View
48
Download
2
Category
Preview:
Citation preview
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
1
PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Tajuk DUNIA PANGKALAN DATA
Topik 2.0 Pembangunan Pangkalan Data
A. Objektif
Pada akhir sesi guru dapat:
1. Mengenal pasti ciri-ciri dan fungsi dalam perisian aplikasi pangkalan data
2. Membina dan mengisi jadual untuk mewujudkan “relationship”
3. Membina dan mengisi borang untuk mewujudkan rekod
4. Menyunting rekod
B. Kandungan Pengajaran
1. Membina Pangkalan Data
2. Membina jadual (Table)
3. Membina carian (Query)
4. Membina borang (Form)
5. Membina laporan (Report)
6. Membuat hubungan (Relationship)
7. Membina carian (Query) menggunakan dua jadual
8. Membina borang (Form) menggunakan dua jadual
9. Menjana laporan (Report) menggunakan dua jadual
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
2
PEMBINAAN PANGKALAN DATA
Pengenalan Kepada Pangkalan Data
I. Apakah Pangkalan Data
Pangkalan data adalah seperti sebuah kabinet fail. Pangkalan data boleh digunakan
untuk:
a. Mendapatkan maklumat dengan pantas, cepat dan tepat
b. Boleh menambah, mengubahsuai atau memadam sesuatu rekod
c. Menyelenggara data dan rekod
d. Mengisih maklumat mengikut nombor rekod atau nama sesuatu rekod
II. Bagaimana Membina Pangkalan Data
Sebagai contoh: buku alamat berkomputer
a. Keseluruhan buku alamat dipanggil sebagai jadual (Table)
b. Maklumat lengkap dipanggil sebagai rekod. Koleksi rekod-rekod adalah suatu jadual
(Table).
c. Maklumat di dalam rekod dipanggil medan (Fields). Contohnya, nama, alamat,
nombor telefon dan sebagainya.
III. Struktur-struktur Pangkalan Data
Sesuatu Pangkalan Data boleh menggambarkan koleksi maklumat yang ingin
dipaparkan. Antara keperluan pangkalan data adalah;
a. Mencipta struktur pangkalan data
b. Memilih jenis medan-medan yang akan digunakan dalam pangkalan data
c. Menamakan setiap medan dengan nama yang sesuai
IV. Memulakan Pangkalan Data
Untuk mula membina pangkalan data, seseorang itu perlu mengetahui bagaimana
untuk;
a. Memulakan Aplikasi
b. Mencipta dan membina struktur pangkalan data anda
c. Menutup dan keluar dari aplikasi
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
3
1. Membina Pangkalan Data
Langkah 1: Memulakan Access
Klik pada bebutang Start untuk memaparkan menu start. Klik pada menu programs dan
seterusnya klik pada Microsoft Access.
Langkah 2 : Membina Database Baru
3. klik bebutang
Create
1. Klik Blank Database dan klik OK.
2. Klik di sini untuk menamakan Pangkalan Data. Namakan Pangkalan data dengan Latihan 1 klik OK.
3. Klik Create untuk membina pangkalan data.
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
4
2. Membina Jadual (Table)
Langkah 3: Membina Jadual
Secara default Microsoft Access 2010, Table akan dibina secara automatik setelah klik butang
Create.
Apabila anda klik pada Design View, arahan simpan akan dipaparkan.
1. Klik pada Design View untuk membuat
suntingan.
2. Klik Database View untuk melihat data
dalam pangkalan data.
3. Klik pada ruang Table Name untuk
menamakan semula Table yang dibina
dan klik OK. Namakan Table sebagai
Biodata.
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
5
Paparan berikut akan muncul. Secara default, ruangan Field Name yang pertama akan
dijadikan kekunci utama (Primary Key).
Langkah 4: Memasukkan Data
1. Taipkan data mengikut medan dan saiz medan yang ditetapkan.
2. Tekan bebutang Save () untuk menyimpan data yang telah dimasukkan.
Langkah 5: Menamatkan MSAccess
1. Klik bebutang Save ()
2. Klik menu File dan pilih/klik Exit
4. Klik pada ruang Field
Name untuk
menambah medan
baru. Sila masukkan
nama medan baru
iaitu:
- Nama
- Nombor kad
Pengenalan
- Nombor Telefon
- Alamat
5. Klik pada ruang Data
Type untuk
menentukan jenis
Nama Medan. Sila
ubah Data Type
mengikut jenis Field
Name yang
bersesuaian.
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
6
Langkah 6: Membuka Semula Fail Pangkalan Data
Bagi membuka semula Pangkalan Data, ulang Langkah 1 dan klik 2 kali pada fail
Latihan 1
Tambahkan 10 data bagi setiap medan selengkapnya.
3. Membina Carian (Query)
Langkah 7: Membina Queries
Tetingkap berikut akan terpapar. Pilih Simple Query Wizard dan klik OK untuk terus ke
langkah berikutnya.
1. Klik pada Tab
Create. 2. Klik pada Query Wizard
untuk membuat Query
secara Wizard.
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
7
Tetingkap berikut akan dipaparkan
Tetingkap berikut akan dipaparkan dan klik butang Finish untuk selesai membina Query
Wizard
6. Namakan Query yang
telah dibina dengan
QBiodata.
3. Klik pada Table Query
untuk memilih sumber
data sekiranya terdapat
lebih dari satu Table.
Semua Medan yang
dibina dalam Table
akan dipaparkan di sini.
4. Klik pada > untuk
memilih Medan atau >>
untuk memasukkan
semua Medan yang ada
dalam Table.
5. Klik pada Next untuk
teruskan ke langkah
berikutnya.
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
8
Berikut adalah paparan Query dalam bentuk Design View
Klik pada View dan DataSheet View atau ! untuk melihat paparan Query yang telah dibuat.
Paparan Alamat dalam Query tidak terpapar kerana Filter dalam Query yang di atas telah
dilakukan.
Klik Save () untuk simpan Query yang telah dibuat.
Untuk membuat filter,
hilangkan / pada ruangan
berkenaan. Cuba buang /
pada Alamat.
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
9
4. Membina Borang (Form)
Langkah 8: Membina Borang
1. Klik pada Tab
Create. 2. Klik pada Form Wizard
untuk membina Form
secara Wizard.
3. Pilih sama ada sumber data
daripada Table atau Query
4. Pilih sama ada data sebahagian atau
semua data ingin dimasukkan ke
dalam Form. ( > sebahagian, >>
untuk semua)
5. Klik Next untuk teruskan ke langkah
berikutnya.
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
10
6. Pilih jenis Form yang bersesuaian.
7. Klik Next untuk langkah berikutnya.
8. Namakan Form dengan F_Biodata.
9. Klik Finish untuk selesai membina
Form.
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
11
Paparan Form View adalah seperti di bawah
Berikut pula adalah paparan Design View
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
12
5. Membina Laporan (Report)
Langkah 9: Membina Laporan
1. Klik pada Tab
Create.
3. Pilih sumber data sama ada
daripada Table atau Query untuk
membuat Report.
4. Pilih sama ada data sebahagian atau
semua data ingin dimasukkan ke
dalam Report. ( > sebahagian, >>
untuk semua)
5. Klik Next untuk teruskan ke langkah
berikutnya.
2. Klik pada Report Wizard
untuk membina Report
secara Wizard.
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
13
Paparan Report seperti di bawah akan terpapar
6. Klik Next untuk teruskan ke langkah
berikutnya.
7. Di paparan ini, kita diberi pilihan
untuk menyusun maklumat yang
dikehendaki mengikut ketetapan
kita sendiri.
8. Klik Finish untuk melihat paparan
Report yang dijana.
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
14
Klik pada Design View untuk membuat perubahan paparan Report
6. Membina Hubungan (Relationships)
Langkah 10: Membina Relationships
1. Dalam membina Relationships, sekurang-kurangnya dua Table atau Query diperlukan
untuk membina relationship.
2. Untuk langkah berikutnya, ulang Langkah 3 hingga Langkah 5 untuk membina Table
baru.
3. Klik pada Tab Database Tool,
4. klik pada ikon Relationships
5. Klik pada ikon Show Table
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
15
Tetingkap berikut akan dipaparkan.
Tetingkap berikut akan dipaparkan. Di sini kita boleh menghubungkaitkan antara satu Table
dengan Table yang lain atau Table dengan Query.
Pilih sumber data dari Table atau
Query yang telah dibina.
Klik Add untuk masukkan
Table/Query ke dalam
Pangkalan Data.
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
16
Di ruangan ini, klik pada medan Nombor Kad Pengenalan dalam Table Biodata dan seretkan
ke medan Nombor Kad Pengenalan dalam Table Kelas. Tetingkap berikut akan dipaparkan.
Ulang langkah di atas untuk membina Relationships yang lain jika melibatkan banyak Table
atau Query.
Berikut adalah contoh paparan Relationships yang melibatkan Table dan Query.
Klik Create untuk
membina
Relationships.
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
17
7. Membina Carian (Query) Menggunakan Dua Jadual
Langkah 11: Membina carian dengan dua jadual
Ulang langkah 7 untuk membina Query Wizard. Apabila tetingkap di bawah dipaparkan, pilih
data dari kedua-dua Table yang telah dibina.
Pilih data dari Table: Biodata dan klik >
untuk memilih medan yang ingin
dimasukkan ke dalam Selected Fields.
Pilih data dari Table: Kelas dan klik >
untuk memilih medan yang ingin
dimasukkan ke dalam Selected Fields.
Klik Next untuk langkah berikutnya.
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
18
Langkah berikutnya adalah seperti langkah-langkah membina Query Wizard seperti yang
ditunjukkan di atas. Namakan Query ini sebagai QKelas.
Berikut adalah paparan Query View hasil daripada Relationships antara dua Table.
8. Membina Borang (Form) Menggunakan Dua Jadual
Langkah 12: Membina boring dengan dua jadual
Ulang langkah 8 untuk membina Form Wizard. Apabila paparan di bawah dipaparkan, pilih
data dari kedua-dua Table yang telah dibina.
Pilih data dari Table: Biodata dan klik >
untuk memilih medan yang ingin
dimasukkan ke dalam Selected Fields.
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
19
Langkah berikutnya adalah seperti langkah-langkah membina Form Wizard seperti yang
ditunjukkan di atas. Namakan Form ini sebagai F_Kelas.
Berikut adalah paparan Form View hasil daripada Relationships antara dua Table.
Pilih data dari Table: Kelas dan klik >
untuk memilih medan yang ingin
dimasukkan ke dalam Selected Fields
dan kemudian klik Next untuk langkah
berikutnya.
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
20
9. Menjana Laporan Menggunakan Dua Jadual
Langkah 14: membina laporan dengan dua jadual
Ulang langkah 9 untuk membina Report Wizard. Apabila tetingkap di bawah dipaparkan, pilih
data dari kedua-dua Table yang telah dibina.
Pilih data dari Query: QKelas dan klik >
untuk memilih medan yang ingin
dimasukkan ke dalam Selected Fields
dan klik Finish untuk langkah seterusnya.
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
21
Langkah berikutnya adalah seperti langkah-langkah membina Report Wizard seperti yang
ditunjukkan di atas. Namakan Report ini sebagai Kelas.
Berikut adalah paparan Report View hasil daripada Relationships antara dua Table.
Recommended