16
1 Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas. Diwujudkan bagi menerbitkan apa jua penulisan hasil kajian dan pemikiran yang bertemakan wasatiyah (kesederhanaan). Ia bertujuan menyebarluaskan idea dan menggalakkan wacana wasatiyah dalam kefahaman dan amalan Islam dalam konteks masyarakat Islam Singapura. Sumbangan bahan penulisan amat dialu-alukan. Semua bahan penulisan haruslah memenuhi kriteria berikut: Bertemakan wasatiyah atau relevan dengan tema wasatiyah. Penyumbang boleh menulis dari apa jua sudut i.e. fiqh, akidah, akhlak, falsafah, sosio-agama, atau politik-agama asal sahaja isinya dapat dikaitkan dengan tema wasatiyah. Panjang penulisan ialah, minimum 1000 perkataan dan maksimum 2500 perkataan. Penerbitan penulisan yang disumbangkan ialah atas budi bicara penuh pihak penyunting. Pihak penyunting mempunyai hak untuk melakukan suntingan yang munasabah bagi bahan yang disumbangkan atas faktor-faktor bahasa atau ruang. Untuk menyumbang, sila hantarkan penulisan anda ke [email protected] Barisan Penyunting: Ustaz Irwan Hadi Mohamad Shuhaimi, Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Mohd. Yusoff, Ustaz Muhammad Haniff Hassan, Puan Sundusia Rosdi Grafik / halaman web / pembantu teknikal: Remy Mahzam, Ustazah Nurhafizah Azman Edisi (Edition) no. 23 / September 2018 Kandungan Dari meja penyunting… (mukasurat 2) Pandangan Wasatiy Mengenai Fiqh Iftiradhi (Fikih Jangkaan/Kemungkinan), oleh Ustaz Mustazah Bahari (mukasurat 3) Islam Sederhana Arab Saudi: Sumbangan Yang Terbatas?, oleh Ustaz Syed Huzaifah Alkaff (mukasurat 7) Apabila Gagal Memahami Agama Dengan Pengertian Yang Luas, oleh Mohd Hafiz Kusairi (mukasurat 14) Nota: Hakcipta penerbitan artikel ini dimiliki oleh Pergas. Tidak dibenarkan mengulang cetak artikel ini di mana-mana wadah penerbitan lain dan dalam bentuk apa jua bentuk tanpa izin dari Pergas. Namun, keizinan diberikan untuk mengongsi artikel ini melalui alamat url yang asal. Segala pendapat yang yang dikemukakan oleh para penulis artikel adalah milik penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Pergas, kecuali jika dinyatakan sedemikian secara tersurat oleh Pergas. www.wasatonline.wordpress.com

- blog.pergas.org.sg fileNota: Hakcipta penerbitan artikel ini dimiliki oleh Pergas. Tidak dibenarkan mengulang cetak artikel ini di mana-mana wadah penerbitan lain dan dalam bentuk

  • Upload
    others

  • View
    6

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: - blog.pergas.org.sg fileNota: Hakcipta penerbitan artikel ini dimiliki oleh Pergas. Tidak dibenarkan mengulang cetak artikel ini di mana-mana wadah penerbitan lain dan dalam bentuk

1

Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas. Diwujudkan

bagi menerbitkan apa jua penulisan hasil kajian dan pemikiran yang bertemakan wasatiyah (kesederhanaan). Ia bertujuan menyebarluaskan idea dan menggalakkan wacana wasatiyah dalam kefahaman dan amalan Islam dalam konteks masyarakat Islam Singapura.

Sumbangan bahan penulisan amat dialu-alukan. Semua bahan penulisan haruslah memenuhi kriteria berikut:

Bertemakan wasatiyah atau relevan dengan tema wasatiyah. Penyumbang boleh menulis dari apa jua sudut i.e. fiqh, akidah, akhlak, falsafah, sosio-agama, atau politik-agama asal sahaja isinya dapat dikaitkan dengan tema wasatiyah.

Panjang penulisan ialah, minimum 1000 perkataan dan maksimum 2500 perkataan.

Penerbitan penulisan yang disumbangkan ialah atas budi bicara penuh pihak penyunting.

Pihak penyunting mempunyai hak untuk melakukan suntingan yang munasabah bagi bahan yang disumbangkan atas faktor-faktor bahasa atau ruang.

Untuk menyumbang, sila hantarkan penulisan anda ke [email protected] Barisan Penyunting: Ustaz Irwan Hadi Mohamad Shuhaimi, Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Mohd. Yusoff, Ustaz Muhammad Haniff Hassan, Puan Sundusia Rosdi Grafik / halaman web / pembantu teknikal: Remy Mahzam, Ustazah Nurhafizah Azman

Edisi (Edition) no. 23 / September 2018 Kandungan

Dari meja penyunting… (mukasurat 2)

Pandangan Wasatiy Mengenai Fiqh Iftiradhi (Fikih Jangkaan/Kemungkinan), oleh Ustaz Mustazah Bahari (mukasurat 3)

Islam Sederhana Arab Saudi: Sumbangan Yang Terbatas?, oleh Ustaz Syed Huzaifah Alkaff (mukasurat 7)

Apabila Gagal Memahami Agama Dengan Pengertian Yang Luas, oleh Mohd Hafiz Kusairi (mukasurat 14)

Nota: Hakcipta penerbitan artikel ini dimiliki oleh Pergas. Tidak dibenarkan mengulang cetak artikel ini di mana-mana wadah penerbitan lain dan dalam bentuk apa jua bentuk tanpa izin dari Pergas. Namun, keizinan diberikan untuk mengongsi artikel ini melalui alamat url yang asal. Segala pendapat yang yang dikemukakan oleh para penulis artikel adalah milik penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Pergas, kecuali jika dinyatakan sedemikian secara tersurat oleh Pergas.

www.wasatonline.wordpress.com

Page 2: - blog.pergas.org.sg fileNota: Hakcipta penerbitan artikel ini dimiliki oleh Pergas. Tidak dibenarkan mengulang cetak artikel ini di mana-mana wadah penerbitan lain dan dalam bentuk

2

Wasat no. 23/September 2018

Dari meja penyunting…. Alhamdulillah, bertemu sekali lagi dengan para pembaca di edisi terbaru, Wasat (no. 23/September 2018). Kita baru sahaja memasuki tahun baru hijrah 1440. Maka dengan itu diucapkan kepada sekelian para pembaca, “Salam tahun baru hijrah. Moga dikurniakan keberkatan dan kejayaan di tahun yang baru menjelang”. Wasat, pada kali ini, mengemukakan tiga artikel pilihan. Artikel pertama bertajuk Pandangan Wasatiy Mengenai Fiqh Iftiradhi (Fiqah Jangkaan/Kemungkinan), oleh Ustaz Mustazah Baharif. Artikel ini memperkenalkan kepada para pembaca satu bentuk fiqah dan membicarakan pendapat ulama yang memboleh dan menolaknya. Berdasarkan pendapat-pendapat yang ada, penulis mencadangkan sikap yang sederhana terhadap bentuk fiqah ini. Sekali gus, penulis mengetengahkan idea akan kepentingan berfikir tentang kemungkinan-kemungkinan masa depan (futuristik) jika jelas maslahat dan keperluannya dan ia adalah bentuk penghayatan Islam yang sederhana. Artikel kedua Islam Sederhana Arab Saudi: Sumbangan Yang Terbatas?, oleh Ustaz Syed Huzaifah Alkaff. Artikel ini membicara akan usaha pembaharuan kerajaan Saudi Arabia untuk mewar-warkan Islam Sederhana di negara berkenaan bagi membaiki imej Islam konservatif yang sinonim dengannya. Penulis membicarakan latarbelakang dari usaha ini dan cabaran-cabarannya. Penulis berpendapat usaha ini hanya bakal mempunyai kadar kejayaan yang terbatas disebabkan kekangan struktur

politik dalaman yang telah berakar umbi dan realiti geo-politik yang ada. Artikel ketiga bertajuk, Apabila Gagal Memahami Agama Dengan Pengertian Yang Luas, oleh Mohd Hafiz Kusairi. Artikel ini mengulas sikap sesetengah Muslim yang mengamalkan ibadah-ibadah hanya pada tahap ritual fisikal dan kebaikan diri sahaja, sedangkan sudut nilai dan kaitan ibadah itu untuk kebaikan yang menjangkau diri sendiri terabai. Penulis melihat ini mempunyai kaitan dengan cara pembelajaran dan pengajaran agama yang sedia ada yang juga menatijahkan tiga akibat lain. Untuk mengatasinya pula, penulis mencadangkan tiga perkara. Bagi mengetahui tiga akibat lain dan tiga cadangan yang dibuat, bacalah artikel ini untuk dijadikan bahan renungan. Akhir sekali… Bacalah dengan nama Tuhanmu yang mencipta.

Page 3: - blog.pergas.org.sg fileNota: Hakcipta penerbitan artikel ini dimiliki oleh Pergas. Tidak dibenarkan mengulang cetak artikel ini di mana-mana wadah penerbitan lain dan dalam bentuk

3

Wasat no. 23/September 2018

Pandangan Wasatiy Mengenai Fiqh Iftiradhi (Fiqah Jangkaan/Kemungkinan) oleh Ustaz Mustazah Bahari Pendahuluan Ilmu fiqah mempunyai pelbagai sudut. Antaranya ialah fiqah ibadat, fiqah muamalat, fiqah awlawiyat (keutamaan), fiqah sirah (sejarah Nabi s.a.w), fiqah sunnah dan sebagainya. Terdapat satu sudut pembahasan fiqah yang dinamakan sebagai fiqh iftiradhi (fiqah jangkaan/kemungkinan) atau dokenali juga dengan fiqh tawaqqu`. Ia adalah bidang fiqah yang membahaskan hukum-hukum Islam berdasarkan jangkaan-jangkaan atau kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku di masa hadapan berpandukan kaedah-kaedah hukum syarak yang diakui. Terdapat pandangan yang berbeza mengenai kewajaran membahaskan hal ehwal agama yang belum berlaku atau belum tentu berlaku yang boleh dikategorikan kepada dua pendapat yang menyokong dan menolak konsep ini. Imam Abu Hanifah dan golongan Ahl Al-Ra’y (golongan yang lebih mengutamakan penggunaan rasional dalam mengeluarkan hukum) merupakan pihak yang menyokong. Imam Malik dan mereka yang bermazhab Ahl Al-Hadith (golongan yang lebih mengutamakan pengeluaran hukum berdasarkan teks hadis) adalah pihak yang tidak bersetuju. Fiqh iftiradhi dalam syarak Sebagaimana biasa, apa jua pembahasan mengenai sesuatu perkara dalam syarak, ia perlu dikaitkan dengan sumber utamanya, iaitu Al-Quran, hadis serta amalan atau pandangan salaf. Mengeluarkan hukum bagi sesuatu yang belum berlaku atau terjadi merupakan satu hal yang mencabar dan, jika merujuk kepada Al-Quran dan hadis, terdapat isyarat bahawa persoalan-persoalan mengenai perkara yang belum berlaku adalah sesuatu yang, seolah-olehnya, tidak perlu dilayan.

1Lihat Al-Bukhari, Al-Jami` Al-Sahih, hadis no. 6858, di http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=0&bookhad=6858 (30 Ogos 2018).

Hal ini dapat dilihat dalam firman Allah taala, “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu bertanya-tanya mengenai sesuatu perkara (yang belum dijelaskan hukum mengenainya) kerana apabila ia diperjelaskan kepada kamu nescaya ia menjadi buruk buat kamu.” (Al-Maidah: 101) Selain itu, Nabi s.a.w juga pernah melarang dari banyak bertanya tentang perkara-perkara yang belum diturunkan hukumnya dalam sabdanya, “Cukuplah dengan apa yang telah aku tinggalkan. Sesungguhnya umat-umat sebelum kamu telah binasa kerana terlalu banyak soalan mereka dan perselisihan mereka dengan para Nabi mereka..” (Riwayat Al-Bukhari)1 Umar bin al-Khattab juga pernah berkata, “Jauhilah kamu dari ‘kesempitan’ ini, kerana sesungguhnya apabila ia diturunkan dan terjadi, Allah akan mendatangkan seseorang yang akan menguruskan dan menjelaskannya.”2 Imam Ibn Syihab Al-Zuhri pernah ditanya oleh khalifah Abdul Malik bin Marwan mengenai sesuatu perkara. Lalu dia bertanya semula kepada khalifah sama ada telah terjadi sesuatu sehingga tertimbulnya soalan itu? Jawapan khalifah pula ia belum berlaku. Al-Zuhri pun berkata, “Biarkan wahai Khalifah. Jika ia benar berlaku kelak, Allah akan mendatangkan kemudahan untuk perkara itu.”3 Ramai di kalangan para salaf yang lebih cenderung kepada tidak melayan soalan bagi perkara yang belum terjadi lagi. Namun, terdapat juga di kalangan sahabat dan salaf yang bertanya mengenai perkara yang mungkin berlaku dan mendapat jawapan bagi soalan itu. Misalnya, Rafi` bin Khadij pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai suasana peperangan yang menyukarkan keadaan menyembelih binatang dengan ketiadaan pisau, samada boleh digunakan kayu pokok sebagai gantian? Rasulullah s.a.w lalu bersabda, “Apa sahaja yang dapat mengalirkan darah dan disebut nama Allah dengannya

2Ibn `Abd Al-Barr (1996), Sahih Jami` Bayan Al-Ilm Wa Fadhlih, Cairo: Maktabah Ibn Taimiyah, ms. 423. 3Ibid, ms. 423.

Page 4: - blog.pergas.org.sg fileNota: Hakcipta penerbitan artikel ini dimiliki oleh Pergas. Tidak dibenarkan mengulang cetak artikel ini di mana-mana wadah penerbitan lain dan dalam bentuk

4

Wasat no. 23/September 2018

selain menggunakan gigi dan kuku, maka makanlah kamu.” (Riwayat Al-Turmuzi)4 Pada situasi yang lain pula, seorang sahabat bertanya Rasulullah s.a.w, “Bagaimana sekiranya ada pemimpin-pemimpin kami yang menghalang hak-hak kami sedangkan mereka pula menuntut hak mereka dari kami? Rasulullah s.a.w menjawab, “Dengar dan taatlah, sesungguhnya mereka akan menanggung dengan apa yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka dan kamu juga begitu.” (Riwayat Muslim)5 Ini bertepatan juga dengan kisah Huzaifah Al-Yamani yang suka bertanya mengenai hal-hal yang buruk untuk dia kenal mana yang salah sehingga dia dapat mengelak dari jatuh di dalamnya.6 Pandangan Abu Hanifah dan Ahl Al-Ra’y Aliran ini yang diketuai oleh Imam Abu Hanifah juga dikenali sebagai golongan araaitaiyyin kerana sikap mereka yang suka memulakan pertanyaan dengan araaita seperti yang disebutkan dalam hadis di atas. Imam Abu Hanifah dinukilkan berkata, “Kita bersiap sedia menghadapi bala sebelum ia berlaku. Apabila ia berlaku, kita tahu dari arah mana untuk masuk dan arah mana untuk keluar.”7 Ahl Al-Ra’y berpandangan bahawa Islam melewati batas-batas kebiasaan yang dihadapi oleh manusia dalam kehidupannya. Islam bukan sahaja mengendalikan isu hukum yang telah tersedia ada jawapannya di dalam Al-Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w, bahkan Islam mengendalikan segala macam keperluan manusia yang berbagai. Dengan perkembangan Islam ke merata dunia, sudah pasti banyak persoalan akan ditimbulkan berpandukan keperluan masyarakat setempat yang tersendiri.

4Lihat Al-Turmuzi, Jami’ Al-Turmuzi, hadis no. 1491, di http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=2&bookhad=1491 (30 Ogos 2018) 5Lihat Muslim, Sahih Muslim, hadis no. 3439, di http://library.islamweb.net/hadith/display_hbook.php?bk_no=158&hid=3439&pid=107561 (30 Ogos 2018) 6Lihat Al-Bukhari, hadis no. 6673, di http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=0&bookhad=6673 (30 Ogos 2018)

Justeru golongan Ahl Al-Ra’y berpendapat bahawa amat wajar untuk dikendalikan urusan-urusan agama melewati batas nas-nas yang diturunkan secara literal. Contoh klasik yang dibawakan mengenai fiqh iftiradhi ini ialah mengenai seorang wanita yang memasuki tandas dan duduk di atas tempat yang mengandungi sisa air mani lelaki. Tanpa disedari pula, air mani itu termasuk ke dalam rahimnya sehingga membuatkannya mengandung. Lalu, persoalan yang ditimbulkan adalah seperti berikut: a. Adakah anak itu boleh dinisbahkan kepada dia dan

suaminya yang sah jika dia telah bernikah? b. Jika dia belum bernikah, adakah dia akan dijatuhkan

hukuman hudud ke atasnya? c. Adakah dia perlu mandi junub? Dan seterusnya persoalan-persoalan yang diajukan untuk cuba menghuraikan masalah tersebut jika berlaku.8 Pandangan Ahl Al-Hadith Aliran ini lebih cenderung untuk tidak membahaskan perkara-perkara yang belum berlaku melainkan adanya contoh-contoh yang disebutkan dalam hadis-hadis Nabi s.a.w. Jika tiada sebarang periwayatan yang menyebut tentang jawapan Nabi s.a.w tentang perkara masa hadapan, mereka akan

tinggalkan sahaja perkara itu tanpa dijawab. Imam Al-Sya`bi pernah berkata, “Perkataan paling aku benci ialah apabila ditanya dengan araaita. Sesungguhnya umat terdahulu binasa kerana banyak bertanya dengan araaita.”9 Ibn Hurmuz berkata, “Aku telah bertemu dengan ahli Madinah dan aku tidak mendapati (bicara mengenai hukum) melainkan dari Al-Quran dan Sunnah. Sebarang perkara yang terjadi atau bakal terjadi, ia diserahkan kepada sultan.”10

7Al-Khatib Al-Baghdadi (2001), Tarikh Madinat Al-Salam, Beirut: Dar Al-Gharb Al-Islamiy, jld. 15, ms. 477. Lihat di https://ia600500.us.archive.org/1/items/WAQtaba/taba15.pdf 8Amthilah min al-Fiqh al-Iftiradhi, islamweb.net, lihat di http://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=68230 (29 Ogos 2018) 9Ibn `Abd Al-Barr (1996), ms. 427 10Ibid.

Page 5: - blog.pergas.org.sg fileNota: Hakcipta penerbitan artikel ini dimiliki oleh Pergas. Tidak dibenarkan mengulang cetak artikel ini di mana-mana wadah penerbitan lain dan dalam bentuk

5

Wasat no. 23/September 2018

Imam Malik juga berkata, “Manusia dahulu memberi fatwa melalui apa yang mereka dengar dan tahu (dari Al-Quran dan Sunnah), tetapi aku tidak mendapati semua itu hari ini.”11 Banyak lagi pandangan-pandangan di kalangan ulama aliran ini yang tidak selesa dengan pendekatan mengeluarkan hukum dari perkara-perkara yang belum berlaku. Sehingga terdapat di kalangan mereka yang secara langsung mengkritik Abu Hanifah dengan kata-kata yang agak keras seperti yang diutarakan oleh Raqabah bin Masqalah apabila beliau ditanya mengenai Imam Abu Hanifah, beliau berkata, “Dia adalah orang yang paling alim dalam urusan-urusan akan datang tetapi paling jahil tentang urusan yang telah berlaku.”12 Imam Malik berkata, “Kalau Abu Hanifah keluar dengan pedang (mengajar manusia dengan kekerasan) itu lebih ringan daripada dia sibuk bicara mengenai qiyas dan pandangan akal.”13 Ibn `Uyainah pula berkata, “Ahli Kufah sentiasa dalam keadaan baik sehinggalah muncul di antara mereka Abu Hanifah!”14 Pandangan wasatiy mengenai fiqh iftiradhi Setelah ditinjau secara mendalam dan menyeluruh, fiqh iftiradhi merupakan salah satu proses pembahasan fiqah yang mengambil kira sudut-sudut yang menjangkaui fiqah biasa. Di antara ciri masalah fiqah yang boleh mengambil pendekatan iftiradhi ialah seperti berikut: 1. Jika terdapat di dalam Al-Quran atau hadis perkara-

perkara yang disebutkan sebagai isu masa hadapan, tidak salah untuk dikembangkan lagi pembahasan mengenai itu tersebut dengan mengambil kira sudut-sudut yang wajar bagi mendapatkan huraian bagi isu tersebut. Misalnya persoalan mengenai kemampuan manusia untuk meneroka alam angkasa lepas. Apakah yang harus dilakukan oleh seorang Muslim jika dia dapat terbang ke angkasa lepas terhadap solatnya dari aspek masa, arah kiblat dan sebagainya.

11Ibid. 12Ibid.

2. Hendaklah sesuatu isu yang ditimbulkan itu memang dijangka boleh berlaku dengan jangkauan akal dan kemudahan teknologi moden yang membantu, seperti isu mengenai hukum IVF misalnya. Disebabkan perkembangan teknologi perubatan moden, kaedah itu dapat membantu wanita-wanita yang sukar mengandung secara normal untuk mempunyai anak. Ulama kontemporari tidak melihat kaedah itu sebagai menyimpang dari asas-asas hukum syarak.

3. Perkara-perkara yang ditimbulkan apabila tiada dasar langsung dari nas Al-Quran atau hadis, ia

hendaklah dilihat dari sudut kewajaran untuk menghuraikannya. Misalnya, isu clone manusia. Adakah ia wajar dilakukan? Setakat ini para ulama mengeluarkan kenyataan untuk mengharamkan eksperimen itu kerana ia bercanggah dengan etika kemanusiaan. Sebaliknya, apa sahaja yang tidak terkait dengan dasar-dasar agama yang telah disepakati dan yang tidak menggugat etika kemanusiaan, ia harus untuk dibahaskan. 4. Perlu jelas juga dengan tuntutan dan keperluan maqasid al-shari`ah. Isu-isu yang ingin dijangkaui perlu dilihat dari sudut

kemaslahatan kehidupan manusia. Jika sesuatu isu tidak menjurus kepada kemaslahatan hidup manusia di masa hadapan, tidak perlulah dibahaskan kerana ia membuang masa. Misalnya isu menukar kelambu Kaabah dengan menggunakan fabrik yang berbeza, atau mengecat semula kubah Masjid Nabawi dengan menggunakan jenama yang lain. Isu-isu remeh seperti ini tidak perlu dibahaskan kerana ia tidak mendatangkan kemanfaatan kemudaratan kepada Islam dan umatnya.

Kesimpulan Manusia terdedah dengan banyak perkara di masa hadapan yang tidak dapat dipastikan keadaan dan situasinya kelak apabila berhadapan dengan masalah-

13Ibid. 14Ibid, ms. 428.

Page 6: - blog.pergas.org.sg fileNota: Hakcipta penerbitan artikel ini dimiliki oleh Pergas. Tidak dibenarkan mengulang cetak artikel ini di mana-mana wadah penerbitan lain dan dalam bentuk

6

Wasat no. 23/September 2018

masalah yang terkait dengan hukum fiqah. Luas dan anjalnya Islam tidak membiarkan sesuatu masalah berlaku tanpa ada jawapan dan huraiannya. Cabaran-cabaran hidup yang dihadapi oleh manusia mempunyai keunikannya tersendiri. Mengeluarkan hukum atau huraian bagi sesuatu yang berkaitan dengan Islam tidak boleh hanya ditinjau melalui satu sudut sahaja dan tidak boleh dirumuskan juga dengan apa yang diputuskan di negara Arab atau Islam sahaja. Ia perlu dilihat dari sudut kesesuaian hidup masyarakat setempat yang diraikan oleh perundangan Islam. Ahl Al-Hadith yang kelihatan menentang kaedah fiqh iftiradhi sebenarnya tidak menolaknya secara total. Mereka hanya perihatin terhadap pengurusan hukum agama dengan mengembalikan kepada maksud syariat yang sebenar. Kekhuatiran berlaku jika manusia sekadar berjangka-jangka tentang semua perkara yang berkaitan dengan urusan hidup yang kemudiannya dikaitkan dengan agama, sedangkan tidak semua perkara perlu dikaitkan dengan hukum agama. Begitu juga dengan Ahl Al-Ra’y, mereka bukan secara terbuka membincangkan segala perkara tanpa batas. Mereka tetap mempunyai dasar-dasar tertentu dalam menghuraikan isu-isu yang dijangka berlaku pada masa hadapan dengan teliti. Pandangan yang seimbang perlu di dalam menghuraikan isu ini. Setelah membawakan pandangan-pandangan para ulama mengenai pengeluaran hukum bagi masalah-masalah yang bakal berlaku, Imam Ibn `Abd Al-Barr berkata, “Ahl Al-Hadith telah melampaui batas di dalam tuduhan mereka ke atas Abu Hanifah kerana beliau banyak memasukkan pandangan akal dan qiyas ke dalam nas-nas agama. Tiada seorang pun yang aku ketahui di kalangan ahli ilmu melainkan mereka telah mentakwilkan ayat, atau mazhab tertentu dalam sunnah lalu mereka juga akan menolak pandangan golongan lain dengan takwil yang wajar, sunnah-sunnah lain yang sesuai dijadikan hujjah sehingga ada yang menghukumkan nasakh bagi sesuatu hadis (untuk mengalahkan hujjah pihak lain), yang mana semua itu banyak dilakukan juga oleh Abu Hanifah tetapi sedikit didapati dari selainnya.”15 Apa yang boleh difahami dari kata-kata Ibn `Abd Al-Barr ini adalah setiap ahli ilmu mempunyai pendekatan yang berbeza-beza dalam menghuraikan sesuatu masalah yang berkaitan dengan hukum syarak. Walaupun Ahl- Al-Hadith dilihat konsisten dalam metodologi pencarian dalil dari Al-Quran dan hadis,

15Ibid.

namun mereka juga menggunakan dalil akal di dalam perkara-perkara tertentu. Imam Abu Hanifah dan pengikutnya pula pada sudut lain terlalu banyak membahaskan isu-isu agama dengan memberi pendekatan jangkauan masa depan sehingga kelihatan dia tidak menghiraukan panduan nas yang ada. Sedangkan beliau juga merupakan salah seorang tokoh hadis yang dihormati ramai. Al-Syaikh Muhammad Abd Al-Rashid Al-Nu`mani, seorang tokoh yang masyhur di kalangan Ahl Al-Hadith berkata, “Mereka itu yang dalam lingkungan para ulama yang tersohor yang kuat kritikannya (terhadap hadis) seperti Abu Daud, Al-Turmuzi, Al-Hakim, Al-Baihaqi, Ibn Abd Al-Barr, Ibn Taimiyah, Ibn Al-Qayyim dan Ibn Kathir mengakui secara sedar bahawa Abu Hanifah adalah di kalangan imam hadis yang diambil kata-katanya dan sepertimana diambil kata-kata para imam hadis yang lain.”16

16`Abd Al-Rashid Al-Nu’mani (1416H), Makanat Al-Imam Abi Hanifah Fi Al-Hadith, Beirut: Dar Al-Basya’ir Al-Islamiyah, ms. 31-32.

Page 7: - blog.pergas.org.sg fileNota: Hakcipta penerbitan artikel ini dimiliki oleh Pergas. Tidak dibenarkan mengulang cetak artikel ini di mana-mana wadah penerbitan lain dan dalam bentuk

7

Wasat no. 22/Ogos 2018

Islam Sederhana Arab Saudi: Sumbangan Yang Terbatas?1 oleh Ustaz Syed Huzaifah Bin Othman Alkaff Salah satu perdebatan asas di dalam wacana kesederhanaan adalah pentakrifan maknanya. Masyarakat Muslim berusaha untuk menentukan makna ‘kesederhanaan dalam Islam’ agar sesuai dengan konteks sosial mereka sendiri. Seperti kes di Arab Saudi, usaha kesederhanaan mereka ketika ini berkait rapat dengan perkembangan sosioekonominya. Oleh itu, ia tidak menyeluruh kerana ia wujud dalam kekangan struktur politik negara. Ia juga tidak berasaskan teologi – walaupun ia berdiri atas nilai-nilai Islam. Kesederhanaan dalam Islam memerlukan asas teologi untuk mentakrifkannya kerana konsep ini pada asasnya merupakan satu konsep keagamaan. Oleh itu, sumbangan untuk mentakrifkan kesederhanaan dalam Islam berasaskan konteks keadaan masyarakat sahaja tidak wajar dan tidak berkesan tanpa asas teologi. Berita dan laporan mengenai usaha Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman (MBS) untuk membebaskan negaranya daripada fahaman Islam yang tegar kepada “Islam sederhana” menimbulkan persoalan dan wacana mengenai usaha baru di Arab Saudi ini. Putera Mahkota MBS akur dengan sikap tidak bertoleransi yang berlaku dalam masyarakatnya sendiri dan telah berikrar untuk menyederhanakan wacana agama masyarakatnya.2

1Artikel ini telah diterjemahkan dari Syed Huzaifah Alkaff dan NurulHuda Yussof (2018), “Saudi Arabia’s Moderate Islam: A Restrained Contribution?”. Eurasiareview. https://www.eurasiareview.com/26052018-saudi-arabias-moderate-islam-a-restrained-contribution-analysis/ [di akses 1 September 2018]. 2Martin Chulov (2017), “I Will Return Saudi Arabia To Moderate Islam, Says Crown Prince”, The Guardian, https://www.theguardian.com/world/2017/oct/24/i-will-return-saudi-arabia-moderate-islam-crown-prince [di akses 1 Mei 2018]. 3Yury Barmin (2018), “Can Mohammed Bin Salman Break the Saudi-Wahhabi Pact?”, Al Jazeera,

Dalam hujahnya, Arab Saudi sebelum ini bukanlah sebuah negara Islam tegar sebaliknya hanya menjadi seperti sekarang ini dalam beberapa dekad yang lalu terutama sekali selepas kejadian-kejadian pada 1979.3 Beliau menambah bahawa para pemimpin Arab Saudi sebelum ini tidak mampu menangani peristiwa-peristiwa geopolitik pada masa itu dan beliau melihat sikap ultrakonservatif beragama hanyalah satu respon yang bersifat reaksioner terhadap peristiwa-persitiwa itu. Beliau juga menyedari bahawa idea ultrakonservatif telah menghalang perkembangan sosioekonomi negara, terutama dalam memenuhi keperluan generasi muda. Mereka dibelenggu masalah pengangguran yang tinggi walaupun memegang kelayakan pendidikan tinggi.4 Untuk menangani masalah ini, perlu bagi Arab Saudi untuk beralih dari setakat bergantung kepada minyak kepada mempelbagaikan ekonomi mereka. Ini bermakna perlu bergantung kepada ekonomi bukan minyak atau bukan berasaskan tenaga yang akan membuka ruang untuk lebih banyak pelaburan asing dan menerima kehadiran mereka di Arab Saudi.5 Ini juga merupakan sebahagian daripada kempen Wawasan Arab Saudi 2030 yang merangkumi perancangan rapi bagi pembaharuan tadbir urus Arab Saudi dan keadaan sosio-ekonomi. Perubahan dasar peringkat domestik dan agama Dalam percubaan Putera Mahkota MBS untuk menyederhanakan wacana Islam Saudi, beliau merubah dasar domestik dan agama negara. Beliau melupuskan

https://www.aljazeera.com/indepth/opinion/mohammed-bin-salman-break-saudi-wahhabi-pact-180107091158729.html [di akses 1 Mei 2018]. 4Rick Noack (2017), “Saudi Arabia Wants to Return To 'Moderate Islam'. Skeptics Say It's A Marketing Ploy”, The Washington Post, https://www.washingtonpost.com/news/worldviews/wp/2017/10/25/saudi-arabia-vows-to-return-to-moderate-islam-but-critics-wonder-what-it-will-look-like/?noredirect=on&utm_term=.49d94a0141e3 [di akses 1 Mei 2018]. 5Ibid.

Page 8: - blog.pergas.org.sg fileNota: Hakcipta penerbitan artikel ini dimiliki oleh Pergas. Tidak dibenarkan mengulang cetak artikel ini di mana-mana wadah penerbitan lain dan dalam bentuk

8

Wasat no. 22/Ogos 2018

kuasa penangkapan dari Majlis Penggalak Kebaikan dan Pencegah Kemunkaran dan membendung fungsi-fungsinya yang terlalu mengawal;6 beliau melantik ulama yang berfahaman lebih sederhana ke dalam Majlis Ulama Tertinggi7; beliau membenarkan perhimpunan awam seperti konset muzik dan tayangan filem.8 Beliau juga membatalkan satu isu yang telah merosakkan reputasi hak asasi negaranya dengan memansuhkan pengharaman ke atas para pemandu wanita9 yang telah menjadi satu petanda penting tahap ultrakonservatif masyarakat Arab Saudi sebelum ini. Usaha ini bertujuan untuk meliberalkan dan memodenkan Arab Saudi dengan harapan untuk membuka dan mengubah Arab Saudi menjadi sebuah pusat kuasa pelaburan antarabangsa, dengan mewujudkan persekitaran yang lebih mesra perniagaan dan mampu menarik jumlah besar modal global.10 Manifestasi usaha ini jelas kelihatan di dalam video pemasaran projek Megacity Vision 2030 Neom 10,11 yang menggambarkan peranan wanita dan menekankan kemewahan dan keterbukaan sosial. Ia menggambarkan betapa pentingnya pembaharuan gaya hidup rakyat Saudi dan menyegerakan perubahan dinamik agama serta sosioekonomi masyarakat Arab Saudi. Perubahan dasar domestik Arab Saudi, terutama sekali dari sudut agama, membolehkan Putera Mahkota MBS mengubah polisi-polisi negara yang bersifat ultrakonservatif yang telah lama berakar dalam masyarakatnya. Inilah yang menjadi motivasi di sebalik usaha beliau untuk menyederhanakan Islam di negara itu. Islam Sederhana ala Arab Saudi: Seberapa jauh? Putera Mahkota MBS berkata langkah yang beliau ambil adalah untuk mengembalikan Arab Saudi ke era sebelum tahun 1979 di mana beliau mendakwa ia lebih terbuka dan sederhana. Walau bagaimanapun, idea ultrakonservatif – yang sering dikaitkan dengan Ibn Abdul Wahhab – telah berakar dalam masyarakat Arab sejak pakatan Ibn Abdul Wahhab-Saud yang mencipta dan mengatur kepemimpinan keagamaan dan politik Arab Saudi. Pakatan ini terus dipelihara oleh keturunan Ibn Abdul Wahhab iaitu keluarga besar Al Al-Shaykh. Walaupun terdapat perubahan dalam dasar domestik dan agama,

6Barmin (2018), Online. 7Ibid. 8Ibid. 9The Straits Times (2018), “Saudi Arabia Says to Lift Driving Ban On Women From June 24”, https://www.straitstimes.com/world/middle-east/saudi-arabia-says-to-lift-driving-ban-on-women-from-june-24 [di akses 1 Mei 2018].

sifat ultrakonservatif Arab Saudi masih terus teguh terutama yang berkaitan dengan undang-undang dan hubungan dengan agama lain. Amalan-amalan ultrakonservatif yang masih berterusan, termasuk prinsip lelaki sebagai penguasa dalam keluarga, menggambarkan Syiah dan Sufi Islam menggunakan istilah-istilah yang jelek di dalam buku-buku, undang-undang yang mentakrifkan ateis sebagai pengganas dan menasihatkan orang Islam supaya tidak bergaul dengan orang-orang ‘kafir’ seperti orang Yahudi dan Kristian.12 Kajian sebuah badan hak asasi manusia bukan kerajaan, Human Rights Watch, mengenai buku-buku teks agama yang dihasilkan oleh Kementerian Pendidikan Arab Saudi dalam tahun 2016-2017 menyimpulkan bahawa rasa benci terhadap orang-orang

10Noack (2017), Online. 11Ibid. 12James M. Dorsey (2018), “Bangladesh Looks to Saudi Arabia In A Twist of Irony”, The New Arab, https://www.alaraby.co.uk/english/comment/2018/4/24/bangladesh-looks-to-saudi-arabia-in-twist-of-irony [di akses 1 Mei 2018].

Page 9: - blog.pergas.org.sg fileNota: Hakcipta penerbitan artikel ini dimiliki oleh Pergas. Tidak dibenarkan mengulang cetak artikel ini di mana-mana wadah penerbitan lain dan dalam bentuk

9

Wasat no. 22/Ogos 2018

yang berbeza iman13 telah disemai ke dalam diri para pelajar serendah gred pertama di sekolah Arab Saudi. Pandangan ultrakonservatif dan eksklusif ini dibina atas doktrin Wahhabi. Walaupun bentuk asal doktrin ini tidak mengajak kepada keganasan, ia telah diguna pakai sebagai asas untuk membentuk konsep ‘agama lain’ sebagai musuh. Inilah teras pembentukan asas kekerasan kumpulan pengganas seperti IS dan Al Qaeda. Doktrin ini kemudiannya berkembang menjadi retorik anti-Syiah, anti-Iran dan anti-Barat yang mengukuhkan lagi asal sifat ultrakonservatif dan eksklusifnya. Seterusnya, muncul pula dari doktrin ini ajaran kafir-mengkafirkan yang memberi justifikasi bagi melakukan kekerasan dan pertumpahan darah. Semua doktrin-doktrin di atas kemudiannya dieksport keluar dari Arab Saudi ke pelbagai negara Islam lain di mana ia membawa hasil yang sama, iaitu keganasan agama, tiada sikap bertolak ansur dan pemikiran ekslusivisme.14 Ini adalah antara faktor bagaimana persekutuan keluarga Saud dengan idea Wahhabi memainkan peranan mereka dalam pembangunan jihadisme dan keganasan global. Putera Mahkota MBS melihat perkara ini dan usaha terakhirnya dalam memperbetulkan keadaan adalah untuk menghantar mesej kuat tentang kedudukan Saudi sebagai sekutu Barat dalam usaha anti-keganasan

13Ibid. 14Ibid. 15David Kilgour (2018), “Reforming Saudi Arabia”, The Epoch Times, https://www.theepochtimes.com/reforming-saudi-arabia_2489038.html [di akses 1 Mei 2018].

global.15 Keupayaan beliau mewujudkan kesederhanaan ini mewakili hasratnya untuk tidak hanya mengubah minda rakyat bagi memodenkan dan meliberalkan Arab Saudi, tetapi juga untuk meyakinkan persekutuan globalnya bahawa Arab Saudi tidak lagi menginginkan idea ultrakonservatif yang berperanan dalam membangkitkan fahaman radikal dan jihadisme. Usaha mewujudkan kesederhanaan yang ingin dicanangkannya ialah yang berpusat pada nilai-nilai Islam yang sederhana, bertolak ansur, cemerlang, berdisiplin, ekuiti, ketelusan, sifat ihsan serta nilai-nilai positif kebersamaan yang lain16 yang telah wujud sekian lama dalam tradisi agama Islam. Ini jelas ditonjolkan dalam usahanya untuk membangunkan sebuah masyarakat progresif dan moden, terutamanya dengan generasi muda di dalam kempen Wawasan 2030. Namun, persoalannya adalah sejauh mana beliau boleh menerajui usaha tersebut demi untuk memenuhi matlamat ini? Keterbatasan dalam Islam Sederhana ala-Arab Saudi Struktur politik Arab Saudi merupakan faktor pertama dan paling mencabar dalam usaha-usaha Putera Mahkota MBS mewujudkan kesederhanaan. Kerajaan Arab Saudi dibangunkan berpaksikan dua tiang yang didirikan oleh pakatan Ibn Abdul Wahhab-Saud: keluarga Al-Saud yang mengurus urusan politik, dan

keluarga Al Al-Shaykh (dari tradisi Ibn Abdul Wahhab) yang mengendalikan urusan agama.17 Sistem ini telah dipelihara selama lebih dari 250 tahun, di mana masyarakatnya sendiri telah diterapkan dengan pemahaman tentang susunan politik-agama negara itu. Walaupun seorang ulama yang mengikut idea Wahhabi muncul dalam program berita televisyen Arab Saudi dan melarang pembunuhan orang awam serta mengecam langkah Osama bin Laden yang mewajarkan serangan 9/11 sebagai jihad, ramai pemuda warga Arab Saudi menghubungi stesen televisyen tersebut dan menentang ulama berkenaan. Mereka memberikan alasan bahawa serangan 9/11 adalah sebahagian daripada jihad yang benar terhadap Barat.18 Keluarga besar Al Al-Shaykh dianggap sebagai panduan agama kerajaan dan mereka terkenal sebagai orang-orang yang begitu mematuhi idea-idea Ibn Abdul Wahhab.

16Vision 2030 (2018), http://vision2030.gov.sa/en/node/259 [di akses 1 Mei 2018]. 17Kilgour (2018), Online. 18David Dean Commins (2009), The Wahhabi Mission and Saudi Arabia, London: I. B. Tauris, ms. 6.

Page 10: - blog.pergas.org.sg fileNota: Hakcipta penerbitan artikel ini dimiliki oleh Pergas. Tidak dibenarkan mengulang cetak artikel ini di mana-mana wadah penerbitan lain dan dalam bentuk

10

Wasat no. 22/Ogos 2018

Walaupun dengan adanya usaha-usaha Putera Mahkota MBS sekarang ini, keluarga besar Al Al-Shaykh tetap berpegang teguh pada isu-isu penting dan terus menggunakan kuasa mereka dalam pembentukan dasar-dasar agama kerajaan. Contoh terkini adalah larangan menziarahi Gua Hira’ yang dikenakan ke atas jemaah haji. Ia mencerminkan fahaman ultrakonservatif yang masih berterusan kerana menilai ziarah sedemikian berkemungkinan besar membawa kepada kesesatan.19 Contoh ini menunjukkan betapa sukarnya untuk Putera Mahkota MBS melangkah jauh dalam usaha beliau mewujudkan kesederhanaan kerana keluarga besar Al-Shaykh selaku tunggak kedua negara yang kuat, terus bertindak sebagai benteng terhadap dasar-dasar agama yang ultrakonservatif di dalam negara. Identiti nasionalis kerajaan juga termasuk ciri-ciri keagamaannya yang sudah berakar umbi dalam fahaman Wahabi. Dasar-dasar asing mereka juga mencerminkan hal yang sama. Industri minyak yang berkembang pesat pada tahun 1970-an dan persaingan politik antara Arab Saudi dengan Iran yang bermazhab Syiah telah membawa kepada banyak pembangunan masjid-masjid yang dibiayai oleh Arab Saudi serta kegiatan agama yang meluas di seluruh dunia, yang mana sering dilihat sebagai percubaan untuk menyebarkan ajaran fahaman Wahhabi.20 Cara sedemikian memastikan bahawa Arab Saudi dapat mengekalkan kedudukan mereka sebagai pusat agama di Timur Tengah dan rujukan utama mengenai Islam di peringkat global. Kesan ini masih dirasakan hari ini. Sebagai contoh, Arab Saudi telah menerima pajakan sewa bebas selama 99 tahun bagi Masjid Besar di Brussels sebagai pertukaran bagi harga minyak yang lebih murah untuk Belgium. Ini termasuk membenarkan imam yang disokong Arab Saudi untuk berkhidmat kepada masyarakat Islam di Brussels. Sungguhpun demikian, masjid tersebut menarik balik imam-imam tersebut kerana menyebarkan ajaran yang dikaitkan dengan fahaman Wahhabi, yang dipercayai membawa kepada penyebaran

19Ruzaini Rashid (2018), “Arab Saudi Larang Lawatan Ke Jabal Thur Jabal Noor Semasa Umrah”, BERITA Mediacorp. https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapore/arab-saudi-larang-lawatan-ke-jabal-thur-jabal-noor-semasa-umrah/4008106.html [di akses 1 Mei 2018]. 20Commins (2009), ms. 152-3.

ideologi-ideologi radikal. Selaras dengan usaha menampilkan Islam Sederhana, Putera Mahkota MBS menerima secara baik keputusan yang dibuat oleh Brussels.21 Namun, telah banyak sekolah-sekolah sudah ditubuhkan dan para pendakwah Wahhabi dikirim di merata dunia. Sekolah-sekolah dan para pendakwah tersebut menimbulkan kebimbangan orang ramai terhadap ajaran-ajaran fahaman Wahhabi yang di selindung di sebalik nama Salafi. Meskipun dengan adanya perubahan pada dasar-dasar asing Arab Saudi, perkembangan geopolitik di rantau itu akan tetap menyulitkan keadaan Arab Saudi. Penglibatannya yang berterusan dalam perang di Yaman menunjukkan motivasi politik yang dipegang oleh Arab Saudi untuk mengekalkan dirinya sebagai kuasa besar agama di rantau itu. Ini sudah beberapa kali dibukitkan seperti peristiwa Mekah ditawan, kebangkitan Ikhwanul Muslimin, penyebaran jihadisme ke peringkat global, perang saudara di Syria dan yang terbaru, perikatan yang dipimpin oleh Arab Saudi dalam perang di Yaman. Contoh-contoh ini menunjukkan kecenderungan Arab Saudi untuk mengukuhkan identiti mereka sebagai kuasa besar politik dan agama yang termasuk menegaskan ciri-ciri serta jenama Islam mereka sendiri. Lantaran itu, agak sukar untuk mengharapkan

21Alissa De Carbonnel and Stephen Kalin (2018), “Giving Up Control of Brussels Mosque, Saudi Arabia Sends a Signal”, U.S. News, https://www.usnews.com/news/world/articles/2018-02-12/giving-up-control-of-brussels-mosque-saudi-arabia-sends-a-signal [di akses 1 Mei 2018].

Page 11: - blog.pergas.org.sg fileNota: Hakcipta penerbitan artikel ini dimiliki oleh Pergas. Tidak dibenarkan mengulang cetak artikel ini di mana-mana wadah penerbitan lain dan dalam bentuk

11

Wasat no. 22/Ogos 2018

perubahan besar dalam dasar-dasar asing Arab Saudi atau bagaimana ia melihat dirinya di peringkat global. Memang tidak dapat dinafikan bahawa gagasan ultrakonservatif dari fahaman Wahhabi menjunjung nilai-nilai yang kuat kepada dakwaan Arab Saudi sebagai kuasa besar agama di pentas global. Walaupun kalau diperhatikan Arab Saudi mengambil pendekatan lebih liberal terhadap perkembangan-perkembangan geopolitik terkini seperti contoh Arab Spring, ia masih fokus kepada perubahan di peringkat domestik dan bukan di peringkat antarabangsa. Ketiga-tiga cabaran utama yang dihadapi oleh Putera Mahkota MBS dalam usahanya menggalak fahaman Islam Sederhana tidak berupaya membolehkan beliau untuk pergi lebih jauh – sekurang-kurangnya buat masa ini. Keterbatasan disebabkan oleh struktur asal Arab Saudi akan menghambat percubaan Putera Mahkota MBS untuk “menyederhanakan” Islam Arab Saudi. Oleh itu, kesederhanaan Islam Arab Saudi bukanlah satu konsep yang lengkap mahupun holistik walaupun cuba didirikan di atas prinsip Islam.

22The Grand List of Endorsements of the Amman Message and Its Three Points (2018), ammanmessage.com, http://ammanmessage.com/grand-list-of-endorsements-of-the-amman-message-and-its-three-points/ [di akses 1 Mei 2018].

Walaupun usaha Putera Mahkota MBS didorong oleh objektif politik dan sosioekonomi, sumbangannya kepada wacana kesederhanaan masih kurang. Ini boleh dikaitkan dengan kekurangan penyertaan oleh sarjana-sarjana agama yang berpegang pada fahaman sederhana dalam membangunkan idea tersebut kerana bidang agama di negara itu masih dikuasai oleh para ulama konservatif dari keluarga besar Al Al-Shaykh. Usaha-usaha lain menyederhanakan Islam Arab Saudi bukanlah satu-satunya negara yang cuba untuk menwujudkan Islam Sederhana. Terdapat usaha-usaha yang dilakukan oleh masyarakat Islam di seluruh dunia untuk membentuk Islam Sederhana dengan menyesuaikan pemahaman tentang Islam mengikut konteks kehidupan umat Islam hari ini. Sesetengah usaha mencakupi serantau, sementara sesetengah yang lain melibatkan komuniti yang khusus. Usaha terbesar ialah Perisytiharan Amman yang melibatkan 552 tandatangan dari 84 buah negara.22 Walaupun ia tidak dilabel sebagai usaha untuk “menyederhanakan” Islam, ia menawarkan tiga aspek

yang menunjukkan bentuk Islam yang sederhana: 1) menerima pelbagai mazhab fiqah terkemuka dan teologi termasuk Syiah, Ibadi dan Zahiri. Ini bermakna, tidak boleh mengisytiharkan mereka sebagai murtad atau menumpahkan darah, kehormatan dan harta mereka. Dalam masa yang sama, tidak dibenarkan untuk mengisytiharkan mana-mana kumpulan lain yang mengisytiharkan diri mereka sebagai Muslim dan percaya kepada Tuhan sebagai seorang yang murtad atau bukan Islam; 2) Mengaku bahawa kesamaan antara pelbagai mazhab adalah sangat ketara, dan perbezaannya hanya berkaitan dengan isu-isu sampingan, yang menurut Perisytiharan Amman disifatkan sebagai rahmat; 3) Menekankan bahawa seseorang individu perlu memenuhi pelbagai kelayakan peribadi yang diperlukan oleh setiap mazhab Islam dan mematuhi metodologi sesebuah mazhab sebelum mengeluarkan fatwa.23 Usaha yang kedua ialah, Surat Terbuka Untuk Baghdadi. Walaupun dianggap sebagai usaha melawan ideologi pelampaun, ia telah menyumbang kepada usaha “menyederhanakan” Islam disebabkan

23The Three Points of the Amman Message (2018), ammanmessage.com, http://ammanmessage.com/the-three-points-of-the-amman-message-v-2/ [di akses 1 Mei 2018].

Page 12: - blog.pergas.org.sg fileNota: Hakcipta penerbitan artikel ini dimiliki oleh Pergas. Tidak dibenarkan mengulang cetak artikel ini di mana-mana wadah penerbitan lain dan dalam bentuk

12

Wasat no. 22/Ogos 2018

pembentangan idea dan sikap sederhana di dalam agama dibandingkan idea ultrakonservatif dan kekerasan kumpulan pengganas, IS, yang diketuai oleh Abu Bakr Al-Baghdadi. Surat Terbuka itu telah menetapkan 24 prinsip dan nilai agama dalam pelbagai isu.24 Antaranya ialah perhambaan, hak asasi wanita, perkara-perkara di dalam hukum agama dan banyak lagi. Ini bertujuan untuk mencerminkan Islam yang benar dan yang mempunyai asas, prinsip dan nilai yang tinggi, tidak seperti “Islam” yang dimanipulasikan oleh kumpulan pengganas itu. Oleh itu, cara ini juga menunjukkan bentuk usaha lain untuk “menyederhanakan” Islam. Walaupun berbeza dengan Perisytiharan Amman, kedua-dua usaha menjunjung nilai-nilai yang sama, iaitu toleransi, inklusif, mengelak kebencian dan ketaksuban agama. Usaha yang terbaru untuk “menyederhanakan” Islam adalah Perisytiharan Marrakesh 2016. Ia memberi fokus kepada pemeliharaan hak-hak kumpulan-kumpulan agama minoriti di negara-negara yang majoritinya Muslim. Perisytiharan ini menggabungkan nilai-nilai yang digambarkan dalam Piagam Madinah yang diisytiharkan oleh Nabi Muhammad (s.a.w) sendiri. Ia menuntut agar semakan semula dilakukan ke atas apa-apa bahan atau kurikulum pendidikan yang menggalakkan pencerobohan dan ekstremisme. Ia juga menggalak di setiap peringkat, baik dari akar umbi mahupun kerajaan (top-down and ground-up), untuk memastikan keadilan terhadap kumpulan agama minoriti di negara-negara Islam. Selain menyingkap kembali kebersamaan di dalam hidup secara bermasyarakat, seperti yang telah diamalkan berkurun dan berabad lamanya, ia dapat memulihkan kepercayaan antara masyarakat berlainan agama.25 Paling penting, pengisytiharan ini menegaskan supaya agama tidak digunakan untuk menyerang hak-hak kumpulan agama

24Council on American Islamic Relations (2014), “Open Letter to Baghdadi”, http://lettertobaghdadi.com/14/english-v14.pdf [di akses 1 Mei 2018]. 25Marrakesh Declaration (2016), “Executive Summary of The Marrakesh Declaration on The Rights of Religious Minorities in Predominantly Muslim Majority Communities”, http://www.marrakeshdeclaration.org/files/Bismilah-2-ENG.pdf [di akses 1 Mei 2018]. 26Ibid.

minoriti di negara-negara Islam.26 Usaha ini juga mewakili nilai-nilai yang dipegang oleh Perisytiharan Amman dan Surat Terbuka Untuk Baghdadi. Semua usaha ini boleh dianggap sebagai melambangkan usaha “menyederhanakan” Islam. Dari segi usaha negara pula, usaha “menyederhanakan” Islam di Malaysia telah dicemari dengan tentangan daripada golongan-golongan tegar yang memegang kuasa politik. Cabaran di Malaysia adalah dalam konservatisme yang kian meningkat di kalangan penduduk yang dirangsang oleh pendekatan autoritarian kerajaan dalam isu-isu agama.27 Usaha G25, iaitu sekelompok bekas penjawat awam dan diplomat tinggi, untuk menerbitkan sebuah buku yang mempromosikan Islam sederhana telah diharamkan oleh kerajaan. Buku bertajuk Breaking the Silence: Voices of Moderation – Islam in a Constitutional Democracy telah ditulis untuk mengatasi sikap tidak bertolak ansur yang disokong atas nama agama dan dengan sokongan negara. Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Ahmad Zahid Hamidi, telah menandatangani larangan itu atas alasan ia “mungkin memudaratkan ketenteraman awam” dan “mungkin mencetuskan pelbagai pendapat awam”.28 Oleh itu, usaha kesederhanaan di Malaysia menjadi begitu terbatas. Di Singapura, usaha mewujudkan kesederhanaan dilakukan di pelbagai peringkat sejak tahun 2004.29

27Shannon Teoh (2017), “Moderate Islam Key to Malaysia”, The Straits Times, https://www.straitstimes.com/asia/se-asia/moderate-islam-key-to-malaysia [di akses 1 Mei 2018]. 28The Straits Times (2017), “Malaysia Government Sparks Anger with Ban on Moderate Islam Book”, https://www.straitstimes.com/asia/se-asia/malaysia-govt-sparks-anger-with-ban-on-moderate-islam-book [di akses 1 Mei 2018]. 29Pergas (2004), Moderation in Islam, Singapore: PERGAS.

Page 13: - blog.pergas.org.sg fileNota: Hakcipta penerbitan artikel ini dimiliki oleh Pergas. Tidak dibenarkan mengulang cetak artikel ini di mana-mana wadah penerbitan lain dan dalam bentuk

13

Wasat no. 22/Ogos 2018

Masyarakat Islam di Singapura, khususnya para agamawan, terus mengembangkan kesusasteraan akademik mengenai perkembangan konsep Islam sederhana. Melalui penerbitan buku, pendidikan awam, persidangan akademik dan forum, konsep Islam yang sederhana dibangunkan secara khusus untuk menggalak pandangan-pandangan inklusif yang menekankan sejarah kehidupan bermasyarakat yang telah membangunkan sebuah negara.30 Di samping itu, pemerintah Singapura telah mengambil banyak tindakan keras terhadap para pendakwah asing yang dianggap menyebarkan mesej eksklusif dan tidak bertolak ansur.31 Ismail Menk dari Zimbabwe, Haslin Baharim dari Malaysia dan Encik Yusuf Estes telah diharamkan daripada menyampaikan ajaran agama di Singapura kerana berpegang pada pandangan-pandangan yang mengancam masyarakat Singapura yang hidup berbilang agama. Dengan cara ini, usaha kesederhanaan di Singapura menyerupai usaha Perisytiharan Marrakesh, di mana tumpuan utama diberikan kepada peranan masyarakat Islam yang hidup di tengah-tengah masyarakat majmuk. Ternyata, usaha-usaha yang dijalankan bersama mempunyai harapan lebih cerah untuk membangunkan konsep Islam Sederhana yang lebih menyeluruh, manakala usaha sendiri oleh sesebuah negara cenderung mengikuti ciri-ciri masyarakatnya sendiri. Konsep kesederhanaan di dalam Islam yang diusahakan sesebuah negara akan wujud dalam batasan politik dan sosioekonomi negara tersebut. Walaupun terdapat pelbagai cara untuk “menyederhanakan” Islam, semua usaha itu menekankan nilai-nilai yang sama, iaitu nilai-nilai Islam – tidak terhad kepada – keamanan, toleransi

30Pergas (2004). 31Yunita Ong (2017), “2 Muslim Preachers Banned from Singapore”, The New Paper.

dan belas ihsan serta menolak ketaksuban, kebencian dan keganasan terhadap masyarakat lain atau terhadap diri mereka sendiri. Kesimpulannya Secara keseluruhannya, konsep kesederhanaan di dalam Islam boleh berbeza-beza, bergantung kepada keterbatasan yang ada di sesebuah negara. Bagi Arab Saudi, usaha untuk menentukan Islam Sederhana bergantung kepada struktur politik dan tuntutan sosioekonominya. Sejauh mana pun usaha Arab Saudi untuk menggalak jenama global Islam Sederhana, konsep negara itu terikat pada faktor-faktor sosioekonominya. Oleh itu, tidak mencukupi untuk sekadar memahami definisi Islam Sederhana Arab Saudi sebagai gambaran konsep yang menyeluruh yang diharapkan oleh wacana kesederhanaan. Walaupun konsep Islam sederhana sedang dibangunkan, usaha Arab Saudi untuk “menyederhanakan” Islam berbanding idea-idea ultrakonservatif akan terus berdepan cabaran demi cabaran dari doktrin dan undang-undang yang tegar. Putera Mahkota MBS perlu mempergiat usahanya dan cuba untuk berunding dengan keluarga besar Al Al-Shaykh bagi memperhalusi fatwa-fatwa, peraturan dan doktrin agama negara mereka. Ini termasuk doktrin Al-Wala’ Wa Al-Bara’, undang-undang fitnah (blasphemy laws), undang-undang hudud dan retorik kebencian (hate rhetoric). Tugas dan usaha sulit ini menjadi bertambah rumit oleh isu sektarianisme dan konflik antara agama dan sesama

Muslim yang berlarutan. Walaupun beberapa cabaran yang ada tidak dapat dihuraikan disebabkan faktor geopolitik, masih ada yang dapat diatasi dan boleh dikawal menerusi interpretasi kreatif dan sesuai dengan konteks, seperti yang dilihat pada usaha-usaha lain yang dibincangkan dalam usaha membangunkan Islam yang sederhana.

http://www.tnp.sg/news/singapore/2-muslim-preachers-banned-singapore [di akses 1 Mei 2018].

Page 14: - blog.pergas.org.sg fileNota: Hakcipta penerbitan artikel ini dimiliki oleh Pergas. Tidak dibenarkan mengulang cetak artikel ini di mana-mana wadah penerbitan lain dan dalam bentuk

14

Wasat no. 23/September 2018

Apabila Gagal Memahami Agama Dengan Pengertian Yang Luas oleh Mohd Hafiz Bin Kusairi Sewaktu melaksanakan ibadah haji baru-baru ini, saya mengambil kesempatan untuk merenung akan keadaan umat manusia yang bersama-sama berhimpun di kota suci Mekah dan Madinah. Antara perkara paling ketara yang saya dapati dari renungan yang dibuat ialah kecenderungan para jemaah haji untuk meraih pahala untuk diri sendiri sehingga tidak mempedulikan kemaslahatan sesama jemaah di sekitar mereka. Seolah-olah tidak terkesan sedikitpun dengan perbuatan merempuh jemaah haji yang lain sewaktu bertawaf hanya kerana keghairahan untuk mengucup Hajar Al-Aswad. Di Muzdalifah, ada pula yang tiada perasaan simpati terhadap jemaah-jemaah haji yang tidak mendapat ruang untuk duduk beristirehat kerana inginkan untuk diri sendiri ruang rehat yang secukupnya. Ada pula yang tiada rasa terkesan pun dengan keadaan jemaah yang terpaksa bersempit menyimpul kaki sedangkan mereka hadir lebih awal untuk mendengar khutbah Jumaat kerana yang datang terkemudian bersahaja duduk di antara dua saf. Pengamatan saya ini menyebabkan saya terfikir seolah-olah nilai ritual ibadah kita hari ini tidak memenuhi fungsi yang sepenuhnya. Sememangnya kita diciptakan di bumi ini untuk beribadah sebagaimana yang difirmankan oleh Allah taala, “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” (Al-Zariyat: 56) Namun apakah natijah yang dikehendaki Allah daripada ibadah kita? Apakah kayu ukur kejayaan ibadah kita? Adakah ia perasaan euforia kerana berjaya mengucup batu syurga, walau dengan bersifat agresif di depan Ka’bah, atau rasa “syiok” kerana dapat solat di dalam kawasan Raudah walau pun menyakiti beberapa saudara Islam yang lain dengan kekerasan tangan kita dalam proses untuk memasuki ke dalamnya? Adakah kisah-kisah ini yang akan dibangga-banggakan di hadapan saudara mara kita sebaik sahaja kita tiba di tanahair?

Allah menyebut tentang natijah yang dikehendaki daripada ibadah yang terpenting sekali iaitu solat, “Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Al-Ankabut: 45) Dari insiden-insiden yang saya perhatikan, saya mula memikirkan beberapa akibat daripada kegagalan untuk melihat fungsi agama ini melalui kerangka yang luas. Ini termasuk kegagalan untuk melihat agama ini sebagai mempunyai dinamika yang hebat untuk mengubah masyarakat; yang tidak hanya terbatas kepada sekadar retorika-retorika yang tidak menghasilkan gerak kerja yang produktif. Begitu jugak kegagalan untuk melihat fungsi agama sebagai sesuatu yang melebihi apa yang kita dandankan di tubuh badan kita. Akibat pertama: Terhakisnya kualiti ilmiah dan penghayatan di dalam penyampaian mesej agama Ada kalanya sang penyampai mesej agama kelihatan seperti seakan-akan tidak melaksanakan “kerja rumahnya” di dalam menyampaikan material agama; bahkan digantikan pula dengan paparan keagamaan pada pakaian penyampai beserta retorika yang tidak memberikan impak positif mahupun praktikal pada pembangunan para hadirin/pendengar. Rentetan daripada kegagalan untuk memberikan tumpuan kepada penghayatan yang luas lagi mendalam tentang fungsi agama itu sendiri, kesan yang lebih kritikal di sini ialah agama dimanipulasi pula untuk kepentingan peribadi: jemaah yang sanggup berkorban harta untuk kepentingan peribadi “figur-figur agama” yang kononnya karismatik disebabkan paparan luaran dan retorika yang dihamburkan tadi. Realiti ini menyenangkan figur-figur agama ini tanpa para jemaah gagal menyedari betapa mereka menyenangkan figur-figur yang bercakap atas pentas agama tanpa sebenarnya membantu maslahat agama. Keadaan “figur-figur agama” yang memanipulasi masyarakat ini dicela oleh Imam Ghazali di dalam muqaddimah bukunya Bidayatul Hidayah: “Orang yang telah dikuasai oleh syaitan maka ia menjadikan ilmu yang dituntutnya itu sebagai alat untuk menghimpunkan harta benda dan bermegah-megah

Page 15: - blog.pergas.org.sg fileNota: Hakcipta penerbitan artikel ini dimiliki oleh Pergas. Tidak dibenarkan mengulang cetak artikel ini di mana-mana wadah penerbitan lain dan dalam bentuk

15

Wasat no. 23/September 2018

dengan kedudukan dan merasa bangga dengan ramai pengikutnya. Dia menggunakan ilmu yang dituntut untuk mencapai segala hajatnya dan untuk mengaup keuntungan dunia. Walaupun demikian, dia masih terpedaya lagi dengan sangkaannya bahawa dia mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah kerana dia masih lagi pada zahirnya menyerupai para ulama. Dia bercakap seperti percakapan ulama dan berpakaian seperti pakaian ulama’, pada hal zahir dan batinnya penuh dengan tamak dan haloba.” Sungguhpun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat figur-figur agama yang tulen yang menginfakkan harta yang diamanahkan masyarakat kepada mereka untuk mendatangkan inisiatif-inisiatif yang menguntungkan masyarakat dari segi keilmuan dan material.

Akibat kedua: Kualiti kepimpinan yang menurun/rendah Kualiti kepimpinan turut terjejas apabila pemimpin-pemimpin organisasi mahupun gerakan menampilkan imej keagamaan tetapi tidak terfokus pada aspek gerak kerja yang cerdas, cergas, amanah dan terbuka kepada pembaharuan. Natijahnya, gerakan dan organisasi keagamaan ini menyerlah imej keagamaan pada logonya, pada pemakaiannya, pada ritual yang mengiringi pembukaan dan penutupan mesyuaratnya, tapi lumpuh jiwa perjuangannya. Rasulullah s.a.w sendiri pernah memberikan amaran tentang perihal ini, “Celaka bagi orang-orang yang yang menjadi ketua! Celaka bagi orang yang menjadi pemimpin! Celaka bagi orang yang menjadi penyimpan amanah!” (Riwayat Ibn Hibban dan Al-Hakim) Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menyebutkan di dalam karyanya (terjemahan) Halal dan Halam Dalam Islam,

“Orang Muslim boleh mendapatkan rezekinya dengan bekerja di pejabat-pejabat, sama ada pekerjaan itu di pejabat pemerintah, atau organisasi, ataupun swasta, selama dia mampu memikul tanggungjawab pekerjaannya itu serta menyempurnakan tugasnya dengan baik. Seorang Muslim tidak boleh mencalonkan dirinya untuk sesuatu kerja yang ia tiada mempunyai pengalaman atau keahlian padanya.” Akibat ketiga: Masyarakat yang mundur Akibat pertama dan kedua memberikan fokus kepada mereka yang memegang teraju kepimpinan, namun yang menanggung akibat yang sebenarnya daripada kegagalan melihat keindahan dan keluasan Islam adalah masyarakat itu sendiri.

Keadaan masyarakat menjadi sempit pemikiran dan terkebelakang di dalam memahami sifat Islam yang menyeluruh dan dinamik. Para hadirin majlis-majlis agama seolah-olah lali dengan isi penyampaian yang hambar dan tak berkualiti kerana yang penting hadir dan mendapat berkat. Jadilah majlis ilmu itu majlis yang pasif dan tidak memperkasa; hadir di majlis ilmu tetapi bagaikan tertinggal akal. Anggota-anggota organisasi pula lebih terfokus kepada pemeliharaan imej dan identiti luaran agama; masyarakat yang berbakat merasa tersisih dan tidak mahu bergiat aktif dalam kerja-kerja organisasi kerana merasakan masa dan bakat terbuang

disebabkan kepimpinan yang tidak mahu mengubah cara dan pengikut yang taksub pada ketua. Sememangnya masalah ini sudah menular di dalam masyarakat kita tanpa disedari. Ia tidak disedari kerana ia terselindung di balik besarnya nama agama. Berikut adalah beberapa saranan yang boleh dipertimbangkan. 1. Memperkasa institusi Majlis Pentauliahan

Asatizah Fungsi majlis ini boleh diluaskan untuk memantau bukan sahaja ajaran-ajaran yang bersifat ekstrim, tetapi juga isi kandungan ceramah yang jelas tidak memberikan nilai kepada pembangunan jiwa dan akal masyarakat. Ini termasuk isi yang masih membangkit-bangkitkan soal khilafiyah, kisah-kisah ‘luar biasa’ sebagai teras utama mesej dakwah, ceramah yang lebih bersifat celoteh dan luahan rasa pendakwah tentang perjalanan hidupnya dan bukan rintangan yang dihadapi masyarakat.

Page 16: - blog.pergas.org.sg fileNota: Hakcipta penerbitan artikel ini dimiliki oleh Pergas. Tidak dibenarkan mengulang cetak artikel ini di mana-mana wadah penerbitan lain dan dalam bentuk

16

Wasat no. 23/September 2018

Di dalam kitab Al Hikam karangan Al Imam Ibn Ataillah Al-Sakandari, ada dikisahkan bagaimana sebahagian besar daripada penceramah di Masjid Jami’ Basrah dihalau keluar kerana sibuk berceramah tanpa mengetahui apakah perkara yang menyelamatkan agama (warak) dan merosakkannya (tamak). 2. Perlunya sering mengaitkan ibadah individu

dengan kesannya terhadap masyarakat Perlu ada suatu kesedaran yang berkekalan di kalangan pendakwah untuk mengaitkan fungsi ibadah (ketuhanan) dengan fungsi kemasyarakatan. Bahawa ibadah yang optima dan holistik adalah yang menghasilkan nilai tambah kepada kemaslahatan masyarakat. Ini dapat mendidik masyarakat untuk terbiasa dengan dwi-fungsi keberadaan mereka iaitu untuk beribadah dengan bersungguh kepada Pencipta dan bersungguh juga untuk berkhidmat kepada sesama ciptaan. Buat masa ini kaedah penyampaian secara berdikotomi masih jelas digunakan iaitu menekankan/memfokuskan kepada nilai ibadah dan kelebihannya berbanding dengan urusan seseorang insan dengan masyarakat. Begitu juga sebaliknya, iaitu penekanan terhadap urusan berkhidmat kepada masyarakat membelakangkan pula keperluan pada ibadah. Maka mungkin diketengahkan tentang betapa hubungan yang sihat dengan Allah akan melahirkan natijah yang baik juga dari aspek sumbangan kepada masyarakat. Inilah yang ditekankan oleh Syaikh Hamzah Yusuf dan Syaikh Zaid Shakir di dalam buku mereka Agenda To Change Our Condition, “Bagaimanapun, agar perkembangan-perkembangan (yang baik) direalisasikan, kita memerlukan seorang Muslim yang bersemangat segar – yang diisi dengan visi yang berani dan penuh ketaqwaan. Inilah sebabnya mengapa Agenda Untuk Mengubah Keadaan Kita amat penting. Apabila dilaksanakan, ia bakal melahirkan Muslim yang mempunyai hubungan yang sihat dengan Allah, dan hubungan yang sihat akan mengarah kepada hubungan yang lebih baik bersama tetangga kita. Hubungan yang baik itu akan menghasilkan perubahan kepada keadaan masyarakat kita seluruhnya, insyaAllah.” (terjemahan oleh penulis) 3. Kerjasama organisasi untuk

berkongsi rahsia kejayaaan

Ketua-ketua organisasi patut sentiasa mengadakan sesi-sesi perkongsian amalan-amalan yang baik untuk membuka mata para ketua dan pekerja, dan menginsafkan mereka tentang betapa keterbukaan minda dan jiwa penting sebagai dasar organisasi yang berpaksikan nilai Islam. Bukankah Rasulullah s.a.w belajar dari Saidina Al-Hubab Bin Munzir tentang strategi menempatkan tentera ketika Peperangan Badar? Baginda s.a.w juga menerima dengan senang hati saranan seorang anak muda yang bernama Salman Al Farisi untuk membina parit di sepanjang utara kota Madinah untuk menghalang kemaraan tentara Ahzab. Kesimpulan Artikel ringkas ini bukan bermaksud untuk melekehkan mahupun merendahkan amal ibadat kita selama ini; bahkan ia merupakan suatu usaha untuk menghimbau kita ke arah pemerkasaannya. Semoga kita menjadi masyarakat yang tidak bersifat individualistik, malah menjadi masyarakat Islam yang berwibawa pada penghayatan agamanya zahir dan batin, barulah mungkin perlahan-lahan kita boleh mengaku bahawa kita merupakan umat Nabi yang diutus sebagai rahmat kepada sekalian alam tanpa berasa sinis dengan realiti umat ini di depan mata kita, di depan Kaabah.