View
682
Download
8
Category
Preview:
Citation preview
1
Tun Azizan Zainul Abidin Tokoh Pentadbiran Yang Unggul Dalam Malaysia
Satu kajian tentang kepimpinan Tun Azizan Zainul Abidin (1960-2004)
1.0 Pengenalan
Tokoh yang penyelidik akan kaji ialah Tun Azizan Zainul Abidin (TAZA), beliau dilahirkan
di Ayer Itam, Pulau Pinang pada 28 Mei 1935. Beliau dibesarkan dalam keluarga yang miskin
dan ketika usianya masih muda lagi sudah menjadi anak yatim dan terpaksa tinggal dengan
saudara maranya. Beliau pernah bersekolah di Penang Free School(1950)¹ yang merupakan
sekolah penyelidik sebelum ini. Seterusnya, beliau berjaya melanjutkan pelajarannya di
Universiti Malaya, Singapura pada akhir tahun 50-an sehingga berjaya mendapat ijazah
Sarjana Muda Sastera pada tahun 1959. Beliau berkawin dengan Puan Sri Datin Noor Ainee
Chee Teh dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Amir Hamzah, Norizan dan Ikhwan
Hamzah. Pada tahun 1988, Perdana Menteri Malaysia yang ke keempat Tun Dr. Mahathir
Mohamad menawarkan jawatan Presiden dan Ketua Eksekutif PETRONAS kepada beliau
memandangkan ketokohan beliau dalam perkhidmatan kerajaan sangat menonjol. Perlantikan
itu merupakan satu pengiktirafan kepada beliau kerana beliau pernah memegang jawatan
2
sebagai Ketua Setiausaha Sulit (1971-1984) bagi tiga Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun
Abdul Razak Hussein (1971-1975), Tun Hussein Onn (1975-1981) dan Tun Dr. Mahathir
Mohamad (1981-1984)2. Pada tahun 1998, Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tun. Dr.
Mahathir Mohamd menawarkan jawatan Presiden dan Ketua Eksekutif Petronas kepada
TAZA. Pelantikan tersebut jelas membuktikan kebolehan beliau dalam mengemudi satu
syarikat yang mampu menyumbang hampir 30 peratus keuntungan3 kepada Kerajaan
Persekutuan. TAZA juga tersenarai dalam 100 tokoh paling berpengaruh di Malaysia dan
dibukukan dalam buku 100 Tokoh Malaysia Berpengaruh yang dikarang oleh Hamidi M.
Adnan terbitan Medium Publication Sdn Bhd.
2.0 Objektif Kajian
Kajian ini dilaksanakan bagi mencapai beberapa objektif,
Pertama, Mengenal pasti perkhidmatan dan sumbangan beliau dalam sektor birokrat. Kedua,
Mengenal pasti sumbangan beliau dalam sektor koperat di Malaysia seperti di syarikat
PETRONAS. Ketiga, mengenal pasti nilai-nilai murni yang terdapat dalam tokoh ini untuk
dijadikan tauladan.
3.0 Permasalahan Kajian
Penyelidik akan mengupas mengenai penglibatan tokoh dalam bidang pentadbiran khusus
dalam perkhidmatan awam iaitu dalam kerajaan serta sektor korperat,tidak lupa juga
penyelidik akan mengupas beberapa nilai murni yang terdapat dalam diri Tun Azizan untuk
dijadikan tauladan. Selain itu, penyelidik juga turut mengkaji tentang ciri-ciri kepimpinan
beliau dalam memajukan PETRONAS setanding dengan syarikat petrolium gergasi dunia dan
syarikat paling untung dalam sektor kerajaan.
3
4.0 Skop Kajian
Penyelidik akan mengkaji sejarah TAZA dari mula penglibatan beliau dalam bidang
pentadbiran dalam kerajaan dan sektor korperat bermuda pada tahun 1988 sehingga tahun
2004. Penyelidik juga perlu mendapatkan buah 2 buku ilmiah tentang beliau iaitu The
Quintessential Man dan Jiwa Seorang Negarawan. Penyelidik juga perlu pergi ke beberapa
tempat yang pernah Tun Azizan buat seperti Putrajaya dan KLCC.
5.0 Sorotan Kajian Lepas
Azam Aris pernah menulis buku tentang biografi Tun Azizan Zainul Abidin yang bertajuk
“The Quintessential Man the story of Tan Sri Azizan Zainul Abidin” pada tahun 2009 dan di
ulas oleh oleh Wan Norazah Wan Chik dan di muat dalam bahagian rencana di surat khabar
Utusan pada tarikh 9 Febuari 20094. Terdapat 20 topik dalam buku tersebut dan ada juga
menceritakan tentang kisah hidup beliau dalam menguruskan PETRONAS. Sorotan daripada
buku “The Quintessential Man the story of Tan Sri Azizan Zainul Abidin”, Azam Aris
meneruskan penulisannya terhadap tokoh yang sama dan menerbitkan buku yang ditermahkan
dalam bahasa malaysia iaitu buku “Jiwa Seorang Negarawan”. Karya yang melakar
kehidupan Allahyarham Tun Azizan Zainul Abidin, membuka ruang kepada para pembaca
mengetahui lebih mendalam rentetan pengalaman dan sumbangan Allahyarham sepanjang
hayat beliau sebagai seorang negarawan. Buku ini juga banyak memberi gambaran tentang
kehebatan kepimpinan TAZA dalam memimpin syarikat besar seperti PETRONAS dan dalam
masa yang sama beliau juga memegang jawatan besar dalam pentadbiran Kerajaan
Persekutuan seperti Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri.
4
6.0 Kaedah Kajian dan Bahan
Untuk kajian ini, penyelidik mengaplikasikan beberapa kaedah kajian. Antaranya ialah
meneliti bahan bacaan ilmiah yang merupakan kaedah yang pertama. Melalui kaedah
pembacaan bahan ilmiah, penyelidik akan membaca dan mencari beberapa buku ilmiah serta
majalah dan juga surat khabar untuk mencari maklumat tentang TAZA. Selain itu juga
penyelidik akan menggunakan beberapa bahan sekunder seperti bahan-bahan elektronik
,artikel dan majalah. Kaedah kedua pula ialah melayari internet dan merupakan kaedah yang
paling banyak digunakan semasa kajian. Penyelidik akan melayari internet untuk mencari
bahan-bahan bukti berkenaan tokoh dan mengambil beberapa pandangan orang awam tentang
ketokohan beliau dalam memegang jawatan sebagai Presiden PETRONAS dan memegang
beberapa jawatan penting dalam sektor awam seperti ketua setiausaha sulit bagi tiga orang
perdana menteri. Bagi kaedah ketiga,penyelidik akan melawat kawasan bersejarah hasil sumbangan
Tun Azizan seperti Menara Berkembar PETRONAS,Suria KLCC, dan bandar Putrajaya.
7.0 Pembahagian Struktur Esei
Secara keseluruhan, esei ini akan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu
pengenalan,perbincangan dan kesimpulan.
(a) Latar Belakang Tun Azizan Zainul Abidin (TAZA). .
(b) Perkhidmatan dan Sumbangan Tun Azizan Zainul Abidin dalam Sektor Birokrat.
(c) Sumbangan Tun Azizan Zainul Abidin dalam Sektor Koperat seperti PETRONAS dan
MAS dan Perbadanan Putrajaya. .
(d) Nilai-nilai Murni yang Terdapat dalam Tun Azizan Zainul Abidin untuk Dicontohi.
(e) Penutup.
5
8.0 Latar Belakang
Umumnya, Malaysia adalah sebuah negara yang aman, sejahtera, harmoni dan membangun
serta penduduknya yang berbilang bangsa dan agama. Malaysia juga bertuah kerana
mempunyai beberapa orang pemimpin yang berjiwa besar dalam memastikan negara pesat
membangun demi mencapai wawasan 2020. Antara pemimpin yang tenang dan telah memberi
sumbangan yang besar kepada negara yang tidak ternilai dalam usaha memastikan negara
membangun dan menikmati hasil keluaran negara sendiri ialah seorang pemimpin yang
tenang dan rendah diri dalam sektor birokrat pada asalnya tetapi menyerlah apabila diberi
kepercayaan memimpin sektor korperat bagai permata yang menyinar. Tokoh yang di
maksudkan ialah Allahyarham Tun Azizan Zainul Abidin (TAZA).
Namanya mungkin kelihatan asing terutamanya dalam kalangan generasi muda, tetapi
sumbangan TAZA kepada negara amat besar dan tanpa kita sedar, kita menikmati hasil
sumbangan TAZA hari ini. Antaranya ialah keuntungan Syarikat Petroleum Nasional
(PETRONAS), Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan kecantikan Bandar Putrajaya.
Banyak rahsia negara tertanam dalam diri TAZA. Dengan menghayati kisah hidup tokoh ini,
saya rasa begitu kagum dengan kepimpinan beliau dalam menguruskan pentadbiran kerajaan
dan mampu memajukan sektor koperat seperti syarikat PETRONAS dan MAS.
Tun Azizan Zainul Abidin merupakan pemimpin yang hebat, ketokohan beliau bukan sahaja
diperkatakan dalam negara, kerana kualiti kepimpinan beliau yang hebat itu tokoh dari luar
negara5 juga menyedari pemikiran TAZA kerana kefasihan dalam ilmu dan pemikiran yang
liberal. Walaupun beliau seorang pemimpin yang mudah didekati dan tenang serta watak
kepimpinannya yang terbuka, Tun Azizan juga sama sekali tidak bertolak ansur dengan kerja-
kerja yang tidak bermutu atau mereka yang cuba untuk mengambil kesempatan terhadapnya6.
6
8.1 MENGENAL PASTI PERKHIDMATAN DAN SUMBANGAN TUN AZIZAN
ZAINUL ABDIN DALAM SEKTOR BIROKRAT
Tun Azizan mula menyertai Perkhidmatan Awam Malaysia (MCS) dan berkhidmat dalam
sektor awam pada tahun 1960 di Kementerian Pelajaran Malaysia7 di Kuala Lumpur dan
memegang jawatan sebagai Setiausaha Sulit Kanan Tun Abdul Razak ketika itu sebagai
Perdana Menteri Kedua Malaysia. Tun Azizan juga mempunyai jawatan sulit apabila terlibat
dalam Unit Perisikan Malaysian External Intellignece Organization MEIO8. Beliau juga
pernah memberi sumbangan dalam menguruskan tragedi 13 Mei 1969 melalui pembabitan
beliau dalam Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)9. MAGERAN berfungsi sebagai satu
jawatankuasa yang di bentuk oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah permusuhan kaum
yang berlaku antara kaum Melayu dan Cina.
Tun Azizan juga merupakan manusia pertama dalam sejarah perkhidmatan awam yang
memegang jawatan penting bersama tiga orang yang paling berkuasa iaitu Perdana Menteri.
Tun Azizan pernah menjadi Setiausaha Sulit kepada tiga Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun
Abdul Razak dari tahun 1971-1975, Tun Hussein Onn dari 1975-1981 dan Tun Dr. Mahathir
Mohamad dari 1981-1984. Oleh hal yang demikian, kita dapat lihat disini peranan Tun Azizan
dalam sektor birokrat sangat besar dan pasti telah banyak sumbangan Tun Azizan semasa
berada memegang jawatan tersebut. Suka untuk saya nyatakan disini antara sumbangan beliau
semasa memegang jawatan tersebut ialah memberi pendapat yang bernas tentang
pembangunan negara seperti idea pembinaan Bandar Pentadbiran Putrajaya10
dan memajukan
syarikat Petroleum Nasional PETRONAS dengan keuntungan sebanyak 30%11
hasil
pendapatan negara semasa zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Tun Azizan juga dipertanggungjawab untuk menjaga perkara-perkara yang berkaitan dengan
keselamatan negara. Pada tahun 1967, beliau dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha
7
Keselamatan dan Perisikan dalam Kementerian Dalam Negeri (KDN). Pada tahun 1969
sehingga tahun 1972, Tun Azizan dilantik sebagai setiausaha kepada Majlis Keselamatan
Negara (MKN) dan pada tahun 1985 sehingga tahun 1988, Tun Azizan menjadi Ketua
Setiausaha KDN. Pada tahun 1984 sehingga tahun 1985, Tun Azizan bertugas sebagai
Setiausaha Agung Kementerian Perdangan dan Perindustrian.
Antara orang-orang yang berada di bawah Tun Azizan ialah Jawhar Hassan12
yang merupakan
Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia pada tahun 2004.
Jawhar pernah berkata “Saya mempunyai keistimewaan berkhidmat dengan Azizan 3 kali
sepanjang kerjaya saya dalam perkhidmatan awam, saya mempunyai dua orang mentor dan
Tun Azizan merupakan mentor pertama saya yang mengajar saya nilai kerja keras dan
bagaimana untuk berkhidmat untuk negara tanpa kekecohan atau sebarang gangguan. Tun
Azizan merupakan orang yang setia pada negara,beliau juga setia pada perdana menteri dan
jawatannya yang dipegang oleh beliau. Mereka (Perdana Menteri) pula mempunyai keyakinan
kepadanya kerana Tun Azizan sentiasa ada idea-idea sendiri dan kata-kata beliau selalunya
menjadi realiti bukan sekadar omong kosong. Ini sebabnya mengapa Tun Azizan di sanjung
dalam perkhidmatan awam. Paling penting Tun Azizan menghormati prinsip-prisip
perlembagaan,kedaulatan undang-undang dan nilai etika dalam kerajaan. “ itulah antara kata-
kata serta pandangan seorang penjawat awam terhadap ketokohan Tun Azizan.
8
8.2 SUMBANGAN TUN AZIZAN ZAINUL ABIDIN DALAM SEKTOR KOPERAT
SEPERTI PETRONAS,MAS DAN PERBADANAN PUTRAJAYA.
Tun Azizan berpindah ke sektor swasta dengan menyertai PETRONAS sebagai Presiden dan
Ketua Eksekutif pada tahun yang sama. Perlantikan ini dibuat dibawah pemerintahan Tun Dr.
Mahathir Mohamad pada 10 febuari 1988, jawatan tersebut disandang oleh Tun Azizan
sehingga tahun 1995. Ramai orang tertanya-tanya khususnya media massa ketika itu tentang
bagaimana orang yang senyap dari sektor birokrat tiba-tiba menjadi Presiden bagi sektor
korperat. Penyelidik memetik kata-kata dari Tun Dr. Mahathir dalam akhbat Utusan Malaysia
tahun 200413
, katanya “ semasa itu pun nampak dia berkebolehan dalam bidang perniagaan
dan dia sentiasa mengikut cara-cara berkerja dengan memberi laporan yang lengkap kepada
saya tentang prestasi PETRONAS sehingga semakin maju walaupun pada masa itu
(PETRONAS) belum ke luar negara”. Walaubagaimanapun, sorotan Tun Azizan dalam dunia
korperat begitu sarat dengan fakta sehinggakan Tun Azizan mengetahui sejarah14
PETRONAS dan industri petrolium ini melebihi orang yang berkerja dalam PETRONAS
setelah sekian lamanya.
Semasa Tun Azizan menjawat jawatan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS
(1988-1995) , Tun Azizan telah melaksanakan tugasnya dengan baik. Beliau adalah seorang
pemikir yang hebat, Tun Azizan telah merangka Pelan Globalisasi Perbadanan Minyak
Negara pada tahun 1991 walaupun pada mulanya mengahadapi beberapa rintangan pada
bahagian pengurusan utama. Idea Tun Azizan akhirnya diterima ramai kerana rizab di dalam
negara ini terhad dan kecil. Oleh hal yang demikian, PETRONAS telah mensasarkan untuk
mengembangkan perniagaan huluan dan hiliran antarabangsa kepada 30% daripada jumlah
hasil PETRONAS menjelang tahun 2005. Akhirnya, PETRONAS berjaya mendapat hasilnya
pada tahun 2002 apabila hasi daripada operasi antarabangsa itu mencapai 30.4% daripada
jumlah pendapatan sebanyak RM67.1 bilion15
.
9
Dengan jawatan Tun Azizan sebagai Pengerusi dan Tan Sri Hassan Merican sebagai Presiden
dan Ketua Pegawai Eksekutif, PETRONAS terus melaksanakan strategi global secara agresif
dengan terlibat dalam usaha cari gali minyak melalui kerjasama dan perjanjian dengan
syarikat petrolium negara luar seperti China dan Vietnam, Arab Saudi, Yeman, Argentina dan
Myanmar16
, PETRONAS memegang kepentingan 20% daripada kerjasama dengan negara
tersebut. Tun Azizan pernah berkata “Kami akan pastikan usaha itu menguntungkan, kami
memegang amanah negara, kami tak akan menaburkan wang begitu sahaja.” Tambahannya
lagi, Memandangkan usianya (PETRONAS) masih muda, peningkatan PETRONAS agak
menakjubkan. “ Apabila PETRONAS ditubuhkan pada 1974, kita tidak tahu banyak tentang
minyak. Hari ini, kita dikenali oleh semua pihak sebagai perbadanan bersepadu dalam gas dan
minyak,” kata Tun Azizan lagi. “Kita bermula dari peringkat atas,dengan menguruskan
simpana mintak yang diamanahkan kepada kita menerusi undan-undang. Kita membina ilmu
dan pengalaman dalam industri ini, menyusun struktur pengurusan yang berkemampuan.
Akhirnya, kita mula bergerak ke bawah, sebagai penjual minyak pula,” tambah Tun Azizan
ketika sidang media keuntungan PETRONAS pada 200417
. Oleh hal yang demikian, ia
menjadikan Tun Azizan sebagai salah satu orang paling dihormati dalam industri petrolium.
Tun Azizan berjaya memimpin PETRONAS dengan menunjukkan prestasi kewangan terbaik
dalam sejarah penubuhannya selama hampir 30 tahun, sekaligus meletakkan syarikat itu
sebaris dengan syarikat gergasi petroleum dan gas terbesar dunia seperti Shell dan Exxon-
Mobil. Bagi tahun kewangan terakhir 31 Mac 2004, syarikat itu merekodkan perolehan
sebanyak RM97.512 bilion, kenaikan 19.7 %, jumlah tertinggi setakat ini berbanding
RM81.424 biliom pada tahun sebelumnya. PETRONAS juga mencatat pulangan ke atas
pendapatan yang tinggi di dalam sejarah industri iaitu 38.4%. Tun Azizan juga berkata
”penigkatan perolehan itu disebabkan dua faktor kenaikan iaitu harga minyak dan
perkembangan perniagaan kumpulan yang menyumbang kepada perolehan yang cemerlang.18”
10
Sumbangan Tun Azizan yang sentiasa diingati dalam syarikat petroleum nasional itu ialah
pembinaan menara berkembar PETRONAS dan Suria KLCC yang menjadi mecu tanda
negara ini. Idea ini diilhamkan oleh Perdana Menteri keempat iaitu Tun Dr. Mahathir
Mohamad. Beliau mahukan Malaysia dikenali di peringkat antarabangsa dan PETRONAS
ketika itu dipimpin oleh Tun Azizan melaksanakan tanggungjawab itu tanpa bantahan. Tun
Azizan pernah berkata “Kita mahu membangunkan kawasan ini menjadi kawasan
pembangunan yang akan menjadikan Malaysia lebih dikenali, bukan sebagai keangkuhan,
tetapi lebih kepada menarik orang luar supara memandang Malaysia, melabur di negara ini,
dan turut sera dalam membangunkan negara kita. “ Untuk merialisasikan hasrat itu juga,
PETRONAS juga terlibat dalam pengajuran lumba kereta Formula 1 yang diadakan setiap
tahun di Litar Lumba Antarabangsa Sepang19
.
Tun Azizan juga dipertanggungjawab untuk mengambil alih jawatan Pengerusi Sistem
Penerbangan Malaysia (MAS) dan dalam masa yang sama beliau merupakan Pengerusi
PETRONAS. Pemilihan Tun Azizan sebagai pengerusi bukan Eksekutif MAS adalah
disebabkan oleh pelucutan sebuah syarikat yang mengendalikan MAS sebelum ini kerana
mengalami masalah kewangan yang teruk pada akhir dekat 90-an. Perlantikan ini dibuat atas
budi bicara Tun Dr. Mahathir kerana prestasi kerjanya yang cemerlang. Tun Dr. Mahathir
berkata, “Azizan telah membuktikan keupayaannya dengan menjadikan PETRONAS, sebuah
syarikat yang berjaya dan mempunyai sistem pengurusan yang berkesan. Menurutnya lagi,
pelantikan itu adalah satu pelantikan yang baik20
.
Menurut Tun Azizan, kedudukan MAS setelah kegagalan dalam projek penswastaan
merupakan satu kelahiran baru bagi syarikat penerbangan tersebut. Skim penyusunan semua
syarikat itu merupakan permulaan proses pemulihan MAS. Oleh yang demikian beliau
sentiasa menasihatkan pihak pengurusan MAS untuk berkerja dalam satu pasukan yang
melibatkan semua jabatan di syarikat itu demi meningkatkan mutu kecekapan operasi ke
11
tahap yang tertinggi. Tun Azizan juga mempunyai idea yang tersendiri untuk menarik
pelanggan mempercayai dan menggunakan perkhidmatan MAS seperti mewajibkan semua
anak kapal MAS termasuk juruterbangnya melayan tetamu dengan ramah dan mesra untuk
menyentuh perasaan penumpang.
Tun Azizan juga berpendapat penekakan kepada aspek perkhidmatan ini juga merupakan
aspelk paling penting yang membawa kejayaan MAS sebelum ini hingga banyak memenagi
anugerah terkemuka dalam industri penerbangan antarabangsa. Tun Azizan bersungguh-
sunguh untuk mengembalikan kegemilangan MAS apabila syarikat penerbangan itu diambil
alih semual oelh kerajaan pada tahun 200121
.
Selain itu juga, Tun Azizan juga memegang pelbagai jawatan lain dalam entiti dagang milik
kerajaan. Antaranya,beliau pernah menjadi Pengerusi Perbadanan Putrajaya yang
bertanggungjawab memajukan Putrajaya yang merupakan pusat pentadbiran Kerajaan
Persekutuan. Tun Azizan sentiasa memastikan kerja-kerja pembangunan pusat pentadbiran
kerajaan itu berjalan seperti dirancang dan lancar. Mengikut perancangan, kesemua
kementerian akan selesai berpindah ke Putrajaya pada penghujung tahun 2005. Pembinaan
rumah kediaman juga dijalankan dan menjelang tahun 2005, jumlah penduduk Putrajaya
dijangka bertambah menjadi 160,00 orang dengan 35,957 unit kediaman.
“Memandangkan pembangunan Putrajaya melibatkan banyak perincian tentang kewangan dan
pembangunan rumit dan memerlukan pentadbir yang cekap serta straight forward , tugas
menguruskan soal pembiayaan kewangan dan pembangunan ini diserahkan kepada Azizan22,”
kata Tun Dr. Mahathir. "Inilah tugas yang beliau nampak begitu dedicated sekali, bentuk
Putrajaya ini pun banyak bergantung kepada pendapat Azizan dan pelaksanaannya, apa juga
reka bentuk yang unik bagi Putrajaya ini dihasilkan oleh beliau. "Dia telah membuat
perancangan yang cukup lengkap termasuk juga kubur bagi penduduk di sini dan sebab itu,
12
amat kena sekali beliau dikebumikan di Putrajaya kerana inilah tempat yang dikaitkan begitu
rapat dengan Azizan," kata Tun Dr. Mahathir kepada akhbat Utusan Jun 2004.
13
8.3 MENGENAL PASTI NILAI-NILAI MURNI YANG TERDAPAT DALAM
TUN AZIZAN ZAINUL ABIDIN UNTUK DICONTOHI
Umum mengetahui Tun Azizan merupakan seorang anak yatim yang kehilangan bapanya
pada usia 7 tahun lagi. Dari zaman remajanya di Penang Free School dan Universiti Malaya di
Singapura, Tun Azizan suka menyendiri dari tengah masyarakat kerana berada dalam
pergelutan kemerdekaan. Sebagai seorang yang berserdahana dalam perwatakannya, Tun
Azizan dapat menerima ujian dan dugaan dengan tabah dan menerima kejayaan dengan
rahmat. Tun Azizan juga merupakan seorang yang aktif di sekolahnya kerana pernah
menyertai beberapa pertandingan seperti debat bahasa inggeris di Penang Free School23
.
Namun, Tun Azizan tidak pernah membesarkan dirinya.
Salah seorang rakan sebayanya yang merupakan pengerusi ISIS iaitu Dr. Noordin Sopiee
pernah berkata, “Saya rasa ia amat jarang bagi kita untuk mencari seseorang dengan kuasa
dan pengaruh yang banyak dan dapat menanggung tanggungjawab itu dengan rendah diri dan
bagus, saya kagum dengan perwatakan sederhana dia.”24
Jelaslah disini bahawa Tun Azizan
merupakan seorang yang tidak membanggakan dirinya malah terkenal dengan sifat rendah
dirinya semasa memimpin sektor kerajaan serta sektor korperat.
Personaliti Tun Azizan yang sentiasa tenang dan rendah diri itu membawa dirinya sebagai
contoh untuk golongan muda mempelajari dan penjawat awam agar berusaha dan bekerja
dengan ikhlas serta tenang dan tegas dalam membuat kerja. Walau bagaimanapun , personaliti
senyap beliau tidak bermaksud bahawa dia adalah pendiam tetapi sebaliknya menunjukkan
bahawa Tun Azizan juga bagaimana seorang pemimpin yang hebat yang terbukti kualiti
beliau semasa memimpin PETRONAS, MAS dan Perbadanan Putrajaya. Tun Azizan juga
membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk Tun Azizan menimba ilmu dan membuat
14
pembelajaran sepanjang hayat sebagai satu budaya melalui pembacaannya tentang sejarah
Petroleum Nasional sebelum Tun Azizan memegang jawatan sebagai Pengerusi PETRONAS .
Selain daripada terkenal dengan sifat rendah dirinya, Tun Azizan juga merupakan seorang
yang berjiwa patriotik kerana bersedia memberikan nyawanya demi negara. Satu artikel yang
di tulis oleh Dr. Farish A. Noor menyebut apabila tiba masanya untuk Tun Azizan berkorban ,
beliau bersedia untuk melakukannya tanpa mengucapkan satu perkataan aduan sekalipun.
Rasa yang sangat tinggi terhadap tugas dan tanggungjawab telah terbukti semasa kejadian
pada awal tahun 1970 apabila sebuah pesawat komersial telah dirampas oleh kumpulan
Tentera Merah Jepun25
dan mendarat di Lapangan Terbang Subang. Rundingan telah dibuat
oleh perampas kapal terbang komersial tersebut dan menuntut pertukaran tebusan , di mana
kerajaan Malaysia terpaksa membiarkan mereka mempunyai beberapa birokrat kanan
Malaysia sebagai tebusan. Tun Azizan telah dipilih sebagai salah satu daripada pemimpin
birokrat Malaysia untuk diserahkan kepada pihak perampas dengan nasib yang tidak menentu
bagai nyawa di hujung tanduk. Namun pada saat-saat akhir, tempatnya telah diambil oleh
Osman Kassim yang tidak berbeza karakteknye telah menunjukkan nilai yang sama dan
diterima tanggungjawab dengan keberanian. Jelaslah disini bahawa semangat patriotik Tun
Azizan tidak boleh dipertikaikan lagi.
Tun Azizan juga terkenal dengan sikap integirinya dan berterus terang serta tidak mudah di
pengaruhi apabila membuat sesuatu keputusan. Malah Dr. Mahathir sering berkata, Azizan
akan „tarik muka‟ bila beliau (Mahathir) tidak bersetuju dengan isu yang diusulkan oleh
Azizan kepadanya. “Beliau sangat berterus terang dan saya suka dengan sikapnya itu.” Selain
itu, Tun Azizan merupakan orang kanan Tun Dr. Mahathir yang pertama sekali katakan tidak
pada kenyataan beliau. Sebaik sahaja mendengar kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada
1998 bahawa mata lebam Datuk Seri Anuar Ibrahim akibat tindakanya sendiri, Tun Azizan
15
membalas balik dengan kenyataan daripadanya menerusi kenyataan media iaitu “Mustahil
mata lemab tersebut akibat tindakan Anwar sendiri.”26
Tun Azizan menunjukkan bahawa
beliau bersikap terus terang dan tidak mudah diperngaruh oleh mana-mana pihak semasa
beliau mengeluarkan sesuatu keputusan atau kenyataan.
Tun Azizan juga dikagumi oleh rakan luar negara seperti Din Merican dalam artikelnya27
ada
menyebut tentang sifat lemah lembut Tun Azizan,rendah diri, dan mesra dengan kami apabila
kami berurusan dengannya. Saya mula berkata „hello‟ padanya ketika berada di halamn rumah
keluarga Tan Sri Rahim di Glugor, Pulau Pinang dan beliau menyambutnya dengan penuh
mesra.
Keluarga Tun Azizan juga menggambarkan Tun Azizan sebagai seorang suami dan bapa
penyayang. Tun Azizan biasanya akan tiba di rumah sebelum Maghrib dan menikmati
hidangan malam bersama keluarga tercinta di Presint 8, Putrajaya. Sekiranya tiada acara
rasmi, Tun Azizan akan membawa isterinya Puan Sri Noor Ainee Chee Teh dan tiga orang
anaknya iaitu Amir Hamzah, Norizan dan Ikhwan Hamzah bersiar-siar, keluar makan dan
membeli belah pada setiap hari ahad dan pada masa yang lapang. Anak-anaknya bernasib baik
kerana bapanya iaitu Tun Azizan Zainul Abidin bukannya „kaki golf‟ yang dilakukan oleh
orang yang setaraf dengannya serta sanggup menghabiskan banyak masa kepada sukan
tersebut. Anak-anaknya menggelarkan ibu bapanya sebagai pasangan yang hangat bercinta
sepanjang zaman kerana mereka begitu saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
Malah Norizan berkata, bapanya sentiasa memandang tinggi dan sering memuji ahli
keluarganya kerana dan Tun Azizan juga bijak menguruskan rumah tangga dan juga bajet
keluarga. Beliau sangat bangga dengan ibu dan hubungan mereka sentiasa penuh dengan
kasih sayang,” tegas Norizan28
.
16
9.0 Penutup
Kepimpinan Tun Azizan Zainul Abidin dalam mentadbir sektor birokrat dan korperat tidak
dapat tidandingi oleh mana-mana pihak sepanjang zaman. Hal ini demikian kerana gaya
kepimpinan dan sikap Tun Azizan begitu menakjubkan dan diiktiraf oleh kebanyakkan pihak
dari dalam dan luar negara. Tun Azizan juga menggunakan hidup beliau demi mencapai satu
tujuan iaitu ke arah kecemerlangan organisasi di samping mengaut keuntungan semaksimum.
Tun Azizan telah melakar sejarah dalam pentadbiran awam kerana beliau merupakan insan
yang pernah memegang jawatan penting selama hampir 20 tahun di bawah tiga pimpinan
teratas Malaysia iaitu Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein (1971-1975), Tun Hussein
Onn (1975-1981) dan Tun Dr. Mahathir Mohamad (1981-1984). Tambahan lagi, Tun Azizan
juga merupakan seorang yang rendah diri dan straight forward, sikap itulah yang
membuatkan saya kagum dengan ketokohan beliau kerana sifat tersebut ada kaitannya dengan
sifat penyelidik. Tun Azizan juga merupakan orang penting dalam organisasi gergasi korperat
kerajaan iaitu PETRONAS yang telah menempa nama di persada dunia sebagai syarikat ke-8
paling untung di dunia pada tahun 2010 walaupun ketika itu Tun Azizan sudah tiada,namun
atas titik peluh dan idea beliau syarikat PETRONAS mampu menempa nama di arena
antarabangsa. Saya berpendapat bahawa dengan mengkaji ketokohan beliau, saya dapat
mencontohi dan mengaplikasikan kepimpinan beliau pada masa hadapan demi kepentingan
organisasi yang saya akan sertai. Saya juga berharap dengan kajian saya ini, orang luar
khususnya pelajar dapat mengenali beliau dan mencontohi kepimpinan beliau dalam
memajukan PETRONAS di persada dunia.
17
10.0 Nota Hujung
1. 1. Azam Aris, Jiwa Seorang Negarawan (Kuala Lumpur, – Biografi Tun Azizan Zainul
Abidin. Crestime Holding Sdn. Bhd. 2. Ibid 3. 2. Azam Aris (2008,terj. 2011) Jiwa Seorang Negarawan – Biografi Tun Azizan Zainul
Abidin. Crestime Holding Sdn. Bhd. 4. 3. Wan Norazah Wan Chik, “The Quintessential Man „the story of Tan Sri Azizan
Zainul Abidin” Utusan Melayu (M) Bhd., Febuari 9,2009, Kuala Lumpur 5. 4. Din Merican, 5 Jun, 2010 (8.01 p.m.), ulasan dari buku, “The Quintessential Man” , 5
Jun, 2010, http://dinmerican.wordpress.com/2010/06/05/a-tale-of-two-tuns/ 6. 5. Fauziah Ismail, 4 May, 2009 (10.48 a.m), ulasan dari buku, “The Quintessential Man”,
4 May,2009, http://xmatters.blogspot.com/2009/05/quintessential-man-story-of-tan-sri.html 7. 6. Siti Ezaleila Mustafa, 20 Tokoh Pengurusan, (Bandar Baru Bangi,2009), 53. 8. 7. Siti Ezaleila Mustafa, 20 Tokoh Pengurusan, (Bandar Baru Bangi,2009), 56 9. 8. Siti Ezaleila Mustafa, 20 Tokoh Pengurusan, (Bandar Baru Bangi,2009), 55 10. 9. Marhani Kamaruddin, “Azizan dari kaca mata Dr. Mahathir,” Utusan Melayu (M)
Bhd., Julai 18, 2004, Putrajaya. 11. 10. Siti Ezaleila Mustafa, 20 Tokoh Pengurusan, (Bandar Baru Bangi,2009), 58 12. 11. Din Merican, 5 Jun, 2010 (8.01 p.m.), ulasan dari buku, “The Quintessential Man” , 5
Jun, 2010, http://dinmerican.wordpress.com/2010/06/05/a-tale-of-two-tuns/ 13. 12. Marhani Kamaruddin, “Azizan dari kaca mata Dr. Mahathir,” Utusan Melayu (M)
Bhd., Julai 18, 2004, Putrajaya 14. 13. Irna Suhaiza, 22 oktober, 2012 (5,08 p.m), “A GEM AMONG THE GEMS : TUN
AZIZAN ZAINUL ABIDIN,” 22oktober, 2012
http://youngleadershipvoices.blogspot.com/2012/10/a-gem-among-gems-tun-azizan-
zainul_22.html 15. Ibid 16. Siti Ezaleila Mustafa, 20 Tokoh Pengurusan, (Bandar Baru Bangi,2009), 57 17. 14. Imran Nordin, “Prestasi Petronas membanggakan,” Berita Harian Bhd., Mac 20,2004,
Kuala Lumpur. 18. 15. Azam Aris (2012, 14 Jun). My Star: The Petronas Journey Continues. Retrieved
Oktober 17, 2012, daripada The Edge Malaysia :
http://www.theedgemalaysia.com/features/168954-my-say-the-petronas-journey-
continues.html 19. 16. Siti Ezaleila Mustafa, 20 Tokoh Pengurusan, (Bandar Baru Bangi,2009),57 20. 17. Siti Ezaleila Mustafa, 20 Tokoh Pengurusan, (Bandar Baru Bangi,2009), 58 21. Ibid 22. 18. Marhani Kamaruddin, “Azizan dari kaca mata Dr. Mahathir,” Utusan Melayu (M)
Bhd., Julai 18, 2004, Putrajaya. 23. 19. Sdr. Rahmat Abdullah, “FREE SCHOOL MAGAZINE 1952” SMK Penang Free, 14
Mac, 1952, 87. 24. 20. Maxwell, John C. (2009). How Successful People Think: Change Your Thinking,
Change Your Life. New York: Center Street. 25. 21. Dr. Farish A. Noor, 26. 22. Azam Aris, biografi tentang Tun Azizan Zainul Abidin, “The Quintessential Man”
(Kuala Lumpur, 2004), 245.
18
27. 23. Din Merican, 5 Jun, 2010 (8.01 p.m.), ulasan dari buku, “The Quintessential Man” , 5
Jun, 2010, http://dinmerican.wordpress.com/2010/06/05/a-tale-of-two-tuns/ 28. 24. CheAni, 22 Disember, 2010 (1.51 a.m.), ulasan dari buku , “The Quintessential Man”,
25, Disember, 2010, http://forum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&
action=printable&tid=404884
19
11. 0 Biblografi
1. Aris, Azam. Jiwa Seorang Negarawan : Biografi Tun Azizan Zainul Abidin . Crestime
Holding Sdn. Bhd, Kuala Lumpur 2009.
2. Wan Chik, Wan Norazah. The Quintessential Man „the story of Tan Sri Azizan Zainul
Abidin. Utusan Melayu (M) Bhd, Kuala Lumpur 2009.
3. Merican, Din. “The Quintessential Man ‘the story of Tan Sri Azizan Zainul Abidin”,
http://dinmerican.wordpress.com/2010/06/05/a-tale-of-two-tuns/.
4. Ismail, Fauziah, “The Quintessential Man”.
http://xmatters.blogspot.com/2009/05/quintessential-man-story-of-tan-sri.html.
5. Siti Ezaleila Mustafa, 20 Tokoh Pengurusan. Bandar Baru Bangi, 2009.
6. Kamaruddin, Marhani. “Azizan dari kaca mata Dr. Mahathir.” Utusan Melayu (M) Bhd,
Julai 18, 2004, Putrajaya.
7. Suhaiza, Irna .“A GEM AMONG THE GEMS : TUN AZIZAN ZAINUL ABIDIN,”
http://youngleadershipvoices.blogspot.com/2012/10/a-gem-among-gems-tun-azizan-
zainul_22.html.
8. Nordin, Imran. “Prestasi Petronas membanggakan.” Berita Harian Bhd. Kuala Lumpur
2004.
9. Aris, Azam. My Star: The Petronas Journey Continues. Daaripada The Edge Malaysia :
http://www.theedgemalaysia.com/features/168954-my-say-the-petronas-journey-
continues.html.
10. John C, Maxwell. How Successful People Think: Change Your Thinking, Change Your
Life. New York: Center Street, 2009.
11. Aris, Azam dan Ani, Che. Ulasan dari buku , “The Quintessential Man „the story of Tan
Sri Azizan Zainul Abidin”, http://forum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&
action=printable&tid=404884.
20
12.0 Lampiran
Kiri : Buku 20
Tokoh
Pentadbiran
terbitan
Medium
Publications
Sdn. Bhd.
Kanan : Buku “The
Quintessential
Man”The Story of
Tan Sri Azizan
Zainul Abidin‟
karangan Azam
Aris.
Bawah : Gambar buku “Jiwa
Seorang Negarawan” karangan
Azam Aris.
21
Kiri : Gambar penyelidik
bergambar di hadapan
pintu sekolah Penang Free
yang merupakan sekolah
Tun Azizan dahulu.
Atas : Gambar bangunan
Penang Free School yang
berusia hampir 200 tahun.
22
Kiri : gambar penyelidik
melawat bangunan
Menara Berkembar
Petronas dan Suria
KLCC.
Kiri : Gambar penyelidik
sedang berdiri di hadapan
Putrajaya International
Convention Center (PICC)
hasil daripada idea Tun
Azizan Zainul Abidin
membangunkan Putrajaya.
Recommended