Guru dan pelajar perlu diberi peluang untuk
membuat pelbagai pilihan, cara dan penilaian supaya membantu mereka mencapai potensi
secara maksima.
8. Menetapkan Objektif
Guru perlu melihat secara mendalam kurikulum yang terkini dan mendapat gambaran
keseluruhan supaya objektif difahami dan dilaksanakan dengan berkesan.
9.Meningkatkan penglibatan masyarakat
Adalah lebih baik jika pelajar dapat dilibatkan secara maksima dengan masyarakat dalam
konteks pembelajaran di abad ke 21.
144
10. Kebebasan.
Berikan kebebasan kepada generasi sekarang asalkan produtiviti kerja yang dihasilkan
adalah berkualiti.
Pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
Dalam menghadapi tuntutan dan cabaran abad 21, pedagogi sains perlu disesuaikan
dengan tahap kebolehan pelajar yang berbeza seperti mengintegrasikan teknologi dan
penggunaan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi
memperkembangkan potensi mereka serta memperbaiki mana-mana kelemahan pada
pelajar.
David Hopkins (dipetik daripada www.dontwasteyourtime.co.uk) menyatakan 3 sebab utama
pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dijalankan oleh guru di dalam
bilik darjah iaitu:
1) menyesuaikan dengan pelbagai gaya pembelajaran
2) meningkatkan motivasi pelajar
3) memperkembangkan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
Ianya digambarkan sebagaimana Rajah 41 di bawah:
Rajah 41 : Sebab utama guru mengintegrasikan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
di dalam bilik darjah (dipetik daripada www.dontwasteyourtime.co.uk)
145
Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke 21
.
Rajah 42 : Sumber pengajaran dan pembelajaran abad ke 21
[dipetik daripada www.glogster.com]
Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke 21 banyak mengintegrasikan penggunaan
teknologi maklumat dalam PnP. Teknologi hari ini telah berevolusi daripada automasi (untuk
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sesuatu proses) menuju ke arah fasilitation
(melengkapkan guru dan pelajar dengan peralatan pembelajaran yang lebih baik) dan
seterusnya kepada transformasi terhadap cara guru dan pelajar belajar (Rujuk Rajah 42).
Oleh yang demikian alat untuk bekerja pada abad 21 perlu menggunakan media digital
seperti jaringan sosial, literasi TMK, kesedaran teknologi dan simulasi dapat mengupayakan
seseorang individu untuk berfungsi dan menyumbang kepada pembangunan modal insan,
sosial dan intelek.
Seiring dengan perkembangan ilmu dan teknologi, media pembelajaran yang sesuai
digunakan adalah internet di mana pembelajaran berasaskan sesawang dapat dilaksanakan
dengan menggunakan komputer. Pembelajaran secara dalam talian membolehkan para
pengguna berkongsi maklumat serta membina pengetahuan dalam aplikasi yang digunakan.
146
Kemunculan aplikasi web 2.0 seperti blog, wikis, facebook dan Youtube telah membawa
perubahan terhadap konsep dan kriteria e-pembelajaran Web 1.0. Sehubungan itu,
pedagogi juga perlu berubah daripada berpusatkan guru kepada berpusatkan pelajar dan
pembelajaran daripada pasif kepada pembelajaran aktif bagi menangani kemahiran cabaran
abad 21.
PENILAIAN KENDIRI
1. Berikut adalah komponen penting dalam bidang sains kecuali
A. hasil
B. sikap
C. proses
D. kelakuan
2. Antara turutan langkah-langkah penyiasatan saintifik berikut yang manakah betul?
A. mengenalpasti masalah menyatakan hipotesis menguji
hipotesis membuat kesimpulan
B. menyatakan hipotesis mengenalpasti masalah menguji
hipotesis membuat kesimpulan
C. menyatakan hipotesis menguji hipotesis mengenalpasti masalah
membuat kesimpulan
D. mengenalpasti masalah menguji hipotesis menyatakan hipotesis
membuat kesimpulan
3. Di antara berikut yang manakah kaedah pengajaran dan pembelajaran ?
147
A. hasil
B. inquiri
C. sikap
D. proses
4. Di antara berikut yang manakah tidak diberi penekanan dalam kurikulum
sains moden?
A. Kemahiran berfikir
B. Mengingati fakta saintifik
C. Memperolehi pengetahuan
D. Pembelajaran berpusatkan murid
5. Manakah definasi bagi teknologi?
A. Penyiasatan saintifik
B. Perkembangan sains
C. Hasil penemuaan saintifik
D. Penggunaan penemuaan saintifik
6. Di antara kurikulum sains berikut yang manakah berasaskan kurikulum sains Scottish ?
A. Sains Moden
B. Sains Nuffield
C. Sains Bersepadu
D. Kurikulum Sains Bersepadu Sekolah Menengah
7. Di antara aspek berikut yang manakah tidak dinyatakan dalam Kurikulum Sains Bersepadu Sekolah Menengah
A. Kaedah pengajaran
B. Pengetahuan Saintifik, kemahiran dan nilai
C. Pengetahuan saintifik dan pengetahuan lain
D. Kemahiran menyiasat dan inkuiri
148
8. Di antara kurikulum sains berikut yang manakah memperkenalkan kemahiran berfikir kreatif dan kritis ?
A. Sains Moden
B. Sains Nuffield
C. Sains Bersepadu
D. Kurikulum bersepadu Sekolah Menengah
9. Mengapa sikap saintifik perlu diterapkan dalam kalangan saintis ?
A. mendapat keputusan jitu
B. meningkatkan diri saintis
C. menjimatkan kos penyiasatan
D. memudahkan proses penyiasatan
10. Manakah ciri-ciri individu berikut yang ingin dilahirkan dalam Falsafah Pendidikan Sains?
A. Toleransi
B. Patriotisme
C. Kefahaman
D. kecemerlangan teknologi
11. Manakah cabaran dalam wawasan 2020 ?
A. Cinta teknologi
B. Mencipta teknologi
C. Menggunakan teknologi
D. Pemindahan teknologi
12. Di antara berikut yang manakah bukan fungsi spesifikasi sukatan dalam kurikulum sains ?
A. Sebagai bahan bantu mengajar
B. Membantu guru merancang pengajaran
C. Memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran
D. Membantu guru memilih strategi yang sesuai untuk pengajaran
13. Apakah fokus kaedah pengajaran dan pembelajaran sains?
149
A. Projek
B. Inquiri
C. Simulasi
D. experiment
14. Di antara kemahiran berfikir berikut yang manakah tiada kaitan dengan kemahiran memerhati ?
A. Meramal
B. Mengukur
C. Mencirikan
D. Membanding beza
15. Di antara penyataan berikut yang manakah tidak menerangkan mengapa peta minda adalah strategi pengajaran dan pembelajaran sains yang berkesan ?
A. Peta minda membantu perkembangan kemahiran manipulatif pelajar
B. Peta minda membantu mengenal pasti pengetahuan sedia ada pelajar
C. Peta minda membantu menunjukan turutan idea daripada spesifik kepada umum
atau sebaliknya
D. Peta minda membantu menunjukkan perhubungan di antara konsep dan sub
konsep daam sains
150
Rujukan
Aikenhead,G. (1994). What is STS Science Teaching. Daripada http:// www.usask.ca/education/people/aikenhead/sts05.htm.
Chan, K.T. et-al (1994), Buku Sumber Sains, Tahun 4 Fajar Bakti., Kuala Lumpur.
Biddulph, F and Osborne, R (1984) Making Sense Of On World. Centre for Science and
Mathematics Education Research, University of Waikato, Hamilton.
Biddulph, F, Symington, D., and Osborne, R (1986) The Place of Children's Questions in
Primary Science Education. Research in Science and Technological Education.
Vol. 4, No 1.
Faire, J. and Cosgrove, M (1988) Teaching Primary Science Waikato Education Centre,
Hamilton.
Kementerian Pelajaran Malaysia (1999). Siri Panduan Ke arah Peningkatan Mutu
Pendidikan Sains: Penerapan Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Sains. Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan
Misi Kementerian Pelajaran Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pelajaran Malaysia.(2001). Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Pusat
Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pelajaran Malaysia.(2001). Inkuiri Penemuan Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Sains. Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2002). Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Integrated Curriculum For Secondary Schools
Science Syllabus. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Module Science Curriculum . Kuala Lumpur:
Bahagian Pendidikan Guru.
Osborne, R.J. Modifying childrens ideas about electric current. Research in Science and
Technological Education, 1983, I, 1, 73-82
151
Osborne, R & Freyberg P. 1985 Learning in Science - The Implications of Children's
Science, Heinemann Education, Aukland.
Osborne, R.J. dan Wittrock, M.C. Learning science: a generative process. Science
Education 1983. 67, 4, 489-508
Trowbridge, L.W, Bybee, R.W, dan Powell, J.C. (2000). Teaching secondary school science
strategies for developing scientific literacy. New Jersey: Prentice Hall.
Thangavelo Marimuthu and Norhayati Sidek. (2003). Module 2/4 : Teaching and Learning
Strategies. Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Pendidkan Guru.
Yager, R.E. (1996).Science/technology/society. As reform in science education. Albany: State University of New York Press
Zol Azlan Hamidin (2000). Strategi Pengajaran: Pendekatan Sains, Teknologi Masyarakat. Prentice Hall.
http://cte.jhu.edu/techacademy/fellows/ullrich/webquest/ScienceLesson.html
http://www.thirteen.org/edonline/concept2class/constructivism/demonstration1.html
http://www.emints.org/tools/constructivistlesson-form2.pdf
http://www.miamisci.org/ph/lpintro5e.html
.
152
Recommended