View
9
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
PERANAN NASYID SEBAGAI MEDIUM DAKWAH
ISMANIZA BINTI ISMAIL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2011
PERANAN NASYID SEBAGAI MEDIUM DAKWAH
ISMANIZA BINTI ISMAIL
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2011
iii
DEDIKASI
Khas Buat
Bonda Tercinta,
Nik Khadijah Binti Nik Him
Setulus kasihmu bonda memberikan sokongan dan kasih sayang
Juga kekuatan untukku terus berjuang
Doamu, menjadi azimat buatku.
Abang, Kakak, Adik Serta Ipar Yang Tersayang,
Sokongan dan kasih sayang kalian amat bermakna buatku
Terima kasih di atas pertolongan dan pengorbanan kalian semua
Semoga keakraban kita kekal selamanya.
Buat Para Pendidik Yang Dihormati,
Ilmu yang kalian curahkan tidak terperi
Walaupun kering air di lautan namun tak mampu ku balasi
Hanya sekalung budi tersemat di hati
Semoga Allah memberkati kalian.
Buat Sahabat-Sahabat Perjuangan Dan Si Dia Yang Disayangi,
Kehadiran kalian menghiburkan hati
Yang selalu memberikan kata semangat dan juga inspirasi
Suka duka bersama kita hadapi
Kenangan indah kita bersama pasti tidak mungkin ku lupa.
iv
PENGHARGAAN
بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat IIahi, selawat
dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta seluruh umat Islam
sekalian. KepadaMu kupanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kerana dengan
taufik dan inayah Projek Sarjana Muda (PSM) ini dapat disiapkan.
Dalam kesempatan ini, penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Buerah Binti Tunggak selaku penyelia
projek di atas segala nasihat, dorongan dan bimbingan serta tunjuk ajar yang telah
diberikan sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini.
Jutaan terima kasih juga buat pensyarah-pensyarah Fakulti Tamadun Islam
dan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia di atas tunjuk ajar yang
diberikan membantu melengkapkan lagi laporan ini. Buat sahabat-sahabat tahun
akhir Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) sesi 2007/2011, terima
kasih kerana sentiasa memberikan sokongan dan bantuan dalam usaha menyiapkan
projek ini.
Akhir kata, kepada semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung, terima kasih diucapkan. Semoga Allah melipatgandakan pahala amalan
kalian seterusnya dikurniakan kejayaan di dunia dan di akhirat, amin.
v
ABSTRAK
Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh para pendakwah dalam
menyebarkan dakwah Islamiah. Kesenian seperti nasyid juga merupakan salah satu
cabang dakwah dalam Islam. Justeru itu kajian ini dijalankan bagi mengkaji persepsi
mahasiswa tahun akhir Fakulti Pendidikan mengenai peranan nasyid sebagai medium
dakwah. Seramai 120 orang responden yang terdiri daripada mahasiswa tahun akhir
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai telah dipilih
secara rawak. Satu set soal selidik yang mengandungi 35 item telah diedarkan
kepada responden untuk membantu kajian ini. Soal selidik telah dibahagikan kepada
empat bahagian. Bahagian A mengandungi latar belakang responden, bahagian B
persepsi mahasiswa terhadap hiburan nasyid, bahagian C faktor yang mempengaruhi
mahasiswa meminati nasyid sementara bahagian D mengenai peranan nasyid
sebagai medium dakwah. Setiap item soal selidik adalah dinilai berdasarkan skala
Likert lima peringkat. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif untuk
mendapatkan kekerapan, peratusan dan min dengan menggunakan perisian Statistical
Package of Social Science (SPSS) For Windows version 15.0. Keputusan kajian
rintis menunjukkan nilai Cronbach’s Alpha α = 0.896. Dapatan kajian menunjukkan
responden memberi persepsi yang positif terhadap peranan nasyid sebagai medium
dakwah. Sebagai maklum balas terhadap kajian yang dijalankan, kajian ini turut
mengemukakan beberapa cadangan kepada pendakwah untuk menjadikan medium
nasyid ini sebagai satu saluran dakwah yang lebih berkesan.
vi
ABSTRACT
There are a lot of method that can be used by preacher to wide spreading the
Islamic dakwah. Arts, such as nasyeed also one of the method that can be used in
dakwah. Therefore this study were carried out know the students final year of
Faculty of Education University Technology Malaysia (UTM) Skudai perception on
nasyeeds role as a dakwah’s medium. For that purpose, 120 students were randomly
selected as the respondents. A set of form which contains 35 items were handed to
each respondent to extract the raw data for the study. The form items were divided
to 4 section, section A respectively where respondents background, section B
respondents perception on nasyeed, section C influencing factors that committing
respondent to nasyeed, and section D nasyeed as a dakwah’ s medium. Each items
studied were evaluated based on 5 Likert score scale. The gained data were
descriptively analyzed to get the mode, percentage as well as mean value by using
Statistical Package of Social Science (SPSS) For Windows version 15.0. The initial
study result shows that the Cronbach’s Alpha value α = 0.896. The study conclusion
also reflecting the respondent’s positive perception on the studied issue. As a
response, this study also appointing out a few ideas to be further thinked by
preachers in wide spreading the Islamic Dakwah.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI AYAT AL-QURAN & HADIS xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xiv
viii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.6.1 Industri Nasyid Tempatan 6
1.6.2 Pentadbiran Universiti 6
1.6.3 Mahasiswa Yang Bakal Bergelar Guru 6
1.7 Batasan Kajian 7
1.8 Definisi Istilah 7
1.8.1 Peranan 7
1.8.2 Nasyid 8
1.8.3 Medium 8
1.8.4 Dakwah 9
1.9 Kesimpulan 9
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 10
2.2 Dakwah dan Metodologi 11
2.3 Kesenian dan Dakwah dalam Islam 15
2.4 Muzik dan Nyanyian dalam Islam 17
2.5 Hukum Mendengar Muzik dan Nyanyian 20
2.5.1 Pendapat yang Mengharamkan 20
2.5.2 Pendapat yang Mengharuskan 22
2.6 Sejarah Perkembangan Nasyid di Malaysia 26
2.7 Elemen Yang Terdapat dalam Nasyid 28
2.8 Faktor Nasyid diterima Masyarakat 31
ix
2.9 Sumbangan Nasyid sebagai Medium Dakwah 34
2.9 Kajian Lepas 36
2.10 Kesimpulan 37
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 38
3.2 Reka Bentuk Kajian 39
3.3 Tempat Kajian 39
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 40
3.5 Instrumen Kajian 41
3.5.1 Pengumpulan Data 42
3.5.1.1 Soal Selidik 42
3.5.2 Data Sekunder 45
3.6 Prosedur Kajian 45
3.7 Kajian Rintis 46
3.8 Analisis Data 47
3.9 Jangka Masa Kajian 47
3.10 Kesimpulan 48
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 49
4.2 Analisis Data (Bahagian A) 50
4.2.1 Latar Belakang Responden 50
4.3 Analisis Data (Bahagian B) 55
4.3.1 Persepsi Mahasiswa Terhadap Hiburan Nasyid 55
4.3.2 Faktor yang Mempengaruhi Mahasiswa 62
Meminati Nasyid
4.3.3 Peranan Nasyid Sebagai Medium Dakwah 67
x
4.4 Analisis Keseluruhan 73
4.5 Kesimpulan 79
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 80
5.2 Perbincangan 80
5.2.1 Latar Belakang Responden 81
5.2.2 Persepsi Mahasiswa terhadap Hiburan Nasyid 83
5.2.3 Faktor yang Mempengaruhi Mahasiswa 86
Meminati Nasyid
5.2.4 Peranan Nasyid sebagai Medium Dakwah 87
5.3 Rumusan 89
5.4 Cadangan 90
5.4.1 Industri Nasyid Tempatan 90
5.4.2 Pihak Universiti 91
5.4.3 Semua Mahasiswa UTM 91
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 92
5.6 Kesimpulan 93
BIBLIOGRAFI 94
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Bilangan Pelajar Tahun Empat Mengikut Kursus 41
3.2 Pengkelasan Instrumen Kajian 43
3.3 Aras Persetujuan 44
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 50
4.2 Taburan Responden Mengikut Status Perkahwinan 51
4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 51
4.4 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan 52
Tertinggi
4.5 Taburan Responden Mengikut Kursus Pengajian 53
4.6 Taburan Responden Mengikut Alat yang Disukai 54
Untuk Mendengar Nasyid
4.7 Taburan Skor Item 1 55
4.8 Taburan Skor Item 2 56
4.9 Taburan Skor Item 3 56
4.10 Taburan Skor Item 4 57
4.11 Taburan Skor Item 5 57
4.12 Taburan Skor Item 6 58
4.13 Taburan Skor Item 7 58
4.14 Taburan Skor Item 8 59
4.15 Taburan Skor Item 9 59
4.16 Taburan Skor Item 10 60
4.17 Taburan Skor Item 11 60
4.18 Taburan Skor Item 12 61
xiii
4.19 Taburan Skor Item 13 61
4.20 Taburan Skor Item 14 62
4.21 Taburan Skor Item 15 62
4.22 Taburan Skor Item 16 63
4.23 Taburan Skor Item 17 63
4.24 Taburan Skor Item 18 64
4.25 Taburan Skor Item 19 64
4.26 Taburan Skor Item 20 65
4.27 Taburan Skor Item 21 65
4.28 Taburan Skor Item 22 66
4.29 Taburan Skor Item 23 66
4.30 Taburan Skor Item 24 67
4.31 Taburan Skor Item 25 67
4.32 Taburan Skor Item 26 68
4.33 Taburan Skor Item 27 68
4.34 Taburan Skor Item 28 69
4.35 Taburan Skor Item 29 69
4.36 Taburan Skor Item 30 70
4.37 Taburan Skor Item 31 70
4.38 Taburan Skor Item 32 71
4.39 Taburan Skor Item 33 71
4.40 Taburan Skor Item 34 72
4.41 Taburan Skor Item 35 72
4.42 Rumusan Dapatan Kajian Mengenai Persepsi 73
Mahasiswa terhadap Hiburan Nasyid
4.43 Rumusan Dapatan Kajian Faktor yang 75
Mempengaruhi Mahasiswa Meminati Nasyid
4.44 Rumusan Dapatan Kajian Peranan Nasyid sebagai 77
Medium Dakwah
xiv
SENARAI AYAT AL-QURAN
SURAH AYAT HALAMAN
Al-An’am 141 2
As-Syuaraa’ 224-227 29
An-Nahl 125 31
Luqman 6 21
SENARAI HADIS
HADIS HALAMAN
Sahih Bukhari 17
Sunan Abu Daud 18
Sahih Bukhari 18
Sahih Bukhari 21
xv
SENARAI SINGKATAN
KS - Kurang Setuju
TS - Tidak Setuju
S - Setuju
SS - Sangat Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
SAW - Sallahu ‘Alaihi Wassalam
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
SPSS - Statistical Package of Social Science
FTI - Fakulti Tamadun Islam
SPI - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
SPS - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Sains Sukan)
SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
SPM - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Matematik)
SPC - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Kimia)
SPL - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(TESL)
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA
A Lirik Lagu
B Borang Soal Selidik
C Surat Memohon Kebenaran Mendapatkan
Maklumat Fakulti Pendidikan
D Bilangan Pelajar Mengikut Tahun dan Kursus
Semester 1 Sesi 2010/2011
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Jiwa, fitrah dan naluri manusia secara semulajadinya adalah halus dan mudah
tersentuh. Dalam kesibukan melakukan aktiviti seharian, pastinya seseorang individu
tersebut memerlukan kepada istirehat, hiburan dan juga keseronokan. Tanpa hiburan,
jiwa akan menjadi kosong serta tubuh badan akan menjadi tidak bersemangat untuk
melakukan sesuatu.
Terdapat pelbagai cara yang telah digariskan dalam Islam untuk berhibur. Antara
hiburan yang dapat menghiburkan jiwa dan menenangkan hati serta telinga ialah
nyanyian (Ghazali Darusalam, 2001: 204). Selain menghiburkan diri dikala kepenatan,
hiburan ini juga disunatkan dalam situasi gembira, bagi melahirkan perasaan riang dan
menghiburkan hati seperti hari raya, perkahwinan dan juga akikah.
Kemunculan artis-artis nasyid di persada industri muzik tanah air merupakan
salah satu alternatif yang dapat menarik perhatian penggemar hiburan. Selain menjadi
hiburan alternatif bagi setiap golongan peringkat umur, lagu-lagu nasyid ini dapat
memberikan sedikit sebanyak nasihat, mengajak mengingati Allah dan juga menyeru
kepada kebaikan melalui mesej yang terkandung di dalam lirik lagu yang disampaikan.
Walau apapun bentuk hiburan yang ingin dicari, namun ia haruslah tidak
melampaui batas. Ia perlu digariskan agar tidak menjadi keterlaluan sehingga menjadi
kegilaan dan kelalaian, yang bukan lagi dinikmati kerana keindahan
(http://www.islam.gov.my/). Sebagaimana Firman Allah SWT;
Terjemahannya: Dan Dialah (Allah) yang menjadikan tanaman-tanaman
yang merambat dan yang tidak merambat, pohon, kurma tanaman yang
beraneka ragam rasanya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan
warnanya) dan tidak serupa (rasanya). Makanlah buahnya apabila ia
berbuah dan berikanlah haknya (zakatnya) pada waktu memetik hasilnya,
tapi janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai
orang-orang yang berlebih-lebihan.
(al-An’am:141)
Abd Ghafar Hj. Don dalam Fariza Md. Sham et.al (1997) menyatakan bahawa
hiburan yang keterlaluan boleh memberikan kesan negatif terhadap pembinaan sahsiah
dan pembentukan minda terutamanya kanak-kanak dan remaja.
1.2 Latar Belakang Masalah
Saban hari, perkembangan muzik di Malaysia semakin mendapat tempat di hati
masyarakat. Kelahiran artis yang semakin hari semakin ramai ini diumpamakan seperti
pepatah melayu “bak cendawan tumbuh selepas hujan” yang bermaksud terlalu banyak
pada sesuatu masa (http://bmspm.net/snperibahasa.htm). Muzik merupakan satu elemen
yang boleh merangsangkan hati setiap orang apabila menghayatinya. Muzik dapat
membawa kita ke alam lain dengan sekelip mata sahaja, apabila dihayati dengan
mendalam. Muzik juga mempunyai unsur yang positif dan negatif dalam senikata yang
disertakan (http://www.scribd.com/doc//).
Kehadiran ramai artis baru ini tentunya membawa pelbagai imej serta pengaruh
yang tersendiri. Media merupakan penggerak utama dalam penyebaran hiburan kepada
masyarakat. Pengaruh yang dibawa ini amat besar terhadap masyarakat terutamanya
kepada remaja. Hal ini amat menggusarkan kerana dibimbangi semakin ramai remaja
yang akan rosak akhlaknya akibat budaya ikutan terhadap artis ini.
Antara pengaruh yang banyak dibawa oleh artis-artis di luar sana ialah melalui
pakaian, akhlak, gaya hidup dan banyak lagi. Sekiranya pengaruh tersebut adalah ke
arah positif dan kebaikan, ianya tidaklah merungsingkan. Apa yang dibimbangi ialah
sekiranya pengaruh tersebut ke arah keburukan. Namun yang pasti, kebanyakan
pengaruh yang dibawa ialah banyak kepada keburukan. Contohnya ialah cara pemakaian
yang kurang sopan dan juga pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
1.3 Pernyataan Masalah
Lagu-lagu yang dimainkan di corong-corong radio dan juga yang disampaikan
melalui media lain mempunyai lirik yang pelbagai serta mesej yang berbeza. Oleh itu,
sudah pasti lirik dan muzik yang dibawa dapat mempengaruhi masyarakat yang
mendengarkannya. Terdapat pelbagai jenis lagu yang mempunyai unsur seperti
percintaan, kekecewaan, pemujaan dan lain-lain lagi yang berada di pasaran sekarang.
Lagu- lagu tersebut dikhuatiri dapat melalaikan serta merosakkan akidah pendengar.
Menurut Yusuf al-Qaradhawi (1999: 484), “nyanyian yang dibolehkan dalam Islam ialah
nyanyian yang tidak mengandungi kata-kata yang kotor, cabul dan yang menghasut
kepada perbuatan dosa dan maksiat. Tidak mengapa jika diiringi dengan alat-alat muzik
yang tidak membangkitkan nafsu”.
Oleh itu, penyelidik ingin mengkaji peranan nasyid sebagai medium dakwah.
Kajian ini juga untuk mengenalpasti faktor yang dapat mempengaruhi mahasiswa
meminati nasyid serta mengkaji peranan nasyid sebagai medium dakwah.
1.4 Objektif Kajian
Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk:
1.4.1 Mengenalpasti persepsi mahasiswa terhadap hiburan nasyid.
1.4.2 Mengenalpasti faktor yang mempengaruhi mahasiswa meminati nasyid.
1.4.3 Mengkaji peranan nasyid sebagai medium dakwah.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan yang diutarakan dalam kajian ini adalah seperti berikut:
1.5.1 Apakah persepsi mahasiswa terhadap hiburan nasyid ?
1.5.2 Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi mahasiswa meminati nasyid ?
1.5.3 Bagaimanakah nasyid dapat berperanan sebagai medium dakwah ?
Recommended