View
245
Download
3
Category
Preview:
Citation preview
TATAKELAKUAN
DAN ETIKA PERNIAGAAN
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
MESEJ DARIPADA NAIB PENGERUSI
EKSEKUTIF KITA
PENGENALAN
VISI KITA
MISI KITA
NILAI TERAS KITA
MENGENAI TATAKELAKUAN
APAKAH TATAKELAKUAN?
MENGAPA IA DIWUJUDKAN?
APAKAH YANG IA MELIPUTI?
SIAPAKAH YANG TERLIBAT?
APA AKAN BERLAKU SEKIRANYA IA
DILANGGAR?
BERSUARA
KEPATUHAN UNDANG-UNDANG
UNDANG-UNDANG ANTI-MONOPOLI
DAN UNDANG-UNDANG PERSAINGAN
UNDANG-UNDANG PERDAGANGAN
DOMESTIK DAN ANTARABANGSA
INTEGRITI KEWANGAN
MELINDUNGI ASET-ASET SYARIKAT
LAPORAN KEWANGAN
PENDEDAHAN UMUM
PELABURAN WANG HARAM
PERSEKITARAN TEMPAT KERJA
PELUANG-PELUANG SAMA-RATA
GANGGUAN DAN BULI
PENYALAHGUNAAN BAHAN
KESIHATAN, KESELAMATAN DAN
PERSEKITARAN
INFORMASI PENTADBIRAN
KERAHSIAAN
KEPERIBADIAN DAN
PERLINDUNGAN DATA
HARTA INTELEK
PENGURUSAN REKOD
KOMUNIKASI PERNIAGAAN
PENYATAAN UMUM
INTEGRITI PROFESIONAL
ANTI-RASUAH DAN KORUPSI
PENIPUAN
KONFLIK KEPENTINGAN
HADIAH DAN HIBURAN
PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN
URUSNIAGA DALAMAN
KEPATUHAN
AKIBAT SALAH-LAKU
MELAPORKAN PERBUATAN MENYALAHI UNDANG-UNDANG DAN TIDAK BERETIKA
TIADA TINDAKAN BALAS
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
Rakan sekerja yang dikasihi,
Sejak 1994, Kumpulan Daya telah menjalankan visi
untuk membina sebuah syarikat Minyak dan Gas yang
berpangkalan di Malaysia dengan jangkauan global.
Kini kita merupakan pemain utama dalam industri
Minyak dan Gas serantau dengan operasi melangkaui
seluruh rantauan Asia Pasifik. Dengan fokus tumpuan
kita yang terus-menerus dalam menyampaikan produk-
produk dan perkhidmatan bertaraf dunia kepada
pelanggan-pelanggan kita, kita dikehendaki untuk
mengekalkan tahap kejujuran dan tingkah laku beretika
yang tertinggi. Untuk mencapai objektif tersebut,
Kumpulan Daya telah menghasilkan satu Tatakelakuan
dan Etika Perniagaan di mana ia meliputi kita semua
selaku pekerja-pekerja Kumpulan Daya.
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan kita amat penting
kepada cara kita menjalankan perniagaan dalam Kumpulan Daya. Ia mendefinisikan kita
dan dijadikan sebagai satu rujukan yang sama kepada semua pekerja dalam menangani
isu-isu yang sensitif dan kompleks.
Kod ini meliputi secara luasnya pelbagai isu etika dan perundangan yang kebanyakan kita
menghadapi dalam urusan seharian. Ia merupakan tanggungjawab kita bersama untuk
membiasakan diri dengan Kod ini dan undang-undang serta polisi lain-lain yang berkenaan.
Kita semua bertanggungjawab atas tindakan dan tingkah laku kita. Kebolehan kita untuk
mecapai dan meneruskan keuntungan berkualiti dalam industri ini bergantung kepada
kepercayaan yang kita perolehi setiap hari daripada pelanggan-pelanggan, rakan-rakan
sekerja, komuniti serta pemegang-pemegang saham.
Anda memainkan peranan yang penting dalam mewakili organisasi kita semasa dalam dan
di luar kerja serta dalam meningkatkan reputasi kita di kalangan pelanggan dan warga
awam. Oleh itu, saya berharap agar setiap pekerja dapat menghayati kandungan ini
sepenuhnya. Dengan itu, kita boleh memastikan bahawa kita dapat membina sebuah
syarikat yang kita semua banggakan.
Nathan Tham Jooi Loon
Naib Pengerusi Eksekutif
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
Visi Kita
Kumpulan Daya teguh dalam membentukkan kita sebagai pembekal terpilih dalam
pasaran Minyak dan Gas antarabangsa serta domestik.
Misi Kita
Untuk menjadikan Kumpulan Daya sebagai salah satu daripada lima pembekal
servis Minyak dan Gas terbaik secara pemodalan pasaran dalam 2015.
Nilai Teras Kita
Kumpulan Daya mempercayai bahawa idea-idea dan usaha hari ini akan
membawakan perkembangan serta kejayaan di masa hadapan.
Nilai-nilai kejayaan kita merupakan “CARE” yang akan mengarahkan Kumpulan
Daya.
Komited (C)
•Kita komited terhadap tahap tingkah-laku dan amalan baik kita dalam meningkatkan kualiti servis kita dan membantu komuniti di mana kita berniaga.
Akauntabiliti (A)
•Kita bertanggungjawab secara bersendiri atas hasil kerja dan kerja dalam dan luar skop kepakaran kita untuk memastikan keputusan yang tepat dapat dibuat.
Keazaman (R)
•Kita membina matlamat yang sukar, memberikan tujuan dan hala, dan bertindak secara segera dalam pengecapaian visi kita, dan mencapai objektif-objektif kita.
Etika (E)
•Kita bertindak secara jujur, berintegriti, dan mengekalkan tahap etika semasa mengejar perkembangan dan keuntungan serta menyampaikan servis berkualiti kepada orang lain.
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
Apakah ia?
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan merupakan satu rangkaian tahap dan
peraturan asas yang memberikan panduan jelas kepada semua pekerja bagi
menghadapi situasi-situasi perniagaan harian yang spesifik.
Kod ini berfungsi sebagai titik rujukan yang terkandung dalam satu dokumen
untuk pekerja-pekerja yang kurang jelas tentang apa yang dijangkakan daripada
mereka semasa menghadapi risiko seluruh syarikat. Kandungan Kod ini
merumuskan syarat-syarat perundangan, kewangan dan polisi Kumpulan Daya.
Mengapa ia diwujudkan? Kod ini merupakan usaha kita untuk memasukan Nilai-nilai Teras Daya dalam
konteks harian dalam situasi perniagaan.
Kod ini tidak boleh merangkumi semua isu yang akan timbul, tetapi ia
menetapkan prinsip-prinsip asas dan polisi-polisi utama serta prosedur-prosedur
untuk membolehkan kita memahami tanggungjawab-tanggungjawab kita dalam
menjalankan perniagaan kita secara domestik serta antarabangsa, dengan
mengamalkan etika-etika perniagaan bertaraf tertinggi. Kod ini merupakan
sebahagian daripada usaha peningkatan Kumpulan Daya dalam tadbir urus
korporat yang efektif.
Kumpulan Daya percaya bahawa perniagaan kita mesti dijalankan secara
kepatuhan sepenuh segala undang-undang, peraturan-peraturan dan regulasi-
regulasi yang berkenaan.
Apakah yang ia meliputi?
Kod ini meliputi syarat-syarat kepatuhan umum yang dikehendaki daripada
warga pekerja Kumpulan Daya.
Kod ini tidak menyenaraikan setiap undang-undang, peraturan, polisi atau
prosedur yang akan melibatkan anda semasa perjalanan tugas-tugas dan
tanggungjawab-tanggungjawab yang berada dalam skop kerja anda. Anda
bertanggungjawab untuk mengetahui semua undang-undang, peraturan, polisi
dan prosedur, termasuk Polisi Kumpulan Daya yang lain yang melibatkan anda.
Anda dikehendaki untuk membuat pertimbangan yang baik dan bijak dengan
integriti.
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
Siapakah yang terlibat?
Semua pekerja, pegawai-pegawai,
pengarah-pengarah (eksekutif dan bukan
eksekutif) dalam semua Anak Syarikat
Kumpulan Daya adalah dituntut untuk
memahami, mengikuti, mematuhi dan
mengamalkan peruntukan-peruntukan
Kod ini dan tahap-tahap yang ditetapkan
di bawah semasa menjalankan tugas-
tugas serta peranan masing-masing.
Dalam situasi-situasi yang bersesuaian,
Kod ini juga harus diberikan dan diikuti
oleh mana-mana ejen dan wakil-wakil,
termasuk perunding, kontraktor, sub-
kontraktor dan lain-lain yang menjalankan
kerja bagi Kumpulan Daya dan
mewakilinya.
Syarikat-syarikat usahasama, di mana Anak Syarikat Kumpulan Daya
merupakan penguasa kepada pengusahasama dan syarikat-syarikat
berkaitan, juga harus mematuhi Kod tersebut.
Syarikat-syarikat usahasama, di mana Anak Syarikat Kumpulan Daya bukan
penguasa kepada pengusahasama dan syarikat-syarikat yang berkaitan,
adalah digalakkan untuk mematuhi Kod ini atau prinsip-prinsip dan tahap-tahap
yang serupa dengannya.
Apakah akan berlaku sekiranya ia dilanggar?
Pelanggaran Kod ini atau mana-mana undang-undang atau regulasi-regulasi
yang berkenaan boleh membawakan kesan-kesan yang serius kepada pekerja-
pekerja yang terlibat. Tindakan disiplin dalaman boleh diambil dan ia boleh
mengakibatkan penamatan perkhidmatan.
Rujukan kepada pihak-pihak penguatkuasa yang sesuai dan pendakwaan
jenayah boleh berlaku sekiranya pelanggaran Kod tersebut melibatkan tindakan
jenayah.
Melibatkan warga-
warga yang berikut:
Perkerja-pekerja
Pegawai-pegawai
Pengarah-
pengarah(eksekutif
dan bukan eksekutif)
Ejen-ejen
Wakil-wakil
Perunding-perunding
Kontraktor-
kontraktor
Sub-kontraktor
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
Bersuara
Sekiranya anda menghadapi
dilema etika, anda
bertanggungjawab untuk
mengambil tindakan.
Sekiranya anda mempercayai
bahawa sebahagian daripada Kod
ini atau mana-mana Polisi atau
Prosedur Kumpulan Daya telah
atau sedang atau disyaki bahawa
pelanggaran telah berlaku, ia
adalah tugas anda untuk
menyuarakan isu sedemikian
kepada orang yang sesuai. Anda
boleh memberitahu kepada
pegawai atasan yang anda
melaporkan diri, Ketua Jabatan,
Ketua Unit Operasi, Sumber
Manusia atau pihak undang-
undang.
Semua laporan akan
dipertimbangkan secara serius dan
akan disiasat dengan mengikuti
polisi-polisi dan prosedur-prosedur
Kumpulan Daya.
Laporan-laporan atau isu-isu yang
dibangkitkan akan kekal tanpa nama.
Anda tidak akan dikenakan tindakan
disiplin dalaman atau dihukum atas
pembangkitan isu-isu tersebut.
.
Bersuara. Adalah tugas
anda untuk melapor pada
bila-bila masa apabila anda
menyedari bahawa
pelanggaran telah berlaku.
Tiada tindakan balas.
Anda boleh melapor tanpa
nama dan dilindungi
daripada tindakan
sekiranya anda
menyuarakannya
berdasarkan niat yang baik.
Bersuara tidak
mengancamkan Kumpulan
Daya. Melaporkanisu-isu
akan mengekalkan
kekuatansyarikat kita
kerana ia membolehkan kita
menilai isu-isu tersebut
dengan segera dan
menyelesaikan masalah-
masalah secepat mungkin.
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
Anti-Monopoli dan Undang-undang Persaingan Anti-monopoli dan undang-undang
persaingan meliputi semua aspek
perniagaan di seluruh dunia. Undang-
undang ini meliputi Kumpulan Daya, serta
pesaing-pesaing, pembekal-pembekal dan
pelanggan-pelanggan Kumpulan Daya.
Adalah penting bagi anda untuk
membiasakan diri dengannya dan
memastikan ia tidak dilanggarkan.
Undang-undang anti-monopoli melarang
aktiviti-aktiviti yang meletakkan sekatan ke
atas perdagangan.
Undang-undang persaingan melarang
aktiviti-aktiviti yang meletakkan sekatan
atas persaingan yang saksama dan bebas.
Pelanggaran undang-undang tersebut boleh
mengakibatkan penalti kewangan yang
berat dikenakan ke atas syarikat-syarikat
dan hukuman penjara dikenakan ke atas
individu-individu.
Contoh-contoh aktivit
anti-monopoli yang biasa
wujud:
Persetujuan-
persetujuan dengan
pesaing untuk tidak
bersaing dalam
kawasan-kawasan
tertentu atau dengan
pelanggan-pelanggan
tertentu.
Berkongsi informasi
harga dengan pesaing-
pesaing untuk
menetapkan atau
meningkatkan harga
Pakatan dengan
pesaing-pesaing untuk
tidak bersaing dalam
tawaran tertentu
Berbincang dengan
wakil jualan untuk
menetapkan harga
jualan nilai semula
produk tertentu
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
Undang-undang perdagangan domestik dan
antarabangsa
Sekiranya anda berperanan dalam perdagangan antarabangsa bagi Kumpulan
Daya, anda mesti mengetahui tentang individu-individu, organisasi-organisasi atau
negara-negara yang diletakkan di bawah sekatan ekonomi di bawah undang-
undang berkenaan. Anda tidak boleh berbincang atau memasuki sebarang
perjanjian atau persefahaman dengan pesaing mengenai penetapan harga produk,
menyebelahi atau menangguhkan perdagangan dengan pelanggan atau penjual
tertentu, atau mana-mana aktiviti lain yang mempunyai implikasi anti-monopoli atau
anti-pesaingan.
Anda juga mesti mengetahui undang-undang pengawalan import atau eksport dan
sekatan yang akan menjejaskan perniagaan yang dijalankan oleh anda bagi
Kumpulan Daya. Di mana berkaitan, anda mesti memastikan kepatuhan peraturan-
peraturan yang berhubung dengan pembayaran duti, cukai, levi dan impos. Jika
anda mempunyai sebarang keraguan, sila mendapatkan nasihat daripada pihak
undang-undang.
Sebarang pertanyaan mengenai perdagangan atau undang-undang persaingan
atau penjejasan cara anda atau Kumpulan Daya menjalankan perniagaan harus
dilaporkan. Kegagalan untuk memerhatikan sekatan-sekatan sedemikian akan
mengakibatan penangguhan dalam operasi dan tindakan undang-undang seperti
denda dan hukuman penjara. Undang-undang dan regulasi-regulasi perdagangan
dalam Malaysia, United States, United Kingdom dan tempat-tempat lain di seluruh
dunia adalah digunakan untuk menggalakkan persaingan beretika dalam pasaran
dan mengehadkan aktiviti-aktiviti yang menyekat perdagangan.
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
Melindungi Aset-aset Syarikat
Anda bertanggungjawab untuk memastikan
anda melindungi dan menggunakan aset-
aset Kumpulan Daya yang diamanahkan
kepada anda dalam skop pekerjaan anda
untuk tujuan perniagaan sahaja.
Anda mesti memastikan bahawa aset-aset
Kumpulan Daya adalah digunakan dengan
cara yang bersesuaian dan dilindung
daripada kehilangan, kerosakan, kecurian,
salah guna, penggelapan atau pembaziran.
Sebuah akaun dan rekod yang tepat,
termasuk dokumentasi berkaitan yang
berkenaan dengan perbelanjaan oleh
pekerja-pekerja atas perwakilan Kumpulan
Daya, mesti disediakan tepat pada masanya
untuk memastikan kepatuhan undang-
undang , serta syarat-syarat kewangan,
perundangan, dan laporan Kumpulan Daya.
Sebarang penggambaran yang salah atau
pemalsuan rekod-rekod boleh dianggapkan
sebagai penipuan dan mengakibatkan
liabiliti jenayah dan sivil dikenakan di atas
pekerja secara individu dan Kumpulan Daya.
Adalah tanggungjawab anda untuk
memastikan semua rekod dan dokumen
perniagaan adalah benar dan tepat.
Anda tidak boleh menggunakan sistem-sistem komunikasi elektronik Kumpulan
Daya untuk membuat salinan fail-fail elektronik tanpa kebenaran, memuat turun
bahan yang memusnahkan atau ofensif, menerbit atau menerima informasi sulit
dan informasi hak milik kepada atau daripada pihak-pihak ketiga atau pekerja-
pekerja yang tanpa kebenaran, atau menerbitkan informasi yang berunsurkan
diskriminasi atau paksaan.
Anda dikehendaki untuk menghormati aset-aset fizikal dan intelek orang lain. Anda
tidak boleh secara sengaja mencuba atau melakukan kerosakan, mengubah,
mengusik, memusnahkan atau menggelapkan aset-aset fisikal atau intelek orang
lain.
Aset-aset Kumpulan Daya
merangkumi barang-barang
seperti:
Bangunan, alat-peralatan,
perkakas, perabot dan
bekalan
Wang tunai, instrumen,
pelaburan, informasi akaun
dan kewangan yang boleh
dirunding
Data komputer, teknologi,
perkakasan, perisian,
informasi dan rekod-rekod
Sistem perhubungan
elektronik Kumpulan Daya
Senarai pelanggan, kaji
selidik dan informasi
pemegang polisi dan
pemegang akaun
Dokumentasi, manual dan
laporan
Plan perniagaan, informasi
produk dan harga
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
Laporan Kewangan
Anda dikehendaki untuk mendapatkan kebenaran bagi setiap transaksi sebelum
transaksi tersebut dimuktamadkan dan anda mesti memastikan semua akaun,
penyata kewangan, informasi dan dokumentasi semua transaksi memberikan rekod
yang benar dan tepat dan selaras dengan Polisi-polisi Kumpulan Daya yang
berkaitan.
Perlaksanaan semua transaksi untuk dan sebagai wakil kepada Kumpulan Daya
mesti selaras dengan kebenaran daripada pihak pengurusan dan bentuk kebenaran
yang berkaitan. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk melaporkan tepat pada
masa atas mana-mana penyelewengan yang berkaitan dengan audit, akaun atau
pengawalan dalaman.
Pekerja-pekerja yang bertanggungjawab atas laporan akaun atau kewangan mesti
memastikan semua buku, rekod, atau penyertaan akaun adalah saksama dan
mencerminkan kedudukan kewangan Anak Syarikat yang berkaitan kepada
Kumpulan Daya, dengan menggunakan prinsip-prinsip akaun yang diterima secara
umum dan kriteria lain yang ditetapkan oleh undang-undang.
Sebarang perbuatan yang berikut mesti dilaporkan dengan segera:
Pelanggaran polisi-polisi dan prosedur syarikat, atau sebarang polisi atau prosedur
syarikat yang lain yang diwujudkan untuk memastikan kelengkapan, kesaksamaan,
ketepatan masa dan pendedahan informasi kompeni yang mudah faham seperti yang
dikehendaki oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) atau sebarang undang-
undang, peraturan atau regulasi kerajaan yang berkuatkuasa.
Kegagalan untuk mendedahkan mana-mana dan semua informasi yang berkaitan
dengan perniagaan, operasi, atau kedudukan kewangan syarikat yang perlu dilaporkan
atau didedahkan untuk MOF atau selaras dengan mana-mana undang-undang,
peraturan, regulasi kerajaan berkuatkuasa yang lain, secara menyeluruh, saksama,
tepat, mudah faham dan tepat pada masa, kepada individu yang bersesuaian dalam
syarikat.
Salah penggambaran, penyembunyian, pemalsuan, atau pemusnahan sebarang
dokumen atau informasi lain yang berkaitan kepada perniagaan, operasi atau
kedudukan kewangan kompeni yang perlu dilaporkan atau didedahkan, atau digunakan
untuk menyediakan dokumen-dokumen yang perlu dilaporkan atau didedahkan kepada
MOF atau selaras dengan sebarang undang-undang, peraturan atau regulasi kerajaan
lain yang berkuatkuasa.
Mana-mana aktiviti atau perbuatan yang boleh menyebabkan seseorang individu,
syarikat atau mana-mana pegawai atau pengarah untuk melanggarkan sebarang
undang-undang, peraturan atau regulasi kerajaan yang berkuatkuasa.
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
Pendedahan Umum
Oleh kerana Kumpulan Daya adalah syarikat yang tersenarai dalam Bursa
Malaysia Berhad, kita bertanggungjawab kepada pelabur di segi pendedahan
informasi yang berkaitan yang boleh menjejaskan keputusan-keputusan pasaran.
Kita mesti mematuhi semua undang-undang yang berkaitan dan syarat-syarat
Bursa Malaysia yang berkenaan dengan pendedahan informasi.
Kegagalan untuk mendedahkan bahan informasi atau acara-acara atau
pendedahan informasi yang tidak tepat boleh menjejaskan harga saham sekuriti
Daya dan boleh dijadikan sebagai satu kesalahan peraturan.
Sekiranya diperlukan untuk membantu dalam membuat pendedahan, anda mesti
memastikan semua informasi adalah tepat, betul dan lengkap. Pekerja-pekerja
mesti berwaspada untuk tidak mendedahkan informasi kecuali dibenarkan untuk
membuat demikian.
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
Pelaburan Wang Haram
Undang-undang, prosedur dan peruntukan-
peruntukan anti pelaburan wang haram adalah
digunakan untuk mencegah perniagaan daripada
digunakan untuk tujuan jenayah. Ia juga
membantu dalam mengesan dan mendapatkan
unsur jenayah.
Adalah tugas anda untuk bertanya mengenai asal
usul semua wang dan harta yang dibeli atau
diterima melalui sebarang transaksi yang
dijalankan untuk dan secara wakil bagi Kumpulan
Daya dan yang melibatkan diri anda.
Adalah tugas anda juga untuk mengenal pasti dan lapor kepada orang dalaman
yang sesuai atas mana-mana transaksi atau aktiviti yang disyaki melibatkan
pelaburan wang haram. Jangan sesekali bercuba untuk menyiasat kes pelaburan
wang haram secara sendiri.
Anda tidak sepatutnya memberikan nasihat atau bantuan yang lain kepada
individu-individu yang ingin melanggar atau mengelakkan undang-undang,
peraturan, dan regulasi pelaburan wang haram.
Contoh-contoh transaksi yang
mencurigakan:
Pertukaran wang tunai kepada mata wang
lain secara kerap tanpa Kebenaran Kawalan
Pertukaran.
Peningkatan ketara dalam deposit tunai oleh
seseorang individu atau syarikat dan
pengeluaran berturut-turut dalam jangka
masa pendek tanpa sebab ketara.
Jumlah deposit wang tunai yang besar dan
luar biasa oleh individu-individu atau sebuah
syarikat di mana aktiviti-aktiviti syarikat
biasanya dijana dengan instrumen-
instrumen yang boleh dirunding.
Pelanggan-pelanggan yang sentiasa
deposit tunai jika diminta untuk bayar secara
transfer kewangan atau instrumen-
instrumen yang boleh dirunding
Apakah Pelaburan
Wang Haram?
Sebuah instilah untuk
menghuraikan proses
menyembunyikan asal
usul wang atau aset-
aset yang diperolehi
dengan cara-cara
menlanggarkan
undang-undang atau
dengan aktiviti-aktiviti
jenayah.
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
Kumpulan Daya komited untuk memberikan peluang-peluang sama-rata kepada
semua pemohon-pemohon pekerjaan dan pekerja-pekerja. Kita tidak
membenarkan sebarang diskiriminasi pekerjaan yang melanggarkan undang-
undang dan kita komited untuk mematuhi semua undang-undang, polisi dan
prosedur pekerjaan yang sah serta polisi-polisi Sumber Manusia dalaman, dalam
semua aspek pekerjaan. Kita memastikan semua perkara-perkara yang berkaitan
dengan pekerjaan dan keputusan adalah ditetapkan berdasarkan pertimbangan
perniagaan, merit dan unsur-unsur lain yang berkaitan dengan pekerjaan.
Adalah tanggungjawab anda untuk menunjukkan hormat terhadap rakan sekerja
serta pihak-pihak luar semasa menjalankan perniagaan untuk dan atas pewakilan
untuk Kumpulan Daya. Anda mesti memastikan bahawa anda memahami adat-
adat dan budaya-budaya tempatan yang berkaitan yang boleh menjejaskan
perkara-perkara yang berhubung dengan pekerjaan dan keputusan perniagaan.
Laporan mengenai sebarang pertikaian yang berkenaan dengan peluang-peluang
sama-rata akan dikekalkan sebagai sulit dan anda tidak akan dihukum atau diambil
tindakan disiplin kerana membuat demikian.
Adalah penting bahawa kita perlu mewujudkan dan mengamalkan satu tempat
kerja yang positif dan bebas daripada semua jenis gangguan. Kita berhak untuk
mendapatkan satu tempat kerja yang bebas gangguan tanpa mengira perbezaan
kita dalam latar belakang, pengalaman atau budaya.
Gangguan merupakan sebarang perbuatan secara lisan, fizikal atau visual yang
menjadikan persekitaran kerja tempat yang bermusuhan atau ofensif atau secara
tidak wajarnya mengganggu keupayaan orang lain untuk menjalankan kerjanya.
Sebarang gangguan yang dilakukan oleh pekerja boleh mengakibatkan liabiliti
undang-undang dikenakan kepada Kumpulan Daya.
Sebarang aksi-aksi atau ancaman-ancaman terhadap orang lain atau harta milik
syarikat harus dilaporkan dengan segera. Aksi-aksi atau ancaman-ancaman yang
dilakukan oleh pekerja terhadap kehidupan, kesejahteraan, harta milik atau
keluarga kepada pekerja lain tidak akan dibenarkan oleh Kumpulan Daya. Kita
komited untuk mewujudkan satu persekitaran di mana semua orang berasa
selamat dan dilayan dengan sopan dan profesional pada bila-bila masa.
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
Anda patut melayan semua rakan sekerja, pekerja-pekerja, staf kontrak, pembekal,
ejen, pelanggan, pelawat dan mana-mana pihak ketiga yang lain dengan sopan
dan hormat. Anda mesti melaporkan sebarang perbuatan gangguan kepada
pegawai atasan yang anda laporkan diri, Jabatan Sumber Manusia dan pihak
perundangan.
Kumpulan Daya melarang penyalahgunaan ubat-ubatan atau bahan-bahan lain
yang sah, penggunaan ubat-ubatan tidak sah dan penyalahgunaan alkohol
mengikuti undang-undang, peraturan dan regulasi yang berkuatkuasa.
Kita komited untuk mengamalkan tempat kerja yang bebas daripada
penyalahgunaan bahan. Penghasilan, pengagihan, dispensasi, pemilikan atau
penggunaan bahan bawah kawalan yang tidak sah di sisi undang-undang adalah
dilarang sekaligus di mana-mana kemudahan-kemudahan dan premis-premis
Kumpulan Daya atau semasa menjalankan perniagaan untuk atau sebagai
pewakilan untuk syarikat.
Selain penggunaan alkohol secara sederhana dan bertanggungjawab semasa
menghadiri acara yang ditaja oleh Kumpulan Daya atau semasa menghadiri
keraian hiburan yang berkaitan dengan perniagaan, pekerja-pekerja tidak
dibenarkan untuk membeli, mengguna, memiliki, menjual atau mengagih alkohol
semasa menjalankan perniagaan bagi Kumpulan Daya. Di mana penggunaan
alkohol adalah dibenarkan, anda mesti mengamalkan daya pertimbangan yang
wajar dan mesti tidak minum secara berlebihan atau mengambil apa-apa tindakan
lain yang akan membahayakan diri sendiri atau orang lain.
Anda dikehendaki untuk menunjukkan tahap tingkah laku yang professional
semasa menjalankan tugas kerja pada bila-bila masa. Anda tidak boleh melapor
diri untuk kerja atau kekal bertugas sekiranya anda berada di bawah pengaruh atau
gangguan sebarang ubat-ubatan, alkohol atau bahan berkawal yang lain.
Sebagai seorang pekerja, anda dikehendaki untuk mendapatkan bantuan dan
rawatan pemulihan. Jika anda berasa risau kerana seseorang rakan sekerja yang
menyalahgunakan bahan berkawal semasa bekerja dan boleh membahayakan
keselamatan anda sendiri dan orang-orang lain dalam risiko, adalah merupakan
tugas anda untuk melapor kepada pegawai atasan yang anda laporkan diri atau
Jabatan Sumber Manusia. Semua laporan akan dikekalkan sulit.
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
Kita komited untuk memberikan sebuah persekitaran kerja yang selamat
kepada semua pekerja. Anda memainkan sebuah peranan yang penting untuk
membantu kami memenuhi komitmen ini. Adalah tugas anda untuk mematuhi
segala undang-undang, peraturan dan prosedur yang berkenaan serta
memerhatikan semua sistem pengurusan HSE di tempat kerja anda.
Kontraktor-kontraktor, ejen-ejen, wakil-wakil dan pihak-pihak lain yang bekerja
bagi Kumpulan Daya mesti juga mematuhi sistem-sistem pengurusan HSE
tersebut.
Anda patut membiasakan diri dan mengikuti semua garis panduan keselamatan
dan melaporkan mana-mana situasi yang membahayakan atau berlakunya
kemalangan. Kami berharap agar anda akan berhati-hati terhadap
keselamatan orang lain dan melaporkan kecederaan, kejadian, amalan atau
situasi yang tidak selamat, atau tingkah laku yang anda mempercaya akan
mengancam atau membahayakan anda atau orang lain.
Semua kemudahan yang dimiliki dan dioperasi oleh Kumpulan Daya mesti
mempunyai permit-permit yang berkenaan dan diperlukan, kebenaran-
kebenaran dan mengamalkan sistem-sistem pengurusan HSE.
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
Melindungi kerahsiaan informasi
sedemikian adalah penting kepada
reputasi bagi Kumpulan Daya.
Sekiranya informasi sulit adalah
diperlukan untuk didedahkan
mengikuti undang-undang, ia harus
didedahkan dengan kebenaran yang
sewajarnya. Kita patut hormati hak-
hak mutlak klien-klien dan pelanggan-
pelanggan atas kerahsiaan, kecuali
kebenaran nyata yang jelas diberikan
oleh klien atau pelanggan atau seperti
diperlukan oleh undang-undang.
Adalah tugas anda, semasa dan
selepas pekerjaan anda dengan
Kumpulan Daya untuk mengekalkan
kerahsiaan informasi sebegini kecuali
diberi kebenaran untuk mendedahkan
informasi sulit sedemikian.
Kerahsiaan
Contoh-contoh apakah
informasi sulit:
Dokumen-dokumen dan rekod-
rekod teknikal, kewangan,
perniagaan, perundangan,
kontrak, dan kakitangan yang
dimilik oleh Kumpulan Daya
Komunikasi perniagaan seperti
emel, surat, laporan dan
persetujuan
Perisian komputer, fail-fail dan
proses-proses milik kompeni
Senarai pelanggan dan
pembekal
Proses-proses pnghasilan
Rahsia-rahsia perdagangan
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
Keperibadian dan Perlindungan
Semasa menjalankan perniagaan, kita boleh
mengumpul, memakai atau mempunyai akses
kepada data yang dapat dikenalpasti secara
peribadi dan informasi yang dimiliki atau
berhubungkait dengan pelanggan-pelanggan,
pekerja-pekerja atau vendor-vendor pihak ketiga
kita. Sebagai seorang pekerja, anda mempunyai
hak untuk privasi data peribadi anda. Kita
komited untuk menghormati privasi data dan
informasi sedemikian dengan cara mengakses
dan berkongsi informasi dan data tersebut untuk
tujuan perniagaan yang sah sahaja, serta
dengan kebenaran yang bersesuaian dan
kaedah-kaedah sah dalam undang-undang.
Data peribadi harus dilindungi oleh pelindung-pelindung terhadap risiko
yang munasabah seperti kehilangan, kemusnahan, akses tanpa
kebenaran, atau penggunaan tanpa kebenaran, pengubahsuaian atau
pendedahan.
Harta Intelek Sebagai seorang pekerja
Kumpulan Daya, anda mesti
memastikan bahawa Harta Intelek
Kumpulan Daya ditangani secara
berhati-hati semasa mencipta,
melindung, mengurus dan
menggunakannya. Semua pekerja-
pekerja Kumpulan Daya, serta
ejen-ejen, perunding-perunding,
sub-kontraktor-sub-kontraktor,
wakil-wakil dan staf kontrak bukan
sahaja perlu berprihatin dalam
melindungi hak-hak harta intelek
milik Kumpulan Daya, malah
perlu juga menghormati hak-hak
harta intelek orang lain.
Contoh-contoh hakmilik intelek
termasuk:
Nama-nama yang dapat
dikenalpasti
Hak-hak paten
Hak-hak cipta
Cap-cap dagangan dan
tanda-tanda perkhidmatan
Logo-logo
Pengetahuan sulit
Hak-hak reka
Grafik dan Imej
Nama domain
Perisian
Bahan-bahan berhakcipta
yang lain yang di bawah
sebuah perjanjian yang
berkaitan dengan harta
intelek
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
I
Adalah salahlaku mengikuti polisi kita untuk mengguna, menyalin,
mempamer, eksploit atau mengagihkan dokumentasi atau harta milik pihak
ketiga yang berhakcipta, atau bahan-bahan lain yang mempunyai paten atau
tanda dagangan tanpa kebenaran dan kebenaran pendahuluan oleh pihak
ketiga tersebut.
Pelanggaran hak harta intelek milik pihak ketiga atau pengabaian terhadap
mana-mana kewajipan kerahsiaan boleh mengakibat liabiliti perundangan
dikenakan di atas pekerja secara individu dan Kumpulan Daya.
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
Pengurusan Rekod
Semua rekod yang dicipta semasa perniagaan harian adalah dianggap
sebagai aset-aset syarikat yang penting dan mesti diuruskan dengan cara
bersesuaian supaya mematuhi undang-undang, regulasi-regulasi yang
berkuatkuasa, dan polisi-polisi dan syarat-syarat dalaman.
Rekod-rekod sedemikian termasuk emel dan mesej-mesej mel suara,
polisi-polisi dan prosedur-prosedur syarikat, minit mesyuarat, akaun-akaun
kewangan dan informasi produk.
Adalah tanggungjawab anda untuk mengurus rekod-rekod dan informasi
tersebut dengan baik untuk mengelakkan akses tanpa kebenaran. Pihak-
pihak yang bertindak mewakili Kumpulan Daya mesti memastikan rekod-
rekod diurus dengan baik juga.
Komunikasi Perniagaan
Semua komunikasi oleh seorang pekerja atau seseorang yang bertindak
bagi Kumpulan Daya adalah refleksi Kumpulan Daya serta reputasinya.
Anda harus memastikan sebarang komunikasi luaran dan dalaman semasa
penjalanan tugas anda adalah lengkap, saksama, tepat, menepati masa
dan dapat difahami. Anda juga mesti mengelak daripada perbuatan tokok
tambah, perkataan-perkataan menghina, spekulasi atau pencirian yang
tidak sesuai terhadap orang dan syarikat-syarikat. Anda juga mesti sensitif
terhadap bagaimana komunikasi secara menulis dan lisan yang boleh
ditafsirkan oleh orang lain.
Pastikan semua kebenaran yang berkenaan telah didapati sebelum
melepaskan informasi tertentu dan pastikan anda tidak dihadkan untuk
berkongsikan informasi tersebut.
Pernyataan Umum Anda tidak boleh membuat atau mengedarkan penyata-penyata umum atas keputusan, polisi, prosedur dan aktiviti seharian Kumpulan Daya secara lisan atau tulisan ataupun dalam sebarang format, kecuali anda dibenarkan atau dilantik untuk berbuat demikian atas pewakilan Kumpulan Daya. Penyata-penyata umum termasuk penyata-penyata yang dibuat bagi sidang akhbar atau media, majalah atau orang awam dalam sebarang ucapan dalam siaran media termasuk secara kaedah elektronik seperti emel, faks, mesej segera dan blog.
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
.
Anti-rasuah dan Korupsi Kumpulan Daya melarang tawaran, pembayaran, kemudahan, permohonan atau penerimaan rasuah secara langsung dan tidak langsung oleh pekerja-pekerja, dalam apa-apa format. Polisi ini juga meliputi rakan-rakan niaga, ejen-ejen, subkontraktor, kontraktor, wakil-wakil, staf kontrak, pembekal dan syarikat-syarikat usahasama.
Kita sangat yakin dan mengambil
pendirian aktif bertentangan rasuah dan
korupsi dan mematuhi semua undang-
undang, peraturan dan regulasi
kebangsaan dan antarabangsa
berkenaan dengan pembayaran tidak
wajar yang dibuat kepada dan diterima
daripada pegawai-pegawai, individu-
individu atau kompeni-kompeni asing,
tempatan dan awam.
Sesiapa pekerja yang ditemui telah
menerima, menawar,
mempermudahkan, menerima atau
memberikan rasuah atau apa-apa
perbuatan korupsi yang lain, akan dan
mungkin dikenakan tindakan disiplin
dalaman dan mungkin dikenakan liabiliti
jenayah, tidak kira jangka masa servis
atau kedudukannya.
Apakah rasuah?
Rasuah adalah perbuatan memberi, mempermudahkan, menawarkan, mengambil atau menerima sebarang wang, pembayaran, hadiah, pinjaman, yuran atau ganjaran secara langsung atau tidak langsung, kepada atau daripada sesiapa untuk mempengaruhi mereka atau mendapatkan layanan yang menggalakkan sebagai pulangan.
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
Penipuan
Penipuan berlaku semasa seseorang
secara sengajanya menyalah nyata
informasi atau menyembunyikan fakta-
fakta bahan untuk tujuan menggalakkan
orang lain untuk bertindak atasnya untuk
kecederaan atau kerugian kewangannya.
Penipuan dapat dilakukan dengan
beberapa cara dan oleh beberapa orang
yang berlainan, termasuk pelanggan,
pekerja, ejen atau pihak ketiga yang lain.
Walaupun kebanyakan orang mempunyai
niat-niat yang jujur, adalah paling baik
sekiranya kita kekal berhati-hati dan bantu
mencegah penipuan dengan memahami
tanda-tanda biasa penipuan. Sebarang
penipuan yang dikesan atau disyaki mesti
dilaporkan dengan segera kepada
pasukan pengurusan termasuk Pengerusi
Jawatankuasa Audit, ahli-ahli EXCO,
Ketua Kumpulan Pegawai Kewangan,
Pengurus Audit Dalaman dan Ketua Anak-
anak Syarikat. Kegagalan untuk membuat
laporan mungkin mengakibatkan tindakan
disiplin dalaman.
Konflik Kepentingan
Konflik kepentingan berpotensi timbul apabila aktiviti-aktiviti peribadi, sosial,
kewangan atau politik, atau hubungan-hubungan perniagaan mengganggu dengan
objektiviti seseorang pekerja berkenaan dengan tugasannya.
Konflik-konflik sebenar, serta konflik-konflik berpotensi, mesti dielakkan atau
diisytiharkan dan diselesaikan. Berhati-hati dalam mempertimbangkan sama ada
wujudnya apa-apa konflik kepentingan sebenar atau ketara bagi diri sendiri.
Sekiranya anda mempercayai anda mempunyai konflik kepentingan, anda mesti
mendedahkannya.
Contoh-contoh penipuan:
Sebarang tindakan yang
tidak jujur atau menipu
Laporan perbelanjaan
pekerja yang dipalsukan
atau sengaja dibuat
kurang tepat
Pemalsuan atau
pindaan terhadap
sebarang dokumen atau
akaun yang dimiliki oleh
syarikat
Pencurian dana,
sekuriti, bekalan atau
aset-aset lain
Kesalahan dalam
menangani atau
melaporkan wang dalam
transaksi kewangan.
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
Hadiah dan Hiburan
Peraturan-peraturan mengenai bantuan, hadiah dan hiburan adalah sangat
penting. Kita ingin menggalakkan hubungan kerja yang berjaya dan muhibah,
tetapi kita mesti berhati-hati tidak menghasilkan situasi-situasi yang akan
membawakan konflik kepentingan, kesetiaan berbahagi, atau wujudnya cubaan
yang tidak wajar untuk mempengaruhi keputusan-keputusan perniagaan.
Kumpulan Daya bersetuju bahawa tawaran atau penerimaan hadiah secara
sederhana untuk sekali-sekala dan hospitaliti merupakan sebahagian daripada
membangunkan dan mengekalkan hubungan perniagaan yang baik. Anda
seharusnya menggunakan penilaian yang masuk akal semasa memutuskan apa
adalah munasabah.
Kita mahu memastikan bahawa perniagaan kita menang atau rugi berdasarkan
merit-merit daripada produk dan servis. Hubungan perniagaan kita mesti
berdasarkan sepenuhnya atas keputusan-keputusan perniagaan yang wajar,
urusan-urusan yang saksama serta undang-undang berkuatkuasa.
Laporkan sebarang resit atau tawaran hadiah atau hospitaliti dalam apa-apa
jumlah kepada pegawai atasan yang anda laporkan diri, dan mengambil
pertimbangan sebarang undang-undang, peraturan dan prosedur yang
berkenaan.
Pegawai-pegawai Kerajaan
Anda mesti prihatin bahawa tawaran yang kecil seperti membelikan makanan atau
minuman, memberikan hadiah atau membayar untuk hiburan kepada mana-mana
pegawai kerajaan atau pekerja kerajaan berkemungkinan adalah bertentangan
dengan undang-undang.
Setiap bidang kuasa di mana Kumpulan Daya menjalankan perniagaan
mempunyai undang-undang, sekatan-sekatan, regulasi-regulasi tertentu dan
syarat-syarat laporan mengenai aktiviti-aktiviti sedemikian, oleh itu, pastikan anda
biasakan diri dan mematuhi peraturan-peraturan tersebut.
Kumpulan Daya tidak membuat sebarang sumbangan politik atau terlibat dalam
aktiviti politik. Sekiranya seseorang pekerja berhasrat untuk mengambil bahagian
dalam aktiviti politik, ia mesti dilakukan dalam kapasiti peribadi di mana ia tidak
akan berkonfik dengan mana-mana tugasan atau tanggungjawab pekerjaan dan
memastikan bahawa ia tidak dilakukan atas pewakilan Kumpulan Daya tetapi
dalam kapasiti peribadi sendirinya. Anda mesti memaklumkan pegawai atasan
yang anda laporkan diri serta pasukan pengurusan sekiranya anda
mempertimbangkan atau telah menerima jawatan awam.
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
Urus Niaga Dalaman
Adalah merupakan sesebuah kesalahan
jenayah untuk mengurus dengan sekuriti
Kumpulan Daya dengan informasi dalaman.
Sekuriti-sekuriti termasuk saham, bon, hutang,
pilihan, pelaburan, masa hadapan, derivatif dan
nota di mana nilainya ditetapkan oleh harganya.
Adalah salah di sisi undang-undang untuk
menyebarkan informasi salah untuk tujuan
manipulasikan harga sekuriti-sekuriti yang
disenarai awam. Tiada sesiapa pekerja harus
menggunakan apa-apa informasi dalaman yang
didapati melalui pekerjaan dengan Kumpulan
Daya untuk keuntungan diri sendiri atau rakan
atau relatif atau syarikat lain atau individu lain
atau entiti lain. Ini termasuk membuat cadangan
untuk membeli sekuriti-sekuriti Kumpulan Daya
berdasarkan informasi dalaman.
Kumpulan Daya, pekerja-pekerja dan wakil-wakilnya adalah diperlukan untuk
mematuhi semua undang-undang, peraturan, dan regulasi yang berkenaan
dengan informasi dalaman. Kegagalan untuk mematuhi peraturan-peraturan
sedemikian akan mengakibatkan tindakan disiplin dalaman, liabiliti jenayah dan
denda untuk individu tersebut dan Kumpulan Daya.
Apakah informasi
dalaman?
Informasi yang tidak
diumumkan kepada
orang awam secara am
yang boleh
menjejaskan harga
pasaran sekuriti-
sekuriti Kumpulan
Daya atau
mempengaruhi
keputusan pelabur-
pelabur dalam
membeli, menjual atau
mengekalkan sekuriti-
sekuriti sedemikian.
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
Pelanggaran mana-mana bahagian dalam Kod ini boleh mengakibatkan tindakan
disiplin dalaman dan sekiranya ditemui sebagai pelanggaran yang serius,
pekerjaan akan ditamatkan.
Jikalau pelanggaran melibatkan aktiviti jenayah, ia boleh mengakibatkan liabiliti
jenayah, termasuk hukuman penjara atas individu-individu dan denda-denda
dikenakan ke atas Kumpulan Daya.
Kumpulan Daya mengalu-alukan dan menggalakkan sesiapa yang melibat diri
dengan Kumpulan Daya untuk bersuara dan melaporkan apa-apa isu mengenai
perbuatan menyalahi undang-undang atau tingkah laku atau aktiviti yang tidak
beretika.
Sebarang pelanggaran yang disyaki atau pelanggaran sebenar Kod ini mesti
dilaporkan kepada pegawai atasan yang anda laporkan diri, Ketua Jabatan,
Ketua Unit Operasi, Sumber Manusia atau pihak perundangan dengan segera.
Tiada Tindakan Balas
Jika anda membuat laporan, ia akan ditangani secara sulit dan disiasat dengan
segera. Kita melindungi sesiapa yang memberikan laporan yang berniat baik
mengenai pelanggaran Kod.
Syarikat tidak akan mengambil tindakan balas terhadap anda kerana membuat
laporan atas niat baik mengenai sebuah amalan, aktiviti atau tingkah laku
perniagaan yang mencurigakan.
Kumpulan Daya tidak bertolak ansur terhadap sesiapa yang mengambil tindakan
balas ke atas mereka yang menyuarakan isu-isu dan akan mengambil tindakan
terhadap orang yang membuat demikian, melanggar kesulitan atau cuba
mengelak daripada apa-apa siasatan. JIka anda atau orang lain mengalami atau
telah mengalami tindakan balas, maklum kepada pegawai atasan yang anda
laporkan diri, Sumber Manusia atau pihak perundangan, di mana mereka dapat
membantu anda.
Akibat Salah-laku
Melaporkan Perbuatan Menyalahi Undang-undang dan Tidak Beretika
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
TATAKELAKUAN DAN ETIKA PERNIAGAAN RESIT DAN PERAKUAN
Saya, ...................................................................................., No. Pekerja ......................... (jika berkenaan), memperakui bahawa saya dikehendaki membaca dan mematuhi Tatakelakuan dan Etika Perniagaan Kumpulan Daya (the “Code”) dan dengan itu mengesahkan resit untuk salinan Kod tersebut. Tandatangan: ....................................... Anak Syarikat : ……………………………………………….. Tarikh: ...............................................
Recommended