View
82
Download
4
Category
Preview:
DESCRIPTION
TANGGAM
Citation preview
DUTY 04 : TANGGAM
PENGENALAN
Tanggam merupakan teknik penyambungan kayu yang telah diamalkan oleh orang melayu
terutamanya dalam pembinaan rumah dan istana warisan. Dalam seni bina warisan melayu,
kaedah tanggam menggabungkan setiap bahagian tunggal bangunan untuk membentuk satu
ikatan kerangka yang kukuh. kekuatan ini bergantung pada mutu jalinan kaedah penyambungan
tersebut. satu ciri unik dalam sistem tanggam tradisi ialah wujudnya elemen pengunci sebagai
pengukuh keseluruhan kerangka bangunan. "Pemeting" atau "cemat penetap" dipasang pada
komponen terakhir sesuatu bentuk sambungan yang bertindak sebagai pengunci. sambungan
tanggam yang direka dengan baik dan kemas boleh dipasang atau ditanggalkan setiap satu
persatu untuk tujuan pengubahsuaian dan seterusnya boleh dipasang semula.
Ia boleh dileraikan mengikut urutan dan pada sambungan-sambungan tertentu, ia tidak
dikunci dan mudah dipisahkan. ini membolehkan kerja penyambungan, baik pulih,
pengubahsuaian, pembesaran, pemisahan hinggalah perobohan dan pembinaan semula dilakukan
tanpa merosakkan bahagian kayu terbabit. Proses pembinaan tanggam boleh dilakukan ndengan
memnggunakan peralatan tangan dan mesin. Tanggam digunakan dengan meluas dalam
pertukangan kayu dan perbuatan perabot. Kebirataan dalam teknik tanggam ini menjadikanya
sebagai salah satu saya cipta warisan melayu yang unggul.
Objektif
1. Mengenalpasti pelbagai jenis tanggam dan kegunaannya.
2. Mengetahui kaedah pembinaan tanggam.
3. Mengetahui bahagian tanggam.
4. Mengetahui kepentingan tanggam.
04.01 : Tanggam Melebar
Tanggam melebar digunakan untuk menyambung beberapa keping papan kecil untuk dijadikan
kepingan papan yang lebar bagi kegunaan seperti membuat pintu, permukaan perabot, dinding
dan lantai. Penyambungan beberapa papan kecil itu dilakukan secara tepi ke tepi dengan
menggunakan bahan pelekat seperti glu. Antara jenis tanggam melebar adalah:
a) Tanggam glu gesel
b) Tanggam penetap
c) Tanggam lidah dan lurah
d) Tanggam tetingkat
Tanggam Glu Gesel
Tanggam ini dibuat dengan menyediakan tepi kedua kepingan papan secara lurus dan bersegi
tepat dan diglukan. Untuk memastikan lekatan yang semmpurna antara papan-papan, proses ini
dilakukan dengan bantuan apit panjang. Semua papan yang hendak di sambung itu disediakan
dan disapu dengan glu disebelah tepinya, kemudian semuanya diapitkan sekaligus. Glu yang
berlebihan akan keluar apabila papan-papan diapitkan. Tanggam ini dibuat dengan menyambung
beberapa papan jalur supaya menjadi sekeping papan yang lebar dan dgunakan untuk membuat
permukaan meja,tempat duduk, pintu, panel dan sebagainya. Untuk membuat tanggam ini, kayu
yang dipilih hendaklah mengikut ira kayu dan juga lebih tebal daripada tebal yang dikehendaki
supaya memudahkan untuk diketam(diratakan).
Kaedah Pembinaan Tanggam
Peralatan : pita ukur keluli, sesiku L, apit panjang, pensel tukang, tolok penanda, gergaji kerat,
ketam pelican, tolok rata, ragum meja.
Bahan : kayu (22mm x 44mm x 180mm), glu
Langkah kerja :
1. Mengetam lurus tepi kayu.
2. Menguji kelurusan dan keratin tepi kayu yang telah diketam.
3. Menyapu glu pada kedu-dua tepi kayu yang hendak dicantumkan.
4. Mencantumkan tanggam dengan menggesel dan merapatkan kedua-dua tepi kayu dan
mengapitkannya dengan apit panjang.
5. Uji keratan dengan tolok rata.
6. Tanggam temu glu gesel siap dipasang.
Kegunaan tanggam
-permukaaan meja
- tempat duduk
- pintu panel,
Tanggam Penetap
Tanggam ini sama dengan tanggam temu tetapi bezanya ialah antara papan-papan kecil
dipasangkan penetap untuk menambahkan kekuatan pegangan. Penetap-penetap ini dipasangkan
dengan menggerudi lubang-lubang ditepi papan mengikut jarak yang ditentukan, diglu dan
diapit. Panjang penetap yang berkesan hendaklah tidak kurang daripada enam kali diameternya
supaya dimasukkan kedalam tepi kedua-dua papan. Tebal papan yang sesuai untuk tanggam ini
hendaklah tidak kurang daripada 12mm.
Kaedah Pembinaan Tanggam
Peralatan : pita ukur keluli, sesiku L, pensel tukang, gandin, tolok penanda, gergaji putting,
mesin gerudi dan mata gerudi, ketam pelican, tolok rata, ragum meja
Bahan : kayu ( 22mm x 44mm x180mm), kayu penetap
Langkah kerja :
1. Mengetam kedua-dua tepi kayu sehingga lurus dan rata.
2. Menanda kedudukan penetap menggunakan sesiku L dan tolok penanda.
3. Menebuk lubang penetap dengan kedalaman separuh daripada panjang penetap.
4. Memasang penetap pada satu tepi kayu.
5. Mencantumkan tanggam dengan mengetuk kedu-dua keeping kayu hingga rapat menggunakan
gandin.
6. Tanggam yang telah siap dibina diuji keratannya dengan menggunakan tolok rata.
Kegunaan
-untuk menambah kekuatan pengangannya
-banyak digunakan pada perabot yang dihasilkan secara pasangkan sendiri
-terdapat pada pemidang lintang dan pemidang tegak kerusi dan meja
Tanggam Lidah dan Lurah
Tanggam ini adalah tanggam lebar yang lazim digunakan dalam pembinaan lantai papan, lapisan
dinding kayu dan panel. Tanggam ini boleh dibuat sama ada dengan alat-alat tangan ataupun
mesin. Pada tiap-tiap kepingan papan, dibuat lidah disatu tepid an lurah ditepi yang lain. Ia
dipasang dengan diapit dan diserong bagi papan lantai dan pelapis dinding. Bagi kerja-kerja
perabot, tanggam ini boleh digunakan kerana kuat dan teguh.
Kaedah Pembinaan Tanggam
Peralatan : pita ukur keluli, sesiku L, pensel tukang, tolok penanda, ketam lurah, gergaji kerat,
tolok rata, ragum meja
Bahan : kayu ( 22mm x 44mm x180mm)
Langkah kerja :
1. Merancang tanda lidah dan lurah pada kedua-dua tepi kayu menggunakan tolok penanda. Tebal
lidah adalah 1/3 daripada ketebalan kayu.
2. Menggergaji dan memahat lidah.
3. Mengetam lurah sedalam 1/3 daripada ketabalan kayu.
4. Mencantum tanggam dengan merapatkan kedua-dua keeping kayu.
5. Uji keratan dengan tolok rata.
6. Tanggam lidah dan lurah yang telah siap dipasang.
Kegunaan
-pembinaan lantai papan
-pelapisan dinding kayu
-penelan
-kerja-kerja perabot
Tanggam Tetingkat
Tepi kedua-dua papan dibuatkan tinggat dan dipasang dengan glu dan pengapit. Fungsi tingkat
ini ialah untuk menambahkan luas permukaan yang diglukan.
Kaedah Pembinaan Tanggam
Peralatan : pita ukur keluli, sesiku L, pensel tukang, tolok penanda, ketam lurah, gergaji kerat,
tolok rata
Bahan : kayu ( 22mm x 44mm x180mm)
Langkah kerja :
1. Merancang tanda tetingkat pada kedu-dua tepi kayu dengan ketinggian separuh daripada
ketebalan kayu.
2. Mengetam tetingkat pada kedua-dua tepi kayu.
3. Kedua-dua keeping kayu dicantumkan.
4. Uji keratan dengan tolok rata.
5. Tanggam tetingkat siap dicantumkan.
Kegunaan
-menambah luas permukaan
04.02 : Tanggam Pemidang
Tanggam pemidang digunakan untuk kerja-kerja penyambungan pepenjuru atau dalam
pembinaan kerangka kayu yang berbentuk pemidang. Bahagian kayu disambungkan pada hujung
dari tepi ke tepi. Contohnya adalah pada pintu berpanel pemidang gambar serta pembuatan
kerangka meja, kerusi, pintu dan tingkap. Tanggam pemidang terdiri daripada:
a) Tanggam Lekap
b) Tanggam Kekang Penjuru Biasa
c) Tanggam Penetap
d) Tanggam Lubang Dan Puting
Tanggam Lekap
Tanggam ini dibuat dengan menorah kedua-dua bahagian kepingan kayu yang akan dilekapkan.
Tarahan ini hendaklah setengah tebal papan supaya apabila dilekapkan permukaannya
berkeadaan rata. Tanggam lekap ini boleh dibuat dalam 5 cara iaitu :
Tanggam Lekap Siku / Berpenjuru – digunakan pada sudut pemidang yang kecil.
Kaedah Pembinaan Tanggam
Peralatan : pita ukur keluli, sesiku L, pensel tukang, gergaji putting, pahat peraut, tukul kuku
kambing, ragun meja.
Bahan : kayu (22mm x 44mm x 180mm), glu, paku.
Langkah kerja :
1. Merancang tanda pada kedua-dua hujung kayu dengan sesiku L. tolok penanda digunakan
ukuran separuh ketebalan kayu.
2. Memotong hujung kayu secara melintang.
3. Membelah hujung kayu bagi mendapatkan lekap dengan pahat peraut.
4. Mencantumkan tanggam dan kukuhkan dengan glu dan paku.
5. Uji ketepatan dengan sesiku L.
6. Tanggam lekap penjuru siap dipasang.
Tanggam Lekap Penjuru Rencong – digunakan untuk membuat kumai seperti pada
rangka gambar dan sebagainya kerana pelitupanya dapat melindungi ira hujung kayu.
Kaedah Pembinaan Tanggam
Peralatan : pita ukur keluli, sesiku L, tolok penanda, sesiku rencong, pensel tukang, gergaji
putting, pahat perabot, tukul kuku kambing, ganding, apit G, ragum meja.
Bahan : kayu (22mm x 44mm x 180mm), paku.
Langkah kerja :
1. Merancang tanda pada kedua-dua hujung dengan sesiku rencong.
2. Menggergaji serong separuh daripada ketebalan kayu bagi mendapatkan lekap. Kayu
ditetapkan kedudukannya dengan apit G.
3. Mengemas pin menggunakan pahat peraut.
4. Kedua-duan kayu dicantumkan pada penjuru dengan glu dan paku.
5. Uji ketepatan dengan sesiku L.
6. Tanggam lekap penjuru rencong siap dipasang.
Tanggam Lekap ‘T’ – digunakan dalam pembinaan pemidang pada lintang bertemu
dengan pemidang tegak secara bersilang dan jauh dari hujungnya.
Kaedah Pembinaan Tanggam
Peralatan : pita ukur keluli, sesiku L, tolok penanda, pensel tukang, gergaji putting, pahat
perabot,, ganding, apit G, ragum meja.
Bahan : kayu (22mm x 44mm x 180mm)
Langkah kerja :
1. Merancang tanda pin pada hujung dan soket pada tengah pemidang.
2. Pin dipotong dengan gergaji putting.
3. Selepas bahagian bahu digergaji soket dikemaskan dengan pahat.
4. Pemasangan tanggam dibuat dengan mengetuk pin ke dalam soket.
5. Keratan tanggam diuji dengan sesiku L.
6. Tanggam lekap T siap dipasang.
Tanggam Lekap Bajang T – ia adalah serupa dengan lekap T, tetapi ia lebih kuat
menahan tarikan dari sebelah luar.
Tanggam Lekap Palang – ia digunakan pada dua permukaan kayu yang bersilang.
Tanggam Kekang Penjuru Biasa
Tanggam ini kadangkala digunakan sebagai ganti bagi tanggam lubang dan putting. Tanggam ini
terdiri daripada dua bahagian pin dan cabang. Pin dan cabang ini dibuat dari 1/3 tebal kayu.
Terdapat 3 bentuk tanggam kekang yang digunakan iaitu :
Tanggam Kekang T – ia digunakan untuk menggantikan tanggam lubang dan putting
biasa pada pertemuan kedua-dua bahangian kayu jauh dari hujungnya.
Tanggam Kekang Penjuru – nama lain bagi tanggam ini ialah tanggam lubang dan
putting terbuka. Ia digunakan pada penjuru pemidang.
Tanggam Kekang Penjuru Rencong – cabang tanggam ini direncongkan pada kedua-
dua belah atau sebelah sahaja. Ia digunakan apabila satu tanggam yang lebih kuat
daripada tanggam lekap rencong dikehendaki seperti pada pemidang kaca dan
sebagainya.
Kaedah Pembinaan Tanggam
Peralatan : pita ukur keluli, sesiku L, tolok penanda, pensel tukang, gergaji putting,
pahat perabot,, ganding, apit G, ragum meja.
Bahan : kayu (22mm x 44mm x 180mm)
Langkah kerja :
1. Merancang tanda pada kedua-dua hujung kayu. Tolok penanda digunakan bagi
mendapatkan ketebalan pin bersamaan 1/3 daripada tebal kayu.
2. Membelah kayu bagi membuat putting.
3. Selepas mengergaji, soket dikemaskan dengan pahat.
4. Pemasangan dibuat dengan mengetuk pin hingga rata dengan soket.
5. Ketepatan diuji dengan sesiku L.
6. Tanggam kekang penjuru biasa siap dipasang.
Kaedah Pembinaan Tanggam
Peralatan : pita ukur keluli, sesiku L, tolok penanda, pensel tukang, gergaji putting, pahat
perabot,, sesiku rencong, ganding, apit G, ragum meja.
Bahan : kayu beroti (22mm x 44mm x 180mm), paku
Langkah kerja :
1. Merancang tanda pin dan soket pada kedua-dua hujung kayu.
2. Selepas bahagian bahu digergaji, pin diraut bagi mendapatkan ketebalan yang dikehendaki.
3. Menggergaji dan memahat bagi menghasilkan soket.
4. Tanggam dicantumkan dengan memasukkan pin kedalam soket.
5. Uji ketepatan dengan sesiku L.
6. Tanggam kekang penjuru rencong siap dipasang.
Tanggam Penetap
Ia adalah sejenis tanggam temu yang dikukuhkan dengan penetap. Penetap sebesar 1/3 tebal kayu
dimasukkan kedalam tepi kayu sedalam 3 kali diameter. Tanggam ini terdapat pada pemidang
lintang dan pemidang tegak kerusi dan meja. Tanggam ini juga banyak digunakan pada perabot
yang dihasilkan secara dipasang sendiri.
Kaedah Pembinaan Tanggam
Peralatan : pita ukur keluli, sesiku L, tolok penanda, pensel tukang, gergaji kerat, gerudi
giarsala dan mata gerudi, ganding, ragum meja.
Bahan : kayu (22mm x 44mm x 180mm), kayu penetap.
Langkah kerja :
1. Menanda garisan tengah pada hujung dan sisi kayu. Kedudukan penetap dibuat dengan
menggunakan sesiku L.
2. Menggerudi lubang dengan dalamnya separuh daripada panjang penetap.
3. Memasukkan penetap pada sisi kayu dengan menggunakan ganding.
4. Mencantumkan tanggam dengan mengetuk hujung kayu hingga rapat pada sisi.
5. Uji ketepatan dengan sesiku L.
6. Tanggam kekang penjuru rencong siap dipasang.
Kegunaan
-untuk menambah kekuatan pengangannya
-banyak digunakan pada perabot yang dihasilkan secara pasangkan sendiri
-terdapat pada pemidang lintang dan pemidang tegak kerusi dan meja
Tanggam Lubang dan Puting
Tanggam ini adalah kategori paling kuat dalam kategori tanggam emidang. Ia mempunyai
pelbagai bentuk dan tiap-tiap bentuk pula mempunyai fungsi yang tertentu. Antara bentuk yang
biasa digunakan ialah :
Tanggam Lubang Dan Putting Biasa – kedua-dua keping kayu yang akan
disambungkan hendaklah sama tebal. Bahagian hujung pemidang lintang bertemu dengan
pemidang tegak. Bahagian putting dikerat pada hujung pemidang lintang dan tebalnya
ialah lebih kurang 1/3 daripada tebal kayu berkenaan. Lebar puting tidak sepatutnya
melebihi 6 kali tebalnya. Jika lebar pemidang lintang tersebut lebar, maka eloklah dibuat
dua putting. Lubang dibuatkan pada pemidang tegak mengikut saiz puting. Seberapa
boleh, gunakan saiz pahat yang hampir dengan saiz lubang apabila menebuk lubang.
Tanggam ini boleh dipasakkan dengan menembusi muka pemidang tegak dan putting
untuk menguatkannya. Akan tetapi, kayu pasak yang digunakan itu akan mencacatkan
rupa permukaan pemidang tegak terutamanya jika tanggam ini digunakan untuk membuat
perabot.
Kaedah Pembinaan Tanggam
Peralatan : pita ukur keluli, sesiku L, tolok penanda, pensel tukang, gergaji putting, pelubang,
ganding, apit G, ragum meja.
Bahan : kayu (22mm x 44mm x 180mm), kayu penetap.
Langkah kerja :
1. Merancang tanda putting pada hujung lubang pada tengah pemidang kayu, ketebalan putting
adalah 1/3 daripada tebal kayu dan ditanda menggunakan tolok penanda.
2. Menggergaji hujung kayu bagi menghasilkan putting.
3. Memahat bagi menghasilkan lubang.
4. Tanggam dicantumakan dengan memasukkan putting ke dalam lubang.
5. Uji ketepatan dengan sesiku L.
6. Tanggam lubang dan putting biasa yang telah siap dipasang.
Tanggam Lubang Dan Putting Berjanjang – tanggam ini digunakan apabila pemidang
lintang bertemu dengan pemidang tegak. Pemidang pada hujungnya seperti pada kali
meja dan kerusi. Ukuran panjang janjang ini sama dengan tebal putting. Fungsi janjang
ini adalah untuk mengelakkan pemidang lintang daripada beralih kedudukannya atau
berpiuh jika pemidang tegak mengecut.
Kaedah Pembinaan Tanggam
Peralatan : pita ukur keluli, sesiku L, tolok penanda, pensel tukang, gergaji putting, pelubang,
pahat, ganding, ragum meja.
Bahan : kayu (22mm x 44mm x 180mm), kayu penetap.
Langkah kerja :
1. Merancang tanda kedudukan putting dan lubang pada kedua-dua hujung kayu menggunakan
sesiku L dan tolok penanda.
2. Semasa menggergaji, putting kayu diapit pada ragum.
3. Bagi memahat lubang, kayu diapit dengan apit G.
4. Membuat janjang dengan menggunakan gergaji putting.
5. Uji ketepatan dengan sesiku L.
6. Tanggam lubang dan putting berjanjang siap dipasang.
Tanggam Lubang Dan Putting Berbahu Tinggi Rendah – sebelah bahu dikerat
panjang sedikit untuk menerima tetingkat pada pemidang tegak. Tanggam ini digunakan
apabila pemidang dibuat bertingkat seperti pada panel pintu.
Kaedah Pembinaan Tanggam
Peralatan : pita ukur keluli, sesiku L, tolok penanda, pensel tukang, gergaji putting, pelubang,
pahat, apit G, ganding, ragum meja.
Bahan : kayu (22mm x 44mm x 180mm)
Langkah kerja :
1. Merancang tanda kedudukan putting dan lubang pada kedua-dua hujung kayu menggunakan
sesiku L dan tolok penanda.
2. Kayu diapit pada ragum bagi tujuan menggergaji putting.
3. Kayu diapit dengan apit G bagi tujuan memahat lubang.
4. Tanggam dicantumkan dengan memasukkan putting ke dalam lubang.
5. Ketepatan diuji menggunakan sesiku L.
6. Tanggam lubang dan putting berjanjang berbahu tinggi rendah siap dipasang.
Tanggam Lubang Dan Putting Berbahu Sebelah – tanggam ini digunakan apabila
kayu pemidang lintah lebih nipis daripada kayu pemidang tegak seperti dalam pembinaan
kaki meja biasa. Putting ini Cuma mempunyai sebelah bahu sahaja dan tebalnya ialah ½
tebal kayu melintang.
Kaedah Pembinaan Tanggam
Peralatan : pita ukur keluli, sesiku L, tolok penanda, pensel tukang, gergaji putting, pelubang,
pahat, apit G, ganding, ragum meja.
Bahan : kayu (22mm x 44mm x 180mm)
Langkah kerja :
1. Merancang tanda putting pada hujung dan lubang pada tengah pemidang dengan sesiku L dan
tolok penanda. Tebal susur adalah 2/3 daripada ketebalan kayu pemidang.
2. Menggergaji dengan mengapitkan kayu pada ragum.
3. Apitkan kayu dan pakat lubang dengan pahat pelubang.
4. Mencantumkan tanggam dengan mengetuk hujung putting hingga rapat dengan sisi pemidang.
5. Uji persegian dengan sesiku L.
6. Tanggam lubang dan putting berbahu sebelah siap dipasang.
04.03 : Tanggam Siku
Tanggam siku dibuat pada dua permukaan kayu yang bertemu secara bersudut tepat sama ada
pada penjuru ataupun pada pertengahannya. Contohnya dapat dilihat dalam pembinaan kotak dan
laci serta bingkai gambar. Di antara jenis tanggam dalam kategori tanggam siku adalah :
a) Tanggam temu
b) Tanggam temu tetingkat
c) Tanggam tetingkat lidah berparit
d) Tanggam rencong biasa
e) Tanggam bajang tunggal
f) Tanggam bajang biasa
g) Tanggam bajang hujung litup
Tanggam Temu
Ia dikenali sebagai tanggam sudut tepi. Hujung papan kayu diluruskan dan bertemu secara
bersudut tepat. Ia boleh diglukan dan dipakukan atau diskrukan. Jenis tanggam ini digunakan
pada binaan kotak atau peti biasa yang dibuat secata tepat.
Kaedah Pembinaan Tanggam
Peralatan : pita ukur keluli, pisau penanda, sesiku L, tolok penanda, tukul kuku kambing, pensel
tukang, gergaji putting, ragum meja.
Bahan : kayu (22mm x 44mm x 180mm), paku
Langkah kerja :
1. Merancang tanda pada hujung kayu menggunakan pensel dan sesiku ‘L’.
2. Mengergaji hujung kayu yang akan dicantumkan.
3. Selepas dipotong, kedua-dua hujung kayu dicantumkan secara bersudut tepat.
4. Tanggam dikukuhkan dengan menggunkan paku.
5. Uji ketepatan sambungan dengan sesiku ‘L’.
6. Tanggam temu telah siap dipasang.
Tanggam Temu Tetingkat
Ia juga dikenali sebagai tanggam penjuru hujung litup. Hujung salah satu kepingan kayu
dipotong lurus dan dimasukkan kedalam tingkat melintang dikepingan kayu kedua. Tetingkat ini
menambah luas permukaan kayu yang diglukan serta mengukuhkan kedudukannya apabila
dipakukan seperti tanggam temu, tanggam ini juga digunakan dalam pembuatan kotak, penjuru
perabot dan laci yang murah buatanya.
Kaedah Pembinaan Tanggam
Peralatan : pita ukur keluli, pisau penanda, sesiku L, tolok penanda, pensel tukang, gergaji
putting, tukul kuku kambing, ragum meja.
Bahan : kayu (22mm x 44mm x 180mm)
Langkah Kerja :
1. Merancang tanda tetingkat pada satu hujung kayu dengan sesiku ‘L’
2. Mengergaji bahu tetingkat separuh daripada ketebalan kayu.
3. Mengergaji tetingkat.
4. Mencantumkan tanggam dan mengukuhkannya dengan menggunakan paku.
5. Menguji ketepatan menggunakan sesiku ‘L’.
6. Tanggam temu tingkat siap dipasang.
Tanggam Tetingkat Lidah Berparit
Satu daripada hujung kayu dibuat lidah berbahu sebelah dan pada hujung kayu kedua pula
dibuatkan parit untuk menerima lidah tersebut. Dibandingkan dengan tanggam temu tetingkat,
tanggam ini adalah lebih kuat. Ia juga digunakan untuk membuat kotak, perabot dan laci.
Kaedah Pembinaan Tanggam
Peralatan : pita ukur keluli, sesiku L, tolok penanda, pensel tukang, gergaji putting, pahat
peraut, gandin, apit G, ragum meja.
Bahan : kayu (22mm x 44mm x 180mm)
Langkah kerja :
1. Merancang tanda untuk parit dan lidah berbahu sebelah pada kedua-dua hujung kayu.
2. Menggergaji bahagian bahu peparit.
3. Meraut parit dengan pahat peraut.
4. Membuat lidah dengan menggunakan gergaji putting.
5. Menguji ketepatan dengan sesiku ‘L’.
6. Tanggam temu tetingkat dan berparit siap dipasang.
Tanggam Rencong Biasa
Tanggam ini adalah cara yang paling senang untuk menghasilkan sedut kotak yang tidak
menunjukkan keratan kayu. Kedua-dua kepingan kayu hendaklah sama tebal. Sambungannya
dilekatkan dengan glu dan dikukuhkan dengan sekeping lidah yang dimasukkan kedalam lurah
yang digergajikan dipenjurunya secara melintang.
Kaedah Pembinaan Tanggam
Peralatan : pita ukur keluli, sesiku L, tolok penanda, pensel tukang, gergaji putting, pahat
peraut, tukul kuku kambing, apit G, sesiku rencong, ragum meja.
Bahan : kayu beroti (22mm x 44mm x 180 mm), paku,glu kayu.
Langkah kerja :
1. Merancang tanda rencong pada kedua-dua keeping kayu dengan sesiku rencong.
2. Kayu diapit dengan apit G semasa kerja mengerat rencong.
3. Mencantumkan kedua-dua hujung kayu yang telah dipotong rencong dengan paku.
4. Uji ketepatan sambungan dengan sesiku L.
5. Tanggam rencong biasa telah siap dipasang.
Tanggam Bajang Tunggal
Tanggam ini mempunyai satu pin pada hujung kayu yang pertama dan soket pada hujung kayu
yang kedua. Ia merupakan tanggam siku yang paling kuat. Pin ini dibuat mengikut ekor punai.
Curam pada tepi bajang biasanya dibuat mengikut kadar 1 : 6. Tanggam ini digunakan untuk
pembinaan rangka kayu dan juga bagi tanggam pemidang.
Kaedah Pembinaan Tanggam
Peralatan : pita ukur keluli, papan tatah tanda, sesiku L, tolok penanda, pensel tukang, gergaji
bajang, sesiku boleh laras, pahat peraut, ganding, ragum meja.
Bahan : kayu (22mm x 44mm x 180mm)
Langkah kerja :
1. Merancang tanda pin pada hujung kayu dengan kecuraman 1:4 atau 1:6 menggunakan tolok
boleh laras.
2. Menggergaji dan memahat bahu pin dengan gergaji bajang.
3. Merancang tanda soket mengikut saiz pin.
4. Memahat dan mengemas soket.
5. Tanggam dicantumkan dengan memasukkan pin ke dalam soket.
6. Tanggam bajang tunggal siap dipasang.
Tanggam Bajang Biasa
Tanggam ini mempunyai dua atau lebih bajang yang bentuknya seperti ekor punai. Keratan
hujung kayu boleh dilihat pada kedua-dua belah muka tanggam. Curam pada tepi bajang
diserongkan mengikut kadar 1:6, tanggam ini digunakan dalam pembinaan kotak yang
memerlukan sudut yang kuat seperti belakang laci dan pemidang dulang.
Kaedah Pembinaan Tanggam
Peralatan : pita ukur keluli, papan tatah tanda, sesiku L, tolok penanda, pensel tukang, gergaji
bajang, sesiku boleh laras, pahat peraut, ganding, ragum meja.
Bahan : kayu (22mm x 44mm x 180mm)
Langkah kerja :
1. Merancang tanda tiga pin pada hujung kayu dengan kecuraman 1:4 atau 1:6.
2. Kayu diapit pada ragum semasa menggergaji pin.
3. Merancang tanda soket mengikut saiz pin.
4. Memahat tanda soket mengikut saiz pin.
5. Memahat dan mengemas soket.
6. Tanggam dicantumkan dengan memasukkan pin ke dalam soket.
7. Tanggam bajang biasa siap dicantum.
Tanggam Bajang Hujung Litup
Pembinaan tanggam ini adalah serupa dengan tanggam bajang biasa kecuali soketnya tidak
ditembuskan supaya menutup ira hujung kayu pin. Litup dihujung soket ini biasanya satu per tiga
hujung kayu. Tanggam ini digunakan untuk menyambung diantara gelegar lintang dengan
gelegar sambut, sambungan antara papan tepi dengan hadapan laci dan sebagainya.
Kaedah Pembinaan Tanggam
Peralatan : pita ukur keluli, papan tatah tanda, sesiku L, tolok penanda, pensel tukang, gergaji
putting, ganding, sesiku boleh laras, pahat peraut, apit G, ragum meja.
Bahan : kayu (22mm x 44mm x 180mm)
Langkah kerja :
1. Merancang tanda pin. Panjang pin adalah 2/3 daripada ketebalan kayu pemidang.
2. Menggergaji dan memahat bahu pin.
3. Menanda soket mengikut saiz pin.
4. Memahat dan mengemaskan soket secara menegak.serta memahat dan mengemaskan soket
secara condong.
5. Mencantum pin dan soket.
6. Tanggam bajang hujung litup siap dipasang.
04.04 Tanggam Memanjang
Tanggam memanjang digunakan apabila menyambung dua batang kayu atau beroti untuk
menjadikannya lebih panjang. Kerja seperti ini biasanya dilakukan dalam pembinaan bangunan.
Ada empat jenis tanggam memanjang yang sering digunakan, iaitu :
a) Tanggam skaf
b) Tanggam sambung jari
c) Tanggam sambung lekap
d) Tanggam Plat Sambut
Tanggam Skaf
Tanggam ini banyak digunakan untuk memanjangkan kayu tutup tiang, gulung-gulung dan juga
gelegar. Panjang tanggam skaf biasanya 2 hingga 21/2 kali ukuran lebarnya. Ditengah-tengah
tanggam ditebuk lubang untuk menerima baji lipat dan dikukuhkan dengan memasang 2 atau 4
bolt bersama nat.
Kaedah Pembinaan Tanggam
Peralatan : pita ukur keluli, sesiku L, Pensel tukang, gergaji putting, pahat, pelubang, ganding,
sesiku boleh laras, ragam meja.
Bahan : kayu (22mm x 44mm x 180mm), baji lipat.
Langkah kerja :
1. Merancang tanda pada kedua-dua hujung kayu menggunakan sesiku L dan sesiku boleh laras.
Panjang tanggam adalah dua setengah lebar kayu.
2. Bagi memotong, bahu kayu diapit pada ragum.
3. Soket untuk menempatkan baji dibuat menggunakan pahat.
4. Mencantumkan kedua-dua keeping kayu.
5. Menguji ketepatan dengan sesiku L.
6. Tanggam skaf telah siap dipasang.
Tanggam Sambung Jari
Tanggam ini biasanya digunakan pada kayu bersaiz kecil terutamanya bagi kayu yang diproses
dengan mesin. Panjang sambungan tanggam ini ialah 2 kali lebar kayu. Sambungan jari biasanya
dilekarkan dengan glu. Contohnya tanggam ini boleh didapati pada kayu susur tangan bagi
sesebuah tangga.
Kaedah Pembinaan Tanggam
Peralatan : pita ukur keluli, sesiku L, sesiku boleh laras, pensel tukang, gergaji belah, pahat
peraut, ragum meja.
Bahan : kayu (22mm x 100mm x180mm)
Langkah kerja :
1. Merancang tanda pin dan soket pada kedua hujung kayu.
2. Menggergaji pin dengan gergaji belah.
3. Memahat soket dengan pahat perauh.
4. Mencantumkan tanggam dengan merapatkan kedua-dua keeping kayu.
5. Tanggam sambung jari yang telah siap dipasang.
Tanggam Sambung Lekap
Pada hujung kedua-dua keeping kayu dibuang separuh tebalnya dan dilekatkan sepanjang dua
kali lebar kayu. Ia digunakan dalam pembinaan perabot yang tanggamnya tidak menerima
tegangan yang berlebihan. Tanggam ini boleh dikukuhkan dengan bolt dan nat.
Tanggam Plat Sambut
Sebagai ganti kepada tanggam skaf kedua-dua keeping kayu. Dikerat lurus pada hujungnya dan
disambungkan bersama dua keping logam. Plat kayu juga digunakan di kedua-dua belahnya
dengan bolt dan nat. Panjang plat biasanya ialah 4 kali lebar kayu yang berkenaan.
Kaedah Pembinaan Tanggam
Peralatan : pita ukur keluli, sesiku L, tolok penanda, pensel tukang, gergaji kerat, apit G, gerudi
giarsala, spanar ragum meja.
Bahan : kayu (22mm x 44mm x 180 mm), bold an nat
Langkah kerja :
1. Merancang tanda kedudukan lubang bolt dan nat pada plat sambut.
2. Memotong tepat hujung kayu yang hendak disambung.
3. Menebuk lubang untuk bolt dan nat pada plat sambut menggunakan gerudi giarsala . semua
kepingan kayu diapit dengan apit G bagi membolehkan kerja menggerudi dilakukan.
4. Tanggam disiapkan dengan mengetatkan bolt dan nat menggunakan spanar.
5. Tanggam plat sambut yang telah siap dipasan
]
Bahagian Tanggam
A = BAHU
B = JANJANG
C = PUTING
D = LUBANG
E = BAHU
F = BAJANG
G = SOKET
Kepentingan Tanggam
Dalam pembinaan Rumah Melayu Tradisi, kepentingan sistem tanggam sudah tidak
dapat dinafikan lagi kerana tanpa tanggam, bangunan tersebut tidak dapat didirikan. Sistem
tanggam telah memainkan peranan yang penting dimana ia merupakan satu-satunya cara untuk
menyambungkan setiap elemen bangunan untuk membentuk satu komponen bangunan yang
lengkap.Oleh kerana hasil pembuatannya yang telah dirancang dengan baik dan begitu berhati-
hati, komponen bangunan yang telah lengkap dan siap dipasang, boleh dibuka atau ditanggalkan
setiap satu untuk tujuan pengubahsuaian dan boleh dipasang semula setiap satu. Ini adalah
bersesuaian dengan cara kehidupan masyarakat Melayu Tradisi sejak azali. Sistem tanggam juga
telah direka bentuk supaya dapat mengukuhkan keseluruhan kerangka bangunan.
'Pemeting' atau nama panggilan lain 'cemat penetap' yang digunakan pada sistem tanggam
adalah bertujuan sebagai 'pengunci sambungan' supaya tidak tanggal. Kadangkala pemeting tidak
perlu digunakan kepada setiap tanggam kerana susunan pemasangan setiap elemen bangunan
atau objek telah disusun dan mengikatkan keseluruhan tanggam pada bangunan tersebut.
Recommended