View
219
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
8/14/2019 Zainal Abidin Bin Ahmad
1/8
KERJA KURSUS FALSAFAH DAN
LOGIKA MELAYU
TOKOH FALSAFAH
AKSIOLOGI ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD (ZAABA)
NAMA: SHAHRIZAL ASWAN BIN SHAHBUDDIN
NO. PENDAFTARAN: JEA080125
NO.I/C: 880610-08-6963
NAMA PENSYARAH: DR. AMRAN BIN MUHAMMAD
NAMA TUTOR: CIK SITI HADIJAH BINTI ABD RAHMAN
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
FALSAFAH ZABA
Nama sebenar Zaba ialah Zainal Abidin Bin Ahmad.Beliau merupakan
ahli bahasa yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan Bahasa
8/14/2019 Zainal Abidin Bin Ahmad
2/8
Melayu.Beliau dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Bukit
Kerdas,Batu Kikir,Jempol,Negeri Sembilan.Khatam Al Quran ketika berusia 7
tahun,menghafal surah Yassin dan berzanji.Bersekolah ketika berusia 12
tahun di Sekolah Melayu Batu Kikir kemudian bertukar ke Sekolah Melayu
Linggi untuk pengajian Arab dan Islam lanjut.Pada 1915,tamat Senior
Cambridge,menjadi pemuda Melayu pertama dari Negeri Sembilan yang
menamatkan tingkatan 1 ke Senior Cambridge dalam tempoh 6 tahun.
Beliau mula menulis dengan serius ketika berkhidmat sebagai guru
sandaran di Johor Bharu pada tahun 1916.Rencana pertamanya berjudul
Temasya Mandi Safar di Tanjung Kling telah diterbitkan sebanyak 2 kali
oleh Utusan Melayu.Ketika berkhidmat di Koleh Latihan Sultan Idris beliau
memusatkan usahanya menggabung tatabahasa Arab dan Inggeris ke dalam
Bahasa Melayu dan menggunakan aturan tatabahas a tersebut dalam
penerbitan buku teks sekolah dan bahan bacaan umum.
Perkahwinan pertama beliau pada tahun 1917 tidak kekal tetapi
mempunyai seorang anak perempuan yang dibesarkannya kemudian beliau
berkahwin dengan Fatimah Umar.Beliau meneruskan penulisannya dan
usaha pertamanya Umbi Kemajuan diterbitkan pada tahun 1932.Beliau aktif
dalam khidmat masyarakat termasuk menjadi penasihat umum bagi
Persaudaraan Sahabat Pena Malaya pada 1937 dan pada 1945 menjadi
sebagai Yang Dipertua Persatuan Melayu Selangor.Tahun 1946,di kongres
beliau menentang pembentukan Malayan Union kemudian dilantik sebagai
ahli jawatankuasa bagi jawatankuasa penggubal rang piagam UMNO dan
8/14/2019 Zainal Abidin Bin Ahmad
3/8
menamatkan kerjaya politiknya selepas piagam UMNO diterima dan
diluluskan.
Pada tahun 1947,berkhidmat sebagai pensyarah Bahasa Melayu di
Universiti London.Bersara daripada perkhidmatan kerajaan ketika berusia 55
tahun.Pada tahun 1953,beliau dilantik sebagai pensyarah senior di Jabatan
Pengajian Melayu(Malay Study Department(JPM)) di Universiti
Malaya,Singapura.Bersama dengan Ungku Aziz,beliau mengatur
pembentukan pertubuhan Bahasa Melayu Universiti Malaya.Beliau
menduduki peperiksaan akhir kursus luar Universiti London dan menerima
Master of Arts Second Class (Lower) ketika berusia 59 tahun.Menerima
gelaran pendeta secara rasmi dalam bentuk songkok pada 1956,dalam
kongres penulisan dan Bahasa Melayu ke-3 di Johor Bharu.Pada tahun 1962
beliau bersetuju menerima anugerah pingat Manku Negara yang membawa
gelara Tan Sri.
Beliau dianugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong
dengan bintang Panglima Mangku Negara(gelaran Tan Sri).Mendapat ijazah
Doktor Kehormat Persuratan pada Konveseyen Pertama Universiti
Kebangsaan Malaysia pada tahun 1973 dan dianggap sebagai peneroka
tatabahasa Melayu.Tan Sri Dr Haji Zainal Abidin bin Ahmad atau Zaba
meninggal dunia pada 23 Oktober 1973 ketika berusia 78 tahun.Zaba
cenderung menulis ke arah penulisan tentang budi pekerti dan
agama.Sumbangan karya-karyanya dalam aspek agama dan budi pekerti
memberi satu paradigma kepada pembaca khususnya orang Melayu.
8/14/2019 Zainal Abidin Bin Ahmad
4/8
Umumnya setiap orang mengetahui bahawa setiap yang baik itu akan
mendatangkan kebaikan dan yang buruk pula akan mendatangkan
keburukan.Setiap orang amat faham dan sedar sepenuhnya prinsip ini
bahkan lebih jauh dari itu orang dapat mempercayai bahawa yang baik akan
mencapai kemenangan dan yang buruk tentu akan menemui kekalahan dan
kehancuran juga akhirnya.Firman Allah S.W.T dalam Surah Isra ayat 81.
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran(Islam) dan lenyaplah perkara yang
salah(kufur dan syirik);sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu
perkara yang tetap lenyap.
Memahami prinsip inilah maka semua orang tidak menyukai kepada
yang buruk dan inginkan kepada yang benar dengan kata lain pada
umumnya setiap orang mempunyai tujuannya yang baik dan hanya sedikit
mereka yang mempunyai tujuan yang buruk.Walaupun dari satu ketika buruk
dan baik itu kadangkala menurut pandangan dan pendapat masing-masing
dan sememangnya juga kadang-kadang pandangan yang satu dengan yang
lain berbeza serta saling berlawanan.Tetapi apa yang jelas kepada kita
semua ialah hampir semua orang mempunyai tujuan yang dianggapnya baik
atau benar serta berbangga dengan idea yang mereka anggapkan baik atau
benar.
Kenyataan yang ada pada masyarakat manusia hari ini,walaupun boleh
dikatakan hampir setiap orang mempunyai tujuan yang baik dan benar
tetapi reality dan kewujudan dari tujuan yang baik atau benar itu belum
tentu benar-benar baik.Niat yang baik sahaja kadang-kadang belum
8/14/2019 Zainal Abidin Bin Ahmad
5/8
merupakan jaminan bahawa reality dari kebanyakan yang diniatkannya itu
betul-betul baik.Inilah sebenarnya merupakan salah satu gejala kepada umat
manusia hari ini andainya jauh dari bimbingan Illahi,maka banyak yang
tertipu dan terpedaya dengan seribu kepalsuan ini,dan ini sekiranya kita
mempunyai langkah-langkah pincang dan tempang dalam meletakkan realiti
hidup maka sepanjang hayat kepincangan yang tempang itu tidak akan
terubat.
Kita sering menyaksikan pelbagai amalan hidup dalam masyarakat
betapa banyak orang yang menurut keyakinan mereka bertujuan baik tetapi
di dalam penyataan,dalam amalannya,apa yang mereka kerjakan amat jauh
dari norma-norma baik,amal perbuatan mereka penuh dengan serba
kemungkaran dan kebatilan.Sepatutnya sebagai seorang muslim dan
mukmin,jadikanlah kedewasaan kita itu lebih kritis yang pandai menimbang
dan berfikir dengan lebih matang.
Orang yang berkata bahawa tujuannya baik,perlu diuji apakah yang
dikatakan baik itu,baik dalam erti yang sebenar berdasarkan norma-norma
yang dapat dipertanggungjawabkan,atau sebaliknya yang dikatakan baik di
situ tidak lain hanyalah yang palsu yang menurut angkara nafsunya yang
tamak.Jika ternyata kebenaran atau kebahagiaan yang dilaung-laungkan itu
adalah suatu palsu,maka tidak akan ada kebaikan yang dapat diharapkan
padanya,sebab yang jahat tetap akan jahat dan yang palsu pasti palsu juga
sekalipun cara yang ditempuhnya dengan cara yang terpuji.Lebih-lebih lagi
jika ianya dicapai dengan cara kotor dan penipuan.Demikianlah bentuk-
8/14/2019 Zainal Abidin Bin Ahmad
6/8
bentuk penipuan rasuah,kezaliman,hasad dengki,penyalahgunaan kuasa dan
sebagainya akan tetap merupakan perbuatan-perbuatan yang buruk dan
tercela dan mungkin perbuatan tersebut dicapai dengan cara yang baik dan
terhormat.
Kebenaran dan kebaikan yang dipalsukan atau yang dinilaikan sendiri
oleh manusia tanpa berpandukan ajaran Illahi adalah sebenarnya
ditimbulkan dan dilakukan oleh orang-orang yang melampau dan takbur
kerana semata-mata mereka mahukan kekayaan atau kesenangan hidup did
unia ini.Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Alaq ayat 6-8.
Sebenarnya manusia itu bersifat melampau dan takbur kerana melihat
dirinya mempunyai harta kekayaan.Sesungguhnya kepada Tuhanmulah
kembali(manusia).
Allah itulah yang mengurniakan kekayaan kepada manusia
sebagaimana Dia menciptakan merek,memuliakan mereka,dan mengajarkan
ilmu pengetahuan kepada mereka,tetapi manusia pada umumnya kecuali
yang dilindungi imannya,tidak bersyukur apabila mereka diberi nikmat yang
menjadikan mereka kaya iaitu punca yang telah mencipta dan memberi ilmu
pengetahuan kepada mereka,mereka bertindak melampau,sombong dan
takbur sedangkan sepatutnya mereka mengenal Allah dan bersyukur
kepadanya.
Allah S.W.T mengajar salah satu dasar keimanan itu ialah kembali
kepadaNya,yang Maha Kuasa,iaitu keosep balik kepada Allah S.W.T dalam
segala perkara dan urusan,dalam segala niat dan tindakan kerana di sana
8/14/2019 Zainal Abidin Bin Ahmad
7/8
tidak ada tempat kembali yang lain dari Allah.Hak kepada Allah sahaja
pulangnya manusia yang soleh dan manusia yang jahat,manusia yang taat
dan manusia yang menderhaka,manusia yang benar dan manusia yang
batil,manusia yang baik dan manusia yang fasik,manusia yang kaya dan
manusia yang miskin.Hanya kepada Allah jua kembalinya manusia terlampau
angkuh yang merasa dirinya sudah kaya.Segala-galanya akan kembali
kepada Allah kerana dari Allah mereka bermula dan kepada Allah juga
mereka berakhir.
Sebenarnya yang menjadi kunci untuk sampai kepada kehidupan yang
baik dan benar di sisi Allah itu ialah kehidupan yang baik yang diasaskan di
atas mahligai iman dan amal soleh.Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Nahl
ayat 97.
Barangsiapa mengerjakan amal soleh,samada lelaki dan perempuan dalam
keadaan beriman,
tentulah akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik,dan tentulah
akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik
dari apa yang telah
mereka kerjakan.
8/14/2019 Zainal Abidin Bin Ahmad
8/8
BIBLIOGRAFI
1. Abdul Jalil Hassan,1989:3.Falsafah dan pengetahuan islam. Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Hasbullah Bakry,1964:5.Systematik Filsafat.solo:Penerbit Ab-Sitti
Sjamsijah
3. Sidi Gazalba,1974:17.Sistematika Filsafat:pengantar kepada dunia
Filsafat,Teori pengetahuan,Metafizik,Teori Nilai.Kuala Lumpur:Utusan Melayu
Bhd.
4. Al Syaibani,1991:25.Falsafah pendidikan Islam(terjemahan Hasan
Langgulung).Shah Alam:Hizbi
5. Hassan Langgulung,1991:41.Asas Asas Pendidikan Islam.Shah
Alam:Hizbi
6. Wolff,1992:5.About Philosophy.New Jersey:Prentice Hall,Inc
Recommended