View
249
Download
3
Category
Preview:
Citation preview
PINTAR PERIBAHASA !
DARJAH 3 / 4 (NO: 6 -10)
ambil hati
Aufa ambil hati apabila dimarahi oleh ibunya kerana
menumpahkan segelas air ke lantai.
ambil hati
Maksud:berasa kecewa atau tersinggung kerana kelakuan atau perbuatan
seseorang
anak emas
Irfan merupakan anak emas dalam keluarga. Ibu bapanya
sentiasa meluangkan masa untuk bersamanya walaupun mereka
sibuk dengan tugas harian.
anak emas
Maksud:orang yang sangat disayangi
baik budi
Amir ialah seorang pemuda yang baik budi kerana sentiasa
bersedia untuk membantu golongan orang kurang upaya.
baik budi
Maksud:berperangai mulia dan
mempunyai peribadi yang baik
berat sebelah
Alisya menganggap ibunya bersikap berat sebelah kerana
memberikan lebih perhatian kepada adiknya.
berat sebelah
Maksud:
tidak adil
menyebelahi satu pihak
besar hati
Ahmad berasa besar hati kerana menerima Anugerah Pelajar
Budiman di sekolahnya.
besar hati
Maksud:perasaan bangga atau gembira
terhadap sesuatu pemberian atau pertolongan
KUIZ PERIBAHASA
!
ARAHAN Padankan setiap peribahasa
yang telah dipelajari
dengan ayat yang paling sesuai
di dalam slaid seterusnya.
SELAMAT MENCUBA !
Peribahasa
Simpulan Bahasa Ayat
Guru kelas mereka telah membuat keputusan yang tidak adil kerana telah mendenda murid-murid lelaki sahaja sedangkan murid-murid perempuan juga telah berbuat bising di dalam kelas sewaktu ketiadaan guru mereka.
Ibu berasa gembira apabila menerima pujian daripada ayah kerana masakannya yang sangat lazat.
Sebagai seorang yang sangat disayangi di dalam keluarga, Aznil sentiasa dipeluk dan dicium oleh setiap ahli keluarga, terutama ibu dan bapanya.
Ain merupakan seorang pelajar yang berperangai mulia kerana sentiasa berkelakuan sopan terhadap guru-gurunya.
Azmi tersinggung apabila rakan karibnya, Jamal, tidak memilih Azmi untuk menyertai pasukannya dalam pertandingan itu.
Simpulan Bahasa Ayat
berat sebelah Guru kelas mereka telah membuat keputusan yang tidak adil kerana telah mendenda murid-murid lelaki sahaja sedangkan murid-murid perempuan juga telah berbuat bising di dalam kelas sewaktu ketiadaan guru mereka.
besar hati Ibu berasa gembira apabila menerima pujian daripada ayah kerana masakannya yang sangat lazat.
anak emas Sebagai seorang yang sangat disayangi di dalam keluarga, Aznil sentiasa dipeluk dan dicium oleh setiap ahli keluarga, terutama ibu dan bapanya.
baik budi Ain merupakan seorang pelajar yang berperangai mulia kerana sentiasa berkelakuan sopan terhadap guru-gurunya.
ambil hati Azmi tersinggung apabila rakan karibnya, Jamal, tidak memilih Azmi untuk menyertai pasukannya dalam pertandingan itu.
Sumber gambar:• http://keirasaw.blogspot.sg/2013/05/mengatasi-si-kecil-yang-terus-mena
ngis.html• http://www.babycenter.com.my/a25013069/bagaimana-kasih-sayang-
berputik-di-antara-ibu-dan-anak• http://www.thestraightway.info/thestraightway/balasan-budi-pekerti-baik/• http://www.understandingchildhood.net/posts/sibling-rivalry-growing-up-
with-a-new-brother-or-sister/• http://www.123rf.com/stock-photo/first_proud.html• https://www.google.com.sg/search?
q=besar+hati&espv=2&biw=1093&bih=510&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwixwbzD_-7PAhUNSI8KHa3dDM0Q_AUIBigB#tbm=isch&q=proud+student&imgrc=51Tpm9YLtW1sqM%3A
Recommended