View
13.285
Download
11
Category
Preview:
Citation preview
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN INOVASI DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
SEMPENA HARI INOVASI JABATAN PELAJARAN WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR 2013
1. KATEGORI PERTANDINGAN
Kumpulan – Sekolah Menengah
2. TAJUK/TEMA INOVASI
‘INOVASI 3P’ – inovasi di dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
3. SINOPSIS INOVASI
Sistem pendidikan di Malaysia kini berkembang pesat seiring dengan era
globalisasi yang semakin membangun sepantas kilat. Sebagaimana yang
diketahui umum kelahiran generasi yang beretika, berinovasi dan berpendidikan
terletak di tangan warga guru. Menurut Marimuthu (1993) banyak kajian telah
membuktikan mutu guru merupakan faktor penting yang mempengaruhi
pencapaian akademik pelajar. Pengetahuan guru tentang isi pelajaran,
organisasi dan gaya persembahan yang berkesan akan mampu menyepadukan
ilmu-ilmu agar ia lebih bermakna (Sabaruddin Yusof, 1993).
‘Inovasi 3 P’ dicipta bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran guru
melalui perkongsian kepakaran, penerimaan input pengajaran oleh guru pakar
kepada pelajar dan pentaksiran berasaskan sekolah dapat dilakukan seiring
dengan pengajaran dan pembelajaran. ‘Inovasi 3P’ member makna;
A. Perkongsian Kepakaran
B. Penjimatan Masa
C. Pentaksiran Berasaskan Sekolah
1
A. Perkongsian Kepakaran
Inovasi perkongsian kepakaran bermakna guru yang pakar di dalam sesuatu
topik berkongsi ilmu dengan guru-guru lain. Oleh kerana satu kelas mempunyai 2
orang guru mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, seorang guru yang
pakar di dalam sesuatu topik yang guru partner tidak mempunyai kepakaran
boleh membuat bengkel (mengajar teori) bagi kesemua kelas-kelas yang diajar.
Bengkel pengajaran dibuat seminggu atau dua minggu sekali berdasarkan
keperluan dengan merujuk kepada rancangan pelajaran tahunan. Bengkel boleh
dibuat di dalam jadual waktu guru, selepas sekolah ataupun pada hari Sabtu.
Tanpa disedari guru pakar ini telah berkongsi kepakaran dengan partner dan
telah menyampaikan input pengajaran yang berkesan kepada semua pelajar.
B. Penjimatan Masa
Inovasi penjimatan masa berlaku apabila perkongsian kepakaran dilaksanakan.
Guru pakar ini telah mengurangkan masa pengajaran teori sesuatu topik yang
partner tidak mempunyai kepakaran daripada 3 minggu kepada 1 minggu sahaja
(berdasarkan topik dan jumlah minggu mengajar di dalam RPT). Guru partner
boleh melaksanakan amali projek selepas pengajaran teori dilakukan oleh guru
pakar tadi maka amali projek juga dapat disiapkan dengan cepat. Guru yang
pakar di dalam amali projek juga boleh berkongsi kepakaran semasa melakukan
amali di mana kelas digabungkan.
C. Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Pentaksiran berasaskan sekolah boleh juga diaplikasikan semasa bengkel atau
pengajaran teori oleh guru yang pakar di dalam sesuatu topik. PBS dilakukan
seiring dengan PDP. Semasa sesi pengajaran teori, guru boleh menjalankan
pentaksiran bagi Band 1, 2 dan 3. PBS boleh dibuat dengan cepat manakala
pentaksiran bagi Band 4, 5 dan 6 boleh dilakukan oleh guru partner di dalam
kelas pada waktu lain. Tanpa disedari masa melakukan pentaksiran juga dapat
dikurangkan dan tidak berlanjutan sehingga berminggu-minggu lamanya.
2
4. KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran adalah semua pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 terutamanya
pelajar-pelajar tingkatan 3 yang akan mengambil PMR.
5. LATAR BELAKANG
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah satu mata pelajaran teras
berunsurkan teknologi. Mata pelajaran ini digubal berlandaskan kepada
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia dirancang untuk meningkatkan lagi daya
pengeluaran negara melalui penglibatan masyarakat dan tenaga kerja secara
produktif berlandaskan teknologi sejajar dengan dasar dan keperluan negara.
Mata pelajaran ini membekalkan kemahiran yang berguna dan berfungsi agar
pelajar boleh bertindak dan mengendalikan kehidupan seharian secara produktif
dalam dunia teknologi dan industri. Aktiviti yang diberi tumpuan adalah bercorak
kerja buat sendiri yang mudah yang berkaitan dengan pemasangan, pembinaan,
baik pulih dan penyelenggaraan. Di samping itu, masakan, jahitan, tanaman,
ternakan, pengurusan akaun dan perniagaan turut diberi tumpuan.
Namun demikian, guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini bukan semuanya
mempunyai opsyen Kemahiran Hidup Bersepadu. Ada guru-guru yang
mempunyai opsyen Ekonomi, Perakaunan, Perdagangan, Pertanian dan
Kejuruteraan dikehendaki mengajar mata pelajaran ini. Guru-guru yang bukan
opsyen ini mempunyai kepakaran atau ilmu yang tinggi bagi sesetengah topik di
dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, maka Inovasi 3P ini
diperkenalkan bagi merealisasikan matlamat perkongsian kepakaran,
penyampaian input pengajaran yang berkesan dan pelaksanaan pentaksiran
berasakan sekolah. Inovasi ini diharap dapat membantu guru di dalam
pengajaran dan pembelajaran dan membantu pelajar di dalam memahami
sesuatu topik dengan berkesan.
3
6. KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN
Semua sekolah akan menggunakan 2 orang guru bagi setiap kelas untuk mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Pada kebiasaannya guru-guru akan
mengambil pelajar masing-masing bagi mengajar teori dan amali bagi setiap
topik. Masalah lain yang wujud dari pemerhatian pengkaji adalah:
A. Guru-guru yang tidak pakar di dalam sesetengah topik tidak dapat
menyampaikan input pengajaran dengan berkesan.
B. Pelajar tidak mendapat input yang betul dan tepat disebabkan guru kurang
kepakaran di dalam sesetengah topik.
C. Masa pengajaran dan pembelajaran akan berlarutan dengan panjang
disebabkan guru kurang pakar di dalam sesetengah topik. Guru
mengambil masa yang lama untuk menghabiskan sukatan pelajaran.
D. Guru-guru akan mengambil masa yang lama untuk menyiapkan projek
amali.
E. Guru-guru juga akan mengambil masa yang lama untuk membuat
pentaksiran terhadap pelajar. Markah PBS tidak dapat dilengkapkan pada
waktu yang sepatutnya.
7. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI
A. Pelajar-pelajar yang tidak datang ke sekolah tidak mendapat input daripada
guru pakar dan pentaksiran tidak dapat dilakukan terhadap pelajar-pelajar
tersebut.
B. Pelajar tidak dapat datang pada hari Sabtu disebabkan tiada pengangkutan
atau terpaksa menghadiri tuisyen.
4
8. OBJEKTIF INOVASI
Selepas inovasi diharapkan:
A. Guru yang kurang pakar di dalam sesetengah topik akan lebih yakin untuk
mengajar topik tersebut kerana telah mendapat penerangan yang betul
daripada guru yang pakar.
B. Pelajar-pelajar akan mendapat input pengajaran yang tepat dan betul oleh
guru pakar.
C. Sukatan pelajaran dapat dihabiskan oleh semua guru dengan cepat atau
pada masa yang ditetapkan.
D. Amali projek dapat disiapkan dengan cepat oleh semua guru.
E. Pentaksiran dapat dibuat dengan cepat dan markah boleh diisikan ke dalam
sistem dengan segera.
9. TARIKH MULA DAN TARIKH SIAP PELAKSANAAN
Bergantung kepada guru berdasarkan topik-topik yang guru kurang kepakaran.
10. INOVASI YANG DILAKSANAKAN
PENGENDALIAN
A. Semua guru diberi taklimat berkenaan inovasi yang hendak dilaksanakan
pada awal tahun.
B. Guru-guru boleh berbincang dengan partner berkenaan topik-topik mana
yang mereka boleh berkongsi kepakaran.
C. Guru-guru boleh menentukan pada masa bila hendak memulakan inovasi
berdasarkan RPT dan berdasarkan jadual waktu guru.
5
D. Guru-guru boleh berbincang tentang bahan apa yang hendak digunakan
semasa sesi pengajaran.
11. BENTUK KEJAYAAN
A. Peningkatan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran oleh semua guru
terutama guru-guru baru.
B. Peningkatan terhadap tahap kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik yang
sukar.
C. Penjimatan masa PDP dapat dikurangkan beberapa minggu, sukatan
pelajaran dapat dihabiskan, amali projek dapat disiapkan dengan cepat dan
pentaksiran dapat dilaksanakan pada masa yang sama.
12. KETERANGAN LAIN YANG BERKAITAN DENGAN INOVASI
Inovasi baru yang belum dipertandingkan
13. LAMPIRAN
Lampiran 1:
sokongan
6
Recommended