34
1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Guru merupakan tunjang kepada sistem pendidikan. Guru adalah pelaksana segala dasar dan matlamat kurikulum yang telah digariskan oleh pihak kerajaan. Tanpa penglibatan dan sokongan kaum guru, segala perancangan pendidikan yang telah disediakan akan terbengkalai begitu sahaja. Justeru itu, kependidikan dan perguruan adalah aspek yang signifikan bagi menjamin kegemilangan sesebuah negara. Guru merupakan perlaksana kurikulum dan menjadi teras dalam menentukan standard, mutu dan keberkesanan sistem pendidikan. Pendidikan pula merupakan proses penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi yang lain. Oleh itu, tidak dinafikan dalam memperkatakan tentang kepentingan pendidikan, maka guru memainkan peranan utama untuk meyalurkan ilmu dan kemahiran tersebut dalam pendidikan formal. Ilmu pengetahuan menyuluh kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Guru bertanggungjawab mendidik dan memimpin masyarakat. Sememangnya, guru banyak menyumbangkan khidmat bakti dalam pembangunan bangsa dan negara, lebih-lebih lagi dalam membentuk sahsiah pelajar. Begitulah peranan guru, satu tugas yang amat berat tetapi mulia dan murni. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 akan memperkenalkan satu Pakej Kerjaya Guru baru dalam usaha memartabatkan keguruan sebagai profesion pilihan termasuk kaedah memberi ganjaran sepanjang

Tugasan edu 3093 cabaran guru

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tugasan edu 3093 cabaran guru

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Guru merupakan tunjang kepada sistem pendidikan. Guru adalah pelaksana

segala dasar dan matlamat kurikulum yang telah digariskan oleh pihak kerajaan.

Tanpa penglibatan dan sokongan kaum guru, segala perancangan pendidikan yang

telah disediakan akan terbengkalai begitu sahaja. Justeru itu, kependidikan dan

perguruan adalah aspek yang signifikan bagi menjamin kegemilangan sesebuah

negara. Guru merupakan perlaksana kurikulum dan menjadi teras dalam

menentukan standard, mutu dan keberkesanan sistem pendidikan.

Pendidikan pula merupakan proses penyampaian ilmu pengetahuan dan

kemahiran yang diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi yang lain.

Oleh itu, tidak dinafikan dalam memperkatakan tentang kepentingan pendidikan,

maka guru memainkan peranan utama untuk meyalurkan ilmu dan kemahiran

tersebut dalam pendidikan formal. Ilmu pengetahuan menyuluh kehidupan manusia

di dunia dan akhirat.

Guru bertanggungjawab mendidik dan memimpin masyarakat.

Sememangnya, guru banyak menyumbangkan khidmat bakti dalam pembangunan

bangsa dan negara, lebih-lebih lagi dalam membentuk sahsiah pelajar. Begitulah

peranan guru, satu tugas yang amat berat tetapi mulia dan murni. Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 akan memperkenalkan satu Pakej

Kerjaya Guru baru dalam usaha memartabatkan keguruan sebagai profesion pilihan

termasuk kaedah memberi ganjaran sepanjang tempoh kerjaya sebagai guru.

Menurut laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025,

gelombang pertama (2013-2015) memberi fokus kepada meningkatkan standard

profesionalisme guru.

Peranan guru masa kini semakin mencabar. Mereka bukan sahaja

memainkan peranan utama sebagai penyampai ilmu pengetahuan dan kemahiran

kepada pelajar, malahan bertanggungjawab menyuburkan minat,

memperkembangkan bakat dan kebolehan pelajarpelajar. Guru juga merupakan

sumber untuk membina daya pemikiran yang analitikal, kritikal dan kreatif bagi

Page 2: Tugasan edu 3093 cabaran guru

membentuk individu-individu yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan yang

berlaku di sekeliling mereka selaras dengan hala tuju sistem pendidikan.

2.0 ISU DAN CABARAN GURU

2.1 Cabaran sebagai agen perubahan

Sebagai agen perubahan, guru perlu mempunyai sifat yang boleh menjadi

tauladan yang baik kepada anak murid seperti bertanggungjawab, adil dalam

mengambil tindakan disiplin ke atas anak murid maksudnya tidak mengira status

kedudukan murid tersebut atau tidak memilih bulu dalam mengambil tindakan

terhadap kesalahan murid. Di samping itu guru juga perlu mempunyai disiplin,

misalnya tidak berambut panjang, menepati masa datang ke sekolah atau

menepati masa pengajaran dan mudah didampingi oleh murid atau pelajar,

sekiranya pelajar mempunyai masalah. Segala tingkah laku guru sentiasa dilihat

oleh masyarakat tempat dimana guru tersebut mengajar samada di bandar atau

luar Bandar. Oleh itu guru perlu sentiasa berwaspada dalam mengambil tindakan

terhadap pelajar agar tidak melanggar tata etika profesion guru.

Di dalam membentuk tingkah laku pelajar, guru mestilah sikap yang sabar

dalam mendidik pelajar menjadi manusia yang baik. Pelajar hari ini terdedah

kepada banyak anasir yang tidak baik, misalnya terjebak kepada penagihan

dadah, terlibat dalam kongsi gelap dan pelbagai kesalahan yang menyalahi

undang-undang dan agama. Gurulah yang menjadi mangsa di atas semua

kesalahan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar. Di sini guru mempunyai

tanggungjawab yang amat besar dalam memberi pendidikan yang berkesan bagi

mengelakkan atau menghindari pelajar dari terjerumus kepada anasir yang

merosakkan diri pelajar. Di sini guru perlu menjadi model yang baik untuk diikuti

oleh para pelajar.

2.2 Melahir modal insan yang berintegriti

Prinsip akauntabiliti dan integriti penting dan menjadi amalan oleh setiap

penjawat awam, lebih-lebih lagi pendidik yang mendidik generasi hari muka. Di

mana generasi muda adalah sebagai pelapis kepada pemimpin yang ada

sekarang. Suatu hari nanti akan memegang tampuk utama negara, semestinya

diberi perhatian yang lebih bagi menghasil modal-modal insan yang berwibawa

m/s : 2

Page 3: Tugasan edu 3093 cabaran guru

dan mempunyai sifat-sifat pemimpin yang selari dengan tuntutan agama. Guru

gagal dalam mendidik sekiranya hanya tertumpu atau mementingkan intelek

semata-mata.

Kita dapat melahirkan ahli bijak pandai tapi tidak bermoral, contohnya

akauntan yang menggelapkan wang negara dan sebagainya. Oleh itu kita mesti

mendidik para pelajar yang seimbang dari segi intelek dan sahsiah yang selari

dengan kehendak agama. Guru wajar mendalami falsafah dan budaya integriti

sebagai persediaan untuk menjadi guru yang berwibawa. Dalam konteks ini,

kewibawaan seorang guru bukan sahaja diukur dari segi kebolehan melahirkan

pelajar yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran, bahkan lebih dari itu,

guru dinilai dari segi keupayaan mendidik murid menjadi insan yang beretika,

beradab dan berakhlak mulia.

Dalam erti kata lain, tugas seorang guru tidak hanya terhenti setakat

mengasah kecerdasan minda murid, tetapi juga mendidik jiwa dan sanubari

mereka agar menjadi insan mulia yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni

dalam kehidupan mereka. Ini adalah selaras dengan hasrat kita untuk menjadi

sebuah Negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu sebuah negara yang mencapai

kemajuan yang seimbang dari segi kesejahteraan ekonomi, kestabilan politik,

kesepaduan sosial dan berjaya membina masyarakat yang berpegang teguh

kepada nilai agama, moral dan etika.

Krisis yang berlaku di Barat dan kemunculan pemikiran baru yang kembali

menekankan kepentingan amalan nilai moral dan etika dalam masyarakat adalah

untuk mengingatkan kita supaya kita tidak sekali-kali mengabaikan fungsi asas

pendidikan di negara kita, iaitu untuk melahirkan insan kamil yang memiliki

kecerdasan intelek, keseimbangan emosi, kehebatan jasmani dan kekuatan

rohani. Bagi merealitikan hasrat ini, dibahu para guru diberi tanggungjawab yang

besar dalam membentuk sahsiah pelajar dan seterusnya dapat melahirkan

pemimpin yang berintegriti pada masa akan datang. Lahirnya Institut Integriti

Malaysia adalah atas keperihatinan pemimpin untuk melahirkan warga Malaysia

yang mempunyai integriti yang tinggi dalam jiwa setiap warganya.

2.3 Cabaran Intergrasi Nasional.

m/s : 3

Page 4: Tugasan edu 3093 cabaran guru

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) Integrasi

bermakna “penggabungan atau pergabungan dua atau lebih beberapa kaum

menjadi satu kesatuan”. Integrasi Nasional pula membawa maksud “satu proses

yang menyatupadukan pelbagai kelompok etnik dalam masyarakat melalui

pengenalan atau pengwujudan satu identiti yang sama”.

Di dalam konteks kehidupan masyarakat Malaysia pada hari ini, pihak

kerajaan amat menitikberatkan tentang soal perpaduan dan integrasi nasional dalam

kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Melaksanakan integrasi nasional

dalam bilik darjah merupakan satu cabaran besar bagi seorang guru. Pelbagai

kekangan dan permasalahan akan wujud dalam bilik darjah. Kebiasaannya guru

berhadapan dengan dua cabaran yang besar iaitu karenah murid yang datang

daripada pelbagai budaya dan bangsa serta memastikan gaya pengajaran yang di

sampaikan sesuai dengan gaya pembelajaran murid. Pengurusan bilik darjah yang

berkesan merupakan satu faktor utama dalam menentukan keberkesanan integrasi

nasional dalam bilik darjah dengan menjadikan murid sebagai subjek utama.

Perbezaan agama dan kebudayaan merupakan

cabaran melaksanakan integrasi nasional. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah

Melayu, Cina dan India. Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa

Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kebanyakkan kaum Cina pula beragama

Buddha, Taoisme dan Kristian serta berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis

atau Teochew. Kebanyakan kaum India pula beragama Hindu, bertutur Tamil,

Malayalam dan Hindi.

Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan berbeza

antara kaum dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi secara

tidak sihat. Jurang pendapatan antara kaum di Malaysia adalah terlalu luas terutama

bagi kaum Bumiputera di Sarawak dan Sabah. Kemungkinannya ini disebabkan

sistem ekonomi mereka yang tidak bergantung kepada wang tunai, contohnya

makanan dan rumah sebahagiannya dihasilkan dari keluaran hutan tanpa perlu

dibeli. Jurang yang wujud antara masyarakat bandar dan luar bandar dalam pelbagai

bidang berpunca daripada deprivasi yang dihadapi oleh masyarakat luar bandar

untuk mendapat pendidikan yang berkualiti (Deepa, 2000). Darling-Hammond (1997)

di dalam 0' Hair, (Foundations of Democratic Education) menjelaskan pendidikan

yang berkualiti untuk semua sangat perIu dilaksanakan dalam masyarakat yang

mengamalkan konsep demokrasi.

m/s : 4

Page 5: Tugasan edu 3093 cabaran guru

Guru yang memahami pembelajaran dan perbezaan budaya akan berusaha

bersungguh-sungguh dalam menangani cabaran yang wujud dalam bilik darjah.

Murid merupakan aset utama yang boleh dikategorikan sebagai pelanggan bagi

setiap guru dalam bilik darjah. Golongan ini akan sentiasa bersama setiap kali

proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah.

Perlakuan mereka perlu dibentuk melalui pendidikan dan asuhan yang terbaik

dengan memahami latar belakang indentiti diri mereka tidak kira dari segi budaya,

etnik, usia, jantina, sosioekonomi, stail pembelajaran dan sebagainya.Yang pastinya

dalam sesebuah bilik darjah itu tidak akan lari daripada cabaran kepelbagaian murid

yang wujud di dalamnya. Apa yang penting adalah guru perlu memahami bahawa

terdapat perbezaan antara individu murid atau kumpulan murid dengan yang lain

yang mendesak guru untuk menggunakan kemahiran yang optimum dalam

pengurusan bilik darjah. Penting bagi guru memahami tingkah laku dan budaya

murid terlebih dahulu supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah

yang betul dan tepat.

2.4 Penderaan fizikal murid.

Penderaan fizikal yang berlaku kepada murid ini merupakan salah satu isu

yang sangat dipandang serius oleh lapisan masyarakat. Kita sedia maklum bahawa

kebanyakan guru menghukum murid di atas kesalahan atau kenakalan yang

dilakukan oleh murid itu sendiri. Namun begitu, penderaan bukanlah langkah yang

terbaik untuk menghukum seseorang murid yang melakukan kesalahan. Tingkah

laku negatif seperti mendera yang dilakukan oleh guru tersebut hendaklah

dibendung dengan kadar segera. Menurut Lewis M. Beaker (2001), tingkah laku

adalah sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak,

secara sedar atau separa sedar.

3.0 CADANGAN DAN PANDANGAN

3.1 Meningkatkan profesionalisme guru.

Bagi melahirkan guru yang boleh bersaing di peringkat global, para guru

perlu meningkatkan profesionalisme dengan meningkatkan ilmu ke peringkat

yang lebih tinggi. Kementerian menggalakkan para pendidik melanjutkan pelajaran

m/s : 5

Page 6: Tugasan edu 3093 cabaran guru

ke peringkat yang lebih baik, Pelbagai program telah dianjurkan oleh Kementerian

Pendidikan dalam meningkatkan profesian guru. Misalnya Program Pensiswazahan

Guru Sekolah Rendah, Program Pensisiwazahan Guru dan seterusnya mendapat

PHD. Ini adalah bertujuan bagi meningkatkan tahap profesinalisme guru di negara

ini. Oleh itu peluang ini perlu direbut oleh para guru agar ilmu dapat ditingkatkan

selari dengan perkembangan teknologi yang pesat berkembang.

Guru-guru perlu mendapatkan ilmu-ilmu yang terkini dalam menangani

karenah pelajar yang pelbagai ragam, sekiranya teknologi pengajaran dan

pembelajaran dapat dikuasai oleh para guru. Ianya adalah satu aset yang

berharga kerana teknologi tersebut dapat menarik minat para pelajar untuk

belajar. Sekiranya perkara ini berlaku para pelajar akan lebih cenderung untuk

belajar dari membuang masa yang tidak berfaedah seperti ponteng kelas,

melepak di pusat membeli belah dan lain-lain masalah yang menyalahi undang-

undang negara.

3.2 Melestarikan budaya penyelidikan

Sebagai seorang guru yang ingin melahirkan pelajar yang berwibawa dari

segi akhlak dan kecerdasan, ianya perlu kepada muhasabah diri dengan erti kata

lain perlu menjalankan kajian tindakan sekiranya pengajaran yang dibuat tidak

mencapai objektif yang dikehendaki. Seseorang perlu merefleksi diri atau

bertanya pada diri mengapa pelajar atau murid tidak dapat apa yang diajar

oleh guru. Guru tidak hanya menyalahkan pelajar dalam mencapai objektif yang

diharapkan. Para guru perlu melihat kepada diri sendiri, mungkin kaedah atau

strategi pengajaran tidak sesuai dengan tahap kecerdasan pelajar .

Guru perlu mengubah cara atau strategi yang lain dalam meraih minat

pelajar terhadap pengajaran. Di sinilah pentingnya guru membuat penyelidikan

dalam mencari formula yang terbaik bagi menangani masalah yang guru hadapi.

Dalam perkara ini guru semestinya mencari ramuan yang berkesan dalam

menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Seandainya penyelidikan yang

dilakukan oleh guru berkesan, mungkin formula tersebut boleh digunapakai oleh

para pendidik lain di negara kita. Maka ia boleh memberi manfaat kepada guru-

guru lain, bukan hanya untuk diri penyelidik bahkan boleh digunapakai oleh

semua guru. Budaya penyelidik perlu ada di dalam diri setiap orang guru bagi

mencari penyelesaian yang akan dihadapi yang mana seterusnya dapat

m/s : 6

Page 7: Tugasan edu 3093 cabaran guru

menjadikan sekolah yang cemerlang. Disamping itu dapat meningkatkan ilmu

profesionalisme guru serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan

pengajaran guru.

3.3 Sifat guru

Guru yang cemerlang ialah guru yang mempunyai ciri-ciri peribadi yang

mulia yang boleh dijadikan model kepada pelajar, rakan sekerja serta

masyarakat sekeliling. Ciri-ciri peribadi yang mulia ialah bertanggungjawab,

amanah terhadap kerja, menepati masa, berkongsi idea yang baik, mempunyai

budaya penyelidikan, sentiasa untuk meningkatkan profesinalisme dan lain-lain

lagi. Mempunyai komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas, misalnya

sanggup membuat kerja di luar masa bekerja sekiranya diperlukan.Para guru

hendaklah membuang sikap yang mementingkan diri sendiri, setiap program

yang dilaksanakan memerlukan kerjasama semua guru dalam sesebuah sekolah

barulah setiap program dapat dilaksanakan dengan jayanya.Ini adalah penting

bagi kepentingan pelajar, sekolah dan guru sekolah tersebut. Prestij sekolah

tersebut akan dipandang tinggi oleh masyarakat dan seterusnya dapat

dibanggakan oleh setiap warganya.

3.4 Langkah-langkah hadapi Cabaran Intergrasi Nasional.

Terdapat pelbagai langkah boleh diambil oleh guru bagi menghadapi

cabaran-cabaran semasa ini. Guru perlu sentiasa bertindak dalam memastikan

ruang pembelajaran murid tidak terganggu dengan perbezaan latar belakang, kelas

sosial dan kaum masing-masing dengan cara tidak membezakan mereka di antara

satu sama lain. Contohnya, guru akan memastikan murid dari pelbagai latar

belakang ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama semasa melakukan aktiviti

berkumpulan. Hal ini akan memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi

sesama sendiri secara terbuka seterusnya mewujudkan pergaulan yang tidak

berkelompok dan tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Suasana pembelajaran

yang menyeronokkan akan terbentuk dan ini dapat membantu guru untuk mengawal

persekitaran bilik darjah dengan berkesan.

Selain itu, guru juga perlu sentiasa membantu murid untuk memahami diri

sendiri dalam membentuk nilai, sikap dan tingkah laku yang sesuai. Murid dibimbing

untuk memahami kekuatan pada diri sendiri yang boleh digunakan untuk membantu

m/s : 7

Page 8: Tugasan edu 3093 cabaran guru

murid lain. Hal ini dapat membuatkan murid tersebut rasa dihargai dan akan

sentiasa bersungguh-sungguh dalam setiap perkara yang dilakukannya. Hubungan

rapat dapat dijalinkan di antara guru dengan murid. Seterusnya, guru

bertanggungjawab untuk membina persefahaman di antara setiap murid yang

berlainan latar belakang. Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan bagi

menghalang mana-mana aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum,

mengejek dan menghina di antara satu sama lain dan sebagainya. Guru perlu

menerangkan kepada murid mengenai perlunya menghormati kepercayaan setiap

kaum dan isu-isu sensitif yang tidak harus dipertikaikan.

Oleh itu, aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai

dan agama perlu dirancang dengan teliti bagi menaburkan persefahaman di antara

setiap murid. Guru juga perlu memberi peluang sama rata kepada semua murid

untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Aktiviti pembelajaran dan

pengajaran perlulah dipastikan tidak mempunyai unsur bias kepada mana-mana

murid bagi memberi peluang kepada setiap murid untuk menerokai aktiviti

pembelajaran. Guru perlu menggunakan bahasa standard kebangsaan yang boleh

diterima oleh semua lapisan murid dan bukannya menggunakan dialek bahasa yang

sedikit sebanyak memberikan impak terhadap pembelajaran.

Kemajuan dan kelemahan setiap murid perlu dicatat dan diambil tindakan

dengan cara membuat penambahbaikan terhadap mutu pembelajaran dan

pengajaran selain daripada membimbing murid untuk mempertingkatkan prestasi

tanpa membezakan di antara satu sama lain. Guru perlu sentiasa memikirkan

kaedah pengurusan bilik darjah yang berkesan. Selain itu, guru juga perlu

mengetahui dan memahami bidang kerjayanya dan bijak dalam mengendalikan

anak-anak muridnya. Dalam memastikan perancangan yang dilakukan selaras

dengan kepelbagaian sosiobudaya masyarakat, guru perlu sentiasa meningkatkan

kualiti, kemahiran, keupayaan diri dan sebagainya bagi memastikan kejayaan

tersebut.

3.5 Meningkatkan kesedaran agama bagi setiap guru.

Antara langkah untuk mengatasi isu penderaan murid ialah dengan

meningkatkan kesedaran agama. Setiap guru hendaklah mendalami ilmu agama

supaya setiap tingkah laku yang dilakukan adalah berlandaskan kepada pegangan

agama. Dengan mendalami ilmu agama, seseorang guru itu akan sedar peranan

m/s : 8

Page 9: Tugasan edu 3093 cabaran guru

dan tanggungjawab yang diamanahkan perlu dilaksanakan dengan sebaik yang

mungkin dan berusaha untuk menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas.

Menurut INTAN (1994), ikhlas merupakan salah satu etika yang perlu

diamalkan dalam pekerjaan. Ini bermaksud setiap penjawat awam hati yang bersih,

jujur dan suci. Jika seseorang itu ikhlas dalam kerjanya, ia akan menjalankan tugas

tersebut dengan sempurna dan menghasilkan output yang memuaskan secara

berterusan.Selain itu, di setiap sekolah hendaklah diwujudkan khidmat bimbingan

dan kaunseling yang dikhaskan untuk guru bagi menangani isu penderaan fizikal

terhadap murid di mana khidmat ini dikendalikan oleh individu yang pakar dalam

masalah ini.

Khidmat bimbingan dan kaunseling ini bertujuan untuk membolehkan guru

mendapatkan bantuan dan nasihat daripada pakar kaunseling jika mereka terlibat

atau mengalami masalah gangguan emosi yang boleh mengakibatkan mereka

bertindak di luar kawalan. Menurut Shertzer dan Stone (1981) menyatakan bahawa

bimbingan sebagai perkhidmatan membimbing individu yang memerlukannya untuk

mencapai kefahaman, pengetahuan dan kemahiran tertentu.

4.0 DAPATAN HASIL TEMU BUAL 10 ORANG GURU BERKAITAN STRES.

4.1 Faktor dan punca-punca stress atau tekanan guru.

Seramai sepuluh orang guru sekolah rendah telah menjalani sesi temu bual

berkenaan tajuk stres dalam kalangan guru di sekolah. Hasil dapatan temu bual

tersebut, didapati faktor pertama yang menyumbang kepada tekanan emosi di

kalangan guru ialah persekitaran kerja dan kerenah pelajar. Persekitaran kerja yang

kurang kondusif dan ditambah lagi dengan karenah pelajar yang bermacam ragam,

guru terdedah dengan tekanan akibat tugas yang perlu dilaksanakan. Kekurangan

kemudahan di sekolah juga akan memberi tekanan kepada guru apabila keperluan

untuk mengajar tidak mencukupi dan guru akan merasakan sesuatu yang tidak

lengkap untuk memberikan pengajaran yang maksimum kepada para murid. Selain

daripada itu, guru juga tidak terlepas daripada berhadapan dengan perlakuan dan

sikap segelintir pelajar yang kadangkala menyakitkan hati. Masalah-masalah seperti

ini menyebabkan guru mengambil tindakan berasaskan emosi untuk menyelesaikan

masalah yang berkaitan dengan disiplin pelajar walaupun tindakan ini bertentangan

dengan etika dan tatatertib seorang pendidik, namun kadangkala emosi yang tidak

stabil boleh menguasai pemikiran yang waras.

m/s : 9

Page 10: Tugasan edu 3093 cabaran guru

Faktor kedua yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru

ialah beban tugas di sekolah. Bebanan tugas ini merujuk kepada tugas-tugas yang

perlu dibuat oleh guru seperti membuat persediakan mengajar, menyemak latihan

pelajar, tanggungjawab terhadap pelajar, urusan pentadbiran seperti mengisi borang

dan lain-lain tanggungjawab yang mesti dipikul oleh seseorang guru sepanjang

berkerja. Kerja yang terlalu banyak dan tidak sesuai dengan seseorang guru akan

menimbulkan tekanan kepada guru terbabit. Kerja yang tidak sesuai dengan guru

memerlukan masa untuk mempelajarinya dan pada masa yang sama, banyak lagi

tugas lain yang menanti untuk disiapkan. Ini akan menyebabkan kerja menjadi

semakin banyak dan semakin membebankan.

Walaupun seseorang individu mempunyai kecekapan dan kecekalan yang

tinggi dalam menjalankan tugasnya, beban kerja yang melampaui batas

kemampuannya akan menyebabkan prestasi kerjanya menurun akibat kepenatan

fizikal dan ini boleh membawa kepada masalah kesihatan seperti sakit jantung dan

tinggi darah. Dalam konteks sekolah, guru terbeban dengan keperluan untuk

mengutamakan tugas utama iaitu mengajar. Namun, guru juga terbeban dengan

kehendak untuk menyiapkan tugas-tugas lain mengikut masa yang ditetapkan dan

bukan itu sahaja, guru juga perlu memastikan komitmen terhadap keluarga dan

komitmen terhadap aktiviti sosial di luar tidak terjejas dengan keperluan memenuhi

tuntutan tugasan di sekolah. Jaafar Muhammad (2003), menyatakan kebanyakan

individu bekerja selama 45 jam dalam masa seminggu dan masa selebihnya adalah

untuk memenuhi tuntutan terhadap keluarga dan masyarakat. Sekiranya seseorang

guru tidak dapat menangani tuntutan terhadap keluarga dan masyarakat, masalah

itu akan dibawa pula ke sekolah dan akan menganggu pula tugas-tugas wajib di

sekolah.

Faktor ketiga yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru

ialah punca peribadi seperti kesihatan, masalah kewangan, aktiviti riadah,

perhubungan dan taraf hidup. Masalah kesihatan adalah antara masalah utama

yang sering menghantui golongan guru. Antara penyakit yang popular ialah darah

tinggi, sakit jantung, gout dan banyak lagi penyakit-penyakit lain. Guru yang

mengalami masalah kewangan dan dibebani hutang juga akan mengalami tekanan

emosi yang boleh menganggu prestasi kerja guru terbabit di sekolah. Menurut Gold

Yvonne dan A. Roth Robert (1993), gaji yang rendah membataskan pilihan guru

melakukan aktiviti riadah bersama keluarga. Sebagai contoh, niat mahu membawa

m/s : 10

Page 11: Tugasan edu 3093 cabaran guru

keluarga pergi bermain boling tetapi kerana kekangan kos, niat tersebut terpaksa

dibatalkan. Ini akan menyebabkan guru tersebut akan mengalami tekanan emosi

kerana ketidakstabilan emosi selepas tidak mampu untuk membawa keluarga

melakukan aktiviti riadah yang dikehendaki. Masalah-masalah yang berpunca

daripada peribadi guru ini akan menganggu prestasi kerja guru di sekolah apabila

mereka terlalu memikirkan tentang masalah peribadi dan tidak fokus kepada

tugasan hakiki di sekolah.

Faktor keempat yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru

ialah masalah disiplin murid di sekolah. Masalah disiplin pelajar di sekolah pada hari

ini semakin meruncing walaupun banyak usaha telah dilakukan oleh pihak sekolah

untuk menangani masalah ini. Kurang kerjasama daripada ibu bapa merupakan

antara faktor kenapa masalah disiplin di sekolah semakin meruncing daripada hari

ke hari. Menurut Olivia (dipetik daripada Abdullah Sani, 2005), disiplin bermaksud

kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada pihak yang berkuasa serta cara untuk

menetapkan hukuman ataupun peraturan. Oleh itu, apabila murid melakukan

masalah disiplin, murid tersebut bukan sahaja tidak dapat mengawal dirinya, malah

tidak patuh kepada pihak yang berkuasa seperti guru dan pihak sekolah. Apabila

guru memasuki kelas yang bermasalah, guru akan cenderung untuk sentiasa

menganggap sikap dan perlakuan pelajar-pelajar sebegini teruk dan secara tidak

langsung telah menanggap pelajar-pelajar tersebut adalah golongan yang tidak

berdisiplin dan sering menimbulkan masalah di sekolah walaupun pada dasarnya

ianya adalah sesuatu yang benar.

Kebiasaannya guru akan berfikir secara negatif apabila berhadapan dengan

pelajar yang mempunyai masalah disiplin. Apabila guru berhadapan dengan perkara

yang sama setiap kali sesi pengajaran bermula, maka mereka akan berasa tertekan

dengan keadaan tersebut. Ini menyebabkan guru mengambil langkah yang mudah

untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan memarahi pelajar dan tidak masuk

ke kelas yang bermasalah untuk mengajar. Golongan pelajar yang sentiasa

menimbulkan masalah disiplin ini akan mendatangkan tekanan emosi kepada guru

untuk berhadapan dengan mereka dan ini adalah punca kenapa guru mengalami

tekanan emosi yang berpanjangan di sekolah.

Punca kelima yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru

ialah tekanan daripada pihak atasan. Kepimpinan adalah satu fenomena yang

m/s : 11

Page 12: Tugasan edu 3093 cabaran guru

melibatkan suatu proses bagi manusia menggunakan kemahiran akal fikiran dan

potensinya yang melibatkan keupayaan, kebolehan dan kebijaksanaan bagi

seseorang untuk memerintah, mengarah, mendorong ataupun untuk mempengaruhi.

Ini bermakna, seseorang pemimpin hendaklah menggunakan segala kebolehan

yang ada padanya untuk memimpin dengan cekap dan baik.

Jika melihat kepada konteks di sekolah, pemimpin di sekolah adalah guru

besar ataupun pengetua dan sebagai pemimpin di sekolah, etika kepimpinan yang

betul adalah penting bagi mewujudkan kepimpinan melalui teladan. Kepimpinan

seseorang pemimpin tidak akan mempunyai apa-apa nilai sekiranya beliau tidak

menjaga hubungannya dengan pekerja-pekerja bawahan. Dalam erti kata lain,

pekerja-pekerja beliau tidak akan menghormatinya sebagai seorang pemimpin.

Guru besar atau pengetua hendaklah memiliki daya kepimpinan yang tinggi

untuk mencorak suasana sekolah yang kondusif dan hubungan antara guru juga

dalam keadaan yang baik serta mempunyai rasa kepunyaan yang tinggi terhadap

sekolah. Apabila pemimpin di sekolah tidak memimpin dengan baik dan tidak

mentadbir urus dengan sistematik, guru-guru adalah orang yang akan menjadi

mangsa. Lambakan tugas akan dipikul oleh guru dan ini akan menyebabkan guru

mengalami tekanan emosi serta stres. Guru akan merasa lebih tertekan sekiranya

terpaksa berhadapan dengan pemimpin yang sombong dan mengamalkan birokrasi

yang berlebihan di sekolah. Ini akan menyebabkan guru-guru merasa tidak

mendapat sokongan daripada pemimpin sekolah apabila mahu melakukan sesuatu

perkara. Perkara ini juga akan menyebabkan guru-guru merasa tidak dihargai dan

lama-kelamaan, ini akan menimbulkan pemberontakan dan rasa tidak hormat

terhadap pemimpin. Komunikasi antara guru dengan pemimpin sekolah akan turut

terjejas kerana sudah wujud jurang yang besar dan perasaan yang tidak enak di

kalangan mereka.

4.2 Kesan dari stress atau tekanan guru

Stress atau tekanan guru boleh ditakrifkan sebagai perasaan tidak selesa,

emosi negatif seperti marah, kebimbangan, tekanan serta kekecewaan yang

berpunca dari aspek kerja mereka sebagai seorang guru. Dalam hal ini, guru yang

menghadapi tekanan adalah guru yang tidak dapat mengawal emosi mereka

terhadap perubahan budaya pendidikan yang bukan sahaja untuk memberi ilmu

pengetahuan tetapi perlu mendidik manusia agar menjadi masyarakat yang berguna.

m/s : 12

Page 13: Tugasan edu 3093 cabaran guru

Justeru itu, tekanan kerja pada tahap yang tinggi biasanya akan membawa

kepada ketidakpuasan kepada kerja, sikap suka mengelak dan pengabaian kerja.

Tindakbalas penyesuaian tekanan oleh guru merangkumi tindakbalas psikologikal

(keletihan dan kemurungan), fisiologikal (sakit kepala, tekanan darah tinggi) dan

berkaitan sikap (pengambilan alkohol, merokok, gaya hidup dan masalah tidur).

Selain itu juga, tekanan yang berpanjangan boleh melemahkan mental dan

fizikal seseorang guru serta boleh membawa risiko ke atas kesihatan jika tidak

menerima rawatan dengan sebaiknya. Ternyata, tekanan kerja sememangnya akan

mengganggu gaya hidup dan kesejahteraan hidup seseorang insan bergelar guru.

Ini seterusnya akan mengganggu prestasi kerja dan outputnya dalam bidang

pendidikan yang diceburinya.

4.3 Langkah-langkah mengatasi tekanan.

Berdasarkan kepada hasil dapatan temubual yang telah dijalankan, berikut

dapatlah dikemukakan beberapa cadangan yang berkaitan dengan pengurusan

tekanan guru di sekolah. Cadangan-cadangan yang dikemukakan ini difikirkan

sesuai untuk mengurangkan tekanan kerja warga pendidik secara amnya. Peranan

pihak pentadbir untuk menganjurkan program berkaitan pengurusan tekanan, sama

ada dalam bentuk bengkel, kursus atau pun seminar perlu memasukkan strategi

berlandaskan agama dalam kandungan atau agenda program. Seterusnya,

mewujudkan suasana yang sihat dan harmoni iaitu perhubungan yang baik antara

staf, keputusan yang diambil perlulah berdasarkan perbincangan, polisi sekolah

yang lengkap dan teratur, guru-guru menerima tindakbalas yang positif dan dihargai,

pengurangan tugas-tugas pentadbiran sebarang tugas tambahan adalah

berdasarkan kepada kemahiran guru tersebut, membina persekitaran kerja yang

ceria dan kerjasama yang baik untuk menyelesaikan sebarang masalah yang

dihadapi.

Melalui pendekatan organisasi pula, pentadbir tentu boleh menentukan

pemilihan dan penempatan guru-guru. Perpindahan dan pertukaran guru-guru

disokong sepenuhnya supaya guru-guru yang ingin bertukar tidak tertekan.

Pengetua juga mestilah ubahsuai tugas guru dan memberikan taklimat kerja yang

mendalam terutama sekali sasaran matlamat. Sebarang keputusan dan

perancangan sekolah mestilah dilibatkan guru-guru. Proses menerima dan menapis

pendapat dan pandangan guru mungkin terlalu lambat, tetapi ia lebih mudah untuk

diterima. Sehubungan itu juga, pentadbir perlu mengubah gaya pentadbiran bersifat

m/s : 13

Page 14: Tugasan edu 3093 cabaran guru

autokratik kepada gaya pentadbiran yang lebih mengutamakan pendekatan

humanistik atau demokratik.

Di samping itu, guru juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti riadah, senaman

yang berterusan dan melakukan latihan jasmani supaya dapat membantu

melupakan tekanan yang dihadapi. Badan yang segar akan mempunyai otak yang

cerdas. Seterusnya, amalan pemakanan perlu diberi panduan dan perhatian supaya

bukan hanya murid-murid sahaja yang dijaga aspek jasmani, emosi, rohani dan

inteleknya tetapi guru juga sepatutnya diberi pendedahan terhadap penjagaan aspek

tersebut. Sebagai salah seorang guru, saya sendiri sedar bahawa tugas guru

semakin mencabar dari sehari ke sehari sehinggakan terdapat seorang guru

meluahkan hasrat untuk menamatkan perkhidmatan kerana beban tugas sebagai

seorang guru yang semakin berat dan ditambah pula dengan pelbagai program

transformasi pendidikan yang nyata amat menambah beban tugas guru di sekolah.

5.0 PROGRAM-PROGRAM BAGI MENGATASI STRESS GURU.

5.1 Program Seminar Pengurusan Masa.

Objektif Program Seminar Pengurusan Masa ialah pastikan menyusun kerja

harian dengan mengikut keutamaan dan menetapkan masa untuk pelaksanaannya,

dengan cara ini kerja – kerja yang penting dapat diselesaikan dengan tanpa tekanan

dan dapat memastikan sikap berlengah – lengah dapat dikurangkan ataupun terus

dibuang. Kerja – kerja atau perbuatan yang tidak mendatangkan faedah seperti

berbual – bual kosong, bergossip, memerhatikan dan memperkatakan perbuatan

buruk seseorang. Memenuhi masa berinteraksi dan berkomunikasi juga dapat

digunakan untuk menenangkan fikiran dan melepaskan tekanan stress.

5.2 Program Bersenam ( Beriadah )

Badan yang cergas akan membentuk otak yang cerdas. Segala tekanan

dapat dilepaskan apabila kita bersenam atau beriadah. Melakukan senaman yang

kerap dan beriadah juga dapat mengurangkan stress seseorang. Aktiviti ini juga

dapat mengurangkan pertumbuhan hormon stres yang dikenali sebagai epinephrine

dalam diri seseorang. Kesan ketegangan otot akibat sres akan mengakibatkan sakit

kepala, migraine dan kekejangan otot dianggota badan. Bersenam merupakan ubat

semulajadi untuk mengubati penyakit kesukaran untuk tidur, mengurangkan

kegelisahan (anxiety ) dan dapat menyegarkan tubuh terutama otot badan

seseorang.

m/s : 14

Page 15: Tugasan edu 3093 cabaran guru

Senaman boleh dilakukan di dalam rumah dan di luar rumah seperti di taman

– taman permainan, taman bunga atau pun di sekitar halaman kediaman.

Menghadirkan diri dalam kelas – kelas aerobik juga salah satu kaedah untuk

menghilangkan stres. Aktiviti – aktiviti psikomotor yang dilakukan dapat

memantapkan kecergasan fizikal dan minda seseorang. Lakukan senaman dalam

masa sekurang – kurangnya tiga puluh minit dalam satu hari. Lakukan senaman

ringan seperti berjalan laju, larian perlahan di kawasan yang sesuai agar dapat

membina otot yang kuat dan menenangkan minda.

5.3 Program Bercuti

Pilih masa yang sesuai dengan bercuti ke tempat – tempat yang boleh

membuat seseorang itu berasa tenang dan tidak terlalu berfikir tentang beban kerja

yang ditanggung. Luangkan waktu pada waktu itu untuk bersendirian dengan melihat

dan menikmati keindahan tempat tersebut.

5.4 Program Diet Pemakanan

Pengambilan atau amalan makan makanan yang berlebihan juga dapat

menyumbangkan kepada terjadinya stres. Kita perlulah memastikan makanan yang

kita ambil seharian mempunyai zat yang berguna kepada kestabilan kesihatan

mental dan fizikal kita. Pengamalan makanan yang terlalu banyak dan tidak teratur

akan mengakibatkan kita mengalami berat badan atau obesiti, kandungan kolestrol

yang terlalu tinggi yang mana punca kepada beberapa penyakit seperti darah tinggi

dan kencing manis. Bebanan kerja dan masalah kesihatan akan membuatkan

seseorang itu mengalami simptom stres dan jika ini tidak dapat dikawal masalah

akan bertambah teruk bila gejala awal masalah jantung dapat dikesan. Langkah

yang berkesan untuk mengelakkan terjadi masalah ini ialah dengan mendapatkan

nasihat pakar – pakar pemakanan yang diiktiraf.

5.5 Bengkel Keyakinan Diri

Meningkatkan keyakinan diri adalah satu cara untuk menghilangkan tekanan

stres. Melihat sesuatu tugasan atau kerja yang diamanahkan itu bukan sebagai

bebanan tetapi sebagai tanggungjawab dan kita diberi kepercayaan oleh ketua

jabatan untuk melaksanakannya. Melaksanakannya mengikut kebolehan atau

kepakaran yang dimiliki dan melakukannya dengan penuh komitmen. Cara ini dapat

mengelakkan stres menguasai diri. Keyakinan diri yang tinggi dapat mengelakkan

m/s : 15

Page 16: Tugasan edu 3093 cabaran guru

diri kita daripada terpengaruh dengan hasutan - hasutan daripada pihak yang berfikir

negatif dari rakan – rakan sejawat kita yang berkemungkinan tidak berapa menyukai

kita atau cemburu dengan kejayaan kita.

5.6 Program Senyum setiap masa

Senyum yang sederhana akan mampu menciptakan kekuatan (power).

Senyuman yang kadang-kadang dianggap hal yang tidak penting mampu

memberikan sesuatu yang luar biasa. Senyum merupakan ekspresi wajah yang

terjadi akibat bergeraknya atau timbulnya suatu gerakan di bibir atau kedua

hujungnya atau pula di sekitar mata. Kebanyakan orang tersenyum untuk

menampilkan rasa bahagia dan senang. Apabila seseorang tersenyum, maka

wajahnya akan kelihatan lebih menarik, menyenangkan dan nyaman untuk

dipandang, daripada ketika berada keadaan biasa atau bahkan ketika sedang

marah. Yakinlah bahawa setiap senyuman membawa manfaat. Senyum membuat

fikiran lebih jernih, segar dan terhindar dari stres.

6.0 PENUTUP

6.1 Kesimpulan

Kejayaan dan keberkesanan pendidikan banyak berkait rapat dengan

kesedaran, keinsafan dan tanggungjawab guru sebagai pendidik, di samping

mempunyai kelengkapan keilmuan yang cukup dan sahsiah luhur. Segala panduan

dan kemahiran disertai keluhuran budi serta peribadi tidak terpisah daripada

seseorang guru. Begitulah sewajarnya guru sebagai pendidik yang berkesan.

Mereka adalah contoh dan teladan untuk murid, pelajar dan masyarakat.

Kini, zaman semakin mencabar. Bebanan guru makin besar yang menuntut

kesabaran serta ketanggungjawaban yang amat hebat. Kalau dulu guru sering

diagung-agungkan dan disanjungi sebagai insan yang terhormat oleh para pelajar,

ibu bapa dan masyarakat seluruhnya. Namun hari ini sering kita dengar sebahagian

besar pelajar sekolah tidak menghormati guru mereka. Guru-guru diperlekehkan

oleh ibu bapa pelajar yang mempunyai taraf hidup yang agak baik. Guru-guru

disaman atas kesalahan yang tidak setimpal dengan pengorbanan yang diberi. Rasa

hormat murid semakin pudar bersama keangkuhan ibu bapa yang tidak

menitikberatkan pelajaran dan menunding jari kepada guru di atas kesalahan,

kealpaan dan ketidakprihatinan mereka sendiri dalam mendidik anak-anak.

Sewajarnya ibu bapa akur tugas guru bukan hanya mengajar mata pelajaran

untuk lulus peperiksaan, tetapi turut mendidik pelajar menerusi penerapan nilai-nilai

m/s : 16

Page 17: Tugasan edu 3093 cabaran guru

murni, selain jati diri, disiplin serta sahsiah terpuji. Namun begitu, kebanyakan ibu

bapa mengutamakan kecemerlangan akademik semata-mata dan bukan sahsiah

yang baik menyebabkan anak mereka tidak boleh ditegur walaupun melakukan

kesalahan.

Kedapatan juga ibu bapa yang tidak dapat menerima hakikat bahawa anak

mereka bersalah dan tidak mengaku kesilapan dilakukan. Mereka perlu berbincang

terlebih dahulu dan jangan terburu-buru menyerang pihak sekolah atau membuat

pendedahan pada media. Mendidik anak perlu mengikut peredaran masa dan guru

perlu menghukum pelajar yang melakukan kesalahan dengan bijaksana.Hukuman

yang dikenakan adalah proses mendidik dan bukan memalukan pelajar, sekali gus

memberi keinsafan dan kesedaran terhadap salah laku yang dilakukan.

Sesungguhnya profesion keguruan yang merupakan profesion tertua di dunia, kini

memasuki satu lagi era baru. Dulu peranan utama guru ialah sebagai penyampai

pengetahuan. Gurulah yang banyak bercakap dan menyoal.

Bagaimanapun kini, peranan guru lebih penting sebagai pemudah cara dalam

proses pembelajaran. Sebagai pemudah cara, guru perlu lebih sedia dan peka

melahir dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan.

Murid perlu selalu digerak untuk berfikir secara kreatif dan kritikal. Malahan, murid

dijangka dapat menyoal guru serta membantu guru membuka luas pintu

pembelajarannya. Dahulu, punca pengetahuan adalah dalam bentuk bertulis.

Sekarang, lebih banyak bilik darjah ditukar menjadi bilik darjah bestari yang

membolehkan pelajar menggunakan komputer untuk mencari lebih banyak

pengetahuan dan maklumat. Bagaimanapun, kehadiran guru penting untuk

membimbing pelajar membuat pilihan ilmu dan maklumat yang betul.

Guru harus berperanan untuk mengenal pasti dan membangunkan potensi

diri pelajar. Peranan guru ini amat penting dalam menentukan corak pembangunan

sesebuah negara. Kita perlu sedar, kejayaan negara sehingga kini, sebahagian

besar adalah hasil sumbangan kerjaya keguruan. Ini kerana persediaan bagi

pengeluaran tenaga kerja negara di semua sektor bermula dari sekolah yang

sudah pastinya memerlukan khidmat dan jasa guru. Guru juga adalah model

manusia berkelakuan baik. Guru mesti bebas daripada bersikap negatif dan sempit

daripada aspek bangsa, kelas, sosial dan kedaerahan.

Selain itu, kelayakan akademik juga adalah satu lagi perkara yang perlu di

timbangkan. Ini kerana profesionalisme guru itu adalah berpusatkan kepada

pengetahuan. Memandangkan guru memainkan peranan penting dalam

m/s : 17

Page 18: Tugasan edu 3093 cabaran guru

pembangunan negara, sifat kerja guru yang begitu khusus memerlukan guru

mempunyai kelayakan akademik minimum dan menghadiri program-program latihan

sebelum dan semasa berkhidmat.

Justeru, langkah Kementerian Pelajaran Malaysia menggalakkan guru

meningkatkan kelayakan akademik melalui pelbagai program dan galakan

termasuklah kursus dalam perkhidmatan, galakan guru bukan siswazah melanjutkan

pelajaran di peringkat ijazah, pensiswazahan Guru Besar, anugerah biasiswa

melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan ijazah kedoktoran merupakan

manifestasi untuk membangunkan kerjaya guru.Profesion guru adalah salah satu

daripada tugas yang sukar dan perlu kepada usaha pengorbanan yang tinggi.

Perkara ini perlu diberi perhatian sekurang-kurangnya melalui tindakan atau

pelaksanaan penyelesaian secara berperingkat.

Guru juga haruslah sentiasa bersifat positif dalam menghadapi cabaran-

cabaran dalam dunia pendidikan hari ini bagi mengelakkan mereka terus berada

dalam keadaan tertekan dan menjejaskan karier mereka sebagai seorang guru.

Dalam pada itu, setiap pihak juga harus memberi sokongan dan membantu

mengurangkan beban tekanan yang dihadapi oleh guru ini.

Pengurusan tekanan memerlukan kemahiran yang mesti dipelajari oleh

semua anggota di dalam organisasi pendidikan. Kegagalan mengawal tekanan

boleh mendatang kesan yang buruk bukan sahaja kepada individu terbabit tetapi

juga imej organisasi. Oleh itu, dapatlah dikenalpasti punca dan tahap tekanan guru-

guru prasekolah, seterusnya akan mengambil langkah-langkah tertentu untuk

mengatasi masalah yang timbul. Ini akan merugikan negara kita yang sedang

menuju kepada sebuah negara industri. Menjadi tugas, peranan dan tanggungjawab

guru untuk merealisasikan wawasan 2020.

Tekanan kerja merupakan satu fenomena yang memang wujud dalam

kalangan guru di sekolah. Ia boleh dianggap sebagai satu petunjuk kepada

kesihatan mental guru. Pengurusan stres memerlukan kemahiran yang mesti

dipelajari oleh semua anggota di dalam organisasi pendidikan. Kegagalan mengawal

tekanan boleh mendatangkan kesan yang buruk bukan sahaja kepada individu

terbabit, tetapi juga imej organisasi. Kerjaya sebagai seorang guru adalah satu

kerjaya yang cukup mencabar.

m/s : 18

Page 19: Tugasan edu 3093 cabaran guru

Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan oleh seorang guru untuk memberi

yang terbaik kepada para pelajar. Sesuatu yang positif perlu dilakukan segera oleh

pihak atasan sekolah dan juga guru bagi mengelakkan punca-punca tekanan ini

membawa kesan yang lebih teruk sekiranya dibiarkan berterusan. Guru-guru juga

haruslah sentiasa positif dalam menghadapi cabaran-cabaran dalam dunia

pendidikan hari ini bagi mengelakkan mereka terus berada dalam keadaan stres dan

menjejaskan karier mereka sebagai guru.

Akhirnya, sokongan yang berterusan daripada pihak guru besar dan

pengetua sehinggalah kepada kakitangan pentadbiran amat penting bagi menjamin

persekitaran tempat kerja yang harmoni dan aman untuk semua pihak. Keprihatinan

terhadap beban tugas guru perlu ditingkatkan oleh segenap lapisan masyarakat

demi memastikan kelangsungan sistem pendidikan di Malaysia seterusnya usaha

melahirkan generasi pewaris negara berterusan dan tidak terhenti.

7.0 REFLEKSI

Nama : En Jameri bin HamidNo Kad Pengenalan : 670317-10-5517No Matrik : PPG 2011192360051 Kelas : Bahasa Melayu ( C )

Untuk semester kali ini, saya diperkenalkan dengan pengajian baharu iaitu

Guru dan Cabaran Semasa serta situasi-situasi dan juga teori-teori yang berkaitan

dalam menjalani kehidupan sebagai seorang guru. Bagi saya, mempelajari

pengajian yang baru ini merupakan satu ilmu baru yang amat berguna kepada saya.

Cabaran-cabaran terkini yang perlu saya ketahui bagi memastikan saya sebagai

seorang guru bersiap sedia berhadapan dan menghadapi cabaran secara positif dan

proaktif pada masa datang.

Pada amatan saya, melalui kerja kursus isu dan cabaran semasa EDU 3093

ini mendorong saya memahami berhubung peraturan penjawat awam yang

merangkumi tatatertib dan kelakuan sebagai seorang guru. Pelbagai isu telah telah

saya pelajari. Antara isu dalam topik pertama seperti isu integrasi nasional,

pendemokrasian pendidikan, kepelbagaian, tonggak pendidikan UNESCO,

globalisasi dalam pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh perkembangan

teknologi maklumat dan komunikasi serta sosial. Bagi pendapat saya, guru akan

dianggap sebagai yang memimpin, pembentuk sahsiah dan juga agen perubahan

m/s : 19

Page 20: Tugasan edu 3093 cabaran guru

merupakan pemangkin untuk mencapai hasrat membina negara bangsa yang

berjaya.

Melalui pengajian ini juga, saya dapat menyedari bahawa guru mempunyai

peranan dalam pendemokrasian pendidikan kepada anak-anak belajar tanpa

mengira sempadan daerah dan kedudukan. Mempelajari kesan perkembangan

teknologi maklumat juga turut menyedarkan saya bahawa pelbagai isu gelaja sosial

yang merebak di kalangan generasi muda sekarang adalah berpunca daripada

ledakan teknologi maklumat itu sendiri.

Oleh itu, adalah merupakan tanggungjawab saya sebagai seorang guru suatu

hari nanti untuk memastikan anak-anak muda tidak begitu hanyut dengan

kemudahan teknologi maklumat yang sedia ada ini. Memupuk mereka supaya tidak

salah guna kemudahan teknologi maklumat ini untuk perkara-perkara yang tidak

bermanfaat kepada mereka. Saya juga turut didedahkan dengan tajuk guru dan

perundangan yang menyentuh hal peraturan-peraturan pegawai awam yang

melibatkan kelakuan dan tatatertib.

Selain itu, saya juga didedahkan dengan Akta Pendidikan 1996 yang

merupakan satu misi Negara untuk menghasilkan satu system pendidikan bertaraf

dunia. Oleh itu, saya berpendapat pematuhan dan penghayatan tatakelakuan serta

peraturan-peraturan pegawai awam akan mewujudkan perkhidmatan keguruan yang

bersih dan amanah serta tidak berlaku penyelewengan. Mengenai topik Akta

Pendidikan pula,akta ini merupakan asas kepada Sistem Pendidikan Kebangsaan di

mana perkara-perkara da dalamnya berhubung kait dengan oendidikan Negara.

Akta ini juga menekankan kepentingan pendidikan untuk semua kaum. Oleh itu,

dalam melahirkan rakyat yang bersepadu dan berjaya mencapai matlamat

1Malaysia, saya perlu menghayatinya dengan mendalam.

Cabaran lain yang boleh saya katakaa satu cabaran yang besar bagi

seseorang guru menghadapinya ialah tekanan emosi di kalangan murid. Sebagai

seorang guru yang diamanahkan oleh ibu bapa setelah menghantar anak-anak ke

sekolah, guru haruslah mampu mengesan tanda-tanda awal gangguan emosi dan

mempelajari langkah-langkah mengatasinya. Guru haruslah memberi bantuan

kepada murid yang berdepan dengan masalah seperti ini sebelum keadaan menjadi

bertambah teruk. Ini adalah disebabkan jika gangguan emosi yang terjadi kepada

murid tidak diatasi dengan segera, pelbagai masalah sosial akan terus berlaku

kepada murid tersebut. Murid-murid yang terlibat dengan tekanan emosi ini perlu

m/s : 20

Page 21: Tugasan edu 3093 cabaran guru

mendapat bantuan daripada pihak-pihak tertentu contohnya pakar psikologi dan

kaunseling.

Subjek ini turut membincangkan gangguan emosi yang berlaku di kalangan

guru pula. Perbincangan lebih memfokuskan kepada gangguan emosi seperti stress,

burnout dan langkah-langkah untuk mengatasi tekanan emosi ini. Antara langkah-

langakah yang boleh diambil oleh guru adalah latihan meregangkan badan,

membuat meditasi, atau membaca sesuatu yang memberi inspirasi. Langkah ini

dapat mencegah burnout di kalangan guru. di Isu dan cabaran seperti ini sangat

berguna untuk didedahkan kepada bakal guru dari peringkat awal seperti ini supaya

bakal guru menjadi lebih bersedia dan berani untuk menghadapi kelak.

Inovasi dan perubahan dalam pendidikan turut disentuh dalam subjek ini.

Subjek ini turut memberi pendedahan kepada saya mengenai inovasi dan

perubahan dalam pendidikan. Dalam topik ini ada menyentuh mengenai strategi

pengajaran inovatif,penggunaaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran, ,

reka bentuk resos, bentuk penaksiran dan penilaian. Inovasi yang kreatif dan kritis

mampu membuat pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menjadi lebih

berkesan.

Selain itu, murid-murid juga aku lebih ceria, aktif dan juga belajar dalam

konteks bersosial jika Pembelajaran Berasaskan Projek dan Pembelajaran

Berasaskan Masalah digunapakai. Begitu juga pembelajaran berasaskan laman

sesawang yang akan menjadi satu trend utama dalam pembelajaran. Penggunaan

teknologi maklumat dan komunikasi, computer, Internet, e-buku dan lain-lain akan

menjadi rujukan pengajaran dan pembelajaran yang utama pada masa terdekat.

Saya sebagai bakal seorang guru merasakan saya seharusnya bersedia untuk

menjadikan diri mahir bukan sahaja sebagai pengguna teknologi tetapi sebagai

penyumbang pengisian sumber pembelajaran.

Seterusnya saya juga didedahkan dengan Pengurusan Inovasi dan

Perubahan serta Adaptasi pelbagai inovasi dan perubahan. Yang saya faham

melalui tajuk ini ialah mengenai cabaran terkini yang memerlukan pemahaman dan

perubahan para guru terhadapat tuntutan pendidikan semasa. Di dalam topik ini,

saya memahami satu perkara iaitu pengurusan bilik darjah yang kondusif perlu

diwujudkan bagi melahirkan murid yang kreatif dan inovatif. Antara tindakan yang

boleh dilakukan ialah menggunakan pendekatan berpusatkan murid dan kemudahan

pengajaran dan pembelajaran yang harus dititikberatkan oleh guru sendiri. Topik ini

juga turut menyentuh mengenai Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang

m/s : 21

Page 22: Tugasan edu 3093 cabaran guru

mana merupakan satu bentuk inovasi dalam pendidikan di Malaysia. Ini bagi

membolehkan pihak-pihak tertentu memantau pembangunan dan kemajuan setiap

sekolah.

Saya berharap agar segala maklumat yang diperolehi menjadi tunjang

kepada diri saya dalam menghadapi cabaran dunia pendidikan. Sebagai guru, saya

akan berusaha bersungguh-sungguh dalam membantu murid dan memberi peluang

pendidikan yang optima kepada mereka tanpa prasangka awal terhadap salah laku

disiplin mereka. Secara konklusinya, saya berpuas hati dengan kerjasama yang

diberi oleh setiap ahli kumpulan dalam kerja kursus ini. Melalui perbincangan yang

dilakukan, segala kerja menjadi mudah untuk dilaksanakan. Dengan memmperoleh

maklumat dari pensyarah, sumber rujukan buku dan juga internet, sedikit sebanyak

dapat membantu saya menerangkan kemahiran menyoal kepada kelas. Saya juga

teruja melihat rakan-rakan seperjuangan yang lain turut memberikan persembahan

yang baik. Harapan saya pada masa akan datang, saya menjadi seorang guru yang

dapat membimbing murid-murid saya dari segala aspek jasmani, rohani dan juga

sosial. InsyaALLAH.

8.0 RUJUKAN

Abd. Rahim Abd Rashid (2005).Profesionalisme Keguruan:Prospek dan Cabaran.Selangor:Dawama Sdn. Bhd

Abd. Latif Kasim. (2004).Kajian Terhadap Dimensi-Dimensi Empowerment dan Ketegangan Kerja di Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Teknik di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Tesis Kedoktoran. Universiti Sains Malaysia.

Abdullah, Deraman (2003). “Tekanan kerja guru di sebuah sekolah menengah di daerah Klang, Selangor Darul Ehsan”. Thesis (Masters). Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Ahmad Shakir (1998). “Tinjauan Tahap dan Punca Stres di kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Negeri Perlis”. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Ahmad Azahari Sarmun (1998). “Tinjauan Tahap Tekanan dan Punca stress di Kalangan Guru Sekolah Sabak Bernam.” Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda.

Abd. Latif Kasim. (2004).Kajian Terhadap Dimensi-Dimensi Empowerment

m/s : 22

Page 23: Tugasan edu 3093 cabaran guru

Berita Harian (2005). “Guru dakwa suasana kerja tak kondusif”. Berita Harian 19 Julai.

Hatta Sidi dan Mohammed Hatta Shaharom (2002). “Mengurus Stres, Pendekatan yang praktikal”. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Razali dan Abang Ali (1999). “Strategi Menangani Tekanan di Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Zon A di Bahagian Kuching/Samarahan, Sarawak. Satu Tinjauan Projek Sarjana Muda Pendidikan.” Universiti Sarawak Malaysia.

Sapora Sipon (2007). Pendidik Mesti Bijak Kawal Emosi. dlm. “Utusan Malaysia”. 27 Julai 2007.

Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

http://murabbiumat.blogspot.com/2012/09/isu-2-cabaran-profesion-keguruan.html telah dimuat turun pada 12 feb 2015

http://aishahnetty.blogspot.com/2012/07/peranan-guru-dalam-melonjak.html telah dimuat turun pada 16 feb 2015

https://www.academia.edu/4280703/Kesan_Stres_Guru_Kepada_Sekolah telah dimuat turun pada 18 feb 2015

http://gurucakna.blogspot.com/2012/09/isu-2-guru-stress-oleh-anis-binti.html telah dimuat turun pada 19 feb 2015

m/s : 23

Page 24: Tugasan edu 3093 cabaran guru

LAMPIRAN

m/s : 24