View
238
Download
4
Category
Preview:
DESCRIPTION
Bahasa
Citation preview
MODEL P&P BAHASA MELAYU (SEKOLAH MENENGAH)
MODEL P&P BAHASA MELAYU (SEKOLAH MENENGAH)
TAJUK : KAEDAH PANTAS MENGINGAT FAKTA KOMSAS
MELALUI LUKISAN DAN PANTUN
(oleh En. Sham Onn Bin Jais)
1. Pendahuluan
Pada hari ini, masyarakat sudah maklum akan kepentingan mata pelajaran Bahasa Melayu dalam kurikulum pendidikan di negara kita. Bahasa Melayu merupakan salah satu mata pelajaran teras di peringkat SPM bahasa rasmi negara kita. Meskipun demikian, kebanyakan pelajar khususnya yang berprestasi rendah, memandang ringan akan perkara ini dan sesetengahnya pula mengandaikan Bahasa Melayu mudah dan tidak perlu diberi tumpuan yang sungguh-sungguh. Sesetengah guru, termasuk segelintir pentadbir pendidikan juga beranggapan mata pelajaran Bahasa Melayu boleh diajarkan oleh sesiapa sahaja, terutama apabila berhadapan dengan masalah kekurangan guru. Tanggapan ini perlu diperbetulkan kerana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu bukan sahaja bergantung kepada keberkesanan latihan yang diterima oleh guru tetapi yang lebih penting adalah bergantung kepada tahap kreativiti yang dimiliki oleh guru itu sendiri. Kertas kerja ini akan mengutarakan beberapa kreativiti guru dalam membuat perancangan dan pelaksanaan P&P untuk diteliti, diteladani ataupun disesuaikan oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu khasnya untuk meningkatkan motivasi pelajar ke arah meminati dan mencintai bahasa Melayu.
2. Objektif Pembinaan Modul
Objektif pembinaan modul ini:
Guru:
Mengemukakan pelbagai kaedah dan pendekatan dan teknik yang dapat digunakan oleh guru semasa menjalankan P&P KOMSAS
Mengubah amalan guru atau sikap guru kepada P&P yang lebih berkesan dan menyeronokkan
Memberikan panduan tentang bagaimana pelajar dapat mengingati pantas bahan KOMSAS yang diajarkan menggunakan lukisan dan pantun
Pelajar:
memberi keyakinan kepada pelajar sederhana dan lemah mereka juga dapat berjaya dalam peperiksaan awam
mengelakkan kebosanan dan menimbulkan suasana pembelajaran KOMSAS yang lebih menarik
menghasilkan P&P yang lebih berkesan
dapat memperkukuh kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari
3. Sasaran:
Para pelajar Tingkatan 5 khasnya kelas sederhana dan lemah.
3. Rasional
Para pelajar akan meminati bahan KOMSAS untuk bahan bacaan dan menambah ilmu
Para pelajar perlu didedahkan dengan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik untuk menjadikan suasana belajar menarik dan ceria.
Para pelajar perlu dibimbing dengan cara yang berkesan untuk memantapkan kebolehan mereka dalam pembelajaran KOMSAS
Para pelajar memerlukan bimbingan yang berkesan untuk membolehkan mereka cekap dan mahir menjawab soalan KOMSAS khasnya novel
4. Pelaksanaan Di Bilik Darjah
Modul ini dijalankan secara berperingkat mengikut kaedah Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Melayu. Para guru perlu mengajarkan semua aspek dalam novel terlebih dahulu sebelum menggunakan teknik mudah ingat ini. Kaedah ini lebih utama digunakan untuk memudahkan pelajar mengingati fakta novel yang telah diajarkan dan sekali gus melatih pelajar teknik menjawab soalan novel dalam peperiksaan awam.
5. Keberkesanan Kelebihan Modul
Salah satu aspek penting dalam pembelajaran ialah mengingat. Ramai pelajar menghadapi masalah mengingat bahan yang dibaca atau dipelajari, khususnya ketika menghadapi ujian atau peperiksaan. Daya ingatan kita boleh diperkuat dari semasa ke semasa. Kebanyakan ahli psikologi percaya bahawa daya ingatan perlu dirangsang pada setiap masa. Didapati bahawa 80% dari apa yang kita baca pada hari ini akan lupa hanya dalam masa 24 jam, ini merupakan sesuatu yang normal. Cuma kalau kita boleh mencipta teknik tertentu, maka tahap ingatan kita mungkin akan menjadi lebih baik. Oleh itu, kaedah pantas mengingat menggunakan lukisan dan pantun dapat membantu pelajar memperkukuh fakta dua novel yang dipelajari di Tingkatan 4 dan di Tingkatan 5 dengan cepat bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan SPM.
Keberkesanan modul mengingat pantas melalui pantun dan lukisan ini ialah:
Pelajar dapat mengingat fakta dengan mudah dan cepat
Kaedah ini menyeronokkan pelajar kerana boleh melukis, berpantun dan menyanyikan pantun tersebut mengikut lirik yang disukai oleh mereka
Menambah keyakinan pelajar dan dapat memotivasikan mereka untuk persediaan peperiksaan
Melibatkan semua pelajar
6. Penyesuaian
Pantun dan gambar lukisan boleh digunakan untuk membantu pelajar memahami bahan KOMSAS yang dibaca atau dikaji. Pantun-pantun perlu dikarang berdasarkan inti pati cerita dalam novel atau dengan kata lain maksud pantun dapat membantu pelajar mengingati cara mudah tentang novel atau bahan KOMSAS yang lain. Selain itu, dengan menggunakan pantun tersebut, pelajar boleh menjawab beberapa soalan lain yang berkaitan dengan novel.
7. Masalah-masalah
Sukar untuk para guru memastikan pelajar lemah membaca bahan KOMSAS sebelum diajarkan. Satu cara untuk menggalakkan mereka membaca ialah diadakan pertandingan melukis gambar tentang novel yang dikaji. Lukisan yang paling banyak memberi input tentang novel akan diberi hadiah. Pelajar hanya membaca novel dan kemudian melukiskan gambar untuk menunjukkan pemahaman mereka terhadap bahan yang dibaca.
8. Cadangan
Sebelum menjalankan kaedah ini guru perlu mencipta pantun untuk menunjukkan contoh agar dapat diikuti oleh pelajar. Kaedah ini amat menarik jika diajarkan berbantukan komputer dan muzik (lagu yang dipilih oleh guru/pelajar sendiri). Dalam mengajarkan bahan KOMSAS yang lain guru boleh meminta pelajar mencipta sendiri pantun-pantun untuk mengingati cerita mengikut kretiviti mereka sendiri. Mereka juga boleh membuat nota menggunakan kaedah ini, melalui lukisan, peta minda dan sebagainya.
9. Penutup
P&P berunsurkan pantun, muzik dan gambar sangat menarik. Kaedah ini merupakan cadangan untuk meningkatkan motivasi dan pencapaian pelajar dalam bidang pembelajaran masing-masing. Sebagai pendidik seharusnya kita sentiasa mencari dan memilih alternatif yang sesuai dengan tahap kebolehan pelajar kita.
10. Contoh Modul Dalam P&P Bahasa Melayu
KAEDAH PANTAS MENGINGAT FAKTA KOMSAS MELALUI LUKISAN DAN PANTUN
Tajuk : KOMSAS Watak dan Perwatakan, Nilai dan Pengajaran dalam
Novel Perlumbaan Kedua dan Julia.
Masa : 80 minit
Objektif: Pada akhir pengajaran ini, pelajar dapat:
i) menyenarai watak dan perwatakan utama dalam novel yang dikaji
ii) menyenarai sekurang-kurangnya 4 nilai murni
iii) menyenaraikan 4 pengajaran
iv) menyenaraikan 4 persoalan
Hasil pembelajaran Utama : 1.0, 2.0, 10.0, 12.0
Hasil Pembelajaran Khusus : 1.4 Aras 1(v)
2.1, 2.2, 2.3 Aras 1 (i), (ii), 2.5 Aras 3 (i)
10.1 Aras1 (i), (ii), 10.2 Aras 2 (ii), 10.6 Aras 3 (iii)
12.1, 12.5 Aras 1 (ii), (iii)
Kemahiran Bernilai Tambah
1. Belajar Cara Belajar (BCB)
2. Pembelajaran Masteri (PM)
3. Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP)
Sistem Tatabahasa:
1. mendengar dan memahami makna kata adjektif
2. membina ayat yang betul dan tepat menggunakan kata adjektif
Strategi P&P : Dicadangkan pembelajaran dijalankan secara berkumpulan dan
Individu.
Aktiviti: Perbincangan, sumbang saran, soal jawab
Bahan Media: Komputer, LCD
Nilai Murni : Bekerjasama, keberanian,
Langkah-langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
Set Induksi : (5 minit)
Guru menanyangkan dua gambar di skrin.
Guru meminta pelajar menerangkan tentang gambar-gambar tersebut.
Guru meminta pelajar mengaitkan gambar dengan dua buah novel yang telah
dikaji oleh mereka.
Guru memberi komen / ulasan.
Langkah 1: (30 minit)
Penerangan guru berdasarkan bahan power point yang telah disediakan.
Guru memperkenalkan kaedah mudah ingat melalui pantun. Pantun ditayangkan pada skrin
Langkah 2 : (20 minit)
Guru membahagikan pelajar kepada 4 kumpulan dan memancarkan pada skrin soalan tugasan untuk setiap kumpulan.
Pelajar berbincang dalam kumpulan masing-masing dan mencatat hasil perbincangan pada transprensi.
Kumpulan A membincangkan watak dan perwatakan utama dalam
novel .
Kumpulan B Membincangkan nilai murni yang diperoleh dalam novel.
Kumpulan C Membincangkan pengajaran dalam novel
Kumpulan D Membincangkan persoalan dalam novel
Langkah 3 : (20 minit)
Wakil setiap kumpulan melaporkan hasil perbincangan mereka.
Guru memberi komen dan penerangan selepas setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan.
Guru membuat kesimpulan dengan menayangkan pada skrin
Pelajar mencatat hasil dapatan dalam lembaran kerja (Pengurusan grafik) yang telah diberi oleh guru.
Penutup : (5 minit)
Guru merumuskan isi pelajaran berdasarkan hasil tugasan dan aktiviti yang dijalankan. Guru memberi peneguhan dan bersama-sama menyanyikan lagu Rasa Sayang Heh menggunakan pantun mudah ingat.
Lampiran 1
NOVEL PERLUMBAAN KEDUA
Daripada pantun ini boleh dinyanyikan mengikut lagu kesukaan pelajar (contoh lagu Rasa Sayang Eh)
Daripada pantun ini pelajar dapat menjawab empat soalan berkaitan novel iaitu persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran.
Contoh jawapan tentang watak & perwatakan utama
i. Tuk Kura bijaksana/cerdik
Contoh:Tuk Kura bijak mengatur strategi perlumbaan akhirnya berjaya mengalahkan arnab
putih
ii. Tuk kura gigih dan rajin berusaha.
Contoh:Tuk Kura gigih dan tekun menjalani latihan meniti batang dan batu licin bagi
menghadapi perlumbaan.
iii Tuk kura tabah dan cekal mengharungi rintangan hidup.
Contoh: Tuk Kura tabah, cekal dan sabar menghadapi cacian, cercaan dan seksaan
daripada kaumnya ketika membuat persiapan perlumbaan
iv Tuk kura berani menghadapi cabaran.
Contoh: Tok Kura berani menyahut cabaran Sang Arnab Putih untuk berlumba kali kedua
bagi mempertahankan maruah kaumnya
vi. Tuk kura berhati-hati / berwaspada menghadapi cabaran.
Contoh: Tuk Kura sentiasa berhati-hati dan berwaspada dalam tindakannya. Dia tidak mempercayai kata-kata Sang Kancil yang terkenal dengan tipu muslihatnya.
vii. Tuk kura tegas / tetap pendirian.
Contoh: Tuk Kura tegas dan tetap pendirian dengan meneruskan latihan meniti batang
balak atau batu licin walaupun mendapat tentangan kaumnya.
Contoh jawapan tentang persoalan
i. Kebijaksaaan menggunakan akal fikiran dapat mengatasi kekuatan fizikal dalam sesuatu
pertandingan.
Contoh: Tuk kura menggunakan kelebihan cengkerangnya yang keras dengan melambung
dari satu batu ke satu batu yang lain sehingga sampai ke kaki bukit dalam masa yang
singkat.
ii. Kegigihan menjamin kejayaan.
Contoh: Tuk kura gigih berlatih dan menyusun strategi menghadapi perlumbaan kedua dan
akhirnya berjaya.
Contoh jawapan tentang nilai
i. Kebijaksanaan
Contoh:Tuk kura menggunakan kebijaksanaan mengalahkan sang arnab dalam
perlumbaan.
ii. Kegigigihan/ketekunan
Contoh: Tuk kura gigih/tekun menjalani latihan menghadapi perlumbaan dengan sang arnab.
iii. Ketabahan/kecekalan
Contoh: Tuk kura tabah menghadapi kerenah dan cercaan kaum kura.
iv. Keberanian
Contoh: Tuk kura berani menyahut cabaran sang arnab demi mempertahankan maruah
kaumnya.
v. Pemaaf
Contoh: Tuk kura memaafkan kesalahan anak buahnya yang enggan bekerjasama ketika
membuat latihan.
Contoh jawapan tentang pengajaran
i. Kita hendaklah menggunakan kebijaksanaan mengatasi masalah.
Contoh: : Tuk Kura menggunakan kebijaksanaan mengalahkan sang arnab dalam
perlumbaan.
ii. Kita mesti gigih/tekun berusaha demi mencapai kejayaan.
Contoh: Tuk Kura gigih/tekun menjalani latihan menghadap perlumbaan dengan sang arnab.
iii. Kita mestilah berani menghadapi cabaran/menjaga maruah.
Contoh: Tuk kura berani menyahut cabaran Sang Arnab demi mempertahankan maruah kaumnya.
iv. Kita haruslah bersedia memohon kemaafan atas kesilapan yang kita lakukan.
Contoh: Kura-kura suku tasik/suku kuala/suku rimba telah memohon maaf kepada Tuk Kura atas kesilapan mereka.
Lampiran 2
NOVEL JULIA
Daripada pantun ini boleh dinyanyikan mengikut lagu kesukaan pelajar (contoh lagu Rasa Sayang Heh)
Daripada pantun ini pelajar dapat menjawab empat soalan berkaitan novel iaitu persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran.
Contoh jawapan tentang watak & perwatakan utama
i. Julia bijaksana/pintar
Contoh: Julia bijak mengatur strategi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
BMPRO Transport. Julia berjaya mengatasi penyelewengan dalam BMPRO
Transport tersebut.
ii. Julia gigih, tekun dan rajin berusaha
Contoh: Julia gigih, tekun dan rajin berusaha memulihkan perniagaan arwah
bapanya/BMPRO Holding Sdn.Bhd / BMPRO Transport.
iii Julia tabah, cekal dan sabar mengharungi rintangan hidup.
Contoh: Julia pula tabah, cekal dan sabar mengharungi dugaan hidup selepas
kematian ibu bapa/keluarga.
iv Julia berani menghadapi cabaran
Contoh: Julia yang masih muda berani menghadapi cabaran untuk meneruskan
perniagaan bapanya walaupun dia tidak berpengalaman.
v. Julia sentiasa berhati-hati / berwaspada menghadapi cabaran
Contoh: Julia pula sentiasa berwaspada dan berhati-hati menghadapi kerenah pekerjanya seperti Syed Mustaffa dan En. Baharom.
.
vii. Juliaseorang yang tegas / tetap pendirian.
Contoh: Julia tidak mudah terpengaruh dengan rayuan Rashid. Dia menetapkan matlamatnya untuk meneruskan perniagaan keluarganya.
Contoh jawapan tentang persoalan
i. Kegigihan seorang wanita menghadapi cabaran.
Contoh: Julia gigih menjaga adik-adiknya dan gigih berusaha memulihkan syarikat
bapanya.
ii. Ketabahan dan kecekalan menghadapi masalah kehidupan.
Contoh: Julia tabah, cekal dan sabar mengharungi dugaan hidup selepas kematian ibu
bapa/keluarga.
Contoh jawapan tentang nilai
i. Kebijaksanaan.
Contoh:
Julia bijaksanaan mengatasi masalah/penyelewengan dalam
BMPRO Transport.
ii. Kegigihan/ketekunan
Contoh:
Julia gigih menjalankan perniagaan dan mengatasi masalah dalam BMPRO Holding Sendirian Bhd.
iii. Ketabahan/kecekalan
Contoh:
Julia tabah menghadapi rintangan menjalankan perniagaan keluarganya hingga
berjaya.
iv. Keberanian
Contoh:
Julia berani menghadapi cabaran mamajukan BMPRO Holding Sdn. Bhd. walaupun ia
masih muda.
Contoh jawapan tentang pengajaran
i. Kita hendaklah menggunakan kebijaksanaan/kepandaian mengatasi masalah
Contoh: Julia menggunakan kebijaksanaan mengatasi masalah di BMPRO Transport.
ii. Kita mesti gigih/tekun berusaha demi mencapai kejayaan.
Contoh: Julia gigih menjalankan perniagaan dan mengatasi masalah dalam BMPRO Transport.
iii. Kita hendaklah tabah/cekal menghadapi sebarang cabaran demi mencapai kejayaan.
Contoh: Julia tabah menghadapi rintangan menjalankan perniagaan keluarganya
hingga berjaya.
iv. Kita mestilah berani menghadapi cabaran dalam kehidupan
Contoh: Julia berani menghadapi cabaran memajukan BMPRO Holding Sdn. Bhd.
walaupun ia masih muda.
Daripada maklumat dalam kedua-dua pantun itu tadi, pelajar juga dapat membandingkan kedua-dua watak utama berdasarkan kedua-dua novel tersebut.
Novel Perlumbaan KeduaNovel Julia
PERBEZAAN
Haiwan / binatang / Tuk KuraManusia /perempuan / Julia
Sudah tua / 199 tahunMuda / gadis / 21 tahun
Tinggal dalam hutan / payaTinggal di bandar / kota / kampung
Dapat tentangan puaknya.
Contohnya Tuk Kura mendapat tentangan sukunya ketika menjalani latihanDapat sokongan keluarga.
Contoh Julia mendapat sokongan daripada keluarga / Jun sekeluarga / kakitangan syarikat
PERSAMAAN
Kedua-dua watak utama bijaksana
Cth: Tuk Kura bijak mengatur strategi perlumbaan akhirnya dapat
Mengalahkan Sang Arnab/Arnab Putih
Cth: Julia bijak mengatur strategi / menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh BMPRO Transport / Julia berjaya mengatasi
penyelewengan dalam BMPRO Transport.
Kedua-dua watak utama gigih / rajin berusaha.
Cth: Tuk Kura gigih/rajin menjalani latihan/meniti batang licin.
Cth: Julia gigih/rajin berusaha memulihkan perniagaan
arwah bapanya/BMPRO Holding Sdn.Bhd.
Kedua-dua watak utama tabah/cekal mengharungi rintangan hidup
Cth: Tuk Kura tabah/cekal menghadapi cacian/ ejekan seksaan
daripada kaumnya.
Cth: Julia tabah/cekal mengharungi dugaan hidup selepas kematian ibu bapa
Kedua-dua watak utama berani menghadapi cabaran
Cth: Tok Kura berani menghadapi cabaran sang arnab untuk
mempertahankan maruah kaumnya.
Cth: Julia yang masih remaja berani menghadapi cabaran meneruskan
perniagaan bapanya walaupun tidak berpengalaman.
Lampiran 3
Latihan Soalan Novel
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel yang anda kaji iaitu Perlumbaan Kedua oleh Marwilis Hj. Yusuf dan Novel Julia karya Abu Hassan Morad.
i) Berdasarkan novel yang anda kaji, jelaskan empat nilai yang terdapat dalam novel
tersebut. (8 markah)
Nilai Contoh
ii) Nyatakan empat pengajaran yang terdapat dalam novel yang anda pelajari. (8 markah)
Pengajaran Contoh
iii) Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, pilih mana-mana watak yang anda
anggap menarik, kemudian jelaskan watak dan perwatakan tersebut. (7 markah)
Contoh
Kita hendaklah
Keistimewaan watak
utama
Luaran
Dalaman
Tuk Kura haiwan tinggal di hutan,
Bijak gigih rajin usaha;
Tabah cekal berani dicabar,
Waspada tegas pemaaf pula.
Julia gadis tinggal di bandar,
Bijak gigih rajin usaha;
Tabah cekal berani dicabar,
Waspada tegas pemaaf pula.
Recommended