View
236
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
PENGARUH GLOBALISASI TERHADAP GAYA HIDUP PELAJAR DI
FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
NUR AMIRAH BINTI MOHD RASHID
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PENGARUH GLOBALISASI TERHADAP GAYA HIDUP PELAJAR DI
FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
NUR AMIRAH BINTI MOHD RASHID
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
iii
Tuhanku
Setinggi-Tinggi Kesyukuran Ku Panjatkan PadaMu
Ku Syukuri Atas Setiap AnugerahMu Yang Tidak Ternilai
Hanya KepadaMu Aku Berserah Dan Memohon Pertolongan
Baba dan Mama tersayang
Mohd Rashid Abdullah & Noor Aihan Deraman
Terima kasih Atas Segala Pengorbanan
Redhakan Kehidupanku Di Dunia Dan Akhirat
Adik-adikku
Akmal, Arif, Arshad dan Arifah
Teruskan Usaha Menuju Kejayaan Yang Gemilang
Semoga Kalian Menjadi Anak-Anak Yang Soleh Dan Solehah
Para Pensyarah
Fakulti Pendidikan
Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial
Terima Kasih Di Atas Ilmu Yang Diberikan
Semoga Allah Membalas Segala Jasa Dan Bakti Yang Dicurahkan
Sahabat Seperjuangan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Pendididkan (Pengajian Islam)
Terima kasih Di atas Segala-galanya
Semoga Kejayaan Milik Kita Bersama
iv
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat
junjungan Rasulullah s.a.w. Ribuan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana
dengan limpah kurnia dan izin-Nya, maka laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini
dapat disiapkan hingga ke noktah terakhir.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan khas buat penyelia
projek yang dihormati, Ustaz Kamarul Azmi bin Jasmi di atas segala nasihat,
dorongan, bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang menyiapkan laporan
PSM ini.
Sekalung terima kasih buat pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian Islam dan
Pembangunan Sosial (PPIPS), UTM, mahasiswa tahun 5 Fakulti Pendidikan, UTM,
Puan. Adibah binti Abdul Latif (pensyarah Fakulti Pendidikan, UTM), rakan-rakan
seperjuangan tahun 5 Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam),
Perpustakaan Sultan Ismail (Johor Bahru), Perpustakaan Awam (Banting),
Perpustakaan Sultanah Zanariah (UTM), Perpustakaan Utama dan Perpustakaan
Za’ba (UM) serta Perpustakaan Tun Sri Lanang (UKM). Jutaan terima kasih di atas
segala kerjasama dan bantuan yang diberikan.
Akhir kata, kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau
tidak langsung, terima kasih diucapkan. Semoga segala kerjasama dan usaha yang
diberikan, diberkati Allah S.W.T. Semoga hasil kajian ini memberi manfaat kepada
semua pembaca.
v
ABSTRAK
Globalisasi merupakan suatu fenomena yang menjadikan dunia sebagai suatu
unit tanpa dibatasi sempadan sesebuah negara. Tanpa disedari, kemajuan negara
yang pesat menjadikan pembangunan material tidak seimbang dengan pembinaan
akhlak dan sahsiah yang mulia dalam diri setiap individu. Jesteru itu, kajian ini
dijalankan untuk melihat tahap pengaruh globalisasi terhadap gaya hidup pelajar.
Kajian kuantitatif ini melibatkan seramai 185 orang pelajar Islam tahun lima yang
terdiri daripada 14 buah kursus di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia. Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik dan hasil dapatan
kajian diproses dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science
(SPSS) versi 11.5. Data yang diperolehi dihuraikan dalam bentuk jadual berdasarkan
peratus, min, korelasi dan ujian-t. Secara keseluruhannya, tahap pengaruh
globalisasi adalah tinggi dan mempunyai hubungan yang signifikan dengan gaya
hidup pelajar. Ujian-t pula menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang
signifikan terhadap gaya hidup pelajar secara keseluruhan merentas jantina. Secara
keseluruhannya, ini menunjukkan bahawa pengaruh Barat telah mula meresap dalam
kehidupan seharian pelajar. Oleh itu, beberapa cadangan turut dikemukakan kepada
pihak tertentu untuk diambil tindakan bagi membentuk umat Islam yang benar-benar
menjadikan Islam sebagai cara hidup.
vi
ABSTRACT
Globalization was a phenomena that forms the world into a small unit without
any boundaries. Without realizing, in the rapid development of the country, there
seems to be no balance between the material development and the development of
the spiritual and moral values of an individual. Therefore, this research was
conducted to determine the level of the impact of globalization to students’ life style.
This quantitative research involved 185 fifth year Muslim students from 14 different
courses of Faculty of Education, University Technology Malaysia. The instrument
used was a set of questionnaire and the data was analyzed using the Statistical
Package of Science (SPSS) version 11.5. The data was presented in table forms
based on the percentage, mean, correlation and t-test. The findings showed that the
level of the impact of globalization was at high and it has a significant relation to the
students’ life styles. T-test showed that there was no significant difference between
genders in terms overall of the students’ life style. The finding reveals the western
life style had absorbed into the students’ life style. Therefore, at the end of the
research, the researcher had proposed a few suggestions to relevant parties in shaping
Muslims who practice Islam as their way life.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI AYAT AL-QURAN DAN AL-HADITH xvi
SENARAI SINGKATAN xvii
SENARAI LAMPIRAN xx
BAB I PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 10
1.5 Persoalan Kajian 11
viii
1.6 Hipotesis Kajian 11
1.7 Pembolehubah Kajian 13
1.7.1 Pembolehubah Bebas 14
1.7.2 Pembolehubah Bersandar 14
1.8 Kerangka Konsep 15
1.9 Kepentingan Kajian 16
1.10 Kekangan / Batasan Kajian 17
1.11 Definisi Operasional Pembolehubah 17
1.11.1 Pengaruh Globalisasi 17
1.11.2 Gaya Hidup 18
1.11.3 Pelajar 19
1.12 Penutup 19
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 20
2.2 Pengaruh Globalisasi 22
2.2.1 Kemajuan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi 23
2.2.2 Penjenamaan Produk 25
2.2.3 Penggunaan Bahasa Inggeris 28
2.3 Gaya Hidup Pelajar 30
2.3.1 Cara Pemakanan 31
2.3.2 Cara Berpakaian 33
2.3.3 Cara Berhibur 34
2.4 Kajian Yang Berkaitan 38
2.5 Penutup 40
ix
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 41
3.2 Reka bentuk Kajian 41
3.3 Kerangka Operasi 43
3.4 Tempat Kajian 44
3.5 Populasi dan Sampel Kajian 45
3.6 Pemilihan Sampel dan Rekabentuk Persampelan 46
3.7 Instrumen Kajian 47
3.8 Prosedur Kajian 48
3.9 Kesahan, Kebolehpercayaan Soal Selidik dan
Kajian Rintis 49
3.10 Analisis Data 50
3.11 Penutup 51
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 52
4.2 Bahagian A (Analisis Latar Belakang Pelajar) 53
4.2.1 Latar Belakang Pelajar Mengikut Jantina 53
4.2.2 Latar Belakang Pelajar Mengikut Kursus 54
4.2.3 Latar Belakang Pelajar Mengikut Aliran
Pendidikan 55
4.2.4 Latar Belakang Pelajar Mengikut
Pekerjaan Bapa 55
4.2.5 Latar Belakang Pelajar Mengikut
Pekerjaan Ibu 56
4.2.6 Latar Belakang Pelajar Mengikut
Pendapatan Keseluruhan Keluarga 57
4.3 Bahagian B (Analisis Deskriptif) 58
4.3.1 Analisis Tahap Pengaruh Globalisasi 58
4.3.1.1 Kemajuan Teknologi Maklumat
Dan Komunikasi 58
4.3.1.2 Penjenamaan Produk 60
x
4.3.1.3 Penggunaan Bahasa Inggeris 62
4.3.1.4 Pengaruh Globalisasi
Secara Keseluruhan 64
4.3.2 Analisis Gaya Hidup Pelajar 65
4.3.2.1 Cara Pemakanan 65
4.3.2.2 Cara Berpakaian 67
4.3.3.3 Cara Berhibur 69
4.3.3.4 Gaya Hidup Pelajar
Secara Keseluruhan 71
4.4 Bahagian C (Analisis Inferensi) 72
4.4.1 Analisis Korelasi 72
4.4.2 Analisis Ujian-t 76
4.5 Penutup 79
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 80
5.2 Ringkasan Kajian 80
5.3 Perbincangan 81
5.3.1 Maklumat Latar Belakang Pelajar 81
5.3.2 Tahap Pengaruh Globalisasi (Kemajuan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi) 83
5.3.3 Tahap Pengaruh Globalisasi
(Penjenamaan Produk) 84
5.3.4 Tahap Pengaruh Globalisasi
(Penggunaan Bahasa Inggeris) 86
5.3.5 Gaya Hidup Pelajar (Cara Pemakanan) 87
5.3.6 Gaya Hidup Pelajar (Cara Berpakaian) 88
5.3.7 Gaya Hidup Pelajar (Cara Berhibur) 90
5.3.8 Hubungan Antara Pengaruh Globalisasi
Dengan Gaya Hidup Pelajar 91
5.3.9 Perbezaan Antara Pengaruh Globalisasi
Dan Gaya Hidup Pelajar Merentas Jantina 93
xi
5.4 Rumusan 94
5.4.1 Tahap Pengaruh Globalisasi 94
5.4.2 Gaya Hidup Pelajar 95
5.4.3 Hubungan Antara Pengaruh Globalisasi
Dengan Gaya Hidup Pelajar 96
5.4.4 Perbezaan Antara Pengaruh Globalisasi
Dan Gaya Hidup Pelajar Merentas Jantina 96
5.5 Cadangan 97
5.5.1 Individu 97
5.5.2 Ibu Bapa 98
5.5.3 Guru 99
5.5.4 Pihak Hal Ehwal Pelajar, UTM 99
5.5.5 Pihak Kerajaan Malaysia 100
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 101
5.7 Penutup 102
SENARAI RUJUKAN 103
LAMPIRAN 110
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
1.1 Statistik jenayah membabitkan pelajar
mengikut negeri bagi Januari hingga
Julai 2005 6
1.2 Jenayah kanak-kanak pelajar pada tahun 2004
hingga Julai 2005 6
2.1 Senarai filem Blockbuster 2003 36
2.2 Senarai filem paling popular 2004 37
3.1 Jumlah Populasi di Fakulti Pendidikan, UTM 45
3.2 Pemilihan sampel mengikut kursus dan jantina 46
3.3 Pengkelasan skala Likert 47
3.4 Jenis konstruk pengaruh globalisasi dan
bilangan item dalam soal selidik 47
3.5 Jenis konstruk gaya hidup pelajar dan
bilangan item dalam soal selidik 48
xiii
3.6 Nilai skor min 50
3.7 Klasifikasi kekuatan korelasi 51
4.1 Taburan jantina pelajar 53
4.2 Taburan kursus pelajar 54
4.3 Taburan aliran pendidikan pelajar 55
4.4 Taburan pekejaan bapa pelajar 55
4.5 Taburan pekejaan ibu pelajar 56
4.6 Taburan pendapatan keluarga pelajar 57
4.7 Taburan kemajuan teknologi maklumat dan
komunikasi 58
4.8 Taburan penjenamaan produk 60
4.9 Taburan penggunaan bahasa Inggeris 62
4.10 Taburan min pengaruh globalisasi secara
Keseluruhan 64
4.11 Taburan cara pemakanan 65
4.12 Taburan cara berpakaian 67
4.13 Taburan cara berhibur 69
4.14 Taburan min gaya hidup pelajar secara
keseluruhan 71
xiv
4.15 Keputusan ujian inferensi (korelasi) 72
4.16 Keputusan ujian inferensi (ujian-t) 76
5.1 Keputusan korelasi 91
5.2 Keputusan ujian-t (pengaruh globalisasi) 93
5.3 Keputusan ujian-t (gaya hidup pelajar) 93
xv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
1.1 Kerangka konsep 15
2.1 Perubahan tanda jenama Pepsi Cola 27
3.1 Kerangka Operasi Kajian 43
xvi
SENARAI AYAT AL-QURAN DAN AL-HADITH
AL-QURAN HALAMAN
1.1 Al-Imran: 19 1
1.2 Al-Hajj: 77 2
1.3 Al-Qalam: 4 3
1.4 Al- Isra’: 16 7
1.5 Al-Baqarah: 120 8
AL-HADITH HALAMAN
1.1 Hadith Riwayat Muslim 2
1.2 Hadith Riwayat Ahmad 2
1.3 Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim 9
xvii
SENARAI SINGKATAN
Dlm Dalam
FP Fakulti Pendidikan
KS Kurang Setuju
MRSM Maktab Rendah Sains MARA
S Setuju
s.a.w Sallahu alaihi wasallam
SBP Sekolah Berasrama Penuh
SMA Sekolah Menengah Agama
SMK Sekolah Menengah Kebangsaan
SMKA Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
SMT Sekolah Menengah Teknik
SMV Sekolah Menengah Vokasional
SPA Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)
xviii
SPC Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)
SPE Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)
SPF Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)
SPH Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
SPI Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)
SPJ Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera)
SPK Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)
SPL Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (TESL)
SPM Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)
SPN Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)
SPP Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)
SPS Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)
SPT Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)
SPSS Statistical Packages For Social Sciences
SPT Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)
SS Sangat Setuju
STS Sangat Tidak Setuju
xx
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik 110
B Jenama Terkenal Dunia Mengikut
Kedudukan Pada Tahun 2004 Dan 2005 117
C Surat Pengesahan Menjalankan Kajian
(Fakulti Pendidikan) 120
D Surat Pengesahan Menjalankan Kajian
(Perpustakaan Sultanah Zanariah) 121
E Saiz Sampel Kajian 123
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
[Quran: 1.1] Maksudnya: “Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.”
(Surah Al-Imran: 19; Abdullah Basmeih, 1999: 122)
Dalam firman di atas, Allah menegaskan bahawa hanya Islam merupakan
satu-satunya agama yang diakui oleh Allah. Oleh itu, setiap umat Islam perlu
mengamalkan cara hidup Islam di dalam kehidupan seharian.
2
Agama Islam sangat mementingkan akhlak yang baik. Rasulullah
s.a.w telah bersabda:
[Hadith: 1.1] Maksudnya: Daripada Al-Nawas bin Sim’an al-Ansari katanya, aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w apakah itu kebaikan dan dosa. Jawab Rasulullah: “Kebaikan itu adalah akhlak yang baik dan dosa ialah apa yang terdetik di dadamu tetapi kamu tidak suka menunjuk-nunjuk kepada manusia.”
(H. R Muslim, 2001: 965)
Allah S.W.T menyeru dan mengajak manusia supaya berbuat
kebaikan dalam firman-Nya:
[Quran: 1.2] Maksudnya: “Dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan.”
(Surah al-Hajj: 77; Abdullah Basmeih, 1999: 838)
Pembinaan akhlak adalah sangat penting. Oleh yang demikian, salah satu
daripada tugas utama Nabi Muhammad s.a.w diutuskan oleh Allah S.W.T adalah
untuk memperbaiki akhlak umat manusia. Rasulullah s.a.w bersabda:
[Hadith: 1.2] Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang baik.”
(H.R Ahmad, 1980: 232/3)
3
Nabi Muhammad s.a.w terlebih dahulu mendapat pendidikan akhlak dan
asuhan secara langsung daripada Allah S.W.T. Kesempurnaan akhlak baginda itu
dinyatakan dalam firman Allah S.W.T:
[Quran: 1.3] Maksudnya: “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.”
(Surah al-Qalam: 4; Abdullah Basmeih, 1999: 1564)
Sesungguhnya akhlak memainkan peranan yang cukup besar dalam
kehidupan seseorang muslim untuk mendapat kejayaan dan kebahagiaan hidup di
dunia dan akhirat. Justeru itu, setiap individu mempunyai tanggungjawab yang besar
dalam memberi pendidikan akhlak khususnya kepada golongan remaja kerana
merekalah yang akan menerajui tampuk kepimpinan negara pada masa akan datang.
Menurut Imam al-Ghazali:
“Adapun hakikat budi pekerti itu ialah perilaku (hal dan keadaan) yang meresap dalam jiwa seseorang. Perilaku inilah yang menerbitkan perbuatan-perbuatan dengan perasaan senang dan mudah, tanpa perlu lagi kepada pemikiran dan pertimbangan. Jika yang terbit dari perilaku itu ialah perbuatan-perbuatan yang elok dan terpuji, menurut ukuran akal mahupun syarak, maka perilaku itu dinamakan budi pekerti yang baik. Sebaliknya, jika yang terbit pula perbuatan-perbuatan yang jahat, maka perilaku yang menjadi sebab terbitnya segala perbuatan jahat itu dinamakan budi pekerti yang jahat.”
(Al-Ghazali, 1989: 438)
Secara logiknya, apabila akhlak tidak sempurna, mundur atau runtuh di dalam
sesebuah masyarakat Islam, secara tidak langsung ia menunjukkan bahawa tahap
keimanan semakin lemah (Al-Adib, 1997: 41). Gambaran inilah yang sedang
berlaku dalam masyarakat seluruh dunia pada masa kini kesan daripada suatu
4
fenomena yang amat jauh perbezaannya dengan masyarakat pada zaman Rasulullah,
para Sahabat, Tabiin dan Tabi’ Tabiin.
Dalam dua dekad terakhir abad ke-20, satu transformasi baru telah melanda
dunia. Fenomena yang kini dikenali dengan gelaran globalisasi (globalization) telah
mula diperkatakan oleh sarjana, pelbagai pemerhati masyarakat dunia dan penulis di
kalangan pelbagai disiplin ilmu (Noraini Othman, 2000: 17). Globalisasi adalah
dunia tanpa sempadan (boderless world), perkampungan dunia (global village) dan
langit terbuka (open sky) (Mustafa Daud, 2002: 188).
Agen penggerak utama globalisasi ini ialah kepantasan perkembangan
teknologi maklumat dan komunikasi. Teknologi maklumat dan komunikasi ini telah
menghapuskan batasan negara (borderless world) dan menjadikan dunia sebagai
Global Village (Ghazali Darussalam, 1998: 107). Segala pemikiran, ideologi,
budaya dan teknologi dari berbagai-bagai tempat di pelusuk dunia akan melimpah
memasuki ruang negara yang tiada sempadan ini. Akibatnya, pengaliran maklumat
berlaku dengan begitu pantas, sukar dikawal dan mempengaruhi pelbagai aspek
kehidupan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Banyak cabaran yang dihadapi oleh masyarakat dunia kini kesan daripada
globalisasi di mana masyarakat lebih mengagung-agungkan kepintaran yang
berasaskan kerasionalan (akal) dan dalam masa yang sama menolak aspek agama,
budaya dan adat resam dalam masyarakat. Secara tidak langsung, ia telah memberi
perubahan gaya hidup dan pembangunan minda yang tidak seimbang bagi
mempertahankan nilai-nilai indigenous dan tradisi yang bakal merosakkan generasi
5
muda, budaya dan gaya hidup yang tidak sihat dalam erti kata lain tidak bersahsiah
(Zawiyah Mat, 2005: 367).
Pada masa kini, gejala keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin ketara
dan amat menyedihkan kesan perubahan budaya yang dibawa dalam globalisasi sama
ada di Malaysia atau negara Barat sendiri. Seorang remaja bernama Ibbara dari
Sinaloa, Mexico telah membunuh empat orang ahli keluarga kakak iparnya semata-
mata kerana ingin diterima menjadi ahli kumpulan pengedar dadah (Ahmad Nazri
Mohamad, 2005).
Masih belum ada sejarah pelajar di Malaysia pergi ke sekolah membawa
sepucuk pistol untuk menembak rakan sekelas seperti di Sekolah Menengah
Columbine, Denver, Amerika Syarikat pada April 1999 di mana dua orang pelajar
membunuh 13 orang pelajar sebelum membunuh diri (Ahmad Nazri Mohamad,
2005). Walaupun keruntuhan akhlak remaja Malaysia belum separah seperti yang
dialami oleh negara-negara Barat, namun tanda-tanda keruntuhan generasi pelapis ini
seakan-akan semakin ketara setiap tahun.
Di Malaysia, fenomena keruntuhan akhlak ini sering mendapat perhatian di
kaca televisyen, akhbar-akhbar dan majalah-majalah yang memaparkan pelbagai kes
yang berlaku sama ada melibatkan pelajar sekolah atau remaja. Melalui perangkaan
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan pada tahun 1999, seramai 187
orang gadis ditangkap dan diserahkan kepada Pusat Pemulihan Akhlak di mana
mereka dikategorikan sebagai dilatih bagi pelacuran mengikut seksyen 7 (1).
Manakala pada tahun 2000, seramai 163 orang ditahan dan sepanjang 2001 pula,
seramai 141 orang gadis lagi ditangkap (Utusan Malaysia, 2 Disember 2003).
Berdasarkan statistik sebagaimana yang ditunjukkan dalam jadual 1.1 dan 1.2
di bawah, didapati bahawa kes-kes jenayah yang melibatkan pelajar semakin
bertambah dan ini amat membimbangkan seluruh ahli masyarakat di Malaysia.
6
Perlakuan jenayah pelajar bukan sahaja melibatkan kesalahan ringan seperti mencuri
tetapi turut melibatkan jenayah berat seperti bunuh dan rogol.
Jadual 1.1: Statistik jenayah membabitkan pelajar mengikut negeri bagi Januari
hingga Julai 2005
Negeri Bilangan Selangor 246 Kedah 202 Perak 190 Pahang 171 Terengganu 147 Kelantan 145 Melaka 131 Johor 71 Negeri Sembilan 71 Sarawak 60 Kuala Lumpur 54 Pulau Pinang 52 Sabah 29 Perlis 22
Jumlah 1591 (Sumber: Berita Harian, 6 September 2005)
Jadual 1.2: Jenayah kanak-kanak pelajar pada tahun 2004 hingga Julai 2005
Bil. Kesalahan 2004 2005 1. Bunuh 25 3 2. Rogol 25 27 3. Keganasan yang menyebabkan kecederaan parah 110 76 4. Keganasan yang menyebabkan kecederaan ringan 61 33 5. Samun berkumpulan 7 2 6. Samun bersenjata api 2 1 7. Samun tanpa senjata api 19 10 8. Mencuri 105 387 9. Ragut 16 18 10. Kes jenayah lain 158 188
Jumlah 528 745 (Sumber: Berita Harian, 6 September 2005)
7
Menurut Ahmad Nazri Mohamad (2005), terdapat beberapa pendapat dan
kajian yang menyatakan bahawa perlakuan jenayah remaja sama ada dadah, seksual
atau kekerasan berpunca daripada pengaruh persekitaran, keluarga, rakan-rakan dan
faktor hiburan. Jenayah remaja masa kini seolah-olah berkembang selari dengan
pembangunan fizikal yang dicapai oleh negara terutamanya dalam sektor teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT). Kemajuan-kemajuan ini bagaikan meracuni
pemikiran remaja sehingga menyebabkan jati diri dan jiwa remaja kelihatan semakin
rapuh hingga tiada pengawalan diri.
Pengarah Pusat Islam, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Amini Amir
Abdullah dalam Khalid Yasin (2004) ketika membentangkan kertas kerja berkaitan
cara menangani gejala sosial menurut perspektif Islam di Melaka baru-baru ini
berkata, semua pihak mesti berasa risau dengan gejala sosial kerana takut Allah akan
menghancurkan dan membinasakan semua manusia. Firman Allah:
[Quran: 1.4] Maksudnya: “Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya, maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu Kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.”
6; Abdullah Basmeih, 1999: 677) (Surah al-Isra’: 1
Sebenarnya, orang-orang kafir sentiasa berasa tidak senang hati melihat apa
sahaja yang dilakukan oleh orang-orang Islam sebagaimana yang dijelaskan oleh
Allah S.W.T di dalam firman-Nya:
8
[Quran: 1.5] Maksudnya: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.”
(Surah al-Baqarah: 120; Abdullah Basmeih, 1999: 46)
Secara kesimpulannya, gejala sosial yang berlaku pada masa kini berkait
rapat dengan globalisasi yang diwar-warkan oleh Barat dengan merujuk kepada
kaum Yahudi dan Nasrani. Sekiranya tiada kesedaran dan kajian yang dibuat, sudah
tentu budaya yang dibawa oleh Barat ini akan memberi implikasi yang besar
sehingga menimbulkan krisis dan kehilangan identiti diri dalam kehidupan seorang
muslim. Jika tiada inisiatif yang diambil untuk menyekat pengaruh globalisasi
terhadap dunia, tidak mustahil janji Tuhan sebagaimana yang dinyatakan dalam
[Quran 1.1] akan berlaku.
1.3 Pernyataan Masalah
Di Malaysia, kira-kira 600,000 orang pelajar sedang mengikuti pengajian
pada peringkat tertinggi di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta
(IPTS). Pelajar atau mahasiswa ini merupakan aset yang berharga di era globalisasi.
Setiap pelajar perlu diasuh dan dibancuh segala ramuannya bermula di institusi-
institusi masing-masing supaya graduan yang terhasil akan menjadi rakyat kelas
pertama yang mempunyai tahap pemikiran tinggi dan sahsiah diri yang cemerlang di
9
samping lebih kompetitif dan memiliki ketahanan fizikal dan mental (Khalid Yasin,
2005). Para pelajar perlulah berusaha untuk menyesuaikan diri dengan fenomena
globalisasi ini supaya tidak terpengaruh dengan budaya yang disebarkan oleh Barat.
Globalisasi merupakan suatu agenda golongan Yahudi dan Nasrani dalam
meyahudikan serta menasranikan umat dunia terutamanya umat Islam kerana kedua-
dua golongan ini selama-lamanya tidak akan redha dengan cara hidup dan nilai-nilai
murni yang dibawa oleh Islam (Siddig Ahmad, 2004: 4).
Kesan globalisasi ini bukan sahaja menimpa umat Islam pada masa kini, namun
ia telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w sejak 1400 tahun yang lalu dengan sabda
baginda yang berbunyi:
[Hadith: 1.3] Maksudnya: Daripada Abu Said r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sudah pastinya kamu akan mengikut cara hidup umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka masuk ke lubang Dhab sekalipun, kamu tetap mengikutinya” Kami bertanya, “Wahai Rasulullah, engkau maksudkan sebagai orang Yahudi dan Nasrani?” Rasulullah menjawab, “Siapa lagi (kalau bukan mereka).”
(H.R al-Bukhari, 1994: 190/8, Muslim, 2001: 1000)
Hadith di atas menjelaskan bahawa umat baginda s.a.w akan mengikut cara
hidup kaum Yahudi dan Nasrani sedikit demi sedikit. Gambaran inilah yang terjadi
pada masa kini dalam era globalisasi yang dipelopori oleh masyarakat Barat sehingga
menimbulkan pergolakan dalam kehidupan seharian sebagai seorang muslim
(Kamarul Azmi dan Nur Amirah, 2005: 372).
10
Globalisasi boleh memberi kesan langsung kepada empat aspek kehidupan
iaitu ekonomi, politik, sains dan teknologi serta budaya (Mohd. Adanan Isman, 2002:
43). Menurut Chandra Muzaffar dalam Zawiah (2005: 368) yang berpandangan
bahawa terdapat kesan positif dan negatif dalam menghadapi era globaisasi kini.
Namun begitu, kesan utama globalisasi daripada aspek budaya yang disebarkan oleh
masyarakat Barat kebanyakannya bersifat negatif. Jesteru itu, penyelidik merasakan
bahawa kajian ini perlu dilakukan untuk melihat pengaruh globalisasi terhadap
gaya hidup pelajar di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai.
1.4 Objektif Kajian
Fokus utama dalam kajian ini ialah:
1.4.1 Untuk mengenal pasti tahap pengaruh globalisasi di kalangan pelajar tahun
lima, Fakulti Pendidikan, UTM.
1.4.2 Untuk mengenal pasti gaya hidup pelajar tahun lima, Fakulti Pendidikan,
UTM.
1.4.3 Untuk melihat hubungan di antara pengaruh globalisasi dengan gaya
hidup pelajar.
1.4.4 Untuk mengenal pasti perbezaan antara pengaruh globalisasi dan gaya
hidup pelajar di antara jantina.
1.4 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian, persoalan yang dikaji adalah seperti berikut:
1.5.1 Apakah tahap pengaruh globalisasi di kalangan pelajar tahun lima, Fakulti
Pendidikan, UTM?
1.5.2 Apakah gaya hidup pelajar tahun lima, Fakulti Pendidikan, UTM?
1.5.3 Adakah terdapat hubungan di antara pengaruh globalisasi dengan gaya hidup
pelajar?
1.4.4 Adakah terdapat perbezaan antara pengaruh globalisasi dan gaya hidup di
kalangan pelajar merentas jantina?
Recommended