View
377
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
1. Membincangkan definisi ilmu dan falsafah menurut
sarjana Islam dan Barat.
2. Menjelaskan klasifikasi dan falsafah ilmu yang
merangkumi epistemologi, ontologi, dan aksiologi.
3. Menjelaskan sejarah perkembangan falsafah dan ilmu
dalam tamadun manusia.
4. Membincangkan budaya ilmu dari sudut konsep dan
pengaplikasiannya dalam kehidupan manusia.
Sains, Teknologi dan Manusia?• Apa itu Sains, Teknologi dan Manusia?
– Berikan pandangan.
• Sains?
• Teknologi? – Logi?
4
SAINS = ILMU
• Sains yang akan dibincangkan di dalam kuliah adalah Ilmu yang memberi
makna yang lebih luas.
• Apa itu Ilmu?
5
Ilmu dan Manusia
• Manusia merupakan makhluk berakal yang dijadikan Tuhan dan terdiri
daripada dua unsur, jasad dan roh atau fizikal dan spiritual pada satu masa.
• Menurut al-Quran (al-Baqarah, 2: 30), kejadian Nabi Adam sebagai
manusia pertama telah dibekalkan dengan ilmu untuk membolehkannya
melaksanakan tugas sebagai khalifah di bumi dengan diajar oleh Allah
untuk mengetahui nama segala benda.
• Imam al-Ghazali (1986: 51) menjelaskan bahawa akal yang dimiliki oleh
manusia berfungsi membezakan antara manusia dengan makhluk lain.
Daripada akal inilah manusia dapat membangun dan memperkembangkan
potensi diri serta alam seluruhnya menurut apa yang direncanakannya.
6
DEFINISI UMUM ILMU
• Antara persoalan yang penting tentang ilmu ialah apakah yang
dimaksudkan dengan ilmu? Apakah ada sesuatu yang bukan
ilmu? Apakah ilmu sama dengan maklumat? Menurut Wan
Mohd Nor Wan Daud (1997: 35), soalan-soalan ini perlu
ditanya dan dijawab dengan betul kerana kesilapan memahami
pengertian ilmu akan menghasilkan usaha yang sia-sia,
merugikan, dan merosakkan.
• Wan Mohd Nor menambah bahawa ilmu walaupun susah
ditakrifkan, tetapi maknanya tidak begitu susah untuk difahami.
ISTILAH ILMU DALAM KAMUS INGGERIS
• Umumnya disebut sebagai ‘knowledge’ dan ‘science’
yang diterjemah dalam bahasa Melayu sebagai tahu,
pengetahuan, dan kepandaian.
• Secara etimologinya, kata ilmu berasal daripada
bahasa Arab “alima, ya’lamu, ilman”. Justeru, ilmu
adalah kata benda abstrak daripada kata kerja “alima”
yang meletakkannya antara “alim” (yang mengetahui)
dan ma’lum (yang diketahui). Dengan kata lain, ilmu
adalah penghubung antara yang tahu (subjek) dan
yang diketahui (objek).
Apa pandangan ahli falsafah tentang
ILMU?
9
PENDAPAT TOKOH-TOKOH FALSAFAH
MENGENAI ILMU SECARA UMUM
• Plato [427-347S.M]: Ilmu adalah pemberian hak jasmani dan rohani dari
segenap segi yang membawa kepada kesempurnaan.
• Aristotle [384-322 S.M]: Ilmu adalah persiapan akal untuk menerima
sokongan luar.
• Herbert Spencer [1820-1903]: Ilmu adalah menyediakan manusia
menjalani hidup yang sempurna, kuat tubuh badan, sempurna akhlak dan
teratur fikirannya.
• J.J Rousseau [1712-1804]: Penerimaan ilmu adalah untuk menciptakan
manusia yang sempurna dalam pelbagai urusan hidup serta berusaha
mengatasi segala kesulitan mengenainya.
• Immanuel Kant [1724-1804]: Ilmu bertujuan untuk menyampaikan
manusia kepada taraf kesempurnaan yang semaksima mungkin.
10
Sambungan..
• Kata Albert Einstein [1879-1955], “ilmu tanpa
agama adalah buta, dan agama tanpa ilmu adalah
lumpuh”.
Sambungan …• F. Frobel mengatakan “ilmu hendaknya memimpin manusia untuk
mengenal siapa dirinya, alam sekeliling, juga kepercayaan terhadap
keEsaan Tuhan untuk mengangkat manusia kepada kehidupan yang
suci dan murni”.
• Imam al-Ghazali mengatakan: “sesungguhnya ilmu adalah untuk
mendekatkan diri dengan Allah S.W.T”.
• Jujun S. Suriasumantri mengatakan bahawa ilmu merupakan
kumpulan ilmu pengetahuan yang mempunyai ciri-ciri tertentu yang
membezakan ilmu dengan yang lainnya. Beliau juga menambah bahawa
ilmu merupakan salah satu daripada pemikiran manusia dalam
menjawab pertanyaan.
Sambungan…
• Frank Rosenthal menyenaraikan sebanyak 15 takrifan ilmu yang dipetik
daripada 107 definisi. Sebahagian besar daripada takrifan tersebut diambil
daripada golongan Ahli Kalam seperti Abu al-Hasan al-Ash’ari, al-Juwayni,
al-Ghazali dan Ibn Hazm. Antara takrifan tersebut ialah:
• Ilmu sebagai proses mengetahui dan sebagai sifat yang membolehkan
seseorang itu mengetahui.
• Ilmu adalah kognisi (makrifah) contohnya takrifan al-
Baqilani bahawa: “ilmu adalah kognisi tentang sesuatu
benda menurut hakikatnya yang sebenar”.
• Ilmu adalah proses atau mencari persepsi mental.
• Ilmu adalah suatu rupa bentuk (surah). Contohnya takrifan Ibn Sab’in
bahawa ilmu adalah perkara yang menerangkan kebenaran dan memberikan
maklumat tanpa tertinggal apa-apa yang perlu diselidiki.
S. M. Naquib Al-Attas (1975: 154)
mentakrifkan ilmu sebagai• ketibaan sesuatu makna hasil
daripada maklumat yang benar ke
dalam diri seseorang.
• Kebenaran sesuatu ilmu itu adalah apabila
merujuk kepada Allah sebagai sumber asal
segala ilmu.
Takrifan ini menunjukkan bahawa autoriti ilmu di bawah kekuasaan
Allah sebagai sumber sebenar ilmu. Allah S.W.T selaku Pencipta
sekalian alam bersifat Maha luas ilmu pengetahuan-Nya. Dialah Yang
Maha Mengetahui hakikat segala ilmu dan makna sesuatu yang
dikurniakan kepada sesiapa yang dikehendaki oleh-Nya.
14
ILMU DARI PERSPEKTIF FALSAFAH
Ilmu ialah kumpulan pengetahuan yang mempunyai ciri-ciri tertentu yang membezakan ilmu daripada yang lain.
Menurut Jujun Suriasumantri (1993: 3), ciri-ciri keilmuan didasarkan pada tiga jawapan yang diberikan kepada tiga persoalan pokok, iaitu:
1. Apakah yang ingin kita ketahui ?
(ontologi/teori wujud)
• Bagaimanakah kita memperolehi pengetahuan? (epistemologi/teori ilmu)
• Apakah nilai pengetahuan tersebut bagi kita?
(aksiologi/teori nilai).
15
Dari sudut falsafah, ilmu merupakan
• salah satu daripada pemikiran manusia dalam menjawab ketiga-
tiga persoalan tersebut.
• Untuk menghargai ilmu menurut kewajarannya yang sebenar,
hakikat sesuatu ilmu mestilah diketahui dengan sebenarnya.
• Pengertian yang mendalam terhadap hakikat ilmu bukan sahaja
akan mengikat seseorang terhadap ilmu malahan juga membuka
matanya terhadap pelbagai kekurangan dirinya dan keterbatasan
ilmu yang dimilikinya.
16
KONSEP ILMU MENURUT BARAT
Kalangan masyarakat Barat yang telah melepaskan
diri daripada ikatan ajaran Kristian melihat bahawa
ilmu hanya merupakan kegiatan bersifat akal semata-
mata. Berpunca daripada aktiviti akal yang berfikir
inilah lahirnya ilmu.
Akal manusia menyimpan segala maklumat serta
pengalaman, kemudian memprosesnya dan
seterusnya menganalisis.
Sambungan …
Masyarakat Barat menerima akal sebagai satu-satunya sumber ilmu yang
tertinggi. Mereka berpegang kepada konsep rasional sebagai ukuran
dalam menerima atau menolak sesuatu ilmu.
• Konsep ini membawa kepada penerimaan dalam sains yang hanya
diterima apabila dapat dibuktikan oleh bukti-bukti saintifik (empirikal).
Apabila kaedah saintifik tidak boleh membuktikannya, maka ia
dianggap tidak wujud.
• Akal pula menerima maklumat daripada lima pancaindera (penglihatan,
pendengaran, rasa, hiduan, dan sentuhan). Memandangkan
pancaindera manusia itu bersifat serba kekurangan lalu konsep ilmu
menurut masyarakat Barat dilihat tidak mampu untuk membimbing
manusia menuju kepada kesejahteraan.
Ilmu dan Pengetahuan.
• Bagaimana kita tahu?
– Epistemology?
Aktiviti Kumpulan
1. Secara berkumpulan, bincangkan bagaimana
seseorang memperoleh pengatahuan / mendapat
ilmu?
2. Apa yang anda faham dengan Ilmu.
• Secara berkumpulan (5 orang setiap 1 kumpulan),
bincang soalan di atas.
Bagaimana kita tahu? (ways of
Knowing)
7 SUMBER ILMU MENURUT
JOHN HOSPERS (1988: 41-47)• terdiri daripada persepsi (tanggapan), introspeksi (menilik
diri), memori (ingatan), alasan atau keterangan (reason),
kepercayaan (faith), intuisi (ilham), dan testimoni (perakuan).
• Kesemua pernyataan sumber ilmu tersebut boleh
dipertikaikan kebenarannya.
• Justeru, Barat kelihatannya berpegang kepada sumber
ilmu yang boleh dipertikaikan kebenarannya dan
konsep ilmu menurut Barat hanya bersifat luaran dan
berdasarkan cerapan indera serta akal manusia semata-
mata. Ia juga tiada hubungan dengan alam ghaib atau
wahyu yang sepatutnya diletakkan sebagai sumber pertama
bagi keilmuan manusia.
KONSEP ILMU MENURUT
AJARAN KRISTIAN
• terkandung dalam teks Bible yang mempercayai
bahawa tafsiran bagi pohon yang buahnya dimakan
oleh Adam a.s. ialah pohon ilmu yang ditegah oleh
Allah daripada Adam menghampirinya ataupun
memakan sesuatu daripada buahnya. Old Testament
menyebut:
• “And the Lord God commanded the man, “you are free to eat
from any tree in the garden; but you must not eat from the tree
of the knowledge of good and evil, for when you eat of it you
will surely die”. [Genesis 2:15-17].
Sambungan …• Pesanan tersebut telah diabaikan oleh Adam dan atas pujukan isterinya
yang diperdaya oleh ular (syaitan), maka mereka berdua memakan buah
larangan pokok ilmu tersebut. Justeru, selepas memakan buah
larangan pokok ilmu tersebut, Adam a.s memperolehi ilmu yang tidak
diketahui sebelumnya. Adam dan Hawa tidak mengetahui hakikat
keduanya tidak berpakaian dan tidak mempunyai rasa malu.
• Ungkapan tersebut bermaksud nilai moral hanya diketahui oleh Adam
setelah memakan buah daripada pohon ilmu tersebut.
• Atas tafsiran bahawa akal mengarahkan kepada kejahatan maka gereja
mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang mempelajari ilmu
sains dan menghukumnya dengan hukuman yang berat.
• Bersandarkan alasan untuk mencapai kemajuan inilah maka masyarakat
Barat memilih untuk membelakangi arahan gereja dan mendatangi
negeri-negeri yang berada di bawah kekuasaan Muslim khususnya
Sepanyol dan Sicily dengan tujuan menuntut ilmu.
24
KONSEP ILMU MENURUT ISLAM
Islam menuntut supaya ilmu dan pemikiran manusia disepadukan bertujuan membolehkan para sarjana, pemikir, ahli sains, cendekiawan dan ulama mengembangkan diri, masyarakat dan alam sekitarnya sebagai usaha pengabdian diri kepada Allah dan penyempurnaan amanah sebagai khalifah.
Islam meletakkan martabat ilmu pengetahuan yang tertinggi ialah mengenal Allah dengan sebenar-benar pengenalan yang membawa kepada keyakinan dan mampu meletakkan manusia ke tahap yang tinggi dari segi nilai dan kedudukannya.
KLASIFIKASI ILMU
• Terdapat berbagai istilah yang digunakan oleh ulama dalam
pembahagian ilmu.
• Jika dilihat secara terperinci, maka ilmu dapat dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu:
1. ilmu naqli (ilmu fardu ain/ilmu wahyu) dan
2. ilmu aqli (ilmu fardu kifayah/ilmu perolehan akal).
25
PEMBAHAGIAN ILMU MENURUT HIERARKI
1. Pertamanya, ilmu yang diturunkan oleh Allah
melalui para Nabi dan Rasul-Nya yang dipanggil
ilmu naqli.
2. Keduanya, ilmu yang dihasilkan oleh usaha manusia
yang dipanggil ilmu aqli atau kasbi.
• Ilmu yang ditanzilkan bersifat benar secara mutlak
manakala ilmu manusia pula kebenarannya bersifat
relatif kerana diperolehi daripada akal dan
pancaindera sama ada menerusi pengalaman
mahupun intuisi.
KLASIFIKASI AL-GHAZALI &
MULLA SADRA• Imam al-Ghazali membahagikan ilmu kepada empat
kelompok, iaitu; (1) ilmu teoritikal dan praktikal, (2) Ilmu
mendatang (huduri) dan ilmu pemerolehan (husuli), (3) ilmu
keagamaan (shari’yyah) dan ilmu intelektual (‘aqliyyah), dan
(4) ilmu fardu ain dan fardu kifayah.
• Al-Ghazali turut membahagikan ilmu kepada ilmu terpuji
(mahmud) dan ilmu terkeji (madhmum), dan ilmu yang harus
dipelajari (mubah).
• Mulla Sadra pula mengklasifikasikan ilmu kepada ilmu
keduniaan dan ilmu keakhiratan.
KLASIFIKASI ILMU MENGIKUT ALAT PENERIMA
• 1. ILMU WAHYU
Ialah ilmu-ilmu agama yang berteraskan wahyu daripada Allah (mewakili
ilmu-ilmu seperti al-Quran, tafsir, hadis, fikah dan ilmu-ilmu yang
berkaitan dengannya seperti ilmu Kalam dan ilmu Tasawuf). Ilmu-
ilmu ini juga dikenali sebagai ilmu syariah, ilmu agama, revealed knowledge
dan ilmu naqli.
• 2. ILMU ILHAM
Turut dikenali dengan nama ilmu ladunni dan bersifat lebih menjurus
kepada kehendak ilmu wahyu, berbanding ilmu aqli. Ilmu ini tidak
dapat dimiliki oleh semua orang. Biasanya ia diberikan kepada orang-
orang yang hatinya benar-benar hampir dengan Tuhan.
• 3. ILMU EMPIRIKAL
Ilmu dan fakta-fakta yang boleh ditanggapi oleh pancaindera lahir. Asas
ilmu empirikal terletak pada keupayaan pancaindera, manakala ilmu
rasional terletak pada keupayaan aktiviti akal.
Empiricism vs Rationalism
ONTOLOGI, EPISTEMOLOGI,
DAN AKSIOLOGI DALAM ISLAM• Persoalan ilmu dalam falsafah dilihat daripada tiga bidang
ilmu, iaitu;
1. Ontologi (teori wujud)
2. Epistemologi (teori perolehan), dan
3. Aksiologi (teori nilai).
• Dalam menjelaskan hubungan antara ketiga-tiga teori
tersebut, Suriasumantri (1995: 105) menegaskan bahawa
setiap jenis pengetahuan mempunyai ciri-ciri yang spesifik
mengenai apa (ontologi), bagaimana (epistemologi), dan
untuk apa (aksiologi) pengetahuan tersebut disusun.
Lost key experience
1) ONTOLOGI (TEORI KEWUJUDAN, ILMU
HAKIKAT BENDA DAN ILMU PRINSIP DASAR)
• berasal daripada bahasa Yunani, iaitu onto yang
bererti sesuatu yang wujud manakala perkataan logi
atau logos pula bererti ilmu pengetahuan yang logik
(Runes, 1976).
• Oleh itu, ontologi bermaksud menjelaskan sesuatu
perkataan atau ilmu pengetahuan mengenai hakikat
atau sifat sesuatu benda, kenyataan atau hakikat
sesuatu yang wujud secara abstrak.
Persoalan Ontologi Ilmu• Menjelaskan perkataan ilmu dari segi semantik (etimologi dan
terminologi), kepelbagaian maksud perkataan ilmu yang berulangan
sebanyak 750 kali dalam al-Quran; perkataan yang sinonim (seerti)
dengan ilmu seperti perkataan makrifah (pengetahuan), hikmah
(kebijaksanaan), fikr (pemikiran), ulul al-bab (ahli ilmu), dan ulul al-absar
(pemerhati atau pengkaji).
• Untuk menjawab tiga persoalan utama;
• Apakah yang diteliti oleh sesuatu ilmu? (perlukan penjelasan konsep
falsafah ilmu dari segi semantik dan teori falsafah ilmu).
• Bagaimana hakikatnya sesuatu ilmu itu wujud? (perlukan penjelasan
teori falsafah ilmu pengetahuan).
• Bagaimana hubungan ilmu dengan tanggapan melalui fikiran dan
pancaindera manusia yang menghasilkan pengetahuan? (perlukan
penelitian secara ilmiah dan saintifik).
2) EPISTEMOLOGI
• Dari sudut bahasa berasal daripada gabungan dua perkataan
Yunani, iaitu episteme yang bermaksud ilmu dan logos yang
bermaksud sains atau kajian. Ringkasnya, epistemologi ialah
kajian secara falsafah yang berkaitan tentang ilmu atau
disebut teori ilmu.
• Skop perbincangan epistemologi amat luas dan merangkumi
aspek yang berkaitan dengan sifat ilmu, bagaimana
menjustifikasi ilmu yang diperolehi dan mentafsir bentuk
ilmu, syarat memperolehi ilmu, batasan ilmu, dan batasan
justifikasi yang boleh dibuat.
3) AKSIOLOGI• Berasal daripada perkataan Inggeris axiology yang bermaksud sains
nilai, teori, dan sistem nilai. Istilah aksiologi terdiri daripada dua
suku kata Greek, iaitu axios [harga atau nilai] dan logos [logik atau
teori].
• Nilai ialah satu unsur yang dapat mencerminkan perlakuan
manusia. Dalam Islam, nilai ilmu dan pemikiran merupakan unsur
terpenting yang menentukan tindakan dan perlakuan manusia.
Nilai juga digambarkan sebagai sesuatu yang tersirat yang
dinyatakan secara lisan. Nilai ditunjukkan dengan kenyataan-
kenyataan seperti betul, salah atau memuaskan.
• Juga dikaitkan dengan konsep memahami nilai kebergunaan ilmu.
LIMA NILAI YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN
KE ATAS MANUSIA
1) FARDU ATAU WAJIB [Nilai ini menjadi suatu
kemestian dan dikira amat baik untuk dilaksanakan]
2) SUNAT [Nilai ini amat digalakkan dan dikira
sebagai satu kebaikan]
3) HARUS [Nilai ini dikira seimbang antara
melakukan atau meninggalkannya]
4) MAKRUH [Nilai ini dibenci dan merupakan
sebahagian daripada keburukan]
5) HARAM [Nilai ini adalah dilarang dan dikira
sebagai yang terburuk].
SEJARAH PERKEMBANGAN
FALSAFAH DAN ILMU
BUDAYA ILMU: KONSEP DAN
PENGAPLIKASIANNYA• Konsep dan frasa “budaya ilmu” mula diperkenalkan pada
tahun 1988 oleh Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud menerusi risalah berjudul Budaya Ilmu: Konsep, prasyarat dan perlaksanaan di Malaysia.
• Menurut tafsiran beliau, budaya ilmu ialah kewujudan suatu keadaan setiap lapisan masyarakat melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan pada setiap kesempatan; dan keadaan di mana segala tindakan manusia baik pada tahap individu atau masyarakat, ditentu dan diputus serta dilaksana berdasarkan ilmu pengetahuan.
38
BEBERAPA ASPEK DAN GAGASAN UNTUK
MENYUBURKAN BUDAYA ILMU
1) Pembinaan budaya ilmu dan tamadun yang lahir daripadanya sistem
nilai, pandangan dunia, dan idealisme sesebuah sistem sosial serta
individu di dalamnya.
2) Perlu ada kecintaan terhadap ilmu serta kegigihan menimba, menyebar
dan mengamalkannya yang dianggap sebagai idealisme dan kebaikan
tertinggi yang menjadi punca dan pendorong bagi mencetuskan segala
kebaikan yang lain.
3) Pembinaan budaya ilmu dan tamadun yang bersepadu adalah
berasaskan konsep Tuhan, manusia, dan alam semesta.
4) Budaya ilmu terbukti wujud apabila ilmu merupakan perkara penting
yang mahu disampaikan kepada seseorang atau oleh seseorang
sekalipun semasa akhir hayatnya.
Sambungan …1) Ilmu perlu diletakkan sebagai kebaikan mutlak kerana proses
pencapaian ilmu, antara lainnya memerlukan usaha yang gigih,
kesabaran yang banyak, pengorbanan yang ikhlas dan jiwa yang berani.
2) Ganjaran bagi setiap usaha ke arah mencari dan menyebarkan ilmu
adalah berbentuk dalaman (intrinsik) dan keakhiratan.
3) Pembinaan tamadun ilmu hanya mungkin terhasil jika ilmu diberikan
status sebagai ‘the highest good’ kebaikan mutlak martabat tertinggi
dalam sistem nilai bagi individu dan masyarakat.
4) Pembinaan tamadun ilmu bererti kegiatan pendidikan bersifat seumur
hidup (life long learning) , dari buaian hingga ke liang lahad, serta
menyeluruh dan bersepadu.
5) Budaya ilmu yang sebenar akan memberi peluang kepada semua ahli
masyarakat untuk mencari ilmu dan ketinggian melaluinya, sekalipun
betapa rendah taraf sosio ekonominya.
Sambungan …
1) Budaya ilmu mencetuskan tamadun yang banyak
membantu manusia. Justeru, setiap lapisan
masyarakat perlu menghormati ilmu dan ilmuwan.
2) Para pemimpin memainkan peranan penting untuk
memperkasakan penyebaran ilmu pengetahuan.
42
LIMA PELAN TINDAKAN UNTUK MEMBOLEHKAN BUDAYA
ILMU MENYERAP DALAM MINDA, JIWA, DAN AMALAN
WARGA UNIVERSITI
1) Menjadikan nilai ilmu sebagai aspek tertinggi dalam pemikiran, minda,
kehidupan dan warga kerja universiti, termasuklah mahasiswa, staf
akademik dan staf sokongan.
2) Meletakkan golongan ilmuwan pada martabat dan kedudukan yang
sewajarnya dari segi penghormatan, peranan, dan tanggungjawab.
3) Memastikan seluruh warga universiti turut terlibat dalam proses
peningkatan dan penghayatan ilmu.
4) Menjadikan program akademik seperti kuliah, tutorial, makmal dan kerja
lapangan sebagai majlis ilmu yang diberkati Ilahi.
5) Menghargai bukan tujuan untuk pendewaan dan penyuburan sifat
sombong, ego, dan bangga diri, sebaliknya sebagai insentif dan
penghormatan ilmu untuk diteladani orang lain.
1
OBJEKTIF
1. Membincangkan konsep perpindahan ilmu.
2. Menjelaskan latar belakang sejarah perpindahan
ilmu dari dunia Islam ke dunia Barat.
3. Membincangkan faktor dan kesan daripada
berlakunya perpindahan ilmu dari dunia Islam ke
dunia Barat.
2
PENDAHULUAN Perkembangan ilmu di barat menyaksikan berlakunya gerakan
pembudayaan ilmu dan intelektual secara besar-besaran pada
sekitar abad ke-13-17 Masihi. Kebangkitan ini merangkumi
pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti kesusasteraan,
kesenian, seni bina, sains, matematik dan sebagainya.
Kebanyakan penulis Barat mengatakan kebangkitan ini bermula
di Itali dan kemudiannya tersebar ke seluruh Eropah.
Kesahihan pandangan tersebut dipertikaikan oleh Robert
Briffault (1876-1948) dalam ensiklopedia sejarahnya, “The
Making of Humanity” dengan menegaskan bahawa Renaissance
yang sebenarnya telah berlaku melalui kebudayaan Islam dan
bermula di Sepanyol dan bukannya di Itali.
3
Catatan sejarah menunjukkan bahawa
pada abad-abad pertengahan, Eropah sedang mengalamizaman yang paling mundur dan gelap gelita. Ketika jalan-jalan di kota-kota besar seperti London masih berlumpur, jalan-jalan raya di Baghdad telahpun berturap dengan batu-batu. Begitu juga ketika kota-kota besar di Eropah sedangdiselimuti kegelapan, sedangkan kota-kota di negara-negaraumat Islam telah diterangi oleh lampu-lampu jalan raya yang berderetan.
Kota-kota besar di Eropah sunyi daripada kegiatanintelektual dan keilmuan, manakala bandar-bandar utama di dunia Islam seperti Baghdad, Kaherah, Damsyik, Toledo, danCordova merupakan pusat perkembangan tamadun danintelektual. Di sinilah bermulanya kehidupan baru yang akhirnya berkembang menjadi Tamadun Moden di Eropah.
4
What Islam did?
5
What Islam did?
6
J. Chipperfield dalam tulisannya, The Artistic and Scientific
Acheivements of Early Islam antara lain menyebut:
“Kekuatan dan keagungan Islam yang berada pada
kemuncaknya telah dijelmakan dalam pemaparan gemilang
daripada tamadunnya dengan beberapa gelombang
kemunculan. Ia bermula dari abad ke 10 hingga abad ke 15
Masihi. Waktu itu kota-kota seperti London dan Paris masih
merupakan bandar-bandar yang usang dengan jalan-jalan raya
yang dipenuhi lumpur, sistem saliran yang berbau busuk lagi
menyedihkan dengan rumah-rumah berupa pondok kecil yang
diperbuat daripada kayu. Tetapi di sana, di sebelah Timur
Tengah, telah wujud pancaran cahaya di bahagian-bahagian
tertentu dengan bandar-bandar yang cerah bermandi cahaya;
tersergam indah bangunan-bangunan dengan hasil kerja
kesenian tangannya.
7
Sambungan …
Konstantinople, ibu empayar Rom Timur yang merupakan
bandar terpencil lagi tersorok telah ditawan oleh tentera Islam
Turki pada 1453M dan kemudian ditukarkan namanya menjadi
Islambul (kota Islam). Nama ini kemudiannya diubah menjadi
Istambul oleh Barat. Kota ini menjadi pusat pembelajaran dan
kebudayaan Islam terbesar pada waktu itu. Minuman air
seperti kopi telah sedia dikenali dan menjadi kegemaran orang-
orang Arab sejak abad ke 9 M. Ia mengambil masa selama
tujuh kurun bagi orang-orang Barat untuk menghasilkan
ramuannya. Kopi mocha adalah berasal dari bandar Mocha di
negara Arab (sebuah bandar yang terkenal dengan eksport
kopi). Pada tahun 1580 kopi ini telah dieksport ke Italy, disusuli
kemudiannya ke London, Oxford, dan Paris. Semua itu tidak
berlaku kecuali sesudah tahun 1683 M.”8
Sumbangan Ilmuwan Islam
terhadap Sains
Apa yang dikenali sebagai ‘sains’ muncul di Eropah sebagainatijah daripada semangat penyelidikan baru, metodepercubaan, penelitian dan ukuran baru (new methods of investigation, experiment, observation and measurement). Semangat dan metode saintifik ini telah diperkenalkan olehorang-orang Islam ke dunia Eropah.
Berbeza dengan orang-orang Greek yang lebih berminatdalam teori dan generalisasi (falsafah), orang Islam mengarahkan pemerhatian mereka kepada mencari fakta-fakta yang konkrit dan cuba mendapatkan maklumat yang tepat berhubung dengan sesuatu fenomena. Merekamembuat penyelidikan dan percubaan bagi membuktikansesuatu teori itu benar-benar tepat. Sumbangan umat Islam terhadap perkembangan ilmu di Eropah adalah meliputipelbagai bidang.
9
SUMBANGAN UMAT ISLAM
YANG PALING KETARA ialah dalam bidang sains sebagaimana dinyatakan
oleh Briffault dengan katanya:
“Science is the most momentous contribution of
Arab civilization to the modern world .... It was
not science only which brought Europe back to life.
Other and manifold influences from the civilization
of Islam communicated its first glow to European
life.”
10
PENYEBARAN ILMU DAN TAMADUN
MASYARAKAT ISLAM DI EROPAH
Ilmu dan tamadun masyarakat Islam tersebar di seluruh
Eropah terutamanya menerusi usaha-usaha penterjemahan
secara besar-besaran dan pembukaan beberapa buah
universiti di Barat.
Abad ke 12 dan 13 M adalah tahap kemerosotan ciri-ciri
kreatif sains muslim sedangkan kegiatan terpenting di Barat
pada masa itu ialah peniruan dan penyerapan bahan-bahan
intelektual dan kebudayaan.
Menurut Sarton, dunia Barat menyifatkan kedua-dua abad
tersebut sebagai ‘zaman peralihan’ dan ‘penyatuan’ apa yang
ada di timur oleh Barat.
11
PROSES PENGHIJRAHAN ILMU
Ilmu dan tamadun orang Islam tersebar di seluruh Eropah
terutamanya menerusi usaha-usaha terjemahan yang
dilakukan secara besar-besaran. Contohnya, di Toledo,
sekolah terjemahan yang teratur telah lahir hasil daripada
inisiatif Archbishop Reymond I (1126-1152).
Siri-siri penterjemahan telah berkembang pesat sekitar
tahun 1135 hingga 1284 Masihi. Pada tahun 1145, Robert of
Chester telah menyiapkan terjemahan karangan al-
Khwarizmi dalam bidang algebra dan pada tahun yang sama
juga Robert bersama dengan Hermenn the Dalmatian telah
menyempurnakan terjemahan al-Quran buat pertama
kalinya dalam sejarah.
12
TOKOH-TOKOH PENYEBAR ILMU TAMADUN
ISLAM DI EROPAH
1) Gerbert Aurillac (955-1003 M)
2) Adelard of Bath (abad ke-12 M)
3) Daniel de Morley (1140-1210 M)
4) Gerard of Cremona (1114-1187M)
5) Micheal Scot
Proses kebanjiran para pelajar Eropah yang datang
mempelajari ilmu pengetahuan di Andalus/Sepanyol
dan kegiatan penterjemahan telah berterusan
sehingga ke hari-hari terakhir pemerintahan
kerajaan Islam di sana.13
Pada zaman Constantine African, peperangan dan
permusuhan Kristian terhadap orang Islam semakin
menjadi-jadi sama ada di Sepanyol mahupun di
Pulau Sicilly yang mana institusi-institusi pengajian
tinggi Islam pada waktu itu berpusat di Toledo.
Pada tahun 1085 M, kota Toledo jatuh ke tangan
tentera Kristian. Orang Islam diberi 'ultimatum',
iaitu kata dua sama ada menganut agama Kristian
atau dibunuh (biasanya dibakar).
14
Ramai ilmuwan Muslim di institusi-institusi
pengajian tinggi di sana terpaksa mengaku sebagai
Kristian demi untuk menyelamatkan nyawa masing-
masing. Golongan ini dinamakan ‘Mozarabes’.
Mereka memainkan peranan yang utama dalam
menyebarkan ilmu pengetahuan Islam ke seluruh
Eropah sehingga membolehkan pusat pengajian
Islam di Toledo terus menerima kunjungan daripada
orang-orang Eropah untuk mempelajari ilmu
daripada cendekiawan Arab-Muslim.
15
FAKTOR-FAKTOR
PENGHIJRAHAN ILMU
1. Perang Salib (1097-1270 M )
2. Kedudukan Pulau Sicilly yang strategik
3. Hubungan Diplomatik dan Kebudayaan
4. Andalus
5. Gerakan Penterjemahan
16
PETA ANDALUS
17
KESAN-KESAN PEPERANGAN SALIB
KEPADA ORANG-ORANG EROPAH
1. Mematangkan pemikiran orang-orang Eropah. Hasil interaksi
daripada peperangan menyebabkan orang barat belajar
bahasa Arab serta menguasai teknik dan kemahiran
daripada orang-orang Islam. Contohnya, apabila Sultan
Mamalik al-Ashraf al-Khalil menggunakan burung merpati
untuk menghantar berita peperangan, ia telah ditiru oleh
orang-orang Barat.
2. Dalam bidang sosial, orang-orang Barat meneliti hati budi
orang-orang Islam yang bertimbang rasa seperti tidak
membunuh orang-orang yang menyerah kalah, kanak-kanak,
kaum wanita dan orang tua. Mereka juga meniru cara orang
Islam merawat pesakit yang cedera dalam peperangan.
18
Sambungan …
3) Dalam bidang ekonomi, orang Eropah terpegun melihat
pelabuhan-pelabuhan Islam seperti di Syria, penggunaan
Laut Mediteranean sebagai penghubung, serta penguasaan
teknik baru dalam pertanian, industri, dan kraftangan.
4) Dalam bidang keagamaan, orang Eropah menyedari bahawa
cara kekerasan untuk menyebarkan agama tidak akan
berjaya. Oleh itu, mereka mula mengkaji ilmu, budaya,
dan cara hidup orang Islam untuk memudahkan kerja-kerja
menyusup jarum untuk menghancurkan orang-orang Islam.
Antaranya ialah suatu ketetapan telah dibuat oleh Raja
Louis Perancis dengan melancarkan 'serangan pemikiran'
terhadap orang-orang Islam.
19
KEGEMILANGAN ANDALUS SEBAGAI JAMBATAN
ALIRAN ILMU DAN TAMADUN ISLAM KE EROPAH
Berkata Khawaja Abd al-Wahhab dalam bukunya, Islam and
the Origin of Modern Science yang bermaksud:
“Hampir 800 tahun di bawah pemerintahan Islam, Andalus
telah menjadi satu sumber tamadun kepada dunia Eropah.
Sebagai sebuah negara yang bertamadun tinggi, kemajuan
Andalus dalam bidang seni, sastera, dan sains tiada tolok
bandingnya di benua Eropah. Penuntut dari Perancis,
Jerman, dan England datang ke Andalus untuk mempelajari
ilmu pengetahuan yang hanya terdapat di bandar-bandar
Andalus. Bidang-bidang ilmu seperti matematik, astronomi,
kajihayat, sejarah, falsafah, dan ilmu-ilmu hukum hanya
boleh dipelajari di Andalus sahaja.”
20
KESAN-KESAN PERPINDAHAN ILMU1) Sikap dan cara hidup orang-orang Eropah berubah kepada
pemikiran yang terbuka dan berkembang. Mereka yang selama ini
terkongkong dengan pemerintahan feudal gereja akhirnya bertemu
dengan cahaya kebebasan akal sehingga mencetuskan zaman
kebangkitan (Renaissance). Walau bagaimanapun wujud pula di
Barat apa yang dinamakan sebagai pemisahan agama daripada
cara hidup seharian (fahaman sekularisme).
2) Orang Barat mula meningkatkan usaha untuk mendapatkan ilmu
yang menyebabkan berlakunya pemindahan ilmu secara meluas.
3) Tertubuhnya beberapa universiti milik penganut Kristian yang tidak
lagi anti kepada ilmu seperti Universiti Palencia (1214 M) yang
diasaskan oleh Alfonso VII dan Universiti Lerida (1300 M) yang
ditubuhkan oleh Jaime IX.
21
Sambungan …4) Mengalirnya karya-karya ilmuwan Islam ke Eropah seperti al-
Khawarizmi dengan algebra dan aritmatik, Ibnu Sina dengan
Canon of Medicine dan Ibn Zuhr, Ibn Rusyd, al-Idrisi dan lain-lain
yang telah menghasilkan ramai sarjana Barat seperti Alexander
of Holle, Thomas Aquinas, Alberto Magnus, Roger Bacon, Peter of
Abano dan lain-lain.
5) Gerakan terjemahan daripada bahasa Arab ke bahasa Latin yang
bermula sekitar kurun ke 12 M bukan sahaja mengalirkan ilmunya
tetapi turut mengubah nama-nama Islam menjadi ala kebaratan.
Contohnya, nama al-Zarqali menjadi Azarquiel, al-Battani
menjadi alBatanius, al-Ghazali menjadi Algazel, al-Razi menjadi
Rhazes, Abu al-Qasim menjadi Abulcases, Ibn Sina menjadi
Avicenna, Ibn Rusyd menjadi Averros, dan juga Jabir bin Hayyan
menjadi Geber.
22
Sambungan …
6) Ramai sarjana Islam yang menjadi guru di kebanyakan
universiti di Eropah menjadikan bahasa Arab sebagai
bahasa pengantar. Kesannya ialah peninggalan banyak
istilah ilmu Islam-Arab dalam pelbagai disiplin ilmu-ilmu
yang ada hingga kini. Contohnya, perkataan algebra (al-
jabar), zero-cipher (sifr), algorism (al-jabar wal-
muqabalah), nadir (nadir), azimuth (al-thumuth), kimia
(kimiya’), alchemy (al-kimya’), alkohol (al-kuhul), dan
alkali (al-kaliyy).
23
PENUTUP Perpindahan ilmu adalah proses interaksi antara sebuah tamadun
dengan tamadun lain. Ia adalah proses yang tidak boleh disekat
memandangkan sifat ilmu itu sendiri yang terus berkembang dan
mengalami perubahan dari masa ke masa. Kemajuan sains dan
teknologi yang kita kecapi sekarang adalah hasil daripada proses
perpindahan ilmu yang terus berlaku dan akan terus berlaku.
Islam memberi perhatian kepada perkembangan ilmu dan tidak
pernah menghalang umatnya daripada terlibat dalam proses
perpindahan ilmu. Hal ini dibuktikan secara amali oleh umat Islam
yang pernah mengalami zaman kegemilangan tamadun tetapi pada
masa yang sama mereka tidak bersifat kedekut dengan menyekat
perpindahan ilmu ke dunia luar khasnya dunia Barat.
24
Sambungan …
Kesan daripada itu, berlakulah proses perpindahan
ilmu yang menyaksikan kebangkitan tamadun Barat
sebagaimana kita kenali pada zaman moden ini.
Dorongan perpindahan ilmu terdiri sama ada
bersifat keagamaan, keduniaan mahupun dorongan
materialistik dan politik.
Masyarakat yang menerima proses perpindahan ilmu
berpeluang menikmati kemajuan dalam bidang sains
dan teknologi di samping menikmati taraf
kehidupan yang lebih baik berbanding sebelumnya.
25
Sumbangan Dunia Islam
26
1
4
KONSEP UMUM SAINS
• Perkataan sains berasal daripada kata scio, scire atau
scientia (bahasa Latin) yang bermaksud pengetahuan.
• Endang Saifuddin Ansari (1982:43),
– sains mempunyai ciri-ciri, tanda-tanda dan syarat-syarat
yang khas. Justeru itu, sains lebih tepat disebut sebagai
ilmu pengetahuan, atau singkatnya, ilmu.
• Wan Fuad (1990: 3),
• perbendaharaan ilmu yang diperakui benar setelah diolah
zaman berzaman.
4
5
DEFINISI SAINS
• Sains adalah ilmu pengetahuan yang teratur (sistematik) yang boleh diuji
atau dibuktikan kebenarannya; cabang ilmu pengetahuan yang
berdasarkan kepada kebendaan atau kenyataan semata-mata (fizik,
kimia, kajihayat dan lain-lain).
- Kamus Dwibahasa (1990: 1111),
• Sains adalah satu kumpulan ilmu yang tersusun dan teratur berkaitan
dengan kajian-kajian fenomena-fenomena di dalam alam tabie yang
bernyawa dan yang tidak bernyawa dengan kaedah yang objektif melalui
kajian eksperimen dan cerapan bagi menghasilkan prinsip-prinsip yang
boleh dipercayai serta boleh diuji kebenarannya.
• -Sulaiman Nordin (1993:148)
5
6
Sambungan …• Hairudin Harun (1992:5) yang memetik pandangan Clagett yang
mendefinisikan sains sebagai ilmu yang dihasilkan melalui cerapan
dan fahaman atau huraian sistematik mengenai fenomena tabii.
• Dari segi tradisi sains moden, boleh dikatakan bahawa metodologi
saintifik hanya melibatkan empat proses aktiviti intelektual yang
utama, iaitu cerapan, generalisasi, huraian, dan ramalan.
6
7
Apa itu SAINS??• Kesimpulannya, sains adalah usaha pemahaman manusia yang
disusun dalam satu sistem mengenai kenyataan, struktur,
bahagian-bahagian dan hukum-hukum tentang hal ehwal yang
diselidiki (alam, manusia dan agama) sejauh yang terjangkau oleh
daya pemikiran serta dibantu oleh pancaindera manusia,
sementara kebenarannya pula dapat diuji secara empiris dan
eksperimental.
7
8
SAINS DALAM TRADISI ISLAM
• Menurut Hairudin Harun (1992:7), dalam tradisi
sains tamadun awal terutamanya tamadun Islam,
kaedah empirikal dan matematikal ataupun logikal
merupakan sebahagian sahaja kaedah yang
digunakan.
• Metodologi sains Islam juga mengakui kaedah yang
bukan empiris seperti ilham dan kaedah gnostik
atau kashf sebagai tergolong dalam metodologi
saintifik. Kaedah-kaedah ini pernah diamalkan oleh
tokoh-tokoh sains Islam yang terkenal.
8
9
CONTOHNYA
• Ibn Sina dilaporkan pernah beriktikaf atau bertafakkur di
dalam masjid untuk mencari ilham bagi menyelesaikan
sesuatu masalah sains apabila beliau gagal
menyelesaikannya dengan cara biasa. Ibn Sina tidak
menganggap bahawa “kaedah rasional” lebih tinggi daripada
“kaedah berdoa”. Malahan, bagi Ibn Sina berdoa adalah
sebahagian daripada metodologi saintifik.
• Tegasnya, definisi “metodologi saintifik” dalam sains Islam
adalah lebih luas daripada yang biasa difahami masa kini.
Oleh itu, bidang ilmu dalam tradisi sains Islam yang
diistilahkan sebagai sains adalah meliputi pelbagai bidang.
9
10
Perbincangan Kumpulan
• Bersandarkan kepada video yang telah
ditayangkan, bincangkan faktor-faktor
yang mendorong kepada penemuan
dan penciptaan baru oleh Saintis
Muslim ketika zaman kegemilangan
Islam? – Berikan 2 faktor.
• Apakah metodologi/kaedah yang
digunakan?10
11
SALAH FAHAM TERHADAP
PENGAJIAN ILMU SAINS• Terdapat salah faham dalam kalangan segelintir masyarakat Islam
terhadap pengajian ilmu sains yang dilabel sebagai ilmu sekular
atau ilmu keduniaan semata-mata. Salah faham tersebut adalah
kesan daripada pandangan yang membahagikan ilmu kepada ilmu
agama dan ilmu dunia.
• Antara kesan buruknya ialah melahirkan perasaan rendah diri
kerana menganggap dirinya semakin jauh daripada agama selain
perasaan kurang terdorong untuk menghayati dan mengamalkan
ajaran agama kerana merasakan tiada hubungan antara ilmu
sains dengan kehidupan beragama.
• Ia turut menyokong proses sekularisasi ilmu kerana wujudnya
unsur pengasingan agama daripada kehidupan seharian.11
12
PEMBAHAGIAN YANG LEBIH TEPAT IALAH
• membahagikan ilmu kepada dua, iaitu ilmu fardu ain dan
fardu kifayah. Menerusi pembahagian tersebut pemikiran
positif masyarakat Islam terhadap pengajian sains akan
dapat dipertingkatkan kerana melibatkan tanggungjawab
menunaikan kewajipan yang bersifat individu (fardu ain)
atau melepaskan tanggungjawab sesebuah masyarakat
(fardu kifayah).
• Pembahagian tersebut juga memungkinkan suatu cabang
dalam ilmu sains yang asalnya bersifat fardu kifayah
bertukar menjadi fardu ain, iaitu apabila keperluan
terhadapnya menjadi terdesak dan boleh mendatangkan
kemudaratan jika tidak dipelajari oleh umat Islam.
12
13
PENGAJIAN ILMU SAINS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
• Galakan menuntut ilmu dalam Islam.
– Ilmu sains adalah sebahagianya
13
14
sambungan• Dengan menuntut ilmu, seorang Muslim akan dapat melepaskan
dirinya daripada belenggu kejahilan, malah Islam memberi
kemuliaan dan kedudukan yang tinggi kepadanya. Islam juga
membezakan antara golongan berilmu dengan golongan jahil.
• Al-Quran menjelaskan bahawa golongan berilmu diangkat
kedudukan mereka beberapa darjat lebih tinggi daripada
golongan yang tidak berilmu.
• Kandungan al-Quran merangkumi pelbagai jenis ilmu
pengetahuan. Menurut Sardar, al-Quran umpama cahaya
pembimbing untuk digunakan dalam menunjukkan jalan yang
lurus ke arah ilmu dan keselamatan. Al-Quran turut menyentuh
beberapa tema saintifik di dalamnya seperti biologi, astronomi,
meteorologi, botani, zoologi, dan kosmologi, walaupun tema
utama al-Quran adalah mengenai ciptaan Allah.14
15
Sambungan …
• Selain mengandungi petunjuk tentang perundangan dan
halal-haramnya sesuatu aktiviti, adab dalam muamalat
(pergaulan) antara manusia dalam bidang ekonomi,
perniagaan, sosio budaya, peperangan dan perhubungan
antarabangsa, al-Quran juga mengandungi maklumat
ataupun isyarat tentang perkara yang telah menjadi
tumpuan kajian sains, umpamanya tentang cap jari tangan
sebagai alamat pengenalan manusia, penciptaan bumi dan
langit, bentuk bumi yang bulat dan berpusing di atas
paksinya serta beredar mengikut orbitnya mengelilingi
matahari, dan tentang penciptaan makhluk yang
berpasangan.
15
16
Sambungan…
• Terdapat banyak ayat al-Quran yang menggalakkan manusia
supaya berfikir, melihat dan memerhati alam sekitarnya.
Secara tidak langsung, ini bermakna penerapan asas penting
untuk seseorang Muslim menjadi saintis telah diberi
perhatian oleh al-Quran. Antara ayat yang menggalakkan
manusia supaya berfikir, melihat, dan memerhati alam
sekitarnya ialah firman Allah S.W.T (adz-Dzaariyaat 51: 20-
21) yang terjemahannya:
• “Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah)
bagi orang-orang yang yakin. Dan (juga) pada dirimu
sendiri. Maka apakah kamu tiada memerhatikan?
16
17
Sambungan …• Penerokaan sains yang sejajar dengan pendekatan al-Quran,
secara tidak langsung akan dapat menyingkap tanda-tanda
kekuasaan Allah yang telah menjadikan alam semesta. Dengan
cara ini manusia dapat mengenali Tuhannya setelah menyedari
hakikat kejadian dan kedudukannya sebagai hamba Allah.
• Al-Quran melihat sains dalam kerangka pengalaman manusia
seluruhnya iaitu akal dan menuntut ilmu mempunyai tempat yang
amat tinggi dalam masyarakat Islam, tetapi ia tunduk kepada
nilai dan etika al-Quran. Dalam kerangka ini, akal dan wahyu
berjalan seiringan dan tiada konflik antara Islam dan sains.
• Walau bagaimanapun, suatu konflik boleh timbul apabila sains
dan metodenya dijadikan nilai serba menyeluruh sehingga
mengorbankan nilai-nilai lain dalam Islam.17
18
GALAKAN HADIS• Selain daripada ayat-ayat al-Quran tentang fenomena sains,
terdapat beberapa hadis yang memberi galakan kepada
umat Islam agar mempelajari dan mendalami fenomena
sains.
• Antara hadis tersebut ialah peristiwa Nabi Muhammad s.a.w
yang melarang sahabat baginda daripada melakukan proses
pendebungaan pokok kurma (dengan menabur debunga
jantan ke atas debunga betina) lalu menyebabkan buah
kurma tidak masak sepenuhnya.
• Nabi Muhammad s.a.w ada menjelaskan kepentingan dan
keperluan kepada perubatan yang secara tidak langsung
menggalakkan umat Islam mempelajari ilmu-ilmu sains yang
berkaitan dengannya.
18
19
ILMU SAINS = ILMU HIKMAH
• Dalam sejarah peradaban Islam, ilmu sains turut dikenali
sebagai ilmu hikmah, manakala seorang saintis digelar
hakim yang bermaksud seorang yang bijaksana.
• Hal ini sejajar dengan ajaran Islam yang amat menggalakkan
umatnya memiliki ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan.
• Dalam menjelaskan kepentingan ilmu kepada umat, Nabi
s.a.w bersabda yang maksudnya:
• “Hikmah itu (ibarat) harta yang hilang dari orang
mukmin, di mana sahaja dia menjumpainya, maka dia
lebih berhak terhadapnya.”
19
20
PANDANGAN SARJANA MUSLIM
• Melihat kepada pandangan Islam yang positif terhadap ilmu
sains, maka tidak hairanlah sebahagian sarjana Muslim
seperti al-Ghazāli (1992: 1/27) berpendapat bahawa hukum
mempelajari ilmu sains seperti perubatan dan matematik
adalah fardu kifayah.
• Hal ini demikian kerana mempelajari ilmu perubatan adalah
penting untuk menjaga kesihatan tubuh badan sementara
mempelajari ilmu matematik adalah penting dalam urusan
perniagaan dan pembahagian harta pusaka.
20
21
ILMU SAINS = ILMU KAJIAN FENOMENA ALAM
(KITAB ALLAH YANG TERBUKA)
• Menurut Sulaiman Noordin (1979: 1), dalam tamadun Islam,
alam tabii yang menjadi fokus pengajian ilmu sains dianggap
sebagai kitab Allah yang terbuka atau kitab kedua yang
mengandungi tanda-tanda (rahsia-rahsia) kebesaran dan
kebijaksanaan Allah.
• Ini bermakna segala penemuan sains pada asasnya
bermatlamatkan sains semata-mata, tetapi apabila
disertakan dengan semangat keilmuan Islam, ia akan dapat
membuka fikiran manusia ke arah memikirkan kebesaran dan
kebijaksanaan Allah, Tuhan Pencipta seluruh alam semesta.
21
22
METODOLOGI SAINS ISLAM• Sains Islam mempunyai pelbagai kaedah yang boleh digunapakai
untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
• Terdapat enam pendekatan aqliah (akal) dalam sains, iaitu:
1) Meneliti makhluk di dalam alam sekitar
2) Memahami, memikir dan mengkelaskan maklumat dalam bentuk
data dan fakta
3) Membuat analisis dan membina andaian yang berdasarkan akal
dan logik
4) Menguji setiap anggapan melalui eksperimen
5) Membuat hipotesis secara sementara
6) Memutuskan kesimpulan tentatif sebagai konsep, teori dan hukum
sains umum
22
26
PENUTUP• Islam adalah agama yang lengkap dan menyeluruh termasuk
dalam aspek pendidikan dan pengajian ilmu sama ada bersifat
keagamaan mahupun selainnya termasuklah mempelajari ilmu-
ilmu sains. Justeru, Islam tidak menghalang umatnya daripada
mempelajari ilmu sains selagi tidak membawa kepada
kemudaratan atau bercanggah dengan akidah dan syariat Islam.
• Seharusnya umat Islam tidak ketinggalan dalam mengejar
kemajuan sains memandangkan ia adalah sebahagian daripada
tuntutan ajaran Islam.
• Hakikatnya, ilmuwan Muslim menyedari teori-teori saintifik
khasnya daripada tamadun Greek yang diterajui oleh Hippocrates
dan Galen. Fenomena ini tidak menghalang mereka daripada
turut serta dalam bidang kajian dan melakukan pembaikan
terhadap beberapa kesilapan yang terdapat dalam teori sains
terdahulu.26
27
SELESAI KULIAH
27
BAB 4
TEKNOLOGI & ISLAM
KONSEP TEKNOLOGI
• Ajaran Islam tidak menegah manusia daripada melaksanakan kegiatan sains dan teknologi. Perkara ini telah dibincang, dibahas, dan disepakati oleh ulama dan saintis Muslim.
• Bukti-bukti daripada nas al-Quran juga menunjukkan tiada halangan bagi manusia untuk menimba ilmu pengetahuan dan mengaplikasikan ilmu-ilmu sains, bahkan ia digalakkan malah hukum mengembang dan mengaplikasikan sains untuk kemaslahatan umat manusia adalah fardhu kifayah.
Teknologi Menurut Istilah• Teknologi sering digunakan bersama-sama dengan istilah sains dan
ada pula yang menganggapnya sinomin dengan sains. Sebenarnya anggapan tersebut tidak begitu tepat, sebaliknya makna teknologi yang lebih tepat dapat difahami dengan merujuk kepada etimologinya (Hairudin Harun, 1992).
• Dari sudut bahasa, teknologi berasal daripada bahasa Yunani ‘Techne’ bermaksud seni atau kerja tangan dan ‘Logos’ bermaksud wacana atau kata-kata sistematis. Oleh itu, teknologi merupakan satu ilmu yang lebih bersifat praktikal berbanding ilmu sains yang lebih bersifat teorikal.
• Dari segi istilah, teknologi ditakrifkan sebagai ilmu pengetahuan dan tindakan yang bersistem, biasanya dikaitkan dengan proses industri tetapi juga digunakan dengan mana-mana kegiatan dan berkait rapat dengan sains kejuruteraan.
SAINS & TEKNOLOGI DALAM SEJARAH ISLAM
• Kalimah Arab yang bertepatan dengan istilah teknologi ialah sina’ah yang bererti ilmu gunaan.
• Dalam menghuraikan maksud kalimah sina’ah, al-Jurjani menyatakan bahawa “ilmu yang tiada kaitan dengan aktiviti (praktikal), dipupuk untuk tujuannya yang tersendiri maka dipanggil ilm, dan jika ia tiada kaitan dengan sesuatu aktiviti (praktikal) dan dipupuk oleh sebab aktiviti itu maka ia dipanggil sina’ah.
• Kesimpulannya, ilmu teknologi ialah ilmu praktis atau teknik yang membolehkan manusia membuat sesuatu perubahan kepada alam tabii.
DEFINISI TEKNOLOGI
• Teknologi ialah penggunaan pengetahuan yang umum kepada ‘sains perusahaan’ (Fowler dan Fowler, 1964), alat-alat termasuk jentera, alat-alat intelektual seperti bahasa komputer dan teknik analisis dan yang memakai ilmu matematik (Mesthene, 1971), penerapan yang teratur terhadap sains atau pengetahuan yang tersusun bagi tugas-tugas secara praktis (Galbraith, 1974).
• Menurut Sardar (1977), teknologi lebih merupakan suatu kesan sosial daripada satu takrifan, yang mana semakin dekat kita kepada kesan tersebut, maka semakin sukar bagi kita untuk memberikan takrifan baginya.
Sambungan …
• Dickson (1974), menyatakan bahawa penggunaan perkataan teknologi telah digunakan dalam pengertian sosial yang lebih luas dengan cara yang menunjukkan hubungan antara bahasa, perkataan dan pengucapan.
• Sidik Baba (1997) pula mendefinisikan teknologi sebagai suatu aspek penghasilan sains yang sifatnya memudahkan sesuatu. Sekiranya ia dihasilkan dengan niat yang baik dan digunakan dengan betul maka ia boleh mensejahterakan hidup manusia.
ISLAM & TEKNOLOGI
• Islam tidak menolak sebarang bentuk teknologi danapa juga bentuk kemodenan selagi tidak bercanggahdengan ajarannya.
• Al-Quran memberitakan bahawa manusia adalahkhalifah di atas muka bumi dan Allah menempatkanposisi alam ini untuk digunakan oleh manusia denganusaha-usahanya yang baik.
• Firman Allah (al-Baqarah 2: 29) yang bermaksud:
“Allah yang menjadikan semua yang ada di bumiuntuk kamu (manusia).”
SEJARAH TEKNOLOGI
• Kepesatan pembangunan sains dan teknologi telah memudahkan kehidupan manusia. Justeru, usaha-usaha mempergiatkan aktiviti sains dan teknologi semakin hari semakin mendapat sambutan di seluruh dunia.
• Dalam hal ini, perkembangan teknologi dapat dikategorikan kepada tiga peringkat, iaitu fasa pra-revolusi, fasa revolusi teknologi pertama, dan fasa revolusi teknologi kedua.
FASA PERKEMBANGAN TEKNOLOGI
fasa pra-revolusi
Fasa1
fasarevolusi
teknologipertama
Fasa2
fasarevolusi
teknologikedua
Fasa3
FASA PRA-REVOLUSI TEKNOLOGI• Bermula dengan berkembangnya pemikiran manusia untuk mencari
jalan penyelesaian kepada masalah asas dalam kehidupan.
• Manusia berusaha mencari idea untuk memperoleh makanan dengan menggunakan bongkah batu sebagai alat. Contohnya, manusia pada zaman ini menggunakan batu untuk memecahkan cengkerang siput dan buah yang keras. Batu yang kecil diasah untuk mendapatkan ketajaman dan digunakan sebagai alat untuk memotong daging binatang buruan dan mempertahankan diri daripada musuh.
• Menggunakan api yang dihasilkan dengan cara melagakan batu untuk membolehkan mereka membakar makanan, memanaskan badan dan menghalau binatang-binatang buas.
Sambungan …• Menggunakan api yang dihasilkan dengan cara melagakan batu untuk
membolehkan mereka membakar makanan, memanaskan badan dan menghalau binatang-binatang buas.
• Komunikasi jarak jauh antara manusia pada zaman tersebut adalah dengan menggunakan api dan asap.
• Fasa ini juga memperlihatkan daya kreativiti manusia yang mampu membina piramid dengan menyusun atur bongkah-bongkah batu besar yang digerakkan dengan menggunakan kayu bulat. Selaras dengan perkembangan masa, idea ini telah dikembangkan sehingga terciptalah roda.
• Manusia pada fasa ini juga merupakan pencetus kepada teknologi pembuatan seperti anyaman dan kraftangan yang ringkas.
FASA REVOLUSI TEKNOLOGI PERTAMA• Daya pemikiran dan kreativiti manusia semakin berkembang.
• Manusia mula menggunakan barangan yang statik untuk mendapatkan suatu hasil baru yang lebih bermanfaat. Dengan menggabungkan beberapa komponen, manusia berupaya mencipta kereta, mesin, telefon dan sebagainya. Ini menuntut manusia pada zaman ini untuk berusaha menyesuaikan diri dengan mesin yang dicipta agar manfaat yang maksimum dapat diperolehi.
• Bidang pembinaan mula mendapat perhatian sehingga pada tahun 1884 terbinanya bangunan pencakar langit pertama di Chicago yang dikenali sebagai Home Insurance Building yang dibina dengan menggunakan kerangka logam kalis api dengan ukuran ketinggiannya 55 meter (pada tahun 1931 ia terpaksa dirobohkan).
FASA REVOLUSI TEKNOLOGI KEDUA• Memperlihatkan kepelbagaian penemuan baru yang lebih
moden dan canggih.
• Manusia zaman ini sudah berupaya mencipta berbagai jenis mesin serta sistem yang lebih kompleks dengan hasil yang lebih baik untuk tujuan peningkatan kualiti hidup manusia.
• Namun, kecanggihan teknologi yang semakin hebat itu perlu dikendalikan dengan cara yang baik agar matlamat penciptaan teknologi sebagai alat untuk kemudahan manusia tidak menyebabkan manusia menjadi hamba kepada teknologi.
• Justeru, elemen kerohanian sepatutnya diperkasakan selaras dengan perkembangan teknologi.
PRINSIP TEKNOLOGI DALAM ISLAM
• Kelangsungan teknologi dalam Islam menjurus kepada asas-asas nilai, konsep dan prinsip-prinsip yang bersifat sejagat, tetap, dan menyeluruh yang terkandung dalam ajaran Islam.
• Prinsip teknologi dalam Islam merangkumi konsep tauhid, khilafah, ibadah, halal dan haram, adil dan zalim, istislah (kepentingan awam) dan dhiya’(pembaziran).
PRINSIP TEKNOLOGI
DALAM ISLAM
TAUHID
KHILAFAH
IBADAH
HALAL DAN HARAM
ADIL DAN ZALIM,
ISTISLAH(KEPENTINGAN
AWAM) DAN DHIYA’
(PEMBAZIRAN)
1) PRINSIP TAUHID• Konsep ketauhidan meletakkan manusia sebagai hamba yang
bertanggungjawab melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah S.W.T dengan meyakini sepenuh hati bahawa tiada tuhan selain Allah. Ketauhidan ini semestinya diaplikasikan dalam apa jua ruang lingkup aktiviti manusia termasuklah dalam aktiviti teknologi.
• Sains dan teknologi dalam Islam amat berkait rapat dengan keimanan seseorang yang melakukan reka cipta dan penghasilan teknologi tersebut. Justeru, jika individu tersebut berpegang teguh pada syariat Islam dan akan menghasilkan suatu produk yang menepati syarak dan sekaligus mendapat keredhaan Allah S.W.T.
Sambungan …• Teknologi yang berteraskan tauhid mengarahkan teknologi diguna
dan disalurkan pada jalan yang benar dan tidak menyalahi apa jua perintah yang termaktub dalam nas al-Quran dan hadis.
• Teknologi dan hasilnya seharusnya mengingatkan serta mendekatkan manusia kepada Allah selain mengingatkan bahawa manusia memegang amanah untuk memakmurkan alam ini.
• Dalam konteks ajaran Islam, teknologi dilihat sebagai alat yang perlu dikendalikan oleh manusia untuk menambahkan keimanan kepada Allah.
• Contohnya, dengan teknologi manusia berupaya mencipta kapal selam yang membolehkan manusia menyelam ke dasar lautan dan meneroka isi lautan ciptaan Allah yang Maha Hebat.
2) PRINSIP KHILAFAH• Khalifah menurut Tafsir Pimpinan al-Rahman ialah “Seorang yang
dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk mengatur kehidupan manusia di bumi berdasarkan wahyu dan syariat Allah, supaya kehidupan manusia menjadi lebih teratur dan mempunyai tujuan hidup yang suci murni untuk mencapai keredhaan Allah”.
• Manusia sebagai khalifah sepatutnya menggunakan ilmu sebagai syarat utama dalam membangun ketamadunan dan teknologi moden (teknologi dan hasilnya perlu digunakan dengan cara yang baik (makruf) dan bukannya untuk tujuan yang salah/maksiat). Teknologi seharusnya digunakan sebagai alat untuk memakmurkan alam dan bukannya digunakan untuk memusnahkan alam.
• Contohnya, seorang programmer komputer perlu memastikan kandungan programnya menjurus kepada perkara kebaikan, begitu juga dengan gambar-gambar yang dipaparkan.
3) PRINSIP HALAL DAN HARAM• Dalam sains dan teknologi Islam, halal adalah satu tuntutan yang
baik, manakala haram adalah perkara-perkara yang dilarang.
• Konsep halal dan haram turut meliputi aspek teknologi, iaitu sebarang aktiviti dan kegiatan teknologi yang dilakukan mestilah mementingkan aspek kehalalannya. Ini bermaksud, penggunaan dan penciptaan apa jua teknologi mestilah seiring dan menepati kehendak Islam.
• Umpamanya, dalam aspek bioteknologi terdapat sempadan-sempadan dan batasan tertentu dalam Islam seperti penggunaan kaedah bioteknologi DNA babi (khinzir) dalam pemprosesan barangan, makanan, dan minuman adalah haram kerana ia secara jelas dan telah disabitkan pengharamannya dalam syarak secara muktamad.
4) PRINSIP IBADAH• Segala tindak tanduk manusia tertakluk kepada ruang lingkup
pengabdian diri kepada Allah bagi memperolehi rahmat dan keredhaan-Nya. Oleh itu, penggunaan teknologi yang tidak bercanggah dengan ruang lingkup pengabdian kepada Allah merupakan sebahagian daripada ibadah yang dijanjikan ganjaran pahala di sisi Allah dan memberikan faedah kepada kehidupan manusia dan alam semesta.
• Maksudnya, apa jua aktiviti teknologi yang dilaksanakan dengan niat yang baik serta dengan cara yang halal dan tidak menyalahi syarak dikira suatu ibadah.
• Misalnya, bioteknologi dalam persenyawaan luar rahim antara sperma suami dan isteri adalah diharuskan untuk mendapatkan zuriat. Namun, jika disalahgunakan maka ia memberi mudarat bahkan turut mengundang azab Allah di akhirat kelak.
5) PRINSIP ADIL DAN ZALIM• Penggunaan teknologi seharusnya diaplikasikan secara adil, iaitu
dengan meletakkan teknologi sebagai suatu wasilah dan alat untuk melihat dan mengkaji bukti-bukti kewujudan dan keagungan ciptaan Allah yang sekaligus membuktikan kehebatan Penciptanya.
• Teknologi aeroangkasa yang digunakan secara adil membolehkan manusia meneroka alam angkasaraya serta melihat sendiri keajaiban ciptaan Allah dengan pergerakan planet-planet yang bergerak di atas orbitnya dan tidak bertembung antara satu sama lain yang menunjukkan wujudnya peraturan yang ditetapkan Allah.
• Kezaliman dalam konteks teknologi adalah dengan menyalahgunakan teknologi. Contohnya, teknologi pengklonan manusia atau menghasilkan hidupan lain hasil daripada gabungan genetik manusia dan anjing.
6) PRINSIP ISTISLAH DAN DHIYA’• Istislah bermaksud kepentingan awam manakala Dhiya’ pula
bermaksud pembaziran.
• Islam mengharuskan penciptaan teknologi yang bertujuan untuk memenuhi keperluan dan kepentingan masyarakat umum.
• Ajaran Islam membolehkan umatnya menerima dan menggunakan apa jua hasil daripada teknologi asalkan ia tidak membawa kepada maksiat dan memberikan manfaat.
• Walau bagaimanapun, sekiranya teknologi itu menyebabkan manusia lalai daripada mengingati Allah (zikir) dan fikir serta meruntuhkan nilai kemanusiaan, maka peringatan dan panduan seharusnya diberikan kepada pengguna teknologi tersebut agar tidak tersasar jauh daripada matlamatnya.
MEWARNAKAN TEKNOLOGI DENGAN WAJAH ISLAM
• Sarjana-sarjana Islam berpendapat bahawa teknologi alternatif perlu diperolehi bagi mengelakkan kesan-kesan pencemaran terhadap budaya dan cara hidup Islam yang murni.
• Misalnya, K.D. Sharma dan M. A. Qureshi berhujah bahawa idea tentang teknologi alternatif adalah berdasarkan “pemilihan teknologi daripada satu set teknologi yang tersedia untuk menghasilkan barangan dan komoditi bagi memenuhi keperluan semua”.
CIRI-CIRI TEKNOLOGI ALTERNATIF
1) Ia mungkin kelihatan primitif, berstatus rendah dan melibatkan kos yang tinggi atau terletak di antara ketiga-tiga keadaan tersebut
2) Mestilah sesuai dengan sumber-sumber negara
3) Mestilah selaras dengan objektif ekonomi, sosial, budaya, dan politik negara
4) Tidak merosakkan alam sekitar.
HUBUNGAN ANTARA TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT BOLEH DILIHAT DALAM DUA CARA
1. Ia telah membuktikan bahawa satu-satunyateknologi untuk masyarakat ialah teknologi yang dapat berkembang tanpa bantuan luar. Iamerupakan ciptaan tempatan oleh negara-negarayang sedang membangun itu sendiri.
2. Teknologi alternatif tidak boleh dikembangkanmengikut rangka kerja falsafah dan intelektualperadaban barat.
PERTIMBANGAN KEPERLUAN TEMPATAN DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI ASING
1. Kesedaran atas sistem nilai yang terkandung dalam teknologi
2. Keyakinan terhadap kemampuan masyarakat dari segi tamadun
3. Persetujuan bahawa perubahan yang tidak baik dalam masyarakatnya tidak akan berlaku.
4. Pemilihan dan penyelidikan teliti terhadap teknologi asing
5. Penyesuaiannya jika perlu sebelum ditiru
6. Mengesan dan mengkaji akibat daripada teknologi asing
7. Penolakan dan pembuangannya jika terbukti meninggalkan kesan yang tidak baik.
KESIMPULAN• Teknologi barat telah banyak mewarnai budaya dan tamadun umat
Islam.
• Walaupun Islam sebenarnya mempunyai tamadunnya sendiri yang unggul, tetapi keruntuhan tamadun Islam dan penjajahan oleh dunia barat telah menyebabkan umat Islam menjadi mundur dan terkebelakang dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan termasuk teknologi. Akibatnya, umat Islam menadah tangan untuk menerima teknologi asing tanpa berupaya melakukan ubahsuaian yang membawa bersama-samanya ideologi kepakaran.
• Satu pendekatan yang konkrit dan bersepadu perlu difikirkan oleh dunia Islam untuk meminimumkan kesan pemindahan teknologi asing ke atas keutuhan budaya Islam yang murni serta memunculkan dunia Islam dengan teknologi yang ditandai dengan roh dan jiwa Islam.
Recommended