View
1
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
SULIT 1249/1
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAHWILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
SEJARAH
KERTAS 1
Satu jam
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
4. Jika anda hendak menukarkan jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.
Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak.
[Lihat halaman sebelah
Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putajaya SULIT
SULIT 2 1249/1
Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.
1. Apakah kepentingan sistem penanaman bergilir yang diamalkan oleh Dinasti
Tang di China?
A. Meminimumkan kos
B. Menjimatkan masa
C. Mengurangkan tenaga kerja
D. Mengekalkan kesuburan tanah
2. Binaan di atas merujuk kepada binaan
A. Pantheon
B. Aqueduct
C. Acropolis
D. Colloseum
3. Apakah faktor yang menyebabkan kerajaan Angkor menjadi sebuah kerajaan
yang ulung di Asia Tenggara?
I. Perancangan bandar teratur
II. Terlindung daripada bencana alam
III. Berhampiran Tasik Tonle Sap
IV. Iklim sesuai untuk pertanian
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
4. Apakah persamaan antara kedua-dua kerajaan di atas?
Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putajaya SULIT
Kerajaan Zaman
Kedah Tua Abad ke-5M. hingga ke-13M.
Srivijaya Abad ke-7M. hingga ke-13 M.
Saliran air bawah tanah Mengawal banjir
SULIT 3 1249/1
A. Perluasan kuasa
B. Sistem baray yang maju
C. Pusat pengajian agama Hindu
D. Ekonomi berasaskan perdagangan
5. Nabi Muhammad s.a.w digelar al-amin oleh orang Arab Quirasy. Mengapakah
baginda digelar al-amin?
A. Handal berperang
B. Sikap pemurah
C. Bijak berkata-kata
D. Sentiasa dipercayai
6. Salah satu daripada ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah
menyarankan prinsip persamaan taraf manusia. Mengapakah kaum Quraisy
Makkah begitu menentang ajaran ini?
A. Bertentangan dengan sistem sosial masyarakat Arab Jahiliah
B. Enggan tunduk kepada kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w
C. Bimbang keturunan Bani Hashim menguasai kepimpinan di Makkah
D. Menggugat kegiatan perdagangan kaum Quraisy
Gambar 1
7. Gambar di atas merupakan sambutan Maal Hijrah yang diadakan setiap tahun di
Malaysia. Mengapakah sambutan ini diadakan?
A. Perjuangan umat Islam
B. Turunnya wahyu pertama
Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putajaya SULIT
SULIT 4 1249/1
C. Pembukaan Kota Makkah
D. Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w
8. Apakah kepentingan peristiwa pembukaan Kota Makkah terhadap kerajaan Islam
Madinah?
A. Meningkatkan kemajuan ekonomi
B. Penerusan sistem kabilah
C. Memperkukuh negara
D. Pertambahan penduduk
9. Maklumat yang berikut berkaitan dengan pembaharuan yang telah dilaksanakan
Khalifah Abu Bakar as-Siddiq.
Apakah perubahan yang diperkenalkan bagi tujuan tersebut?
A. Bayaran gaji untuk tentera
B. Elaun tambahan bagi tentera
C. Membentuk pasukan tentera elit
D. Menyelaraskan pakaian seragam tentera
10. Antara berikut, yang manakah merujuk kepada pernyataan di atas?
I. Penggunaan baja kimia
II. Pembinaan sistem saliran
III. Penghasilan benih berkualiti
IV. Perekaan peralatan pertanian
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putajaya SULIT
Kerajaan Bani Umaiyah di Andalusia berjaya memajukan pertaniannya.
Memantapkan sistem pertahanan negara
SULIT 5 1249/1
11. Pembukaan bandar-bandar besar telah melahirkan kelas pertengahan seperti
artisan, pedagang, dan ahli perbankan.
Bagaimanakah taraf sosial diukur berdasarkan keadaan baru tersebut?
A. Kekayaan
B. Jumlah hamba
C. Pemilikan tanah
D. Kegiatan ekonomi
12. Mengapakah negara di Timur menjadi sasaran orang Eropah pada abad ke-16?
A. Memasarkan hasil keluaran
B. Membekalkan tenaga buruh
C. Memajukan masyarakat tempatan
D. Mempunyai kekayaan sumber alam
Gambar 2
13. Gambar 2 menunjukkan kapal korek di Tanah Melayu. Apakah kesan penggunaan
jentera tersebut terhadap kegiatan perlombongan bijih timah pada abad ke-20?
A. Lombong orang Cina terpaksa ditutup
B. Pembesar Melayu menyediakan modal
C. Kuala Lumpur merupakan pusat pengeluaran
D. Syarikat Eropah pengeluar utama
Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putajaya SULIT
SULIT 6 1249/1
14. Apakah implikasi daripada sistem pendidikan di atas?
A. Pengasingan kaum
B. Sukatan pelajaran selaras
C. Pegawai kerajaan bertambah
D. Pengurusan tenaga pengajar mudah
15. Apakah peranan tokoh-tokoh berikut dalam kerajaan Acheh
Hamzah al-Fansuri
Syamsudin al-Sumaterani
A. Ketua istana B. Penasihat raja C. Pemungut cukai D. Ketua adat istana
16. Akta berikut bertujuan melindungi hak milik tanah peribumi dari dicerobohi oleh pengusaha asing
Tahun Akta 1931 Land Order1933 Land Settlement Order
Mengikut akta tersebut, apakah syarat pemindahan hak milik tanah? A. Perjanjian B. Perwarisan C. Rundingan D. Pembayaran 17. Jadual berikut menunjukkan syarikat insurans tempatan
Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putajaya SULIT
Sistem Pendidikan
SULIT 7 1249/1
Tempat Syarikat Insurans
Singapura Straits Insurance LimitedPulau Pinang Khean Guan Insurance
Limited
Apakah faktor penubuhan insurans tersebut?
A. Perintah kerajaan B. Perkembangan ekonomi C. Peningkatan taraf hidup D. Pengekalan taraf hidup
18. Apakah kesan keadaan ekonomi berikut?
Perkembangan perusahaan getah Perkembangan perlombongan
A. kemasukan buruh asing B. Peningkatan taraf hidup C. Pembangunan seimbang D. Kelemahan pemerintahan
19. Nilai eksport getah telah merosot pada Zaman Kemelesetan Ekonomi Dunia. Apakah implikasi dari keadaan tersebut?
A. Persaingan kuasa-kuasa Barat B. Ketidakstabilan politik negara C. Kemunduran ekonomi tempatan D. Peningkatan pendapatan pekebun kecil
Sistem Encomienda telah diperkenalkan oleh Sepanyol di Filipina
20. Mengapakah penduduk Filipina tidak berpuas hati terhadap sistem ini?A. Cukai yang membebankan B. Ekonomi saradiri terjejasC. Perdagangan tukar barang tergangguD. Perusahaan tradisional terancam
21. Apakah implikasi perlaksanaan birokrasi barat kepada Negara Thai?A. Penguasaan ekonomi oleh pembesarB. Pengekalan kemerdekaanC. Pemantapan kuasa rajaD. Persaingan kuasa Barat
22. Andaikan anda seorang pembesar tempatan di Pasir Salak, Perak semasa British memperkenalkan pentadbiran Barat.
Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putajaya SULIT
SULIT 8 1249/1
Mengapakah anda menentang British?I Hilang kawasan peganganII Hak memungut cukai terhapusIII Tanah peribumi dirampasIV Mengubah sempadan negeri
A. I dan IIB. I dan IVC. II dan IIID. III dan IV
23. Jadual di bawah menerangkan novel yang diterbitkan sebelum Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu.Tajuk novel Melor Kuala LumpurPengarang Harun AminurrasyidTahun terbitan 1930-an
Apakah mesej yang disampaikan oleh pengarang dalam novel tersebut?A. Mencintai tanah airB. Menghargai warisan bangsaC. Kebebasan kaum wanitaD. Perpaduan antara kaum
24. Gerakan Islah bertujuan membetulkan pandangan orang Melayu terhadap Islam. Apakah saranan gerakan tersebut kepada orang Melayu?A. Mengutamakan pemimpinB. Memelihara warisan tradisiC. Berani mengkritik penjajahD. Perpaduan antara kaum
25. Tokoh berikut telah Berjaya menyatukan Negara masing-masing pada abad ke 19.
Count Camillo Benso di Cavour – Itali Otto Eduard Von Bismarck - Jerman
Bagaimanakah mereka Berjaya melakukan penyatuan tersebut?A. Mewujudkan pakatan strategicB. menyekat pengaruh agamaC. mengamalkan realpolitikD. melaksanakan sistem perundingan
26. Maklumat berikut merujuk kepada perlembagaan kerajaan Melayu.
Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu
Apakah persamaan kandungan kedua-dua perlembagaan tersebut?I Raja dipilih melalui sistem giliran
Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putajaya SULIT
SULIT 9 1249/1
II cukai tanah dikuatkuasakanIII Islam sebagai agama rasmiIV Raja mesti berbangsa Melayu
A. I dan IIB. I dan IVC. II dan IIID. III dan 1V
27. Apakah muslihat British memperkenalkan Malayan Union di Tanah Melayu pada tahun 1946?
A. Menyekat pengaruh dan campur tangan luarB. Mendapatkan sokongan penduduk tempatanC. Mengurangkan kemasukan orang dagangD. Menghapuskan negara dan bangsa Melayu
Tarikh Peristiwa
8 Februari 1946Vyner Brooke menyerahkan Sarawak
kepada kerajaan British.
28. Mengapakah penyerahan tersebut ditentang oleh pemimpin dan persatuan kaum tempatan Sarawak?A. Penentangan Majlis NegeriB. Penipuan terhadap pembesarC. Penghapusan hak istimewa pribumiD. Bercanggah dengan Perlembagaan 1941
29. Apakah kepentingan sistem ahli yang diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1951?
A. Mengukuhkan kuasa penjajahB. Memelihara hak penduduk peribumiC. Melatih pemimpin dalam pentadbiranD. Memperaku kuasa pembesar tempatan
30. Suruhanjaya Reid dibentuk pada tahun 1956, apakah tugas suruhanjaya tersebut?A. Menguruskan pilihanrayaB. Menghalang ancaman komunisC. Merangka perlembagaan merdekaD. Merancang pembangunan ekonomi
31. Dialog berikut menggambarkan reaksi awal penduduk Sabah dan Sarawak terhadap cadangan pembentukan Malaysia
Penduduk Sabah : Kami ingin kekal di bawah pemerintahan BritishPenduduk Sarawak : Penyertaan Sarawak dalam Malaysia membolehkan negeri ini mendapat
Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putajaya SULIT
SULIT 10 1249/1
kemerdekaan. Tetapi, kami juga menolak cadangan itu.
Mengapakah penduduk negeri-negeri tersebut bertindak demikian?A. Hasutan parti berhaluan kiriB. Masalah ketidakseimbangan pendudukC. Bimbang kehilangan kebebasan bersuaraD. Kurang yakin untuk membentuk kerajaan sendiri
32. Mengapakah kerajaan Malaysia mengambil tindakan berikut pada sekitar tahun 1963 – 1966?
Mendapat bantuan tentera Komanwel Melawat Negara Afrika bagi menjelaskan masalah Menghantar bantahan kepada Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu
A. Pembinaan pangkalan tentera kuasa asingB. Dasar konfrontasi negara jiranC. Ancaman komunisD. Pergolakan politik
33. Lagu Negaraku merupakanlagu kebangsaan Negara kita. Apakah nilai yang ada pada baris ketiga lagu tersebut?A. Taat kepada rajaB. Hidup bersatu paduC. Bersyukur dengan nikmatD. Sanggup berkorban nyawa
34. Apakah kepentingan lambang berikut kepada rakyat Malaysia?
A. Meningkatkan taraf hidupB. Menyuburkan sifat taat setiaC. Menghadapi cabaran globalisasiD. Menerapkan semangat kenegerian
35. Apakah masalah yang dikenal pasti dalam Kajian Dasar Perindustrian Malaysia?A. Kelebihan guna tenaga kerjaB. Kekurangan tenaga kerja mahirC. Kelemahan dalam pemilikan modalD. Kelemahan dalam struktur perindustrian
Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putajaya SULIT
SULIT 11 1249/1
36. Gambar di atas merujuk kepada Jata Negara.
Apakah maksud cogan kata “ Bersekutu Bertambah Mutu” yang tertera di bawah perisai tersebut?A. Usaha gigih memajukan NegaraB. Semangat permuafakatan mengeratkan perpaduanC. Kestabilan polotik menjamin kejayaanD. Amalan toleransi untuk kepentingan bersama
37. Pernyataan berikut merujuk kepada pengisytiharan yang dibuat dalam Mesyuarat CHOGM di Malaysia pada tahun 1989.
DEKLARASI LANGKAWI Apakah tanggungjawab Negara anggota menurut pengisytiharan tersebut?
A. Menolak Dasar AparteidB. Mengatasi masalah pencemaranC. Menghapuskan ancaman kegiatan komunisD. Memerangi gejala penyalahgunaan dadah
38. Senarai konsep berikut diisytiharkan oleh Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) sejak penubuhannya.
Konsep ZOPFAN Konsep Zon Bebas Senjata Nuklear
Apakah matlamat pengisytiharan konsep tersebut?A. Mewujudkan kerjasama ketenteraanB. Memantapkan sistem pentadbiranC. Melindungi hak asasi manusiaD. Menjamin keamanan serantau
39. Perang Dingin berlaku sejak tamatnya Perang Dunia Kedua sehinggalah tahun 1989. Apakah punca perang tersebut?
A. Perebutan sumber ekonomiB. Perkembangan kegiatan pengganas
Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putajaya SULIT
SULIT 12 1249/1
C. Pemansuhan sistem berajaD. Perbezaan ideologi politik
40. Bagaimanakah kerajaan Malaysia berusaha menjayakan matlamat k-masyarakat berikutMelahirkan masyarakat yang sentiasa berusaha
memperkaya diri dengan pengetahuan agar dapat bersaing secara berterusan.
I Meningkatkan infrastruktur jalanrayaII Menggunakan kurikulum bersifat kreatifIII Melengkapkan prasarana teknologi maklumatIV Melonggarkan syarat kemasukkan ke university
A. I dan IIB. I dan IVC. II dan IVD. III DAN IV
-----SOALAN TAMAT----------
DISEDIAKAN OLEH:SMK PP16(1)
SMK PUTRAJAYA PRESINT 1
Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putajaya SULIT
SULIT 13 1249/1
Kertas 1Jawapan
1. D2. B3. C4. D5. D6. A7. A8. C9. A10. B
11. A12. D13. D14. A15. B16. B17. B18. A19. C20. A
21. B22. A23. C24. C25. C26. D27. D28. D29. C30. C
31. A32. B33. B34. B35. C36. B37. A38. D39. D40. C
Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putajaya SULIT
Recommended