View
218
Download
4
Category
Preview:
Citation preview
Pendidikan Sains 92
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 20 September 2012
Sistem Respons Kelas(SRK): Satu Kaedah AGILE Dalam
Pengajaran & Pembelajaran Sains Sekolah Rendah
Teh Tiam Kian
Jabatan Sains, Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam
Diterima untuk diterbitkan pada: 16 OGOS 2012
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengkaji sejauh mana keberkesanan kaedah
Sistem Respons Kelas(SRK) dapat meningkatkan lagi pencapaian dan
motivasi pelajar berhubung dengan matapelajaran sains sekolah
rendah. Oleh kerana gajet SRK adalah sangat mahal ia itu lebih
kurang RM8000 untuk set 20 unit. Maka saya menggunakan inovasi
kepada gajet ini. Saya menggunakan komputer dengan program Excel
dan kliker diganti dengan kertas. Seramai 78 orang pelajar dari
sebuah Sekolah SJK(C) dilibatkan sebagai sampel kajian. Kajian ini
dijalankan dengan menggunakan rekabentuk Kuasi eksperimen di
mana dua kumpulan terlibat iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan
eksperimen. Kumpulan eksperimen akan mengalami proses
pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah Sistem Respons
Kelas(SRK) komputer manakala kumpulan kawalan akan menjalani
proses pembelajaran mereka seperti biasa. Di samping itu soal-selidik
berskala Likert 5 point diberikan untuk mengkaji keberkesanan kajian
ini. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Excel yang
mengandungi peratus dan ujian-t. Hasil kajian menunjukkan selepas
penggunaan kaedah pembelajaran Sistem Respons Kelas(SRK) di
dalam kelas didapati bahawa terdapat perbezaan skor yang signifikan
di mana skor min kumpulan eksperimen 100% manakala skor min
kumpulan kawalan 87%. Ini menunjukkan bahawa kaedah
pembelajaran Sistem Respons Kelas(SRK) dapat meningkatkan
pencapaian penguasaan konsep sains.
Pengenalan
Sistem Respons Kelas(SRK) adalah satu teknologi pengajaran dan pembelajaran yang
membolehkan pengajar cepat mengumpul dan menganalisis jawapan pelajar daripada soalan
yang dikemukakan semasa pengajaran dalam kelas. Sistem biasanya digunakan dalam cara
yang berikut. Pertama, pengajar menimbulkan soalan, selalunya soalan aneka pilihan kepada
pelajar. Pelajar berfikir mengenai soalan dan mengemukakan jawapan mereka. Mereka
mengemukakan jawapan soalan-soalan dengan menggunakan pemancar wayarles kliker.
Kliker yang sering kelihatan seperti kawalan televisyen jauh, dan isyarat disampaikan ke
peranti yang menerima isyarat. Perisian pada komputer menghasilkan carta palang yang
menunjukkan taburan jawapan pelajar. Pengajar kemudian gunakan keputusan ini untuk
Pendidikan Sains 93
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 20 September 2012
menentukan bagaimana untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Sistem
Respons Kelasdisebut kaedah Agile kerana kaedah ini memang tangkas menerima jawapan
dan analisis jawapan yang diterima dalam bentuk graf. Sistem Respons Kelasboleh
dilaksanakan dalam berbagai cara. Salah satu adalah melibatkan beberapa orang pelajar
dalam perbincangan kumpulan kecil atau seluruh kelas dengan soalan-soalan. Guru boleh
beralih ke topik seterusnya jika keputusan menunjukkan pelajar sudah memahami
keseluruhan topik. Kajian ini bertujuan mengkaji sejauh mana keberkesanan kaedah Sistem
Respons Kelas(SRK) dapat meningkatkan lagi pencapaian dan motivasi pelajar berhubung
dengan matapelajaran sains sekolah rendah. Oleh kerana gajet Sistem Respons Kelas(SRK)
adalah sangat mahal ia itu lebih kurang RM8000 untuk satu set 20 unit. Maka saya
menggunakan inovasi kepada gajet ini. Saya menggunakan komputer dengan program Excel
yang telah di program dan kliker diganti dengan kertas. Pelajar hanya perlu menuliskan
jawapan mereka dalam kertas segi empat yang disediakan dan kemudian kertas jawapan
diberikan kepada seorang penyelaras memasukkan jawapan mereka ke dalam komputer.
Kaedah SRK lebih canggih pelajar hanya perlu memasukkan jawapan mereka melalui kliker
sahaja. Ia lebih menjimatkan masa daripada cara inovasi.
Tinjauan Literatur
Guru mengajar dengan sistem sambutan kelas untuk pelbagai sebab. Terdapat beberapa
kegunaan kliker, seperti kebolehan untuk mengumpul maklum balas dalam kumpulan pelajar
yang ramai. Adalah sukar untuk mendapat maklumat balas daripada pelajar dalam kumpulan
yang besar tanpa sistem respons kelas. Faedah lain, seperti kebolehan untuk pelajar untuk
bertindak balas tanpa nama kepada soalan-soalan, relevan tanpa mengira bilangan pelajar
dalam sesuatu pengajaran. Terdapat beberapa sebab ini membincangkan sebab-sebab untuk
mengajar dengan Kliker, menonjolkan keupayaan unik sistem ini.
Menurut Professor Dr.Roger C. Lowery dari University of North Carolina (2005)
menyatakan bahawa matlamat yang paling biasa dinyatakan sistem respons pelajar adalah
untuk meningkatkan pembelajaran pelajar dalam bidang-bidang berikut:
i kehadiran dan penyertaan kelas yang lebih baik
ii lebih jelas kefahaman kelemahan
iii penyertaan yang lebih aktif dalam kelas
iv meningkat kerjasama rakan sebaya dalam pembelajaran
v pembelajaran yang lebih berkesan
vi meningkatkan kepuasan pelajar
Roger (2005) juga menyatakan matlamat kedua asas semua sistem tindak balas pelajar adalah
untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dalam sekurang- kurangnya dua cara. Dengan
sistem tindak balas pelajar,
i maklum balas segera mudah didapati daripada semua pelajar
ii maklum balas tepat pada masanya membenarkan pengajar menilai dengan detail.
Ada dua hala peranti input pelajar membenarkan mana-mana pelajar tanpa nama mengulas
atau menjawab soalan untuk dihantar kepada guru. Sebagai contoh, banyak program SRK
membenarkan maklum balas pelajar dengan cepat mengikut demografi. Perbincangan Kelas
(Classtalk) akan memberikan pilihan perbincangan dalam kumpulan kecil. Walaupun
sambutan kumpulan berbeza pendapat jadi membina komuniti di dalam kelas di mana pelajar
Pendidikan Sains 94
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 20 September 2012
akan menjadi peserta aktif dalam perbincangan. (Dufresne, R.J. et al., 2004). Di samping itu,
pengajar boleh juga mudah mengumpul data ke atas demografi pelajar , sikap atau tingkah
laku juga boleh dinilai dari SRK. Gol ketiga Sistem Respons Kelasadalah untuk
mengurangkan kertas kerja dan tenaga pekerja seperti i) pengambilan kehadiran, ii)
pentadbiran ujian, iii) pengiraan dan analisis gred.
Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk memantapkan pemahaman para murid dalam pembelajaran Sains
menerusi kaedah Sistem Respons Kelasdari segi,
i. Membantu murid meningkatkan prestasi pencapaian dalam pembelajaran Sains melalui
intervensi kaedah sistem respons kelas.
ii. Memantapkan pemahaman dan prestasi Sains murid menerusi pembelajaran dengan
kaedah sistem respons kelas.
iii. Meningkatkan minat serta menggalakkan motivasi pembelajaran Sains dalam
kalangan murid dengan pendekatan sistem respons kelas.
Soalan Kajian
Objektif-objektif kajian dijawab melalui persoalan-persoalan berikut:
i. Adakah prestasi pencapaian murid dalam pembelajaran Sains dapat dipertingkatkan
melalui intervensi kaedah sistem respons kelas?
ii. Adakah pemahaman dan prestasi pemahaman Sains murid dapat dimantapkan dengan
penilaian sistem respons kelas?
iii. Adakah minat dan motivasi pembelajaran Sains dalam kalangan murid dapat
dipertingkatkan dan digalakkan dengan pendekatan sistem respons kelas?
Kepentingan kajian
i. Kajian ini diharapkan dapat memperlihatkan keberkesanan dalam pembelajaran
berbantukan komputer bagi proses pengajaran dan pembelajaran dan dapat menarik
minat pelajar dalam menguasai kemahiran dan memahami tajuk sains lebih baik dan
lebih cepat.
ii. Kajian ini juga membolehkan guru menilai pelajar dengan lebih cepat. Membolehkan
guru memahami sejauh mana pemahaman murid-murid dengan serta merta dan semua
murid terlibat aktif tiada akan ketinggalan..
iii. Kajian ini membolehkan guru mengenalpasti dan menggunakan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang lebih sesuai dalam pengajaran. Hasil kajian ini juga diharapkan dapat
mengubah tanggapan pelajar terhadap mata pelajaran sains dan menganggap sains itu
mudah dan menyeronokkan untuk dipelajari seterusnya dapat meningkatkan pencapaian
pelajar akhirnya.
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran yang telah dipilih dalam kajian tindakan ini melibatkan 78 orang murid
dari 2 buah kelas SRJK(C), Sekolah Daerah Seberang Prai, Butterworth yang lebih kurang
sama prestasi pencapaian.
Pendidikan Sains 95
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 20 September 2012
Guru pelatih mengajar dua kelas satu kelas tanpa SRK dan satu kelas dengan SRK. Pada fasa
pertama, ujian pra di ambil pada topik-topik yang mereka sudah belajar kepada kedua-dua
kelas, untuk menentukan perbezaan mereka. Guru pelatih
Metodologi
Cara Pelaksanaan dan Instrumen Pengumpulan Data
Dalam kajian tindakan ini, kaedah pengumpulan data yang terlibat adalah data berunsur
kuantitatif dan kualitatif. Instrumen kuantitatif adalah pelaksanaan pra ujian dan ujian pasca.
Proses pengumpulan data kuantitatif melibatkan pelaksanaan instrumen (ujian pra dan pasca)
demi mendapat pembolehubah (pencapaian murid) yang dapat diukur dan soal selidik.
Manakala instrumen yang digunakan untuk memperoleh data kualitatif merangkumi temu
bual yang akan dijalankan selepas intervensi.
Jadual 1: Kriteria dan Instrumen Pengumpulan Data
Kriteria
Pengumpulan Data
Instrumen
Pengumpulan Data
Pelaksanaan Instrumen
Kuantitatif
Ujian pra
Ujian pra dijalankan kepada dua-dua kelas
untuk menentukan perbezaan standard
mereka.
Ujian pasca
Ujian pasca dijalankan kepada kedua-dua
kelas satu mengikuti cara tanpa SRK dan
satu dengan kaedah SRK
Soal selidik Selepas tindakan
Kualitatif Temu bual Selepas tindakan
Jadual 2: Instrumen Pengumpulan Data Kajian Tindakan
No.
Instrumen
Pengumpulan Data
Indeks Soalan
Bilangan Item
1. Ujian pra Soalan Subjektif 30
2. Ujian pasca Soalan Subjektif 30
3. Soal Selidik Soalan bersakala Likert 5
point
6
4. Temu bual Soalan penghuraian 2
Ujian Pra dan Pasca
Peringkat pertama dua kelas yang pencapaian prestasi yang lebih kurang sama diberi satu
ujian objektif mengenai topik-topik yang mereka sudah belajar pada bulan Jun dan Julai
untuk menentukan tahap perbezaan mereka. Dalam kajian tindakan ini, pengajaran
konvensional akan dijalankan pada kelas 4A tanpa SRK dan kelas B menggunakan
pengajaran yang sama tetapi ada tindakan penilaian pengukuhan dengan SRK. Selepas satu
bulan intervensi dengan SRK, satu ujian dengan bilangan objektif yang sama di adakan Pada
masa masa yang sama, ujian pra akan dilaksanakan selepas pengajaran konvensional
manakala ujian pasca akan dijalankan selepas pengajaran tindakan.
Pendidikan Sains 96
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 20 September 2012
Dapatan Kajian
ANALISIS DAPATAN KAJIAN TINDAKAN
(A) Kaedah Ujian
Berdasarkan markah ujian pra dan pasca, data yang dikumpulkan digunakan untuk
menganalisis bagi membanding beza tahap penguasaan pelajar-pelajar dengan tajuk yang
diuji. Peratusan markah ujian pra dan ujian pasca yang diperoleh telah menunjukkan tidak
banyak perbezaan. Oleh itu, peratusan markah ujian pasca menunjukkan peningkatan yang
sangat sedikit. Ini menunjukkan cara conventional kurang mengaktifkan pelajar.
Jadual 3: Peratusan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca untuk kelas A
Gred Ujian Pra Ujian Pasca
Bilangan
Pelajar
Peratus% Bilangan
Pelajar
Peratus%
A 80-100 16 41.0 16 41.0
B 70-80 10 25.6 11 28.2
C 50-69 6 15.4 7 17.9
D 31-49 6 15.4 5 12.8
E 0-30 1 2.6 0 0.0
LULUS 32 82.1 34 87.2
GAGAL 7 17.9 5 12.8
Jumlah
Pelajar
39
39
Berdasarkan markah ujian pra dan pasca, data yang dikumpulkan digunakan untuk
menganalisis bagi membanding beza tahap penguasaan pelajar-pelajar dengan tajuk yang
diuji. Peratusan markah ujian pra dan ujian pasca yang diperoleh telah tidak menunjukkan
banyak perbezaan. Ini menunjukkan kaedah lama tidak banyak meningkatkan pembelajaran
pelajar.
Jadual 4: Peratusan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca untuk kelas B
Gred Ujian Pra Ujian Pasca
Bilangan Pelajar Peratus% Bilangan Pelajar Peratus%
A 80-100 16 41.0 20 51.3
B 70-80 10 25.6 12 30.8
C 50-69 6 15.4 7 17.9
D 31-49 6 15.4 2 0
E 0-30 1 2.6 0 0
LULUS 32 82.1 39 100.0
GAGAL 7 17.9 0 0.0
Jumlah Pelajar 39 39
Pendidikan Sains 97
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 20 September 2012
Graf 1 menunjukkan purata min skor ujian pra & ujian pasca
Berdasarkan jadual 4, peratusan kelulusan bagi ujian pra adalah 82.1% manakala ujian pasca
adalah 100.0%, peningkatan sebanyak 17.9%. Sebelum melaksanakan strategi pembelajaran
Sistem Respons Kelas(SRK), terdapat tujuh orang pelajar yang gagal dalam ujian pra.
Terdapat peningkatan bilangan pelajar yang mendapat A (10.3%)dan B(5.2%) serta jumlah
kelulusan pelajar dalam ujian pasca selepas pelaksanaan strategi ini. Malah, pelajar yang
berkeputusan baik juga ada peningkatan dalam markah ujian selepas melaksanakan strategi
pembelajaran koperatif dengan kaedah itu.
Berdasarkan Jadual 4, analisis data menunjukkan bahawa semua pelajar telah menunjukkan
peningkatan markah dalam ujian pos berbanding dengan ujian pra. Hasil kajian ini
menunjukkan program Sistem Respons Kelas(SRK) yang diadakan dapat meningkatkan
prestasi pelajar dalam sains. Oleh yang demikian, saya dapat menyimpulkan bahawa Kaedah
Sistem Respons Kelas(SRK) berjaya meningkatkan prestasi pelajar.
Soal selidik Hasil Dapatan Soal selidik
Jadual 4 menunjukkan purata min daripada soal selidik
Bil ITEM Min
1 Saya memasuki kelas sains dengan penuh semangat selepas
Sistem Respons Kelas(SRK) diperkenalkan. 4.5
2 Saya lebih bermotivasi belajar apabila guru memperkenalkan
SISTEM RESPONS KELAS(SRK). 4.8
3 Saya lebih memahami mata penjalaran tersebut apabila guru
memperkenalkan Sistem Respons Kelas(SRK). 4.7
4 Suasana Penggunaan Sistem Respons Kelas(SRK) amat
menyeronokkan 4.8
5 Saya terlibat dengan aktif melalui Sistem Respons
Kelas(SRK). 4.9
6
Saya sangat mengharapkan guru lain pun menggunakan Sistem
Respons Kelas(SRK) untuk pengajaran dan pembelajaran
mereka.
4.6
0
20
40
60
80
100
120
A B C D E LULUS GAGAL
Ujian Pra
Ujian Pasca
Pendidikan Sains 98
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 20 September 2012
Purata min 4.72
Geraf 2 menunjukkan purata min skor soal selidik.
Berdasarkan jadual 4, majoriti pelajar-pelajar pandangan yang amat positif dengan item 1
hingga 6, ia itu purata Likert 4.5 hingga 4.9. Bagi item 1, Purata skor Likert 4.5 pelajar yang
bersetuju bahawa mereka berasa sangat bersemangat belajar melalui Sistem Respons
Kelas(SRK).
Bagi item 2, Purata skor Likert 4.8,pelajar menyatakan mereka lebih bermotivasi belajar
apabila guru memperkenalkan Sistem Respons Kelas(SRK). Bagi item 3, pelajar menyatakan
mereka lebih memahami topik tersebut selepas Sistem Respons Kelas(SRK), ini juga
membantu pencapaian mereka dalam ujian pasca. Bagi items 4, mereka juaga suasana kelas
menjadi seronok untuk belajar dengan skor 4.7. Purata Likert yang paling tinggi adalah item
5 dengan skor 4.9, di mana semua setuju bahawa Sistem Respons Kelas(SRK) membuat
mereka terlibat dengan aktif dalam kelas. Mereka akhirnya mengharapkan guru lain juga
menggunakan kaedah ini dalam P&P mereka.
Analisis temu bual dijalankan ke atas empat orang guru pelatih yang terlibat dalam kajian ini.
Empat orang adalah ketua kumpulan tiap-tiap kumpulan. Dua orang daripada kelas SN1 dan
dua orang juga daripada kelas SN2.
S1. Adakah kaedah pembelajaran Sistem Respons Kelas(SRK) menyeronokkan ?
A1. Ya, memang sangat seronok kerana ada ransangan.
A2. tentu kerana car ini berlainan, mereka kurang malu menjawab.
A3. Sangat, sangat seronok...kalau boleh ia dilakukan atas tiap-tiap topik sebagai pengukuhan.
A4. Saya rasa gembira kerana ia mengurangkan bosan saya.
S2 Adakah kaedah pembelajaran Sistem Respons Kelas(SRK) membuat anda lebih aktif dan
lebih bermotivasi dalam kelas ?
A1. Ya, memang saya terlibat lebih aktif dan rasa lebih bermotivasi.
A2. betul, saya libat dengan aktif dan tidak bosan. Saya juga lebih bermotivasi untuk
bertanding.
A3 Saya rasa bermotivasi dengan Sistem Respons Kelas(SRK) kerana ia mengaktifkan saya.
A4. Ia sesuai dengan zaman moden ini kerana pelajar mahu excitement dalam P&P mereka.
Daripada kedua-dua soalan temu bual didapati keempat-empat wakil kumpulan menyatakan
Ya. Mereka amat setuju dengan kaedah pembelajaran Sistem Respons Kelas(SRK)
membuat P&P lebih seronok, mereka lebih aktif dan lebih bermotivasi untuk belajar. Kalau
Min
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
4.8
4.9
5
1 2 3 4 5 6
Nombor item soal selidik
Skor m
in
Min
Pendidikan Sains 99
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 20 September 2012
boleh ia dijadikan satu kaedah pengukuhan pengetahuan dan juga sebagai satu kaedah
penilaian kelemahan pelajar.
Rumusan dan kesimpulan
Berdasarkan dapatan kajian atau analisis yang diperoleh daripada ujian pra dan ujian pasca,
jelas terlihat pelajar lebih baik berbanding dengan strategi pengajaran biasa. Malah, pelajar-
pelajar juga menunjukkan persepsi yang positif terhadap kaedah tersebut berdasarkan analisis
soal selidik dan temu bual yang telah dilaksanakan ke atas pelajar-pelajar. Peningkatan min
bagi ujian ujian pasca sebanyak 17.9% ialah dari 82.1% ke 100%. Ia telah menjawab soalan
kajian 1 iaitu peningkatan prestasi pelajar-pelajar dalam ujian pasca selepas pelaksanaan
kaedah tersebut. Daripada soal selidik terdapat enam item dan semua pelajar berjawab sangat
positif. Mereka menjawab mereka memang terlibat dengan aktif, suasana seronok dan lebih
bermotivasi selepas SISTEM RESPONS KELAS (SRK). Kaedah triangulasi juga mencapai
jawapan yang sama daripada temu bual 4 orang pelajar. dan ia telah menjawab soalan kajian
2, 3 dan 4.
Bibliografi
1. Bruff, D. (2009). Teaching with Classroom Response System. San Francisco, Califonia:
Jossey-Bass.
2. Crouch C.H., and Mazur, E. 2001. Peer Instruction: Ten years of experience and results.
American Journal of Physics, 69(9):970-977.
3. Dufresne, R.J., Wenk, L., Mestre, J.P., Gerace, W.J., Leonard, W.J., 1996. Classtalk: A
Classroom Communication System for Active Learning. Journal of Computing in Higher
Education, 7(2): 3-47.
4. Duncan, D. 2005. Clickers in the Classroom: How to Enhance Science Teching Using
Classroom Response Systems. Toronto. Pearson Prentice-Hall and Pearson Benjamin
Cummings.
5. Fies, C., and Marshall, J. 2005. Electronic Response Systems in Classrooms. American
Association of Physics Teachers: Announcer, 34(4): 111. Mazur, E. 1997. Peer
Instruction: A Users Manual. Toronto: Prentice-Hall.
6. Owens, L.D., Walden, D.J., 2001. Peer Instruction in the learning laboratory: a strategy to
decrease student anxiety. Journal of Nursing Education, 40(8): 375-377.
7. Rao, S.P. and DiCArlo, S.E. 2000. Peer Instruction Improves Performance on Quizzes.
Advances in Physiology Education, 24: 51-55.
8. Reay, N.W., Bao, L., Pengfei, L., Warnakulasooriya, R., and Bough, G. 2005. Toward an
effective use of voting machines in physics lectures. American Journal of Physics, 73(6):
554-558.
9. Roger C, Lowery.(2005). Teaching and Learning with Interactive Student Response
Systems: A Comparison of Commercial Products in the Higher-Education Market, North
Carolina. Retrieved Mac 22, 2012, from
http://people.uncw.edu/lowery/swssa%20ms.pdf
10. Roschelle, J., Penenuel, W.R., & Abrahamson, L. (2004). Classsroom response and
communication systems: Research review and theory. Paper presented at the Annual
meeting of the American educational Research Association, San Diego, CA.
11. Roschelle, J., Penuel, B., and Abrahamson, A.L., 2004. The networked classroom.
Educational Leadership, 61(5): 50-54.
12. Ruhl, K.L., Hughes, C., and Schloss P. 1987. Using the pause procedure to enhance
lecture recall. Teacher Education and Special Education, 10: 14-18.
Recommended