Presentation2 (elm)

Preview:

Citation preview

Nama Kursus : Pendidikan Moral (ELM3043E)

Nama ahli : Claudia Yantie anak Latip

: Lydia Binti Noh

Nama pengajian : PISMP BM1 Ambilan Januari

2012

Keganasan Rumah Tangga

Pengenalan

• Suatu bentuk penyalahgunaan kuasa yang sering berlaku apabila

seorang pasangan (lazimnya lelaki) cuba untuk mengawal atau

mendominasi pasangannya.

• Secara sengaja atau cuba meletakkan mangsa dalam ketakutan

kecederaan fizikal.

• Keganasan rumah tangga bukan sekadar tamparan biasa.

• Ia satu perbuatan yang berulang, sistematik dan berpanjangan untuk

satu tempoh masa yang lama.

• Ia adalah satu jenayah.

Siapakah mangsa keganasan rumah tangga?

• Isteri / bekas isteri• Suami / bekas suami• Anak-anak• Ibu bapa• Ahli keluarga yang tinggal serumah

Apakah yang dikategorikan sebagai keganasan rumah tangga?

• Penderaan fizikal• Penderaan mental• Penderaan emosi• Penderaan seksual• Penderaan spiritual

Hujjah• Islam melarang sama sekali dilakukan sebarang kekerasan dalam rumah

tangga. Biarpun ayat 34 surah an-Nisa membenarkan suami memukul isteri, ia tidak boleh dikategorikan sebagai kebenaran menggunakan penderaan atau kekerasan terhadap isteri.

Ayat 34 surah an-Nisa yang bermaksud: “Dan kepada mereka yang kamu khuatir akan kederhakaannya, berikan nasihat dulu, kemudian tinggalkan tempat tidurnya dan hendaklah kamu pukul.”

Keizinan memukul isteri itu jelas dalam konteks memberi pengajaran setelah cara nasihat dan memulau tidak berkesan untuk memperbaiki kesalahan isteri. Malah, pukulan itu sebenarnya hanya dalam tahap tidak mencederakan fizikal, sekadar menunjukkan ketegasan suami supaya isteri tidak lagi berani melakukan perkara tidak diingini.

Hujjah• Rasulullah SAW memberi ingatan dengan sabda bermaksud:

“Mengapa ada lelaki dalam kalangan kamu yang suka memukul isterinya seperti memukul seorang hamba, pada hal dia akan menyetubuhi isterinya itu pada hari yang lain.” (Hadis riwayat Ahmad)

Islam melebihkan suami pada kedudukan bukan bermakna berkuasa melakukan apa saja mengikut sesuka hatinya. Kuasa dan kekuatan dimiliki perlu digunakan untuk kebaikan, bukannya menimbulkan perkara buruk.

Suami mesti menunjukkan perasaan kasih sayang dan menyuburkan perasaan ceria serta gembira dalam keluarga. Amalan itu akan mewujudkan perasaan hormat dan sayang isteri terhadap suami.

Tahun Jumlah kes Peratus (100%)

20083,729 kes 8.80%

2009 3,643 kes, 8.58%

2010 3,133 kes 7.47%

2011 3,275 kes 7.72%

2012 3,488 kes 8.22%

Statistik

Faktor/Punca1. kejahilan tentang agama

Seorang tokoh pernah berkata bahawa tanpa

pendidikan agama, seseorang itu mempunyai

iman yang goyah dan mudah dipengaruhi iblis.

Dengan itu, pasangan suami isteri itu tidak

mempunyai sikap sabar dan bertindak tanpa

berfikir terlebih dahulu.

Faktor/Punca

2. Kesan penagihan dadah, alkohol atau judi.memerlukan wang untuk membeli dadah atau

bermain judi.Meminta wang ataupun barang kemas

daripada isteri. Dikejar oleh Along kerana berhutang.Kehabisan duit.

Faktor/Punca3. Wujudnya orang ketiga dalam rumah tangga.Suami suka berpoya-poya di kelab malam.Suami/isteri jarang makan di rumah.Suami/isteri sering balik lewat malam.

Faktor/Punca4. Faktor terlalu cemburu terhadap pasangan.Melihat pasangan bergaul rapat dengan

kawan di pejabat menimbulkan perasaan cemburu buta.

Tidak tahan dengan sikap pasangan yang melebihkan kawan daripada dirinya sendiri.

Faktor/Punca5. Faktor ekonomiMemastikan isterinya tidak bekerja walaupun dia

sendiri tidak mampu untuk menyara keluarganya.Cara suami untuk mewujudkan kawalan dan

kuasa terhadap isteri. tiada wang atau kerja isteri tidak dapat lari.Anak masih kecil tidak dapat mencari pekerjaan.Mereka khuatir kehidupan mereka dan anak-anak

akan bertambah buruk kalau tidak bersuami.

Kesan

1. Mangsa mengalami tekanan fizikal, mental dan spiritual.

Dipukul dengan menggunakan benda yang keras akan meninggalkan kesan lebam, luka atau patah pada anggota badan

Mangsa berada dalam situasi yang tidak selamat.

Jika dibiarkan akan menjadi trauma ntuk kesan jangka masa panjang.

2. Kesan psikologi / mental kepada mangsa

• Wanita yang didera oleh pasangan akan mengalami lebih kemurungan, cemas dan ketakutan dibanding dengan wanita yang tidak didera.

• Mereka juga lebih cenderung untuk mencederakan diri sendiri atau menbunuh diri

• Mangsa juga lebih dikaitkan dengan tabiat merokok, pengambilan alkohol berlebihan dan penyalahgunaan dadah

3. Menimbulkan kesan negatif terhadap

pertumbuhan atau perkembangan anak-

anak

kemungkinan anak-anak aan mengulangi apa ang dipelajari daripada ibu bapa mereka apabila meningkat dewasa.

Mereka juga berpotensi untuk menjadi pendera.

4. Tekanan emosi dan mental terhadap

anak-anak.

anak-anak mengalami konflik identiti

jika mereka tersalah haluan akan terlibat

dengan kes-kes juvana seperti

gangsterisme, vandalism, penagihan dadah

dan masalah sosial yang lain.

5. Ponteng sekolah

Berlaku kepada kanak-kanak.

Tertekan dengan masalah ibu bapa sering

bertengkar.

Diabaikan oleh ibu bapa.

Kurang keyakinan diri untuk bergaul dengan

rakan-rakan lain kerana masalah keluarga.

Langkah

1. khidmat kaunseling

Khidmat kaunseling perlu dilakukan sebelum

memasuki alam perkahwinan dan selepas

perkahwinan agar mereka memahami

tentang kewajipan dan dasar-dasar sesuatu

perkahwinan.

Ini penting kerana ini boleh menghalangkan

sesebuah keluarga daripada berkecai akibat

keganasan.

2.Menjalani kehidupan yang harmoni dan

memupuk kasih sayang dalam keluarga.

Slogan “Keluargaku Syurgaku” boleh dijadikan

asas bagi memupuk kasih sayang dan perasaan

hormat-menghormati.

Masalah dalam keluarga dapat diatasi dengan

adanya sikap bertoleransi dan kemahuan untuk

berbaik-baik antara suami isteri.

3. Pasangan perlu sentiasa berbincang

tentang masalah yang dihadapi dan

mencari penyelesaian secara harmoni.

Suami isteri juga perlu berusaha mencari jalan

penyelesaian terhadap sebarang permasalahan yang

timbul secara bersama-sama.

Mereka hendaklah saling memberikan dan menerima

pandangan atau pendapat antara satu sama lain.

Menentukan waktu atau tempat tertentu yang lebih khusus

untuk berbua-bual atau meluahkan perasan dan

menyatakan kekesalan yang di alami oh suami atau isteri di

tempat kerja.

4. Peranan masyarakat

Masyarakat harus memainkan peranan

penting dalam menangani masalah ini.

Di samping mendorong dan

mendampingi mangsa, menghukum dan

memulihkan si pendera dari segi

kawalan emosi juga penting dalam

menangani gejala ini.

5. Melalui tindakan undang-undang.

Kelulusan Akta Keganasan Rumahtangga 1994

telah ditubuhkan untuk melindungi mangsa

keganasan rumah tangga .

Menurut Akta ini, pesalah boleh didenda tidak

melebihi empat ribu dan penjara tidak lebih

setahun. 

Ini dapat mengelakkan si pendera daripada

mendera mangsanya kerana dia akan berfikir

dua kali untuk melakukannya.

Penutup

• Keganasan rumah tangga merupakan suatu jenayah yang

mengakibatkan keluarga porak-peranda.

• Masalah ini perlu dibanteras supaya tidak menular dan bertambah

teruk.

• Oleh itu, setiap individu, masyarakat, pihak berkuasa dan kerajaan

haruslah bersama-sama untuk memastikan langkah-langkah yang

dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini akan berjaya.

• Sebuah rumahtangga yang bahagia haruslah ada sikap sabar dan

janganlah berlagak seperti “ enau dalam belukar melepaskan pucuk

masing-masing”.

Keratan Akbhar

Keratan Akhbar

Rujukan

• Azizi Yahaya, Halimah Ma’alip, Shahrin Hashim, Yusof

Boon dan Jamaludin Ramli (2009),Modal

Insan:Membentuk Keluarga Berkesan, Universiti

Teknologi Malaysia.

• Abd. Rahim Abd. Rashid, Sufean Hussin dan Che

Hassim Hassan (2006), Krisis dan Konflik Institusi

Keluarga, Utusan Publicatio & Distributors Sdn. Bhd.

• Abdullah Nasih Ulwan, 2005. Pendidikan Anak-anak dalam Islam Jilid

Satu. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.

• Harun Arrasyid Haji Tuskan, 2005. Peranan dan Tanggungjawab Ibu Bapa

terhadap anak-anak. Kuala Lumpur: Pustaka Al-Shafa.

Internet:

• http://news.abnxcess.com/bm/2013/11/42499-kes-keganasan-rumah-tangga-di

rekod-dari-2000-2012/

• http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/395-soal-jawab-keganasan-ru

mah-tangga.html

• http://www.myhealth.gov.my/index.php/dewasa/keganasan/keganasan-rumaht

angga