16
BUKU PANDUAN BERGAMBAR MENYEDIAKAN TONG MENCAMBAH TAUGEH DISUSUN OLEH MUHAMMAD ARID BIN ABDULAHIM Dip.Elect/Bsce.Elect/Med.Tech (UTM)

NOTA MENGHASILKAN SISTEM PENCAMBAH TAUGEH AUTOMATIK

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: NOTA MENGHASILKAN SISTEM PENCAMBAH TAUGEH AUTOMATIK

BUKU PANDUAN BERGAMBAR

MENYEDIAKAN TONG MENCAMBAH TAUGEH

DISUSUN OLEH

MUHAMMAD ARID BIN ABDULAHIMDip.Elect/Bsce.Elect/Med.Tech (UTM)Cetakan Pertama Januari 2016

Page 2: NOTA MENGHASILKAN SISTEM PENCAMBAH TAUGEH AUTOMATIK

BICARA KATA

Alhamdulillah pujian saya panjatkan kehadirat Ilahi kerana dengan limpah

kurniaNya telah memberi kekuatan kepada saya untuk menyusun dan menyiapkan

nota panduan mencambah taugeh. Buku panduan ini mengandungi beberapa

proses bagi memasang sistem pencambah taugeh automatik yang jika diikuti insya

Allah sedikit sebanyak akan dapat memberi pengetahuan dan kefahaman kepada

pengguna bagaimana cara taugeh dihasilkan dari pada kacang hijau.

Nota panduaan ini boleh dijadikan panduan kepada pengguna dalam melakukan

kerja-kerja memasang sistem pencambah kacang hijau automatik. Buku ini juga

memuatkan gambar-gambar yang berkaitan agar lebih mudah difahami oleh

pengguna.

Penghasilan nota panduan ini adalah berdasarkan kepada pengalaman saya

memasang sistem pencambah taugeh automatik sendiri. Oleh yang demikian saya

berharap kepada pengguna yang menggunakan buku panduan ini juga merujuk

penulisan-penulisan yang lain agar dapat membantu anda menghasilkan sistem

pencambah yang lebih baik.

Saya berharaf individu yang menggunakan buku ini dapat memanfaatkan segala

ilmu yang diperolehi dan menggunakan pengetahuan yang telah diperolehi dengan

cara dan kaedah yang betul.

Sekian

“HAMBA ALLAH YANG INGIN BERBAKTI”

Muhammad Arid Bin Abdulahim

Taman Sentosa TB2945

Tawau, Sabah

Tel : 0198626910

Page 3: NOTA MENGHASILKAN SISTEM PENCAMBAH TAUGEH AUTOMATIK

PROSES MENYEDIAKAN TONG CAMBAHAN TAUGEH

Proses 1

Menyediakan Tong Pencambah Taugeh :-

Tong Sampah Yang Sesuai (Bewarna Hitam) Rajah 01.

Sebaik-Baiknya Bersaiz 60 Liter, Semangkin Besar Tong Yang Digunakan Semangkin Banyak

Kacang Hijau Boleh Dicambahkan.

Tong Ini Hendaklah Di Lubangkan Pada Bahagian Bawahnya Bagi Membolehkan Air Keluar

Ketika Proses Penyiraman Dalam Tong Berlaku, Rajah 02 & Rajah 03

Tebuk Lubang Sebanyak Mungkin Dan Sekata, Rajah 02 & Rajah 03

Ia Bertujuan Bagi Mengelak Air Bertakung Di Dalam Tong (Menyebabkan Kacang Rosak Dan

Berbau)

Gunakan Mata “Hand Drill” 4mm – 5mm Untuk Menebuk Lubang.

Rajah 01 Rajah 02 Rajah 03

Page 4: NOTA MENGHASILKAN SISTEM PENCAMBAH TAUGEH AUTOMATIK

Proses 2

Memasang Spray Jet/ Spray Nozel:-

Spray Jet Hendaklah Dipasang Pada Penutup Tong. Pemasangan Ini Boleh Dilakukan Dengan

Berbagai Kaedah Bergantung Kepada Jenis Penup Tong.

Langkah-Langkah:-

Pilih Spray Jet Yang Sesuai, Sebaik-Baiknya Yang Dapat Menyiram Dalam Lingkungan 360

Darjah Atau Sekata. “Spray Jet” Yang Digunakan Seperti Rajah 04. Terdapat Banyak Spray

Jet Dipasaran Contohnya Seperti Rajah 05

Rajah 04

Rajah 05

Page 5: NOTA MENGHASILKAN SISTEM PENCAMBAH TAUGEH AUTOMATIK

Pasang “Spray Jet” Gunakan Paip PVC Yang Sesuai.

Masukkan Paip PVC Biru Bersaiz 1cm Ke Dalam Lobang Spray Jet Jika Menggunakan

Spray Jet Seperti Rajah 04.

Gunakan Gam Cecair Yang Mudah Melekat Dan Kuat Agar Paip Tidak Tercabut Dari Spray

Jet Ketika Proses Penyiraman Berlaku, Rajah 05 & Rajah 06

Panjang Paip PVC Biru Lebih Kurang 1 Kaki.

Jika Memilih “Spray Nozel:” Yang Lain Kaedah Ini Tidak Sesuai, Anda Boleh Menggunakan

Kreativiti Anda Sendiri.

Lubang Spray Jet Seperti Rajah 07 Biasanya Kecil Anda Boleh Membesarkan Lubang

Tersebut Berdasarkan Kepada Keperluan Siraman, Rajah 08.

Pasang Paip PVC Disini Dengan Menggunakan Gam, Pastikan Paip PVC Tersebut

Ketat Ketika Dimasukkan Kedalam Lubang Spray Jet

Rajah 05

Rajah 06

Paip PVC Biru 1 cm

Spray Jet

Page 6: NOTA MENGHASILKAN SISTEM PENCAMBAH TAUGEH AUTOMATIK

Tebuk Penutup Tong Dengan Mata Hand Drill Bersaiz 19mm

Tebuk Penutup Tong Hendaklah Berhati-Hati Bagi Mengelak Daripada Tempat Yang Ditebuk

Pecah, Rajah 09

Lubang Pada Kepala Spray Jet Boleh Dibesarkan Untuk Mendapatkan Siraman Yang

Lebih Besar Dan Kuat.

Rajah 08Rajah 07

Bahagian Penutup Yang Ditebuk

Rajah 09

Page 7: NOTA MENGHASILKAN SISTEM PENCAMBAH TAUGEH AUTOMATIK

Pasang Penyambung Paip PVC ½ In (Male & Female)

“Male” Sebelah Dalam Rajah 10

“Female” Sebelah Luar Rajah 11

Penggunaan Perkakasan Ini adalah Bertujuan Untuk Memegang Spray Jet Supaya Ianya

Tegak Dan Tidak Bergerak Walaupun Tutup Tong Dibuka Dan Ditutup, Rajah 12

Rajah 10 Rajah 11

Rajah 12

Page 8: NOTA MENGHASILKAN SISTEM PENCAMBAH TAUGEH AUTOMATIK

Proses 3

Memasang Kemudahan Penyiraman Automatik :

Rajah 13 Menunjukkan Lakaran Lengkap Pemasangan Dan Penyediaan Sistem Mencambah

Kacang Hijau Menjadi Taugeh (Bermula Dati Tangki Dan Berakhir Pada Tong Pencambah).

Pasang Paip PVC ½ In Bermula Dari Tangki Dan Pasangkan Valve Sebelum Kemotor Pum

Pemasangan Valve Sebelum Motor Bagi Memudahkan Penyelenggaraan Dilakukan.

Alat Jejangka

Masa

Rajah 13

Page 9: NOTA MENGHASILKAN SISTEM PENCAMBAH TAUGEH AUTOMATIK

Sambungkan Paip PVC Kepada Motor Pada Bahagian Masukkan (Hadaoan Motor) Dan Pada

Bahagian Keluaran Motor Sambungkan Paip PVC Terus Kepada Tempat Tong-Tong

Disediakan.

Sambungan Paip Kesetiap Tong Sebaiknya Menggunakan Valve Berasingan, Ia Digunakan

Untuk Mengawal Kadar Siraman Air Dalam Tong, Rajah 14.

Susun Tong Pencambah Secara Teratur Mengikut Pembahagian Saluran Paip PVC, Rajah 14.

Letakkan Tong Di Atas Paip PVC Supaya Air Yang Di Pam Mudah Mengalir Keluar Daripada

Tong Melalui Lubang-Lubang Yang Telah Disediakan, Rajah 14.

Gunakan Paip PVC Boleh Lentur (1.5 cm) Untuk Menyambungkan Paip PVC Ke Penutup Tong,

Agar Kerja-Kerja Seperti Pemeriksaan, Pembersihan Tong Mudah Dilakukan (Sebaik-Baiknya

Panjang Paip PVC Boleh Lentur (1m – 1.5m) Bergantung Kedudukan Tong Dari Paip PVC

Utama, Rajah 14.

Pemasangan Motor Pum Dan Alat Pemasa Hendaklah DipasangDi Tempat Yang Kering Dan

Terlindung Daripada Hujan.

Sparay Jet Hendaklah Dipasang Pada Penutup Tong. Pemasangan Ini Boleh Dilakukan

Dengan Berbagai Kaedah Bergantung Kepada Jenis Penup Tong.

Valve Sebelum

Tong

Paip PVC Dibawah

Tong

Susunan Tong

Pencambah

Rajah 14

Paip PVC Boleh Lentur

Motor Pump

Page 10: NOTA MENGHASILKAN SISTEM PENCAMBAH TAUGEH AUTOMATIK

Cadangan Susunan Tong

Paip PVC ¾ In

Paip PVC ¾ In

Paip PVC ½ In

Paip PVC ½ In

Paip PVC ½ In

Dari Motor Pum

Paip PVC ½ In

Valve

Page 11: NOTA MENGHASILKAN SISTEM PENCAMBAH TAUGEH AUTOMATIK

Proses 4

Set Masa Siraman :

Set Masa Siraman Kedalam Tong Dengan Menggunakan Alat Pemasa Khas Seperti Rajah 15.

Bagi Model Set Masa Rajah 15, Boleh Disetkan Sehingga Lapan Kali Siraman Dalam Sehari.

Selepas Disetkan Alat Pemasa Ini Perlu Dipasang Pada Soket, Rajah 15.

Pasang Plug Penghidup Motor Pada Pin Soket Yang Terdapat Pada Alat Pemasa Ini,

Rajah 16.

Contoh Siraman Jika Masa Yang Disetkan Telah Tiba. Rajah 17.

Rajah 15 Rajah 16

Page 12: NOTA MENGHASILKAN SISTEM PENCAMBAH TAUGEH AUTOMATIK

PERALATAN DAN BAHAN SISTEM PENCAMBAH TAUGEH

Peralatan/Bahan Nama Sumber

Tong Sampah

(60 Liter)

Kedai-Kedai Menjual Peralatan

Plastik Atau Di Supermarket.

Motor Pump

(0.5 HP – 1HP)Dikedai-Kedai

Hardware

Suis PemasaKedai-Kedai Menjual Peralatan

Elektrik/Elektronik

Spray Jet/

Spray Nozel

Kedai-/Kedai Agro Dan

Hardware

Rajah 17

Page 13: NOTA MENGHASILKAN SISTEM PENCAMBAH TAUGEH AUTOMATIK

Peralatan/Bahan Nama Sumber

Paip PVC

½ InKedai-Kedai Hardware

Coupling Male

½ In

Kedai-Kedai

Hardware

Coupling Female

½ In

Kedai-Kedai

Hardware

Valve

½ in

Kedai-Kedai

Hardware

Flexible Paip PVC

(1cm – 1.5cm)

Kedai-Kedai

Hardware/ Penjual Gas

Page 14: NOTA MENGHASILKAN SISTEM PENCAMBAH TAUGEH AUTOMATIK

Nota TambahanContoh Beberapa Jenis Penyediaan Sistem Percambahan Taugeh Secara Automatik Yang

Telah Dihasilkan Oleh Beberapa Pengusaha Taugeh Di Malaysia.

 

Vescom Vision ENT

http://tangkalauagrotech.blogspot.my

Page 15: NOTA MENGHASILKAN SISTEM PENCAMBAH TAUGEH AUTOMATIK

https://kurniaesa-enterprise.blogspot.com

SELAMAT MENCUBADAN

SELAMAT MAJU JAYA

BERTAWAKKALLAH HANYA KEPADA ALLAH