20
KPKT melalui JPSPN akan menubuhkan satu pasukan petugas yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JPSPN bagi mengkaji semula prosedur dan polisi semasa, pengimportan sisa plastik Kod Tarif 3915”. Bil. 03/2018 Selamatkan pokok, kurangkan penggunaan kertas! Muat turun dan baca SWCorp News ini secara atas talian di www.swcorp.my/swcorpnews 9 772289 898005 ISSN 2289-8980 #ASINGKAN SISA PEPEJAL DEMI MASA DEPAN ANAK-ANAK KITA Menteri pun sanggup kutip sisa pepejal… Anda bila lagi? MS2 SWCorp pantau pelaksanaan modul 3R di sekolah MS4 SWCorp jayakan program serampang dua mata MS6 EDISI SEDEKAD SWCorp - YB PUAN HAJAH ZURAIDA KAMARUDDIN Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan KPKT henti pengeluaran AP sisa plastik berkuatkuasa serta merta MS3

- YB PUAN HAJAH ZURAIDA KAMARUDDIN Menteri … file2. swc. orp news. swc. orp news. marin termasuk penyu, ikan lumba-lumba ditemui mati di perairan. sepanyol disebabkan plastik pada

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: - YB PUAN HAJAH ZURAIDA KAMARUDDIN Menteri … file2. swc. orp news. swc. orp news. marin termasuk penyu, ikan lumba-lumba ditemui mati di perairan. sepanyol disebabkan plastik pada

1

KPKT melalui JPSPN akan menubuhkan satu pasukan petugas

yang dipengerusikan olehKetua Pengarah JPSPN bagi mengkaji semula prosedur dan polisi semasa,

pengimportan sisa plastik Kod Tarif 3915”.

Bil. 03/2018

Selamatkan pokok, kurangkan penggunaan kertas! Muat turun dan baca SWCorp News ini secara atas talian di www.swcorp.my/swcorpnews

9 772289 898005

ISSN 2289-8980

#ASINGKAN SISA PEPEJAL DEMI MASA DEPAN ANAK-ANAK KITA

Menteri pun sanggup kutip sisa pepejal… Anda bila lagi?MS2

SWCorp pantau pelaksanaan modul 3R di sekolah

MS4

SWCorp jayakan programserampang dua mata

MS6

EDISISEDEKAD SWCorp

- YB PUAN HAJAH ZURAIDA KAMARUDDIN Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

KPKT henti pengeluaranAP sisa plastikberkuatkuasa serta merta

MS3

Page 2: - YB PUAN HAJAH ZURAIDA KAMARUDDIN Menteri … file2. swc. orp news. swc. orp news. marin termasuk penyu, ikan lumba-lumba ditemui mati di perairan. sepanyol disebabkan plastik pada

SWCorp NEWS SWCorp NEWS2

MARIN TERMASUKPENYU, IKAN LUMBA-LUMBADITEMUI MATI DI PERAIRAN

SEPANYOL DISEBABKANPLASTIK PADA 2013.

Ia sesuatu yang sangat mengujakan, bermakna dan memberi kesan positif

hingga boleh mengubah minda seseorang. Melihat seorang Menteri yang masih muda, bergaya dan menjadi idola ramai pihak tanpa segan

silu dan tanpa kekok bingkas bangun dari tempat duduk VVIPnya lalu mengutip sisa pepejal yang ditinggalkan oleh penonton perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, adalah suatu yang belum pernah kita saksikan sebelum ini.

Tapi itulah yang dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Sebaik tamat perlawanan dilihat mengutip sisa pepejal yang ditinggalkan oleh penonton di tempat duduk yang ditinggalkan. Tindakan ini sekaligus menunjukkan bahawa kita sebagai penonton bola sepak yang sememangnya mempunyai semangat kesukanan yang tinggi seharusnya berasa malu apabila sisa yang ditinggalkan dikutip oleh individu lain apatah lagi individu tersebut merupakan seorang Menteri. Dalam rakaman video berdurasi pendek yang dipaparkan di media sosial, Syed Saddiq dilihat membawa beg plastik hitam dan mengutip sisa pepejal yang ditinggalkan

terdiri daripada bekas makanan dan minuman.

Kami di SWCorp News mengucapkan syabas kepada YB Menteri dan berharap ia sedikit sebanyak memberi kesedaran dalam kalangan penyokong agar terdetik rasa bertanggungjawab untuk lebih perihatin terhadap aspek kebersihan walau di mana sahaja berada. Mungkin juga penyokong kita perlu mencontohi apa yang dilakukan oleh penyokong Senegal dan Jepun pada pertembungan sepadan Piala Dunia yang berlangsung di Yekaterinburg Arena.

Kedua-dua penyokong pasukan berkenaan menerima pengiktirafan dunia kerana sikap dan keperihatinan mereka dalam menjaga kebersihan semasa perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri 2 - 2.

Sikap penyokong kedua-dua negara ini menjadi tajuk utama akhbar, menenggelamkan kemenangan perlawanan bola berkenaan. Apa yang telah mereka

lakukan?Video di laman sosial

menunjukkan penyokong Jepun membersihkan kawasan stadium selepas kemenangan berdepan Colombia, mengutip sisa pepejal di bawah tempat duduk dalam stadium berkenaan.

Penyokong Senegal juga dilihat melakukan perkara sama selepas kemenangan mengatasi Poland.

Dan apabila pasukan Senegal dan Jepun ini bertembung, penyokong kedua-dua negara ini benar-benar telah membuatkan tugas pembersih sukarela di stadium berkenaan lebih mudah.

“Kami tidak datang ke sini untuk meninggalkan sisa pepejal. Kami perlu membawanya keluar selepas setiap perlawanan untuk menunjukkan kepada dunia bahawa kami orang yang bagus. Selepas ini ke mana saja kami pergi kami akan menerima tanggapan yang baik, kerana itu kami melakukannya,” kata penyokong Senegal, Gora.

Menteri pun sanggup kutip sisa pepejal… Anda bila lagi?

SIDANG EDITOR

Alamat:Blok J, Bangunan MKN Embassy Techzone, Jalan Teknokrat 2, 63000 Cyberjaya, Selangor D.ENo. Tel:03-8312 4000

Faks:03-8312 4003

Facebook:www.fb.com/swcorp/MY

PENAUNGDATO’ DR. ZULKAPLI MOHAMED

EDITORFADZILAH HASSAN

JURU FOTO MUHAMMAD SHAZWAN ABD RAZAK

PROMOSI DAN EDARAN NURUL SHAFIEKA MOHD PAUZI

WARTAWANZAITUN ABDUL RASHIP

PENASIHATMOHAMMAD DIAH WAHARI MOHD PAUZE MOHAMAD TAHA

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp)

Kami di SWCorp News mengucapkan

syabas kepada YB Menteri dan

berharap ia sedikit sebanyak memberi kesedaran dalam

kalangan penyokong agar terdetik rasa

bertanggungjawab untuk lebih perihatin

terhadap aspek kebersihan walau

di mana sahaja berada.

NASIONALTahukahAnda

BAHAN KIMIA DIGUNAKAN DALAM PLASTIK SEPERTI

PHTHALALES, BISPHEND A (BPA) ATAU POLYBROMINATED BANYAK

DITEMUI DALAM IKAN DAN MAMALIA LAUT?

54PERATUS

DARIPADA 120MAMALIA LAUT DALAM

SENARAI SPESISTERANCAM MATI

DISEBABKAN OLEHPLASTIK.

BURUNG YANGMENDAPATKAN

MAKANAN DI LAUTAKIBAT TERTELAN

PLASTIK.

MARIN MATI SETIAP TAHUN DISEBABKAN SISA PEPEJAL.

250HAIWAN

92.5PERATUS

100,000

Page 3: - YB PUAN HAJAH ZURAIDA KAMARUDDIN Menteri … file2. swc. orp news. swc. orp news. marin termasuk penyu, ikan lumba-lumba ditemui mati di perairan. sepanyol disebabkan plastik pada

SWCorp NEWS SWCorp NEWS 3

▶PUTRAJAYA

Merujuk kepada laporan sebuah akhbar tempatan bertarikh

23 Julai 2018, berkenaan berlakunya pencemaran serius di Kuala Langat, Selangor, yang dikatakan berpunca dari kilang yang memproses plastik import secara haram, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengambil pendekatan tegas dengan menghentikan pemberian AP sisa plastik berkuatkuasa serta-merta untuk tempoh tiga bulan bermula 24 Julai 2018.

Permit pengeluaran

lesen import (AP) sisa plastik HS Kod 3915 adalah melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), KPKT.

Kriteria yang ketat dikenakan oleh JPSPN untuk mana-mana kelulusan AP sisa plastik, yang mana pengimport perlu mendapatkan surat kelulusan pematuhan kilang daripada Jabatan Alam Sekitar, mempunyai lesen premis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), mendapat pengesyoran kelulusan pemeriksaan kilang oleh SWCorp dan bukti bergambar bahawa sisa yang diimport adalah bersifat homogeneous, bersih dan

bukan dalam kategori bahan terjadual (schedule waste).

Antara syarat lain yang dikenakan oleh JPSPN adalah untuk semua pembekal sisa plastik mempunyai persijilan ISO 14000 yang mengamalkan sistem pengurusan alam sekitar yang efektif dan bertanggungjawab.

Sisa plastik yang dibawa masuk hendaklah diproses sepenuhnya oleh kilang pengimport (yang memiliki AP) dan wajib mematuhi Akta Kualiti Alam Sekililing 1974 seperti Peraturan (Udara Bersih) 2014 dan (Efluen Perindustrian) 2009

serta mana-mana peraturan yang ditetapkan oleh PBT.

Pasukan petugas (taskforce) AP sisa plastik kod tarif 3915

KPKT melalui JPSPN akan menubuhkan satu pasukan petugas yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JPSPN bagi mengkaji semula prosedur dan polisi semasa, pengimportan sisa plastik Kod Tarif 3915.

Keanggotaan pasukan petugas ini adalah terdiri daripada Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kementerian

Perdangangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan SWCorp.

Kerjasama turut akan dijalankan dengan semua agensi PBT di Malaysia bagi memastikan pengurusan sisa plastik dapat dilaksanakan dengan selamat dan mengikut piawaian alam sekitar antarabangsa.

Kementerian Perumahandan Kerajaan Tempatan (KPKT)

mengambil pendekatan tegas dengan menghentikan pemberian AP sisa plastik berkuatkuasa serta-merta untuk tempoh

tiga bulan bermula 24 Julai 2018.

YB PUAN HAJAH ZURAIDA KAMARUDDINMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

PENCEMARAN KUALA LANGAT KPKT HENTI PENGELUARAN AP SISA PLASTIK BERKUATKUASA SERTA MERTA

Page 4: - YB PUAN HAJAH ZURAIDA KAMARUDDIN Menteri … file2. swc. orp news. swc. orp news. marin termasuk penyu, ikan lumba-lumba ditemui mati di perairan. sepanyol disebabkan plastik pada

SWCorp NEWS SWCorp NEWS4

iMelo IDENT UHFDipasang di satu

kompaktor khas untuk merakam segala laluan

dan data secara real time. iMelo ON BOARDDipasang di satu kompaktor khas untuk mengesan pergerakan RFID Chip.

RFID CHIPDipasang di 7,759 rumah premis di seluruh Putrajaya.

iMelo DISPO SOFTWAREDiakses di Control Room di Ibu

Pejabat SWCorp, Pejabat SWCorp Putrajaya dan Pejabat Alam Flora

Sdn. Bhd. di Putrajaya.

▶CYBERJAYA

SWCorp telah membangunkan satu lagi sistem yang dikenali sebagai iMelo ataupun Integrated Management Environmental Logistics. iMelo adalah sistem yang dibangunkan dengan dilengkapi kaedah kawal selia yang lebih cekap dan sistematik bagi kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam.

Sistem ini dilihat sebagai satu keperluan dan kaedah terbaharu bagi meminimakan masalah human error dan juga dapat mengurangkan kos tuntutan perjalanan bagi kerja-kerja pemantauan selaras dengan objektif pembangunan sistem ini.

Secara umumnya, kaedah pemantauan ke atas operasi yang dijalankan oleh syarikat konsesi pada masa kini memerlukan anggota penguatkuasa SWCorp untuk sentiasa berada di lapangan bagi memastikan kutipan sisa pepejal

dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.

Bagi memastikan sistem ini menepati objektifnya satu kajian penggunaan teknologi RFID melalui sistem iMelo telah mula dijalankan sejak Oktober 2017 yang lalu bagi melihat keberkesanannya khususnya dalam pemantauan kutipan sisa pepejal.

Objektif kajian adalah untuk menambahbaik sistem pemantauan Key Performance Indicator (KPI) syarikat konsesi dan menjadikan kaedah pemantauan yang lebih cekap dan sistematik.

Untuk itu, projek perintis telah dijalankan di seluruh kawasan skim pemantauan Putrajaya yang meliputi 7,759 buah rumah kediaman bertanah dan 362 laluan. Ia melibatkan penggunaan satu unit kompaktor kutipan sisa pepejal bagi menjalankan aktiviti kutipan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Kajian ini merangkumi semua laluan kutipan di setiap Presint selama tiga bulan pertama dan proses ini akan berulang untuk tiga bulan yang seterusnya sehingga tamat tempoh.

Pelaksanaan projek ini adalah bagi mendapatkan data yang lebih terperinci untuk setiap operasi kutipan sisa pepejal yang dijalankan.

Apa yang pasti, kajian ini dijangka dapat menghasilkan impak-impak dari segi penambahbaikan

sistem pemantauan KPI syarikat konsesi berkaitan masalah jadual kutipan, lokasi pelupusan, kutipan tidak sempurna serta pergerakan kenderaan.

Pembangunan sistem ini sekaligus menyumbang kepada peningkatan tahap efisien terhadap kaedah pemantauan operasi kutipan sisa pepejal oleh

penguatkuasa SWCorp.

Projek perintis telah dijalankan di seluruh kawasan

skim pemantauan Putrajaya yang

meliputi 7,759 buah rumah kediaman bertanah dan 362

laluan.

DALAM NEGERI

Satu program pemantauan bagi memastikanPelaksanaan Modul

Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Pengurusan Sisa Pepejal dan Amalan 3R berjalan lancar telah diadakan baru-baru ini. Ia bertujuan memastikan pengajaran dapat d i l a k s a n a k a n mengikut ketetapanyang terkandung di dalam modul tersebut.

Modul PdP Pengurusan Sisa Pepejal dan Amalan 3R Merentasi Kurikulum Prasekolah merupakan inisiatif SWCorp yang dibangunkan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Modul berkenaan memberi panduan kepada guru-guru bagi menyampaikan informasi berkenaanpengurusan sisa pepejal melalui amalan 3R (Reduce, Reuse dan

Recycle) kepada generasi awal kanak-kanak.

Modul ini telah dilancarkan pada 17 Ogos 2017 dan mula dilaksanakan di semua Prasekolah, Tabika KEMAS serta Tabika Perpaduan dalam sesi PdP bermula awal tahun 2018.

Sebagai usaha mempersiapkan guru-guru dengan teknik PdP menerusi modul berkenaan, kursus latihan Training of Trainers (TOT) sedang giat dilaksanakan oleh ketiga-tiga agensi yang terlibat dan dijangka selesai pada tahun 2018.

Dalam pada itu, SWCorp juga telah merancang sesi pemantauan pelaksanaan modul di prasekolah dan tabika terpilih bagi melihat sendiri kaedah pelaksanaan sebenar yang berlaku di peringkat lapangan.

Untuk itu, SWCorp telah turun padang untuk melaksanakan pemantauan di Prasekolah SK Setiawangsa pada 26 April 2018, Prasekolah

SK Putrajaya Presint 17 (1) pada 3 Mei 2018, Tabika Perpaduan Apartment Presint 18R12 pada 14 Mei 2018 dan Tabika KEMAS PPR Seri Alam Fasa 1 pada 15 Mei 2018.

Bagi sesi pemantauan di Prasekolah SK Putrajaya Presint 17 (1) ia turut disertai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) SWCorp, Mohammad Diah Wahari yang mewakili pihak pengurusan tertinggi SWCorp. Hasil daripada maklum balas guru-guru yang menggunapakai modul ini adalah amat positif dan memberangsangkan. Rata-rata para guru menyifatkan inisiatif ini merupakan satu langkah kehadapan bagi membentuk sikap generasi muda yang menghargai kebersihan dan alam sekitar.

iMELO untuk pengurusan yang lebih cekap

Rata-rata para guru menyifatkan inisiatif ini merupakan

satu langkah kehadapan bagi

membentuk sikap generasi muda yang

menghargai kebersihan dan alam sekitar.

Page 5: - YB PUAN HAJAH ZURAIDA KAMARUDDIN Menteri … file2. swc. orp news. swc. orp news. marin termasuk penyu, ikan lumba-lumba ditemui mati di perairan. sepanyol disebabkan plastik pada

SWCorp NEWS SWCorp NEWS 5

SWCorp kongsi ilmu dengan pelajar IPT

▶CYBERJAYA

Sehingga Jun lalu SWCorp menerima kunjungan akademik dari beberapa

Institusi Pengajian Tinggi awam dan swasta. Lawatan sambil belajar itu membabitkan pelajar Jabatan Kejuruteraan, Universiti Lim Kok Wing, Cyberjaya (60 orang); pelajar Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam (38 orang); dan pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM Shah Alam (35 orang).

Secara umumnya, lawatan itu bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang dilaksanakan di negara ini. Ia juga sebahagian daripada proses pembelajaran yang telah disyaratkan oleh Universiti.

Sepanjang lawatan pelajar didedahkan dengan taklimat mengenai Amalan 3R (Reduce, Reuse dan Recycle) oleh Bahagian Pendidikan Masyarakat; taklimat mengenai Teknologi Di Dalam Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Di Malaysia oleh Bahagian Penyelidikan dan Teknologi; sesi soal jawab; dan lawatan ke Galeri SWCorp.

Di pihak SWCorp pastinya peluang ini dapat

digunakan untuk menyebarkan informasi berguna dan menyedarkan mereka bahawa tanggungjawab untuk menjaga kebersihan merupakan satu perkara yang harus dipikul secara bersama.

SWCorp sentiasa membuka pintu kepada para pelajar dan kunjungan sebegini merupakan salah satu platform untuk memberi pendedahan berhubung aspek pengurusan sisa pepejal.

Secara umumnya, melalui sesi pembentangan dan perkongsian ilmu serta pengalaman oleh pegawai SWCorp, ia menunjukkan bahawa aspek pengurusan sisa pepejal di negara ini telah mempunyai garis panduan dan peraturan yang cekap dan efisien seperti penggunaan Key Performance Indicator (KPI) dan Standard Operating Procedure (SOP) serta penggunaan jentera dan teknologi yang setanding dengan negara lain.

Pelajar yang menyertai lawatan ini juga teruja dengan sesi perkongsian ilmu dan bagi mereka ia merupakan cabang ilmu baharu yang menarik. Mereka juga sangat berminat dengan konsep “upcycling” yang mengetengahkan konsep tambah nilai dan artistik terhadap barangan terpakai.

▶KEPONG

Memiliki taman yang indah pastinya keinginan semua

pihak. Ia bukan sahaja mencantikkan kawasan, malah turut memberi kehidupan yang sihat kepada persekitaran.

Untuk itu, satu program Transformasi Kebersihan Taman Petaling, Kepong, Kuala Lumpur telah diadakan baru-baru ini. Program yang dirasmikan oleh Pengarah Eksekutif Sosio-Ekonomi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Ibrahim Yusoff, itu dianjurkan SWCorp Kuala Lumpur dengan kerjasama DBKL, Majlis Perwakilan Penduduk Parlimen Kepong Sub Zon 3 (MPPWP), Persatuan-Persatuan Penduduk Kepong serta Alam Flora Sdn. Bhd.

Program diadakan bertujuan menjadikan Taman Petaling Kepong sebagai Taman Contoh dari aspek kebersihan dan keceriaan kawasan dan menggalakkan penduduk setempat melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Selain itu melalui program ini ia telah

dapat menceriakan taman permainan kanak-kanak dan mentransformasi kawasan semak samun selain telah diwujudkan lokasi tong MGB 120L yang seragam. Antara faktor pemilihan taman ini diangkat untuk dinobat sebagai Taman Contoh adalah kerana longkang-longkang di kawasan perumahan ini telah dinaiktaraf dengan dilengkapi struktur

yang lebih sempurna oleh DBKL selain insfrastruktur di taman permainan.

Penduduk juga telah membuat tanda kotak bagi meletakkan tong sampah yang dibekalkan oleh Alam Flora Sdn. Bhd. dalam keadaan baik dan tersusun.

Untuk rekod, taman

ini mencatatkan jumlah ketidakpatuhan KPI yang rendah dan jarang menerima aduan.

Apa yang pasti, tanpa kerjasama para penduduk di sini maka persekitaran yang bersih seperti yang dicapai sekarang tidak akan berlaku. Penduduk yang menyertai program ini menzahirkan rasa bertuah kerana kawasan mereka telah dipilih untuk dijadikan taman contoh dan berterima kasih kerana membersihkan semak samun yang terbiar selama ini. Dengan pemilihan lokasi taman ini, ia sekaligus akan menaikkan semangat bertanggungjawab para penduduk untuk mengekalkan kebersihan di taman mereka.

Pada 18 April lalu semasa majlis pelancaran terhadap program ini diadakan semua pihak telah turun padang meninjau sekitar taman ini. Program ini merupakan susulan daripada pelaksanaan Program 1S1T iaitu 1 Penyelia 1 Transformasi Kawasan yang telah diperkenalkan oleh Alam Flora Sdn. Bhd.

Taman Petaling Kepong bakal dinobat TAMAN CONTOH

DALAM NEGERI

Page 6: - YB PUAN HAJAH ZURAIDA KAMARUDDIN Menteri … file2. swc. orp news. swc. orp news. marin termasuk penyu, ikan lumba-lumba ditemui mati di perairan. sepanyol disebabkan plastik pada

SWCorp NEWS SWCorp NEWS6

DALAM NEGERI

▶ALOR SETAR

Mendedahkan orang awam berkenaan amalan 3R (Reduce,

Reuse dan Recycle) di samping memperkenalkan SWCorp kepada orang awam melalui program kerjasama sudah menjadi acara wajib masa kini.

Usaha dibuat bertujuan memastikan hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara

yang lestari tercapai. Terbaharu, pada 12 Mei lalu, bertempat di Masjid Al-Amin, Kg. Lahar Budi, Alor Setar, seramai 200 orang menyertai program Amal Ride anjuran SMK Simpang Kuala, Alor Setar, Kedah.

Program berkenaan turut dibuat bagi mewar-warkan kepada orang awam mengenai aktiviti pengasingan sisa pepejal, perkomposan dan

pelaksanaan 3R agar dapat mengurangkan sisa pepejal dari dilupuskan ke tapak pelupusan.

Bermula dari jam 9 pagi hingga 3 petang, program yang mendapat kerjasama SWCorp Kedah, JKKK Kg. Lahar Budi dan Environment Idaman Sdn. Bhd itu dirasmikan oleh Pengetua SMK Simpang Kuala, Zainab Yaman.

Antara pengisian program adalah melibatkan aktiviti Kayuhan Amal dengan basikal dari SMK Simpang Kuala ke rumah asnaf yang terpilih di Kg. Lahar Budi.

Ia membabitkan penglibatan seramai 50 guru, pelajar dan warga kerja dari SWCorp Kedah serta Environment Idaman Sdn. Bhd. Kayuhan basikal tersebut bermula dari SMK Simpang Kuala ke Kg. Lahar Budi untuk menyampaikan sumbangan keperluan makan minum seperti beras, gula,

garam, minyak dan sebagainya kepada golongan yang kurang berkemampuan dan asnaf yang terpilih.

Selain itu, kempen Kebersihan 3R dan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca juga diadakan di sekitar kampung berkenaan. Gotong-royong membersihkan kubur di kawasan masjid dan mengecat ruang hadapan masjid turut dijalankan selain pemberian Sangkar Kitar Semula kepada Masjid Al-Amin bagi menggalak dan meningkatkan semangat penduduk untuk mengamalkan kitar semula.

Dalam satu aktiviti lain pula, telah diadakan program gotong-royong dan pembudayaan amalan 3R bersama Jawatankuasa Masjid dan Surau serta komuniti Taman Wira, Alor Setar.

Diadakan pada 4 Mei lalu, program yang melibatkan 400 orang dan bermula pada jam 8.00 pagi itu diadakan

di Perkarangan Masjid Al-Rahmah Taman Wira, Alor Setar.

Dianjurkan bersama oleh SWCorp Kedah, Majlis Bandaraya Alor Setar, Environment Idaman Sdn. Bhd. dan Kelab Pemuliharaan Alam Sekitar (EPIC), program bertujuan menggalakkan orang awam untuk melaksanakan program kitar semula dan memberi kesedaran tentang kepentingan kitar semula. SWCorp turut menyalurkan sedikitsumbangan kepada JKK Masjid Al-Rahmah dan membuka booth untuk berkongsi informasi mengenai 3R, Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca serta Recycle For Life. Program dimeriahkan dengan pertandingan Gubahan 3R dan Rekacipta 3R yang telah menarik kunjungan ramai ke booth SWCorp.

Program Amal Ride temui penduduk Kg. Lahar Budi

SWCorp jayakan program serampang dua mata

▶KUALA TERENGGANU

SWCorp Terengganu telah berjaya melakar satu lagi pencapaian

apabila sebanyak lima signage berbentuk billboard bersaiz sederhana dibangunkan di sepanjang trek ke Bukit Besar, Kuala Terengganu.

Aktiviti yang diadakan sempena program “Bukit Besar Challenge” itu merupakan program serampang dua mata apabila aktiviti larian memanjat

gunung itu turut dapat memberi kesedaran mengenai amalan 3R (Reduce, Reuse dan Recycle) dan kempen kebersihan yang wajar diamalkan semua pihak.

Selain itu turut diadakan pameran SWCorp serta kempen amalan kebersihan dan kesihatan dengan kerjasama pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Pusat Rawatan SALAM dan Persatuan Kembara Terengganu. Tidak ketinggalan diadakan demonstrasi Tisu

Batik Pelangi. Program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada masyarakat setempat khususnya penduduk sekitar Bukit Besar.

Dalam pada itu, di Sekolah Kebangsaan Ibok, Kemaman, diadakan juga program “Minggu Baik Hati” yang telah mengundang SWCorp untuk membuat pameran dan mengadakan taklimat kepada guru-guru serta para pelajar sekolah.

Taklimat mengenai Pengurusan Sisa Pepejal dan Kitar Semula itu disampaikan oleh Penolong Jurutera, Shakir Jusoh. Turut diadakan ialah Pameran 3R, Demonstrasi Tisu Batik dan Puzzle 3R.

Program sebegini yang melibatkan sekolah di luar kawasan bandar sememangnya mendapat sambutan yang sangat menggalakkandaripada pihak sekolah dan semoga usahasama di dalam menjayakan kempen kitar

semula seperti ini akan terus mendapat sokongan dan membuka mata masyarakat khususnya rakyat negeri Terengganu dalam melihat kepentingan menjagakebersihan dan mengamalkan amalan 3R.

Antara Signage yang dipasang di sepanjang trek ke Bukit Besar bagi memberi kesedaran kepada para pengunjung.

Page 7: - YB PUAN HAJAH ZURAIDA KAMARUDDIN Menteri … file2. swc. orp news. swc. orp news. marin termasuk penyu, ikan lumba-lumba ditemui mati di perairan. sepanyol disebabkan plastik pada

SWCorp NEWS SWCorp NEWS 7

▶KULIM

Seramai 30 orang Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Negeri

Perlis telah mengadakan Lawatan Gerak Kerja ke Pusat Pengumpulan Kitar Semula, di Mukim Tajar, Alor Setar dan fasiliti Anaerobic Digester bertempat di Kulim.

Program lawatan yang diadakan pada 15 April lalu itu mendapat kerjasama Green Resources Recovery Sdn. Bhd. dan syarikat Environment Idaman Sdn. Bhd.

Lawatan di kedua-dua lokasi ini telah memberikan pendedahan yang cukup menerusi sesi taklimat dan melihat sendiri aktiviti yang diadakan. Bagi lawatan di Pusat Pengumpulan Kitar Semula, peserta dapat melihat sendiri bagaimana bahan kitar semula tersebut diasingkan secara manual oleh pekerja

dan kemudian dimasukkan ke dalam mesin untuk proses selanjutnya. Barangan kitar semula yang diproses tersebut terdiri daripada kertas, plastik, tetrapak dan tin.

Bagi lawatan di pusat Anaerobic Digester yang bertempat di Kulim pula, banyak ilmu dan pendedahan telah diperolehi. Di pusat ini, sisa makanan yang diasingkan

diproses untuk dijadikan baja kompos. Untuk rekod, sebanyak 500 kilogram baja kompos diproses setiap hari. Ia sekaligus menunjukkan betapa banyaknya sisa makanan dibazirkan namun berjaya diselamatkan dengan teknik pengkomposan.

Apa yang pasti, lawatan yang julung kali diadakan oleh JPP ini sangat memberi

pendedahan berkaitan proses yang dijalankan terhadap barangan kitar semula termasuk sisa makanan. Ia juga menunjukkan bahawa barangan kitar semula memang sewajarnya tidak dibuang begitu sahaja kerana ia mempunyai nilai dan mampu menghasilkan produk lain malah boleh menjana pendapatan.

JPP buat lawatan sambil belajarBagi lawatan di pusat Anaerobic Digester yang bertempat

di Kulim pula, banyak ilmu dan pendedahan telah diperolehi. Di pusat ini, sisa makanan yang diasingkan diproses untuk dijadikan baja kompos. Untuk rekod, sebanyak 500 kilogram baja kompos diproses setiap

hari. Ia sekaligus menunjukkan betapa banyaknya sisa makanan dibazirkan namun berjaya diselamatkan

dengan teknik pengkomposan.

“THE AFTERMATH THINKER

Karya :

MOHD RAZIF MOHD RATHI, CLEMENT ANAK JIMEL & ZAIDI WASLI

Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Negeri Perlis bergambar sambil memegang banner berlatar belakangkan lori “Open Tipper” milik Environment Idaman Sdn. Bhd.

Balai Seni Negara telah menganjurkan pameran dengan tajuk “MINTA PERHATIAN : ARCA” pada 25 Mei hingga 8 Ogos 2018.

Hampir keseluruhan karya tersebut merupakan hasil seni pengkarya tempatan. SWCorp tidak ketinggalan menyumbang beberapa unit koleksi arca untuk dipamerkan kepada orang awam. Arca tersebut diperbuat daripada pelbagai material antaranya kayu, besi, simen, logam serta barangan buangan seperti getah dan plastik.

BY HEART

Karya :

DR. SHAMIZA ABU HASSAN &SHAHARIN SULAIMAN

Lokasi : Pusat Pengumpulan Kitar Semula, Mukim Tajar, Alor Setar.

DALAM NEGERI

Page 8: - YB PUAN HAJAH ZURAIDA KAMARUDDIN Menteri … file2. swc. orp news. swc. orp news. marin termasuk penyu, ikan lumba-lumba ditemui mati di perairan. sepanyol disebabkan plastik pada

SWCorp NEWS SWCorp NEWS8

Kolaborasi antara SWCorp Perlis, Mercyc Malaysia di bawah Universiti

Malaysia Perlis (UniMAP), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung berjaya menghimpunkan 200 sukarelawan dalam satu program di empat lokasi berbeza pada satu masa.

Program bersama sukarelawan berkenaan diadakan di empat lokasi serentak pada 21 April lalu. Ia membabitkan Kg. Kurong Batang, Bintong; Kg. Padang Telela, Pauh, Kg. Wang Ulu, Bintong dan Kg. Wang Besar, Bintong. Manakala pada 28 April 2018 program yang sama telah diadakan di Felda Chupping dan Felda Mata Ayer.

Untuk program di empat kampung berkenaan yang diadakan secara serentak, sukarelawan Mercyc ini telah dipecahkan mengikut kumpulan bagi setiap kampung. Tujuan mereka memasuki kampung adalah untuk memberi pendedahan berkaitan pengurusan sisa pepejal dan amalan 3R (Reduce, Reuse dan Recycle) serta mengukuhkan jalinan dengan penduduk setempat.

Di pihak SWCorp pula, program ini diharap dapat mendekatkan lagi SWCorp dengan komuniti agar mereka terus menyokong usaha memelihara dan menjaga kebersihan alam sekitar serta mengurus sisa pepejal secara berhemah demi kepentingan bersama.

Pengisian program termasuklah taklimat mengenai 3R, demonstrasi pengkomposan dan aktiviti pengumpulan barang kitar semula. Mereka turut diberi penerangan berkaitan

pengurusan sisa pepejal yang efektif, kesedaran mengenai amalan kitar semula, taklimat dan demonstrasi pengkomposan di samping turut terlibat dalam jualan barangan kitar semula yang dibawa oleh penduduk kampung kepada pihak Green Resoure Recovery Sdn. Bhd. iaitu syarikat yang menguruskan pembelian barangan kitar semula.

Untuk jualan kitar semula, sebanyak 1,984 kilogram barangan kitar semula telah berjaya dikumpul di lokasi tersebut. Penduduk yang ditemui secara umumnya menyambut baik program ini (menambah pendapatan melalui jualan barang kitar semula) yang ternyata mencapai matlamatnya dengan memberikan kesedaran berkaitan akitiviti kitar semula kepada masyarakat di kampung. Program ini akan terus dilaksanakan pada masa-masa akan datang.

Tujuan mereka memasuki kampung adalah untuk memberi

pendedahan berkaitan

pengurusan sisa pepejal dan amalan 3R (Reduce, Reuse dan Recycle) serta

mengukuhkan jalinan dengan

penduduk setempat.

▶PORT DICKSON

Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama SWCorp Negeri

Sembilan, Jabatan Alam Sekitar, UiTM Seremban 3 dan Seri Pajam Development telah mengadakan program “Plogging” dan Kempen Indahkan Pantai Kita.

Program yang dibuat sempena Sambutan Hari Bumi 2018 Peringkat Negeri Sembilan itu diadakan di Pantai Badan Pinang, Port Dickson dan dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Negeri Sembilan, Norhazni Mat Sari.

Seramai 300 orang menyertai kempen ini yang terdiri daripada Pelajar UiTM Seremban 3, Kanak-Kanak Tabika Perpaduan Daerah Port Dickson, Jabatan Pembangunan Wanita, Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan, Jabatan Kerja Raya,

Majlis Perbandaran Port Dickson, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Syarikat Air Negeri Sembilan dan SWM Environment Sdn. Bhd.

Bermula pada jam 8 pagi hingga 1 tengah hari, program yang diadakan pada hari minggu itu dimulakan dengan aktiviti “Plogging” bersama pelajar UiTM. Aktiviti “Plogging” ini adalah gabungan aktiviti jogging sambil memungut sisa pepejal di kawasan pantai.

Selain itu, setiap jabatan dan agensi yang terlibat juga diminta untuk menanam pokok sebagai simbolik menzahirkan semangat cintakan alam sekitar. Ia juga diterapkan kepada kanak-kanak tabika dengan mengadakan pertandingan mewarna.

Objektif program adalah untuk memberi pendedahan tentangkepentingan menjaga alam

sekitar serta mewujudkan amalan persekitaran pantai yang bersih di samping memupuk kerjasama antara pelajar Institusi Pengajian Tinggi, agensi kerajaan dan masyarakat dalam melahirkan individu yang mencintai alam sekitar di samping merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan Port Dickson sebagai kawasan tumpuan pelancong yang terbersih.

Menerusi program ini ia diyakini turut dapat memupuk budaya kebersamaan di dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar agar dapat diwariskan kepada generasi akan datang dengan melaksanakan aktiviti kesedaran seperti penanaman pokok, pengumpulan sisa pepejal dan pembersihan pantai.

▶LANGKAWI

Seramai 150 orang terdiri daripada Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM),

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), GEOPARK dan SWCorp hadir dalam program Geovolunteer Bersama Tentera Laut Diraja Malaysia. Program yang bertujuan mendidikmasyarakat supayamengurangkan penghasilan sisa pepejal di kawasan pantai merupakan anjuran LADA. Ia telah diadakan di Pulau Beras Basah dan dirasmikan oleh Ketua Pegawai Esekutif LADA, Dato’ Azizan Nordin. Pada program berkenaan, aktiviti kutipan sisa pepejal telah diadakan dan hasil kutipan diasingkan berjaya mengumpul sebanyak 55 kilogram kertas, 20 kilogram plastik dan 60 kilogram botol. Turut diadakan pemasangan papan tanda peringatan supaya para pelancong yang mengunjungi pulau berkenaan bersama-sama menjaga kebersihan kawasan sekitar. Selain membersihkan kawasan pulau berkenaan, pengunjung diminta untuk membawa sisa pepejal yang dihasilkan pulang bersama-sama selepas mengunjungi

Pulau Beras Basah.Terletak di hujung

barat Langkawi, pulau ini menawarkan percutian yang santai dengan pantai yang bersih, air laut yang biru dan kehijauan hutan.

Selain pasir putih bersih dan latar belakang hutan yang subur menghijau, perairan sekitar Pulau Beras Basah juga memberikan pemandangan dan pengalaman terbaik. Justeru usaha gotong-royong yang dijalankan ini sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada kelestarian eko-sistem di kawasan tersebut.

Dalam pada itu, satu lagi program kebersihan turut diadakan yang dinamakan Program Muafakat Ke Arah Kelestarian Kebersihan Persekitaran. Program anjuran SWCorp Kedah, Environment

Idaman Sdn. Bhd., Kelab Pemuliharaan Alam Sekitar (EPIC) dan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Flat Seri Gemilang ini telah diadakan di Flat Seri Gemilang, Kedah.

Kira-kira 350 orang telah hadir semasa program ini. Antara lain program ini bertujuan menggalakkan orang awam untuk melaksanakan program kitar semula dan memberi kesedaran tentang kepentingan kitar semula.

Pengisian program meliputi aktiviti kutipan barang kitar semula, demonstrasi penyediaan kraftangan iaitu batik tisu pelangi, pertandingan mewarna oleh pelajar-pelajar tadika, taklimat dan pameran Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca serta sumbangan amal kepada asnaf.

DALAM NEGERI

Sukarelawan Mercyc gempur4 kampung

Tentera Laut turut sertai kempen kebersihan

“PLOGGING” meriahkan Kempen Indahkan Pantai

Barisan sukarelawan Mercyc Malaysia yang telah bersedia untuk mendekati para penduduk kampung untuk melaksanakan tanggungjawab sosial.

Majlis Pelancaran Recycle for Lifebersama YTM Tunku Temenggong Kedah

Program ‘Recycle for Life’Recycle for Life adalah satu program kitar semula yang menawarkan ganjaran tunai menerusi kad pintar. Cetusan idea Recycle for Life dibangunkan oleh kumpulan Cenviro dengan kerjasama Yayasan MyKasih.

Program Recycle for Life merupakan inisiatif untuk mengurangkankebergantungan serta kekurangan tapak pelupusan sampah di dalam negara seterusnya menggalakkan program 3R iaitu kurangkan, guna semula & kitar semula.

Recycle for Life merupakan program tanggungjawab sosial KumpulanCenviro dan E-Idaman Sdn. Bhd. dan ianya merupakan program kitar semula menggunakan kad pintar yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Ikuti kami :

@envidaman E-IDAMAN SDN BHD

Hasil Kutipan Sisa Kitar Semula

kilogram kertas55

kilogram plastik20

kilogram botol60

Page 9: - YB PUAN HAJAH ZURAIDA KAMARUDDIN Menteri … file2. swc. orp news. swc. orp news. marin termasuk penyu, ikan lumba-lumba ditemui mati di perairan. sepanyol disebabkan plastik pada

SWCorp NEWS SWCorp NEWS 9

DALAM NEGERI

▶ALOR SETAR

Bertempat di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah, SWCorp Kedah,

Environment Idaman Sdn. Bhd., Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah dan Polis DiRaja Malaysia telah bersama menganjurkan Kempen Kebersihan dan Kesedaran 3R (Reduce, Reuse dan Recycle) di Stadium Darul Aman. Program yang diadakan pada 13 April lalu di Stadium Darul Aman itu disertai kira-kira 350 orang terdiri daripada kakitangan

SWCorp, Enviroment Idaman Sdn. Bhd. dan Kelab Penyokong.

Kempen bertujuan menyemai rasa tanggungjawab dan memberi kesedaran kepada penonton supaya menjaga kebersihan di dalam dan luar stadium di samping mendidik pengunjung mengenai amalan 3R dan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca. Ini akan turut menjadikan stadium sebagai lokasi riadah yang bersih dan sejahtera. Pada kempen berkenaan, turut diadakan taklimat kepada kelab penyokong menerusi pengedaran risalah berkaitan

Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca dan pengedaran plastik biodegradasi. Turut diadakan kempen “Value Food No Waste” kepada peniaga dan orang awam serta aktiviti kutipan barang kitar semula dengan jumlah keseluruhan di 8 pintu stadium sebanyak 520.8 kilogram Manakala pada 5 Mei lalu pula, bertempat di Perkarangan Masjid Lutfi, Kg. Suka Menanti, Alor Setar Kedah, SWCorp sekali lagi menganjurkan program kebersihan bersama pihak-pihak berkepentingan. Ia melibatkan

penyertaan Environment Idaman Sdn. Bhd.; Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah; Jabatan Pengairan dan Saliran; Pejabat Daerah Kota Setar; Majlis Bandaraya Alor Setar; Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia; Jabatan Kesihatan; dan lain-lain agensi kerajaan.

Program Muafakat Pembersihan dan Pengindahan Sungai Anak Bukit, Alor Setar ini dihadiri kira-kira 400 orang yang bersama-sama menyertai kempen 3R dan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca serta gotong-royong membersihkan masjid, sungai dan kubur di Kg. Suka Menanti.

Tujuan utama program adalah menggalakkan orang awam melaksanakan kitar semula dan memberi kesedaran tentang kepentingan kitar semula.

Pada program ini juga SWCorp memberikan taklimat berhubung kepentingan, kaedah serta kebaikan melaksanakan pengasingan sisa pepejal walau di mana sahaja berada. Risalah juga diedarkan di kalangan penduduk untuk dijadikan rujukan dan berkongsi informasi berkaitan.

SWCorp, Environment Idaman anjur kempen kesedaran

Kempen Kebersihan dan Kesedaran 3R di Stadium Darul Aman turut melibatkan pemasangan banner dan engagement dengan para pengunjung.

Majlis Pelancaran Recycle for Lifebersama YTM Tunku Temenggong Kedah

Program ‘Recycle for Life’Recycle for Life adalah satu program kitar semula yang menawarkan ganjaran tunai menerusi kad pintar. Cetusan idea Recycle for Life dibangunkan oleh kumpulan Cenviro dengan kerjasama Yayasan MyKasih.

Program Recycle for Life merupakan inisiatif untuk mengurangkankebergantungan serta kekurangan tapak pelupusan sampah di dalam negara seterusnya menggalakkan program 3R iaitu kurangkan, guna semula & kitar semula.

Recycle for Life merupakan program tanggungjawab sosial KumpulanCenviro dan E-Idaman Sdn. Bhd. dan ianya merupakan program kitar semula menggunakan kad pintar yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Ikuti kami :

@envidaman E-IDAMAN SDN BHD

Page 10: - YB PUAN HAJAH ZURAIDA KAMARUDDIN Menteri … file2. swc. orp news. swc. orp news. marin termasuk penyu, ikan lumba-lumba ditemui mati di perairan. sepanyol disebabkan plastik pada

SWCorp NEWS SWCorp NEWS10

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal danPembersihan Awam (SWCorp) ditubuhkan

sebagai pelengkap bagi menjayakan Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Secara amnya, dasar ini bertujuan untuk mewujudkan sistem pengurusan sisa pepejal yang menyeluruh, bersepadu, kos efektif dan lestari seperti yang dikehendaki oleh masyarakat yang mementingkan pemuliharaan alam sekitar dan kesejahteraan awam.

Menerusi Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 673), SWCorp secara rasminya ditubuhkan pada1 Jun 2008 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Misi SWCorp sangat jelas iaitu bagi melaksanakan dasar-dasar dan strategi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam secara bersepadu, efektif dan lestari. Manakala visinya ialah untuk meningkatkan kualiti persekitaran yang bersih dan sejahtera menjelang tahun 2020.

Jika dilihat fungsi SWCorp, ia telah memainkan peranan yang sangat penting dalam mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang

pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Atas dasar itu, SWCorp akan terus memastikan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang lebih efisien dan bersepadu dilaksanakan dengan jayanya, di samping memberikan kepuasan yang lebih baik kepada pengguna dari segi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

Dengan jumlah warga kerja seramai 1,156 orang, mereka dibahagikan kepada skim penguatkuasa (586 orang); skim pengurusan (451 orang); dan teknikal (119 orang).

SWCorp kini diterajui oleh Dato’ Dr. Zulkaplı Mohamed sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Mohammad Dıah Waharı sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) dan Dr. Mohd Pauze Mohamad Taha sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Teknikal).

SWCorp juga tidak mampu melakar kejayaan seperti hari ini, tanpa rakan yang sama-sama terlibat dalam usaha menjaga kebersihan dan alam sekitar.

Tiga syarikat konsesi dilantik untuk menjalankan perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam bagi tujuh negeri yang menerimapakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672). Ia melibatkan syarikat Alam Flora Sdn. Bhd. (Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang); SWM Environment Sdn. Bhd. (Johor, Melaka, Negeri Sembilan); dan Environment Idaman Sdn. Bhd. (Kedah, Perlis).

Seperti mana agensi yang melalui penambahbaikan, SWCorp juga tidak terkecuali. Ia telah melalui penjenamaan semula pada 27 Januari 2015 yang lalu. Nama SWCorp telah diilhamkan dengan mengambil singkatan nama Act 672 Solid Waste and Public Cleansing Management 2007 (Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007).

Akronim PPSPPA yang sebelum ini digunakan, telah diubah kepada bentuk yang lebih mudah disebut serta menggambarkan fungsi yang mudah difahami secara global.

SWCorp turut melakukan pelbagai perubahan ke arah operasi dan pengurusan yang lebih baik. Pembudayaan amalan kebersihan melalui pendidikan masyarakat yang sistematik dan lestari dibuat dengan pelbagai kaedah yang unik namun berkesan.

Tranformasi juga dibuat dalam pengurusan sisa pepejal yang menyeluruh dan bersepadu dengan menggunapakai Key Performance Indicator (KPI) dan Standard Operating Procedure (SOP).

Perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dilaksanakan oleh tiga syarikat konsesi yang dilantik dan dikawal selia oleh SWCorp seperti

yang dinyatakan. Frekuensi kutipan sisa pepejal dan

pembersihan awam juga dilaksanakan secara berjadual dan lebih sistematik iaitu kutipan sisa baki sebanyak 2 kali seminggu dan kutipan sisa kitar semula / sisa pukal / sisa kebun sebanyak 1 kali seminggu.

Selain pemantauan yang dilaksanakan dengan cekap oleh anggota penguatkuasa SWCorp, di satu sudut lain pula, pengurusan sisa pepejal mesra alam yang mementingkan pemuliharaan alam sekitar dan kesejahteraan awam sangat diutamakan.

TRANSFORMASI PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Sedekad SWCorp...

Page 11: - YB PUAN HAJAH ZURAIDA KAMARUDDIN Menteri … file2. swc. orp news. swc. orp news. marin termasuk penyu, ikan lumba-lumba ditemui mati di perairan. sepanyol disebabkan plastik pada

SWCorp NEWS SWCorp NEWS 11

Kejayaan ini adalah hasil pelaksanaan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca dan amalan 3R yang telah kadar kitar semula negara dari 17.5% pada tahun 2016 kepada 21% pada tahun 2017 sejajar dengan sasaran kadar kitar semula negara yang baharu iaitu sebanyak 30% menjelang tahun 2020. Sasaran asal sebelum ini ialah 22%.

Kadar penerimaan aduan awam telah mencatatkan penurunan sebanyak 93% pada tahun 2017 berbanding tahun 2012.

Tahun 2012 – 1,647 aduan sebulan

Tahun 2017 – 148 aduan sebulan

Antara faktor pencapaian ini adalah transformasi dalam aspek pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang mempunyai KPI yang perlu dipatuhi serta penggunaan SOP yang efisien dan cekap.

PENCAPAIANPeningkatan Kadar Kitar Semula Negara Penurunan Penerimaan Aduan Program Bandar Bersih

PENGIKTIRAFAN

Menerusi penswastaan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, jentera berteknologi tinggi digunakan bagi mempercekapkan operasi yang dijalankan. Antaranya ialah kompaktor, water jetter, road sweeper, armroll dan lain-lain.

Penggunaan peralatan dan kenderaan berteknologi sekaligus telah melancarkan serta mempercepatkan proses kutipan sisa pepejal dan operasi pembersihan awam secara lebih cekap dan efisien berbanding penggunaan tenaga kerja secara manual.

MODENISASIPERKHIDMATAN

TEKNOLOGI DANPENYELIDIKAN

Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan yang berkesan perlu disokong dengan penggunaan teknologi yang terkini. Oleh itu pembangunan sistem pengurusan sisa pepejal meliputi sistem pemantauan integrasi teknologi terkini dan teknologi pengurusan sisa pepejal.

PENGURUSANFASILITI

3R DANKESEDARAN AWAM

PENGUATKUASAAN

Akta, undang-undang tidak akan bermakna jika tiada penguatkuasaan. Justeru aktiviti penguatkuasaan diberi penekanan terutamanya yang membabitkan kesalahan membuang sisa pepejal di lokasi yang tidak dibenarkan.

Kebiasaanya, operasi yang dijalankan adalah berdasarkan aduan yang diterima dan penemuan semasa melakukan kawal selia oleh anggota penguatkuasa.

Kempen Menyeluruh Ceramah dan pameran 3R; penubuhan Bank Kitar Semula di tadika dan sekolah; program kitar semula di agensi kerajaan, komuniti, industri, Institusi Pengajian Tinggi dan pasar raya.

Kempen Utama #SecondChance atau #PeluangKedua; serta Value Food No Waste.

Program Berimpak TinggiPertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan (PerKISS); Pertandingan Waste to Art; Pelancaran Modul Latihan Kelab Kitar Semula; Training of Trainer Modul PdP Pengurusan Sisa Pepejal dan Amalan 3R Merentas Kurikulum Prasekolah; Penilaian Kelestarian Kampus Hijau; Konvensyen Kelestarian Kampus Hijau; dan Hari Kitar Semula Kebangsaan.

PUTRAJAYA

MUAR

REMBAU

LANGKAWI

PEKAN

5 buah bandar yang diiktiraf menjadi bandar bersih iaitu Putrajaya, Langkawi, Muar, Pekan dan Rembau.

Bandar tersebut telah menjadi bandar contoh dari aspek kebersihan kepada bandar-bandar yang lain.

Putrajaya dan Muar telah menerima Anugerah Clean Tourist City Standard (ACTCS) di Chiang Mai, Thailand pada 26 Januari 2018.

Page 12: - YB PUAN HAJAH ZURAIDA KAMARUDDIN Menteri … file2. swc. orp news. swc. orp news. marin termasuk penyu, ikan lumba-lumba ditemui mati di perairan. sepanyol disebabkan plastik pada

SWCorp NEWS SWCorp NEWS12

▶PAHANG

Tahun 2018 menyaksikan sebanyak lapan kes membabitkan kertas

siasatan berkaitan sisa pepejal yang dilonggokkan secara haram dibuka di negeri Pahang. SWCorp Pahang berkata, bagi rekod sehingga Jun itu, kesemuanya kes masih dalam proses siasatan untuk tujuan pendakwaan.

Kertas siasatan sisa haram berkenaan melibatkan semua daerah. Ia adalah hasil

operasi yang dijalankan kerana terdapat beberapa lokasi kritikal yang telah dikenalpasti dan menjadi tempat pembuangan sisa pepejal di tempat yang tidak diwartakan. Kegiatan ini menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada alam sekitar dan perlu dibasmi secara menyeluruh.

Operasi melibatkan anggota penguatkuasa SWCorp dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan dan syarikat konsesi Alam Flora Sdn. Bhd.

“Bagi memastikan lokasi pembuangan sisa haram ini dapat dikurangkan, Operasi Sisa Haram akan dilaksanakan secara berterusan untuk memastikan kawasan seliaan berada di dalam keadaan bersih selaras dengan matlamat SWCorp Pahang adalah “Bebas Sisa Haram”, ujar Pengarah SWCorp Pahang, Dato’ Sri Afandi Hamzah.

Di Raub pula, gara-gara melonggokkan sisa pepejal di tempat tidak sepatutnya tahun lalu, sebuah syarikat

pembinaan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen baru-baru ini.

Hakim Shahrizat Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap syarikat Muda Industrial Construction Works selepas pemiliknya, Alvin Lee Kheen Shin, 46 mengaku bersalah atas pertuduhan.

Kheen Shin didakwa melonggokkan sisa pepejal terkawal iaitu sisa pepejal pembinaan di Tanah Rizab Perbadanan Aset Keretapi berhadapan dengan lot tanah bernombor 114, Tanjung Lipis, Kuala Lipis pada 14 April 2017 pada kira-kira pukul 11 pagi.

Kontraktor tersebut didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 71 (1), Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672). Seksyen itu, memperuntukkan denda minimum RM10,000 dan maksimum RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Di mahkamah yang sama, sebuah lagi syarikat yang juga beroperasi di daerah Lipis didakwa mengikut Seksyen dan Akta sama. Syarikat tersebut didakwa melonggokkan sisa pepejal terawal di dalam milikannya sendiri di HS (M) 1186, Lot PT 2290, Kuala Lipis, pada kira-kira pukul 11.10

pagi, pada 20 Disember 2017. Pemilik syarikat

terbabit bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dan dibicara semula pada 20 Julai.

DALAM NEGERI

Innovating fora SustainableFuture

SK Kampung Tengah perkasa aktiviti 3RSebanyak RM5,000

disumbangkan kepada SK Kampung Tengah, Kuala

Sungai Baru, Melaka untuk menjalankan aktiviti kitar

semula di sekolah.Sumbangan yang

disampaikan pada 26 April lalu itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai

Eksekutif (Teknikal), SWCorp, Mohd Pauze Mohamad Taha.

Sekolah berkenaan dipilih di antara 237 buah sekolah rendah di Melaka untuk menerima sumbangan bagi menjalankan aktiviti kitar semula kerana ia merupakan sekolah luar bandar.

Sumbangan ini juga sebagai tanda sokongan SWCorp terhadap amalan ini. Untuk rekod, program sebegini sebelum ini pernah diadakan di SK Sungai Udang dan sehingga kini sekolah tersebut masih aktif terhadap amalan kitar semula.

Majlis penyerahaan sumbangan dibuat di hadapan 50 warga kerja SWCorp Melaka; guru dan pelajar; wakil Jabatan Pendidikan; kakitangan

SWM Environment Sdn. Bhd.; PIBG SK Kampung Tengah dan Japerun Kuala Linggi.

Hadir sama pada majlis ialah Ketua Eksekutif SWM Environment Sdn. Bhd., Dr. Uzir Abdul Malik; Guru Besar SK Kampung Tengah, Kuala Sungai Baru, Hamizah Daud.

Pada majlis penyerahan sumbangan berkenaan turut diadakan ceramah dan pameran 3R (Reduce, Reuse dan Recycle) untuk pelajar sekolah oleh SWCorp Melaka, SWM Environment Sdn. Bhd. dan Universiti Teknikal Malaysia.

Selain itu Sangkar Kitar Semula juga diserahkan kepada Guru Besar sekolah berkenaan. Sangkar Kitar Semula ini secara tidak langsung akan

menggalakkan guru-guru dan pelajar di sekolah tersebut mengamalkan kitar semula.

Kemudian barangan kitar semula yang telah dikumpul ini boleh dijual dan hasil diperolehi oleh mereka.

Secara umumnya, pelbagai usaha dijalankan SWCorp sebagai peluang kedua kepada sisa pepejal untuk dimanfaatkan daripada dilupuskan begitu sahaja, begitu juga peluang kepada bumi ini untuk dipelihara dan dipulihara melalui amalan 3R serta peluang kepada kita untuk membudayakan amalan 3R dalam kehidupan.

Serius banteras isu longgokkansisa pepejal secara haram

RUANG IKLAN

Bagi memastikan lokasi pembuangan sisa haram ini dapat dikurangkan, Operasi Sisa Haram akan dilaksanakan secara berterusan untuk

memastikan kawasan seliaan berada di dalam keadaan bersih selaras dengan

matlamat SWCorp Pahang adalah “Bebas Sisa Haram”.

Kertas siasatan sisa haram berkenaan

melibatkan semua daerah. Ia adalah hasil

operasi yang dijalankan kerana terdapat

beberapa lokasi kritikal yang telah dikenalpasti

dan menjadi tempat pembuangan sisa

pepejal di tempat yang tidak diwartakan.

Page 13: - YB PUAN HAJAH ZURAIDA KAMARUDDIN Menteri … file2. swc. orp news. swc. orp news. marin termasuk penyu, ikan lumba-lumba ditemui mati di perairan. sepanyol disebabkan plastik pada

SWCorp NEWS SWCorp NEWS 13

DALAM NEGERI

▶KUALA LUMPUR

Seorang pemandu lori didenda RM17,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini

baru-baru ini atas pertuduhan melonggokkan sisa pepejal pembinaan secara haram di sebuah kawasan taman perumahan, pada Oktober tahun lalu.

Hakim Wan Mohd Norhisham Wan Yaakob turut memerintahkan Yahya Yusof, 53, selaku orang kena saman (OKS) menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda. “ M a h k a m a h mengambil kira pembuangan sisa pepejal di kawasan perumahan merupakan kesalahan yang serius,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Yahya telah melonggokkan sisa pepejal terkawal itu di Jalan Tiara Titiwangsa 3, Taman Titiwangsa kira-kira jam 4 petang, 9 Oktober 2017. Ketika tangkapan dibuat, dianggarkan satu tan sisa pepejal ada di dalam lori berkenaan.

Hasil maklumat dari SWCorp Kuala Lumpur,

kawasan tersebut merupakan lokasi pembuangan sisa haram sedia ada dan lokasi tersebut telah pun dibersihkan.

OKS yang bekerja di syarikat pembinaan, Hoe Yee Trading didakwa mengikut Seksyen 71 (1), Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 71 (8) Akta sama. Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda minimum RM10,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Terdahulu, OKS merayu hukuman denda yang ringan.

Timbalan Pendakwa Raya dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT),Muhammad Yasser Mohd. Nasir memohon hukuman setimpal dengan mengambilkira faktor kepentingan awam.

Pemandu lori didenda RM17,000

Innovating fora SustainableFuture

Page 14: - YB PUAN HAJAH ZURAIDA KAMARUDDIN Menteri … file2. swc. orp news. swc. orp news. marin termasuk penyu, ikan lumba-lumba ditemui mati di perairan. sepanyol disebabkan plastik pada

SWCorp NEWS SWCorp NEWS14

▶KOTA BAHRU

Pada Mei lalu seramai 555 peserta telah menyertai Kem Mengarang Peringkat

Kebangsaan di Negeri Kelantan bertempat di SJK (C) Peir Chih Kota Bahru, Kelantan.

Program anjuran Penyelaras Program 3R yang terdiri daripada warga kerja SWCorp Kelantan ini dijayakan dengan kerjasama pihak Sekolah SJK (C) Peir Chih dan sukarelawan SJK (C) Chung Cheng.

Melalui program ini pelajar sekolah diajar untuk membuat bunga telur dari sarang telur selain diadakan juga permainan “Bijak Buang Sampah” dan permainan kerjasama antara kumpulan selain bengkel mengarang esei.

Menerusi program ini ia dilihat telah dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan mewujudkan kolaborasi antara jabatan di samping dapat melahirkan warga kerja yang menghargai sisa pepejal sebagai sumber dan mempunyai nilai artistik.

Mereka yang hadir pada bengkel ini merasakan program ini amat penting kepada warga SWCorp sendiri kerana melalui kemahiran kraftangan tersebut, ia dapat diadaptasikan kepada masyarakat semasa ceramah dan pameran yang dijalankan.

Ia juga memberi input yang sangat baik dalam memberi kesedaran tentang amalan 3R dan mengurangkan pembuangan sisa pepejal ke tapak pelupusan.

Kemahiran kraftangan ini sangat bernilai kepada masyarakat kerana melalui kemahiran yang dipelajari ini, masyarakat akan dapat menjana pendapatan tambahan di samping menjaga alam sekitar daripada tercemar.

Selain itu, ia juga memberi pendedahan bahawa barangan terpakai boleh dioleh menjadi produk baharu yang bernilai.

DALAM NEGERITiga keluarga terima sumbangan ”SAYANG DI SAYANG”

▶JOHOR BAHRU

Dalam usaha m e n i n g k a t k a n hubungan dengan

orang awam bagi merasai rasa kebertanggungjawaban untuk sama-sama memelihara alam sekitar dan menjaga kebersihan, SWCorp Johor telah mengadakan program ”Sayang Di Sayang”. Program yang diadakan pada 26 April lalu melibatkan tiga keluarga di Flat Desa Hajah Hasnah, Johor Bahru, Johor.

Menerusi program “Sayang Di Sayang” ini warga kerja SWCorp Johor telah mengumpulkan derma iklhas dalam kalangan mereka dan hasil dana terkumpul dibelikan barangan keperluan berupa barangan dapur seperti minyak masak, tepung, gula dan sebagainya.

Mereka yang terpilih ini dari kalangan mereka yang menghadapi kehidupan

serba kekurangan. Keluarga pertama adalah sepasang suami isteri yang kurang upaya fizikal. Keluarga kedua pula merupakan seorang bapa tunggal yang berkerusi roda yang perlu menyara enam orang anak. Manakala, sebuah keluarga lagi adalah seorang

ibu tunggal yang baru kematian suami dan kini sedang sarat mengandung tujuh bulan selain mempunyai tiga lagi anak yang masih kecil.

Program “Sayang Di Sayang” ini merupakan tanda prihatian dari SWCorp dan diharapkan sumbangan yang sedikit itu dapat meringankan beban mereka.

Apa yang pasti SWCorp bukan sahaja bertindak sebagai agen perubahan minda masyarakat untuk menguruskan sisa pepejal secara berhemah malahan turut mengambil pendekatan ini sebagai satu tanggungjawab sosial.

Ketiga-tiga keluarga tersebut sangat bersyukur dan berterima kasih di atas sumbangan yang mereka terima.

Kem Mengarang beri input bernilai

Sahaja bertindak sebagai agen

perubahan minda masyarakat untuk menguruskan sisa

pepejal secara berhemah malahan

turut mengambil pendekatan ini

sebagai satu tanggungjawab

sosial.

Sesi penyerahan sumbangan “Sayang Di Sayang” disampaikan oleh Pegawai SWCorp di rumah penerima sumbangan.

Sesi fotografi bersama guru-guru SJK (C) Peir Chih dan warga kerja SWCorp Kelantan.

UndergroundSystem

UndergroundSystem

Gravity

& Vacuum Sys

tems

Hot dipped Galvanised bin

660L / 1100L

Stainless Steel Bins

BenchesKuala Lumpur: 03-8964 0666 / North: 04-264 3288

Manufacturer:

Importer & Exclusive Distributor for:

Exclusive Business Partner:

www.sulomas.com.my

SULOMAS SDN. BHD. (1087745-A) 7, Jalan Nouvelle, Nouvelle Industrial Park Balakong, 43300 Seri Kembangan, Selangor, MalaysiaT +603 8964 0666 F +603 8964 0777 E [email protected]

RUANG IKLAN

Sebatang pokok boleh menghasilkan lebih kurang 6000 pound (2721 kg) oksigen

dalam tempoh masa setahun.

Page 15: - YB PUAN HAJAH ZURAIDA KAMARUDDIN Menteri … file2. swc. orp news. swc. orp news. marin termasuk penyu, ikan lumba-lumba ditemui mati di perairan. sepanyol disebabkan plastik pada

SWCorp NEWS SWCorp NEWS 15

DALAM NEGERI

Page 16: - YB PUAN HAJAH ZURAIDA KAMARUDDIN Menteri … file2. swc. orp news. swc. orp news. marin termasuk penyu, ikan lumba-lumba ditemui mati di perairan. sepanyol disebabkan plastik pada

SWCorp NEWS SWCorp NEWS16

Perspektif

Saiful, Agen jualan

Penguatkuasaan undang-undang dapat meningkatkan tahap kesedaran

masyarakat terhadap peraturan yang ditetapkan contohnya anggota

penguatkuasa meningkatkan rondaan dan menjalankan operasi di sekitar

taman perumahan dan premis. Selain itu, denda dan saman juga

wajar dikenakan agar dapat menjadi pengajaran kepada masyarakat.

Mohd Hanif, Pelajar Masyarakat haruslah

mempunyai kesedaran sendiri dengan menanamkan sifat

cintakan alam sekitar selain mematuhi peraturan yang

ditetapkan. Aktiviti gotong-royong di taman dan kawasan

perumahan juga sedikit sebanyak dapat meningkatkan tahap kesedaran masyarakat.

Lokman Hakim, Doktor

Didikan ibu bapa perlu dititikberatkan supaya anak-anak lebih peka untuk menjaga alam

sekitar contohnya mendidik anak-anak cara membuang sisa pepejal

dengan betul serta mengajak mereka menanam pokok dan tumbuh-tumbuhan agar mereka lebih

menghargai alam sekitar. Selain itu, mereka juga boleh mencontohi

negara-negara maju yang lain seperti Jepun dan Singapura.

Chong Yong, Bekerja Sendiri

Melalui pengasingan sisa pepejal mengikut jenis contohnya plastik, tin,

aluminium, kaca, sisa baki dan sisa makanan di setiap kawasan perumahan akan

menggalakkan amalan 3R iaitu Reduce, Reuse dan Recycle serta dapat

mengelakkan pembaziran.

Rama, Pengawal Keselamatan

Masyarakat perlu mempertingkatkan tahap kesedaran sivik dan sikap

bertanggungjawab. Selain itu, persatuan penduduk haruslah memperbanyakkan

kempen dan program-program agar penduduk mengasingkan sisa pepejal.

Sikap bekerjasama dan toleransi sesama sendiri juga perlu dipupuk di kawasan yang mereka kunjungi contohnya di

pasaraya, tempat awam dan sebagainya.

Mohd Azrin, Pelajar

Dengan meningkatkan kesedaran menerusi

penglibatan pertubuhan sukarelawan dan Badan Bukan Kerajaan dapat

memupuk semangat cintakan alam sekitar

di kalangan masyarakat umum.

Apakah mekanisme yang sewajarnya diambil untuk meningkatkan tahap kesedaran

masyarakat terhadap alam sekitar?

Page 17: - YB PUAN HAJAH ZURAIDA KAMARUDDIN Menteri … file2. swc. orp news. swc. orp news. marin termasuk penyu, ikan lumba-lumba ditemui mati di perairan. sepanyol disebabkan plastik pada

SWCorp NEWS SWCorp NEWS 17

Hai para pembaca semua… Keluaran kali ini apa kata kita belajar satu lagi kaedah untuk menghasilkan produk baharu daripada barangan terpakai. Hanya dengan beberapa langkah mudah anda akan dapat hasil yang sungguh bermanfaat. Selamat mencuba!

DIYTabung Comel

Mula-mula tebuk lubang pada penutup Pringles. Boleh gunakan duit syiling 50 sen dan gariskan dengan menggunakan marker pen di sekeliling garisan lubang syiling tadi.

Kemudian tampalkan gambar-gambar menarik yang telah digunting mengikut bentuk. Pastikan gambar tersebut menutup badan bekas Pringles tersebut.

Siap! Mudah sahaja. Semoga bila anda sendiri yang menghasilkan tabung syiling ini maka semangat untuk menyimpan duit akan lebih bersemangat.

BAHAN-BAHAN1.Bekas berbentuk silinder makananringan seperti botol pringles.

2.Gambar-gambar menarikkesukaan anda

3.Gam, gunting, pisau dan permanent marker.

Page 18: - YB PUAN HAJAH ZURAIDA KAMARUDDIN Menteri … file2. swc. orp news. swc. orp news. marin termasuk penyu, ikan lumba-lumba ditemui mati di perairan. sepanyol disebabkan plastik pada

SWCorp NEWS SWCorp NEWS18

Mengerjakan umrah pada masa kini dianggap sesuatu

yang mudah bagi mereka yang mampu. Ini kerana banyak syarikat yang menawarkan pakej-pakej umrah yang berbaloi dengan pelbagai kemudahan disediakan.

Justeru ramai di antara kita yang berebut-rebut hendak mengerjakan umrah. Ada yang pergi berseorangan, berkumpulan dan bersama anggota keluarga. Tidak kurang juga yang merasakan mengerjakan umrah adalah seperti satu percutian yang mendamaikan dan dapat menghapuskan dosa-dosa masa lalu. Sebelum anda berkeinginan untuk menunaikan umrah, kita perlu faham apa itu umrah yang sebenarnya. Tidak semua yang digambarkan di dalam promosi dan iklan sama seperti yang bakal anda lalui kelak.

Kita perlu ingat umrah adalah suatu permusafiran suci. Setiap permusafiran itu penuh dengan ketidakselesaan, keletihan, kekurangan, kelemahan dan ketidaktentuan.

Umrah penuh dengan cabaran dan kekangan seperti ramai orang, perbezaan budaya, kesesakan, tolak menolak, himpit menghimpit, kurang bekalan air, undang-undang yang ketat dan sebagainya yang amat memerlukan kesabaran, tolak ansur, timbang rasa, kasih sayang, ukhwah dan semangat persaudaraan.

Umrah adalah latihan batiniah (spiritual) untuk membiasakan diri dengan kehidupan akhirat  seperti melupakan sejenak keselesaan, kebahagiaan, pangkat dan kedudukan, taraf, darjat, kekuasaan dan keturunan. Umrah adalah latihan untuk bekerjasama, bertoleransi dan saling bertolak ansur serta memahami  tanpa mengira perbezaan pangkat, darjat dan keturunan seperti berkongsi bilik tidur, tandas dan dewan makan. Mereka yang menunaikah umrahpastinya mengharapkan doa dimakbulkan Allah S.W.T. Memang benar banyak ganjaran dan peluang untuk

mendapatkan keberkatan dan keredaan Allah seperti kelebihan berdoa di Multazam, Hajar Aswad, Mitzab Hijir Ismail, Maqam Ibrahim, Raudah dan sewaktu tawaf, saie, tahalul dan bersedekah.

Umrah berkait dengan ibadah haji, rukun islam kelima. Rukun wajib, syarat dan amalan sunat di dalam ibadah umrah jika benar-benar difahami, dihayati dan diamalkan pasti dapat menjernihkan  hati, membersihkan fikiran dan melenturkan kerakusan hawa nafsu. Ibadah  umrah adalah ejen atau mekanisme perubahan yang mampu mengubah keperibadian manusia daripada kurang baik kepada baik dan daripada sedia baik kepada cemerlang. Namun umrah berkesan dan berjaya sahaja yang mampu membentuk perilaku yang memantapkan keyakinan diri, membentuk pandangan alam yang betul, membina sistem nilai yang jelas dan bersikap positif. Jika tidak, ibadah umrah hanya menjadi ibadah keagamaan dan tradisi turun temurun yang tidak mampu meninggalkan kesan atau memberi faedah. 

Kelebihan Umrah

Suatu ibadah umrah hingga sampai ke umrah lainnya adalah pelebur dosa di antara keduanya. Melakukan umrah di bulan Ramadan menyamai ibadah haji. Menghilangkan kefakiran dan dosa.

Barangsiapa keluar untuk menunaikan haji dan umrah lalu meninggal dunia di salah satu tanah suci, maka baginya diberikan pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat dan tidak diadili dan tidak pula dihisab melainkan dikatakan kepadanya “masuklah ke dalam syurga”.

boleh ragut nyawaASMA

Ramai di antara kita yang mengalami batuk berpanjangan dan

kadang kala sukar untuk bernafas. Batuk dan sesak nafas yang awalnya melanda sekali sekala tidak boleh dibiarkan berlarutan. Ini kerana anda berkemungkinan besar akan diserang asma. Asma adalah penyakit paru-paru kronik yang membengkak dan menyempitkan saluran pernafasan. Semasa serangan asma, pesakit mungkin mengalami ”wheezing” (bunyi bersiul apabila sedang bernafas), kesesakan dada, sesak nafas dan batuk. Batuk yang sering berlaku adalah pada waktu malam atau awal pagi. Asma boleh menjadi penyakit yang mengancam nyawa jika tidak dirawat. Walaupun tiada sebab yang khusus diketahui untuk penyakit asma, namun semua penghidap mempunyai persamaan yang sama iaitu keradangan saluran pernafasan yang kronik. Saluran pernafasan mereka adalah sangat sensitif kepada pelbagai sebab.

Jika terdapat faktor yang boleh menyebabkan asma berlaku, saluran pernafasan akan menjadi radang di mana ia mengandungi lendir, bengkak dan sempit. Seterusnya otot yang berhubung dengan saluran pernafasan ini menjadi lebih sempit daripada biasa. Ini menyebabkan pesakit sukar untuk bernafas dan boleh menyebabkan serangan.

Faktor serangan asma

• Jangkitan pernafasan danselsema.

• Pendedahan kepada asaprokok.

• Reaksi alahan atau alergikepada debunga, kulat, buluhaiwan, bulu, habuk,makanan dan lipas.

• Pencemaran udara dalamandan luaran, termasuk ozondan pencemaran zarah.

• Pendedahan kepada udarasejuk atau perubahan suhusecara tiba-tiba.

• Tekanan (stress).

• Latihan (senaman).

• Ubat-ubatan termasukaspirin dan ubatan anti-

radang bukan steroid seperti asid mefenamic (ponstan) atau ibuprofen.

Perlu ubat?

Ada dua jenis ubat untuk penyakit asma

a) Ubat Pengawal

Ubat ini membantumengurangkan keradanganketika serangan asma. Iaperlu diambil setiap harisama ada seseorangmempunyai gejala atautidak. Ubat pengawaltermasuk kortikosteroiddihidu (jenis ubat utama)dan perencat leukotriene.Contoh ubat :Beclomethasone,Budesonide, Fluticasone.

b) Ubat Penyelamat

Diambil apabila tanda- tanda serangan asma bermula dan ia boleh menghentikan serangan tersebut. Antara ubat yang digunakan termasuk beta-agonis dan anticholinergic. Contoh ubat: Salbutamol, Terbutaline, Fenoterol, Ipratropium bromide (Atrovent).

Ubat-ubat ini digunakan dengan alat sedut dan pesakit perlu

mengendalikan alat sedut tersebut dengan betul supaya ubat boleh mencapai bahagian dalam paru-paru yang memerlukannya.Terdapat banyak jenis alat sedut (inhaler). Salah satunya adalah alat sedut dos bermeter (MDI).

Pencegahan asma

Serangan asma tidak dapat dielakkan, tetapi asma boleh dicegah.

• Elakkan faktor penyebabsebanyak mungkin.

• Ambil ubat-ubatan sepertiyang disyorkan.

• Orang yang mempunyaialahan luaran harusmengelakkan aktiviti luarapabila bacaan indekspencemaran adalah tinggi/tidak sihat.

• Senaman juga bolehmenyebabkan berlakunyaasma. Beberapa perkaraboleh membantu sepertimenjalankan aktivitipemanasan (warming up)sebelum memulakanaktiviti dan secaraberansur-ansurmelakukan penyejukanbadan selepas bersenam.Elakkan bersenam semasajangkitan saluranpernafasan serta elakkansenaman dalamcuaca yang sangat sejuk.

Gambar Hiasan

TALIAN INDAHKAN MALAYSIA

1-800-88-7472

Kitar Semula Minyak Masak Terpakai

Tukarkan kepada TUNAI!!!

Harga Barang Kitar Semula(Minyak Masak Terpakai)RM1.20sekilogram

CARA MENGHANTAR MINYAK MASAK TERPAKAI:

Kumpul minyak masak terpakai di dalam bekas yang

bersesuaian

Bekas andaakan

dikembalikan

Pembayaran akan dilakukan mengikut

berat dan kadar yang ditetapkan

Minyak masak terpakai

ditimbang oleh pihak DHES

Hantar ke Pusat Kitar

Semula Yang Terdekat

Hubungi kami untuk kutipan:En. Azim : 017-5280311En. Syed : 012-2543743

En. Emran : 011-18524514Pn. Azlinda: 018-3933759

Toll Free: 1-800-88-3437(DHES)www.dhes.com.my

SENARAI PUSAT KITAR SEMULA YANG DIURUSKAN OLEH DHESYANG MENERIMA MINYAK MASAK TERPAKAI:PUTRAJAYA:BBC PRESINT 9: Buka - Setiap hari (8.30 pagi - 5.30 petang), Rehat tengah hari (1.00 - 2.00 petang),(Rehat pada hari Jumaat 12.30 tengah hari-2.30 petang)BBC PRESINT 8: Buka - Sabtu & Ahad (8.30 pagi - 5.30 petang), Rehat tengah hari (1.00 - 2.00 petang)BBC PRESINT 11: Buka - Sabtu (8.30 pagi - 5.30 petang), Rehat tengah hari (1.00 - 2.00 petang)BBC PRESINT 14: Buka - Ahad (8.30 pagi - 5.30 petang), Rehat tengah hari (1.00 - 2.00 petang)BBC PRESINT 16: Buka - Sabtu (8.30 pagi - 5.30 petang), Rehat tengah hari (1.00 - 2.00 petang)BBC PRESINT 18: Buka - Ahad (8.30 pagi - 5.30 petang), Rehat tengah hari (1.00 - 2.00 petang)

CYBERJAYA:CYBERJAYA RECYCLING CENTER: Buka - Isnin, Rabu & Jumaat (9.30 pagi - 4.30 petang),Rehat tengah hari (1.00 - 2.00 petang)(Rehat pada hari Jumaat 12.30 tengah hari - 2.30 petang)**Hanya Pusat Kitar Semula Cyberjaya sahaja akan tutup pada cuti umum.

KUALA LUMPUR:JALAN LORONG BUNUS 6, KL: Buka - Isnin, Rabu & Sabtu (11.00 pagi - 4.00 petang),Rehat tengah hari (1.00 - 2.00 petang)

ROHANI DAN KESIHATAN

Page 19: - YB PUAN HAJAH ZURAIDA KAMARUDDIN Menteri … file2. swc. orp news. swc. orp news. marin termasuk penyu, ikan lumba-lumba ditemui mati di perairan. sepanyol disebabkan plastik pada

SWCorp NEWS SWCorp NEWS 19

270 kilogram sisa pepejalbukan satu jumlah yang kecil. Namun itulah yang dibuktikan oleh wira-wira Trash Hero dalam program pembersihan pantai dan persisir Pulau Sepanggar.

Menurut berita yang disiarkan di dalam laman sesawang Harian Metro, apa yang lebih menyedihkan apabila sisa yang paling banyak dikutip ialah plastik, bungkusan makanan, botol, lampin pakai buang dan bekas polisterina.

Menurut berita itu lagi, Pengasas bersama Trash Hero Borneo, Monica Chin berkata, pihaknya sudah beberapa kali mengadakan aktiviti pembersihan mengutip sisa pepejal di laut itu.

“Selain pembersihan di kawasan pantai, Trash Hero Borneo turut mengadakan

program kesedaran kepada orang awam untuk lebih peka terhadap kebersihan alam sekitar.

“Kami berharap inisiatif ini menjadi permulaan kepada usaha Trash Hero Borneo menyampaikan mesej kesedaran kepada orang awam untuk tidak membuang sisa pepejal sesuka hati sama ada di darat atau di laut,” katanya. Sementara itu, Harvisanth Singh, 12, antara ahli Trash Hero Borneo termuda yang mengikuti aktiviti pembersihan itu berkata, ini adalah kali pertama dia perlu berenang untuk mengutip sisa di permukaan air.

“Saya sudah beberapa kali mengikuti aktiviti seperti ini di pantai bersama Trash Hero Borneo, namun ini kali pertama saya berenang sambil

mengutip sisa pepejal di laut.“Mengutip sisa di laut

sangat mencabar berbanding di pantai, malah saya juga pernah disengat obor-obor kecil ketika berenang,” kata murid SK Penampang itu.

Untuk rekod, Trash Hero World diasaskan Roman Peter dari Switzerland yang bermatlamat mendidik masyarakat mengenai kepentingan menjaga kebersihan dan memupuk sifat cintakan alam sekitar.

Mereka melakukan pelbagai aktiviti bagi memastikan bumi ini bersih. Trash Hero World bertapak di Thailand, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Czech Republic, Singapore serta Switzerland.

Bagi Trash Hero Malaysia pula, tidak banyak bezanya. Berkongsi misi yang sama, pertubuhan

bukan kerajaan ini berhasrat menyatukan komuniti bagi bersama-sama membersih dan mengurangkan sisa pepejal.

Mereka bertindak dan memberi kesedaran. Malah mereka sanggup memungut puntung rokok yang bertaburan di pasir atau sepanjang di pantai.

“Jika kami jumpa, kami kutip!”. Itu prinsip mereka dan mereka mahu orang lain juga termotivasi dengan apa yang mereka lakukan. Dalam bidang pendidikan pula, sukarelawan ini turut mengadakan pelbagai program untuk kanak-kanak. Ia bertujuan menanam nilai-nlai murni dan penjagaan alam semulajadi kepada kanak-kanak dan turut memberikan pengalaman berguna kepada anak-anak kecil dalam bengkel, aktiviti dan banyak lagi.

Mereka juga melaksanakan pelbagai projek yang berdaya saing seperti program jangka panjang untuk membantu masyarakat dan komuniti supaya tahu bagaimana menguruskan sisa pepejal mereka dengan betul dan bagaimana boleh mengurangkannya untuk masa-masa hadapan.

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Trash Hero ini, boleh hubungi mereka di Trash Hero Malaysia, nombor telefon : +60112118 8150; e-mel [email protected].

Inspirasi dan Motivasi dari

Berjaya mengutip 270 kilogram sisa pepejal di Pulau Sepanggar hanya dalam tempoh masa satu jam! Ia pastinya sesuatu yang membanggakan dan luar biasa.

Trash Hero!

TALIAN INDAHKAN MALAYSIA

1-800-88-7472

Kitar Semula Minyak Masak Terpakai

Tukarkan kepada TUNAI!!!

Harga Barang Kitar Semula(Minyak Masak Terpakai)RM1.20sekilogram

CARA MENGHANTAR MINYAK MASAK TERPAKAI:

Kumpul minyak masak terpakai di dalam bekas yang

bersesuaian

Bekas andaakan

dikembalikan

Pembayaran akan dilakukan mengikut

berat dan kadar yang ditetapkan

Minyak masak terpakai

ditimbang oleh pihak DHES

Hantar ke Pusat Kitar

Semula Yang Terdekat

Hubungi kami untuk kutipan:En. Azim : 017-5280311En. Syed : 012-2543743

En. Emran : 011-18524514Pn. Azlinda: 018-3933759

Toll Free: 1-800-88-3437(DHES)www.dhes.com.my

SENARAI PUSAT KITAR SEMULA YANG DIURUSKAN OLEH DHESYANG MENERIMA MINYAK MASAK TERPAKAI:PUTRAJAYA:BBC PRESINT 9: Buka - Setiap hari (8.30 pagi - 5.30 petang), Rehat tengah hari (1.00 - 2.00 petang),(Rehat pada hari Jumaat 12.30 tengah hari-2.30 petang)BBC PRESINT 8: Buka - Sabtu & Ahad (8.30 pagi - 5.30 petang), Rehat tengah hari (1.00 - 2.00 petang)BBC PRESINT 11: Buka - Sabtu (8.30 pagi - 5.30 petang), Rehat tengah hari (1.00 - 2.00 petang)BBC PRESINT 14: Buka - Ahad (8.30 pagi - 5.30 petang), Rehat tengah hari (1.00 - 2.00 petang)BBC PRESINT 16: Buka - Sabtu (8.30 pagi - 5.30 petang), Rehat tengah hari (1.00 - 2.00 petang)BBC PRESINT 18: Buka - Ahad (8.30 pagi - 5.30 petang), Rehat tengah hari (1.00 - 2.00 petang)

CYBERJAYA:CYBERJAYA RECYCLING CENTER: Buka - Isnin, Rabu & Jumaat (9.30 pagi - 4.30 petang),Rehat tengah hari (1.00 - 2.00 petang)(Rehat pada hari Jumaat 12.30 tengah hari - 2.30 petang)**Hanya Pusat Kitar Semula Cyberjaya sahaja akan tutup pada cuti umum.

KUALA LUMPUR:JALAN LORONG BUNUS 6, KL: Buka - Isnin, Rabu & Sabtu (11.00 pagi - 4.00 petang),Rehat tengah hari (1.00 - 2.00 petang)

Page 20: - YB PUAN HAJAH ZURAIDA KAMARUDDIN Menteri … file2. swc. orp news. swc. orp news. marin termasuk penyu, ikan lumba-lumba ditemui mati di perairan. sepanyol disebabkan plastik pada

SWCorp NEWS SWCorp NEWS20

Usaha menyelamatkan seekor ikan paus gagal apabila paus berkenaan

mati selepas memakan lebih 80 beg plastik. Peristiwa tragis yang menyayat hati ini berlaku baru-baru ini. Pihak berkuasa awalnya telah menemui paus pandu jantan kecil yang sedang tenat di sebuah terusan di Bangkok berhampiran sempadan Malaysia.

Menurut Jabatan Sumber Marin dan Laut di dalam Facebook mereka, berikutan penemuan itu, sepasukan doktor haiwan dipanggil dan mereka telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menstabilkan mamalia yang semakin pupus itu, namun usaha berkenaan gagal.

Jabatan itu berkata, hasil bedah siasat yang dilakukan mendapati, 80 beg plastik seberat sehingga lapan kilogram ditemui di dalam perut mamalia itu.

Jabatan itu berkata, paus terbabit memuntahkan sehingga lima beg plastik ketika cubaan menyelamatkannya sebelum ia mati. Pakar biologi

marin dan pensyarah Universiti Kasetsart, Thon Thamrongnawasawat berkata, beg plastik itu menjadikan sukar buat mamalia terbabit memakan sebarang makanan berkhasiat. Thon berkata, sekurang-kurangnya 300

haiwan marin termasuk paus pandu, penyu dan ikan lumba-lumba mati setiap tahun di perairan Thailand selepas makan plastik. Untuk rekod, Thailand adalah salah satu daripada pengguna terbesar beg plastik di dunia. Natijah

daripada ketidakperihatinan terhadap penjagaan alam sekitar terutamanya kesan pembuangan beg plastik secara berleluasa telah membunuh ratusan haiwan marin yang tinggal berhampiran pantai popular negara itu setiap tahun.

Bagi anda yang masih

tidak mendapat sebarang pengajaran daripada kisah si Paus ini, SWCorp News ingin mengingatkan bahawa plastik bukan sahaja mencemarkan namun boleh mengakibatkan hidupan laut yang termakan plastik berkenaan mati. Ini seterusnya akan mengurangkan pendapatan nelayan. Berbanding sisa pepejal lain yang mudah terurai hanya dalam beberapa minggu, plastik mengambil masa lebih lama untuk reput.

Haiwan hidupan laut yang memakan rumpai laut akan memakan sekali plastik yang fizikalnya licin dan lembut seakan rumpai laut.

Malangnya, bahan ini tidak dapat dihadam oleh hidupan laut berkenaan kerana plastik tidak mudah reput. Kebanyakan hidupan laut yang memakan plastik akan mati kerana sistem penghadaman mereka tersumbat.

Perkara ini hendaklah dijadikan iktibar dan orang ramai perlu berwaspada dan berusaha mengelakkan pembuangan plastik tanpa kawalan kerana ini mengancam kehidupan.

Paus telan 80 beg plastik gagal diselamatkan

BLOK JBANGUNAN MKNEMBASSY TECHZONEJALAN TEKNOKRAT 2

SWCorp Cyberjaya menawarkan ruang pejabat untuk disewa di tingkat 2, 3 dan 4 dengan keluasan setiap tingkat adalah 26,250 kaki per segi dan ruang di tingkat G dengan keluasan adalah 1,076 kaki per segi (Ruang Komersial). Kos sewaan setiap tingkat tersebut adalah berjumlah RM5.12 setiap kaki per segi termasuk penghawa dingin kecuali elektrik dan air.

Hubungi Normah : 03-83124103 Jazriq : 03-8312 4107 untuk maklumat lanjut.

TRIVIA