View
12
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
iv
UNIVERSITI MALAYA
PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN
Nama: MUHAMMAT NURI (No. K.P/Pasport: A 5751138)
No Pendaftaran/Matrik : IHA060061
Nama Ijazah: DOKTOR FALSAFAH
Tajuk Kertas Projek/Laporan Penyelidikan/Disertasi/Tesis (“Hasil Kerja ini”):
ANALISIS ISU-ISU HUKUM DALAM IBADAT HAJI: KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA
PANDANGAN KEMENTERIAN AGAMA DAN PERSATUAN ISLAM DI INDONESIA
Bidang Penyelidikan: FIQH IBADAT
Saya dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa:
(1) Saya adalah satu-satunya pengarang/penulis Hasil Kerja ini; (2) Hasil Kerja ini adalah asli; (3) Apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah
dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa-apa petikan, ekstrak, rujukan atau pengeluaran semula daripada atau kepada mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dinyatakan dengan sejelasnya dan secukupnya dan satu pengiktirafan tajuk hasil kerja tersebut dan pengarang/penulisnya telah dilakukan di dalam Hasil Kerja ini;
(4) Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahun sebenar atau patut semunasabahnya tahu bahawa penghasilan Hasil Kerja ini melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain;
(5) Saya dengan ini menyerahkan kesemua dan tiap-tiap hak yang terkandung di dalam hakcipta Hasil Kerja ini kepada Universiti Malaya (“UM”) yang seterusnya mula dari sekarang adalah tuan punya kepada hakcipta di dalam Hasil Kerja ini dan apa-apa pengeluaran semula atau penggunaan dalam apa jua bentuk atau dengan apa juga cara sekalipun adalah dilarang tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari UM;
(6) Saya sedar sepenuhnya sekiranya dalam masa penghasilan Hasil Kerja ini saya telah melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain sama ada dengan niat atau sebaliknya, saya boleh dikenakan tindakan undang-undang atau apa-apa tindakan lain sebagaimana yang diputuskan oleh UM.
Tandatangan Calon
Tarikh 19-08-2015
Diperbuat dan sesungguhnya diakui di hadapan,
Tanda tangan Saksi
Tarikh 19-08-2015
Nama:
Jawatan:
v
ABSTRAK
Tesis ini bertajuk “Analisis Isu-Isu Hukum Dalam Ibadat Haji: Kajian Perbandingan
Antara Pandangan Kementerian Agama Dan Persatuan Islam Di Indonesia”,
memberikan gambaran secara jelas mengenai isu-isu hukum yang sering kali muncul
dalam perlaksanaan ibadat haji khususnya antara dua badan hukum yang berbeza sudut
pandangannya dalam menentukan pelbagai hukum di Indonesia. Ibadat haji apabila
dilaksanakan dengan benar akan meningkatkan mutu keimanan dalam mencapai puncak
kesempurnaan sebagai seorang muslim dalam melaksanakan syariat Islam. Kementerian
Agama (KEMENAG) dan Persatuan Islam (PERSIS) adalah suatu badan hukum yang
menangani pelbagai hal keagamaan, khususnya ibadat haji di Indonesia. Namun
perbezaan yang sangat ketara antara keduanya adalah dari segi pegangan bermazhab.
Kementerian Agama cenderung berpegang kepada salah satu mazhab khususnya
mazhab Syafii, sementara Persatuan Islam sebaliknya tidak berpegang kepada mana-
mana mazhab, atau lebih dikenali sebagai golongan anti mazhab. Oleh itu, kajian ini
dilakukan untuk mengetahui latar belakang penubuhan Kementerian Agama dan
Persatuan Islam serta pengaruhnya kepada masyarakat Indonesia, mengetahui dasar dan
sumber pengambilan ijtihad dalam menentukan hukum-hukum ibadat haji dan
menganalisis isu-isu hukum ibadat haji yang berbeza antara dua badan hukum tersebut
sama ada benar-benar mengikuti salah satu dari empat imam mazhab yang muktabar.
Bagi tujuan tersebut, pengkaji telah memadukan metodologi kajian antara metode kajian
perpustakaan dan metode kajian lapangan. Hasil kajian mendapati bahawa penyebab
utama perbezaan pendapat dalam kalangan para ulama khususnya antara dua badan
tersebut adalah kerana perbezaan sahabat dalam memahami nas mujmal (bersifat
umum), perbezaan kecenderungan penerimaan hadis, perbezaan ijtihad masalah yang
tiada nas dan terdapat nas yang masih umum. Cara mengatasi perbezaan tersebut tiada
lain kecuali menumbuhkan kesedaran dalam kalangan para ulama dan pengikutnya agar
berfikiran terbuka dengan prinsip bahawa apabila hukum Islam tersebut berasaskan
empat dasar yang disebut sebagai sumber hukum adalah benar. Dan yang salah apabila
hukum itu tidak disandarkan ke atas dalil-dalil tersebut di atas. Maksudnya selagi
hukum itu mempunyai landasan yang kuat, cara istinbat hukum yang mengikuti kaedah-
kaedah yang benar dan memiliki keilmuan yang cukup untuk berijtihad dalam
mengeluarkan sesuatu fatwa, maka hukum itu adalah benar dan boleh diikuti. Selain itu,
hendaklah pemerintah mengadakan pertemuan dari pelbagai golongan khususnya dari
ulama Persatuan Islam dalam satu majlis fatwa agar bersama-sama melaksanakan
hukum yang telah disepakati dan ditetapkan bersama secara komitmen. Tanpa usaha
tersebut, maka impian untuk mewujudkan keharmonian dan kedamaian tanpa ada
perbalahan mengenai suatu isu hukum yang bersifat furu‘iyyah (cabang) dalam
mengaplikasikan hukum Islam di Indonesia khususnya dalam lapangan ibadat haji sukar
diwujudkan.
vi
ABSTRACT
This research thesis entitled “Analysis of Legal Issues During Hajj: A Comparative
Between the Ministry of Religious Views and Organization of the Islamic Society in
Indonesia“, give a clear pictof the legal issues that often arise in particular pilgrimage
implementation between two different bodies of law in determining the angle of view
on a variety of Indonesi law. Pilgrimage when implemented correctly will approve the
quality of faith in reaching a peak of perfection to be a muslim in implementing Islamic
Law. Ministry of Religion (Religious Affairs) or what we called it with (KEMENAG)
and the Islamic Society (PERSIS) is a body of law dealing with matters of religion,
particularly the Hajj in Indonesia. But a significant difference between the two is in
terms of holding belonged. The Ministry of Religion (KEMENAG) tends to stick to one
pe articular sect Shafii sect, while the Organization of The Islamic Society (PERSIS)
rather not stick to any sect, or more commonly known as the anti-sect. Therefore , this
study was conducted to find out the background of the establishment Ministry of
Society and Organization of the Islamic Society and its influence to society Indonesia ,
to find out the basis and source of ijihad law in determining the laws of the pilgrimage
and analyze the legal issues pilgrimage different between the two bodies of law is
whether the right to follow one of the four imams vanerated sect. For this purpose, the
researcher has the form of research methodology combines library research methods
and design methods fieldwork. The study found the that the main cause of differences of
opinion among the scholars in particular between the two bodies mentioned above due
to differences in understanding nas mujmal companions, hadith acceptance
susceptibility differences, differences nash ijtihad, and there are still nash general. There
is no way to overcome such differences but to foster awareness among the scholars and
followers to be open-minded with the principle that the truth is that when Islamic law is
built on four policies mentioned as a source of law, and the one when the law cannot be
based on the arguments above, so long as the law means having a strong foundation, the
way the law istinbath who follow the rules completely, and have enough knowledge to
interpret Islam in issuing a fatwa that the law is true and can be followed. In addition,
the government should have a meeting of various groups, especially from scholars in a
ceremony exactly the fatwa that together commitment apply the laws that have been
agreed and set together. Without their efforts, the dream to create harmony and peace
without any argument about the nature of a legal issue furu'iyyah in applying Islamic
law in Indonesia, particularly in the field difficult pilgrimage place.
vii
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah SWT yang telah melimpahkan pelbagai nikmat dan hidayah-Nya,
sehingga penulis dapat menyelesaikan tesis ini dalam bentuk sebegini rupa. Jutaan
terima kasih diucapkan kepada yang dihormati Dr. Anisah Ab. Ghani, selaku penyelia
tesis, di atas bimbingan, saranan dan nasihat beliau yang amat bermanfaat dan amat
besar ertinya bagi diri pengkaji sepanjang kajian, sehingga kajian ini dapat diselesaikan
dengan baik.
Penulis juga berterima kasih kepada semua pensyarah, khasnya di Jabatan
Syari‟ah Fakulti Pengajian Islam dan para pegawainya, para pegawai di Pusat Pengajian
Siswazah, para pegawai di Perpustakaan Universiti Malaya di atas segala curahan ilmu
dan bantuan serta kemudahan yang telah diberikan sehingga penulis dapat
menyelesaikan kajian ini dalam tempoh yang ditentukan.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada para pegawai di Pejabat Pusat
PERSIS Kota Bandung yang telah membantu penulis dalam menyediakan data-data
yang diperlukan dalam kajian ini. Demikian juga kepada para pegawai di Pemerintahan
Kota (Pemko) Bandung, Asrama Haji Indonesia, serta para ulama dan cendekiawan di
atas bantuan dan kesediaannya dalam menyelesaikan kajian ini.
Akhirnya, penulis juga merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada
ayahanda, ibunda, umi ratu dan isteri tercinta serta semua guru saya di atas segala
dorongan dan pengorbanan mereka sehingga kajian ini dapat diselesaikan dengan baik
dan sempurna. Begitu juga kepada rakan-rakan seperjuangan dan semua pihak yang
telah memberi bantuan dan kerjasama dalam menjayakan tesis ini. Semoga segala
bantuan dan kerjasama dari pihak-pihak tersebut akan dibalas oleh Allah SWT dengan
sebaik-baik balasan dan semoga kajian ini juga akan bermanfaat bagi penulis khasnya
dan kepada umat Islam amnya. Amin ya Rabb al-‘Alamin.
viii
KANDUNGAN
Halaman
PERAKUAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
PENGHARGAAN vii
KANDUNGAN viii
SENARAI KEPENDEKAN xiii
PANDUAN TRANSLITERASI xiv
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 3
1.3 Persoalan Kajian 6
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Kepentingan Kajian 7
1.6 Skop Kajian 8
1.7 Kajian Lepas 9
1.8 Metodologi Kajian 21
1.9 Sistematika Penulisan 27
ix
BAB II
HAJI DAN SEJARAH PERLAKSANAANNYA DI INDONESIA
2.1 Pendahuluan 30
2.2 Haji dan Dasar Perlaksanaannya dalam Islam 32
2.3 Haji dan Kesedaran Sejarah 39
2.3.1 Haji Nabi Muhammad 39
2.3.2 Nilai Sejarah Ibadat Haji 50
2.4 Sejarah Haji di Indonesia 57
2.4.1 Sejarah Awal Perlaksanaan Ibadat Haji di Indonesia 58
2.4.2 Haji Sebelum Abad ke-20 60
2.4.2.1 Permulaan Haji 61
2.4.2.1.1 Perdagangan dan Diplomasi 61
2.4.2.1.2 Perantau Penuntut Ilmu 64
2.4.2.2 Perjalanan Haji Abad ke-18 Sehingga Abad ke-19 68
2.4.2.3 Jemaah Haji di Hijaz 74
2.4.3 Penyelenggaraan Haji di Indonesia Semenjak
Sebelum-Sesudah Kemerdekaan 77
2.5 Kesimpulan 85
BAB III
IKHTILAF HUKUM IBADAT HAJI MENGIKUT PENDAPAT
FUQAHA’ MAZHAB
3.1 Pengenalan 87
3.2 Perbincangan Masalah Hukum Kontradiktif Ibadat Haji dan
Umrah 88
3.2.1 Niat Ihram dari Miqat 89
3.2.2 Hukum Ramal dan Ittiba‟ pada Tawaf dan Sa‟i 102
3.2.3 Hukum Sa‟i Selepas Tawaf Ifadhah 106
3.2.4 Hukum Melaksanakan Wuquf di Arafah 116
x
3.2.5 Hukum dan Waktu Melontar Jamrah 125
3.2.6 Hukum Menyembelih Hadyu Haji Tamattuk dan Qiran 138
3.2.7 Hukum Melaksanakan Umrah Sunat Sesudah Haji
Tamattuk dan Qiran 148
3.2.8 Hukum Badal Haji dan Umrah 154
3.2.9 Hukum Wanita Datang Haid Sebelum Selesai Tawaf
Umrah Tamatuk 161
3.3 Kesimpulan 165
BAB IV
IJTIHAD DAN IKHTILAF HUKUM HAJI
ANTARA KEMENTERIAN AGAMA DAN PERSATUAN ISLAM
4.1 Pengenalan 169
4.2 Ijtihad dalam Sorotan 170
4.3 Ulama dan Konsep Ijtihad 176
4.4 Teori Ijtihad 179
4.4.1 Dasar Hukum Ijtihad 184
4.4.2 Lapangan dan Jenis Ijtihad 190
4.4.3 Syarat dan Bentuk Ijtihad 195
4.5 Metode Ijtihad dalam Pembinaan Hukum Islam 201
4.5.1 Imam Hanafi 203
4.5.2 Imam Maliki 205
4.5.3 Imam Shafii 206
4.5.4 Imam Ahmad 209
4.6 Landasan Pemikiran Fiqh Ikhtilaf 211
4.6.1 Ikhtilaf Masalah Furu‟ 211
4.6.2 Ikhtilaf Adalah Rahmat 216
4.7 Ikhtilaf dan Hukum Bermazhab 223
4.7.1 Ikhtilaf Mazhab Fiqh dan Faktor Penyebabnya 224
4.7.1.1 Ikhtilaf Mazhab Fiqh 225
4.7.1.2 Faktor Penyebab Ikhtilaf Berfatwa 229
4.7.1.3 Faktor Lahirnya Mazhab Fiqh 231
xi
4.7.2 Hukum Bermazhab 235
4.8 Kementerian Agama dan Metode Ijtihadnya 251
4.8.1 Profil Kementerian Agama 253
4.8.2 Metode Ijtihad Kementerian Agama 262
4.9 Hubungkait antara Organisasi Nahdlatul Ulama, Departemen Agama
dan Mazhab Syafii 269
4.10 Dewa Hisbah PERSIS dan Metode Ijtihadnya 275
4.10.1 Profil Persatuan Islam 276
4.10.2 Metode Ijtihad Dewan Hisbah PERSIS 284
4.11 Hubungkait antara PERSIS, Muhammadiyah dan
Wahabiyah 294
4.12 Kesimpulan 302
BAB V
PERBEZAAN ISU-ISU HUKUM IBADAT HAJI
ANTARA KEMENTERIAN AGAMA DAN PERSATUAN ISLAM
5.1 Pengenalan 304
5.2 Isu Perbezaan Hukum Ibadat Haji Antara KEMENAG dan PERSIS 305
5.2.1 Miqat Makani 306
5.2.2 Ramal antara Safa dan Marwah 321
5.2.3 Sa‟i Selepas Tawaf Ifadhah 325
5.2.4 Tarikh Keberangkatan Jemaah Haji Tamattuk ke Mina 333
5.2.5 Waktu Wuquf di Arafah 341
5.2.6 Waktu Melontar Jamrah 345
5.2.7 Hadyu Haji Tamattuk dan Qiran 351
5.2.8 Umrah Sunat Sesudah Haji Tamattuk dan Qiran 362
5.2.9 Badal Haji dan Umrah 369
5.2.10 Solat Empat Puluh Waktu di Masjid Nabawi 380
5.2.11 Menziarahi Makam Nabi di Madinah 385
5.3 Kesimpulan 395
xii
BAB VI
RUMUSAN DAN PENUTUP
6.1 Pengenalan 399
6.2 Rumusan dan Analisis Kajian 399
6.3 Saranan dan Cadangan 408
6.4 Cadangan Kajian Lanjutan 418
6.5 Penutup 420
BIBLIOGRAFI 423
xiii
SENARAI KEPENDEKAN
SWT : Subhanahu wa Ta‟ala
SAW : Sallah Allahu „Alayhi wa Sallam
r.a. : Radiya Allahu „anhu
ibid. : Ibiden (di tempat yang sama)
h. : Halaman
terj. : Terjemahan
ptrj. : Penterjemah
t.t. : Tanpa tahun
YPHI : Yayasan Perjalanan Haji Indonesia
P3H : Panitia Perbaikan Perjalanan Haji
H. : Tahun Hijriah
M. : Tahun Masihi
PT : Perseroan Terbatas.
t.tp. : Tanpa Tempat
t.pt. : Tanpa Penerbit
KEMENAG : Kementerian Agama
PERSIS : Persatuan Islam
KBIH : Kelompok Bimbingan Ibadat Haji
DPRRI : Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia
TPHI : Tim Pembantu Haji Indonesia
TPIHI : Tim Pembimbing Ibadat Haji Indonesia
TKHI : Tim Kesihatan Haji Indonesia
KARO : Ketua Regu
KAROM : Ketua Rombongan
PPIH : Panitia Penyelenggara Ibadat Haji
SISKOHAT : Sistem Komputerisasi Haji Terpadu
PIHK : Penyelenggara Ibadat Haji Khusus
BPIH : Biaya Penyelenggaraan Ibadat Haji
DUHA : Dewan Urusan Haji
xiv
PANDUAN TRANSLITERASI
Transliterasi huruf rumi adalah berpandukan Buku Panduan Penulisan Tesis/Disertasi
Ijazah Tinggi, terbitan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (2001).
A. Konsonan
Huruf Arab Huruf Latin Contoh Asal Contoh Transliterasi
sa‟ala سأل a ء، ا
badala بدل b ب
tamr تمر t ت
thawrah ثورة th ث
jamal جمال j ج
hadith حديث h ح
khalid خالد kh خ
diwan ديوان d د
madhhab مذهب dh ذ
rahman رحمان r ر
zamzam زمزم z ز
sarab سراب s س
shams شمس sh ش
sabr صبر s ص
damir ضمير d ض
tahir طاهر t ط
zuhr ظهر z ظ
ع„„ عبد
abd
ghayb غيب gh غ
fiqh فقه f ف
qadi قاضي q ق
ka‟s كأس k ك
laban لبن l ل
mizmar مزمار m م
xv
nawm نوم n ن
habata هبط h ه
wasl وصل w و
yasar يسار y ي
B. Vokal
Vokal Pendek
Transliterasi Contoh Transliterasi
- (Fathah) a ق نت qanata
- (Kasrah) i سلم salima
- (Dammah) u جعل ju‟ila
Vokal Panjang
Transliterasi Contoh Transliterasi
bab/kubra كب رى/باب a ي/ا
wakil وكيل i ي
surah سورة u و
C. Diftong
Diftong
Transliterasi Contoh Transliterasi
و - aw ق ول qawl
ي - ay خي ر khayr
quwwah ق وة uww و
arabiy/i„ عربي iy/i ي
Catatan: Istilah atau perkataan yang berasal daripada perkataan Arab tetapi telah
menjadi sebutan umum Bahasa Melayu adalah dieja mengikut perkataan Bahasa
Melayu.
Recommended