View
79
Download
0
Category
Preview:
DESCRIPTION
cerpen
Citation preview
Definisi dan Konsep Menulis
Konsep menulis ialah proses merakam atau menghasilkan bahan yang
berbentuk idea, pendapat, pengalaman, perasaan, maklumat dalam bentuk tulisan
untuk berhubung dengan orang lain atau dengan diri sendiri.
Definisi menulis ialah proses memberikan simbol-simbol grafik bagi
melambangkan bahasa dalam menyusun perkataan, rangkai kata, ayat dan
seterusnya unit-unit yang lebih panjang mengikut peraturan-peraturan tertentu
dengan menunjukkan wacana dan pelahiran idea yang jelas dan tersusun.
Menulis merupakan proses penghasilan pertuturan simbol-simbol grafik yang
disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan dan seterusnya
disusun menjadi ayat-ayat. Ayat-ayat yang disusun itu adakalanya panjang dan
adakalanya pendek berdasarkan beberapa urutan bermakna yang membentuk teks,
nota, draf dan bahan-bahan bercetak.
Menurut Paul Jennings pula dalam The Reading Bug, “Menulis adalah
keperluan peribadi bukan kerana tugas di dalamnya tetapi ada kesenangan dan ada
manfaat untuk kehidupan sehari-hari. Ada nilai yang tak ternilai dalam kegiatan ini.
Sebenarnya, menulis bermaksud kegiatan simbol-simbol grafik yang disusun atur
berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan seterusnya disusun menjadi
ayat-ayat. Tulisan pula merupakan bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang
bunyi di samping sebagai alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan.
Kamarudin Hj. Husin (1988:178), tulisan ialah bahasa yang bertulis dengan
lambing-lambang bunyi. Jika tulisan itu dibunyikan semua dikatakan bahasa. Tulisan
ialah alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Ia merupakan bahasa yang
tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat.
Juriah Long dan rakan-rakan (1990), menulis adalah satu proses
menyampaikan buah fikiran, idea atau pendapat dengan tepat dan berkesan kepada
khayalak.
Page | 1
Raminah Hj. Sabran (1985:183), penulisan ialah bentuk penglahiran
perasaan, fikiran dan idea ke dalam bentuk grafik. Bentuk-bentuk grafik ini disusun
hingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya.
Don Bryne (1979) menyatakan bahawa simbol grafik semasa menulis ialah
penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang
bunyi yang kita buat semasa kita bercakap.
Oleh yang demikian, kemahiran menulis bukan suatu yang bersifat tetap
tetapi mampu membantu ke arah pemahaman pemikiran terhadap proses penulisan
terutama dalam suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah contoh
keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui
pelbagai jenis penulisan.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peranan tulisan sangat penting
kerana tulisan bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan
mempamerkan buah fikiran seseorang. Tulisan berhubung rapat dengan membaca
di mana kedua-duanya mementingkan teknik dan akal. Membaca tidak mungkin ada
kalau tidak ada tulisan begitu juga sebaliknya.
Manakala kaedah pula ialah cara atau peraturan membuat sesuatu. Menurut
Mangatar Simanjuntak (1982), kaedah ialah satu rencana (prosedur) yang
menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa yang secara keseluruhannya
mestilah didasarkan kepada pendekatan yang digunakan. Parera(1986),
mendefinisikan kaedah sebagai satu rancangan yang menyeluruh untuk
menyampaikan secara teratur bahan-bahan bahasa, tidak ada bahagian-
bahagiannya yang saling bertentangan dan semuanya berdasarkan pendekatan.
Edward (1963) pula mengatakan bahawa kaedah ialah cara atau peraturan
membuat sesuatu. Beliau juga mendefinisikan kaedah sebagai satu siri tindakan
guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pengajaran spesifik dalam
jangka masa pendek. Selain itu, beliau berpendapat bahawa kaedah ialah satu
ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu prosedur yang tersusun berlandaskan
kepada sesuatu pendekatan yang dpilih.
Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang
tersendiri. Teknik-teknikk syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada serta
Page | 2
kadar percakapan, bahasa yang sesuai, penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang
disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajar dan lain-lain
lagi.
Dari segi teknik pula ia pengajaran merupakan kemahiran atau perkara-
perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Teknik ialah kaedah mencipta
sesuatu hasil. Sebagai contoh seni seperti muzik, karang-mengarang dan
sebagainya (Kamus Dewan, 2004). Edward (1963), mendefinisikan teknik sebagai
muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil
segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
Beliau juga mengatakan bahawa teknik ialah kemahiran guru yang digunakan untuk
pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran
dan pembelajaran.
Oleh demikian, jika kita hendak mengajar seseorang murid sekolah rendah
kita haruslah memilih kaedah-kaedah yang sesuai. Justeru, apabila kita menyebut
teknik pengajaran, kita mesti bertanya teknik pengajaran untuk kaedah apa. Setiap
kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu.
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah-sekolah, pelbagai
teknik boleh digunakan untuk penguasaan kemahiran menulis. Teknik-teknik
tersebut boleh dicipta berdasarkan tujuan dan objektif tertentu yang hendak dicapai.
Teknik pengajaran ialah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat
dalam sesuatu kaedah. Teknik ini merupakan satu pendekatan baru dalam
pengajaran dan pembelajaran menulis. Teknik ialah kaedah mencipta sesuatu hasil.
Sebagai contoh seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya (Kamus
Dewan, 2004). Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1988), berpendapat
bahawa teknik pengajaran ialah pengendalian suatu organisasi yang benar-benar
berlaku di dalam bilik darjah dimana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu
kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.
Seperti kaedah dan teknik, pelbagai pendekatan boleh digunakan untuk
penguasaan kemahiran menulis. Di antaranya yang di anggap berkesan ialah
pendekatan komunikatif, pendekatan pemerengganan, pendekatan pola dan
pendekatan proses. Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala
Page | 3
yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasarn. Dalam pengertian yang lebih luas
juga diertikan sebagai “to come near to in any sense” atau jalan yang diambil untuk
melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan
teori-teori atau generalisasi yang tertentu. Pendekatan pengajaran merupakan
haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses
pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata
pelajaran atau sesuatu kemahiran.
Edward (1963), mengatakan bahawa pendekatan ialah satu set andaian yang
saling yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta
mempunyai unsur aksiomatik. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-
aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih
utama. Oleh hal yang demikian, ada kalanya pendekatan menyerupai klasifikasi
pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang
kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran
boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cara fakta disampaikan,
keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata
pelajaran lain.
Terdapat pelbagai pendekatan, kaedah, dan teknik yang dapat diaplikasikan
dalam pengajaran aspek-aspek bahasa termasuk pengajaran penulisan. Raimes
mengemukakan empat pendekatan pengajaran penulisan iaitu Pendekatan
Terkawal, Pendekatan Bebas, Pendekatan Pola-Perenggan, dan Pendekatan
Komunikatif.
Pendekatan terkawal ialah pendekatan yang digunakan oleh guru untuk
mengawal pelajar daripada melakukan kesalahan. Pada peringkat awal guru
mengawal secara menyeluruh. Namun begitu, pelajar masih diberikan kebebasan
untuk memilih perbendaharaan kata atau struktur ayat mereka sendiri. Sebagai
contoh, bentuk-bentuk kawalan yang diberikan oleh guru adalah dengan
menyediakan sebuah penulisan yang menghendaki murid mengisi tempat-tempat
kosong dengan perkataan yang sesuai. Selain itu, guru mengambil satu petikan
yang menggambarkan sesuatu kejadian atau peristiwa kemudian murid di suruh
menggambarkan semula keseluruhan pengalaman berdasarkan kejadian itu.
Page | 4
Pendekatan yang kedua ialah pendekatan Bebas. Pendekatan ini memberi
kebebasan kepada pelajar untuk menyuarakan pendapat mereka tentang sesuatu
topik penulisan. Walau bagaimanapun, pendekatan ini hanya sesuai digunakan bagi
murid yang sudah dapat menguasai bahasa dengan baik. Misalnya dalam
pengajaran penulisan yang berkaitan dengan masalah penderaan kanak-kanak.
Guru bolehlah menggunakan keratan akhbar untuk ditunjukkan kepada pelajar dan
menyuruh mereka memberikan pendapat melalui aktiviti sumbang saran. Dengan
cara ini, murid akan lebih berminat, aktif dan dapat meningkatkan motivasi dan
keyakinan menulis.
Pendekatan yang ketiga ialah pendekatan komunikatif. Dell Hymes iaitu
pengasas pendekatan ini menyatakan bahawa kecekapan komunikatif merupakan
penguasaan bahasa secara naluri yang dimiliki oleh seseorang murid. Beliau
merujuk kepada keupayaan murid mengguna dan memahami bahasa secara wajar
dalam proses berkomunikasi dan berinteraksi dengan individu lain dan jalinannya
dengan konteks sosial. Pendekatan ini menegaskan tentang seseorang yang sudah
mempunyai pengetahuan tentang struktur bahasa dan kebolehan membina ayat-
ayat yang gramatis. Sebagai contoh, penulisan tentang kemajuan sains dan teknolgi
mestilah memasukkan kata atau frasa yang ada hubung kait dengan teknologi
tersebut. Oleh itu, pendekatan ini membolehkan murid menggunakan bahasa yang
sesuai untuk tujuan berkomunikasi termasuk dalam penulisan.
Dengan menggunakan pendekatan ini, dapatlah disimpulkan bahawa murid menulis
adalah untuk dibaca oleh orang lain atau masyarakat. Justeru, guru perlu
memastikan dan menggalakkan murid menulis sama seperi dalam situasi kehidupan
seharian mereka.
Pendekatan yang keempat ialah pendekatan Pola-Perenggan. Pendekatan ini
mengutamakan ciri-ciri pembentukan perenggan yang baik. Ini dapat melatih murid
supaya berkeupayaan untuk memberikan pendapat dalam perenggan dengan
kemas dan teratur. Selain itu, pendekatan ini juga dapat membantu pelajar
mengetahui cara-cara meringkaskan penulisan dengan baik.
Kesimpulannya, tidak ada pendekatan, kaedah atau teknik yang terbaik untuk
diaplikasikan di dalam bilik darjah. Ini kerana setiap murid adalah berbeza. Oleh itu,
guru perlu lebih kreatif untuk menyampaikan ilmu kepada para pelajar dengan
Page | 5
menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik yang difikirkan sesuai berdasarkan
ilmu yang hendak disampaikan agar murid-murid dapat menerima ilmu tersebut
dengan baik dan pengajarannya menarik dan berkesan.
Page | 6
Jenis-jenis Teknik Kemahiran Menulis
Terdapat dua jenis kemahiran yang perlu dikuasai dalam menyampaikan
pengajaran kemahiran menulis iaitu kemahiran menulis secara mekanis, atau
mendirikan asas dan kemahiran menulis secara pelahiran mental, iaitu secara kreatif
(Chomsky,1957).
1. Kemahiran Menulis Secara Mekanis
Kemahiran ini dikuasai pada peringkat awal agar dapat menghasilkan tulisan
yang kemas dan mudah dibaca. Aktiviti-aktiviti tulisan seperti membuat corak
menekap dan membentuk huruf adalah penting kerana ia bertujuan member latihan
dan pengalaman asas yang diperlukan oleh kanak-kanak. Ini dapat membantu
pelajar menguasai kemahiran menulis yang selanjutnya seperti menulis huruf,
menulis suku kata perkataan, rangkai kata dan ayat.
Selain itu, murid dilatih menggunakan tanda baca di tempat-tempat yang
betul. Kemahiran ini penting kerana tanpa tempat-tempat yang betul hasil penulisan
akan menjadi sukar dibaca dan kemungkinan membawa kepada kesalahan
maksudd. Pada peringkat awal pembelajaran menulis, pelajar menganggap bahawa
aktiviti menulis sebagai satu aktiviti yang menyeronokkan berbanding dengan orang
dewasa.
Kanak-kanak yang berumur dua tahun telah menggunakan jari dan tangan
mereka untuk menconteng dan membuat gambar mengikut tanggapan mereka.
Contengan ini merupakam asas bagi kebolehan menulis. Semasa kanak-kanak
mempelajari fungsi lambing hufur (tulisan) sebagai mewakili bunyi suara (bahasa)
mereka dapat membezakan bentuk-bentuk huruf yang digunakan dalam bacaan.
Kebolehan yang mereka kuasai daripada contengan lukisan itu membolehkan
mereka meniru huruf yang dilihat dalam bacaan mereka. Latihan awal menulis di
peringkat rendah perlu menekankan aktiviti-aktiviti yang berikut:
a) Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan
b) Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa
dan sempurna.
c) Melakukan latihan-latihan pergerakan mata.
Page | 7
d) Melakukan latihan-latihan kordinasi tangan dan mata.
2. Kemahiran Menulis Secara Pelahiran Mental
Kemahiran menulis ini biasanya dikuasai setelah kanak-kanak memperoleh
kemahiran menulis mekanis. Kemahiran ini banyak melibatkan mental. Latihan-
latihan mental yang boleh dijalankan untuk mendapatkan kemahiran menulis ialah:
a) Latihan pernyataan fikiran atau pendapat.
b) Latihan pernyataan perasaan.
c) Latihan pernyataan kehendak.
d) Latihan mengeluarkan pendapat yang tulen dan asli.
W.M Rivers menyenaraikan lima peringkat pengajaran menulis secara mental
iaitu:
a) Menyalin dan meniru (copiying)
b) Menghasilkan semula (reproduction)
c) Menggabung (recombination)
d) Penulisan berpandu
e) Penulisan bebas
PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN MENULIS
a) Peringkat Pramenulis
Peringkat menulis ini melibatkan latihan pergerakan tangan, pergerakan mata
serta koordinasi tangan dan mata. Latihan pergerakaan tangan dan mata, memilih
dan memadan objek mengikut bentuk ukuran dan warna, melukis serta mewarna
patut dilakukan. Latihan seumpama ini dapat membantu murid menguasai kordinasi
antara tangan dan mata, dan seterusnya akan menyediakan seseorang murid itu
untuk menulis. Untuk mencapai strategi pengajaran dan pembelajaran yang
Page | 8
berkesan agar murid mendapat asas yang kukuh dalam kemahiran menulis ini ialah
antara kemahiran yang dimaksudkan dalam kemahiran menulis ialah:
i. Kemahiran tulisan tangan, yakni kebolehan murid membentuk huruf,
mengetahui konsep jarak perantaraan huruf dalam perkataan dan jarak
perantaraan perkataan dalam ayat.
ii. Kemahiran huruf besar.
iii. Kemahiran tanda baca.
iv. Kemahiran mengeja.
b) Peringkat mendirikan asas
Peringkat ini dijalankan serentaak dengan pengajaran bacaan. Pelajar
diperkenalkan dengan lambang-lambang huruf yang bersesuaian dengan gambar,
seterusnya menulis ayat pendek. Semasa menulis, murid digalakkan menyebut
huruf dan membaca perkataan itu. Buku tulisan murid pada peringkat ini sebaik-
baiknya tidak mempunyai garisan. Murid menulis dengan menggunakan krayon atau
pensil warna. Apabila tulisan pelajar beransur baik mereka boleh menulis dalam
buku latihan bergaris yang jaraknya ¾ inci.
Huruf manuskrip merupakan bentuk awal dalam pembelajaran tulisan. Dalam
mengajar kemahiran menulis ini, pembelajaran tulisan meliputi beberapa peringkat
seperti yang berikut:
i. Peringkat pramenulis yang membolehkan pelajar-pelajar mengenal bentuk
huruf.
ii. Peringkat model yang membolehkan pelajar-pelajar berlatih menulis nama
mereka sendiri dengan merujuk model-model yang tertentu.
iii. Peringkat menghafal yang membolehkan pelajar-pelajar menulis sendiri tanpa
merujuk sebarang model.
Page | 9
JENIS-JENIS PENULISAN
a) Terkawal
Karangan peringkat terkawal merupakan karangan peringkat asas atau
pertama yang harus dilalui oleh murid-murid dalam gerak kerja penulisan. Karangan
yang harus dilalui oleh murid-murid dalam gerak kerja penulisan. Karangan terkawal
adalah segala isi dan bahasanya sedia terkawal oleh guru. Susunannya dikawal
ketat dan sedikit dipimpin kea rah karangan bebas. Tujuan karangan terkawal
adalah untuk mengurangkan kesilapan berlaku di kalangan murid-murid. Apa yang
dititikberatkan dalam karangan terkawal adalah kelancaran dalam penggunaan
bahasa dan membolehkan murid-murid mengeluarkan fikiran mereka tanpa digangu
oleh soal bahasa. Karangan jenis ini dapat dibahagi kepada 3 jenis iaitu:
i. Seratus peratus terkawal atau kawalan sepenuhnya. Ia hampir menyerupai
peringkat menyalin semula.
ii. Separuh terkawal iaitu peringkat menghasilkan semula.
iii. Hampir terkawal iaitu peringkat menggabungkan semula ayat-ayat.
b) Separa Terkawal
Pada tahap ini, murid-murid masih diberikan kawalan walaupun tidak
sepenuhnya. Murid-murid diberi peluang untuk menggunakan sedikit daya pemikiran
mereka untuk memilih perkataan dan menyesuaikannya dengan pengajaran guru.
Misalnya guru akan membacakan sebuah karangan pendek yang sedia tulis di
papan hitam dan kemudian murid-murid diminta menggantikan beberapa perkataan
yang telah dipadam dengan perkataan-perkataan lain yang disediakan. Latihan ini
mungkin menimbulkan sedikitkesukaran dan murid-murid boleh melakukan
kesalahan.
c) Berpandu
Murid diberi sedikit kebebasan untuk memilih unit leksikal dan bentuk ayat
tetapi dengan bahan dan isi yang dikawal. Contohnya menyudahkan cerita,
melengkapkan perenggan-perenggan, menulis ayat-ayat mudah dan latihan
Page | 10
diperluaskan dengan ayat mudah dan latihan diperluaskan dengan ayat itu. Latihan
di peringkat ini memerlukan murid bertindak balas secara individu.
d) Bebas
Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam kemahiran ini. Mandel
(1980) menyatakan bahawa penulisan bebas merupakan penulisan sebenar.
Karangan bebas hanya akan dijalankan setelah murid-murid sudah mula menguasai
bahasa yang diajar dengan baik. Pada peringkat ini, murid-murid diberi tajuk umum
dan mereka diminta untuk terus menumpukan perhatian kepada apa yang
hendakditulis dan bukan lagi bagaimana hendak menulisnya. Oleh sebab murid-
murid ini telah mempunyai kemahiran tatabahasa dan kemahiran mekanikal yang
mencukupi, guru hanya perlu menumpukan kepada isi dan kesilapan-kesilapan yang
dilakukan.
Latihan peringkat ini memberi kebebasan kepada murid membuat pemilihan
perkataan dan struktur ayat berlandaskan kreativiti mereka. Murid membuat
pemilihan perkara dengan mencipta ayat-ayat sendiri dengan melahirkan pendapat
masing-masing. Pada peringkat ini, hasil kerja murid lebih panjang dan murid
menghasilkan karangan yang lebih kompleks seperti kemahiran gaya daripada
kemahiran mengorganisasi penulisan misalnya mengikut kronologi mengikut fakta
perbandingan susunan sebab dan akibat serta penerangan sesuatu. Selain itu,
murid juga perlu menguasai kemahiran menulis yang lain seperti penggunaan tanda
baca, pemerengganan, wancana, organisasi idea dan stail. Apabila menggunakan
pendekatan ini, murid haruslah mengetahui tentang proses menulis yang terdiri
daripada tiga langkah iaitu pramenulis, membuat rangka dan isi serta menyemak
dan memeriksa kembali.
Page | 11
KESIMPULAN
Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran bahasa yang turut
ditekankan dalam Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah iaitu
kurikulum lama yangdisemak semula pada tahun 2002 dan dilaksanakan bermula
pada tahun 2003. Kemahiran menulis bukan suatu yang bersifat tetap tetapi mampu
membantu ke arah pemikiran terhadap proses penulisan terutama dalam pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis haruslah
dititikberatka dengan berkesan agar usaha untuk meningkatkan murid-murid sekolah
rendah menguasai elemen menulis. Elemen menulis mestilah diambil kira iaitu dari
segi pendekatan, teknik dan kaedah dan sebagainya untuk membimbing murid-
murid menguasai kemahiran menulis supaya murid-murid sekolah rendah tidak lagi
mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran menulis yang salah satu
kumpulan dalam pengajaran bahasa Melayu.
Page | 12
BIBLIOGRAFI
Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik.
Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Abd. Aziz Abd. Talib. (2007). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik.
Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Abdul Rasid Jamian. (2001). Pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu: Masalah
dalam kalangan pelajar bukan Melayu. Jurnal Bahasa.
Ahmad Khair Mohd Noor. (2005). Menulis membina ketrampilan berfikir. Pelita
Bahasa,Julai 18 (7): 12-14.
Baharom Mohamad. (2012). Prinsip Pengajaran Penulisan Bahasa Melayu.
Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Chua Soon Bui. (2008). Kegagalan membaca, menulis atau mengira di kalangan
murid Tahun 1 sekolah kebangsaan di Sabah dan Tawau. Perbahasan Rang
Undang-Undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Pendidikan 1996.
http://www.sapp.org.my (versi Bahasa Malaysia).
Dewan Bahasa Pustaka. (2006). Memperkasakan pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu. Seminar Memperkasakan Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu. Dalam Sistem Persekolahan di Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, pada19-21 Disember 2006.
Page | 13
Recommended