View
8
Download
1
Category
Preview:
DESCRIPTION
VV
Citation preview
PENGENALAN
Pendidikan Kesihatan Pergigian adalah satu proses menyampaikan maklumat, memberi
motivasi dan membantu individu terlibat untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat serta
menyediakan satu keadaan perubahan persekitaran yang bersesuaian bagi mencapai
matlamat ke arah kesihatan oral yang baik. Pendidikan Kesihatan Pergigian boleh
dianggap sebagai proses memindahkan pembelajaran dari seorang personel pergigian
dalam aspek rawatan pergigian kepada masyarakat.
Falsafah utama dalam perancangan penyampaian kesihatan telah digubal dan
diisytiharkan di konferens WHO-UNICEF, Alma-Ata (USSR) pada tahun 1978. Setiap
usaha dalam menyampaikan Pendidikan Kesihatan Pergigian seharusnya bersesuaian
dengan kategori individu dalam sesebuah masyarakat. Pendidikan Kesihatan Pergigian
perlulah merujuk kepada matlamat pendidikan kesihatan iaitu ingin mendidik dan
memberi ilmu kesihatan kepada pesakit atau masyarakat, mengenali dan mengubah
sikap yang sedia ada dalam diri masyarakat, dan mengubah atau mengikis sikap yang
merugikan. Peringkat pendidikan pula terbahagi kepada tiga kategori iaitu pendidikan
kesihatan primer, pendidikan kesihatan sekunder dan peringkat kesihatan tertier.
Pendidikan Kesihatan Pergigian merangkumi pelbagai aspek. Ia juga boleh disampaikan
kepada masyarakat khususnya kepada golongan sasaran iaitu murid-murid sekolah yang
berusia 6-17 tahun melalui beberapa saluran mengikut kreativiti dan kesesuaian kategori
sasaran. Program ini diselaraskan sebagai satu langkah pencegahan untuk mencegah
1
berlakunya penyakit pergigian di samping memberikan pengetahuan tentang kesihatan
dan kebersihan mulut.
Program Pendidikan Kesihatan Pergigian ini biasanya dijalankan di sekolah-sekolah.
Antara aktiviti-aktiviti yang sering dilakukan ialah pameran, ceramah, pertandingan
melukis poster dan kuiz berkaitan kesihatan dan penjagaan mulut.
Perlaksanaan Pendidikan Kesihatan Pergigian adalah bagi mencapai satu atau lebih
matlamat kesihatan. Kepentingan pendidikan kesihatan yang dikenalpasti ialah
menyedarkan masyarakat terhadap kesihatan supaya masyarakat lebih peka dalam
penjagaan kesihatan pergigian sekaligus menimbulkan kesedaran dalam diri mereka.
Seterusnya ialah menyampaikan ilmu pengetahuan tentang kesihatan agar dapat
difahami oleh masyarakat seterusnya dapat dipraktikkan dan membolehkan mereka
mengubah sikap dari negatif ke positif. Penyampaian maklumat tentang pergigian
membolehkan individu atau masyarakat mengubah tingkahlaku sekaligus mengubah
status sosial individu dan masyarakat.
2
BAHAGIAN 1
Personel Kesihatan Pergigian sebagai Pendidik Kesihatan
Personel Kesihatan Pergigian adalah kumpulan pendidik ke arah kesihatan pergigian
yang terdiri daripada Pegawai Pergigian, Jururawat Pergigian, Guru Sekolah, Anggota-
Anggota Kesihatan, Persatuan-Persatuan Pergigian dan lain=lain personel seperti
pengeluar produk kesihatan pergigian. Personel Kesihatan Pergigian adalah sesiapa
yang mempengaruhi atau menyalurkan ilmu pengetahuan kepada kumpulan sasaran iaitu
pelajar-pelajar sekolah dalam proses kearah kesihatan khususnya dalam kesihatan
pergigian. Personel Kesihatan Pergigian berperanan untuk memastikan individu yang
sihat mempertahankan tahap kesihatannya. Personel juga perlu memastikan individu
yang sakit berusaha untuk meningkatkan tahap kesihatannya kepada tahap optimum
agar dapat hidup selesa dan sihat.
Sebelum mengemukakan teknik-teknik yang akan digunakan semasa memberi
pendidikan kesihatan pergigian, seorang personel haruslah mengenali dan menyelami
perasaan serta sikap subjek yang menjadi sasaran bagi memastikan penyampaian yang
lebih jitu dan berkesan. Personel kesihatan pergigian juga berperanan sebagai pendorong
tetapi dalam masa yang sama pesakit atau individu itu sendiri perlu menentukan
perubahan sikap dan membuat keputusan dalam pejagaan kesihatan pergigiannya.
3
Terdapat beberapa gaya atau sifat pendidik yang seringkali digunapakai dalam
menyampaikan ilmu pendidikan iaitu gaya memerintah, sifat kebapaan, gaya permisif
dan gaya bertolak ansur.
Gaya memerintah adalah bertujuan untuk mendapatkan perhatian sepenuhnya di mana
pendidik bertutur manakala pesakit mendengar. Gaya ini hanya sesuai untuk pesakit
yang sedia mendengar tetapi tidak bagi pesakit yang bersikap agresif dan mempunyai
pendirian sendiri. Sifat kebapaan pula bertujuan untuk melindungi pesakit. Pesakit akan
bertutur manakala pendidik akan mendengar sambil mengambil kesempatan untuk
mendorong pesakit dalam mengubah sikap mereka. Gaya ini memerlukan rasa tolak
ansur kedua-dua belah pihak. Kebaikan yang diperolehi ialah pesakit merasakan bahawa
mereka mendapat perhatian daripada pendidik. Ini memudahkan penyampaian
maklumat kepada pesakit.
Gaya permisif pula ialah dengan mengikut kehendak pesakit supaya tidak timbul
percanggahan emosi. Kebaikan menggunakan gaya ini ialah pesakit akan merasa senang
hati. Keburukan gaya ini ialah pendidik kurang memberi penjelasan dan akhirnya
pesakit akan terbiar. Gaya yang seterusnya dan yang terakhir ialah gaya bertolak ansur.
Melalui gaya ini, komunikasi dua hala dapat diwujudkan Sekaligus menimbulkan
suasana saling faham memahami, hormat menghormati dan saling percaya antara satu
sama lain.
4
Tidak dapat dinafikan bahawa personel kesihatan juga bertindak sebagai pendidik yang
mendidik pesakit dalam penjagaan kesihatan pergigian mempunyai tugas dan
tanggungjawab yang besar dalam mengendalikan pesakit dengan menggunakan sikap
dan gaya sesuai ketika berhadapan dengan pesakit. Oleh itu, personel haruslah bijak
untuk memilih gaya dan sikap ketika menyampaikan pengetahuan supaya maklumat dan
pengetahuan yang ingin disampaikan dapat memberi kesan yang terbaik kepada pesakit.
Personel juga boleh menggabungkan kesemua gaya dan sifat mengikut kesesuaian. Ini
bagi membolehkan pessakit dapat mengamalkan segala ajaran dan tunjuk ajar ketika di
rumah seterusnya memastikan tahap kesihatan pergigian berada di tahap yang baik.
Selain daripada peranan personel kesihatan dalam penjagaan kesihatan pergigian,
masyarakat juga turut terlibat dalam hal ini. Masyarakat seharusnya disedarkan dengan
menerapkan kepercayaan bahawa diri mereka juga mempunyai peluang untuk mendapat
penyakit. Mereka perlu diingatkan tentang penyakit yang merbahaya yang mungkin
selama ini dipandang enteng. Namun begitu, mencegah adalah lebih baik daripada
merawat dan ini sepatutnya diterapkan dalam diri setiap individu. Masyarakat perlulah
bekerjasama untuk merencanakan tindakan seperti membuat peraturan dan
melaksanakan tindakan-tindakan yang sewajarnya bagi memperbaiki kehidupan supaya
masyarakat menjadi lebih sihat. Masyarakat perlu membuat kesinambungan terhadap
program-program pendidikan kesihatan pergigian yang telah dianjurkan dengan
mengamalkan sikap positif dalam menerima pandangan personel kesihatan. Masyarakat
juga perlulah mengamalkan amalan pergigian yang telah diperolehi bagi memberikan
tahap kesihatan pergigian yang baik.
5
Dalam menyampaikan maklumat, pasti terdapat halangan-halangan yang dikatakan
menjadi punca kegagalan. Begitu juga dalam penyampaian Pendidikan Kesihatan
Pergigian Diantara halangan-halangan yang telah dikenalpasti ialah perbezaan pendapat
diantarra profesion kesihatan dan orang biasa tentang kepentingan penjagaan kesihatan
pergigian disebabkan informasi yang tidak mencukupi atau kurangnya pengetahuan
dikalangan mereka. Seterusnya ialah kesukaran pesakit menepati temujanji rawatan
pergigian. Ini mungkin disebabkan oleh kekangan masa kerana terlalu sibuk dengan
urusan-urusan lain. Masalah ekonomi juga tidak terlepas. Kekurangan pendapatan
menjadikan penjagaan pergigian sebagai pilihan yang kurang penting. Personaliti
seseorang personel juga merupakan halangan dalam menyampaikan maklumat seperti
kurangnya kesabaran personel dalam memberi rawatan kepada pesakit. Dari aspek
pentadbiran juga tidak seharusnya di ambil mudah. Pentadbiran yang kurang baik atau
kurangnya memberi perhatian kepada kebajikan pesakit boleh menjadi punca kegagalan
penyampaian maklumat. Konflik budaya, halangan bahasa, perasaan takut semasa diberi
rawatan, tingkahlaku samaada di pihak pesakit mahupun perawat merupakan halangan-
halangan lain dalam menyalurkan maklumat Pendidikan Kesihatan Pergigian.
Halangan-halangan dalam menyampaikan maklumat Pendidikan Kesihatan Pergigian
dapat diatasi dengan kerjasama antara kedua-dua belah pihak. Sudah menjadi
tanggungjawab bagi semua pihak bagi memastikan kejayaan aktiviti promosi pendidikan
Kesihatan Pergigian. Dengan kerjasama dan rasa tanggungjawab semua pihak, matlamat
Pendidikan Kesihatan Pergigian pasti akan dapat dicapai sekaligus menjadikan status
6
kesihatan pergigian lebih baik. Faktor-faktor yang menjadi penggalak dalam
memberikan pendidikan kesihatan pergigian bermula dari diri individu itu sendiri.
Perawat terdiri daripada doktor dan jururawat pergigian manakala dalam bahagian
pendidikan pula ialah guru sekolah, organisasi dan masyarakat. Guru-guru dalam
bahagian pendidikan sebharusnya menggunakan cara dan kemudahan yang telah
disediakan sebaik mungkin bagi medapatkan hasil yang maksima. Setiap individu
merupakan faktor penggalak yang terbaik dalam memperbaiki kehidupan supaya
menjadi lebih sihat. Sebagai perawat, peranan dan tanggungjawab dalam melaksanakan
program pendidikan haruslah dipikul sebaik mungkin. Masyarakat pula haurslah
memberi kerjasama dalam perlaksanaan tindakan sewajarnya. Bagi sesebuah organisasi,
Pendidikan Kesihatan Pergigian merupakan cara untuk mendapatkan kesan yang
maksimum berbanding perkhidmatan kesihatan yang sedia ada.
7
BAHAGIAN 2
Keterangan mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dirancang serta
kepentingannya
Pendidikan kesihatan Pergigian dilaksanakan bagi tujuan menyalurkan ilmu
pengetahuan mengenai kepentingan penjagaan kesihatan pergigian serta mengubah cara
penjagaan pergigian supaya menjadi lebih baik. Bagi mencapai tujuan tersebut,
pendidikan kesihatan pergigian bolehlah dijalankan dalam beberapa cara mengikut
kesesuaian kumpulan sasaran. Pemilihan cara penyampaian maklumat kesihatan perlu
mengambilkira faktor usia dan subjek yang ingin disampaikan supaya ia mudah diterima
dan dapat memberikan kesan yang mendalam. Personel juga perlu bijak mewujudkan
susasana yang bercorak ke arah pembelajaran yang sesuai supaya dapat menarik minat
kumpulan sasaran dan bersesuaian dengan tahap pemikiran mereka.
a) CERAMAH
Ceramah adalah penyampaian secara pertuturan di antara pendidik kesihatan kepada
kumpulan sasaran. Ceramah perlu diteliti dari aspek mutu dan keberkesanannya. Untuk
menjadi penceramah yang baik, terdapat beberapa prinsip yang perlu diambilkira.
Antaranya ialah mengenalpasti kumpulan sasaran sebelum menyiapkan isi ceramah.
Rujukan perlu dibuat bagi memastikan tajuk atau perkara yang ingin dibincangkan
difahami. Isi ceramah haruslah disiapkan mengikut turutan dan sistematik bagi
memudahkan penerimaan dan kefahaman kumpulan sasaran. Dalam menyampaikan
8
ceramah, sokongan oleh penggunaan alat pandang dengar yang sesuai akan menjadikan
sesi ceramah lebih menarik dan berkesan. Penggunaan bahasa dan nada suara juga
memainkan peranan penting dalam penyampaian ceramah. “Body gesture” (gerakan
tubuh badan) juga penting kerana melalui gerak tubuh badan, pendengar dapat menilai
diri seseorang penceramah itu. Yang terakhir ialah perlunya “eye-contact” antara
penceramah dengan pendengar. Ini akan dapat mewujudkan interaksi antara kedua-dua
pihak. Dalam menyampaikan ceramah, beberapa alat pandang dengar yang seringkali
digunakan ialah komputer riba, LCD, transperansi dan skrin. Mikrofon dan pembesar
suara juga turut digunakan bagi memastikan suara penceramah dapat didengari dengan
jelas. Berikut ialah contoh Pelan Mengajar (Lesson Plan) bagi sesebuah ceramah .
NAMA JURURAWAT : SITI NURZAFIRAH BINTI MIZLAN
TARIKH : 2 JUN 2010 (RABU)
SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SETIAWANGSA
DARJAH : 2 BISTARI
BIL MURID : 40 ORANG
MASA : 2.00 PETANG – 3.00 PETANG
TEMPAT : BILIK DARJAH
TAJUK : CARA-CARA MENJAGA KEBERSIHAN DAN KESIHATAN
PERGIGIAN
OBJEKTIF UMUM :
1. Mengetahui cara-cara menjaga kebersihan dan kesihatan pergigian
9
OBJEKTIF SPESIFIK :
1. Menerangkan cara-cara menjaga kebersihan dan kesihatan pergigian
2. Menjelaskan secara ringkas kepentingan penjagaan kebersihan dan kesihatan
pergigian
3. Menjelaskan secara ringkas akibat tidak menjaga kebersihan dan kesihatan
pergigian
MASA
ISI
KANDUNGAN
AKTIVITI
PENCERAMAH
AKTIVITI
MURID ABM PENILAIAN
5 minit Set induksi 1)Memperkenalkan
diri dan menyatakan
tujuan ceramah
1)Mendengar Mikrofon Pemerhatian
5 minit PENGENALAN
Memberi
pengenalan
terhadap tajuk
ceramah
Menerangkan secara
ringkas tentang tajuk
ceramah
Menyoal tentang
kefahaman murid
sebelum ceramah
Mendengar
Menjawab
Mikrofon
Laptop
(Power
point)
Soal jawab
Pemerhatian
10
minit
OBJEKTIF 1
Menerangkan cara-
cara menjaga
kebersihan dan
kesihatan
Menunjukkan dan
menerangkan
gambar-gambar yang
berkaitan dengan
cara-cara menjaga
Melihat
Mendengar
Menyoal
Menjawab
Mikrofon
Laptop
(Power
point)
LCD
Pemerhatian
Perbincangan
Soal jawab
10
pergigian
o Memberus
gigi
o Mengguna
kan flos
o Makan
makanan
seimbang
o Pemeriksaa
n berkala
kebersihan dan
kesihatan pergigian
Menyoal untuk
mengetahui tahap
kefahaman murid-
murid
Visualizer
10
minit
OBJEKTIF 2
Menjelaskan
secara ringkas
kepentingan
penjagaan
kebersihan dan
kesihatan
pergigian
Menunjukkan dan
menerangkan
gambar-gambar yang
berkaitan dengan
kepentingan
penjagaan kebersihan
dan kesihatan
pergigian
Menyoal untuk
mengetahui tahap
kefahaman murid-
murid
Memerhati
Mendengar
Menjawab
Mikrofon
Laptop
(Power
point)
LCD
Visualizer
Pemerhatian
Perbincangan
Soal jawab
11
10
minit
OBJEKTIF 3
Menerangkan
secara ringkas
akibat tidak
menjaga
kebersihan dan
kesihatan
pergigian dengan
baik
Menunjukkan dan
menjelaskan gambar-
gambar yang
berkaitan dengan
akibat tidak menjaga
kebersihan dan
kesihatan pergigian
Menyoal untuk
mengetahui tahap
kefahaman murid-
murid
Memerhati
Mendengar
Menjawab
Mikrofon
Laptop
(Power
point)
LCD
Visualizer
Pemerhatian
Perbincangan
Soal jawab
5 minit PENUTUP
Rumusan
Membuat kesimpulan
untuk kesemua
objektif yang telah
dibincangkan
Mendengar
Menyoal
Menjawab
Mikrofon
Laptop
(Power
point)
Pemerhatian
Perbincangan
Soal jawab
b) PAMERAN
Pameran bertujuan untuk menyampaikan mesej kepada kumpulan masyarakat. Ia
memerlukan persiapan yang teliti dan kesabaran. Penyediaan pameran memerlukan
12
kerjasama kumpulan dalam organisasi. Prinsip asas yang perlu diambilkira dalam
membuat persediaan pameran ialah dengan menentukan objektif dan matlamat
pameran. Kumpulan sasaran, latarbelakang kumpulan sasaran dan saiz kumpulan
sasaran juga perlu dikenalpasti semasa dalam penyediaan pameran. Begitu juga
dengan tempat pameran bakal diadakan dan peralatan sedia ada yang boleh
digunakan perlu dititikberatkan. Yang terakhir adalah mengenalpasti skop topik
pameran dan bahasa yang akan digunakan dalam pameran. Berikut ialah contoh
persediaan bagi membuat pameran.
PAMERAN TENTANG CARA-CARA MENJAGA KEBERSIHAN DAN
KESIHATAN PERGIGIAN
Objektif
1. Menerangkan cara-cara menjaga kebersihan dan kesihatan pergigian
2. Menjelaskan secara ringkas kepentingan penjagaan kebersihan dan kesihatan
pergigian
3. Menjelaskan secara ringkas akibat tidak menjaga kebersihan dan kesihatan
pergigian
Kumpulan sasaran
Murid-murid sekolah darjah 1-3 dan guru-guru sekolah
Maklumat yang bakal diberi
1. Cara menjaga kebersihan dan kesihatan pergigian
2. Kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan pergigian
3. Akibat tidak menjaga kebersihan dan kesihatan pergigian
13
SENARAI TUGAS PAMERAN
TUGAS PELAKSANA
Penyediaan bahan-bahan pameran Jururawat Pergigian
Pembantu Pembedahan Pergigian
Penyediaan surat kebenaran, dewan,
peralatan pameran dan kenderaan
Jururawat Pergigian
Pembantu Pembedahan Pergigian
Atendan
Pemandu
KUANTITI PERALATAN UNTUK PAMERAN
PERALATAN KUANTITI
Papan pameran 3
Meja 4
Kerusi 4
Lokasi : Dewan Sk Taman Setiawangsa
Tarikh : 2-3 JUN 2010
c) PERTUNJUKKAN BONEKA
Dalam pertunjukkan boneka, persediaan utama yang perlu dilakukan ialah
menyediakan puppet/muppet dan rumah boneka serta perhiasan yang berkaitan
14
seperti gambar latarbelakang cerita. Persediaan rakaman muzik, cerita dan skrip
yang berkaitan perlu disediakan mengikut kesesuaian umur kumpulan sasaran.
Latihan bagi pertunjukkan juga harus dilakukan bagi memastikan kelancaran
pertunjukkan.
Selain kaedah penyampaian yang diterangkan di atas, beberapa kaedah yang boleh
dilakukan ialah tayangn video. Selaras dengan kemajuan teknologi sekarang,
pastinya aktiviti ini dapat menarik minat kumpulan sasaran. Tayangan video yang
ditayangkan haruslah mempunyai kaitan dengan kesihatan mulut supaya murid-
murid dapat menikmati tayangan sekaligus mendapat pengetahuan tentang kesihatan
pergigian.
BAHAGIAN 3
Perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang telah disusun dan penilaian
aktiviti
15
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan perlu dilaksanakan dengan sistematik dan
berperingkat-peringkat. Aktiviti Pendidikan Kesihatan Pergigian perlu dilihat melaui
3 peringkat iaitu sebelum, semasa perlaksanaan dan sesi penilaian. Sebelum sesi
perlaksanaan, kita perlu melihat daripada segi bilangan bagi menentukan bahan,
umur dan keupayaan di mana kesemua ini akan mempengaruhi jenis aktiviti dan
sumber. Selain itu, kefahaman atau pengetahuan sedia ada serta tempat haruslah
dipastikan terlebih dahulu supaya aktiviti dapat dilaksanakan dengan baik. Sebelum
aktiviti pendidikan kesihatan pergigian dijalankan, tempoh masa yang diperlukan,
sumber tenaga yang akan digunakan dan juga peralatan perlu disediakan bagi
memastikan kelancaran aktiviti. Langkah berwaspada dan bersedia haruslah diambil
bagi sebarang kemungkinan dengan menyediakan bahan alternatif sekiranya berlaku
sebarang masalah semasa aktiviti dijalankan. Selain itu, personel haruslah
memastikan bahawa surat kebenaran penggunaan dewan sekolah telah diluluskan
oleh guru besar dan para guru telah dimaklumkan tentang perlaksanaan pameran
yang akan berlangsung di sekolah tersebut.
Semasa perlaksanaan pula, aspek yang perlu dititikberatkan ialah pelan mengajar,
objektif, tajuk, kaedah yang sesuai dengan kumpulan sasaran, bahan pengajaran
yang sesuai dan konsep mengajar berdasarkan ingatan. Peralatan dan bahan-bahan
yang diperlukan disediakan mengikut keperluan. Bagi memudahkan perjalanan
aktiviti, setiap kelas dipanggil secara berperingkat dan diberikan masa yang tertentu
untuk mengunjungi pameran supaya semua murid dan guru berpeluang untuk
menghadiri pameran tersebut.
16
Melalui aktiviti ini, murid-murid akan mendapat gambaran yang lebih jelas tentang
penjagaan kesihatan pergigian melalu pembacaan maklumat pada papan pameran
serta dapat melihat dengan lebih dekat lagi tentang penyakit pergigian melalui
gambar-gambar yang disediakan. Ini dapat memberi kesedaran kepada kumpulan
sasaran tentang kepentingan menjaga kesihatan gigi. Maklumat tambahan juga dapat
diperolehi dan dapat disebarkan kepada lebih ramai orang melalui penyebaran
risalah semasa pameran berlangsung.
Kelemahan bagi aktiviti ini ialah maklumat yang disampaikan adalah secara umum
di mana tidak spesifik kepada peringkat umur. Ini mungkin mengakibatkan
kesukaran untuk memahami apa yang hendak disampaikan bagi sesetengah murid.
KESIMPULAN
17
Perancangan yang teratur semestinya memerlukan tenaga,daya usaha, dan tempoh
masa yang banyak pada permulaannnya. Namun begitu, ia akan memberikan
pulangan yang memuaskan jika dirancang dengan baik.
Pemilihan aktiviti yang dibuat adalah penting agar dapat memberikan kesan kepada
diri murid-murid supaya dapat menimbulkan minat mereka terhadap apa yang cuba
disampaikan oleh personel kepada mereka. Pemilihan aktiviti yang bersesuaian
mengikut umur memastikan agar mereka dapat memahami apa yang cuba
disampaikan. Ini akan mendorong mereka menjaga tahap kesihatan gigi dan tubuh
badan berdasarkan pengetahuan yang mereka perolehi. Selain itu, individu juga
dapat memikirkan isu-isu kesihatan yang dianggap penting untuk dirinya mahupun
masyarakat sekeliling
Pendidikan kesihatan yang diberikan haruslah difahami dan diterima oleh kumpulan
sasaran. Kaedah yang digunakan haruslah selari dengan matlamat personel
pergigian. Oleh itu, pendidik haruslah berusaha supaya ilmu yang disampaikan dapat
difahami oleh kumpulan sasaran sekaligus dapat menimbulkan kepekaan dan
kesedaran dalam diri individu.
Melalui program ini juga, murid-murid dapat disedarkan tentang kepentingan
penjagaan kesihatan pergigian yang berterusan dapat menjamin kesihatan pergigian
yang berpanjangan. Apabila individu telah mendapat hasil daripada program
pendidikan kesihatan, pastinya perubahan sikap akan menjadi lebih mudah di
18
samping dengan semangat untuk menjadi seorang yang lebih positif dalam
penjagaan kesihatan diri.
RUJUKAN
19
1. Kadir Rahimah Abdul, Pendidikan Kesihatan Pergigian, Cetakan Pertama 1995,
Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1-105
2. Nota Pendidikan Kesihatan pergigian untuk Jururawat Pergigian Pelatih, Puan
Raja Nor Shamsiah Raja Hussin
3. Nota Promosi Kesihatan Pergigian, Dr Azhani binti Ismail
4. Buku panduan kesihatan pergigian, bahagian kesihatan pergigian, Kementerian
Kesihatan Malaysia, 2005
LAMPIRAN
Contoh-contoh aktiviti Pendidikan Kesihatan Pergigian
20
Recommended