View
166
Download
2
Category
Preview:
DESCRIPTION
pendidikan jasmani
Citation preview
VENTILASI PULMONARI
Respirasi adalah dapat diertikan sebagai proses pertukaran gas dalam badan, iaitu
oksigen (O²) yang diperlukan tubuh untuk metabolisme sel dengan karbon dioksida (CO²) yang
dihasilkan dari metabolisme tersebut dikeluarkan dari tubuh melalui paru-paru. Respirasi boleh
berlaku dalam tiga langkah asas iaitu Ventilasi Pulmonari, Respirasi Eksternal dan Respirasi
Internal. Ventilasi Pulmonari adalah di mana udara akan disedut masuk dan dihembus keluar
dari paru-paru supaya udara yang berada dalam paru-paru akan sentiasa mengalir. Proses ini
juga dikenali sebagai pernafasan.
Robert Boyle telah mengemukakan Hukum Boyle yang menyatakan bahawa tekanan
berkadar songsang dengan isipadu. Ini bermakna apabila isipadu bekas tinggi, tekanan akan
menurun manakala sebaliknya apabila isipadu bekas kurang tekanan akan meningkat. Ventilasi
Pulmonari yang merupakan proses pernafasan di mana gas atau udara mengalir atau bergerak
antara atmosfera dan paru-paru disebabkan oleh perubahan tekanan udara dalam paru-paru.
Terdapat dua fasa penting dalam Ventilasi Pulmonari iaitu sedutan nafas ( inhalation),
proses pergerakan udara masuk ke paru-paru dan yang kedua adalah hembusan nafas
(exhalation), proses pergerakan udara keluar dari paru-paru. Perbezaan tekanan yang
disebabkan oleh perubahan isipadu paru-paru akan memaksa udara masuk semasa fasa
sedutan nafas dan keluar ketika fasa hembusan nafas.
Alveoli merupakan salah satu struktur dalam sistem respiratori. Alveoli turut dikenali
sebagai beg udara. Ia diselaputi oleh beribu-ribu kapilari darah yang membawa CO² untuk
proses penyerapan ke dalam alveoli dan membawa O² ke sistem peredaran darah. Ciri-ciri yang
terdapat pada alveoli adalah kecil, lembap, berdinding nipis, dan setiap kapilari mempunyai
banyak beg udara. Fasa sedutan nafas adalah merupakan proses di mana udara masuk ke
dalam paru-paru. Justeru itu, untuk membolehkan udara masuk ke dalam paru-paru, tekanan di
alveoli mestilah rendah daripada tekanan di atmosfera.
Keadaan ini boleh dicapai dengan meningkatkan isipadu paru-paru. Paru-paru pula
mestilah mengembang untuk meningkatkan isipadu paru-paru dan merendahkan tekanan udara
di dalam paru-paru. Salah satu otot yang terlibat adalah diafragma di mana pengecutan otot
diafragma akan menyebabkan ia mendatar dan meningkatkan dimensi toraks rongga. Dalam
pernafasan normal, diafragma akan menurun sebanyak 1 cm, dan menghasilkan tekanan udara
sebanyak 1 hingga 3 mmHg. 75% udara yang masuk ketika sedutan nafas adalah terhasil
daripada pengecutan otot diafragma.
Otot kedua yang terlibat dalam fasa sedutan nafas adalah external intercostal. Apabila
otot external intercostal mengecut, tulang rusuk akan terangkat ke atas. Ini akan meningkatkan
diameter rongga toraks. 25% udara yang masuk ketika sedutan nafas adalah hasil daripada
pengecutan otot external intercostal. Apabila kapasiti rongga toraks meningkat, maka isipadu
paru-paru juga akan meningkat sekaligus tekanan alveoli akan menurun. Tekanan udara adalah
sebanyak 760 – 758 mmHg. Perubahan tekanan akan menyebabkan udara bergerak dari luar
ke dalam paru-paru. Selagi ada perbezaan tekanan, maka udara akan terus masuk ke dalam
paru-paru.
Fasa hembusan nafas merupakan proses pergerakan udara keluar dari paru-paru. Ia
juga berlaku disebabkan oleh perubahan tekanan. Fasa ini berlaku apabila tekanan di dalam
paru-paru adalah lebih tinggi daripada tekanan di atmosfera. Tidak ada pengecutan otot berlaku
semasa fasa ini terjadi.
Hembusan nafas adalah hasil daripada ‘elastic recoil’ yang berlaku pada dinding toraks dan
paru-paru. Ia mempunyai kecenderungan untuk kembali ke bentuk asal selepas mengembang.
Apabila otot external intercostals mengendur, tulang rusuk akan menurun. Oleh itu, tekanan
dalam paru-paru akan meningkat. Maka, udara akan bergerak keluar; dari kawasan tekanan
tinggi ke kawasan tekanan rendah.
Recommended