6
3/29/2018 USM News Portal - PRIBUMIKAN ILMU UNTUK KEMAJUAN BANGSA https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4700-pribumikan-ilmu-untuk-kemajuan-bangsa 1/6 USM, PULAU PINANG, 17 Februari 2017 – Usaha memandaikan masyarakat dalam mewujudkan peradaban bangsa yang tinggi dengan kekuatan ilmu dan pembinaan tamadun hebat apabila ilmu berupaya diterjemahkan ke dalam bentuk penghasilan dan penambahbaikan dari ilmu yang sedia ada perlu difahami dengan sewajarnya. Menurut Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan, usaha ini dapat dilakukan dengan berfokus kepada empat perkara iaitu memandaikan bangsa dalam bahasa sendiri, menterjemahkan ilmu dengan mempribumikan ilmu yang dimiliki, menjana ilmu yang diperolehi dan menghasilkan kreativiti, inovasi dan teknologi untuk kegunaan masyarakat setempat. (https://news.usm.my) Berita Mutakhir search... PRIBUMIKAN ILMU UNTUK KEMA JUAN BANGSA 18 FEB

18eprints.usm.my/39838/1/USM_News_Portal_-_PRIBUMIKAN_ILMU...mencetuskan idea kreatif. "Apabila ki ta menggu nakan bahasa pinjaman, benak kita akan tertawan dalam budaya bahasa tersebut

  • Upload
    others

  • View
    3

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • 3/29/2018 USM News Portal - PRIBUMIKAN ILMU UNTUK KEMAJUAN BANGSA

    https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4700-pribumikan-ilmu-untuk-kemajuan-bangsa 1/6

    USM, PULAU PINANG, 17 Februari 2017 – Usaha memandaikan masyarakat dalam mewujudkanperadaban bangsa yang tinggi dengan kekuatan ilmu dan pembinaan tamadun hebat apabila ilmuberupaya diterjemahkan ke dalam bentuk penghasilan dan penambahbaikan dari ilmu yang sedia adaperlu difahami dengan sewajarnya.

    Menurut Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan,usaha ini dapat dilakukan dengan berfokus kepada empat perkara iaitu memandaikan bangsa dalambahasa sendiri, menterjemahkan ilmu dengan mempribumikan ilmu yang dimiliki, menjana ilmu yangdiperolehi dan menghasilkan kreativiti, inovasi dan teknologi untuk kegunaan masyarakat setempat.

    (https://news.usm.my)

    Berita Mutakhir

    search...

    PRIBUMIKAN ILMU UNTUK KEMA JUAN BANGSA18FEB

    https://news.usm.my/

  • 3/29/2018 USM News Portal - PRIBUMIKAN ILMU UNTUK KEMAJUAN BANGSA

    https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4700-pribumikan-ilmu-untuk-kemajuan-bangsa 2/6

    Tambah beliau, terdapat andaian yang menganggap sesuatu bangsa akan maju jika meminjam daribekas penjajah yang sejarah membukti dalam banyak hal ini tidak terjadi.

    "Bangsa yang dikalahkan lazimnya akan meniru pakaian, simbol-simbol kepercayaan, budaya danamalan bangsa yang mengalahkan mereka.

    "Tingkahlaku ini disebabkan sifat manusia yang lazimnya menyangka bangsa yang mengalahkanmereka itu adalah bangsa yang sempurna," kata Abdullah.

  • 3/29/2018 USM News Portal - PRIBUMIKAN ILMU UNTUK KEMAJUAN BANGSA

    https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4700-pribumikan-ilmu-untuk-kemajuan-bangsa 3/6

    Tegas beliau, terdapat kaitan yang rapat antara kreativiti sebagai unsur penting membangunkanekonomi dengan bahasa yang digunakanuntuk menyampaikan ilmu yang ringkasnya apabila bahasapengantar yang digunakan adalah bahasa sendiri, maka benak kita akan bebas berfikir danmencetuskan idea kreatif.

    "Apabila kita menggunakan bahasa pinjaman, benak kita akan tertawan dalam budaya bahasa tersebutdan akibatnya kita hanya menjadi pengguna produk-produk budaya tersebut," jelas beliau.

    Beliau mengupas kepentingan ilmu dan sejarahnya termasuk dalam ketamadunan Islam yangberupaya mengubah dunia dan bagaimana mereka menjunjung tinggi kerja ahli-ahli akademik dalammenyalin, menterjemah dan menghasilkan penulisan yang memberi impak besar kepada peradabandan tamadun yang sayangnya banyak koleksi dimusnahkan oleh mereka yang menjajah selepaskejatuhan sesuatu bangsa dan negara seperti yang terjadi kepada Iraq yang diserang Amerika Syarikatsatu ketika dahulu.

    Jelas Abdullah, dalam proses memandai dan memajukan bangsa, kita perlu mengambil iktibarbagaimana Jerman berjaya menjadi sebuah negara maju apabila mempribumikan ilmunya melaluibahasa sendiri dengan mempertahankan bahasa Jerman melalui perjuangan Gottfried Wilhelm Leibniz.

  • 3/29/2018 USM News Portal - PRIBUMIKAN ILMU UNTUK KEMAJUAN BANGSA

    https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4700-pribumikan-ilmu-untuk-kemajuan-bangsa 4/6

    Leibniz mengusulkan beberapa strategi seperti membakukan bahasa Jerman dengan menyusun tatabahasa dan istilah, menyebarkan bahasa Jerman kepada seluruh rakyat Jerman, menjadikan bahasaJerman sebagai bahasa pengantar di sekolah dan universiti, menggunakan bahasa Jerman sebagaibahasa pentadbiran negara dan bahasa perniagaan serta bahasa komunikasi umum dalam semuabidang dan peringkat.

    “Lihat juga bagaimana bangsa Jepun mengamalkan budaya mereka tersendiri dalam mempribumikanilmu dengan menggunakan dua proses iaitu membonzaikan dengan mengecilkan sesuatu yang besardan proses kaizen yang tidak membuang sesuatu begitu sahaja tetapi membaikinya supaya lebih baik,”kata beliau dalam Syarahan Tokoh Negara yang berlangsung di Dewan Budaya di sini hari ini.

  • 3/29/2018 USM News Portal - PRIBUMIKAN ILMU UNTUK KEMAJUAN BANGSA

    https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4700-pribumikan-ilmu-untuk-kemajuan-bangsa 5/6

    Tambah beliau lagi, terdapat buku yang benar-benar diterjemahkan dan bermanfaat dengan nilaiperadaban yang tinggi kepada dunia seluruhnya. Antaranya ialah karya Cannon of Medicine (1484)yang ditulis oleh Ibnu Sina, Complete Works daripada William Shakespeare, Philosophiae NaturalisPrincipa Mathematica (1686) karya John Isaac Newton yang hanya dimanfaatkan 200 tahun selepasbeliau meninggal apabila karya tersebut diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa, The Wealth ofNations (1776) oleh Adam Smith, Napoleonic Code (1804) dan The Road Ahead (1995) oleh Bill Gates.

    Profesor Abdullah Hassan merayu dan menyeru kepada hampir 500 orang warga kampus yang hadirke program anjuran Unit Penyelidikan Terjemahan dan Interpretasi Pusat Pengajian IlmuKemanusiaan (PPIK) itu supaya universiti tidak mengenepikan penulisan buku dan terjemahan dalambahasa Melayu walaupun pada masa yang sama ingin mencapai penulisan-penulisan yang diiktirafuntuk pelbagai tujuan dalam bahasa Inggeris.

    Beliau mengingatkan agar penemuan-penemuan baharu wajar dipatenkan supaya tidak digunakan olehorang lain secara komersil.

  • 3/29/2018 USM News Portal - PRIBUMIKAN ILMU UNTUK KEMAJUAN BANGSA

    https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4700-pribumikan-ilmu-untuk-kemajuan-bangsa 6/6

    Turut hadir bersama dalam Syarahan Tokoh Negara itu ialah Pengarah Kampus Kejuruteraan USM,Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah yang mewakili Naib Canselor USM; Dekan PPIK, ProfesorDr. Narimah Samat; Ombudsman USM, Profesor Dato’ Seri Dr. Md Salleh Yaapar dan Penyelaras UnitPenyelidikan Terjemahan dan Interpretasi PPIK, Profesor Madya Dr. Goh Sang Seong.

    Teks: Nur Shahidatul Shahira Bt Zakaria (Pelajar internship PP Komunikasi USM)

    Share This

    Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

    Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia

    Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : [email protected] (mailto:[email protected])

    Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

    Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

    http://del.icio.us/post?v=2&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4700-pribumikan-ilmu-untuk-kemajuan-bangsa&title=USM%20News%20Portal%20-%20PRIBUMIKAN%20ILMU%20UNTUK%20KEMAJUAN%20BANGSAhttps://digg.com/submit?phase=2&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4700-pribumikan-ilmu-untuk-kemajuan-bangsa&title=USM%20News%20Portal%20-%20PRIBUMIKAN%20ILMU%20UNTUK%20KEMAJUAN%20BANGSAhttps://www.facebook.com/dialog/share?app_id=925945534114813&display=popup&href=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4700-pribumikan-ilmu-untuk-kemajuan-bangsa&redirect_uri=https://news.usm.my/media/coalaweb/modules/generic/html/popup-close.htmlhttps://plus.google.com/share?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4700-pribumikan-ilmu-untuk-kemajuan-bangsa&title=USM%20News%20Portal%20-%20PRIBUMIKAN%20ILMU%20UNTUK%20KEMAJUAN%20BANGSAhttps://www.stumbleupon.com/submit?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4700-pribumikan-ilmu-untuk-kemajuan-bangsa&title=USM%20News%20Portal%20-%20PRIBUMIKAN%20ILMU%20UNTUK%20KEMAJUAN%20BANGSAhttps://twitter.com/intent/tweet?text=USM%20News%20Portal%20-%20PRIBUMIKAN%20ILMU%20UNTUK%20KEMAJUAN%20BANGSA&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4700-pribumikan-ilmu-untuk-kemajuan-bangsahttps://www.linkedin.com/shareArticle?mini=true&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4700-pribumikan-ilmu-untuk-kemajuan-bangsa&title=USM%20News%20Portal%20-%20PRIBUMIKAN%20ILMU%20UNTUK%20KEMAJUAN%20BANGSAhttp://reddit.com/submit?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4700-pribumikan-ilmu-untuk-kemajuan-bangsa&title=USM%20News%20Portal%20-%20PRIBUMIKAN%20ILMU%20UNTUK%20KEMAJUAN%20BANGSAhttps://www.newsvine.com/_tools/seed?popoff=0&u=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4700-pribumikan-ilmu-untuk-kemajuan-bangsa&title=USM%20News%20Portal%20-%20PRIBUMIKAN%20ILMU%20UNTUK%20KEMAJUAN%20BANGSAmailto:?subject=USM%20News%20Portal%20-%20PRIBUMIKAN%20ILMU%20UNTUK%20KEMAJUAN%20BANGSA&body=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4700-pribumikan-ilmu-untuk-kemajuan-bangsamailto:[email protected]://www.usm.my/http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp