View
1.743
Download
5
Category
Preview:
Citation preview
PENJUALAN BARANG P2114 / UNIT 10 / 1
PENJUALAN BARANG
OBJEKTIF
Objektif am: Mempelajari dan memahami konsep penjualan
barangan
Objektif khusus : Di akhir unit ini, anda sepatutnya dapat :
a. menerangkan maksud penyerahan barangan
dan tatacara penyerahan tersebut
b. menjelaskan implikasi kemusnahan barangan
c. menjelaskan hak dan remedi bagi penjual dan
pembeli
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
UNIT 10UNIT 10
PENJUALAN BARANG P2114 / UNIT 10 / 2
10.1 PENYERAHAN BARANGAN
Penyerahan barangan oleh penjual dan penerimaan serta pembayaran harga oleh
pembeli merupakan pelaksanaan kontrak di dalam jualan barangan .
Seksyen 31 Akta Penjualan Barangan 1957 (AJB 1957) memperuntukkan, adalah
menjadi kewajipan penjual menghantar barangan itu dan kewajipan pembeli
membayar harga barang itu menurut syarat-syarat kontrak yang telah mereka
persetujui bersama.
Seksyen 32 APB 1957 pula memperuntukkan bahawa melainkan dipersetujui
selainnya, penyerahan barang dan pembayaran harga merupakan syarat yang
serentak , yakni penjual mestilah bersedia dan rela untuk memberi pemilikan
barang kepada pembeli sebagai pertukaran kepada harga, dan pembeli mesti
bersedia dan rela membayar harga sebagai pertukaran bagi pemilikan barang itu.
Seksyen 33 APB 1957 pula merujuk kepada sesuatu perbuatan yang dipersetujui
oleh kedua-dua belah pihak sebagai tanda penyerahan atau yang menyebabkan
barangan itu berada dalam pegangan pembeli atau sesiapa sahaja yang dibenarkan
untuk memegang bagi pihak pembeli. Cara penyerahan adalah terpulang kepada
pihak-pihak yang berkontrak untuk menentukannya.
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENJUALAN BARANG P2114 / UNIT 10 / 3
10.1.1 Masa Penyerahan
Seksyen 36(2) APB 1957 menjelaskan sekiranya di bawah kontrak jualan
barangan ,masa penyerahan tidak ditetapkan, maka penjual wajib menghantarnya
dalam tempoh yang munasabah.
Apakah yang dimaksudkan dengan masa yang munasabah ?
Seksyen 36(4) menjelaskan bahawa masa yang munasabah adalah merupakan satu
persoalan fakta atau persoalan sebenar yang perlu dirujuk kepada keadaan sesuatu
kes.
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Saya mudah rosak dan perlu dihantar segera, jika tidak saya tidak boleh dimakan lagi.
Nak hantar saya esok boleh, lusa pun boleh,
asalkan munasabah. Saya bukannya mudah rosak
Saya akhbar pagi, jadi perlu dihantar di waktu pagi. Sekiranya saya dihantar di waktu petang, itu
bukanlah waktu yang munasabah lagi
PENJUALAN BARANG P2114 / UNIT 10 / 4
10.1.2 Tempat Penyerahan
Seksyen 36(1) AJB 1957 menyatakan sama ada pembeli yang harus mengambil
barangan itu daripada penjual atau penjual yang harus menghantarnya kepada
pembeli bergantung kepada apa yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak dalam
kontrak mereka. Jika kontrak tidak menyentuh perkara-perkara ini maka kaedah
yang terpakai adalah ;
a. barangan yang dijual hendaklah dihantar serah di tempat barangan itu berada
semasa kontrak itu dibuat.
b. barangan yang dijanjikan untuk dijual hendaklah dihantar serah di tempat
barangan itu berada semasa perjanjian untuk menjual dibuat, atau jika belum
lagi wujud di tempat barangan itu dikilang atau dihasilkan.
10.1.3 Salah Hantar
Penjual perlu menyerahkan kepada pembeli kuantiti barang-barang dengan betul
dan mengikut jenis yang diterangkan di dalam kontrak jualan barangan. Sekiranya
penjual gagal mematuhi syarat tersebut, ini membawa kepada perlanggaran
kontrak. Salah hantar boleh berlaku di dalam situasi seperti Jadual 10.1 di bawah;
Keadaan salah hantar Hak pembeli AJB 1957
Apabila kuantiti barangan yang dihantar kurang daripada apa yang dikontrakkan.
Menolak kesemua barangan tersebut; atau
Menerima barangan dan membayar pada kadar kontrak
Sek 37(1)
Apabila kuantiti barangan yang dihantar lebih daripada apa yang dikontrakkan.
Menolak kesemua barangan tersebut ; atau
Menerima kuantiti
Sek 37(2)
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENJUALAN BARANG P2114 / UNIT 10 / 5
barangan mengikut kontrak dan menolak kuantiti yang selebihnya; atau
Menerima kesemua barangan dan membayar pada kadar kontrak
Apabila penjual menghantar kepada pembeli barang-barang yang dikontrakkan bercampur dengan barang-barang lain yang tidak termasuk di dalam kontrak
Menolak kesemua barangan tersebut; atau
Menerima barangan yang mengikut kontrak dan menolak selebihnya.
Sek 37(3)
Jadual 10.1 : Kesan akibat salah hantar
Prinsip- prinsip di atas adalah tertakluk kepada apa-apa amalan perniagaan,
perjanjian khas, atau perjalanan urusan antara pihak-pihak yang berkontrak.
10.1.4 Penyerahan secara ansuran atau berperingkat
Seksyen 38(1) AJB 1957 memperuntukkan bahawa pembeli adalah tidak terikat
untuk menerima penyerahan barang-barang secara ansuran melainkan dengan
persetujuan pihak-pihak yang berkontrak.
Pihak-pihak yang berkontrak bagi jualan barang-barang boleh bersetuju bagi
penyerahan secara ansuran.
Di dalam situasi di mana penjual gagal membuat penyerahan barangan, atau
pembeli gagal mengambil barangan itu atau gagal membayar ansuran kontrak,
bagi jualan barang-barang yang perlu diserah hantar secara berperingkat yang
ditetapkan dan dibayar secara berperingkat, seksyen 38(2) AJB 1957
memperuntukkan bahawa ini merupakan sesuatu yang bergantung kepada syarat-
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENJUALAN BARANG P2114 / UNIT 10 / 6
syarat dan keadaan sesuatu kes tersebut, samada ia membawa kepada penamatan
kontrak atau perlanggaran syarat yang membolehkan suatu tuntutan pampas an.
10.1.5 Penerimaan Oleh Pembeli
Seksyen 42 AJB 1957 memperuntukkan barangan dianggap telah diserahkan
kepada pembeli apabila :
Pembeli memberitahu penjual berkenaan penerimaan barangan tersebut;
Pembeli melakukan tindakan yang bercanggahan dengan pemilikan
penjual apabila barangan diserahkan kepadanya;
Pembeli menyimpan barangan tanpa memaklumkan kepada penjual
mengenai penolakannya.
Walau bagaimanapun, mengikut seksyen 41 AJB 1957, sekiranya pembeli tidak pernah
memeriksa barangan yamg diterima, pembeli tidak boleh dianggap sebagai telah
menerima sehingga pembeli diberi peluang yang munasabah untuk membuat
pemeriksaan bagi memastikan barangan tersebut menepati kontrak.
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENJUALAN BARANG P2114 / UNIT 10 / 7
Minda anda sudah bersedia !! Sila cuba soalan-soalan berikut:-
1. Apakah maksud penyerahan barang di dalam kontrak jualan barangan?
2. Bagaimanakah cara penghantaran barang tersebut perlu dilakukan?
3. Sila suaikan seksyen-seksyen di dalam Akta Jualan Barangan 1957 dengan peruntukan
dibawah:-
1. Seksyen 36(2)a. Adalah menjadi kewajipan penjualuntuk menghantar
barangan dan pembeli membayar harganya menurut terma-terma kontrak
2. Seksyen 41b. Sekiranya masa penyerahan tidak ditetapkan maka
penjual wajib menghantarnya dalam tempoh yang munasabah
3. Seksyen 38(1)c. Pembeli adalah tidak terikat untuk menerima serahan
barangan yang dibuat secara ansuran melainkan dipersetujui oleh pihak-pihak berkontrak
4. Seksyen 31d. Jika penjual menyerah hantar kepada pembeli kuantiti
barangan yang lebih daripada jumlah yang dikontrakkan, pembeli boleh menerima jumlah yang dikontrakkan dan menolak bakinya
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
AKTIVITI 10aAKTIVITI 10a
PENJUALAN BARANG P2114 / UNIT 10 / 8
5. Seksyen 37(2)
e. Sekiranya barangan yang dihantar serah tidak pernah diperiksa oleh pembeli, pembeli perlu diberi peluang untuk memeriksa terlebih dahulu. Jika tidak, pembeli tidak dianggap sebagai telah menerima barangan tersebut.
1. Menurut Seksyen 33, AJB 1957, penyerahan merupakan sesuatu perbuatan yang
dipersetujui oleh kedua-dua pihak sebagai tanda penyerahan atau yang menyebabkan
barangan itu berada dalam pegangan pembeli atau sesiapa sahaja yang dibenarkan
untuk memegang bagi pihak pembeli.
2. Barangan tersebut perlu dihantar mengikut persetujuan pihak-pihak berkontrak.
Sekiranya tiada persetujuan tersebut, rujukan perlu dibuat kepada Akta Jualan Barang
1957.
3. 1. b
2. e
3. c
4. a
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MAKLUM BALAS 10aMAKLUM BALAS 10a
PENJUALAN BARANG P2114 / UNIT 10 / 9
5. d
10.2 IMPLIKASI KEMUSNAHAN BARANGAN
Seksyen 7 AJB 1957 memperkatakan mengenai barangan spesifik yang musnah atau
rosak pada masa kontrak dibuat. Sekiranya barangan tersebut musnah atau rosak
tanpa pengetahuan penjual dan menyebabkan barang-barang tersebut tidak
menepati kontrak, kontrak menjadi tidak sah.
Contoh kes Couturier lwn Hastie (1856) 5 HL Cas.673 mahkamah memutuskan
bahawa kontrak itu tidak sah sekiranya hal perkara kontrak tidak wujud lagi pada
masa kontrak itu.
Seksyen 8 AJB 1957 memberi peruntukan mengenai kemusnahan atau kerosakan
barangan spesifik yang dikontrakkan terjadi selepas perjanjian. Sekiranya barangan
tersebut musnah atau rosak tanpa pengetahuan penjual atau pembeli yang mana
risikonya belum lagi dipindahkan kepada pembeli, kontrak menjadi tidak sah.
Implikasi daripada kontrak yang tidak sah ini adalah penjual tidak
bertanggungjawab bagi ketiadaan penyerahan dan pembeli tidak bertanggung jawab
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENJUALAN BARANG P2114 / UNIT 10 / 10
membayar harganya. Sekiranya pembeli telah membayar harga pendahuluan,
pembeli boleh mendapat kembali harga yang telah dibayar bagi kegagalan balasan
keseluruhan.
1. Apakah implikasi bagi kemusnahan barang?
2. Bulatkan YA bagi kenyataan yang benar dan TIDAK bagi kenyataan yang salah.
a. Kemusnahan barangan di dalam Akta Jualan Barangan 1957
adalah merujuk kepada barangan spesifik sahaja
YA / TIDAK
b. Barangan spesifik yang musnah pada masa kontrak dibuat
tanpa pengetahuan penjual tidak membatalkan kontrak tersebut
YA / TIDAK
c. Untuk menjadikan kontrak tidak sah akibat kemusnahan
barang, kerosakan sedikit barang tersebut sudah memadai
YA / TIDAK
d. Penjual tidak perlu menyerahkan barangan dan pembeli tidak YA / TIDAK
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
AKTIVITI 10bAKTIVITI 10b
PENJUALAN BARANG P2114 / UNIT 10 / 11
perlu membayar harga apabila kontrak tidak sah akibat
kemusnahan barangan.
1. Apabila berlaku kemusnahan barangan spesifik yang menyebabkan kontrak tidak sah,
penjual tidak bertanggungjawab untuk menyerahkan barangan dan pembeli tidak
bertanggungjawab untuk membayar harganya.
2. a YA
b. TIDAK
c. TIDAK
d. YA
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MAKLUM BALAS 10bMAKLUM BALAS 10b
PENJUALAN BARANG P2114 / UNIT 10 / 12
10.3 HAK DAN REMEDI BAGI PENJUAL DAN PEMBELI
Apabila berlaku perlanggaran kontrak jualan barang bagi penjual dan pembeli
mempunyai hak dan remedi berkaitan perlanggaran tersebut.
10.3.1 HAK DAN REMEDI BAGI PENJUAL
Hak Bagi Penjual Yang Tidak Berbayar
Mengikut seksyen 45(1) AJB 1957 seorang penjual barangan itu disifatkan
sebagai penjual tidak berbayar :
a. apabila kesemua harga barangan tidak dibayar ; atau
b. apabila bil pertukaran atau surat cara boleh niaga yang lain telah diterima
sebagai pembayaran bersyarat dan syarat berkenaan tidak dipenuhi.
Penjual yang tidak berbayar ini berhak, mengikut seksyen 46(1) AJB1957 untuk
menuntut :
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENJUALAN BARANG P2114 / UNIT 10 / 13
a. Suatu lien ke atas barangan bagi pembayaran harga, jika penjual masih
memegang barangan itu.
b. Dalam keadaan kebankrapan pembeli, hak bagi menahan barangan yang
dalam perjalanan selepas penjual melepaskan pemilikan barangan itu.
c. Hak untuk menjual semula
Ini boleh disokong oleh seksyen 54 AJB 1957 yang memberi hak jualan
semula dalam keadaan tertentu iaitu :
i. sekiranya barangan itu daripada jenis yang mudah rosak;
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Apa itu lien ?????
Lien adalah hak penjual tidak berbayar untuk terus menyimpan barang yang ada dalam milikannya sehinggalah dia menerima bayarannya daripada pembeli.
Keadaan di mana penjual boleh menjalankan hak lien pula dinyatakan di dalam seksyen 47(1) AJB1957 ialahapabila barangan itu dijual tanpa kemudahan kreditapabila barangan itu dijual secara kredit tetapi tempoh kredit telah tamatapabila pembeli menjadi muflis
Hak lien akan hilang, merujuk kepada seksyen 49(1) AJB 1957 apabila:penjual menyerahkan barangan itu kepada pembawa atau baili bagi maksud dihantar kepada pembeli , tanpa penjual menyimpan hak pelupusan terhadap barang itu.Pembeli atau wakilnya secara sah memperolehi pemilikan barangan itu atau Penjual melepaskan hak lien
Cara penahananCara
penahanan
mengambil semula barangan itu secara fizikal
memberi notis kepada pembawa atau baili
PENJUALAN BARANG P2114 / UNIT 10 / 14
ii. jika selepas notis kepada pembeli tentang niat untuk menjual
semula diberikan tetapi pembeli tidak membuat bayaran dalam
jangka masa yang munasabah;
iii. apabila penjual mempunyai hak untuk menjual semula secara nyata
apabila pembeli melakukan kesalahan.
Hak Penjual Untuk Menuntut Harga Barangan
Sekiranya pembeli memungkiri kontrak, penjual boleh membawa tindakan bagi
mendapatkan harga barangan itu. Menurut seksyen 55(1) AJB 1957 tindakan
guaman untuk mendapatkan harga barangan boleh diambil sekiranya hak milik
dalam barangan itu telah berpindah kepada pembeli dan pembeli enggan
membayar harga barangan tersebut mengikut syarat kontrak.
Seksyen 55(2) AJB 1957 penjual boleh membuat tindakan guaman bagi
mendapatkan harga barangan sekiranya pembeli enggan atau gagal membayar
harga tersebut pada masa yang telah dipersetujui.
Hak Penjual Untuk Menuntut Gantirugi
Penjual juga boleh menuntut gantirugi apabila pembeli enggan menerima
barangan tersebut. Seksyen 56 AJB 1957 memperuntukkan bahawa penjual boleh
membawa tindakan bagi mendapatkan gantirugi jika pembeli secara salah enggan
menerima barangan itu.
10.3.2 HAK DAN REMEDI BAGI PEMBELI
Hak Pembeli Untuk Menuntut Gantirugi
Apabila penjual gagal menghantar serah barangan kepada pembeli, pembeli boleh
menuntut gantirugi. Ini dinyatakan di dalam seksyen 57 AJB 1957.
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENJUALAN BARANG P2114 / UNIT 10 / 15
Hak Pembeli Untuk Memohon Pelaksanaan Spesifik
Pembeli boleh juga memohon pelaksanaan spesifik mengikut seksyen 58 AJB
1957, walau bagaimanapun remedi ini akan diberi berdasarkan budi bicara
mahkamah dan biasanya pelaksanaan spesifik ini diberikan apabila gantirugi tidak
memadai sebagai pampasan.
1. Siapakah penjual tidak berbayar?
2. Apakah hak dan remedi bagi penjual tidak berbayar?
3. Apakah hak-hak lain bagi penjual?
4. Apakah hak dan remedi bagi pembeli di bawah kontrak jualan baranga
5. Bilakah pelaksanaan spesifik akan diberikan oleh Mahkamah kepada pembeli?
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
AKTIVITI 10cAKTIVITI 10c
PENJUALAN BARANG P2114 / UNIT 10 / 16
1. Menurut seksyen 45(1) AJB 1957 seorang penjual barangan itu disifatkan sebagai
penjual tidak berbayar apabila:
a. kesemua harga barangan tidak dibayar ; atau
b. bil pertukaran atau surat cara boleh niaga yang lain telah diterima sebagai
pembayaran bersyarat dan syarat berkenaan tidak dipenuhi.
2. Penjual tidak berbayar mempunyai hak seperti yang dinyatakan di bawah seksyen
46(1) AJB1957 iaitu hak untuk menuntut;
a. lien; atau
b. hak menahan barangan di dalam perjalanan; atau
c. hak untuk menjual semula.
3. Pembeli mempunyai hak seperti berikut :
hak menuntut gantirugi apabila penjual gagal menyerah hantar barangan
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MAKLUM BALAS 10cMAKLUM BALAS 10c
PENJUALAN BARANG P2114 / UNIT 10 / 17
hak menuntut pelaksanaan spesifik.
4. Pelaksanaan spesifik akan diberikan oleh mahkamah apabila gantirugi tidak
mencukupi untuk menjadi pampasan.
PENILAIAN KENDIRI
1. Dato’ Al-Af merupakan pengimport dan pembekal perabot kayu jati
daripada Indonesia. Datin Az-Zah yang sangat meminati barangan kayu
jati telah memesan sepuluh buah kerusi daripada Dato’ Al-Af. Sewaktu
penyerahan barangan tersebut, Datin Az-Zah mendapati hanya lapan buah
kerusi sahaja yang dihantar bersama dua buah meja sisi yang tidak
dibelinya. Datin Az-zah menolak semua barangan tersebut.
Nasihatkan Datin Az-Zah berkenaan haknya di dalam kes ini.
2. Nina amat menggemari buah limau. Satu hari, Nina telah membeli sekotak
buah limau mandarin daripada Afnan tanpa memeriksa kandungannya.
Apabila sampai di rumah, Nina mendapati kesemua buah limau tersebut
telah rosak dan tidak dapat dimakan. Nina ingin memulangkan kembali
buah limau tersebut dan menuntut bayaran balik daripada Afnan. Afnan
yang juga tidak mengetahui kerosakan tersebut enggan memulangkan
wang kepada Nina.
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENJUALAN BARANG P2114 / UNIT 10 / 18
a. Adakah Nina boleh memulangkan kembali limau tersebut?
b. Mengapa.
MAKLUM BALAS
PENILAIAN KENDIRI
1. Isu kes : Adakah Datin Az-Zah berhak menolak penyerahan barangan tersebut.
Merujuk kepada Seksyen 37(3) AJB 1957, apabila penjual menghantar kepada
pembeli barang-barang yang dikontrakkan bercampur dengan barang-barang lain
yang tidak termasuk di dalam kontrak, pembeli berhak untuk menolak
keseluruhan barangan tersebut atau menerima barangan yang mengikut kontrak
dan menolak barangan yang selebihnya.
Dalam kes ini barangan yang dihantar kepada datin Az-Zah adalah kurang
kuantitinya daripada apa yang dikontrakkan. Merujuk kepada Seksyen 37(1) AJB
1957, apabila kuantiti barangan kurang daripada yang dikontrakkan, pembeli
berhak untuk menerima dan membayar barangan pada kadar kontrak atau
menolak kesemua barangan tersebut. Oleh yang demikian, Datin Az-Zah berhak
menolak barangan tersebut akibat daripada salah hantar.
2. 1. Ya. Nina berhak memulangkan kembali limau tersebut.
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENJUALAN BARANG P2114 / UNIT 10 / 19
2. Merujuk kepada Seksyen 7 AJB 1957, apabila barangan spesifik musnah pada
masa kontrak dibuat tanpa pengetahuan penjual yang menyebabkan barangan
tersebut tidak menepati deskripsi kontrak, maka kontrak menjadi tidak sah.
Kontrak yang tidak sah membawa implikasi kepada penjual untuk tidak
menyerahkan barangan tersebut dan pembeli tidak bertanggungjawab untuk
membayar harganya. Sekiranya bayaran telah dibuat, pembeli berhak
mendapatkan kembali bayaran tersebut.
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Recommended