Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my fileLaporan Tahunan KWSP dan juga surat berita KWSP....

Preview:

Citation preview

116

NIK ZANARIAH NIK MAHMOOD

Personaliti seterusnya ialah Tokoh Bahasa—Penulisan dan Penerbitan. Beliau yang dimaksudkan ialah Nik Zanariah Nik Mahmood.

BIODATA

Puan Nik Zanariah Nik Mahmood dilahirkan di Besut, Terengganu pada 2 Mac 1961. Anak kedua daripada enam orang adik-beradik ini mendapat pendidikan di peringkat MSc Corporate Communications, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor. Sebelum itu, beliau memperoleh Diploma in Mass Communication (majoring in Journalism), Institut Teknologi MARA (ITM), Shah Alam, Selangor. Nik Zanariah telah berumah tangga dengan Mohamed Sohaimi Zakaria, seorang ahli perniagaan dan mempunyai lima orang cahaya mata, iaitu empat lelaki dan seorang perempuan.

Di zaman persekolahannya, Nik Zanariah bergiat aktif dalam persembahan drama dan sering kali

mewakili sekolah sehingga ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan-pertandingan drama, di samping aktif dalam penulisan skrip drama radio. Semasa di ITM, beliau bergiat dalam aktiviti ko-kurikulum penulisan skrip di bawah bimbingan Wan Hanafi Su.

Selepas tamat pengajian di peringkat Diploma, Nik Zanariah bekerja di Bahagian Hal Ehwal Awam, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di Jalan Gasing, Petaling Jaya, Selangor di bawah Skim Latihan Siswazah dengan elaun sebanyak RM450 sebulan. Nik Zanariah diberi tanggungjawab

Nik Zanariah dalam pos seorang guru bahasa—KP kata, macam

antara Miss Lim dan Cikgu Zaiton guru bahasa beliau ketika di sekolah

dahulu

117

untuk menguruskan penerbitan Laporan Tahunan KWSP dan juga surat berita KWSP. Selain itu, Nik Zanariah juga bertanggungjawab menjawab aduan pelanggan secara bertulis dan menerusi panggilan telefon, serta menyediakan input terhadap soalan-soalan parlimen mengenai KWSP kepada pejabat Menteri Kewangan. Pada tahun 1993, Nik Zanariah telah diterima bekerja di Unit Penerbitan, FRIM sebagai Penolong Pegawai Penyelidik. Sebenarnya, kelulusan Diploma in Mass Communication ITM diiktiraf oleh JPA setaraf dengan kelulusan Ijazah Am yang melayakkannya menjawat jawatan dalam Kumpulan A ketika itu. Bagaimanapun, memandangkan pada masa itu pengangguran di kalangan siswazah begitu ketara, disertai dengan minat yang mendalam dalam bidang penulisan/penyuntingan, Nik Zanariah tetap menerima jawatan tersebut dengan hati yang terbuka. Nik Zanariah ditugaskan, antara lain, sebagai Co-Editor, Journal of Tropical Forest Science dan juga Co-Editor, Journal of Tropical Forest Products di bawah penyeliaan En Khoo Kean Choon selaku editor. Banyak pengetahuan dan pengalaman yang ditimba oleh Nik Zanariah semasa bekerja di Unit Penerbitan dan menganggap En Khoo sebagai “mentor”. Ketekunan, ketelitian dan kesabaran

Nik Zanariah (tengah) bersama-sama rakan-rakan semasa di ITM

Perkahwinan pada tahun 1987

118

merupakan antara nilai-nilai yang telah diterapkan oleh En Khoo ke dalam diri Nik Zanariah sebagai seorang penyunting.

Pada tahun 2003, Nik Zanariah ditukarkan ke Bahagian Pengurusan Penyelidikan di bawah Dr Chan Hung Tuck sebagai Pengarah dan En Nor Azman Hussein selaku Ketua Cawangan. Pada tahun tersebut juga Nik Zanariah dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Penyelidik Gred Q41 dan pada 2008 dinaikkan pangkat ke Gred Q44. Selama lima tahun bekerja di bawah Dr Chan, Nik Zanariah menyanjung tinggi mantan bosnya yang sangat menjaga kebajikan warga kerja di bawah beliau. Dr Chan yang disifatkan oleh Nik Zanariah sebagai seorang “family man” sentiasa berkudapan di pejabat bersama-sama dan semasa di meja

Bersama salah seorang peserta yang menghadiri kursus World

Forestry Editors di Bogor, Indonesia

Nik Zanariah (dua dari kiri) dengan warga kerja di Unit Penerbitan

119

Melancong di Langkawi

makan itulah Dr Chan akan bercerita tentang pelbagai topik seperti sains, pokok-pokok, R&D, penerbitan serta pengalaman beliau sebagai saintis. Yang kelakarnya, kata Nik Zanariah, Dr Chan tidak pandai menggunakan khidmat pesanan ringkas (sms) yang ada di telefon bimbit. PA beliau, Azrinawati dan salah seorang pegawainya, Roshamida akan membantu menjawab atau menghantar sms bagi pihak beliau! En Nor Azman pula disifatkan oleh Nik Zanariah sebagai seorang yang “tegas tetapi mesra” dan pemurah.

Mulai 2009, Nik Zanariah bekerja di bawah Dr Norini Haron selaku Pengarah Bahagian, manakala Dr Nur Supardi Md Noor, Ketua Cawangan. Memandangkan Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Korporat ialah sebuah bahagian yang kecil, hubungan antara warga kerjanya sangat rapat. Dr Norini, bagi Nik Zanariah, mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang unggul, berpandangan jauh dan seorang yang “workaholic”, manakala Dr Nur Supardi walaupun tidak banyak bercakap, mempunyai komitmen yang tinggi dalam tugasan serta sangat mementingkan kekemasan dan kesempurnaan dalam setiap tugasan.

120

Bagi Nik Zanariah, pasukan kerja yang baik sentiasa menjadi sumber inspirasi kala menjalankan tugasan

Bercuti bersama keluarga—antara hobi Nik Zanariah

121

Antara sumbangan Nik Zanariah ialah:

1 Penggubal dan AJK Daftar Istilah Herba Dewan Bahasa dan Pustaka sejak 2009

2 Penggubal dan AJK Daftar Kamus Herba Dewan Bahasa dan Pustaka dari 2010

3 Ahli Pasukan Kerja Pelaksanaan Sistem Kualiti FRIM bagi Proses Pengurusan Penyelidikan

4 Ahli Pasukan Kerja Pelaksanaan Sistem Kualiti FRIM bagi Proses Pengurusan Penerbitan

5 Ahli Pasukan Kerja dan editor manual Sistem Arahan Pengurusan dan Pentadbiran FRIM

6 Editor Bahasa Melayu FRIM in Focus (sehingga 2008)7 Editor Siri Kenali… sejak 20068 AJK Penerbitan FRIM9 AJK Peperiksaan FRIM10 Setiausaha Mesyuarat Penyelidikan FRIM 2007-201111 Setiausaha Jawatankuasa Penyelaras 5S FRIM12 AJK Penarafan Bintang FRIM13 AJK Pemantau Pelan Strategik FRIM

Mengagumi keajaiban Tembok Besar Negeri Cina

122

Nik Zanariah (kanan), selaku AJK PWFRIM menerima cenderahati daripada Dato’ KP, diperhatikan oleh Pengerusi PWFRIM, Datin Khalidah

Kasmin (kiri)

Nik Zanariah telah diberi tanggungjawab, antara lain, untuk menguruskan penerbitan Laporan Tahunan FRIM. Sebagai seorang pegawai yang sangat menyintai bahasa Melayu, beliau sentiasa memastikan segala laporan dalam bahasa Melayu menggunakan bahasa Melayu yang betul dan baik, termasuklah Laporan Tahunan FRIM. Hasilnya, Laporan Tahunan FRIM terpilih beberapa kali memenangi Anugerah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Kriteria utama pemilihan pemenang ialah penggunaan bahasa dan laras bahasa, istilah, estetika dan gaya penulisan. Antara pencapaian utama Nik Zanariah ialah dan kumpulan kerjanya ialah:

1 Naib Johan Anugerah Laporan Tahunan Terbaik 2002 & 20032 Tempat Ketiga Anugerah Laporan Tahunan Terbaik 20043 Johan Anugerah Laporan Kencana 20064 Hadiah Khas Kategori Teknikal, Anugerah Laporan Kencana 20065 Salah seorang editor buku FRIM Warisan Semula Jadi Negara yang

memenangi Anugerah Buku Negara 20106 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Individu) 20007 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Individu) 20068 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Kumpulan) 20089 Anugerah Anjakan Gaji 200710 Anugerah Anjakan Gaji 2010

123

Nik Zanariah (kiri), Abd Latif dan Chan selepas Majlis Citra Wangsa Malaysia 2006

Nik Zanariah sempat bergambar dengan Fahrin Ahmad (artis pujaan Cikgu—dulu, kini dan selamanya) pada Majlis Anugerah Kencana tersebut

124

Nik Zanariah berbincang dengan Nancy Hj Shukri, Pengerusi MFRDB membincangkan tentang penerbitan buku ”FRIM Tapak Warisan Semula

Jadi Negara”

SUMBANGAN ISTIMEWA

Di samping tugas hakiki, Nik Zanariah sentiasa menjadi ”pakar” rujuk bahasa Melayu di kalangan warga FRIM dan digelar sebagai “walking dictionary”. Dato’ KP sendiri merujuk Nik Zanariah sebagai “cikgu bahasa”. Dr Nur Supardi memanggil beliau ”Cik Gu Nik Murni” kerana selalu diminta untuk memurnikan pelbagai jenis laporan (Macam Cik Gu Murni dalam cerita Haji Bakhil!).

Nik Zanariah sering kali diminta oleh pegawai-pegawai kanan, rakan sekerja dan lain-lain untuk menyunting laporan-laporan yang perlu dihantar ke kementerian, teks-teks ucapan, kata alu-aluan di dalam buku cenderamata, ejaan, terjemahan dan sebagainya.

125

Nik Zanariah semasa ditemu bual oleh Dato’ KP

Pelbagai jenis kamus merupakan “teman” setia Nik Zanariah

126

PRINSIP HIDUP

Nik Zanariah berpegang teguh kepada amalan yang telah diterapkan oleh Munsyi Dewan yang membimbingnya dalam bahasa Melayu iaitu “Biasakan yang betul, betulkan yang biasa”. Beliau sangat teliti dalam penyuntingan kerana baginya, walaupun satu titik atau satu koma boleh mengubah makna sesuatu ayat. Di samping itu, Nik Zanariah juga sangat menyanjung tinggi budaya bangsa dan selalu berkata, “Saya orang kampung”. Ini dibuktikan melalui tutur bicara, penampilan diri dan cara pergaulannya. Pesanan bondanya amatlah mudah iaitu “sentiasalah bersabar dengan sentiasa tersenyum.” Nik Zanariah percaya bahawa bos yang baik, rakan sekerja yang baik dan staf sokongan yang baik mampu merangsang komitmen seseorang serta menghasilkan mutu kerja yang terpuji. Kini Nik Zanariah berasa puas kerana memiliki segala-galanya. Menyanjung tinggi Dr Norini dan Dr Nur Supardi selaku bos yang banyak membimbing dan memberi nasihat, Nik Zanariah turut berulang kali memuji kakitangan sokongannya kini yang menjadi pemangkin kecemerlangannya iaitu Roshamida, Hafi z, Arif, Miza dan Fana.

Bersama-sama bos, Dr Nur Supardi (berdiri, kanan) dan warga kerja di RePP

127

KENANGAN MANIS

Nik Zanariah pernah merajuk apabila Laporan Tahunan FRIM yang dihantar untuk merebut Anugerah Laporan Kencana pada tahun 2005 gagal memenangi sebarang anugerah. Bagaimanapun, Dato’ Dr Abd Latif (TKP(O) waktu itu) memintanya menghantar juga pencalonan untuk Anugerah tersebut pada tahun 2006. Kata Dato’ Dr Abd Latif, “Jika Nik tak mahu hantar, saya sendiri akan hantar.” Akur dengan arahan Dato’ Dr Abd Latif, Nik Zanariah telah menghantar sendiri Laporan Tahunan FRIM ke DBP pada tarikh akhir penghantaran. Ternyata fi rasat Dato’ Dr Abd Latif benar belaka, Anugerah Laporan Kencana berjaya digenggam pada tahun 2006. Hati Nik Zanariah berbunga ceria menerima ucapan tahniah daripada bos beliau waktu itu, En Nor Azman Hussein. Dato’ Dr Abd Latif, Dr Chan Hung Tuck dan rakan-rakan lain yang terlibat secara langsung dan tidak langsung turut menitipkan ucapan tahniah. Kini, pasukan penerbitan laporan Tahunan dimantapkan lagi dengan penubuhan Jawatankuasa Kerja Laporan Tahunan yang terdiri daripada pegawai kanan dari semua Bahagian di FRIM. Penubuhan Jawatankuasa ini diinspirasikan oleh Dato’ Dr Latif sendiri.

KENANGAN PAHIT: Kata Nik Zanariah, “Tak ada kot….Semuanya manis belaka!”.

PESANAN KEPADA WARGA FRIM

Gunakanlah bahasa yang betul dan beradab dalam apa jua keadaan. Walaupun begitu klise bunyinya, itulah sebenarnya kunci kepada kejayaan. Ingatlah, bahasa jiwa bangsa. Sentiasalah menggunakan bahasa yang baik, bersopan dan beradab, tidak kira bahasa apa yang digunakan. Jika menggunakan bahasa Inggeris, gunakanlah bahasa Inggeris yang baik, yang betul. Begitu jugalah dengan bahasa Melayu.

Gunakanlah bahasa sebagai wahana untuk menyampai dan menyebarkan ilmu yang ada. Jika anda seorang saintis, jadikanlah bahasa untuk menyampaikan hasil-hasil penyelidikan dan uar-uarkan kepada dunia bahawa saintis Malaysia juga mampu berdiri setanding dengan saintis dunia yang lain. Nik Zanariah agak gusar dengan saintis FRIM yang agak segan-segan tampil ke depan untuk menjadi saintis yang dihormati, yang boleh menjadi pakar rujuk di peringkat global, sedangkan saintis FRIM memang berupaya dan BOLEH melakukannya. Apabila tiba waktunya

128

Nik Zanariah (kanan) ketika menghadiri seminar di Kuantan

untuk kita meninggalkan FRIM, tinggalkan kepakaran yang ada sebagai legasi anak bangsa yang wajar dikenang dan dibanggakan.

Nik Zanariah percaya, FRIM berpotensi untuk lebih maju dalam bidang ekopelancongan. Namun, Nik Zanariah secara peribadi berpendapat, di sebalik keindahan hutan buatan manusia yang unik di FRIM, wajah FRIM, landskap FRIM perlu diperindah lagi dengan tanaman pokok-pokok hiasan bagi menarik lebih ramai pengunjung. Gunakan pokok-pokok herba sebagai tanaman hiasan, tanpa mengetepikan pemeliharaan pokok-pokok hutan yang menghijau. Hiasi seluruh kawasan FRIM dengan keindahan landskap yang boleh dipelbagaikan agar menjadi pusat rujukan dalam bidang landskap pula.

129

ULASAN KETUA PENGARAH

Dedikasi Puan Nik memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dalam penulisan teknikal dan laporan tahunan merupakan sesuatu yang agak luar biasa dan perlu diteladani. Usaha gigih tanpa lelah beliau dalam meneruskan usaha memperkasa gaya dan tatacara penulisan bahasa Malaysia yang baik, betul dan tepat sejak 1997 di FRIM akhirnya membuahkan kejayaan apabila Laporan Tahunan FRIM dinobatkan Johan Anugerah Laporan Kencana Badan-Badan Berkanun Persekutuan 2006, mengalahkan lebih daripada 114 Badan Berkanun Persekutuan yang lain. Ini merupakan antara catatan sejarah bagi perjalanan FRIM yang lebih baik dan cemerlang; dan perlu dihargai dan direkodkan. Bagi saya, kejayaan ini adalah testimoni terbaik akan mutu kerja “Cikgu Bahasa” saya—Puan Nik Zanariah.

Bagi saya, sikap beliau yang pemurah dan profesional dalam membantu, menunjuk ajar berkaitan penulisan dan penyuntingan khususnya dalam Bahasa Malaysia/Melayu; selain kualiti hasil kerja unggul yang diberikan melayakkan beliau untuk dinobatkan sebagai Tokoh Bahasa—Penulisan dan Penerbitan.

Tabik hormat daripada saya buat Cikgu.

Recommended