View
158
Download
1
Category
Preview:
Citation preview
Pembentangan Pantun Lapan Kerat
(2014)
Buat bangsal di tengah hutan,
Tebaslah hutan buat halaman,Di tepi halaman menanam kubis,
Diselang dengan pokok papaya;Biarlah sabar dengan perlahan,
Itulah tanda tuan beriman,
Tidak patah digoncang iblis,Akhirnya tuan menang berjaya.
Pantun pertama
Seseorang hendaklah bersabar sebagai tanda dirinya beriman.Seseorang juga hendaklah tetap bersabar walaupun digoda oleh iblis.Kesabaran yang dimiliki ini membolehkan seseorang itu memperoleh kejayaan.
Ikan teluk parang-parang,Anak ketam disangka lelabi,
Berburu musim tengkujuh,Dapat buruan dibelah-belah;
Bukan makhluk sebarang-barang,Cucu adam sepaian nabi,
Turun dari langit ketujuh,Jadi khalifah kepada Allah.
Pantun kedua
Manusia itu bukanlah sabarang-barang kejadian kerana semua manusia berasal daripada nabi Adam.Semua manusia bertanggungjawab menjadi khalifah (terpimpin) di dunia ini.
Lengkung-lengkung apa dipaku,Paku jatuh patah dua,
Menjadi riuh orang di darat,Anak Cik Itam jatuh jalar;
Bumi kandungan nenek moyangku,Kerana lalai rosak binasa,
Kebudayaan Timur dinodai Barat,Bahasa ibunda hina terbiar.
Pantun Ketiga
Bumi yang diwarisi daripada nenek moyang telah rosak kerana kebudayaan Timur telah dinodai oleh budaya Barat, manakala bahasa ibunda dibiarkan terbiar.
Tema pantun ini ialah tentang tanggungjawab manusia di muka bumi
Sabar untuk mencapai kejayaan.
Tanggungjawab manusia sebagai pemimpin di dunia.
Tanggungjawab memelihara budaya dan bahasa.
Sinkope : Bumi kandungan nenek moyangku
Hiperbola: digoncang iblis
Aliterasi : Itulah tanda tuan beriman
Asonansi : Berburu musim tengkujuh
Pantun ini dikategorikan sebagai puisi tradisional dan dikenali sebagai Pantun Lapan Kerat.
Mempunyai tiga rangkap. Setiap rangkap mempunyai lapan rangkap. Empat baris pertama dalam setiap
rangkap dikenali sebagai pembayang,manakala empat baris berikutnya ialah maksud.
Rima akhir bagi pantun ini adalah sama antara baris,iaitu a-b-c-d-a-b-c-d
Secara keseluruhannya,pantun ini berbentuk terikat.
Kesabaran.
Bertanggungjawab.
Menghargai budaya.
Mencintai bahasa.
Kita hendaklah sabar menghadapi sebarang godaan iblis agar kita beroleh kejayaan
Kita hendaklah bertanggungjawab menjadi pemimpin di dunia ini.
Kita hendaklah menghargai dan memelihara budaya sendiri.
Kita hendaklah mencintai bahasa ibunda.
Tg Muhammad Syafiq Aiman Muhamad Farhan Ilmi
Recommended