View
127
Download
3
Category
Preview:
Citation preview
7
MURID DAN ALAM BELAJAR EDU3103Tutorial 12:
ELEMEN-ELEMEN PEDAGOGI BESTARI BERDASARKAN CONTOH
RPH BESTARI.
Elemen dalam pedagogi bestari
Pengajaran direktif
Pengajaran generatif
Pengajaran kontekstual
Pengajaran metakognitif
Pengajaran konteks luar
Kajian masa depan
Pembelajaran secara koperatif
Pembelajaran secara kolaboratif
Pengajaran direktif
Maksud:
Murid-murid belajar malalui penerangan tentang konsep/ kemahiran oleh guru dan diikuti oleh ujian kefahaman dan latihan yang dibuat dengan bimbingan guru.
Contoh strategi pengajaran:
kuliah dan latih tubi
PEMBELAJARAN MEDIATIF
Maksud:
Murid-murid diajar oelh guru untuk mengaplikasi pengetahuan untuk menyelesaikan pengatahuan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengenalpasti andaian dan menilai kebenaran andaian, keputusan dan hipotesis.
Contoh:
Penakulan dialektual, pemerolehan konsep, pembentukan konsep, latihan inkuiri dan perbincangan terbuka.
2. Pengajaran generatif Guru akan menggalakkan murid
menjanakan idea-idea kritis dan kreatif.
Ini membantu murid untuk menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif dengan menggunakan idea-idea yang asli dan unik.
Contoh:
pemetaan minda, pemikiran lateral dan kreatif.
PENDEKATAN PEMERHATIAN: murid-murid diajar mengikuti perbuatan guru atau memodelkan pelakuan sesuatu kemahiran.
Contoh: tunjuk cara.
Pengajaran kontektual
Mengaitkan pembelajaran kepada realiti kehidupan.
Jenis pembelajaran lain yang boleh dikaitkan kepada pembelajaran kontektual ialah pembelajaran ‘eksperential’, pengalaman hidup sebenar, pembelajaran aktiviti dan pembelajaran berpusatkan murid.
Mementingkan penyelesaian masalah.
Ini mengajar murid untuk memantau dan mengarah pembelajaran sendiri supaya mereka lebih berdikari.
Prinsip-prinsip Penting Dalam Pembelajaran Kontektual
Guru menggalakkan murid untuk belajar daripada satu sama lain.
Guru menggunakan penilaian sebenar.
Pembelajaran kontekstual bergantung kepada ingatan spatial guru dapat menyepadukan mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain
Penilaian autentik melalui pengalaman praktikal.
Pengajaran metakognitif
Murid-murid memikirkan tentang proses pembelajaran, rancangan pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri.
Contoh soalan yang dikemukakan oleh guru:
i. Apakah yang saya telah belajar?
ii. Bagaimana saya boleh mempertingkatkan prestasi saya?
iii. Apakah bantuan yang saya perlu?
Murid-murid mempraktikkan strategi metakognitif semasa mereka menjalani latihan praktikum atau membuat refleksi.
Pengajaran konteks luar
P&P yang dilaksanakan oleh guru di luar bilik darjah atau makmal sains.
Peranan guru sebagai fasilitator.
Guru akan memberikan satu aktiviti penyelesaian masalah ini.
Selepas menyelesaikan aktiviti yang diberikan oleh guru, murid akan menyediakan laporan secara inidividu atau mengikut kumpulan.
Kajian masa depan
Guru membolehkan murid-murid mengambil bahagian dalam penciptaan masa depan.
Kaedah ini dapat membantu murid untuk melihat manusia berfikiran jauh dan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang mungkin dihadapi pada masa akan datang.
Contoh soalan yang boleh dikemukakan oleh guru:
i. Bagaimana keadaan lalu lintas pada satu hari nanti di Malaysia?
ii. Apakah kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku pada masa depan?
iii. Apakah kesan-kesan daripada penebangan hutan
Pembelajaran secara koperatif
Murid-murid belajar secara kumpulan dan berbincang secara koperatif.
Murid-murid dapat berinteraksi dan saling membantu dalam aktiviti pembelajaran.
Langkah-langkah pembelajaran koperatif:
I. Guru sampaikan pembelajaran baru.
II. Murid membentuk kumpulan (perbincangan koperatif)
III. Ujian melaksanakan (untuk mengesan kemajuan murid)
IV. Peneguhan diberikan kepada kumpulan yang berprestasi cemerlang.
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KOPERATIF
Murid-murid melibatkan diri secara aktif
Murid dilatih dengan akauntabiliti diri
Bertanggungjawab sesama ahli kumpulan
Kemahiran interaksi sosial dapat dipupuk dan murid-murid sedar tentang kebaikan pembelajaran.
Guru membimbing dengan kaedah-kaedah dan teknik-teknik yang sesuai, murid mengikuti
bimbingan guru, murid-murid berusaha bersama-sama dalam kumpulan mencapai
objektif pembelajaran yang ditetapkan.
Pembelajaran secara kolaboratif
Sekumpulan murid yang berusaha bersama ke arah mencapai prestasi yang cemerlang sama ada bidang akademik & ko-kurikulum.
Melalui pembelajaran ini, keberkesanan pembelajaran dapat ditingkatkan nilai sosial & kerjasama dapat dipupuk dengan baik serta masalah disiplin dapat dikurangkan ke tahap yang minima.
Pembelajaran koperatif & kolaboratif mempunyai ciri-ciri yang hampir sama di mana kedua-dua kaedah ini menekankan semangat kerjasama antara ahli kumpulan.
Terima kasih
Recommended