View
75
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Guru merupakan tunjang kepada sistem pendidikan. Guru adalah pelaksana
segala dasar dan matlamat kurikulum yang telah digariskan oleh pihak kerajaan.
Tanpa penglibatan dan sokongan kaum guru, segala perancangan pendidikan yang
telah disediakan akan terbengkalai begitu sahaja. Justeru itu, kependidikan dan
perguruan adalah aspek yang signifikan bagi menjamin kegemilangan sesebuah
negara. Guru merupakan perlaksana kurikulum dan menjadi teras dalam
menentukan standard, mutu dan keberkesanan sistem pendidikan.
Pendidikan pula merupakan proses penyampaian ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi yang lain.
Oleh itu, tidak dinafikan dalam memperkatakan tentang kepentingan pendidikan,
maka guru memainkan peranan utama untuk meyalurkan ilmu dan kemahiran
tersebut dalam pendidikan formal. Ilmu pengetahuan menyuluh kehidupan manusia
di dunia dan akhirat.
Guru bertanggungjawab mendidik dan memimpin masyarakat.
Sememangnya, guru banyak menyumbangkan khidmat bakti dalam pembangunan
bangsa dan negara, lebih-lebih lagi dalam membentuk sahsiah pelajar. Begitulah
peranan guru, satu tugas yang amat berat tetapi mulia dan murni. Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 akan memperkenalkan satu Pakej
Kerjaya Guru baru dalam usaha memartabatkan keguruan sebagai profesion pilihan
termasuk kaedah memberi ganjaran sepanjang tempoh kerjaya sebagai guru.
Menurut laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025,
gelombang pertama (2013-2015) memberi fokus kepada meningkatkan standard
profesionalisme guru.
Peranan guru masa kini semakin mencabar. Mereka bukan sahaja
memainkan peranan utama sebagai penyampai ilmu pengetahuan dan kemahiran
kepada pelajar, malahan bertanggungjawab menyuburkan minat,
memperkembangkan bakat dan kebolehan pelajarpelajar. Guru juga merupakan
sumber untuk membina daya pemikiran yang analitikal, kritikal dan kreatif bagi
membentuk individu-individu yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan yang
berlaku di sekeliling mereka selaras dengan hala tuju sistem pendidikan.
4.1 Faktor dan punca-punca stress atau tekanan guru.Seramai sepuluh orang guru sekolah rendah telah menjalani sesi temu bual
berkenaan tajuk stres dalam kalangan guru di sekolah. Hasil dapatan temu bual
tersebut, didapati faktor pertama yang menyumbang kepada tekanan emosi di
kalangan guru ialah persekitaran kerja dan kerenah pelajar. Persekitaran kerja yang
kurang kondusif dan ditambah lagi dengan karenah pelajar yang bermacam ragam,
guru terdedah dengan tekanan akibat tugas yang perlu dilaksanakan. Kekurangan
kemudahan di sekolah juga akan memberi tekanan kepada guru apabila keperluan
untuk mengajar tidak mencukupi dan guru akan merasakan sesuatu yang tidak
lengkap untuk memberikan pengajaran yang maksimum kepada para murid. Selain
daripada itu, guru juga tidak terlepas daripada berhadapan dengan perlakuan dan
sikap segelintir pelajar yang kadangkala menyakitkan hati. Masalah-masalah seperti
ini menyebabkan guru mengambil tindakan berasaskan emosi untuk menyelesaikan
masalah yang berkaitan dengan disiplin pelajar walaupun tindakan ini bertentangan
dengan etika dan tatatertib seorang pendidik, namun kadangkala emosi yang tidak
stabil boleh menguasai pemikiran yang waras.
Faktor kedua yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru
ialah beban tugas di sekolah. Bebanan tugas ini merujuk kepada tugas-tugas yang
perlu dibuat oleh guru seperti membuat persediakan mengajar, menyemak latihan
pelajar, tanggungjawab terhadap pelajar, urusan pentadbiran seperti mengisi borang
dan lain-lain tanggungjawab yang mesti dipikul oleh seseorang guru sepanjang
berkerja. Kerja yang terlalu banyak dan tidak sesuai dengan seseorang guru akan
menimbulkan tekanan kepada guru terbabit. Kerja yang tidak sesuai dengan guru
memerlukan masa untuk mempelajarinya dan pada masa yang sama, banyak lagi
tugas lain yang menanti untuk disiapkan. Ini akan menyebabkan kerja menjadi
semakin banyak dan semakin membebankan.
Walaupun seseorang individu mempunyai kecekapan dan kecekalan yang
tinggi dalam menjalankan tugasnya, beban kerja yang melampaui batas
kemampuannya akan menyebabkan prestasi kerjanya menurun akibat kepenatan
fizikal dan ini boleh membawa kepada masalah kesihatan seperti sakit jantung dan
tinggi darah. Dalam konteks sekolah, guru terbeban dengan keperluan untuk
mengutamakan tugas utama iaitu mengajar. Namun, guru juga terbeban dengan
kehendak untuk menyiapkan tugas-tugas lain mengikut masa yang ditetapkan dan
bukan itu sahaja, guru juga perlu memastikan komitmen terhadap keluarga dan
komitmen terhadap aktiviti sosial di luar tidak terjejas dengan keperluan memenuhi
tuntutan tugasan di sekolah. Jaafar Muhammad (2003), menyatakan kebanyakan
individu bekerja selama 45 jam dalam masa seminggu dan masa selebihnya adalah
untuk memenuhi tuntutan terhadap keluarga dan masyarakat. Sekiranya seseorang
guru tidak dapat menangani tuntutan terhadap keluarga dan masyarakat, masalah
itu akan dibawa pula ke sekolah dan akan menganggu pula tugas-tugas wajib di
sekolah.
Faktor ketiga yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru
ialah punca peribadi seperti kesihatan, masalah kewangan, aktiviti riadah,
perhubungan dan taraf hidup. Masalah kesihatan adalah antara masalah utama
yang sering menghantui golongan guru. Antara penyakit yang popular ialah darah
tinggi, sakit jantung, gout dan banyak lagi penyakit-penyakit lain. Guru yang
mengalami masalah kewangan dan dibebani hutang juga akan mengalami tekanan
emosi yang boleh menganggu prestasi kerja guru terbabit di sekolah. Menurut Gold
Yvonne dan A. Roth Robert (1993), gaji yang rendah membataskan pilihan guru
melakukan aktiviti riadah bersama keluarga. Sebagai contoh, niat mahu membawa
keluarga pergi bermain boling tetapi kerana kekangan kos, niat tersebut terpaksa
dibatalkan. Ini akan menyebabkan guru tersebut akan mengalami tekanan emosi
kerana ketidakstabilan emosi selepas tidak mampu untuk membawa keluarga
melakukan aktiviti riadah yang dikehendaki. Masalah-masalah yang berpunca
daripada peribadi guru ini akan menganggu prestasi kerja guru di sekolah apabila
mereka terlalu memikirkan tentang masalah peribadi dan tidak fokus kepada
tugasan hakiki di sekolah.
Faktor keempat yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru
ialah masalah disiplin murid di sekolah. Masalah disiplin pelajar di sekolah pada hari
ini semakin meruncing walaupun banyak usaha telah dilakukan oleh pihak sekolah
untuk menangani masalah ini. Kurang kerjasama daripada ibu bapa merupakan
antara faktor kenapa masalah disiplin di sekolah semakin meruncing daripada hari
ke hari. Menurut Olivia (dipetik daripada Abdullah Sani, 2005), disiplin bermaksud
kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada pihak yang berkuasa serta cara untuk
menetapkan hukuman ataupun peraturan. Oleh itu, apabila murid melakukan
masalah disiplin, murid tersebut bukan sahaja tidak dapat mengawal dirinya, malah
tidak patuh kepada pihak yang berkuasa seperti guru dan pihak sekolah. Apabila
guru memasuki kelas yang bermasalah, guru akan cenderung untuk sentiasa
menganggap sikap dan perlakuan pelajar-pelajar sebegini teruk dan secara tidak
langsung telah menanggap pelajar-pelajar tersebut adalah golongan yang tidak
berdisiplin dan sering menimbulkan masalah di sekolah walaupun pada dasarnya
ianya adalah sesuatu yang benar.
Kebiasaannya guru akan berfikir secara negatif apabila berhadapan dengan
pelajar yang mempunyai masalah disiplin. Apabila guru berhadapan dengan perkara
yang sama setiap kali sesi pengajaran bermula, maka mereka akan berasa tertekan
dengan keadaan tersebut. Ini menyebabkan guru mengambil langkah yang mudah
untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan memarahi pelajar dan tidak masuk
ke kelas yang bermasalah untuk mengajar. Golongan pelajar yang sentiasa
menimbulkan masalah disiplin ini akan mendatangkan tekanan emosi kepada guru
untuk berhadapan dengan mereka dan ini adalah punca kenapa guru mengalami
tekanan emosi yang berpanjangan di sekolah.
Punca kelima yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru
ialah tekanan daripada pihak atasan. Kepimpinan adalah satu fenomena yang
melibatkan suatu proses bagi manusia menggunakan kemahiran akal fikiran dan
potensinya yang melibatkan keupayaan, kebolehan dan kebijaksanaan bagi
seseorang untuk memerintah, mengarah, mendorong ataupun untuk mempengaruhi.
Ini bermakna, seseorang pemimpin hendaklah menggunakan segala kebolehan
yang ada padanya untuk memimpin dengan cekap dan baik.
Jika melihat kepada konteks di sekolah, pemimpin di sekolah adalah guru
besar ataupun pengetua dan sebagai pemimpin di sekolah, etika kepimpinan yang
betul adalah penting bagi mewujudkan kepimpinan melalui teladan. Kepimpinan
seseorang pemimpin tidak akan mempunyai apa-apa nilai sekiranya beliau tidak
menjaga hubungannya dengan pekerja-pekerja bawahan. Dalam erti kata lain,
pekerja-pekerja beliau tidak akan menghormatinya sebagai seorang pemimpin.
Guru besar atau pengetua hendaklah memiliki daya kepimpinan yang tinggi
untuk mencorak suasana sekolah yang kondusif dan hubungan antara guru juga
dalam keadaan yang baik serta mempunyai rasa kepunyaan yang tinggi terhadap
sekolah. Apabila pemimpin di sekolah tidak memimpin dengan baik dan tidak
mentadbir urus dengan sistematik, guru-guru adalah orang yang akan menjadi
mangsa. Lambakan tugas akan dipikul oleh guru dan ini akan menyebabkan guru
mengalami tekanan emosi serta stres. Guru akan merasa lebih tertekan sekiranya
terpaksa berhadapan dengan pemimpin yang sombong dan mengamalkan birokrasi
yang berlebihan di sekolah. Ini akan menyebabkan guru-guru merasa tidak
mendapat sokongan daripada pemimpin sekolah apabila mahu melakukan sesuatu
perkara. Perkara ini juga akan menyebabkan guru-guru merasa tidak dihargai dan
lama-kelamaan, ini akan menimbulkan pemberontakan dan rasa tidak hormat
terhadap pemimpin. Komunikasi antara guru dengan pemimpin sekolah akan turut
terjejas kerana sudah wujud jurang yang besar dan perasaan yang tidak enak di
kalangan mereka.
4.2 Kesan dari stress atau tekanan guruStress atau tekanan guru boleh ditakrifkan sebagai perasaan tidak selesa,
emosi negatif seperti marah, kebimbangan, tekanan serta kekecewaan yang
berpunca dari aspek kerja mereka sebagai seorang guru. Dalam hal ini, guru yang
menghadapi tekanan adalah guru yang tidak dapat mengawal emosi mereka
terhadap perubahan budaya pendidikan yang bukan sahaja untuk memberi ilmu
pengetahuan tetapi perlu mendidik manusia agar menjadi masyarakat yang berguna.
Justeru itu, tekanan kerja pada tahap yang tinggi biasanya akan membawa
kepada ketidakpuasan kepada kerja, sikap suka mengelak dan pengabaian kerja.
Tindakbalas penyesuaian tekanan oleh guru merangkumi tindakbalas psikologikal
(keletihan dan kemurungan), fisiologikal (sakit kepala, tekanan darah tinggi) dan
berkaitan sikap (pengambilan alkohol, merokok, gaya hidup dan masalah tidur).
Selain itu juga, tekanan yang berpanjangan boleh melemahkan mental dan
fizikal seseorang guru serta boleh membawa risiko ke atas kesihatan jika tidak
menerima rawatan dengan sebaiknya. Ternyata, tekanan kerja sememangnya akan
mengganggu gaya hidup dan kesejahteraan hidup seseorang insan bergelar guru.
Ini seterusnya akan mengganggu prestasi kerja dan outputnya dalam bidang
pendidikan yang diceburinya.
4.3 Langkah-langkah mengatasi tekanan.Berdasarkan kepada hasil dapatan temubual yang telah dijalankan, berikut
dapatlah dikemukakan beberapa cadangan yang berkaitan dengan pengurusan
tekanan guru di sekolah. Cadangan-cadangan yang dikemukakan ini difikirkan
sesuai untuk mengurangkan tekanan kerja warga pendidik secara amnya. Peranan
pihak pentadbir untuk menganjurkan program berkaitan pengurusan tekanan, sama
ada dalam bentuk bengkel, kursus atau pun seminar perlu memasukkan strategi
berlandaskan agama dalam kandungan atau agenda program. Seterusnya,
mewujudkan suasana yang sihat dan harmoni iaitu perhubungan yang baik antara
staf, keputusan yang diambil perlulah berdasarkan perbincangan, polisi sekolah
yang lengkap dan teratur, guru-guru menerima tindakbalas yang positif dan dihargai,
pengurangan tugas-tugas pentadbiran sebarang tugas tambahan adalah
berdasarkan kepada kemahiran guru tersebut, membina persekitaran kerja yang
ceria dan kerjasama yang baik untuk menyelesaikan sebarang masalah yang
dihadapi.
Melalui pendekatan organisasi pula, pentadbir tentu boleh menentukan
pemilihan dan penempatan guru-guru. Perpindahan dan pertukaran guru-guru
disokong sepenuhnya supaya guru-guru yang ingin bertukar tidak tertekan.
Pengetua juga mestilah ubahsuai tugas guru dan memberikan taklimat kerja yang
mendalam terutama sekali sasaran matlamat. Sebarang keputusan dan
perancangan sekolah mestilah dilibatkan guru-guru. Proses menerima dan menapis
pendapat dan pandangan guru mungkin terlalu lambat, tetapi ia lebih mudah untuk
diterima. Sehubungan itu juga, pentadbir perlu mengubah gaya pentadbiran bersifat
autokratik kepada gaya pentadbiran yang lebih mengutamakan pendekatan
humanistik atau demokratik.
Di samping itu, guru juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti riadah, senaman
yang berterusan dan melakukan latihan jasmani supaya dapat membantu
melupakan tekanan yang dihadapi. Badan yang segar akan mempunyai otak yang
cerdas. Seterusnya, amalan pemakanan perlu diberi panduan dan perhatian supaya
bukan hanya murid-murid sahaja yang dijaga aspek jasmani, emosi, rohani dan
inteleknya tetapi guru juga sepatutnya diberi pendedahan terhadap penjagaan aspek
tersebut. Sebagai salah seorang guru, saya sendiri sedar bahawa tugas guru
semakin mencabar dari sehari ke sehari sehinggakan terdapat seorang guru
meluahkan hasrat untuk menamatkan perkhidmatan kerana beban tugas sebagai
seorang guru yang semakin berat dan ditambah pula dengan pelbagai program
transformasi pendidikan yang nyata amat menambah beban tugas guru di sekolah.
5.0 PROGRAM-PROGRAM BAGI MENGATASI STRESS GURU.
5.1 Program Seminar Pengurusan Masa.
Objektif Program Seminar Pengurusan Masa ialah pastikan menyusun kerja
harian dengan mengikut keutamaan dan menetapkan masa untuk pelaksanaannya,
dengan cara ini kerja – kerja yang penting dapat diselesaikan dengan tanpa tekanan
dan dapat memastikan sikap berlengah – lengah dapat dikurangkan ataupun terus
dibuang. Kerja – kerja atau perbuatan yang tidak mendatangkan faedah seperti
berbual – bual kosong, bergossip, memerhatikan dan memperkatakan perbuatan
buruk seseorang. Memenuhi masa berinteraksi dan berkomunikasi juga dapat
digunakan untuk menenangkan fikiran dan melepaskan tekanan stress.
5.2 Program Bersenam ( Beriadah )Badan yang cergas akan membentuk otak yang cerdas. Segala tekanan
dapat dilepaskan apabila kita bersenam atau beriadah. Melakukan senaman yang
kerap dan beriadah juga dapat mengurangkan stress seseorang. Aktiviti ini juga
dapat mengurangkan pertumbuhan hormon stres yang dikenali sebagai epinephrine
dalam diri seseorang. Kesan ketegangan otot akibat sres akan mengakibatkan sakit
kepala, migraine dan kekejangan otot dianggota badan. Bersenam merupakan ubat
semulajadi untuk mengubati penyakit kesukaran untuk tidur, mengurangkan
kegelisahan (anxiety ) dan dapat menyegarkan tubuh terutama otot badan
seseorang.
Senaman boleh dilakukan di dalam rumah dan di luar rumah seperti di taman
– taman permainan, taman bunga atau pun di sekitar halaman kediaman.
Menghadirkan diri dalam kelas – kelas aerobik juga salah satu kaedah untuk
menghilangkan stres. Aktiviti – aktiviti psikomotor yang dilakukan dapat
memantapkan kecergasan fizikal dan minda seseorang. Lakukan senaman dalam
masa sekurang – kurangnya tiga puluh minit dalam satu hari. Lakukan senaman
ringan seperti berjalan laju, larian perlahan di kawasan yang sesuai agar dapat
membina otot yang kuat dan menenangkan minda.
5.3 Program BercutiPilih masa yang sesuai dengan bercuti ke tempat – tempat yang boleh
membuat seseorang itu berasa tenang dan tidak terlalu berfikir tentang beban kerja
yang ditanggung. Luangkan waktu pada waktu itu untuk bersendirian dengan melihat
dan menikmati keindahan tempat tersebut.
5.4 Program Diet Pemakanan
Pengambilan atau amalan makan makanan yang berlebihan juga dapat
menyumbangkan kepada terjadinya stres. Kita perlulah memastikan makanan yang
kita ambil seharian mempunyai zat yang berguna kepada kestabilan kesihatan
mental dan fizikal kita. Pengamalan makanan yang terlalu banyak dan tidak teratur
akan mengakibatkan kita mengalami berat badan atau obesiti, kandungan kolestrol
yang terlalu tinggi yang mana punca kepada beberapa penyakit seperti darah tinggi
dan kencing manis. Bebanan kerja dan masalah kesihatan akan membuatkan
seseorang itu mengalami simptom stres dan jika ini tidak dapat dikawal masalah
akan bertambah teruk bila gejala awal masalah jantung dapat dikesan. Langkah
yang berkesan untuk mengelakkan terjadi masalah ini ialah dengan mendapatkan
nasihat pakar – pakar pemakanan yang diiktiraf.
5.5 Bengkel Keyakinan DiriMeningkatkan keyakinan diri adalah satu cara untuk menghilangkan tekanan
stres. Melihat sesuatu tugasan atau kerja yang diamanahkan itu bukan sebagai
bebanan tetapi sebagai tanggungjawab dan kita diberi kepercayaan oleh ketua
jabatan untuk melaksanakannya. Melaksanakannya mengikut kebolehan atau
kepakaran yang dimiliki dan melakukannya dengan penuh komitmen. Cara ini dapat
mengelakkan stres menguasai diri. Keyakinan diri yang tinggi dapat mengelakkan
diri kita daripada terpengaruh dengan hasutan - hasutan daripada pihak yang berfikir
negatif dari rakan – rakan sejawat kita yang berkemungkinan tidak berapa menyukai
kita atau cemburu dengan kejayaan kita.
5.6 Program Senyum setiap masaSenyum yang sederhana akan mampu menciptakan kekuatan (power).
Senyuman yang kadang-kadang dianggap hal yang tidak penting mampu
memberikan sesuatu yang luar biasa. Senyum merupakan ekspresi wajah yang
terjadi akibat bergeraknya atau timbulnya suatu gerakan di bibir atau kedua
hujungnya atau pula di sekitar mata. Kebanyakan orang tersenyum untuk
menampilkan rasa bahagia dan senang. Apabila seseorang tersenyum, maka
wajahnya akan kelihatan lebih menarik, menyenangkan dan nyaman untuk
dipandang, daripada ketika berada keadaan biasa atau bahkan ketika sedang
marah. Yakinlah bahawa setiap senyuman membawa manfaat. Senyum membuat
fikiran lebih jernih, segar dan terhindar dari stres.
6.0 PENUTUP6.1 KesimpulanKejayaan dan keberkesanan pendidikan banyak berkait rapat dengan
kesedaran, keinsafan dan tanggungjawab guru sebagai pendidik, di samping
mempunyai kelengkapan keilmuan yang cukup dan sahsiah luhur. Segala panduan
dan kemahiran disertai keluhuran budi serta peribadi tidak terpisah daripada
seseorang guru. Begitulah sewajarnya guru sebagai pendidik yang berkesan.
Mereka adalah contoh dan teladan untuk murid, pelajar dan masyarakat.
Kini, zaman semakin mencabar. Bebanan guru makin besar yang menuntut
kesabaran serta ketanggungjawaban yang amat hebat. Kalau dulu guru sering
diagung-agungkan dan disanjungi sebagai insan yang terhormat oleh para pelajar,
ibu bapa dan masyarakat seluruhnya. Namun hari ini sering kita dengar sebahagian
besar pelajar sekolah tidak menghormati guru mereka. Guru-guru diperlekehkan
oleh ibu bapa pelajar yang mempunyai taraf hidup yang agak baik. Guru-guru
disaman atas kesalahan yang tidak setimpal dengan pengorbanan yang diberi. Rasa
hormat murid semakin pudar bersama keangkuhan ibu bapa yang tidak
menitikberatkan pelajaran dan menunding jari kepada guru di atas kesalahan,
kealpaan dan ketidakprihatinan mereka sendiri dalam mendidik anak-anak.
Sewajarnya ibu bapa akur tugas guru bukan hanya mengajar mata pelajaran
untuk lulus peperiksaan, tetapi turut mendidik pelajar menerusi penerapan nilai-nilai
murni, selain jati diri, disiplin serta sahsiah terpuji. Namun begitu, kebanyakan ibu
bapa mengutamakan kecemerlangan akademik semata-mata dan bukan sahsiah
yang baik menyebabkan anak mereka tidak boleh ditegur walaupun melakukan
kesalahan.
Kedapatan juga ibu bapa yang tidak dapat menerima hakikat bahawa anak
mereka bersalah dan tidak mengaku kesilapan dilakukan. Mereka perlu berbincang
terlebih dahulu dan jangan terburu-buru menyerang pihak sekolah atau membuat
pendedahan pada media. Mendidik anak perlu mengikut peredaran masa dan guru
perlu menghukum pelajar yang melakukan kesalahan dengan bijaksana.Hukuman
yang dikenakan adalah proses mendidik dan bukan memalukan pelajar, sekali gus
memberi keinsafan dan kesedaran terhadap salah laku yang dilakukan.
Sesungguhnya profesion keguruan yang merupakan profesion tertua di dunia, kini
memasuki satu lagi era baru. Dulu peranan utama guru ialah sebagai penyampai
pengetahuan. Gurulah yang banyak bercakap dan menyoal.
Bagaimanapun kini, peranan guru lebih penting sebagai pemudah cara dalam
proses pembelajaran. Sebagai pemudah cara, guru perlu lebih sedia dan peka
melahir dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan.
Murid perlu selalu digerak untuk berfikir secara kreatif dan kritikal. Malahan, murid
dijangka dapat menyoal guru serta membantu guru membuka luas pintu
pembelajarannya. Dahulu, punca pengetahuan adalah dalam bentuk bertulis.
Sekarang, lebih banyak bilik darjah ditukar menjadi bilik darjah bestari yang
membolehkan pelajar menggunakan komputer untuk mencari lebih banyak
pengetahuan dan maklumat. Bagaimanapun, kehadiran guru penting untuk
membimbing pelajar membuat pilihan ilmu dan maklumat yang betul.
Guru harus berperanan untuk mengenal pasti dan membangunkan potensi
diri pelajar. Peranan guru ini amat penting dalam menentukan corak pembangunan
sesebuah negara. Kita perlu sedar, kejayaan negara sehingga kini, sebahagian
besar adalah hasil sumbangan kerjaya keguruan. Ini kerana persediaan bagi
pengeluaran tenaga kerja negara di semua sektor bermula dari sekolah yang
sudah pastinya memerlukan khidmat dan jasa guru. Guru juga adalah model
manusia berkelakuan baik. Guru mesti bebas daripada bersikap negatif dan sempit
daripada aspek bangsa, kelas, sosial dan kedaerahan.
Selain itu, kelayakan akademik juga adalah satu lagi perkara yang perlu di
timbangkan. Ini kerana profesionalisme guru itu adalah berpusatkan kepada
pengetahuan. Memandangkan guru memainkan peranan penting dalam
pembangunan negara, sifat kerja guru yang begitu khusus memerlukan guru
mempunyai kelayakan akademik minimum dan menghadiri program-program latihan
sebelum dan semasa berkhidmat.
Justeru, langkah Kementerian Pelajaran Malaysia menggalakkan guru
meningkatkan kelayakan akademik melalui pelbagai program dan galakan
termasuklah kursus dalam perkhidmatan, galakan guru bukan siswazah melanjutkan
pelajaran di peringkat ijazah, pensiswazahan Guru Besar, anugerah biasiswa
melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan ijazah kedoktoran merupakan
manifestasi untuk membangunkan kerjaya guru.Profesion guru adalah salah satu
daripada tugas yang sukar dan perlu kepada usaha pengorbanan yang tinggi.
Perkara ini perlu diberi perhatian sekurang-kurangnya melalui tindakan atau
pelaksanaan penyelesaian secara berperingkat.
Guru juga haruslah sentiasa bersifat positif dalam menghadapi cabaran-
cabaran dalam dunia pendidikan hari ini bagi mengelakkan mereka terus berada
dalam keadaan tertekan dan menjejaskan karier mereka sebagai seorang guru.
Dalam pada itu, setiap pihak juga harus memberi sokongan dan membantu
mengurangkan beban tekanan yang dihadapi oleh guru ini.
Pengurusan tekanan memerlukan kemahiran yang mesti dipelajari oleh
semua anggota di dalam organisasi pendidikan. Kegagalan mengawal tekanan
boleh mendatang kesan yang buruk bukan sahaja kepada individu terbabit tetapi
juga imej organisasi. Oleh itu, dapatlah dikenalpasti punca dan tahap tekanan guru-
guru prasekolah, seterusnya akan mengambil langkah-langkah tertentu untuk
mengatasi masalah yang timbul. Ini akan merugikan negara kita yang sedang
menuju kepada sebuah negara industri. Menjadi tugas, peranan dan tanggungjawab
guru untuk merealisasikan wawasan 2020.
Tekanan kerja merupakan satu fenomena yang memang wujud dalam
kalangan guru di sekolah. Ia boleh dianggap sebagai satu petunjuk kepada
kesihatan mental guru. Pengurusan stres memerlukan kemahiran yang mesti
dipelajari oleh semua anggota di dalam organisasi pendidikan. Kegagalan mengawal
tekanan boleh mendatangkan kesan yang buruk bukan sahaja kepada individu
terbabit, tetapi juga imej organisasi. Kerjaya sebagai seorang guru adalah satu
kerjaya yang cukup mencabar.
Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan oleh seorang guru untuk memberi
yang terbaik kepada para pelajar. Sesuatu yang positif perlu dilakukan segera oleh
pihak atasan sekolah dan juga guru bagi mengelakkan punca-punca tekanan ini
membawa kesan yang lebih teruk sekiranya dibiarkan berterusan. Guru-guru juga
haruslah sentiasa positif dalam menghadapi cabaran-cabaran dalam dunia
pendidikan hari ini bagi mengelakkan mereka terus berada dalam keadaan stres dan
menjejaskan karier mereka sebagai guru.
Akhirnya, sokongan yang berterusan daripada pihak guru besar dan
pengetua sehinggalah kepada kakitangan pentadbiran amat penting bagi menjamin
persekitaran tempat kerja yang harmoni dan aman untuk semua pihak. Keprihatinan
terhadap beban tugas guru perlu ditingkatkan oleh segenap lapisan masyarakat
demi memastikan kelangsungan sistem pendidikan di Malaysia seterusnya usaha
melahirkan generasi pewaris negara berterusan dan tidak terhenti.
7.0 REFLEKSI
Untuk semester kali ini, saya diperkenalkan dengan pengajian baharu iaitu
Guru dan Cabaran Semasa serta situasi-situasi dan juga teori-teori yang berkaitan
dalam menjalani kehidupan sebagai seorang guru. Bagi saya, mempelajari
pengajian yang baru ini merupakan satu ilmu baru yang amat berguna kepada saya.
Cabaran-cabaran terkini yang perlu saya ketahui bagi memastikan saya sebagai
seorang guru bersiap sedia berhadapan dan menghadapi cabaran secara positif dan
proaktif pada masa datang.
Pada amatan saya, melalui kerja kursus isu dan cabaran semasa EDU 3093
ini mendorong saya memahami berhubung peraturan penjawat awam yang
merangkumi tatatertib dan kelakuan sebagai seorang guru. Pelbagai isu telah telah
saya pelajari. Antara isu dalam topik pertama seperti isu integrasi nasional,
pendemokrasian pendidikan, kepelbagaian, tonggak pendidikan UNESCO,
globalisasi dalam pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh perkembangan
teknologi maklumat dan komunikasi serta sosial. Bagi pendapat saya, guru akan
dianggap sebagai yang memimpin, pembentuk sahsiah dan juga agen perubahan
merupakan pemangkin untuk mencapai hasrat membina negara bangsa yang
berjaya.
Melalui pengajian ini juga, saya dapat menyedari bahawa guru mempunyai
peranan dalam pendemokrasian pendidikan kepada anak-anak belajar tanpa
mengira sempadan daerah dan kedudukan. Mempelajari kesan perkembangan
teknologi maklumat juga turut menyedarkan saya bahawa pelbagai isu gelaja sosial
yang merebak di kalangan generasi muda sekarang adalah berpunca daripada
ledakan teknologi maklumat itu sendiri.
Oleh itu, adalah merupakan tanggungjawab saya sebagai seorang guru suatu
hari nanti untuk memastikan anak-anak muda tidak begitu hanyut dengan
kemudahan teknologi maklumat yang sedia ada ini. Memupuk mereka supaya tidak
salah guna kemudahan teknologi maklumat ini untuk perkara-perkara yang tidak
bermanfaat kepada mereka. Saya juga turut didedahkan dengan tajuk guru dan
perundangan yang menyentuh hal peraturan-peraturan pegawai awam yang
melibatkan kelakuan dan tatatertib.
Selain itu, saya juga didedahkan dengan Akta Pendidikan 1996 yang
merupakan satu misi Negara untuk menghasilkan satu system pendidikan bertaraf
dunia. Oleh itu, saya berpendapat pematuhan dan penghayatan tatakelakuan serta
peraturan-peraturan pegawai awam akan mewujudkan perkhidmatan keguruan yang
bersih dan amanah serta tidak berlaku penyelewengan. Mengenai topik Akta
Pendidikan pula,akta ini merupakan asas kepada Sistem Pendidikan Kebangsaan di
mana perkara-perkara da dalamnya berhubung kait dengan oendidikan Negara.
Akta ini juga menekankan kepentingan pendidikan untuk semua kaum. Oleh itu,
dalam melahirkan rakyat yang bersepadu dan berjaya mencapai matlamat
1Malaysia, saya perlu menghayatinya dengan mendalam.
Cabaran lain yang boleh saya katakaa satu cabaran yang besar bagi
seseorang guru menghadapinya ialah tekanan emosi di kalangan murid. Sebagai
seorang guru yang diamanahkan oleh ibu bapa setelah menghantar anak-anak ke
sekolah, guru haruslah mampu mengesan tanda-tanda awal gangguan emosi dan
mempelajari langkah-langkah mengatasinya. Guru haruslah memberi bantuan
kepada murid yang berdepan dengan masalah seperti ini sebelum keadaan menjadi
bertambah teruk. Ini adalah disebabkan jika gangguan emosi yang terjadi kepada
murid tidak diatasi dengan segera, pelbagai masalah sosial akan terus berlaku
kepada murid tersebut. Murid-murid yang terlibat dengan tekanan emosi ini perlu
mendapat bantuan daripada pihak-pihak tertentu contohnya pakar psikologi dan
kaunseling.
Subjek ini turut membincangkan gangguan emosi yang berlaku di kalangan
guru pula. Perbincangan lebih memfokuskan kepada gangguan emosi seperti stress,
burnout dan langkah-langkah untuk mengatasi tekanan emosi ini. Antara langkah-
langakah yang boleh diambil oleh guru adalah latihan meregangkan badan,
membuat meditasi, atau membaca sesuatu yang memberi inspirasi. Langkah ini
dapat mencegah burnout di kalangan guru. di Isu dan cabaran seperti ini sangat
berguna untuk didedahkan kepada bakal guru dari peringkat awal seperti ini supaya
bakal guru menjadi lebih bersedia dan berani untuk menghadapi kelak.
Inovasi dan perubahan dalam pendidikan turut disentuh dalam subjek ini.
Subjek ini turut memberi pendedahan kepada saya mengenai inovasi dan
perubahan dalam pendidikan. Dalam topik ini ada menyentuh mengenai strategi
pengajaran inovatif,penggunaaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran, ,
reka bentuk resos, bentuk penaksiran dan penilaian. Inovasi yang kreatif dan kritis
mampu membuat pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menjadi lebih
berkesan.
Selain itu, murid-murid juga aku lebih ceria, aktif dan juga belajar dalam
konteks bersosial jika Pembelajaran Berasaskan Projek dan Pembelajaran
Berasaskan Masalah digunapakai. Begitu juga pembelajaran berasaskan laman
sesawang yang akan menjadi satu trend utama dalam pembelajaran. Penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi, computer, Internet, e-buku dan lain-lain akan
menjadi rujukan pengajaran dan pembelajaran yang utama pada masa terdekat.
Saya sebagai bakal seorang guru merasakan saya seharusnya bersedia untuk
menjadikan diri mahir bukan sahaja sebagai pengguna teknologi tetapi sebagai
penyumbang pengisian sumber pembelajaran.
Seterusnya saya juga didedahkan dengan Pengurusan Inovasi dan
Perubahan serta Adaptasi pelbagai inovasi dan perubahan. Yang saya faham
melalui tajuk ini ialah mengenai cabaran terkini yang memerlukan pemahaman dan
perubahan para guru terhadapat tuntutan pendidikan semasa. Di dalam topik ini,
saya memahami satu perkara iaitu pengurusan bilik darjah yang kondusif perlu
diwujudkan bagi melahirkan murid yang kreatif dan inovatif. Antara tindakan yang
boleh dilakukan ialah menggunakan pendekatan berpusatkan murid dan kemudahan
pengajaran dan pembelajaran yang harus dititikberatkan oleh guru sendiri. Topik ini
juga turut menyentuh mengenai Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang
mana merupakan satu bentuk inovasi dalam pendidikan di Malaysia. Ini bagi
membolehkan pihak-pihak tertentu memantau pembangunan dan kemajuan setiap
sekolah.
Saya berharap agar segala maklumat yang diperolehi menjadi tunjang
kepada diri saya dalam menghadapi cabaran dunia pendidikan. Sebagai guru, saya
akan berusaha bersungguh-sungguh dalam membantu murid dan memberi peluang
pendidikan yang optima kepada mereka tanpa prasangka awal terhadap salah laku
disiplin mereka. Secara konklusinya, saya berpuas hati dengan kerjasama yang
diberi oleh setiap ahli kumpulan dalam kerja kursus ini. Melalui perbincangan yang
dilakukan, segala kerja menjadi mudah untuk dilaksanakan. Dengan memmperoleh
maklumat dari pensyarah, sumber rujukan buku dan juga internet, sedikit sebanyak
dapat membantu saya menerangkan kemahiran menyoal kepada kelas. Saya juga
teruja melihat rakan-rakan seperjuangan yang lain turut memberikan persembahan
yang baik. Harapan saya pada masa akan datang, saya menjadi seorang guru yang
dapat membimbing murid-murid saya dari segala aspek jasmani, rohani dan juga
sosial. InsyaALLAH.
8.0 RUJUKAN
Abd. Rahim Abd Rashid (2005).Profesionalisme Keguruan:Prospek dan Cabaran.Selangor:Dawama Sdn. Bhd
Abd. Latif Kasim. (2004).Kajian Terhadap Dimensi-Dimensi Empowerment dan Ketegangan Kerja di Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Teknik di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Tesis Kedoktoran. Universiti Sains Malaysia.
Abdullah, Deraman (2003). “Tekanan kerja guru di sebuah sekolah menengah di daerah Klang, Selangor Darul Ehsan”. Thesis (Masters). Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Ahmad Shakir (1998). “Tinjauan Tahap dan Punca Stres di kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Negeri Perlis”. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Ahmad Azahari Sarmun (1998). “Tinjauan Tahap Tekanan dan Punca stress di Kalangan Guru Sekolah Sabak Bernam.” Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda.
Abd. Latif Kasim. (2004).Kajian Terhadap Dimensi-Dimensi Empowerment Berita Harian (2005). “Guru dakwa suasana kerja tak kondusif”. Berita Harian 19 Julai.
Hatta Sidi dan Mohammed Hatta Shaharom (2002). “Mengurus Stres, Pendekatan yang praktikal”. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Razali dan Abang Ali (1999). “Strategi Menangani Tekanan di Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Zon A di Bahagian Kuching/Samarahan, Sarawak. Satu Tinjauan Projek Sarjana Muda Pendidikan.” Universiti Sarawak Malaysia.
Sapora Sipon (2007). Pendidik Mesti Bijak Kawal Emosi. dlm. “Utusan Malaysia”. 27 Julai 2007.
Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
http://murabbiumat.blogspot.com/2012/09/isu-2-cabaran-profesion-keguruan.html telah dimuat turun pada 12 feb 2015
http://aishahnetty.blogspot.com/2012/07/peranan-guru-dalam-melonjak.html telah dimuat turun pada 16 feb 2015
https://www.academia.edu/4280703/Kesan_Stres_Guru_Kepada_Sekolah telah dimuat turun pada 18 feb 2015
http://gurucakna.blogspot.com/2012/09/isu-2-guru-stress-oleh-anis-binti.html telah dimuat turun pada 19 feb 2015
LAMPIRAN
Recommended