View
137
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
PERSEDIAAN GURU DALAM MENGGUNAKAN KAEDAH TALAQQI & MUSYAFAHAH
Nurul huda pakhruddin( PISMP SEM 3 PA )
SEBELUM MENGAJARTentukan objektif dan kandungan yang hendak dicapai - pelajar dapat menyebut huruf hijaiyah dengan tepat - dapat membaca dengan betul dan fasih - pelajar yakin dan berani mencuba dihadapan guru
Berikan penerangan tentang kemahiran yang perlu dikuasai serta apa yang perlu dilakukan oleh setiap pelajar
Menyediakan bahan yang sesuai untuk dijadikan bahan bacaan untuk sesi itu
Pastikan susun atur kedudukan pelajar adalah sesuai untuk sesi pengajaran talaqqi dan musyafahah
Pastikan pelajar selesa ketika proses PDP berjalan dan keselamatan pelajar adalah terjamin
SEMASA MENGAJAR
Pelajar mesti berhadapan secara langsung dengan guru secara individu
Guru memperdengarkan bacaan al-Quran dari bacaan guru sendiri supaya pelajar dapat memerhatikan pergerakan bibir dan sebutan guru
Guru mengulang beberapa kali bacaan ayat tersebut sehingga pelajar dapat menguasai ayat tersebut
Guru membetulkan bacaan pelajar sekiranya terdapat kesalahan dalam sebutan dan tajwid
Pelajar bergilir-gilir datang menghadap guru sehingga semua pelajar berjaya menghabiskannya
Guru meminta pelajar membaca ayat tersebut. Semasa pelajar membaca ayat, guru perlu memerhati dan mendengar dengan teliti sebutan pelajar untuk mengesan pelajar yang dapat membaca dan pelajar yang masih belum boleh menguasai bacaan
SELEPAS MENGAJAR
Untuk latihan pengukuhan, guru perlu membekal pelajar dengan aktiviti lanjutan seperti mengarahkan mereka mencuba untuk membaca surah seterusnya
Seterusnya, guru akan membuat penilaian lanjutan dalam bentuk pemerhatian bagi memastikan keberkesanan kaedah ini di dalam sesi yang akan datang
Recommended