View
87
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
KOMUNIKASI NON-VERBAL
Definisi Komunikasi Komunikasi adalah sesuatu yang memberi kesan
kepada fikiran manusia.
Pearson (2000), pakar dalam bidang komunikasipercaya bahawa komunikasi yang lemah merupakanpunca kepada kebanyakan masalah dan komunikasi yang efektif adalah penyelesaian kepada kebanyakanmasalah.
Komunikasi ialah satu proses. Mansor et. al (1998) menyatakan ia berjalan terus-menerus tanpa henti. Terdapat dua jenis komunikasi iaitu komunikasi verbal dan non-verbal.
Komunikasi verbal menurut Pearson (2000) mengatakan bahawabahasa adalah merupakan kod simbol, huruf atau perkataan denganpelbagai makna yang disusun mengikut peraturan susunan ayat yang digunakan untuk berkomunikasi.
Harisson (1974, dalam Che Su dan Mohd Fo’ad, 1993) menghuraikanbahawa 93 peratus daripada makna yang disampaikan melaluikomunikasi adalah bersifat tanpa lisan.
Komunikasi bukan lisan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitukomunikasi isyarat dan komunikasi visual. Komunikasi isyarat ialahmakna yang dilahirkan oleh bunyi, gerakan anggota badan, mimik muka, objek atau sebarang reka bentuk yang diluar daripadapenggunaan biasa oleh sistem bahasa yang formal.
Komunikasi visual pula membolehkan kita berkomunikasi menggunakanimej-imej visual seperti gambar, lukisan atau ilustrasi tertentu.
Komunikasi bukan lisan berkait dengan aspek
interaksi peribadi. Ia boleh dibahagikan kepada
empat bahagian iaitu:
Penampilan fizikal
Paralinguistik
Kinetik
Proksemik
Berjabat Tangan Berjabat tangan merupakan hal yang biasa dilakukan di
seluruh dunia. Apabila bertemu pertama kali dengan orangyang tidak dikenali, perkara pertama yang dilakukan ialahberjabat tangan. Menurut Sandra Dolcos, seorang penelitidari University of Illinois Beckman Institute menulis :“Banyak interaksi sosial kita yang gagal beberapa perkara.Namun berjabat tangan sederhana yang mendahuluiinteraksi tersebut boleh memadam efek negatif dari salahfaham yang mungkin terjadi,”.
Menunjukkan bahawa seseorang itu bersetuju terhadapsesuatu dan kedua-dua individu yang berjabat tanganberpuas hati terhadap apa yang dirundingkan. Ia jugaboleh menunjukkan bahawa berjabat tangan bolehmenggambarkan persepsi seseorang melalui genggamantersebut.
Setiap individu mempunyai cara berjabat tangan yang berbeza-beza. Menuruthasil penelitian Linda Philips dalam bukunya ‘The Concise Guide to ExecutiveEtiquette’, mengatakan bahawa sebenarnya cara seseorang berjabat tanganmemiliki beberapa makna iaitu:
Gaya kuat: Dilakukan dengan cara menggenggam tangan dengan kuat dan eratseolah-olah anda menguasai seluruh tapak tangannya. Gaya seperti inimenunjukkan anda kurang memahami etika kerja professional. Seseorang itucenderung ingin mencapai sesuatu dengan jalan pintas, manakala dalamkehidupan sosial pula, individu tersebut bersikap egois dan mementingkan dirisendiri.
Gaya dua tangan: Dilakukan dengan menggenggam tangan lawan dengankedua-dua belah tangan. Gaya ini tidak digalakkan apabila berjumpa denganindividu yang baru dikenali kerana mencerminkan anda ‘bermuka dua’. Gaya inijuga menunjukkan individu tersebut pandai menyembunyikan perasaanwalaupun hakikatnya beliau tidak suka dengan individu tersebut tetapi masihboleh bersikap peramah.
Gaya profesional: Dilakukan dengan cara meletakkan ibu jari di atas tanganlawan orang yang disalam. Gaya ini merupakan cara yang digalakkan apabilabertemu dengan orang yang baru dikenali kerana ia mencerminkan individutersebut mempunyai peribadi yang baik, profesional dan berfikiran positif.
Contoh Berjabat Tangan
Jarak Peribadi Menurut Edward Hall (Rakhmat, 2001), ada empat jenis jarak
yang digunakan dalam kehidupan seharian. Bagaimana individutersebut memilih jarak itu bergantung kepada bagaimanaperasaan individu tersebut terhadap individu lain dalam konteksperbicaraan dan tujuan peribadi kita. Empat jarak tersebut ialah:
Jarak yang menunjukkan keintiman: Jarak diantara dua individuadalah sehingga 18 inci. Jarak ini biasanya digunakan untukberinteraksi dengan individu yang rapat dengan kita secaraemosional dan untuk situasi yang lebih bersifat peribadi sepertimemperlihatkan perasaan senang, kasih sayang danmelindungi.
Jarak peribadi atau personal: Jarak diantara individu adalahdiantara 45 sentimeter sehingga 135 sentimeter. jarak peribadiini selalunya untuk melakukan percakapan yang bersifatperibadi.
Jarak sosial: Jarak diantara individu adalah antara 135 sentimetersehingga 4 meter. Dalam jarak ini, bermacam-macam komunikasi yangboleh terjadi dan salah satunya ialah komunikasi dalam perniagaan.Jarak sosial yang agak jauh seperti 2.25 meter sehingga 4meterdigunakan dalam situasi yang lebih formal dan tidak bersifat personalseperti jarak yang biasa digunakan antara orang atasan dan bawahandalam suatu organisasi.
Jarak umum: Merupakan jarak yang paling jauh dalam komunikasi, iaitumelebihi 4 meter. Jarak umum terdekat yang biasanya digunakan ialahdiantara guru dan pelajar di dalam kelas. Jarak umum yang paling jauhadalah 8 meter yang menyebabkan komunikasi dua arah agak sulituntuk dilakukan. Penggunaan jarak umum ini biasanya dilakukan dalampembicaraan kelompok yang agak banyak, serta dalam keadaandimana orang tidak tertarik untuk mengadakan perbualan.
Jarak adalah ruang yang diperlukan oleh individu ketika berkomunikasi.Sekiranya seseorang tersebut mempunyai hubungan yang rapat makajarak diantaranya adalah rapat dan sebaliknya.
Contoh Jarak Peribadi
Mimik Muka Wanda Vassalo (1993): Manusia berkemampuan menghasilkan lebih kurang
250,000 ekspresi muka. Contoh menggunakan mimik muka dengan cara yangbetul adalah apabila kita menekankan kepentingan terhadap sesuatu idea.
Ismail Hamad (2012): Mimik muka dan air muka sangat penting dalam proseskomunikasi. Ia sebenarnya menggambarkan perasaan anda. Dalam hubunganinterpersonal, senyuman anda adalah amat penting. Sama ada untuk mendekatiseseorang atau anda didekati. Anda haruslah pandai menggunakan masa bilaanda harus tersenyum. Senyuman akan membuatkan orang di sekitar andamerasa rapat dan mudah mesra dengan anda.
Abdullah Hassan (2002): Dengan menggunakan muka sahaja walaupun tanpabercakap individu tersebut boleh memberitahu perasaan yang sedang merekahadapi. Emosi marah, gembira, sedih atau kecewa boleh dilihat melalui wajahmereka.
Kebanyakan kajian mengenai mimik muka melibatkan pelbagai jenis emosi.Jenis-jenis emosi tersebut ialah marah, sedih, terkejut, gembira, takut danmenyampah. Mimik muka juga boleh berfungsi sebagai isyarat badan di mana iaboleh memberi tindak balas semasa interaksi berlaku.
Contoh Mimik Muka
Pandangan Mata Ismail Hamad (2012): Kemahiran menggunakan mata adalah sangat penting dalam
komunikasi. Kita menggunakan mata untuk mendapat gambaran melalui penglihatan. Kitaakan menilai melalui “first impression”. Penilaian ini akan disampaikan melalui perasaanyang disalurkan bersama pandangan. Komunikasi berkesan memerlukan anda memandangkepada pasangan anda berbicara selama 5 saat. Sikap ini memberi gambaran komitmenanda dalam menjalinkan hubungan.
Joe Navarro (bekas ejen penyiasatan Biro Persekutuan): pandangan mata bolehmendedahkan cara seseorang itu berinteraksi. Mengelak daripada melakukan pandanganmata menunjukkan bahawa seseorang itu merasa gentar, manakala semasa seseorangbercakap dan individu tersebut mengalihkan pandangan terhadap benda yang beradadisekelilingnya menunjukkan bahawa beliau tidak berminat dalam komunikasi tersebut.
Abdullah Hassan (2002): menggunakan mata untuk mengawal tindak balas. Selain itu, matadigunakan untuk menjaga minat dan memberi perhatian terhadap seseorang semasamereka sedang bercakap. Melalui mata, individu boleh mentafsirkan emosi seseorang.
Komunikasi melalui mata dapat mentafsir berbagai makna. Melalui mata seseorang bolehmenyampaikan emosi terhadap sesuatu sama ada perasaan suka atau marah.
Contoh Pandangan Mata
Gerakan Tangan
Gitin (1970): gerakan tangan menunjukkan sama
ada individu tersebut seorang yang aktif atau
pasif, bersemangat atau bosan, peramah atau
tidak, kuat atau lemah dan sebagainya.
Gerakan tangan yang menunjuk ke arah
seseorang boleh juga dilihat sebagai rasa tidak
puas hati dan dianggap tidak sopan.
Contoh Gerakan Tangan
Ketrampilan Ismail Hamad (2012): Keterampilan menentukan persepsi orang lain terhadap
kita pada awal pertemuan. Keterampilan biasa dilihat pada pakaian kita. Kita
hendaklah memilih pakaian yang sesuai pada setiap majlis yang kita hadiri.
Pakaian anda menggambarkan keperibadian anda secara tidak langsung.
Persepsi awal memainkan peranan penting dalam menentukan perhubungan
yang selanjutnya. Ia adalah penghubung kepada sebuah perhubungan yang
lebih baik atau lebih buruk.
Kek Tze Ying (2004): Amalan berpakaian bakal guru sepatutnya sopan supaya
tidak memberi pengaruh negatif kepada pelajar. Hal ini kerana, melalui cara
berpakaian mencerminkan identiti seseorang itu untuk dihormati.
John Molloy (1978): Berdasarkan buku beliau Dress for Success, cara
pemakaian harus diambil berat untuk memperlihatkan seseorang itu bersifat
profesional.
Berdasarkan pemakaian seseorang, kita boleh melihat sama ada mereka sangat
serius dalam melakukan sesuatu atau tidak. Ia juga boleh membezakan taraf
profesionalisme seseorang individu tersebut.
Contoh Ketrampilan
Intonasi Suara Ismail Hamad (2012): Intonasi suara boleh menggambarkan kesungguhan,
kesedihan, kegembiraan, kemarahan dan sebagainya. Individu boleh mengawal
nada, sebutan dan lenggok suara. Individu tersebut hendaklah membuat sebutan
dengan jelas, yakin dan menggunakan kepelbagaian nada suara dengan baik
dan bijak. Suara yang bertenaga, lontaran suara dan vokal yang jelas dan nada
yang penuh perasaan adalah asas suara yang baik. Ini juga menjadi asas
kepada kepercayaan orang lain kepada kita.
Abdullah Hassan (2002): penutur lelaki dan wanita bercakap menggunakan
darjah kelangsingan suara yang berbeza. Kajian mendapati, semakin seseorang
itu emosional, semakin banyak variasi intonasi pada suaranya.
William dan Sundene (1965): Isyarat muka, vokal atau isyarat muka-vokal boleh
dikategorikan dari tiga faktor iaitu penilaian umum, kawalan sosial dan aktiviti.
Intonasi suara yang digunakan berbeza mengikut majlis atau komunikasi yang
dijalankan.
Contoh Intonasi Suara
Silang Kaki
Carol Kinsey Goman: Individu yang sukar untuk
menyatakan sesuatu selalunya akan
menyilangkan kaki. Individu tersebut selalunya
menyimpan perasaan atau kelakuan mereka.
Individu yang bersilang kaki ini juga adakalanya
menunjukkan bahawa mereka seorang yang
tenang dan tidak menyimpan emosi.
Contoh Silang Kaki
Senyuman Senyuman menunjukkan keramahan seseorang.
Namun begitu, senyuman juga mempunyai maksud
yang berbeza mengikut budaya.
Di German masyarakat di sana kurang tersenyum
berbanding di Amerika Syarikat namun ia tidak bererti
mereka tidak peramah.
Di Amerika Syarikat, kaum isteri sentiasa memberi
senyuman kepada suami mereka tetapi di Jepun
kaum isteri jarang menunjukkan senyuman mereka.
Contoh Senyuman
Penggambar Abdullah Hassan (2002): Gerak-geri seseorang
individu tersebut seiring dengan apa yangdiperkatakan. Ianya menggambarkan apa yangsedang diucapkan.
S. Salahudin Suyomo (2008): Melalui penggambar,individu tersebut dapat mengukuhkan lagi hujah yangingin disampaikan.
Berdasarkan penggambar, individu tersebut bolehmempengaruhi orang lain kerana mempunyai buktiyang kukuh untuk menyokong kata-katanya.
Contoh Penggambar
Kesimpulan
Aspek non-verbal telah dipergunakan dengan
luas dan terdapat banyak perbezaan dari segi
budaya.
Tanpa komunikasi non-verbal, sesuatu interaksi
itu mungkin susah untuk dilaksanakan kerana
tidak dapat meyakinkan individu lain.
Rujukan Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. 2000. Komunikasi Untuk Guru. Kuala Lumpur: Utusan
Publications &Distributors Sdn Bhd.
Ismail Hamad. 2012. Komunikasi Pendekatan Islam. Pejabat Pembangunan Persekutuan Melaka.
Che Su Mustaffa dan Mohd Fo’ad Sakdan. 1993. Komunikasi Yang Efektif Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Kuala Lumpur: Jurnal Guru. Keluaran 5.
Mansor, Rahman dan Shawaluddin .1998. Penghantar Komunikasi. Pulau Pinang: Universiti Sains
Malaysia.
Pearson. J.C dan Nelson P. E .2000. “An Introduction to Human Communication Understanding dan
Sharing”. Amerika Syarikat: McGraw-Hill Higher Education. Eighth Edition.
Rakhmat, Jalaluddin. 2001. Psikologi Komunikasi (edisi revisi). Bandung: Penerbit PT Remaja
Rosdakarya
Recommended