12
1 AKTIVITI PELANCARAN KALENDAR AKTIVITI 2011 Nik Hashim Ishak Pelancaran Kalendar Aktiviti 2011 telah berlangsung pada 17 Februari 2011 bertempat di Dewan Mandalika dan telah dirasmikan oleh Y.B Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri , Haji Mazlan bin Ngah merangkap Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Terengganu. Majlis acara tahunan ini dihadiri oleh ketua jabatan, para media, pengusaha hotel dan inap desa serta agensi pelancongan bagi tujuan menghebahkan aktiviti dan program tahunan Lembaga Muzium Negeri Terengganu kepada masyarakat. Program ini ditamatkan selepas pengagihan poster dan pamplet Kalendar Aktiviti kepada agensi dan jabatan yang mempunyai hubungan langsung dengan aktiviti pelancongan dan budaya negeri. RAMPAI BUDAYA MEDIA HIBURAN DAN PENDIDIKAN Zamberi bin Deraman Rampai Budaya salah satu program tahunan Muzium Negeri Terengganu 2011 sempena cuti sekolah. Bermatlamat untuk menyalur ilmu dan maklumat berkaitan kerja-kerja pemuziuman melalui demonstrasi, persembahan kebudayaan, pertandingan, kuiz dan permainan tradisi. Bermula 12 Mac - 19 Mac 2011 bertempat di perkarangan Muzium Negeri Terengganu, program ini diadakan dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelajar dan pelawat. Mereka berkesempatan menimba info sebanyak mungkin dalam program tersebut. Pelbagai demonstrasi diadakan antaranya proses awetan manuskrip, awetan mamalia dan burung serta proses pembuatan model bot dan perahu. Persembahan tarian tradisional Terengganu dan pertunjukan ular antara acara yang lebih mendapat tumpuan dari pengunjung dalam dan luar negara. Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, program ini akan diteruskan pada musim cuti berikutnya dengan penambahan beberapa acara yang bersesuaian selaras dengan matlamat muzium sebagai tempat kunjungan berkala bagi tujuan pembelajaran anak-anak dan keluarga. 01.LayOut.qxp 5/18/11 1:57 PM Page 1

02.Layout 1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

01.LayOut.qxp 5/18/11 1:57 PM Page 1 Zamberi bin Deraman Nik Hashim Ishak 1 Antara kertas kerja telah dibentang pada Seminar kali ini adalah:- KERTAS KERJA3: Batu Bersurat Piagam Terengganu: Tarikh Batu Bersurat Terengganu berdasarkan program Astronomi mengesahkan tarikh Prof. Syed Muhamad Naquib Al- Attas oleh Prof. Dr. Muhamad Zainiy Bin Uthman KERTAS KERJA9: Batu Bersurat Piagam Terengganu: 'Siapa Gerangan Pemahat Tamra Benua Terengganu' oleh Tuan Haji Hamdan Bin Hj. Abd. Rahman 2

Citation preview

Page 1: 02.Layout 1

1

AAKKTTIIVVIITTIIPELANCARAN KALENDAR AKTIVITI 2011Nik Hashim Ishak Pelancaran Kalendar Aktiviti 2011

telah berlangsung pada 17Februari 2011 bertempat diDewan Mandalika dan telahdirasmikan oleh Y.B Dato’Setiausaha Kerajaan Negeri , Haji Mazlan bin Ngah merangkapPengerusi Lembaga MuziumNegeri Terengganu. Majlis acaratahunan ini dihadiri oleh ketuajabatan, para media, pengusahahotel dan inap desa sertaagensi pelancongan bagi tujuanmenghebahkan aktiviti danprogram tahunan LembagaMuzium Negeri Terengganukepada masyarakat. Program iniditamatkan selepas pengagihanposter dan pamplet KalendarAktiviti kepada agensi danjabatan yang mempunyaihubungan langsung denganaktiviti pelancongan dan budayanegeri.

RAMPAI BUDAYA MEDIAHIBURAN DAN PENDIDIKANZamberi bin Deraman

Rampai Budaya salah satu program tahunanMuzium Negeri Terengganu 2011 sempena cuti sekolah.Bermatlamat untuk menyalur ilmu dan maklumat berkaitankerja-kerja pemuziuman melalui demonstrasi, persembahankebudayaan, pertandingan, kuiz dan permainan tradisi.Bermula 12 Mac - 19 Mac 2011 bertempat di perkaranganMuzium Negeri Terengganu, program ini diadakan danmendapat sambutan yang menggalakkan dari pelajar danpelawat. Mereka berkesempatan menimba info sebanyakmungkin dalam program tersebut. Pelbagai demonstrasi

diadakan antaranya proses awetan manuskrip, awetanmamalia dan burung serta proses pembuatan model botdan perahu. Persembahan tarian tradisional Terengganudan pertunjukan ular antara acara yang lebih mendapattumpuan dari pengunjung dalam dan luar negara. Olehkerana sambutan yang menggalakkan, program ini akanditeruskan pada musim cuti berikutnya denganpenambahan beberapa acara yang bersesuaian selarasdengan matlamat muzium sebagai tempat kunjunganberkala bagi tujuan pembelajaran anak-anak dankeluarga.

01.LayOut.qxp 5/18/11 1:57 PM Page 1

Page 2: 02.Layout 1

2

Batu Bersurat Piagam Terengganu ialah satu rakaman manuskripyang menjelaskan tentang hukum Islam yang dikuatkuasakan olehpemerintah Terengganu, Raja Mandalika pada abad ke 14 Masehi.Dalam usaha menyingkap lebih banyak maklumat yang masihtersimpan di dalam batu ini pihak Muzium Negeri Terengganu tidakjemu-jemu mengadakan seminar untuk memenuhi inspirasimasyarakat khususnya pengkaji-pengkaji.

Seminar Batu Bersurat Piagam Terengganu telah menjadi aktivititahunan bagi Lembaga Muzium Negeri Terengganu selepas siripertama 2009 dan siri kedua pada tahun 2010.

Seminar Batu Bersurat Piagam Terengganu kali ketiga telahdiadakan pada 28 Mac - 29 Mac 2011 bertempat di Dewan BatuBersurat Kompleks Lembaga Muzium Negeri Terengganu dandirasmikan oleh Y.B. Dato' Haji Abdul Rahin Bin Mohd Said,Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Keseniandan Warisan Negeri, mewakili Y.A.B. Menteri Besar Terengganu.

Y.B. Dato' Haji Abdul Rahin Bin Mohd Said, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, mewakili Y.A.B. Menteri Besar Terengganu

ketika hadir merasmikan Seminar Batu Bersurat Piagam Terengganu 2011

SEMINAR BATU BERSURAT PIAGAM TERENGGANUWADAH INTELEKTUAL TAMADUN MELAYU

Azuan Harun

Antara peserta yang mengajukan soalan kepada pembentangkertas kerja pada hari kedua

Seminar

Peserta Seminar Batu Bersurat PiagamTerengganu 2011 yang terdiri dari pelbagai

jabatan/agensi dalam mahupun luar negeri Terengganu serta institusi

pendidikan

Antara kertas kerja telah dibentang pada Seminar kali ini adalah:-

KERTAS KERJA 1:Batu Bersurat Piagam Terengganu: Satu Inskripsi Perundangan Islam Awal Di Malaysia oleh Prof. Dr. Abdullah@Alwi Hj. Hassan (School of Management Asia E University)

KERTAS KERJA 2:Batu Bersurat Piagam Terengganu: Penangkis Gerakan Islam Melampau di Malaysiaoleh Prof. Madya Dr. Rahimi Affandi Bin Abd. Rahim (Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya)

KERTAS KERJA 3:Batu Bersurat Piagam Terengganu: Tarikh Batu Bersurat Terengganu berdasarkan program Astronomimengesahkan tarikh Prof. Syed Muhamad Naquib Al- Attas oleh Prof. Dr. Muhamad Zainiy Bin Uthman

KERTAS KERJA 4:Matematik Melayu berdasarkan Batu Bersurat Piagam Terengganuoleh Dato' Prof. Abd. Razak Bin Salleh (UKM)

KERTAS KERJA 5:Batu Bersurat Piagam Terengganu pencetus perubahan dari BahasaMelayu Kuno ke Bahasa Melayu Klasik oleh Dr. Amat Juhari Bin Moain

KERTAS KERJA 6:Batu Bersurat Piagam Terengganu: Ulasan dari aspek kebahasaan dan kandunganoleh Prof. Dr. Bukhari Lubis (Fakulti Bahasa & Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris)

KERTAS KERJA 7:Sejarah Batu Bersurat Piagam Terengganu : Mencari asal-usulnya Pembentang oleh Prof. Madya Dr. Mohamed Anwar Bin Omar Din(Pusat Bahasa, Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu UKM)

KERTAS KERJA 8:Simbiosis Parameter antara Paleografi, Khat dan Tulisan Jawi kajiankes Batu Bersurat Piagam Terengganu oleh Prof. Dr. Khairuddin Bin Omar (Pusat Pengajian Sains Komputer UKM)

KERTAS KERJA 9:Batu Bersurat Piagam Terengganu: 'Siapa Gerangan Pemahat Tamra Benua Terengganu'oleh Tuan Haji Hamdan Bin Hj. Abd. Rahman

KERTAS KERJA 10 :Batu Bersurat Piagam Terengganu: Menyingkap rahsianya oleh En. Rashid Bin Hamat (Kurator Sejarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu)

Seminar kali ini mendapat sambutan amat menggalakkanterutamanya dari luar Terengganu dengan jumlah penyertaanseramai kira-kira 242 orang, antaranya Jabatan MuziumMalaysia, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan,Perpustakaan Negara Kuala Lumpur, Majlis Agama IslamDan Adat Melayu Terengganu, Persatuan Sejarah CawanganTerengganu dan orang perseorangan. Selain dari itupenyertaan dari institusi pengajian pula terdiri dari pelajar danguru sekolah menengah Sultan Zainal Abidin, SekolahAgama Khairiah, Sekolah Agama Zainal Abidin Ladang danSekolah Imtiaz.

01.LayOut.qxp 5/18/11 1:57 PM Page 2

Page 3: 02.Layout 1

3

01.LayOut.qxp 5/18/11 1:58 PM Page 3

Page 4: 02.Layout 1

4

Pertandingan Mewarna Sayangilah Warisan Kita 2011telah berjaya diadakan pada 5 Mac 2011 bertempat diMuzium Daerah Dungun buat kali kedua dan mendapatsambutan yang cukup mengalakkan. Program ini telahdijadikan sebagai program tahunan oleh pihak MuziumNegeri Terengganu bermula tahun 2003 hingga 2010.Majlis penutup dan penyampaian hadiah telahdisempurnakan oleh Y.B Haji Matulidi bin Jusoh, AhliParlimen Dungun. Dalam ucapannya beliau menggesasupaya pihak Muzium Negeri Terengganu dapatmeneruskan program sebegini untuk menarikpengunjung untuk menampakkan pelbagai aktiviti yangmenarik terdapat di Dungun. Pertandingan inidibahagikan kepada 3 kategori iaitu kanak-kanak prasekolah (6 tahun), pelajar sekolah rendah tahap 1(7 tahun hingga 9 tahun) dan pelajar sekolah rendahtahap 2 (10 tahun hingga 12 tahun). Setiap pelajardikehendaki mewarna lakaran yang disediakan olehpenganjur mengikut kategori yang telah ditetapkan.Penganjur telah menerima penyertaan pelajar seramai717 orang dan mendapat kerjasama Pejabat PelajaranDaerah Dungun, Yayasan Islam Daerah Dungun,Jabatan Perpaduan & Intergrasi Nasional Dungun,Jabatan KEMAS Daerah Dungun, Majlis PerbandaranDungun, Jabatan Kerja Raya Daerah Dungun dan IbuPejabat Polis Daerah Dungun.

Turut diadakan aktiviti sampingan sepanjang program iniialah demonstrasi bermain bola cetong dan peraduan

PERTANDINGAN MEWARNA SAYANGILAH WARISAN KITA 2011

Noorazyha Adyla Binti Sidek

menjawab soalan kuiz bagi ibu bapa yang hadir.Pertandingan menjawab soalan kuiz bertujuanuntuk orang ramai mendekati dan mengenaliMuzium Daerah Dungun yang mempamerkanpelbagai koleksi sejarah.

01.LayOut.qxp 5/18/11 1:58 PM Page 4

Page 5: 02.Layout 1

5

KKOONNSSEERRVVAASSIIKAJIAN SAINTIFIK BATU BERSURAT PIAGAM TERENGGANU DI LAPANGANNor Ainah binti Mahmud

Muzium Negeri Terengganu dengan kerjasamaAgensi Nuklear Malaysia telah menjalankankajian saintifik ke atas batu-batu di SungaiLawit. Beberapa ketul batu yang bentuknyahampir sama dengan Batu BersuratTerengganu diambil dan dijadikan sampel untukdi buat ujikaji bagi menentukan samada iasejenis dengan Batu Bersurat Terengganu.Kajian awal mendapati batuan di sini jenisdolerite. Ujian tanpa musnah melalui kaedah'Neutron Induced Prompt Gamma-Ray' inimenggunakan alat khas iaitu 'Portable NeutronSpectroscopy'. Alat ini berfungsi untuk mengesan

PENCUCIAN PAGAR DI KOTA LAMA DUYONGMohd Hafis bin A Rahman

Kota Lama Duyong merupakan antaralokasi yang seringkali menjaditumpuan para pelawat dan pengkajitermasuk para pelajar dan ilmuanyang menjadikan kota ini sebagaibahan penyelidikan dan dengan

elemen dalam bahan batuan.Komponen dalam sistem alat inimenggunakan HPGe iaitu 'HighPiority Germanium Detector'yang sangat sensitif terhadapsinar gamma. Denganmenggunakan sumber neutronianya menghasilkan gammacepat (prompt gamma).

Alat 'Portable Neutron Spectroscopy'

Dr. Jaafar Abdullah memberi taklimat ringkas sebelumkerja-kerja ujikaji dijalankan

kerja-kerja pencucian padabahagian pagar belakangkota menggunakan berus danair paip bagi melindungistruktur pagar yang dilepadengan kulit kerang dan putihtelor terhakis telahdilaksanakan pada bulanJanuari 2011 yang lalu. Kerja-kerja pencucian bagi fasaseterusnya akan disambungpada bulan Mac dan bulanseterusnya. Pemantauan danpemeriksaan akan sentiasadilakukan bagi memastikanKota Lama Duyong sentiasaberada dalam keadaan baikdan terjaga serta bersediamenerima kunjungan orangramai.

Kaedah ini amat bergunauntuk mengenal pasti secarakualitatif dan kuantitatifsesuatu elemen yangterdapat dalam sampel.

Mengeluarkan neutron dari penyimpanan

Pemindahan data secara terus dari 'Portable Neutron Spectroscopy'

ke komputer

keunikan binaan bercirikan senibinatradisi Terengganu.

Bagi memastikan rumah bersejarah inisentiasa berada dalam keadaan baik,Muzium Negeri Terengganu melaluiSektor Konservasi (BahagianPemuliharaan Monumen dan TapakBersejarah) menjalankan aktiviti 'house - keeping' secara berkalatermasuk kerja-kerja pencucian pagarKota Lama Duyong dengan melibatkankakitangan dari Bahagian PemuliharaanKoleksi dan Bahagian PemuliharaanMonumen Dan Tapak Bersejarah sertadibantu oleh empat orang pelajarpraktikal dari Universiti MalaysiaKelantan (UMK) yang sedang menjalanilatihan praktikal di Sektor Konservasi.

Bagi memudahkan kerja-kerjapencucian, ia telah dipecahkan kepadabeberapa fasa, fasa pertama melibatkan

01.LayOut.qxp 5/18/11 1:58 PM Page 5

Page 6: 02.Layout 1

6

FFOOKKUUSSPAMERAN 1 ASEAN 1 JALINAN

Pameran 1 Asean 1 Jalinan anjuran Lembaga Muzium NegeriTerengganu diadakan bermula 15 Mac 2011 sehingga 30 Jun2011. Pameran yang diadakan di Foyer dan Galeri Tekstil inimempamerkan pelbagai koleksi tekstil dan busana tempatandan negara Asean seperti Indonesia, Filipina, Singapura, Laos,Kemboja, Thailand, Burma dan Vietnam sempena 3rd AseanTraditional Textiles Symposium yang dilangsungkan diTerengganu.

Pameran ini menjadi satu wadah menyalurkan ilmu danmaklumat berkaitan tekstil dan busana dengan mempamerkanbukan sahaja koleksi terpilih dari Muzium Negeri Terengganumalah turut mendapat sambutan dan sokongan artifak darimuzium dalam dan luar negara antaranya koleksi pakaianpengantin daripada 4 daerah Indonesia yang dipinjamkan olehMuzium Tekstil Jakarta, pakaian kepala dari Jabatan MuziumMalaysia, pakaian wanita dari serat pina oleh MuseumFoundation of Philippines sertabeberapa koleksi peribadi pencintatekstil daripada Vietnam dan juga KualaLumpur.

Majlis perasmian pameran telahdisempurnakan oleh Y. B. Dato' HajiMohamed bin Awang Tera, PengerusiJawatankuasa Pembangunan LuarBandar, Usahawan dan Koperasi NegeriTerengganu pada 15 Mac 2011 diDewan Mandalika dan diserikan denganperagaan 24 pasang pakaian muslimdan muslimah dengan kerjasamadaripada pihak TiDE (TerengganuInstitute of Design Excellent) dibawahpimpinan Y. Bhg. Profesor Sulaiman bin Abdul Ghani. Seiringanitu pelbagai aktiviti sampingan disajikan antaranya demonstrasi

ikat Pelangi, demonstrasi ikat Limar dan celup benangoleh Yayasan DiRaja Nur Zahirah, demonstrasimenelepuk dan bergerus oleh En. Ady Ezwan bin Nordindari Galeri Citra Warisan, demonstrasi membuat batikblok dari Yayasan DiRaja Sultan Mizan dan jualanproduk kraf Terengganu di bawah kelolaan YayasanPembangunan Usahawan Negeri Terengganu. Aktivitilain seperti pameran dan 'bazar' tekstil dari beberapaIPTA seluruh Malaysia dan negara Asean yang turutmengambil peluang menjual produk tekstil daripadanegara masing-masing serta memberi impak yangmendalam kepada pencinta tekstil, mereka dapatmelihat dengan lebih jelas dan dekat koleksi tekstil yangcantik dan unik dari beberapa buah negara Aseansekaligus dapat membelinya dengan harga yangberpatutan. Sepanjang Pameran 1 Asean 1 Jalinan iniberlangsung, beberapa program menarik dirancang bagi

Peragaan pakaian MelayuTradisional sebagai santapanmata Delegasi Asean yangdatang ke Muzium NegeriTerengganu

Pengarah Muzium, Tuan Haji Mohd. Yusof binAbdullah sedang beramah mesra Delegasi dari Filipina

En. Ady Ezwan bin Nordin, Pengarah Seni GaleriCitra Warisan, Puchong, Selangor sedangmengadakan demonstrasi bergerus danmenelepuk. Beliau adalah antara pewaris danpenggiat seni telepuk dan bergerus di Malaysia

Ucapan perasmian oleh Y.B.Dato' Haji Mohamed bin AwangTera

Pertunjukan fesyen muslim dan muslimahyangdipersembahkandengan kerjasamaTiDE (TerengganuInstitute of DesignExcellent)

01.LayOut.qxp 5/18/11 1:58 PM Page 6

Page 7: 02.Layout 1

7

Penyampaian sijil penghargaan kepada individuyang telah menghadiahkan koleksi peribadi merekakepada Muzium Negeri Terengganu

tujuan menarik pelbagai golongan untuk datang ke Muzium NegeriTerengganu seperti bengkel batik antara pengisiannya ialahmengecop batik menggunakan pelepah pisang, batang keladi danubi kentang. Pesertanya pelajar sekolah sekitar Kuala Terengganu,demonstrasi cara memakai / mengikat kain, bengkel mewarna motifbatik canting, demonstrasi menenun songket, demonstrasimembuat cop batik menggunakan blok tembaga dan jualan produkkraf seperti sutera, songket, batik dan sebagainya. Pameran 1Asean 1 Jalinan ini bukan sahaja memberi peluang kepada parapencinta seni tekstil dan para penyelidik untuk datang ke MuziumNegeri Terengganu malah ia juga sebagai inspirasi kepada perekamuda untuk menghayati dan memahami tekstil seterusnya dapatmenghasilkan sesuatu yang lebih menarik dalam penciptaan tekstil.

Pameran dan Bazar jualan tekstildaripada beberapa Negara Asean diFoyer Muzium Negeri Terengganu

Ucapan aluan oleh Y. Bhg. Tuan Haji Mohd Yusof bin Abdullah dan jugaProfesor Sulaiman Abdul Ghani selaku presiden Asean Traditional TextilesArt Community. Pada malam tersebut, tetamu yang hadir mencecahseramai 300 orang yang terdiri daripada Delegasi Negara Asean, pesertadan pencinta tekstil dari seluruh Negara, kakitangan Muzium NegeriTerengganu, pelajar dan pensyarah dari Uitm seluruh Malaysia

Pameran 1 Asean 1 Jalinan

Y.B. Dato' Haji Mohamed bin Awang Tera sedangmemotong riben sebagai tanda perasmian di Foyer,Muzium Negeri Terengganu sambil diperhatikanoleh Pengarah Muzium, Tuan Haji Mohd Yusof binAbdullah, CEO TiDE, Profesor Sulaiman AbdulGhani dan juga Penolong Pengarah Etnologi, PuanAlisa bt Abdul Wahab

SAMBUTAN LAWATAN DELEGASI ASEAN KE MUZIUM NEGERI TERENGGANU

01.LayOut.qxp 5/18/11 1:58 PM Page 7

Page 8: 02.Layout 1

8

PPAAMMEERRAANN

Muzium Negeri Terengganu seringkali menjadi destinasi tumpuan kunjungan Institusi Pengajian Tinggi dari dalamdan luar negeri bertujuan memahami nilai budaya dan masyarakat setempat serta menjadi tempat rujukan kepadapenyelidik-penyelidik. Pada 20 Januari 2011, Muzium Negeri Terengganu menerima satu lawatan sambil belajarseramai 30 orang pelajar pelbagai kaum dari Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu yang diketuai oleh Encik

Mohd Shukri bin Mat Yaakob. Taklimat mengenai Pengurusan Pameran Lukisantelah disampaikan oleh Encik Fairuz bin Karim @ Kassim, Ketua Bahagian

Pameran. Kunjungan ini juga bertujuan untuk melihat bagaimana MuziumNegeri Terengganu menguruskan Pameran Seni sekaligus menjaga karya-karya seni mereka. Muzium Negeri Terengganu menempatkan beberapakarya seni yang dihasilkan oleh artis-artis Malaysia dan juga karya anakjati Terengganu sendiri.

LAWATAN ILMIAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU

PAMERAN ARKEOLOGI DI PEJABAT EKO

PELANCONGAN DIPANGKALAN GAWI

Kerja-kerja menyiapkan Pameran Zaman Pra Sejarah Gua Bewah telahdijalankan oleh kakitangan Muzium Negeri Terengganu pada 29hb Mac2011 di Pangkalan Gawi terdiri daripada kakitangan Muzium NegeriTerengganu. Kerja-kerja tersebut diketuai oleh En. Azmi Kharuddin binAbu Bakar, Penolong Kurator Bahagian Pameran, En. Nora Azman binAhmad, En. Mohamad Zaidin bin Abd. Rahman, En. Abd Wahab bin Bulat,En. Razali bin Jusoh dan dibantu oleh 4 orang pelajar Universiti MalaysiaKelantan.

PAMERAN WORDS + PICTURES = BOOK

Pada tahun 2011 Muzium Negeri Terengganu sekali lagi menjadi pilihan GaleriPetronas untuk membantu menjayakan pameran mereka bertajuk PameranWords + Pictures = Book berlangsung pada 1 mac hingga 30 April 2011.

Muzium Negeri Terengganu menyediakan ruang untuk pameran di sampingmembantu dalam bidang peragaan pameran sertamenyediakan panel-panel khas bagi tujuan pamerantermasuk penataan cahaya khas.

Jalinan kerjasama yang baik besertakemahiran ketukangan yang ada, satu ruangpameran yang menarik dapat diwujudkan.Selain memberi keselesaan kepada pelawat,ruangan ini juga dapat menarik minat ramaikanak-kanak bagi menghasilkan karya senimereka.

01.LayOut.qxp 5/18/11 1:58 PM Page 8

Page 9: 02.Layout 1

9

PENYELIDIKAN TENUNAN SERAT DI FILIPINAAlisa Abd. Wahab

Penyelidikan tenunan serat dari tumbuhan telah dijalankan diFilipina pada 17 hingga 21 Januari 2011 dan diketuai olehPengarah Muzium Negeri Terengganu, Tuan Haji Mohd. Yusofbin Abdullah, dengan dibantu oleh CEO TiDE (TerengganuInstitute of Design Excellence) Prof. Sulaiman Abdul Ghani,Penolong Pengarah bahagian Etnologi, Puan Alisa binti AbdulWahab dan Pembantu Muzium Kanan bahagian Etnologi,

Puan Ramlah binti Latif.Filipina dipilih sebagai destinasi penyelidikan kerana

negara tersebut merupakan antara negara yang masihmenghasilkan tekstil dan produk harian berasaskan

tumbuh-tumbuhan khususnya pisang, abacadan nenas. Penyelidikan ini berjalan

dengan lancar dan mencapai objektifnya sertamendapat kerjasama dari beberapa pihak diFilipina antaranya Duta Malaysia di Filipina iaituDato' Ibrahim Saad, National Museum ofPhilippines, Museum Foundation of thePhilippines, Ayala Museum, Weaving Associationof Philippines, Natural Fibre Entrepreneur,Advisor of Textile Symposium dan juga PresidentWorld Craft Consul of Philippines. Penyelidikanini berjaya memperolehi bahan mentah iaitubenang dari serat nenas, produk tekstil yangterdiri dari pakaian dan selendang dari seratnenas dan abaca serta beberapa dokumentasiberkaitan tekstil di Filipina.

Lawatan dan perbincangan yangdiadakan semasa berada di Filipina

Lawatan ke National Museum of Philippines inidisambut oleh pengarahnya sendiri dan turutdibantu oleh Armeti C. Barbosa, Kurator IIbahagian Antropologi

TOKOH SUKAN NEGERIMuhammad Aisamuddin bin Embong

Penyelidikan Tokoh Sukan dijalankan oleh kakitangan MuziumDaerah bagi tujuan rekod dan dokumentasi bagi pengisi galeriMuzium Kemaman yang bakal dibuka tidak lama lagi. Tokoh Hokinegara, Chairil Anuar kelahiran Kg. Bukit Tok Bat, Hulu Terengganuditemubual bagi mendapatkan maklumat berhubung dengan latarbelakang penglibatan dan pencapaian beliau dalam dunia sukanyang diceburi.

Manakala responden berikutnya adalah Puan Rajimah iaitu balukepada Allahyarham Kamaruddin Maidin, seorang tokoh olahraganegeri Terengganu yang berjaya menempa nama dalam bidangolahraga sekitar tahun 1960an. Beliau merupakan anak Terengganupertama yang berjaya di pentas antarabangsa mewakili negara keSukan Olimpik di Rome pada tahun 1960.

PPEENNYYEELLIIDDIIKKAANN

01.LayOut.qxp 5/18/11 1:59 PM Page 9

Page 10: 02.Layout 1

10

PENYELIDIKAN DI LORONG JAMIL,KUALA TERENGGANU

Syed Nasharuddin bin Tuan Abdullah

Tahun 2011, bahagian sejarah telahmerancang beberapa penyelidikan mengenaisejarah kampung, masjid, batu bersurat danpenyelidikan peninggalan kitab-kitab lama Mat Kilau.Antara penyelidikan yang telah dilakukan baru-baruini ialah Sejarah Lorong Jamil, Kuala Terengganu.

Hasil penyelidikan bersama dengan ahli PersatuanSejarah Malaysia Cawangan Terengganu, berjayamemperolehi beberapa koleksi peribadi kitab danbuku-buku novel jawi lama kepunyaan Syed Alwi Al Kaff. Koleksi ini tersimpan baik di rumah Syed AlwiAl Kaff di kampung Lorong Jamil, Kuala Terengganu,seorang pengusaha terompah di Kuala Terengganusekitar tahun 1950an. Rumah tersebut kini didiamioleh cucunya Syarifah Mahiran bt Syed Abd Rahmandan Sharipah Nor Hidayat bt Syed Abd Rahman AlKaff yang juga pewaris beliau malah telahmenghadiahkan koleksi peribadi kitab dan buku-buku novel jawi lama kepunyaan Syed Alwi Al Kaff kepada pihak Muzium Negeri Terengganuseperti satu naskhah Tib ubat-ubatan dan 284 buahnovel yang dikarang oleh pengarang MelayuTerengganu dan luar Terengganu.

Suasana rumah-rumah dan jalan utama di pesekitaran

Lorong Jamil kini

Kakitangan penyelidikan Sejarah

sedang meneliti koleksiperibadi kitab

dan novel jawi lamakepunyaan Syed Alwi

Al Kaff

PENYELIDIKAN MAT KILAU, PAYANG KAYU HULU TERENGGANU

Laluan untuk masuk ke kampung yang dipercayai

Telaga Mat Kilau di kampung Payang Kayu,

Kuala Berang

Kesan Telaga yang dikatakan penah digunakanoleh Mat Kilau sepertimana yang di ceritakanresponden

01.LayOut.qxp 5/18/11 1:59 PM Page 10

Page 11: 02.Layout 1

11

PENYELIDIKAN KOLEKSI KITAB MAT KILAU

Pada tarikh 07.03.2011, satu penyelidikan telahdilakukan oleh bahagian sejarah berkaitan kitab agamapeninggalan Mat Kilau di Kg. Pak Bilis, Wakaf Tapai,Marang, Terengganu.

Kajian dibuat dengan menemuramah En. Sayuti binHarun atau lebih dikenali dengan panggilan Pak DaUlar yang juga salah seorang cucu Mat Kilau. Ketikatemubual dilakukan beliau telah menceritakan tentangsejarah hidup Mat Kilau ketika berundur dari Pahangkerana menentang campur tangan British di negeritersebut sehingga menjelajah ke beberapa buah negeritermasuk Siam. Sejumlah besar kitab lamapeninggalan Mat Kilau (Mat Siam) masih terdapatdalam simpanan Pak Da bertulisan Arab dan Jawi.Kesemuanya diserahkan untuk simpanan dandibaikpulih serta sebagai bahan rujukan pengkaji-pengkaji sejarah tempatan mahupun luar negeri.

PENYELIDIKANPERAHU KEPUNYAANSAIYED HUSSIN BINGHULAM AL BUKHARI

Penyelidikan mengenai perahu Saiyed Hussin bin Ghulam Al Bukhari,seorang ahli pedagang yang menemui Batu Bersurat PiagamTerengganu pada tahun 1902 di Surau Tok Abdul Rashid, KampungBuluh, Kuala Berang. Perahu yang dipercayai kepunyaan SaiyedHussin bin Ghulam Al Bukhari tersimpan di bawah rumah Syed Othmanbin Syed Kasim salah seorang waris Saiyed Hussin bin Ghulam AlBukhari. Menurut beliau, perahu tersebut pernah digunakan olehSaiyed Husein Ghulam Al Bukhari ketika berulang-alik dari KualaTerengganu ke Hulu Terengganu malah pernah digunakan semasamembawa Batu Bersurat Piagam Terengganu dari Kampung BuluhKuala Berang sebelum di persembahkan kepada Sultan ZainalAbidin II.

Pengumpulan data mengenaiperahu Saiyed Hussin binGhulam Al Bukhari sedangdilakukan oleh kakitanganBahagian Sejarah. Perahu iniberukuran 20 kaki 4 inci panjangdan lebar 4 kaki

Syed Othman sedangmenunjuk tapak asalrumah lama kepunyaanSaiyed Hussin bin GhulamAl Bukhari

01.LayOut.qxp 5/18/11 1:59 PM Page 11

Page 12: 02.Layout 1

12

Pertandingan ini diadakan pada 12Febuari 2011, bertempat di BilikGobel, LMNT. yang disertai oleh 40orang peserta lelaki dan 15 orang pesertawanita. Bagi kategori lelaki ianyadijalankan secara liga berkumpulan danpertandingan individu bagi peserta wanita.

Pertandingan Karom Tertutup KSKM

Tahun2011, Kelab Sukan

Dan Kebajikan melaluiBiro Sukan dan Rekreasi telahmerangka beberapa program

sukan untuk dilaksanakan. Antaraprogram sukan yang telah dijalankan

ialah pertandingan karom kategorilelaki dan wanita, sepak takraw dan

ping pong kategori lelaki. Program inimerupakan aktiviti yang dirancang

untuk mencari pemain berbakatdalam acara sukan untuk dibawa ke

pertandingan sukan di SambutanPerayaan Hari Muzium

Antarabangsa padatahun ini.

BBEERRIITTAA KKKKSSMM

SAIFOL NAHRAIN BIN HASHIM

Dan ROZIMAH BINTI MOHD RASHID

19 MAC 2011

Takraw Tertutup KSKM

Pada 26 Febuari 2011, KSKM telahmengadakan kejohanan Sepak Takrawtertutup bertempat di gelanggang takrawMuzium Negeri Terengganu. Pertandingansehari ini telah menarik minat hampir 50orang ahli yang mengambil bahagian.Pelbagai aksi menarik yang dipamerkanoleh para pemain.

Tahniah

MOHD HAFIS BIN CHE ABD. RAHMANDan NOR HAFIZA BINTI ZAMRI11 FEBRUARI 2011

01.LayOut.qxp 5/18/11 1:59 PM Page 12