22
HHHC9101 KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN (SET 30) LAPORAN TUGASAN KUMPULAN : BULI NAMA : ONG YI MIN A145375 CHIA SHEE LEEI A145433 MAH KEI LEE A145453

ifolio.ukm.my · Web viewBuli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: ifolio.ukm.my · Web viewBuli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang

HHHC9101 KEMAHIRAN SOSIAL

DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN

(SET 30)

LAPORAN TUGASAN KUMPULAN : BULI

NAMA :

ONG YI MIN A145375

CHIA SHEE LEEI A145433

MAH KEI LEE A145453

PENSYARAH :

ENCIK MUHD NORIZAM BIN JAMIAN

Page 2: ifolio.ukm.my · Web viewBuli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang

1.0 Pengenalan

1.1 Maksud Buli

Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan untuk

menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka

yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang

menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal

atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan

mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni.

Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik

dan boleh membuatkan orang lain menjadi mangsa serta boleh mendatangkan

ketidakselesaan kepada orang lain. Mangsa yang dibuli akan mengalami kadar yang lebih

tinggi dalam kemurungan dan kebimbangan serta aduan psikosomatik. Contohnya, sakit

kepala dan perut sakit (Fekkes, Pijpers, & Verloove-Vanhorick, 2004; Kaltiala-Heino,

Rimpelae, & Rantanen, 2000; Srabstein, McCarter, Shao, & Huang, 2006) bersama-sama

dengan tahap yang lebih rendah dalam pencapaian akademik, harga diri, dan bersosial

dengan luar (Penjaja & Boulton, 2000; Schwartz, Gorman, Nakamoto, & Toblin, 2005).

Menurut Demko (1996), tindakan buli ini akan mengakibatkan masalah kesihatan

mental di mana ia akan mempengaruhi kehidupan mangsa buli walaupun telah tamat

persekolahannya. Keputusan akademik turut akan terjejas berikutan dengan gangguan

mental dan fizikal akibat perbuatan buli. Sekiranya masalah buli ini tidak dibendung,

pastinya akan memberi kesan yang buruk kepada perkembangan negara.

1.2 Jenis Buli

Buli dibahagikan kepada dua jenis iaitu buli fizikal dan buli mental. Buli fizikal

melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut,

menolak, mencubit, atau sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan. Paling ganas

boleh menyebabkan kematian. Manakala buli mental lebih kepada ejek-mengejek.

Misalnya, jika nama pelajar atau nama bapa pelajar agak luar biasa, maka itu akan

Page 3: ifolio.ukm.my · Web viewBuli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang

dijadikan bahan ejekan pelajar yang membuli. Sungguhpun, kes buli jenis ini kurang

mendapat perhatian media massa, ia sebenarnya serius berlaku di sekolah.

Terdapat perbezaan jantina dalam jenis buli remaja iaitu remaja lelaki lebih

cenderung daripada remaja perempuan melapor dibuli secara fizikal oleh rakan-rakan

mereka (Harris, Petrie, dan Willoughby, 2002; Nansel et al, 2001) dan remaja perempuan

lebih cenderung daripada lelaki melaporkan khabar angin merebak dan tingkah laku

seksual (Nansel et al., 2001). Bukan lelaki sahaja, perempuan juga akan dibuli.

1.3 Pembentukan Sifat-sifat Pembuli dan Dibuli

Bagi pembuli, berkemungkinan bukan dilahirkan dengan sifat-sifat membuli.

Pada mulanya, mereka mungkin merupakan seseorang yang pasif, pemalu dan lemah

dalam kemahiran bersosial atau bergaul dengan orang lain. Maka, mereka memerlukan

sokongan daripada orang di sekeliling. Sekiranya mereka mendapat sokongan, secara

beransur-ansur, mereka akan berubah sikap menjadi seseorang yang aktif dan suka

bersosial. Jika keadaan mereka tidak terkawal, mereka akan bertindak secara keterlaluan

dengan pemikiran bahawa mereka popular dan dapat sokongan ramai. Akhirnya,

menyumbang kepada sifat-sifat seorang pembuli. Jika mereka berbuat demikian kelak,

mereka kemungkinan besar akan menjadi penjenayah, bertindak agresif apabila dewasa

seperti merogol, merompak, atau menjadi seorang pendera terhadap isteri.

Sebaliknya, seseorang yang aktif dan pandai bersosial juga akan berakhir dengan

hakikat sebagai seorang mangsa buli. Pada awalnya, mereka memang akan mendapat

sambutan yang baik daripada ramai orang atau dalam kalangan kawan-kawan. Sekiranya

suatu hari mereka terlibat dalam gejala buli, iaitu menjadi mangsa buli dan tanpa bantuan

yang dihulurkan oleh kawan-kawan, mereka berkemungkinan besar akan berubah sikap.

Mereka mula hilang keyakinan terhadap diri sendiri dan meminggirkan diri daripada

orang ramai. Akhirnya, mereka akan menjadi seorang yang pasif dan tidak suka

bercampur gaul dengan orang sekeliling. Remaja yang dibuli berkemungkinan akan

membalas dendam kepada orang lain. Tujuannya untuk mengembalikan harga diri yang

hilang akibat dibuli. Mereka juga akan mengalami kecederaan dan mungkin juga

kematian. Mereka juga hidup dengan hilang keyakinan diri, membiarkan diri

diperlakukan apa sahaja, sanggup melakukan sesuatu demi membahayakan orang lain,

Page 4: ifolio.ukm.my · Web viewBuli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang

tidak mahu ke sekolah, dan sebagainya. Sehinggakan ada yang sanggup mencederakan

diri sendiri kerana berasa diri mereka tidak berguna.

1.4 Kajian Buli

Di Manila, jumlah kes buli yang berlaku pada tahun lepas adalah dua kali ganda

daripada apa yang berlaku di Singapura dan Kuala Lumpur (Reader Digest, 2005).

Menurut Profesor Olweus dari Bergen University, Norway, ppj, iaitu pelopor dalam

kajian buli di dunia, sekiranya kes buli berlaku dalam lingkungan 10- 15 peratus ia

dianggap serius. Di Singapura pula, angkara buli yang banyak berlaku di sekolah, 38%

telah berlaku dalam bilik darjah, 35% berlaku di kantin sekolah, sementara 23% pula di

tandas. 95% daripada 4,000 pelajar yang ditinjau mengaku pernah dibuli atau melihat

kes buli yang berlaku di sekolah mereka (Gabungan Mencegah Kelakuan Buli Bagi

Kanak-Kanak dan Belia, 2006). Aksi buli di ruang siber yang mendedahkan

mendedahkan bahawa 14% daripada responden mengaku pernah mengalami buli-siber

melalui khidmat pesanan ringkas ringkas (SMS), sementara sementara 13% lagi di

jaringan lagi (Chat) dan 7% pula dibuli di blog (Diari maya). Di U.S.A (Statistik daripada

Bully Police), 3 daripada 4 orang pelajar yang melaporkan bahawa mereka telah dibuli. 1

daripada 5 orang pelajar yang mengelakkan diri dari pergi ke tandas atas kebimbangan

tentang keselamatan diri. Sebanyak 90% pelajar yang berasa mereka telah dibuli juga

menghadapi masalah sosial, emosi dan pendidikan. 1 daripada 13 orang yang berumur di

bawah 19 tahun telah membunuh diri setiap tahun dan angka ini telah meningkat

sebanyak 3 kali ganda jika dibandingkan dengan 20 tahun yang lalu. Kebanyakan kes ini

adalah berkaitan dengan kes buli.

2.0 Objektif kajian

Membuli dan dibuli telah diiktiraf sebagai masalah kesihatan untuk kanak-kanak

kerana persatuan mereka dengan masalah penyesuaian, termasuk kesihatan yang kurang

baik mental dan tingkah laku ganas yang melampau. Oleh itu, adalah penting untuk

memahami bagaimana membuli dan dibuli menjejaskan kesejahteraan dan fungsi

Page 5: ifolio.ukm.my · Web viewBuli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang

penyesuaian belia supaya kes buli dijejaskan dan remaja dapat berkembang dengan sihat

dari segi fizikal dan mental dengan posititf.

3.0 Permasalahan

Pada zaman sekarang, kes buli banyak berlaku dalam kalangan remaja. Contohnya,

dibuktikan dengan peristiwa kematian pelajar Mohd Hadzrin Mohamad setelah koma

lapan hari akibat dibelasah oleh sekumpulan remaja berhampiran sekolah di Cheras gara-

gara berebut kekasih, meninggal dunia pada 21 Februari 2009. Selain itu, kes berkenaan

berlaku di Kota Tinggi, Johor pada bulan Januari lalu dan disiasat di bawah Seksyen 509,

Kanun Keseksaan iaitu menggunakan perkataan yang memalukan seorang wanita,

katanya dalam laman rasmi facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM). Meskipun kelakuan

buli-membuli ini dikatakan lebih sinonim dengan pelajar lelaki, namun pelajar

perempuan tidak terkecuali. Seorang pelajar perempuan disuruh untuk menjilat stokin

yang masih disarungkan di kaki pembuli. Tidak cukup dengan itu, pelajar perempuan

turut dipukul dan rambutnya dipotong dengan fesyen sebenarnya pembuli mahu

memalukan pelajar perempuan itu. Ada juga kes buli yang menyebabkan kematian seperti

yang terjadi pada 1988, meragut nyawa seorang pelajar tingkatan lima Sekolah

Menengah Teknik Cheras yang dibelasah beberapa pelajar senior dalam tandas sekolah.

Di Malaysia kita boleh lihat sendiri gejala buli berlaku dalam sesebuah komuniti. Kes

ini telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat khususnya para ibu

bapa. Oleh yang demikian, pelbagai pihak perlu berganding bahu dalam membanteraskan

kes buli ini supaya ia tidak menjadi satu trend yang diwarisi oleh remaja. Oleh itu,

laporan ini dibuat untuk memahami tentang faktor buli dan cara penyelesaian buli antara

remaja.

4.0 Faktor buli

4.1 Faktor Ibu Bapa

Page 6: ifolio.ukm.my · Web viewBuli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang

Banyak faktor yang mendorong kepada berlakunya gejala buli ini, bak kata

pepatah Melayu, “Jika tidak kerana angin, masakan pokok bergoyang”. Pertamanya,

faktor kegagalan ibu bapa melaksanakan tanggungjawab terhadap anak merupakan akar

tunjang kepada berlaku gejala negatif seperti ini. Pada era moden ini, ibu bapa hanya

mementingkan profesion dan kerjaya mereka yang bermotifkan hanya untuk mencari

pendapatan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak. Hal ini

menyebabkan seseorang anak itu kurang mendapat perhatian dan belaian kasih sayang

daripada ibu bapa mereka. Anak juga sebenarnya tidak mengetahui perkara yang

dilakukan oleh mereka itu betul ataupun salah, baik atau buruk, akibat daripada tiada

bimbingan daripada ibu bapa, akhirnya mereka terjebak dalam gejala buli. Tambahan

pula belaian kasih sayang yang tidak cukup yang diterima daripada ibu bapa juga

melahirkan anak yang bersikap agresif dan tidak berperikemanusiaan sehingga mereka

sanggup melakukan perkara yang tidak sepatutnya terhadap orang lain tanpa mempunyai

rasa belas kasihan.

4.2 Faktor Sekolah

Kekurangan pengawasan dan kawalan disiplin yang longgar di sekolah juga

mendorong berlakunya gejala buli ini. Pihak sekolah yang kurang peka dan tidak

mengambil peduli tentang hal ehwal pelajar serta kelonggaran kawalan disiplin memberi

peluang keemasan kepada para pelajar untuk mengambil kesempatan melakukan gejala

sosial seperti gejala buli. Kelonggaran kawalan disiplin juga menyebabkan pelajar

terutamanya pelajar lelaki menunjukkan keberanian mereka dan mengambil peluang

untuk melakukan apa-apa saja perkara secara bebas tanpa rasa takut. Kekurangan

penghayatan nilai–nilai moral dan agama juga menyebabkan para remaja terlibat dalam

gejala negatif seperti buli ini. Hal Ini disebabkan, seseorang pelajar yang mempunyai

nilai moral dan agama yang tinggi tidak mudah terpengaruh untuk melibatkan diri dalam

gejala yang negatif. Tambahan pula, kekurangan penghayatan nilai moral dan agama juga

membentuk remaja yang kurang berakhlak dan tidak mempunyai tahap kesedaran yang

tinggi betapa pentingnya nilai moral dan agama dalam kehidupan.

4.3 Faktor Rakan Sebaya

Page 7: ifolio.ukm.my · Web viewBuli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang

Faktor rakan sebaya memainkan peranan penting terhadap perkembangan dan

pengukuhan tingkah laku buli, sikap antisosial dan salah laku dalam kalangan remaja.

Golongan pembuli berfikiran kurang matang dan gagal membezakan baik buruknya

sesuatu tindakan. Sebaliknya, mereka sentiasa terikut-ikut akan perangai dan tindakan

rakan sebaya. Apabila individu itu tersalah memilih rakan, mereka kemungkinan besar

akan terjebak dengan gejala buli ini. Di samping itu, keadaan akan bertambah buruk

dengan sifat ego mereka yang tidak mahu kalah setelah dicabar rakan sebaya. Rakan-

rakan pula akan memprovokasi individu tersebut sehingga tindakan pembuli di luar

kewarasan otaknya. Sesungguhnya, kehadiran rakan sebaya akan menyebabkan pembuli

memperoleh sokongan.

4.4 Faktor Media Massa

Media massa kini menjadi pemangkin kepada budaya negatif ini. Oleh itu, faktor

media menjadi punca kepada merebaknya gejala buli ini. Pelbagai genre filem dan drama

bersiri luar negara yang disiarkan di televisyen sentiasa memaparkan budaya asing yang

sememangnya kontras dengan budaya tempatan. Program-program yang diimport dari

negara-negara barat berunsurkan aksi-aksi ganas seterusnya mempengaruhi minda dan

pemikiran remaja. Perkara ini akan lebih terdedah sekiranya tiada pantauan dari orang

dewasa. Terdorong dengan perasaan ingin mencuba aksi-aksi yang dipaparkan pelaku

buli akan bertindak ke atas mangsanya tanpa memikirkan padah yang bakal mereka

perolehi.Meraka akan menganggap aksi-aksi yang ganas sebagai sesuatu yang

dibenarkan.

4.5 Faktor Didikan Agama

Faktor yang lain ialah pembuli yang kurang didikan agama. Negara yang pesat

membangun menuntut rakyatnya bekerja keras untuk memenuhi keperluan hidup. Dalam

mengejar hal dunia, ibu bapa terlalu sibuk sehinnga tiada masa untuk mendidik anak-

anak. Bagi keluarga yang berpendapatan tinggi, hal penjagaan anak diserahkan kepada

pembantu rumah yang sudah pasti berasal dari negara asing. Ibu bapa seharusnya  sedar

penerapan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak lebih berkesan jika dididik dari awal.

Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing tidak mempunyai masa

Page 8: ifolio.ukm.my · Web viewBuli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang

terluang untuk berkomunikasi dan memahami anak-anak mereka. Kelemahan institusi

kekeluargaan menyebabkan anak-anak dibiarkan bebas dan kurang permantauan daripada

ibu bapa. Kesannya, ibu bapa gagal memberikan didikan agama dan menerapkan nilai-

nilai murni dalam diri anak-anak mereka. Ada antara pelaku-pelaku kegiatan buli ini

menganggap perbuatan mereka sekadar hobi semata-mata. Ini menunjukkan bahawa

masyarakat yang semakin maju dan berpendidikan tinggi tidak melahirkan insan yang

berfikiran waras.

4.6 Faktor Kendiri

Faktor terakhir ialah faktor kawalan kendiri kajian Unnever dan Cornell (2003)

tentang pengaruh kawalan diri rendah dan Attention-Deficit Hyperactivity Disorder

(ADHD) terhadap perlakuan buli dan mangsa. Dapatan kajian menunjukkan kawalan diri

yang rendah dan ADHD sebagai faktor kritikal yang menyumbang kepada perlakuan buli

dan mangsa buli. Banyak kajian menunjukkan bahawa kebanyakan remaja yang membuli

ini adalah remaja yang kurang berdisiplin dan tidak dapat mengawal emosi sendiri.

Remaja didapati selalu bergaduh sama ada dengan adik-beradik ketika berada di rumah dan

bergaduh dengan kawan-kawan jika berada di luar rumah. Sebahagian daripada perlakuan

buli yang dilakukan juga bertujuan untuk membalas dendam atau menyakiti fizikal

seseorang serta mahu mendapatkan perhatian daripada orang lain. Remaja ini biasanya

mempunyai kawan-kawan yang berkelakuan negatif seperti menghisap rokok, bergaduh dan

ponteng sekolah.

5.0 Penyelesaian

5.1 Peranan Pihak Sekolah

Pihak sekolah memainkan peranan yang penting dalam usaha membendung

masalah buli terutamanya yang berlaku di sekolah. Pihak pentadbir khususnya guru

besar/ pengetua dan guru-guru umumnya, harus peka mengenai masalah ini. Mereka

harus mengetahui dan memahami konsep, faktor penyebab, tempat insiden buli dan aspek

berkaitan isu buli. Guru-guru perlu lebih prihatin terhadap persekitaran dan berupaya

Page 9: ifolio.ukm.my · Web viewBuli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang

mengesan gejala buli yang berlaku dalam kalangan pelajar. Jika guru dapat mengesan kes

buli yang berlaku di sekolah, perkara ini harus diambil berat dan diberikan perhatian yang

serius. Jika kes ini berlaku di depan mata guru itu sendiri, guru perlu dengan segera

mengberhentikannya serta mengambil maklumat dan butiran, membuat laporan dan

menghantar laporan berkenaan kepada pihak pentadbir supaya insiden itu direkodkan dan

diambil tindakan sewajarnya. Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan

aduan daripada pelajar juga harus berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh-

sungguh dan bukan dengan sebaliknya menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika

kes ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan semakin bertambah dan

berleluasa. Pihak sekolah khususnya kaunselor sekolah boleh berjumpa dengan pelajar

yang disyaki melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya bagi memahami dan

membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan mendapatkan jalan

penyelesaiannya.

Selain itu, tindakan segera perlu dilakukan oleh pihak pentadbir sekolah

berasaskan peraturan sedia ada. Peraturan yang tegas adalah perlu dan tindakan yang

sewajarnya perlu dikenakan terhadap pembuli. Peraturan tersebut hendaklah dilaksanakan

tanpa “memilih bulu” iaitu sesiapa sahaja yang membuli, tanpa mengira darjat atau

kedudukannya hendaklah dikenakan tindakan tegas. Pihak berkenaan juga haruslah telus

dalam mengendalikan kes buli. Hukuman yang setimpal terhadap pelajar tersebut dapat

mengelakkannya daripada mengulangi perbuatan tersebut dan juga dijadikan sebagai

iktibar kepada pelajar yang lain. Contoh hukuman yang boleh dikenakan adalah tindakan

disiplin seperti merotan, hukum mencuci tandas sekolah, digantung sekolah dan jikalau

lebih serius lagi dibuang sekolah.

Di samping itu, pelbagai program seperti Program Pembimbing Rakan Sebaya

(PRS) perlu dilaksanakan. PRS merupakan konsep dan kaedah yang baik untuk

dilaksanakan oleh semua sekolah. PRS mendapat sambutan daripada golongan muda

(Cleary, 2000). PRS akan menjadi mata dan telinga kepada pelajar yang menjadi mangsa

buli. PRS boleh diberikan tanggungjawab untuk mengenal pasti isu tersebut dan

memberikan laporan kepada kaunselor sekolah untuk tindakan lanjut. Ahli PRS juga

boleh memberi bantuan emosi awal kepada mangsa yang terlibat. Mangsa buli mendapat

Page 10: ifolio.ukm.my · Web viewBuli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang

nasihat dan bimbingan rakan sebaya yang berkepimpinan (program anti-buli). Selain itu,

program PRS bukan sahaja dapat membantu mangsa buli tetapi juga kepada si pembuli.

Melalui program ini, si pembuli diberi kesedaran tentang kebinasaan dan kecederaan

yang disebabkannya serta bimbingan tentang langkah untuk membetulkan kelakuan diri

mereka. Dalam usaha-usaha pengubahan kelakuan si pembuli, program-program

intervensi melalui satu kumpulan dengan bilangan yang kecil membolehkan perhatian

yang lebih ditumpukan ke atas setiap individu si pembuli. Si pembuli ini akan berasa

diambil berat dan mempunyai seseorang untuk mendengar serta berkongsi masalah yang

dihadapi. Si pembuli itu juga boleh diasingkan atau dikuarantinkan supaya mereka

memahami perbezaan atau ketidaksamaan dengan orang lain. Hal ini dapat mewujudkan

suatu persekitaran bagi si pembuli untuk membuat pertimbangan dan insaf ke atas

kelakuan diri mereka.

Bukan sahaja begitu, pihak sekolah perlu memastikan dan memberikan suasana

yang selamat bagi semua pelajar di sekolah. Pihak sekolah perlu sentiasa membuat

pantauan di setiap pelosok sekolah. Pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan

bahawa pengawasan di setiap pelosok kawasan sekolah seperti di belakang bangunan

sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi diperketat supaya tidak memberi sebarang

peluang kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk membuli mangsanya.

Sesetengah sekolah dengan masalah buli telah menanganinya dengan memasang kamera

litar tertutup (CCTV). Penggunaan CCTV di sekolah-sekolah secara tidak langsung dapat

mengekang kejadian buli.

5.2 Peranan Ibu Bapa

Ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membendung

kemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka

kerana anak-anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa. Janganlah ibu bapa hanya pandai

memarahi anak-anak atau berkelakuan baik hanya di hadapan anak-anak sahaja,

sedangkan mereka sendiri sering bergosip, mengejek dan menghina orang lain. Bak kata

pepatah ‘bapa borek, anak rintih’, ‘ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan

dirinya berjalan senget’.

Page 11: ifolio.ukm.my · Web viewBuli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang

Tambahan pula, ibu bapa tidak seharusnya bersikap materialistik dan mengejar

kebendaan semata-mata serta terlalu sibuk bekerja. Ibu bapa harus meluangkan lebih

banyak masa berkualiti bersama anak-anak dan sentiasa mengambil berat tentang

keadaan anak mereka termasuklah di sekolah dan memberikan belaian kasih sayang yang

sepenuhnya kepada mereka. Hal ini dapat mengelakkan anak-anak daripada berasa sunyi,

rasa tidak disayangi dan diabaikan. Anak-anak yang dibelai kasih sayang biasanya kurang

menghadapi masalah dalam pergaulan dengan orang lain dan akan mengasihi orang lain

di sekelilingnya. Ibu bapa juga harus mengekalkan hubungan yang rapat dengan anak-

anak dan memupuk mereka sejak kecil lagi supaya mereka sudi meluahkan isi hati dan

masalah yang dihadapi kepada mereka bagi mengatasinya bersama-sama.

Tidak kurang pentingnya adalah dengan memberikan didikan agama yang

secukupnya kepada anak-anak sejak kecil lagi. Pendidikan agama merupakan unsur yang

paling penting dalam kehidupan seseorang kerana didikan agama membentuk seseorang

manusia untuk sensitif kepada dosa dan balasan baik dan balasan buruk di akhirat nanti.

Seseorang yang berpegang kuat dalam agama akan mematuhi segala perintah Tuhan yang

mementingkan kebaikan dan mereka akan mengasihi semua orang di sekeliling mereka.

Justeru, kegiatan buli tidak akan dilakukan oleh seseorang itu kerana ia merupakan

tindakan yang salah di sisi agama.

Bukan sahaja begitu, sekiranya didapati anak-anak sendiri terlibat dalam gejala

buli, tidak kira anaknya pembuli atau mangsa buli, ibu bapa perlu memberikan kerjasama

yang sepenuhnya kepada pihak sekolah bagi memahami masalah tersebut serta

berganding bahu menyelesaikan masalah dengan mencari langkah penyelesaian yang

paling baik. Ibu bapa tidak patut mengendalikan masalah tersebut dengan perasaan yang

marah atau tidak rasional serta hanya memihak kepada anak sendiri sahaja atau

melepaskan kemarahan ke atas anak-anak. Selain itu, ibu bapa harus diberi pendedahan

terhadap tanda-tanda mangsa yang dibuli. Penerangan tentang bagaimana untuk

memahami dan memberi sokongan emosi terhadap anak-anak mereka yang menjadi

mangsa buli juga perlu diberi penekanan.

5.3 Peranan Pihak Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)

Page 12: ifolio.ukm.my · Web viewBuli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang

Pihak kerajaan juga harus memainkan peranan aktif dalam membendung gejala ini.

Kementerian Pendidikan harus mengambil berat isu kes buli dengan memperkasakan

mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikn Moral, Pendidikan Sivik dan sebagainya.

Dapat dilihat bahawa mata pelajaran ini sering diabaikan dan tidak diambil serius dalam

kurikulum sekolah. Nescaya penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar melalui

pengajaran subjek-subjek ini akan melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah dan moral

yang tinggi dan menggalakkan suasana yang aman dan harmoni dalam masyarakat.

Melalui pendidikan ini juga, para pelajar akan sedar tentang keburukan buli serta

menjauhi gejala yang negatif tersebut.

Badan-badan kerajaan dan NGO perlu, sama ada secara bersendirian ataupun

secara bergabung tenaga menganjurkan program-program yang boleh menyedarkan

masyarakat tentang isu buli. Hal ini boleh dilakukan dengan memfokus kepada

kelompok-kelompok tertentu seperti kepada ibu bapa dan guru dengan tujuan memberi

pendedahan ilmu kepada ibu bapa dan guru agar mereka dapat mengenal pasti sama ada

anak atau pelajar mereka telah menjadi mangsa buli atau tidak. Bentuk program yang

kedua adalah dengan mensasarkan kepada remaja kerana golongan remaja merupakan

kelompok yang banyak menjadi pembuli atau mangsa buli. Mereka perlu disedarkan agar

tidak membuli dan bagi yang menjadi mangsa buli perlu disedarkan atau diberi semangat

agar melaporkan kejadian buli kepada pihak yang berkenaan. Selain itu, ceramah atau

kempen seperti kempen anti buli juga boleh diadakan secara berterusan di setiap sekolah

dari semasa ke semasa bagi menyedari para pelajar agar menjauhi diri daripada gejala

buli. Contohya, kempen Anti Buli yang dijalankan di pekan Marang telah mendapat

sambutan yang mengalakkan dan lebih kurang 70% kes buli dapat dikurangkan di sekitar

kawasan tersebut setelah kempen tersebut dijalankan. Aktiviti seperti kuiz tentang kes

buli juga boleh dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam menangani masalah kes

buli ini.

5.4 Peranan Media Massa

Peranan media massa juga amat penting dalam membendung masalah buli dalam

kalangan pelajar. Kuasa media massa dalam mempengaruhi minda pembaca memang

tidak dapat disangkal lagi. Media massa, sama ada media elektronik, media internet

Page 13: ifolio.ukm.my · Web viewBuli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang

mahupun media cetak hendaklah menjalankan tanggungjawab sosial mereka dalam

menangani masalah buli. Filem-filem yang mengandungi adegan ganas yang keterlaluan

dan yang boleh mendidik remaja untuk meniru aksi buli hendaklah disekat daripada

tontonan umum. Media juga perlu memaparkan filem, gambar, cerita dan rencana yang

menonjolkan kesan-kesan buruk buli. Di samping itu media juga perlu sentiasa

menayangkan iklan-iklan larangan membuli yang dapat memberi kesedaran kepada

pembaca. Selain itu, poster-poster larangan membuli hendaklah dicetak oleh pihak

berkenaan dan diedarkan serta ditampal ditempat-tempat yang strategik seperti sekolah,

pasar raya, masjid dan rumah–rumah ibadat, perhentian bas, perputakaan awam, stesen

kereta api dan sebagainya. Dengan cara ini, masyarakat akan terpanggil untuk berasa

sensitif dengan isu buli.

5.5 Peranan Individu atau Pelajar

Semua pelajar perlu diberi pendedahan awal tentang isu yang berkaitan dengan buli.

Pendedahan perlu diberi daripada aspek definisi, ciri-ciri mangsa, kesan, hukuman dan

implikasi isu buli. Pelajar digalakkan untuk menanamkan sikap proaktif terhadap isu buli

di sekolah. Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah

dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kejadian kes

buli atau menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada

pihak sekolah dengan segera agar masalah tersebut dapat diatasi dengan secepat mungkin

demi kesejahteraan sekolah.

Selain itu, pelajar yang berasa dirinya terancam boleh mendapatkan bantuan

dengan menulis permasalahan mereka dan menghantarnya kepada kaunselor, guru

bimbingan atau guru-guru yang mereka rasa selesa untuk mendengar atau membaca

permasalahan mereka. Pelajar juga perlu mengelakkan diri daripada menyerang balas

pembuli berkenaan seperti mengadu hal itu kepada orang luar yang tiada kaitan dengan

sekolah. Perkara ini boleh mengundang bahaya yang lebih besar. Di samping itu, pelajar

yang berisiko untuk dibuli perlu mengelakkan diri daripada duduk secara bersendirian

dan digalakkan untuk berada dalam kumpulan. Pelajar juga perlu diberi kefahaman

berkenaan buli yang berlaku dalam alam siber. Pelajar perlu mengehadkan aktiviti dalam

Page 14: ifolio.ukm.my · Web viewBuli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang

laman sosial atau sekurang-kurangnya dapat memahami aspek buli melalui siber

seterusnya mengelakkan diri daripada menjadi mangsa buli.

Satu lagi langkah yang penting adalah pelajar harus pandai memilih kawan atau

rakan sebaya kerana remaja yang sedang mencari identiti dan jati diri biasanya mudah

terpengaruh dan terikut-ikut dengan perbuatan kawannya. Contohnya, jika kawannya

minat membaca buku, maka pelajar tersebut juga akan dipengaruhi dan membaca

bersama-sama. Perkara yang sama akan berlaku iaitu mereka akan terikut-ikut dengan

kelakuan buli sekiranya kawan mereka sering melibatkan diri dalam kes buli di sekolah.

Hal ini adalah supaya diri mereka dapat diterima dalam sesuatu kumpulan tersebut.

6.0 Kesimpulan

Natijahnya, selagi masalah buli masih berleluasa, impian negara kita yang ingin

melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai

khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan

tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar

merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan.

Bak kata pepatah, “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”.

Sesungguhnya isu ini tidak boleh ditangani oleh individu secara berseorangan.

Oleh itu, semua pihak haruslah berpadu tenaga dan bekerjasama sehilir semudik dan

sehati sejiwa dalam usaha membanteras masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa

mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang

gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan

mengangkat martabat bangsa dipersada dunia.