Upload
joanes-j
View
1.310
Download
12
Embed Size (px)
Citation preview
Journal of Language, Literature and Culture Vol. 1
Sistem Bahasa dan Tulisan Masyarakat Iban
JOANES, J. ABSTRAK: Masyarakat Iban merupakan rumpun etnik Dayak; terkenal dahulu sebagai Dayak
Laut yang membentuk kumpulan etnik peribumi terbesar di Sarawak. Sejumlah kira-kira 60%
daripada jumlah penduduk Sarawak adalah orang Iban. Mereka mendiami daerah dan
bahagian Sarawak dari daerah Lundu sehingga ke Limbang. Orang Iban bertutur
menggunakan bahasa dan sistem tulisan yang tersendiri tanpa benih daripada etnik yang lain.
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat perkembangan sistem bahasa Iban di dalam
pengukuhannya bagi penggunaan kepelbagaian pertuturan seterusnya membentuk puisi
rakyatnya tersendiri. Disamping itu, kajian juga menumpukan kepada penggunaan sistem
tulisan Iban terhadap perkembangan tamadun. Kaedah kajian yang digunakan adalah
berbentuk sumber temubual, soalan dan jawapan di dalam masyarakat Iban. Sehubungan
dengan itu, metodologi yang lain turut membuat rujukan di perpustakaan, buku, jurnal,
artikel, surat khabar dan laman web internet. Hasil kajian membuktikan bahawa masyarakat
Iban mempunyai sistem bahasa dan tulisan yang daripada benihnya tersendiri. Kata kunci: Bahasa Iban, Tulisan Iban, Turai, Dunging Alphabet
1. PENGENALAN
Negeri yang terbesar di Malaysia iaitu Sarawak dengan keluasan 124, 450km2,
mempunyai 12 Bahagian keseluruhannya iaitu daripada Kuching, Samarahan, Serian, Sri
Aman, Sarikei, Betong, Mukah, Sibu, Miri, Bintulu, Limbang dan Kapit. Kedudukan geografi
di Pulau Borneo bersama-sama Sabah, Sarawak merupakan 4 negara yang membentuk
Persekutuan Malaysia iaitu Persekutuan Tanah Melayu (kini Semenanjung), Singapura,
Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963. Disamping terkenal memiliki kekayaan sumber
asli yang banyak Sarawak merupakan negara yang paling banyak suku etnik iaitu hampir 40
lebih etnik keseluruhannya. © Academy of Language 2015. All rights reserved.
Antara, suku etnik ini termasuklah Iban, Bidayuh, Kayan, Kenyah, Kelabit, Kejaman, Seru, Penan dan banyak lagi yang terdiri daripada banyak rumpun. Sarawak merupakan
negeri yang paling harmoni. Kaum Iban di Sarawak meliputi bahagian terbesar dengan 60%
daripada penduduk di Sarawak. Kebanyakkan masyarakat Iban membina penempatan di
lembah Sungai Sarawak, Sungai Lupar, Saribas, Sungai Kalaka, Sungai Rajang, Sungai
Sadong, Sungai Balingian, Sungai Kemena, Sungai Baram, Sungai Limbang dan Sungai
Lawas. Diatas faktor pekerjaan, migrasi kaum Iban dapat dilihat apabila mula membina
penempatan di daerah-daerah Johor khususnya di Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai Jaya,
Pontian, Kluang, dan Batu Pahat.
Di dalam sejarah, daerah Knaowit dikenali dengan terletaknya Kubu Emma yang
dibina Sir James Brooke pada tahun 1851. Penempatan masyarakat Iban di daerah Kanowit,
Bahagian Sibu didorong oleh Sungai Kanowit iaitu anak Sungai Rajang yang menjadi sumber
kegiatan ekonomi mereka. Sebahagian besar masyarakat Iban masih tinggal di rumah-rumah
panjang dimana pola penempatan berselerak di lembah-lembah sungai di seluruh Sarawak.
Dengan keluasan 2,253.5km2 menjadikan daerah Kanowit tumpuan bagi persinggahan
penduduk tempatan daripada Kapit.
Manakala, sistem tulisan yang digunakan oleh kaum Iban pada awal perkembannya
adalah di dalam bentuk ideogram iaitu perkembangan hasil dari piktogram, dimana simbol
grafik yang mempersembahkan idea. Di dalam sistem ini, kaum Iban mampu
menterjemahkan dengan tepat sejarah yang dipahat pada kepingan papan yang disebut
sebagai sistem tulisan Turai. Sistem ini merupakan satu-satunya khazanah pribumi di
Kepulauan Borneo yang hampir pupus mempunyai catatan sejarah pada kepingan papan.
Manusia bermula dengan pelbagai peringkat di dalam perkembangan dan
pembangunan peradaban tamadun dimana zaman pra sejarah berlaku. Pada zaman pra-
sejarah, manusia mula mengenal kebudayaan maka tulisan termasuk ke dalam contoh
kebudayaan itu sendiri secara tidak langsung. Kenyataan ini disokong oleh Romina Della
Casa (2007) dimana kajian beliau terhadap kebudayaan yang turut terbentuk melalui tulisan
yang diperkembangkan oleh tamadun manusia sejak berzaman.
Hasil daripada komunikasi bahasa maka tulisan bermula sejak 5000 Sebelum Masihi
sehingga kini yang berkembang pesat. Ia merupakan era yang pertama di dalam sejarah bagi
2
manusia dimana bahasa dan tulisan ini dimulai dengan sangat atau boleh dikatakan sederhana iaitu melalui gambar. Pada awalnya, manusia cuma mengambar-gambar lukisan di gua-gua tempat tinggal mereka. Hal ini menunjukkan bagaimana mereka bermula dengan zaman prasejarah yang menceritakan tentang keadaan kehidupan ketika itu.
Lukisan manusia tersebut pada mulanya kelihatan berterabur dan tidak teratur namun
lama kelamaan bentuk serta susunan gambar mula menunjukkan terdapat kesinambungan. Para sarjana kemudian mendapati bahawa gambar-gambar terbut memiliki erti dan maksud
yang ingin disampaikan setiap bentuk lukisan – lukisan manusia zaman purba itu.
2. PERNYATAAN MASALAH
Menurut Cense A dan Uhlenbeck (1958), bahawa bahasa Iban telah dianggap sebagai
salah satu dialek bahasa Melayu. Ini dapat dilihat, melalui buku mereka iaitu Critical Survey
of Studies of the Language of Borneo yang menjelaskan bahawa ada masyarakat Iban di
Sumatera. Manakala, ada kajian pula cuba mengaitkan bahasa Iban dengan bahasa
Minangkabau kerana diflong di hujung kata yang terdapat persamaan di dalam kedua-dua
bahasa tersebut (Osman, 1988).
Walabagaimapun, kajian pada era moden melalui Chemaline, et al. (2006) telah
menyatakan bahasa Iban ini mempunyai benihnya sendiri. Ini memandangkan ianya memiliki
sistem yang mampu memberi cabang penggunaan kata-kata yang bersifat kompleks. Selain
itu, sistem bahsa Iban memperlihatkan ketinggian dan ketulenan warisan bangsa berbanding
kaum yang lain di dunia.
Oleh itu, objektif utama artikel ini dilakukan adalah untuk melihat perkembangan
sistem bahasa Iban di dalam pengukuhannya bagi penggunaan kepelbagaian pertuturan. Ini
dapat dinyatakan dengan melihat kepada bahasa Iban yang bersifat homogen. Bagi Bamfydle
C.A. (1898) kaum Iban melihat perkembangan sistem bahasa Iban di dalam pengukuhannya
bagi penggunaan kepelbagaian pertuturan adalah etnik peribumi yang paling homogen
(sejenis sahaja) iaitu tidak ada suku-suku tertentu dimana menggunakan sistem bahasa yang
sama dan mewarisi nilai, tradisi, kepercayaan, adat resam serta kebudayaan yang sama.
3
Perkembangan bahasa mendorong kepada terbentuknya penulisan sebagai komunikasi
di dalam tamadun manusia. Maka, perkembangan bahasa Iban berlaku berikutan daripada
kemajuan gaya hidup serta disokong elemen-elemen lain dalam kata akar, imbuhan awalan
dan penambahan membimbing kepada unsur-unsur penulisan (Chemaline, et al. 2011). Maka
dengan kenyataan tersebut, timbul persoalan objektif kedua artikel iaitu menumpukan kepada
penggunaan sistem tulisan Iban terhadap perkembangan tamadun.
3. OBJEKTIF KAJIAN
Maka, setelah meneliti kepada hujahan di dalam bahasa dan sistem tulisan Iban objektif utama ialah :-
a) Melihat perkembangan sistem bahasa Iban di dalam pengukuhannya bagi penggunaan kepelbagaian pertuturan puisi.
b) Menumpukan kepada penggunaan sistem tulisan Iban terhadap perkembangan tamadun.
4. KEPENTINGAN KAJIAN
Berdasarkan objektif artikel, maka diharapkan dapat memberikan faedah seperti berikut : -
a) Bidang Ilmu
Melalui artikel ini, diharap dapat menyumbangkan kepada ilmu pengetahuan mengenai sistem bahasa Iban dan tulisan yang digunakan di dalam perkembangan tamadun masyarakat.
b) Para Mahasiswa
Dari segi ilmiah, diharapkan artikel dapat dijadikan bahan rujukan kepada warga kampus universiti seperti Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Sarawak (UNIMAS) dimana terdapatnya program Ijazah
sehingga peringkat PhD di dalam Kesusteraan (Bahasa Iban) di kolej-kolej berkenaan.
4
5. KAEDAH METODOLOGI
Di dalam kajian ini, kaedah yang digunakan ialah temubual sebagai bahan pengumpulan data bagi artikel ini. Ini dapat dilihat melalui soalan (Question) dapat :
Mencapai objektif artikel yang dijalankan
Merangka reka bentuk bagi artikel
Menjalankan ujian bagi keputusan kajian
Pembentukan analisis
Mengenalpasti masalah
Berpandukan kepada Gillham (2000), soalan adalah yang paling popular sebagai
bahan kajian kerana ia mudah untuk digunakan dan fleksibel. Selain itu, data yang diproses
untuk dianalisis adalah mudah dengan menjawab kepada soalan kajian. Di dalam jangka
masa pendek, data dapat diperolehi dengan lebih senang. Responden dengan mudah memilih
tempat dan masa mereka untuk mengisi jawapan pada soalan yang dikemukakan.
Selain itu, kaedah pengumpulan maklumat dan informasi diambil daripada buku, jurnal, artikel, surat khabar dan laman web.
5.1 Pengumpulan Data
Struktur pengumpulan data dibuat dan dibahagikan kepada dua iaitu sumber primer dan sumber sekunder.
a) Sumber Primer
Pengambilan data yang dibuat berdasarkan kajian yang ingin dijalankan melalui temubual lisan dari masyarakat Iban di Kanowit, Sarawak.
b) Sumber Sekunder
Sumber sekunder dijadikan sebagai rujukan kajian ini dengan melihat kepada kesesuaian bahan rujukan. Antara sumber ini dalah dirujuk ialah buku, jurnal, artikel, surat khabar dan laman web.
5
6. SISTEM BAHASA IBAN
6.1 Sistem Bunyi Konsonan
Berpandukan kepada sumber sekunder, penulis mendapati bahawa bunyi-bunyi
konsonan yang terdapat dalam bahasa Iban mempunyai pengukuhannya tersendiri
(Chemaline, 2006). Di dalam bahasa, dua puluh satu huruf konsonan: b, c, d, f, g, h, j, k, l,
m, n, p, r, s, t, w, y dengan dua konsonan lain: ng, dan ny digunakan di dalam Bahasa Iban.
Dari segi huruf c yang dilambang dengan ch diterjemahkan sebagai pengukuhannya Bahasa. Huruf Lambang Hadapan Tengah Hujung
b b batu sabut bab
c ch chabut bacha -
d d dapur puda abad
f f fosil sulfur tarif
g g gerah agi beg
h h hari sehari rumah
j j jari gaji kolej
k k kami aku pandak
l l lima malam tikal
m m minta amat kasam
n n nadai tanah ikan
p p padi apai asap
q q Quran - -
r r raban kara achar
s s sukat asuh panas
t t tiga ketup sekut
v v vitamin universiti -
w w wai lawa -
x x xeroks - -
y y yu ayuk x-ray
z z zoo plaza kuiz
ng ng ngajat angin pisang
ny ny nyamuk anyut -
6
6.2 Sistem Bunyi Vokal
Bahasa Iban jika diperhatikan dari segi linguistik mempunyai 6 huruf vocal: a, e (pepet), e (taling), i, o dan u. Sistem bahasa serta ejaan semua Bahasa Iban adalah tulen dengan tidak sama sekali menggunakan huruf ‘o’ di dalam, tengah patah perkataan.Ini dapat
dilihat melalui:
Huruf Lambang Hadapan Tengah Hujung
a a api tali jaga
e pepet e empai sepan -
e taling e - - chire
i i iru dinga mali
o o oksigen koma chunto
u u ubi buka biru
6.3 Sistem Diftong
Diftong adalah huruf vokal yang terbentuk di dalam satu bunyi. Bahasa Iban mempunyai tiga bentuk diftong: ai, au dan ui yang diletakkan di hujung Bahasa Iban (Lumpar Sistem Sepil Jaku Iban, 2008).
Huruf Hujung
ai tubai makai pulai salai
au pulau salau tikau galau
ui ukui malui silui sungkui
14
6.4 Kata Penghubung
Enggau = Dan
Tauka = Atau
Sereta = Serta
Tang = Tetapi
Taja pen = Malahan
Laban = Kerana
Ngarap ka = Agar
Enti sema = Sekiranya
Benung = Semasa
Pengudah = Setelah
6.5 Suku Kata
Aku - Saya
Dik/nuan - Kamu
Apai - Ayah
Indai - Ibu
Makai - Makan
Ngirup - Minum
Aram - Jom
Berjalai - Berjalan
Pulai - Pulang
Tama - Masuk
Pansut - Keluar
Din - Sana
Ditu - Sini
Legi - Nanti
Ngagai - Pergi
Enggai - Tak Nak
Meda - Lihat
Empai - Belum
Udah - Sudah
15
6.5 Binaan Ayat
Selamat Nemuai - Selamat Datang
Nama berita? - Apa khabar?
Ari ni penatai nuan? - Anda dari mana?
Sapa nama? - Siapa nama?
Udah Makai? - Sudah Makan?
Udah Ngirup - Sudah Minum?
Aram, ngirup lema! - Jom, minum petang!
Aku deka ngagai pasar - Saya nak pergi pasar
Indai, aku deka Makai - Ibu, saya nak makan
7. LEKA MAIN (PUISI) IBAN
7.1 Bentuk Puisi
Puisi rakyat orang Iban di Sarawak disebut sebagai “leka main”. Leka main ini dilafazkan untuk mengiringi ritual semasa Hari Gawai Dayak, sebagai invokasi kepada dewa “Petara” dan juga bagi tujuan memohon keberkatan dan penyembuhan. Boleh dikatakan leka
main ialah satu puisi rakyat masyarakat Iban yang tersendiri. Oleh demikian, daya cipta dan
realiti budaya mereka yang mempunyai estetika, tema dan bentuknya yang unik dan tersendiri. Leka main tersebar melalui lisan, maka ia bersifat lisan, diwarisi dan tersebar dari satu generasi kepada generasi secara turun-temurun.
Ia juga bersifat kolektif dan fungsional kerana ada puisi yang terhasil daripada
kegiatan ritual dan masih berfungsi untuk tujuan tersebut (Chemaline, 2006). Bentuknya
masih terikat oleh konvensi tertentu dan keterikatan ini telah memberi perbezaan kepadanya
daripada genre puisi tradisional etnik yang lain di Sarawak. Leka main ini ialah warisan
daripada kehidupan primitif mereka iaitu lahir dalam masyarakat Iban tradisional. Puisi
rakyat yang diperturunkan dari satu generasi ke generasi ini ialah puisi lisan yang penting
dalam sastera dan kebudayaan mereka. Masyarakat Iban mahir bermain dengan kata-kata.
16
Prof. Derek Freeman cendekiawan bahasa meletakkan masyarakat ini sebagai “Master
of Language” diantara pelbagai bangsa di dunia. Dimana di dalam bukunya bertajuk Some
reflections on the nature of Iban society, beliau menyatakan bahawa orang Iban pandai dalam
menggunakan bahasa, di setiap baris ayat, mencipta serta membina puisi dengan cantik, bijak
dalam memilih dan menyusun ayat sereta mempunyai banyak jenis puisi yang menggunakan
penyusunan ayat yang sesuai dengan bunyi, seperti yang digunakan dalam puisi dan prosa
dalam bahasa Inggeris.
Terdapat puisi rakyat yang berkaitan dengan kepercayaan dan keagamaan seperti sampi
(puisi doa), sabak, sugi sakit, renong sakit, pengap, timang jalung, pelian dan seumpamanya
(Jensen, 1964). Satu tinjauan tentang puisi rakyat masyarakat Iban telah dibuat dan didapati
bahawa masyarakat Iban mempunyai 46 buah teks puisi rakyat (Maxwell, 1989) dalam bentuk
prosa dan puisi ditulis dalam bahasa Iban. Daripada jumlah bilangan teks sastera lisan yang telah
dikumpul dan dikenal pasti itu, 33 buah teks berupa puisi dan 13 lagi dalam bentuk prosa.
Bolehlah dikatakan bahawa masyarakat Iban mempunyai korpus sastera yang pelbagai. Steinmayar (1999) mengatakan bahawa pada masa lampau, leka main dipersembahkan secara lisan.
In the past all this literature was oral, it existed through the voice and
performance and survived and thrived in the memories of the people. Regarding
the traditional forms, Iban uses both prose and verse. Poetry is remarkably well
developed. Iban is a language, unlike English, which many thousands of rhymes
are possible, and Iban poets use rhyme to create stanzas that are tightly woven
and highly musical.
(Steinmayer, 1999)
Leka main mengisahkan pelbagai perkara tentang hal-hal ketuhanan,keperwiraan dan
kehidupan masyarakat ketika itu. Leka main dan agama berkait rapat dengan tradisi naratif
dan lisan masyarakat Iban. Menurut Steinmayer (1999), “poetry and religion are still closely
related in the Iban tradition”. Oleh sebab itulah, kebanyakan pemuisi masyarakat Iban adalah ‘lemambang’ (pemuisi liturgikal). Misalnya, mereka melafazkan puisi yang dikenali sebagai ‘pengap’ (zikir ritual), sebuah puisi Iban tradisional yang penting dalam temasya gawai dan
juga ‘pelian’, iaitu puisi untuk mengubati orang sakit dan gangguan hantu.
17
7.2 Jenis Puisi
Pantun
Sanggai
Ganu
Jawang
Ramban
Sugi
Dungai
Pelandai Leka Main
Wa’ Anak
Renong
Geliga
Ai Ansah
Tanya Indu
Naku Pala/Sangkah
Timang
Pengap
Pelian
Sampi
Sabak
Ensera
Meri Ngirup
Puji
Peransang
Serebana
Sayau
Semain
Sakit
Ara
Karung
Ngayap
Semain
Kayau
Sabung
Adat
Anak
Jalung Nyangkah Antu
Rumah
Ai Ansah Kenyalang
Ngetankan Kuta
Muka kuta Namaka tuah
Sumber: Chemaline, 2006
18
Carta Alir 1.1 menunjukkan kateogori dan jenis-jenis leka main yang terdapat dalam
khazanah puisi rakyat Iban. Kebanyakkan leka main Iban ini masih lagi relevan sehingga
kini kerana fungsi-fungsinya yang amat kuat di dalam kehidupan masyarakat Iban. Tiap-tiap
leka main ini penting kerana berkait dengan upacara kepercayaan yang mempunyai kuasa
ritual invokasi kepada Petara (Dewa).
7.3 Sifat Puisi
Leka Main
Leka Main Sekular Leka Main Sakral
o Pantun o Ganu o Geliga o Dungai o Entelah o Ensera o Naku Pala o Jawang o Pelandai Ara o Pelandai Karung o Sanggai o Sugi o Tanya Indu o Renong Semai o Renong Adat o Wa’ Anak
o Sampi o Pelian o Pengap o Sabak o Renong Sakit o Renong Kayau o Timang o Sugi Sakit
19
Carta Alir 1.2 Menunjukkan yang leka main dibahagikan kepada dua sifat yakni
bersifat sekular dan sakral. Jenis leka main sekular adalah dianggap puisi yang sesuai untuk
menghiburkan khalayak pada masa lapang atau waktu berkerja seperti ensera dan renung
semain. Manakala leka main sakral adalah bersifat serius kerana digunakan untuk tujuan
ritual invokasi kepada Petara (Dewa) masyarakat Iban.
Pantun Iban bukan seperti pantun empat kerat kepunyaan masyarakat Melayu, tetapi
“a rapid speech-like, rhythmically free singging on one tone” (Maceda, 1962). Berdasarkan
kepada renung kayau yang merupakan puisi perang yang dilagukan oleh orang Iban di
Saribas pada zaman dahulu sebelum mereka pergi untuk ngayau (peperangan) menaikkan
semangat juang mereka. Di dalam renung kayau, mereka memanggil Orang Panggau dari
Panggau Libau (Kayangan) dimana mitikal yang dipercyai akan turun ke dunia membantu
orang Iban dalam banyak perkara.
It called for Keling, Laja, Tutong and other Orang Panggau heroes to bless the
warriors with success and to cause their enemies to be weak and blind during the
coming attack. …… A famous singing of the renung kayau song was performed
by lemambang Renggi of Bangkit, Paku and lemambang Ragai of Stambak Ili,
Layar, on the gravel bed at Nanga Ujong. This happened during the Rajah’s
campaign against the rebels at Bukit Ujong in the upper Rejang and is said to
have been heard by more than a thousand warriors.
(Sandin, 1994)
Selain renung semain, terdapat juga sejenis renung yang dikenali sebagai renung sakit
yang masih lagi relevan dan diamalkan sehingga kini dimana dua orang lemambang akan
duduk ketika melafazkan puisi ini. Renung sakit dikenali sebagai renung turun ke Menjaya
iaitu “song for callng down Menjaya, ‘the Shamanic God” (Sandin, 1994). Kerana ia
merupakan puisi ritual yang dilagukan untuk memanggil Menjaya (Dewa Penyembuhan) dari
kayangan supaya datang untuk menyembuhkan pesakit.
20
Contoh Sampi yang digunakan semasa perayaan Hari Gawai Dayak Sa, dua, tiga, empat, lima, enam, tuuuuuujuh! Enda aku busong ngelangkah gunung, Enda aku tulah ngelangkah tanah, Enda aku danjan ngelangkah bulan, Enda aku tumbang ngelangkah bintang! Kaki aku udah bediri di segi besi belumpung, Nyawa aku nyapa nyembah di klasah tikai bedung lung. Lengan kanan aku ditanggam beringan lanchum selung, Pala aku di-bap singkap jalung jabung, Belakang aku ditinggang seludang baju burung. Laban aku tu ukai mungkal ukai nanjal, Aku tu endang niti endang nali, Baka ijuk tampung penduk, Baka rutan tampung danan, Baka ira tampung lemba, Baka wi tampung tali. Pecah periuk tanah ganti periuk tani, Padam bulan diganti matahari, Parai orang ka tuai ganti tubuh kami, Pambu orang ka dulu ganti kami ka dudi. Kami tu deka ngintu gawai dayak, Nitih ka pekat, ngimbai adat menua Sarawak, Ngibun durok kitai bansa, Negi ka menira adat ugama menua, Ngambika tampak rita idup bersama di mata dunya. O….Hoi! Nya baru aku ngangkat ka kita ke lama udah timpat, Tinggang urat sebangki api. Tu baru aku nyungkang kita ke lama udah tumbang, Tinggang batang tebelian wi. Aku nyerungkai kita ke lama udah parai, Keranjai indai imbok kedidi. Tu aku ngangau ka aki kami Sera Gunting, Ke tau nemuai ngagai gensiring langit kuning. Ngangau ka tuai benama Begeri, Ke dulu ngajar kitai beguna ka atau babi, Laban iya ba indai ka Dara Manis Muka. Aku ngangau ka aki kami ke benama Sarapoh, Tuai ke berani nyanda bunoh, Ringka-ringka ngema benong benda menaga.
21
Aku ngangau ka Aki kami Pateh Ambau, Ke datai ari Pangkalan Tabau, Peling lanting tawang ulih menang bedagang. Aku mega ngangau ka Gerasi Belang Pinggang, Seduai Rukok ke Pematak Bala Nyerang. Aku ngangau ka Petara Betie “Brauh Gumbang”, Seduai Datu Patinggi Gurang. Aku ngangau ka Petara Jalir, Petara Gisang, Petara Geringu, Petara Sumbang. Aku ngangau ka Petara Gerijih Ai Marang, Seduai Bangkam ke ngaram ka sampan buong Rajang. Aku ngangau ka Tindin Pimpin Bragah Ngindang, Seduai Entingi Keti Aur Tulang. Aku ngangau ka Rekaya Tum Tajai Ngindang, Enggau tuai entanak benama Unggang. Ngangau ka Petara Uyut benama Bedilang, Petara Atin apai Saang, Petara Sabuk Apai Mang, Orang Kaya Dana Bayang, Enggau Chulu bejuluk Tarang. Orang ngasuh aku ngambi ngabang, Ngambi mansang, Ngambi makai, Ngambi nandai ! Kita ka ari ili datai sabuah barong, Kita ari ulu undor sabuah buong. Kita ari langit nilik naka rekong, Kita ari tanah nyengok naka punggong. Ngabang abis, ngabang lengis, Betambit pintu, bekaling alu, Bekaling lantai, bekesai tikai. Aku ukai ngangau ngapa, ukai ngangau pia, Aku mai kita ngabang, mai kita mansang, Mai kita makai, mai kita nandai. Aku mai piring, mai ading, Piring penganan, piring penyaran, Piring Arak, Piring Tuak, Udah sedia, udah nyengenda, Ditikai wi, tikai peradani, Ditikai rutan, tikai bemban. Kita ke ngabang bakanya mega, Anang tuboh puang, tuboh sabatang, Anang mai tuboh murus, tubuh untus, Tang mai ubat serangkap genap,
22
Mai batu teruba nemu, Mai pengaruh gembar tubuh. Anang engkah ngapa, engkah pia, Engkah ba piring, engkah ba ading. Ayan ka ba tegalan, Lengka ka ba pedara, Sikap ka di ketupat. Ngambi ka kena peda, kena tela, Kena iching, kena perening. Awak ka kena genggam, kena simpan, Kena sandoh, kena taruh, Kena japai kena pegai. Enggau sampi tu, Aku Minta kami chelap-embab, Minta gayu-guru, Gerai-nyamai, Bidik-lansik, Betuah-belimpah, Kaya-raja, Aku minta tulang, Minta pandang, Minta iching, Minta perening. Awak ka kami mudah bulih duit, bulih ringgit, Bulih padi, bulih puli, Bulih reta, bulih tengkira, Bulih setawak, bulih menganak. Ngambi ka kami jelai rita, manah nama, Nuchong baka bukit Rabong menoa, Tinggi baka langit nungkat neraja, Terang baka pandang bulan purnama. Nya alai dinga ka kangau anak mensia, kangau anak uda, Minta tulong, minta sukong kita. Oooooohoi !!! Sumber: Gregory Nyanggau Mawar
23
8. SISTEM TULISAN IBAN
8.1 Papan Turai
Rajah 1.1 : Papan Turai Sumber : Anne-Marie Christin (2002)
Sistem Tulisan Iban iaitu “Papan Turai” adalah sejenis tulisan turun termurun nenek
moyang etnik Iban di Sarawak. Ianya adalah satu tulisan yang bercorak yang ditulis di atas
kepingan papan oleh lemambang Iban yang mengisahkan para dewa sewaktu musim
perayaan penting bagi masyarakat Iban. Bentuk tulisan ini boleh mengambarkan secara tepat
susur galur keturunan selama 15 generasi atau lebih. Papan turai juga mampu menyimpan
sehingga 25 keturunan yang dikaitkan dengan kepelbagaian tempat dan kejadian.
Ini dapat melalui Traude (2004) “and even more impressive is able to render real
places and associate with the event something happens to the Iban community”. Inilah
menjadi kemegahan sistem tulisan Iban "Papan Turai" dimana ianya bukti bahawa tamadun
etnik Iban yang mewakili masyarakat pribumi Dayak Borneo adalah duduk sama tinggi
dengan bangsa-bangsa lain di dunia.
Walaupun hakikatnya penggunaan papan turai ini hanya terhad di dalam pembelajaran
puisi ritual seperti “pengap” dan “sabak” kerana mantera-mantera yang digunapakai oleh
lemambang itu panjang serta begitu khusus pengungkapannya dan ianya tidak boleh diingati
hanya sebegitu sahaja. Jadi apabila adanya etnik Iban terdahulu yang mampu
memperterjemahkannya di dalam bentuk tulisan bercorak maka ianya juga adalah satu bukti
ketamadunan masyarakat Iban itu sendiri. “ It is evidence of a civilization are formed” (Traude,
2004)
24
8.2 Alphabet Dunging
Dunging Anak Gunggu
(1904 – 1985)
Sumber : Borneo Post
Sejajar dengan waktu, jika dahulunya Turai hanya di dalam bentuk puisi lemambang
namun pada awal 1947-an telah ada usaha daripada generasi Iban iaitu Dunging anak Gunggu
berasal dari Nanga Ulai, Bahagian Betong, Sarawak. Beliau telah membuat penambahbaikan
kepada sistem tulisan Turai ini dengan membuat penambahan pada 77 karakternya.
(Encyclopaedia of Iban Studies, 2001). Daripada jumlah 77 buah karekter itu beliau telah
mampu menyingkirkan beberapa karakter (character) atau simbol yang berulang-ulang dan
menjadikannya kepada 59 karakter yang tetap pada tahun 1962.
Rajah 1.2 : Alphabet Dunging
Sumber : Borneo Post
25
Digelar sebagai Raja Menua Sarawak di Nanga Ulai, Daerah Debak ketika sehingga beliau meninggal dunia di dalam tahun 1980-an. Dunging digelar sebagai genius Iban jika
berada di zaman moden kerana mempunyai kebolehan yang tinggi di dalam rekacipta. Ini
terbukti beberapa rekacipta beliau yang mempunyai ciri-ciri moden seperti zaman moden
(Encyclopaedia of Iban Studies, 2001).
Hasil daripada pembentukan abjab tersebut, beberapa pegawai kolonial ketika itu
cuba memujuk Dunging untuk mengajar sistem alphabet tersebut di Sekolah Betong melalui
pendidikan formal. Walaubagaimanapun, beliau tidak bersetuju terhadap beberapa terma-
terma yang dikenakan di dalam proses pengajaran abjab beliau. Maka, beliau meninggalkan
sekolah sehingga menjadikan alphabet tersebut dimansuhkan.
Sehingga suatu ketika, alphabet beliau hilang ditelan zaman sebelum anak angkatnya Bagaat Nunui menyimpan alphabet tersebut sebelum dipaparkan ke pihak umum di dalam tahun 1990 (Churchili, 2012).
26
8.3 LaserIBAN
Pengiktirafan awal alphabet Dunging telah didapati di komprehensif Kamus Bahasa
Iban- English yang ditulis oleh Anthony Richards (1981). Sehubungan dengan itu, abjab
beliau yang didapati menumpukan dan mewakili bunyi fonologi dalam Bahasa Iban
menjadikan alphabet Dunging amat tepat di dalam terma-terma sebutan Bahasa Iban. (RMI
Research News UiTM (2010). Iban Alphabet: A Revival). Ini disebabkan sebutan alphabet
Roman tidak mempunyai keupayaan keseluruhan di dalam terjemahan bahasa Iban.
Daripada 59 karakter tersebut maka dikaji 16 karakter adalah konsonan dan 43 pula adalah vokal dan turut diftong. Hasil daripada usaha Prof Madya Dr Bromeley Anak Philip
yang juga merupakan seorang Penyelidik Linguistik Universiti Teknologi MARA Sarawak
telah berganding bahu dengan sebuah syarikat “Linguistic;s Software” dari
Edmons,Washington DC, United States of America. Ini bagi menterjemahkan alphabet Iban Dunging dipaten ke dalam bentuk perisian yang dikenali dengan nama "LaserIBAN" pada tahun 2010. Sistem tulisan ini boleh ditaip menggunakan komputer seperti tulisan Cina, Jawi dan Roman. Perisian Font ini sesuai digunakan dengan sistem operasi komputer seperti Microsoft Windows dan AppleMac.
Rajah 1.3 : Perisian LaserIBAN
RMI Research News UiTM (2010)
27
Rajah 1.4 : Logoram Iban Dunging Alphabet Sumber : RMI Research News UiTM (2010) Rajah 1.5 : Dunging Alpahabet dibukukan: Urup Iban Sumber : RMI Research News UiTM (2010)
28
Rajah 1.6 : Contoh penggunaan Alphabet Dunging Sumber : TULIS Rajah 1.7 : Cambridge University menunjukkan minat di dalam alphabet Dunging Sumber : Borneo Post
29
Rajah 1.8 : Prof Madya Dr Bromeley (kanan) sempena Pelancaran Buku ‘Urup Iban’
menterjemahkan alphabet Dunging. Sumber : RMI Research News UiTM (2010)
Rajah 1.9 : Kuliah TULIS Sumber : RMI Research News UiTM (2010) Bertitik tolak daripada usaha, maka suatu pusat ditubuhkan iaitu Iban Alphabet Training
Center, UiTM bagi insiatif sebagai terjemahan dan kuliah yang diberi nama TULIS (Training
on UrupDunging LaserIBAN System). Sokongan turut daripada Timbalan Ketua Menteri
Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu dan Tan Sri Wiliam Mawan Ikom, Menteri
Pembangunan Sosial.
30
KESIMPULAN DAN CADANGAN
Secara keseluruhannya, masyarakat Iban merupakan etnik yang mempunyai sistem bahasa dan tulisan yang tersendiri. Hasil kerja lapangan penulis melalui kaedah temubual di daerah Kanowit, pelbagai maklumat dan data diperolehi. Data dan maklumat dianalisis dan dibentuk kepada kepada 3 bab utama iaitu sistem bahasa Iban, leka main: puisi Iban dan
sistem tulisan Iban. Di dalam bahasa Iban tersendiri terdapatnya linguistik iaitu terbentuk konsonan dan vokal dan mudah diterjemahkan oleh penulis. Manakala hasil daripada sistem
bahasa tersebut maka mewujudkan suatu bentuk antonansi yang dikenali sebagai leka main
(puisi).
Ini membuktikan bahawa bahasa Iban adalah berbentuk kukuh tanpa cabang daripada
mana-mana bahasa lain sepertimana yang dinyatakan oleh Cense A & Uhlenbeck (1958). Ini turut
dibuktikan olah Chemaline (2006) melalui tesis PhD “Leka Main: Puisi Rakyat Iban Satu
Analisis” . Pengukuhan bahasa Iban turut dibuktikan dengan sistem Turai dan Dunging yang
menjadikan masyarakat Iban adalah masyarakat yang kaya dengan khazanah budaya dan
kesenian tersendiri.
Oleh kerana kekangan masa, kajian hanya fokus pada sistem bahasa melebihi sistem
tulisan. Berdasarkan pada kajian ini, didapati terdapat bahawa kajian lanjutan dapat dilakukan
lebih mendalam bagi sistem tulisan masyarakat Iban. Ini kerana tiada terjemahan bagi sistem
tulisan Turai sepertimana alphabet Dunging telah dinyatakan serba sedikit terjemahan
penggunaan bahasa Iban ke dalam abjab Dunging. Ini kerana kesukaran penulis mencari
sumber terjemahan Turai disebabkan generasi muda masyarakat Iban kini lebih mahir di
dalam terjemahan sistem aplhabet Dunging.
Selain itu, kajian turut boleh dijalankan ialah perbandingan bahasa Iban dengan suku-
suku atau puak yang terpecah daripada masyarakat Iban sendiri dari zaman dahulu seperti:
Bugau, Mualang, Kantu, Ketungau, Seberuang, Banyur dan beberapa etnik lain. Bahasa
diantara etnik-etnik ini hampir sama dan serasi di dalam rumpun peribumi Dayak Borneo.
Sehubungan dengan itu, kebudayaan dan kesenian dapat juga dikaji kerana hubungan rapat
dari segi persamaan diantara etnik-etnik ini
31
RUJUKAN Anne-Marie Christin (2002). A History of Writing: From Hieroglyh to Multimedia.
Flammarion. Paris. France. Anthony Richards (1981). An –Iban-English Dictionary. Foreign Language Study. Clarendon
Press. Oxford. Bamfydle, C. A. (1898). A history of Sarawak under its two White Rajah. London. United
Kingdom. Borneo Post (2006). Exclusive : Iban’s only known system of writing stepping into
modernity.Retrived at www.theborneopost.com [22 January 2006]
Cense A. Uhlenbeck (1958). Critical Survey of Studies on the Languaage of Borneo Island.
Koninklijk Instituut voor Tall. Springer Netherlands. Chemaline (2006). Leka Main Puisi Rakyat Iban Satu Analisis. PhD tesis. Universiti Sains
Malaysia. Penang. Chemaline, et al. (2011). Analysis of Folk Poetry Iban. Journal of Language, Literature and
Culture. Churchili Edward (2012). Long lost Iban Alphabet script. Borneo Post. Sarawak. Dale Larie (2011). Bahasa Iban. Keningau, Sabah. Derek Freeman (1981). Some reflections on the nature of Iban society. Canberra: Department
of Anthropology, Research School of Pacific Studies. The Australian National University.
Encyclopadeia of Iban Studies (2001). The Tun Jugah Foundation. Sarawak.
32
Gillham, B. (2000). Case Study Research Methods (Continum Research Methods). Pop Culture & Philosophy Books.
Jensen A. E. (1964). Ethnology. Munchen, K. Renner. Germany. Maxwell. A. (1989). A survey of the Oral Tradisions of Sarawak. Sarawak Museum Journal.
Kuching, Sarawak. Osman, T. (1988). An Introduction to the development of modern Malay language &
literature. Malaysia. Sandin (1994). Sources of Iban traditional history. Sarawak Museum Journal. Kuching,
Sarawak. Steinmayar, O. (1999). Jalai Jako’ Iban: A basic grammar of Iban Language of Sarawak .
Klasik Publishing. House. Borneo Research Bulletin. Traude Gavin (2004). Iban Ritual Textile. ISBN =9971692945 Reassure (2008). Fonetik dan fonologi Bahasa Iban. Universiti Brunei Darussalam. Bandar
Seri Bagawan. Romina Della Casa (2007). Top Articel: Language, Writing and Alphabet. Damqatum
Boletin. Argentina. RMI Research News UiTM (2010). Iban Alphabet: A Revival. Research Management
Institute. Kuching. www.rmi.uitm.edu.my
33