undang-undang kemanusiaan antarabangsa

Preview:

DESCRIPTION

disediakan oleh Aini Jamily binti Mat JamelNor Asfah Hanim binti Mohd Fahmi

Citation preview

DISEDIAKAN OLEH DISEDIAKAN OLEH

AINI JAMILY BT MAT JAMELAINI JAMILY BT MAT JAMEL

NOR ASFAH HANIM BT MOHD FAHMINOR ASFAH HANIM BT MOHD FAHMI

• Menurut ICRC, undang-undang kemanusiaan antarabangsa menetapkan mereka yang sakit dan cedera, sama ada orang awam atau pejuang, tanpa mengira di pihak yang mana, perlu dirawat tanpa sebarang kelewatan dan tidak boleh didiskriminasi.

• Pihak-pihak yang terbabit dalam konflik itu perlu pada setiap masa menghormati dan melindungi kakitangan, kenderaan dan kemudahan perubatan dan memberikan bantuan yang diperlukan mereka.

Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa juga dikenali sebagai Undang-undang Perang dan Undang-undang Konflik Bersenjata.

Pengasas Palang Merah iaitu Jean Henry Dunant berpendapat undang-undang dapat digunakan dalam peperangan dan mampu memberi perlindungan sewajarnya kepada mangsa-mangsa yang tidak berdaya.

Digubal untuk melindungi mereka yang tidak terlibat dalam peperangan di darat. Dihormati dan dilindungi tanpa

diskriminasi dari segi jantina, bangsa, kewarganegaraan, agama, fahaman politik dan aspek-aspek yang lain.

Tidak boleh dibunuh, dimusnah atau diseksa atau untuk tujuan eksperimen biologikal.

Menerima rawatan yang mencukupi. Dilindungi daripada dirompak dan

jangkitan penyakit.

Semua parti yang terlibat dalam konflik mesti mencari dan mengumpul mereka yang sakit dan cedera selepas peperangan dan memberi maklumat kepada Pusat Agensi Menjejak Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC).

Organisasi-organisasi lain yang diberi kuasa dalam memberi rawatan secara saksama, kerajaan yang berkecuali dan penduduk tempatan boleh dipanggil untuk memberi perkhidmatan kemanusiaan kepada mereka yang sakit dan cedera.

Melindungi askar-askar yang cedera dan sakit ketika di atas kapal atau di laut. Mewajibkan pihak yang terlibat di dalam

peperangan mencari, mengumpul dan merawat mereka yang cedera, sakit dan karam di laut.

Mereka yang cedera, sakit dan karam boleh ditahan sebagai tahanan perang dengan syarat memindahkan tahanan dengan selamat dan kapal perang tersebut mestilah mempunyai kemudahan perubatan.

Kapal hospital tidak boleh digunakan untuk tujuan ketenteraan. Ia tidak boleh diserang atau ditahan.

Pengangkutan air yang berkecuali termasuk kapal saudagar dan kapal pesiar boleh mengumpul dan merawat mereka yang cedera, sakit dan terkaram. Mereka tidak boleh ditangkap selagi kapal bertindak secara berkecuali.

Pegawai agama, perubatan dan hospital yang berkhidmat di atas kapal perang harus dihormati dan dilindungi.

Tahanan perang mesti dilayan dengan baik, disediakan tempat kediaman yang sempurna dan menerima bekalan dan pakaian yang mencukupi serta rawatan yang memadai. Tahanan perang tidak boleh diseksa

atau digunakan untuk tujuan eksperimen perubatan dan patut diberi perlindungan daripada tindakan ganas, celaan,hina.

Semua tahanan perang harus dibebaskan dan dihantar balik dengan segera sejurus selepas tamat peperangan, jika diminta.

Tahanan perang dibenarkan untuk berhubung dengan ahli keluarga dan menerima bungkusan bantuan.

Tahanan perang mesti ditempatkan di tempat yangbersih dan terlindung, dan menerima makanan,pakaian dan rawatan perubatan yang perlu untuk mengekalkan kesihatan.

Tahanan adalah tertakluk di bawah undang-undangpenahan dan boleh dihadap ke mahkamah penahan.Walaupun demikian, penahan mesti bersifat adil,saksama dan membela tahanan dengan cekap.

Tahanan perang yang sakit tenat mesti dihantar balik dengan segera.

Tahanan perang wanita mesti dilayan dengan baik atas soal jantina.

Penahan tidak boleh bertindak secara diskriminasi ke atas tahanan perang dari aspek agama, bangsa, kewarganegaraan, fahaman politik dan lain-lain kriteria.

Melindungi orang awam yang berada dalam lingkungan konflik bersenjata dan pengganas. Orang awam tidak boleh dibuang negeri

atau dikurung kecuali ketika perintah berkurung atas keselamatan mereka.

Rompakan, pembalasan pemusnahan harta benda dan penangkapan orang awam adalah dilarang.

Perlindungan kepada kanak-kanak yang terpisah diutamakan.

Orang awam mesti dilindungi daripada pembunuhan, penyeksaan atau kekejaman dan sebarang diskriminasi dari aspek agama, bangsa, politik dan kewarganegaraan.

Mereka tidak boleh dipaksa dalam hukuman berkumpulan atau pembuangan negeri.

Bekalan perubatan yan digunakan oleh ahli-ahli agama dibenarkan untuk dialihkan dan dihantar.

Orang awam tidak boleh dipaksa untuk melakukan kerja-kerja berkaitan dengan ketenteraan untuk pihak penjajah.

Mereka mesti dibayar dengan upah yang munasabah untuk sebarang kerja yang diberikan kepada mereka.

Pegawai umum dibenarkan untuk meneruskan kerjamereka. Undang-undang kawasan yang dijajah tetap dikuatkuasakan kecuali mereka mengemukakan peraturan keselamatan mereka.

Pihak penjajah mesti membekalkan makanan danperubatan dan mengekalkan kemudahan perubatan dan kesihatan awam untuk keperluan penduduk.

Jika keadaan ini tidak dapat dilakukan,maka mereka perlu mendapatkan bantuan penghantaran daripada organisasi kemanusiaan berkecuali seperti ICRC.

Hospital dan zon-zon keselamatan mesti diwujudkan untuk mereka yang cedera, sakit dan orang tua, kanak-kanak di bawah umur 15 tahun dan ibu yang mengandung.

Orang kurungan mesti menerima makanan, pakaian dan rawatan perubatan yang mencukupi serta perlindungan daripada risiko peperangan.

Kanak-kanak, wanita hamil, ibu yang membawa bayi dan kanak-kanak, mereka yang cedera dan sakit dan yang telah lama dikurungkan mesti dilepaskan sengan secepat mungkin.

Keselamatan, penghormatan, hak-hak keluarga, kelaziman agama, gaya hidup dan adat resam orang awam mesti dihormati.

Meluaskan perlindungan kepada penduduk awam, askar-askar dan pekerja- pekerja perubatan awam dalam konflik bersenjata antarabangsa. Melarang serangan membuta tuli yang

dilakukan pada penduduk awam dan pemusnahan sumber makanan, air dan bahan-bahan yang lain untuk hidup.

Empangan-empangan, benteng-benteng, stesenpemancaran nuklear, objek-objek bersejarah dantempat bersembahyang tidak boleh diserang.

Penggunaan senjata api yang boleh menyebabkankecederaan yang melampau dan penderitaan yang tidak perlu serta kemusnahan alam sekitar yang berpanjangan adalah dilarang.

Penggunaan salah satu emblem yang disahkan dalam Konvensyen Geneva untuk menipu pihak musuh atau menggunakan corak penipuan yang lain dikenali sebagai jenayah perang.

Perlindungan khas diberikan kepada wanita, kanak-kanak dan pegawai perubatan awam dan had perlindungan kepada wartawan dispesifikasikan

Dilarang mengerah kanak-kanak di bawah 15 tahun untuk tujuan angkatan tentera.

Menghuraikan perlindungan diberikan kepada mangsa yang tertangkap dalam konflik bersenjata dalaman yang berisiko tinggi seperti perang saudara tidak termasuk rusuhan, demonstrasi atau keganasan. Organisasi bantuan saksama seperti ICRC

adalahdibenarkan untuk meneruskan perkhi dmatankemanusiaannya

Individu yang ditahan semasa konflik bersenjata mesti dilayan dengan baik seperti yang disyaratkan dalam Konvensyen Geneva.

Individu yang tidak terlibat secara langsung atau berhenti terlibat dalam pemusuhan patut diberikan penghormatan. Protokol II melarang keganasan atas kehidupan, kesihatan, fizikal atau mental seseorang individu. Kanak-kanak mesti dipindahkan ke tempat yang selamat jika perlu dan disatukan semula dengan ahli-ahli keluarganya.

Serangan tidak boleh dibuat atas penduduk awam dan objek-objek yang mustahak bagi penduduk untuk terus hidup seperti tanaman, sistem pembuangan atau sumber minuman air, objek-objek bersejarah dan tempat bersembahyang.

Menambahkan perlindungan kepada mereka yang cedera, sakit dan yang karam serta pegawai-pegawai perubatan dan ahli-ahli agama.

Recommended