38
No. Kad Pengenalan Calon KUALITI PERKHIDMATAN BAS SEBAGAI PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN SARATOK: SATU KAJIAN TINJAUAN. 1. PENGENALAN Pengangkutan awam merupakan alat pengangkutan utama bagi setiap penduduk untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Oleh sebab itu, pengangkutan awam hendaklah memenuhi beberapa ciri antaranya ialah mempunyai masa yang tepat, kekerapan yang tinggi, sentiasa ada, cepat, selamat, mudah diperolehi, selesa, dan murah (Ahmad Tarmizie Harun). Populasi masyarakat di Malaysia semakin meningkat pada setiap tahun di samping peluang pekerjaan semakin banyak di bandar-bandar, hal yang demikian, pergerakan manusia akan meningkat untuk pergi ke sesuatu tempat menyebabkan perkhidmatan awam amat diperlukan oleh pengguna untuk pergi bekerja, tempat berhibur dan sebagainya. Pengangkutan awam boleh didefinasikan sebagai satu bentuk pengangkutan yang mempunyai keupayaan yang besar untuk mengangkut penumpang pada satu-satu masa, berbeza dengan kenderaan persendirian yang mempunyai keupayaan kecil (Ahmad Tarmizie, 2011). Menurut Kamus Pelajar Bahasa Melayu Edisi Kedua (2008 : 29) menyatakan bahawa pengangkutan awam bermaksud 1 Kiplieamit, lusranjais & talipbijat guru mata pelajaran pengajian am Smk bm saratok Sarawak 2013

004 CONTOH KERTAS PROJEK

  • Upload
    den2011

  • View
    1.119

  • Download
    4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pengajian Am Coursework

Citation preview

No. Kad Pengenalan Calon

KUALITI PERKHIDMATAN BAS SEBAGAI PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN SARATOK: SATU KAJIAN TINJAUAN.

1.

PENGENALAN

Pengangkutan awam merupakan alat pengangkutan utama bagi setiap penduduk untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Oleh sebab itu, pengangkutan awam hendaklah memenuhi beberapa ciri antaranya ialah mempunyai masa yang tepat, kekerapan yang tinggi, sentiasa ada, cepat, selamat, mudah diperolehi, selesa, dan murah (Ahmad Tarmizie Harun).

Populasi masyarakat di Malaysia semakin meningkat pada setiap tahun di samping peluang pekerjaan semakin banyak di bandar-bandar, hal yang demikian, pergerakan manusia akan meningkat untuk pergi ke sesuatu tempat menyebabkan perkhidmatan awam amat diperlukan oleh pengguna untuk pergi bekerja, tempat berhibur dan sebagainya. Pengangkutan awam boleh didefinasikan sebagai satu bentuk pengangkutan yang mempunyai keupayaan yang besar untuk mengangkut penumpang pada satu-satu masa, berbeza dengan kenderaan persendirian yang mempunyai keupayaan kecil (Ahmad Tarmizie, 2011). Menurut Kamus Pelajar Bahasa Melayu Edisi Kedua (2008 : 29) menyatakan bahawa pengangkutan awam bermaksud sistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas dan keretapi yang boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan. Pengangkutan awam yang dimaksudkan disini ialah penyelidik ingin mengkaji perkhidmatan pengangkutan bas yang hanya tertumpu untuk perkhidmatan jarak jauh sahaja iaitu bas ekspres bukan perkhidmatan harian. Selain itu, menurut Siti Faridah (2011) masalah kesesakan lalulintas juga boleh menyebabkan pertambahan penggunaan pengangkutan awam (bas) dimana ramai pengguna lebih suka menggunakan pengangkutan bas berbanding pengangkutan persendirian. Disamping itu juga, permintaan pengangkutan awam didorong oleh beberapa faktor seperti:1 Kiplieamit, lusranjais & talipbijat guru mata pelajaran pengajian am Smk bm saratok Sarawak 2013

No. Kad Pengenalan Calon

a) lebih

Pengangkutan awam merupakan perkhidmatan yang murah dan

ekonomi. b) c) rendah. Berdasarkan faktor-faktor di atas adalah wajar sistem keberkesanan pengangkutan awam dipertingkatkan kerana dengan keadaan ekonomi sekarang lebih banyak pengunaan pengangkutan awam digunakan. Pihak pengurusan juga perlu menyediakan perkhidmatan yang boleh memenuhi kepuasan dan kehendak pelanggan. Masalah yang dapat dikenalpasti bagi kajian ini ialah sistem pengangkutan bas yang kurang berkesan kawasan Saratok sama ada dari segi kekerapan masa operasi, laluan perkhidmatan dan kemudahan diterminal bas. Dalam menjalankan kajian mengenai projek ini, permasalahan telah dikenalpasti di kawasan kajian setelah membuat pemantauan kaji selidik. Antara permasalahan yang timbul akibat dari masalah perkhidmatan operasi kepada pengguna-pengguna ialah:i.

Ramai pengguna tidak mampu untuk memiliki kenderaan Biasanya pengguna yang menggunakan pengangkutan ini

persendirian. berpendapatan

Jadual operasi bas antara satu-satu perjalanan adalah terlalu

lama. Perbezaan masa antara satu perjalanan dengan satu perjalanan hampir tiga jam.ii.

Operasi

bas

tidak

menetapi

masa

yang

dijadualkan menggunakan

menyebabkan

pengguna-pengguna

yang

mahu

perkhidmatan bas tersebut tidak dapat merancang perjalanan dengan sempurna. Situasi ini juga menyebabkan pengguna-pengguna yang menunggu di setiap perhentian laluan merasa tidak selamat. iii. Laluan perkhidmatan hanya dari pekan Saratok ke Bandar Sarikei sahaja. Pengguna-pengguna perkhidmatan bas yang hendak ke Kabong, Pusa dan Debak akan diturunkan di simpang sahaja dan akan2 Kiplieamit, lusranjais & talipbijat guru mata pelajaran pengajian am Smk bm saratok Sarawak 2013

No. Kad Pengenalan Calon

meneruskan perjalanan menggunakan pelbagai perkhidmatan yang lain. iv. Kemudahan di terminal bas tidak selesa dan ruang yang sempit menyebabkan pengguna-pengguna yang mahu menumpang bas tersebut terpaksa bersesak-sesak terutama bila hari hujan. Kajian yang di lakukan berdasarkan rungutan dari pengguna yang mengatakan tidak puas hati dengan sistem yang ada. Di samping itu kajian juga meninjau masalahmasalah yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha pengangkutan awam iaitu bas di pekan, kawasan dan persekitaran Saratok.

2. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan sistem pengangkutan awam (bas) di luar bandar bagi mengemaskini perkhidmatan bas yang sedia ada bersesuaian dengan perkhidmatan dan penawaran pengguna terutamanya dikawasan kajian iaitu Saratok ke pekan-pekan lain seperti pekan Roban, Kabong, Pusa dan Debak serta ke bandar-bandar lain seperti Sarikei dan Sri Aman untuk masa hadapan supaya perkhidmatan yang lebih cekap dan mencukupi dapat diberikan kepada pengguna.

Objektif utama projek ini dijalankan adalah seperti berikut :1. Mengenal pasti tahap keselesaan perkhidmatan dalam bas yang sedia

ada kepada pengguna2. Mengenal pasti tahap ketepatan perkhidmatan bas yang sedia ada dari

segi jadual perjalanan.3. Mengenal pasti tahap kepuasan pengguna dari segi liputan laluan dan

kekerapan perjalanan bas.4. Mengenal pasti tahap peranan perkhidmatan bas terhadap keselamatan

pengguna-pengguna.

3. LOKASI KAJIAN3 Kiplieamit, lusranjais & talipbijat guru mata pelajaran pengajian am Smk bm saratok Sarawak 2013

No. Kad Pengenalan Calon

Secara amnya, kemudahan-kemudahan awam di sekitar pekan dan kawasan Saratok masih lagi pada tahap kurang memuaskan kerana ia memberikan perkhidmatan terutamanya bagi tujuan perjalanan untuk membeli belah dan perniagaan biasa. Terdapat tiga jenis pengangkutan awam yang utama iaitu bas, van dan beca. Walaupun beca merupakan salah satu pengangkutan awam peringkat pertengahan (intermediate public transport) yang boleh menjalankan peranan sebagai sokongan kepada pengangkutan awam yang lain seperti membawa penumpang dari rumah ke tempat tertentu seperti hospital dan pusat perniagaan, tetapi dari segi lalulintas, beca dianggap tidak cekap, lambat dan mempunyai kemampuan membawa penumpang yang rendah. Penggunaan tenaga manusia untuk mengayuh beca (tidak bermotor) bukan sahaja mengganggu kelicinan pergerakan kenderaan-kenderaan yang lain tetapi juga mengambil masa yang panjang untuk sampai ke satu-satu destinasi. Walaupun tambangnya yang murah bagi setiap kilometer perjalanan tidak memungkinkan penggunaannya bagi perjalanan ke tempat kerja secara berkesan. Peranan teksi dalam pengangkutan awan di pekan Saratok adalah sangat kecil. Teksi hanya beroperasi dari Bandar seperti Sibu, Sarikei dan Sri Aman ke pekan saratok sahaja. Di pekan Saratok tidak terdapat perkhidmatan teksi. Hal yang demikian disebabkan kebanyakan penduduk-penduduk sekitar kawasan Saratok lebih gemar menggunakan perkhidmatan "van sapu iaitu kenderaan yang tidak didaftar sebagai pengangkutan awam.

4 Kiplieamit, lusranjais & talipbijat guru mata pelajaran pengajian am Smk bm saratok Sarawak 2013

No. Kad Pengenalan Calon

Peta 1: Peta Daerah Saratok Sumber: Laman Web Geogle.Com

Foto 1: Kawasan Utama Pekan Saratok Sumber: Zulfahmi Sahari Blog Spot 2011 3.1 Stesen Bas5 Kiplieamit, lusranjais & talipbijat guru mata pelajaran pengajian am Smk bm saratok Sarawak 2013

No. Kad Pengenalan Calon

Merupakan tempat untuk proses menurun dan mengambil penumpang. Bas akan menunggu penumpang di stesen bas ini. Di pekan Saratok tidak terdapat terminal bas. Stesen bas pekan Saratok menempatkan dua pengusaha bas iaitu Borneo Amalgamated Transport (seterusnya nanti Bas Borneo) dan Sarawak Transport Company (seterusnya nanti STC). Stesen bas di pekan Saratok berkongsi tempat parkir bersama tempat parkin kenderaan persendirian. Foto 2 menunjukkan lokasi dan persekitaran stesen bas pekan Saratok

6 Kiplieamit, lusranjais & talipbijat guru mata pelajaran pengajian am Smk bm saratok Sarawak 2013

No. Kad Pengenalan Calon

Foto 2: Stesen Bas Syarikat Borneo dan Sarawak Transport Company

3.2 Perhentian bas dan pengakutan awam lain Tempat untuk menurun dan menaikkan penumpang yang terdapat di sepanjang laluan bas dan pengangkutan awam yang lain. Kualiti perhentian bas di sepanjang laluan perjalanan bas dan pengangkutan awam lain kawasan Saratok agak memuaskan. Foto 3 menunjukkan pemandangan suasana di perhentian bas yang terdapat di pekan Saratok.

7 Kiplieamit, lusranjais & talipbijat guru mata pelajaran pengajian am Smk bm saratok Sarawak 2013

No. Kad Pengenalan Calon

Foto 3: Perhentian bas di Pekan Saratok 3.3 Depo Bas Tempat menyimpan bas. Ia juga merupakan tempat untuk memperbaiki serta menyelenggara bas yang rosak. Di pekan Saratok hanya terdapat depo bas untuk pengusaha syarikat bas STC. Sementara depo bas Borneo berpusat di Bandar Sarikei iaitu 55 kilometer dari pekan Saratok. Foto 4 menunjukkan depo bas bagi Syarikat Bas STC. Depo ini hanya dibuka awal pagi dan pukul 430 petang.

Foto 4: Depo Syarikat Bas Sarawak Transport Company Berhad

3.4 Laluan Perkhidmatan Bas Jalan-jalan tetap yang dilalui oleh bas untuk menghantar penumpang iaitu bermula dari stesen pekan Saratok ke Kabong dan Sarikei bagi perkhidmatan bas Berneo. Sementara bas STC hanya beroperasi ke Bandar Kuching sahaja. Penumpang8 Kiplieamit, lusranjais & talipbijat guru mata pelajaran pengajian am Smk bm saratok Sarawak 2013

No. Kad Pengenalan Calon

penumpang yang hendak ke Pusa, Debak, Spaoh, Betong dan Sri Aman akan diturunkan di simpang masuk sahaja.

Peta 2: Kawasan Laluan Perkhidmatan Bas Dari Pekan Saratok Sumber: Laman Web Geogle. Co 3.5 Jarak masa (Headways) Sela masa antara perjanan perkhidmatan bas di pekan Saratok adalah seperti Jadual 1

Jadual 1: Laluan dan Kekerapan Masa Perkhidmatan Bas Syarikat Bas Bas Borneo Destinasi Roban Kabong Bas STC Sarikei Simpang Debak Simpang Spaoh9 Kiplieamit, lusranjais & talipbijat guru mata pelajaran pengajian am Smk bm saratok Sarawak 2013

Jarak Masa Perkhidmatan 0645 0945 1215 1545

No. Kad Pengenalan Calon

Simpang Betong Simpang Lubok Antu Simpang Sri Aman Serian Kuching

0715

Sekali Sehari dua hala

Foto 5: Jadual Perjalanan Bagi Bas STC

4. KAEDAH KAJIAN Bahagian ini akan menghuraikan berkaitan reka bentuk kajian, alat ukur kajian, pensampelan, batasan kajian, prosedur mengutip data dan prosedur menganalisis data kajian.

4.1 Reka bentuk Kajian

10 Kiplieamit, lusranjais & talipbijat guru mata pelajaran pengajian am Smk bm saratok Sarawak 2013

No. Kad Pengenalan Calon

Kajian ini dilaksanakan melalui gabungan kaedah kuantitatif melalui teknik tinjuan menggunakan borang soal selidik dan analisis dokumen bagi menjelaskan objektif 1 hingga 4. Pemboleh ubah bebas kajian ini adalah perkhidmatan pengangkutan awam. Sementara pemboleh ubah yang dicerap sebagai pemboleh ubah bersandar ialah kepuasan pengguna berdasarkan persepsi pengguna. Pemboleh ubah Bebas Pemboleh ubah Bersandar

Perkhidmatan Pengangkutan Awam (Bas) Masalah Syarikat Bas

Kepuasan Pengguna

-

Masa operasi Laluan Keselesaan

Rajah 1: Reka Bentuk Kajian

4.2 Alat Ukur Kajian Alat ukur yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada borang soal selidik yang pernah digunakan oleh Ahmad Tarmizie (2012). Borang soal selidik ini merangkumi 4 dimensi iaitu keselesaan perkhimatan dalam bas sebanyak 4 item, ketepatan jadual perjalanan 2 item, laluan dan kekerapan perjalanan, serta kadar tambang 3 item, dan keselamatan pengguna 3 item. Borang soal selidik ini mengandungi 13 item yang diikuti oleh skala lima poin. Opsyen 1 = tidak memuaskan, 2 = kurang memuaskan, 3 = sederhana memuaskan, 4 = memuaskan, dan 5 = amat memuaskan. Borang soal selidik ini digunakan untuk mengukur persepsi tahap kepuasan dari asepk keselesaan, ketepatan masa, kadar tambang, pengurusan dan keselamatan pengguna. Sementara untuk mengukur tahap operasi dan laluan perkhidmatan bas tersebut, soal selidik dan analisis dokumen digunakan dengan merujuk jadual perjalanan yang dipamerkan oleh

11 Kiplieamit, lusranjais & talipbijat guru mata pelajaran pengajian am Smk bm saratok Sarawak 2013

No. Kad Pengenalan Calon

pihak syarikat bas di stesen bas pekan Saratok. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah = 0.906 pada tahap yang tinggi (Uma Sukaren, 2003).

4.3 Pensampelan Bagi mendapat maklumat untuk kajian ini, borang soal selidik berkaitan dengan kepuasan pelanggan dari aspek ketepatan masa perjalanan, keselesaan sama ada dalam bas mahupun di stesen bas serta keselamatan semasa menunggu bas di setiap perhentian bas, 3seramai 10 orang pengguna daripada pekan Saratok dan 20 orang daripada pengguna-pengguna luar pekan Saratok. Sementara itu sebagai trigulasi maklumat yang dikumpul 2 orang pemandu bas daripada dua syarikat bas yang beroperasi di pekan Saratok dipilih sebagai sampel kajian.

4.4 Batasan Kajian Kajian ini dijalankan ke atas perkhidmatan bas sahaja yang memulakan perjalanan di pekan Saratok. Sementara respondennya terdiri daripada penduduk-penduduk kawasan Saratok yang sering menggunakan perkhidmatan bas sebagai pengangkutan utama dan juga pemandu-pemandu bas awam yang beroperasi di Saratok sahaja.

4.5 Prosedur Mengutip Data Bagi mengutip data kajian, borang soal selidik diserahkan sendiri oleh pengkaji kepada responden kajian setelah mengenal pasti individu tertentu yang sering menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam iaitu bas. Sejumlah 30 set borang soal selidik telah diserahkan kepada sampel kajian. Semua responden diingatkan untuk melengkapkan borang soal selidik. Mereka diberi tempoh seminggu untuk mengisi borang tersebut. Pengkaji sendiri akan datang mengutip borang tersebut. Sementara temuramah dengan pemandu bas dijalankan oleh penyelidik semasa pemandu berada di stesen bas.12 Kiplieamit, lusranjais & talipbijat guru mata pelajaran pengajian am Smk bm saratok Sarawak 2013

No. Kad Pengenalan Calon

4.6 Prosedur Analisis Data Data yang diperolehi dianalisis secara statistik deskriptif dengan teknik manual menggunakan kalkulator. Analisis bagi setiap respon responden dinilaikan tahap berdasarkan frekuensi atau kekerapan dan juga menggunakan peratus. Untuk menentukan tahap respon responden adalah seperti Jadual 2 yang dipetik dan diubah suai daripada kajian sains social oleh Alias Baba (1999).

Jadual 2: Julat Skor Tahap Persepsi Pengguna Bil 1 2 3 Peratus 0.00 33.3 33.4 66.7 66.8 100 Respon Pengguna Tahap Rendah Tahap Sederhana Tahap Tinggi

Sumber: Alias Baba, 1999

5. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Bahagian ini menghuraikan profil responden dan dapatan kajian berdasarkan objektifobjektif kajian yang merangkumi keselesaan perkhidmatan dalam bas, jadual perjalanan, serta masalah yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha syarikat bas. 5.1 Profil Responden Kajian ini menggunakan 30 orang pengguna perkhidmatan pengangkutan bas sebagai pengangkutan awam. Secara terperinci profil responden kajian adalah seperti Jadual 2.

13 Kiplieamit, lusranjais & talipbijat guru mata pelajaran pengajian am Smk bm saratok Sarawak 2013

No. Kad Pengenalan Calon

Rajah 2: Profil Responden Pengguna Bas Berdasarkan Destinasi 5.2 Mengenal pasti Keselesaan Perkhidmatan dalam Bas Kepada Pengguna Bagi menjelaskan objektif pertama kajian terdapat 4 item yang digunakan untuk mendapat respon daripada responden kajian berkaitan dengan dimensi tahap keselesaan iaitu item-item berkaitan kebersihan, keselesaan tempat duduk, penghawa dingin, dan tempat simpan barang. Jadual 3 menunjukkan tahap keselesaan perkhidmatan dalam bas kepada pengguna.

Jadual 3: Tahap Keselesaan Perkhidmatan dalam Bas Kepada Pengguna Bil 1 Soalan Kebersihan TM 6 20% 2 Keselesaan tempat duduk 7 23% 3 Penghawa dingin 4 Frekuensi dan Peratus KM 13 43% 13 43% 6 SM 10 33.3 % 8 26.6 % 13 M 1 3% 2 6.6% 7 AM -

14 Kiplieamit, lusranjais & talipbijat guru mata pelajaran pengajian am Smk bm saratok Sarawak 2013

No. Kad Pengenalan Calon

13.3 4 Tempat simpanan barang % 13 43%

20% 12 40%

43% % 5 16.6

23.3

-

8.25

0

% Purata 24.8 36.5 28.6 Nota: TM = Tidak Memuaskan, KM = Kurang Memuaskan, SD = Sederhana Memuaskan, AM = Amat Memuaskan

Jadual 3 menunujukkan tahap keselesaan perkhidmatan pengangkutan awam iaitu bas berdasarkan persepsi pengguna. Bagi item berkaitan kebersihan didapati 6 orang (20%) memilih opsyen tidak memuaskan, 13 (43%) memilih opsyen kurang memuaskan, dan 1 (3%) yang memilih opsyen sederhana memuaskan. Tidak terdapat pengguna yang memilih opsyen amat memuaskan. Hal ini bermakna tahap kebersihan perkhidmatan bas yang dikaji adalah pada tahap rendah. Hanya 3% sahaja yang memberi respon kebersihan dalam bas pada tahap memuaskan. Menyentuh tentang keselesaan tempat duduk seramai 20 orang (66%) memberi respon kurang dan tidak memuaskan, hanya 10 orang (33.3%) menyatakan sederhana memuaskan dan memuaskan. Hal ini bermakna keselesaan tempat duduk yang disediakan oleh perkhidmatan bas sebagai pengangkutan awam yang dikaji pada tahap rendah. Berdasarkan analisis respon daripada responden bagi 4 item berkaitan dimensi keselesaan, hanya 10 orang (8.25%) yang mengklasifikasikan tahap keselesaan pengangkutan awam iaitu bas yang dikaji memilih opsyen memuaskan. Selebihnya 86.9% memberi respon sederhana, kurang dan tidak memuaskan. Secara keseluruhannya tahap kualiti keselesaan perkhidmatan bas sebagai pengangkutan awam di pekan Saratok pada tahap yang rendah.

5.3 Mengenal pasti Tahap Ketepatan Perkhidmatan Bas Berdasarkan Jadual

15 Kiplieamit, lusranjais & talipbijat guru mata pelajaran pengajian am Smk bm saratok Sarawak 2013

No. Kad Pengenalan Calon

Bagi menjelaskan objektif ini berdasarkan dimensi tahap ketepatan bas berdasarkan jadual, terdapat dua item yang digunakan iaitu berkaitan masa bertolak dan masa menunggu. Secara terperinci tahap respon responden adalah berdasarkan Jadual 4. Jadual 4: Tahap Ketepatan Masa Perjalanan Bas Berdasarkan Jadual Bil Soalan TM 1 2 Ketepatan masa bertolak Masa menunggu AM 20 66.7% 20 9 30% 10 Frekuensi dan Peratus KM 1 3.33% SM M

Purata Nota: TM = Tidak memuaskan,

66.7% 33.3% 66.7% 31.7 1.67% KM = Kurang memuaskan

SM = Sederhana memuaskan, M = Memuaskan, AM = Amat memuaskan Jadual 4 menunjukkan analisis tahap ketepatan masa perjalanan bas sebagai pengangkutan awam menepati masa yang ditetapkan berdasarkan jadual perjalanan. Dimensi ini terdiri item berkaitan masa bertolak dan tiba serta masa menunggu sama ada di stesen mahupun di perhentian bas. Bagi item ketepatan masa bertolak dan tiba dari satu destinasi ke satu destinasi daripada 30 responden didapati 20 orang (66.7%) memilih opsyen tidak memuaskan, 9 orang (30%) memilih opsyen kurang memuaskan, 1 orang (3,33%) memilih opsyen sederhana memuaskan. Tidak ada responden yang memilih opsyen memuaskan dan amat memuaskan. Sementara bagi item masa menunggu di stesen dan perhentian bas didapati 20 orang (60%) memilih opsyen tidak memuaskan, 10 orang (33.3%) memilih opsyen kurang memuaskan, dan tidak ada responden yang memilih opsyen memuaskan dan amat memuaskan. Hal demikian bermakna secara keseluruhan tahap kualiti ketepatan perkhidmatan bas sebagai pengangkutan awam menepati jadual perjalanan yang ditetapkan adalah pada tahap rendah iaitu 1.67% sahaja.

5.4 Mengenal pasti Tahap Kepuasan Pengguna Terhadap Liputan Laluan, Kekerapan Perjalanan dan Kadar Tambang Bas.16 Kiplieamit, lusranjais & talipbijat guru mata pelajaran pengajian am Smk bm saratok Sarawak 2013

No. Kad Pengenalan Calon

Bagi menjelaskan objektif keempat kajian, yang berkaitan dimensi tahap kepuasan pengguna bas sebagai pengangkutan awam di pekan Saratok, secara terperinci terdapat pada Jadual 4. Jadual 4: Tahap Liputan Destinasi, Kekerapan Perjalanan dan Kadar Tambang Bas di Pekan Saratok Bil 1 2 3 Soalan Liputan kawasan laluan Kekerapan perjalanan ke TM 8 26.6% 20 66.6% 3 Frekuensi dan Peratus KM 12 40% 5 16.7% 4 SM 10 33.3% 5 16.7% 20 M 3 10% 3.33 AM -

setiap destinasi Kadar Tambang

Purata Nota: TM = Tidak memuaskan,

10% 13.3% 66.6% 45.6% 23.3% 33.3% KM = Kurang memuaskan

-

SM = Sederhana memuaskan, M = Memuaskan, AM = Amat memuaskan

Jadual 4 menjelaskan tahap frekuesi dan peratusan liputan destinasi dan kekerapan perjalanan perkhidmatan bas sebagai pengangkutan awam di pekan Saratok dan kawasan-kawasan yang dipilih sebagai destinasi laluan perkhidmatan. Dianalisis dari aspek kawasan laluan, didapati 8 orang (26.6%) memilih

opsyen tidak memuaskan dan 12 orang (40%) memilih opsyen kurang memuaskan. Sementara itu 10 orang (33.3%) memilih opsyen sederhana memuaskan. Keputusan analisis menunjukkan tidak ada seorang pun pengguna memilih opsyen memuaskan dan amat memuaskan. Hal ini bermakna 20 orang (66.6%) pengguna memberi respon yang negatif terhadap tahap liputan laluan perkhidmatan bas sebagai pengangkutan awam di pekan Saratok. Sebagai kesimpulan tahap kepuasan pengguna terhadap laluan destinasi perkhidmatan bas pada tahap yang rendah. Sementara dari aspek kekerapan perkhidmatan perjalanan bas sebagai pengangkutan awam di pekan Saratok didapati 20 orang (66.6%) pengguna memilih17 Kiplieamit, lusranjais & talipbijat guru mata pelajaran pengajian am Smk bm saratok Sarawak 2013

No. Kad Pengenalan Calon

opsyen tidak memuaskan, 5 orang (16.7%) memilih opsyen kurang memuaskan, dan 5 orang (16.7%) memilih opsyen sederhana memuaskan. Secara keseluruhan 25 orang (83.3%) pengguna memberi respon negatif terhadap kekerapan perjalanan perkhidmatan bas sebagai pengangkutan awam di Saratok. Hal ini bermakna tahap kepuasan pengguna terhadap kekerapan perkhidmatan bas sebagai pengangkutan awam di pekan Saratok pada tahap yang rendah iaitu 5 orang (16.7%). Berhubung dengan tambang bas, didapati 3 orang (10%) pengguna member respon tidak memuaskan, 4 orang (13.3%) pengguna member respon kurang memuaskan, 20 orang (66.6%) memberi respon sederhana memuaskan, dan 3 orang (10%) memberi respon memuaskan. Hal ini bermakna 23 orang (69.6%) berpuas hati dengan kadar tabang yang diberikan. Secara keseluruhan sebagai rumusan berdasarkan objektif keempat kajian perkhidmatan bas sebagai pengangkutan awam di pekan Saratok pada tahap rendah iaitu 3 orang (3.33%) pengguna yang berpuas hati dari segi laluan, kekerapan dan kadar tambang perjalanan bas. 5.5 Mengenal pasti Tahap Keselamatan Pengguna Perkhidmatan Bas Sebagai Pengangkutan Awam Bagi menjelaskan objektif kelima kajian yang berkaitan tahap keselamatan pengguna bas sebagai pengangkutan awam di pekan Saratok, secara terperinci terdapat pada Jadual 5.

Jadual 5: Analisis Tahap Keselamatan Pengguna Perkhidmatan Bas Sebagai Pengangkutan Awam. Bil 1 2 Soalan Keselamatan di stesen bas TM 13 Frekuensi dan Peratus KM 12 40% 6 20% SM 6 20% 4 13.3% M 4 13.3% 3 10% AM -

43.3% Keselamatan di perhentian 17 bas 56.7%

18 Kiplieamit, lusranjais & talipbijat guru mata pelajaran pengajian am Smk bm saratok Sarawak 2013

No. Kad Pengenalan Calon

3

Pemanduan berhemah

3

10

13

4

-

Purata Nota: TM = Tidak memuaskan,

10% 33.3% 43.3% 13.3% 33.3% 29.1% 25.6% 12.2% KM = Kurang memuaskan

SM = Sederhana memuaskan, M = Memuaskan, AM = Amat memuaskan

Jadual 5 menjelaskan dari segi frekuesi dan peratusan tahap keselamatan pengguna perkhidmatan bas sebagai pengangkutan awam di pekan Saratok di kawasan-kawasan laluan perkhidmatan bas yang dikaji dari aspek keselamatan di stesen bas, di perhentian bas dan tahap berhemahnya pemandu-pemandu bas. Dianalisis dari aspek keselamatan di stesen bas, didapati 13 orang (43.3%) memilih opsyen tidak memuaskan dan 12 orang (40%) memilih opsyen kurang memuaskan. Sementara itu 6 orang (20%) memilih opsyen sederhana memuaskan, dan 4 orang (13.3%) pengguna memilih opsyen memuaskan. Keputusan analisis menunjukkan tidak ada seorang pun pengguna memilih opsyen amat memuaskan. Hal ini bermakna 25 orang (83.3%) pengguna memberi respon yang negatif terhadap tahap keselamatan perkhidmatan bas sebagai pengangkutan awam di pekan Saratok. Sebagai kesimpulan tahap keselamatan pengguna perkhidmatan bas awam sebagai pengangkutan awam di pekan Saratok pada tahap yang rendah iaitu 4 orang (33.3%).. Sementara dari aspek keselamatan di perhentian bas sebagai pengangkutan awam di pekan Saratok didapati 17 orang (56.7%) pengguna memilih opsyen tidak memuaskan, 6 orang (20%) memilih opsyen kurang memuaskan, 4 orang (13.3%) memilih opsyen sederhana memuaskan, dan 3 orang (10%) memilih opsyen memuaskan. Secara keseluruhan 23 orang (76.7%) pengguna memberi respon negatif terhadap keselamatan di perhentian bas sebagai pengangkutan awam di Saratok. Hal ini bermakna tahap kepuasan pengguna terhadap kekerapan perkhidmatan bas sebagai pengangkutan awam di pekan Saratok pada tahap yang rendah iaitu 4 orang (13.3%). Keputusan tinjauan ini banyak dipengaruhi oleh kelambatan perjalanan bas mengikut jadual.yang ditetapkan. Berhubung dengan item berkaitan gaya pemanduan yang berhemah, didapati 3 orang (10%) pengguna memberi respon tidak memuaskan, 10 orang (33.3%)19 Kiplieamit, lusranjais & talipbijat guru mata pelajaran pengajian am Smk bm saratok Sarawak 2013

No. Kad Pengenalan Calon

pengguna memberi respon kurang memuaskan, 13 orang (43.3%) memberi respon sederhana memuaskan, dan 4 orang (12.2%) memberi respon memuaskan. Hal ini bermakna tahap keselamatan pengguna di setiap perhentian bas pada tahap yanhg rendah iaitu 4 orang (12.2%) sahaja pengguna berpuas hati dengan jaminan tahap keselematan di setiap perhentian bas yang dikaji. Analisis keseluruhan setiap dimensi menunjukkan pada tahap yang rendah bagi aspek keselesaan dalam bas, ketepatan waktu perjalanan bas, liputan laluan perkhidmatan bas, dan keselamatan pengguna. Rajah 3 menunjukkan keputusan analisis keseluruhan setiap dimensi berdasarkan objektif kajian.

Nota: TM = Tidak memuaskan,

KM = Kurang memuaskan,

SM = Sederhana memuaskan, M = Memuaskan, AM = Amat memuaskan Rajah 3: Analisis Keseluruhan Setiap Dimensi Dapatan kajian seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3 mendapati dimensi keselesaan 8.25%, liputan perjalanan 3.33%, dan keselamatan penumpang 12.2% sahaja yang mendapat respon memuaskan daripada pengguna. Sementara ketepatan perkhidmatan mengikut jadual perjalanan tidak ada langsung pengguna yang member respon memuaskan.20 Kiplieamit, lusranjais & talipbijat guru mata pelajaran pengajian am Smk bm saratok Sarawak 2013

No. Kad Pengenalan Calon

6

RUMUSAN DAN KESIMPULAN

6.1 Rumusan Kajian Analisis dapatan kajian menunjukkan keempat-empat objektif kajian yang bertujuan i) mengenal pasti tahap keselesaan perkhidmatan dalam bas yang sedia ada kepada pengguna, ii) mengenal pasti tahap ketepatan perkhidmatan bas yang sedia ada dari segi jadual perjalanan, iii) mengenalpasti tahap kepuasan pengguna dari segi liputan laluan dan kekerapan perjalanan bas, dan iv) mengenal pasti tahap peranan perkhidmatan bas terhadap keselamatan pengguna-pengguna menunjukkan keputusan pada tahap yang rendah. Keseluruhan tiga puluh orang pengguna yang digunakan sebagai responden tidak memilih opsyen amat memuaskan ke atas semua sepuluh item yang digunakan dalam empat dimensi yang menjadi fokus kajian. Hal ini bermakna dapatan kajian ini selaras dan menerima dapatan kajian yang pernah dibuat oleh Ahmad Tarmizie (2011) yang mendapati kualiti perkhidmatan bas sebagai pengangkutan awam amat rendah. Implikasi dari keadaan tersebut, ramai dalam kalangan individu lebih berminat dan bersedia untuk mengguna kenderaan sendiri untuk ke tempat kerja. Ahmad Tarmizie (2011) menjelaskan bahawa penggunaan perkhidmatan bas sebagai pengangkutan awam terutama semasa musim perayaan lebih terdedah kepada resiko dan menjejaskan keselamatan pengguna. Keadaan yang sama berlaku pada penumpang di pekan Saratok yang menggunakan bas sebagai pengangkutan awam. Masa tiba dan bertolak perjalanan bas di pekan Saratok yang tidak menepati jadual perjalanan yang ditetapkan menjadi punca ada berlaku pelbagai kejadian buruk.21 Kiplieamit, lusranjais & talipbijat guru mata pelajaran pengajian am Smk bm saratok Sarawak 2013

No. Kad Pengenalan Calon

Antaranya ada dalam kalangan penumpang yang menunggu ketibaan bas di setiap perhentian laluan perjalanan bas menjadi mangsa rompak dan ragut. Kajian Siti Faridah (2011) mendapati pengguna selalu menghadapi masalah seperti keselamatan, dan pengurusan. Ini kerana terdapat segelintir pemandu bersikap cuai, tidak memikirkan keselamatan pengguna malah pihak syarikat mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan menaikkan tambang apabila tiba musim perayaan atau cuti sekolah. Pengguna juga selalu berhadapan dengan masalah pengurusan ketepatan masa untuk sampai ke destinasi yang dituju. Dapatan kajian ini menerima dapatan kajian oleh Siti Faridah (2011). Tinjauan kajian ini mendapati bahawa atas faktor keselamatan, keselesaan, ketepatan waktu perjalanan menjadi punca ramai individu lebih berminat menggunakan perkhidmatan van sapu. Hal yang demikian selaras dengan dapatan kajian oleh. Mo6hd Haniff (2007) yang mendapati ramai pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia tidak berminat menggunakan perkhidmatan bas untuk menghadiri kuliah.

6.2 Kesimpulan Kesimpulan dan cadangan ini adalah hasil daripada mengenal pasti bagi setiap kelemahan yang wujud dalam sistem pengurusan operasi dan juga respon-respon daripada pihak penguna bagi meningkatkan keberkesanan operasi bas terutamanya di luar bandar khususnya di pekan dan kawasan Sartok dan amnya di Malaysia. Diharap kesimpulan dan cadangan ini boleh membantu setiap pengusaha bas sebagai penggangkutan awam untuk memperbaiki sistem operasi mereka kepada satu sistem operasi yang terbaik, efisen dan produktif. Kesimpulan dan cadangan ini dibuat berdasarkan teori dan amalan yang dilakukan oleh negara maju yang berjaya dari segi peningkatan mutu operasi penggangkutan awam (bas). Terdapat beberapa kepentingan dan cadangan hasil daripada kajian ini. kajian yang perlu diberi perhatian oleh pihak yang terbabit. 6.2.1 Kepentingan22 Kiplieamit, lusranjais & talipbijat guru mata pelajaran pengajian am Smk bm saratok Sarawak 2013

No. Kad Pengenalan Calon

Hasil kajian ini boleh digunakan oleh pihak berkuasa tempatan khususnya dan pihak kerajaan negeri amnya untuk mempertingkatkan pemantauan ke atas sistem pengurusan perkhidmatan bas di pekan Saratok sebagai pengangkutan awam. Hal ini kerana sebahagian besar masyarakat di pekan dan kawasan-kawasan sekitar terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah. Menurut laporan Pejabat Daerah Saratok, sejumlah 78% daripada penduduk dalam daerah Saratok layak menerima bantuan BRIM. Hal ini menunjukkan bahawa kecenderungan untuk penduduk di pekan dan kawasan Saratok menggunakan perkhidmatan bas sebagai pengangkutan awam adalah tinggi. Walau bagaimanapun akibat daripada kualiti perkhidmatan bas sebagai pengangkutan awam amat rendah dari aspek keselamatan, keselesaan, ketepatan dan kekerapan waktu perjalanan, dan kawasan liputan yang terhad dan pada tahap rendah, maka masyarakat lebih berminat memilih van sapu atau kenderaaankenderaan jenis lain yang tidak berdaftar sebagai pengangkutan awam. Kepentingan kedua dapatan daripada kajian ini supaya pelajar-pelajar yang kawasan kediaman jauh daripada sekolah dan memerlukan bas sebagai pengangkutan supaya menjaga keselataman semasa menunggu di perhentian bas. Hal ini bertujuan bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa kes ragut, rogol dan penculikan. Ibu bapa serta keluarga haruslah berhati-hati dan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan ahli keluarga mereka terjamin dari aspek keselamatan apabila berhasrat menggunakan bas sebagai pengangkutan. Dapatan kajian ini juga penting untuk pihak pengusaha bas supaya mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan bas supaya lebih ramai penumpang berminat untuk menggunakan bas sebagai pengangkutan mereka untuk ke destinasi tertentu. Hal ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan berlakunya kesesakan terutama diwaktu puncak. Dapatan kajian ini juga memberi sumbangan kepada teori baru kepada teori yang sedia ada dalam bidang penyelidikan.

6.2.2 - Cadangan23 Kiplieamit, lusranjais & talipbijat guru mata pelajaran pengajian am Smk bm saratok Sarawak 2013

No. Kad Pengenalan Calon

Memandangkan hasil kajian ini dan beberapa kajian lain seperti kajian oleh Ahmad Tarmizie (2011), Siti Faridah (2011), dan kajian oleh Mohd Hanif (2007) mendapati akibat daripada kualiti perkhidmatan bas pada tahap yang rendah sebagai pengangkutan awam, maka kajian mencadangkan agar pihak kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan supaya mengambil tindakan ke atas pengusaha-pengusaha bas yang cuai dan tidak mementingkan keselamatan dan keselasaan pengguna bas sebagai pengangkutan awam. Kajian juga mencadangkan supaya kajian-kajian yang akan datang mengkaji masalah-masalah yang menjadi punca kepada pengusaha-pengusaha bas tidak dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pengguna-pengguna bas secara kaedah kualitatif dengan liputan kawasan yang lebih luas. Walaupun kajian ini telah dapat mengenal pasti beberapa masalah yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha bas seperti kurangnya kawasan untuk dijadikan tempat parkir akibat tidak ada kerjasama pemilik-pemilik kenderaan persendirian di pekan Saratok dan perkembangan kenderaan tidak berdaftar sebagai pengangkutan awam. Selain itu, pihak pengusaha-pengusaha bas dicadangkan supaya dapat menambah bilangan bas supaya perjalanan bas lebih kerap dan dapat meliputi laluan yang lebih luas. Kekerapan dan laluan perjalanan yang lebih luas secara tidak langsung membantu memacukan pertumbuhan ekonomi yang lebih cepat dan berkesan di pekan dan kawasan Saratok. Untuk memperolehi kualiti perkhidmatan yang lebih baik, beberapa cadangan telah dikenalpasti antaranya adalah: a) Mewujudkan skim keutamaan bas seperti menyediakan lorong untuk penumpang. b) Menambahkan bilangan bas yang beroperasi mengikut keadaan dan laluan bas dan juga menyediakan ruang untuk tempat bas menurun. c) Permintan pengguna. Contohnya menambahkan bilangan bas daripada bilangan bas pada hari biasa semasa hari minggu dan juga pada musim perayaan. d) Memastikan bas operasi mengikut jadual. Contohnya memastikan setiap bas akan berhenti seketika walaupun tiada penumpang pada setiap stesen yang24 Kiplieamit, lusranjais & talipbijat guru mata pelajaran pengajian am Smk bm saratok Sarawak 2013

No. Kad Pengenalan Calon

dilaluinya supaya jarak masa antara satu bas dengan bas yang lain dapat dikawal. e) Menambahkan lagi bilangan syarikat bas untuk operasi. f) Menyediakan tempat duduk berbumbung dan sentiasa membersihkan persekitaran kawasan tersebut. g) Menyediakan kemudahan seperti pondok telefon bagi setiap tempat menunggu bas. h) Menyediakan gerai kecil untk memudahkan pengguna membeli makanan ringan dan surat khabar. Keselesaan perlu dititikberatkan kerana pengaruhnya kepda pengguna adalah amat mendalam. Kebanyakan pengguna akan menukarkan haluan mereka menggunakan penggangkutan awam yang lain sebagai mod utama penggangkutan kerana mereka merasakan tidak selesa untuk menggunakan perkhidmatan bas. a) Menyelaraskan jadual perjalanan bas. b) Menambahkan bilangan bas berdasarkan permintaan pengguna. c) Memberikan latihan pemanduan berhemah kepada setiap pemandu. d) Sentiasa membuat pemeriksaan kepada bas yang beroperasi dengan baik. e) Sentiasa peka kepada setiap masalah yang diberikan oleh pengguna.

6.3 Penutup Berdasarkan analisis kajian yang dilakukan ke atas pengguna bas didapati majoriti pengguna bas memberikan keselesaan di tahap tidak dan kurang memuaskan. Secara keseluruhannya, kajian ini berjaya mencapai objektif dan matlamat yang dikehendaki, walau bagaimanapun kajian yang lebih mendalam dan skop yang lebih meluas pada masa hadapan amat dialu-alukan agar hasil yang lebih terperinci berkenaan dengan keberkesanan sistem pengangkutan awam terutamanya bas lebih berjaya dan efektif.

(4388 patah perkataan)25 Kiplieamit, lusranjais & talipbijat guru mata pelajaran pengajian am Smk bm saratok Sarawak 2013