03 Minit Mesyuarat Rbt

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/11/2019 03 Minit Mesyuarat Rbt

    1/9

    MINIT MESYUARAT PANITIA TMK PERTAMA TAHUN 2014

    Tarikh : 31 Disember 2013 (Selasa)

    Masa : 10.00 pagi

    Tempat : Makmal Komputer, SJK (C) Kg. Baru Petaling

    Kehadiran : En. Choo Kim Choy Penasihat

    En. Eu Hieng Mew Pengerusi / Setiausaha

    Pn. Sum Siew Foong AJK

    Pn. Evelyn Lee Yoong Hui AJK

    Pn. Yong Lee Kian AJK

    Cik Lim Swee Yee AJK

    Agenda Mesyuarat : 1. Ucapan Pengerusi

    2. Pengenalan Mata Pelajaran dan Panitia Baru

    3. PPPM (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia)

    4. MMI (Melindungi Masa Instruksional) dan MMP (Melindungi

    Masa Profesional)

    5. KSSR (Kurikulkum Standard Sekolah Rendah)

    6. PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) dan SPPBS (Sistem

    Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

    7. Guru Mata Pelajaran Tahun 2014

    8. Hal-hal Lain

    1. Ucapan Pengerusi

    1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran Guru Besar dan para guru kerana sudi

    menghadiri mesyuarat ini.

    1.2 Pengerusi berharap semua guru dapat mengambil bahagian secara aktif dalam

    perbincangan.

    Tindakan : Makluman

    2. Pengenalan Mata Pelajaran dan Panitia Baru

    2.1 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah satu bidang pembelajaran

    yang melibatkan pelbagai bidang khususnya sistem komputer dan komunikasi.

    TMK adalah teknologi yang digunakan khasnya dalam penggunaan komputer,

    peralatan komunikasi dan perisian aplikasi untuk memperoleh, memproses,

    menyimpan, menghantar, mendapatkan semula, menukar dan melindungi

    maklumat di mana saja dan bila-bila masa.

    2.2 Kurikulum TMK Tahap 1 digabungkan dalam kurikulum Dunia Sains dan

    Teknologi (DST). Guru DST akan dipertanggungjawab untuk mengajar

    kurikulum TMK Tahap 1.

  • 8/11/2019 03 Minit Mesyuarat Rbt

    2/9

    2.3 Kurikulum TMK Tahap 2 KSSR tidak digabungkan dalam mana-mana kurikulum.

    Namun demikian, kurikulum TMK akan berkongsi peruntukan masa dengan

    kurikulum Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).

    2.4 Kurikulum TMK Tahap 2 KBSR (ICTL) masih dilaksanakan seperti biasa, iaitu

    guru BC akan dipertanggungjawab untuk mengajar kurikulum TMK Tahap 2

    KBSR.2.5 Maklumat lanjut mengenai kurikulum TMK adalah seperti yang ditunjukkan

    dalam Lampiran 1.

    Tindakan : Makluman

    3. PPPM (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia)

    3.1 Objektif Pertama PPPM ialah memahami prestasi dan cabaran dengan

    tumpuan pada akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan mengoktimumkan

    kecekapan sisitem.

    3.2 Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap

    murid bagi 13 tahun akan datang.

    3.3 Menggariskan program transformasi sistem pendidikan.

    Tindakan : Semua Guru Panitia

    4. MMI (Melindungi Masa Instruksional) dan MMP (Melindungi Masa Profesional)

    4.1 Guru haruslah menggunakan masa pengajaran dan pembelajaran dengan

    sepenuhnya.

    4.2 Guru haruslah mempelbagaikan kaedah pengajaran yang sesuai dengan tahap

    murid supaya objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Dengan ini,

    profesional guru dapat ditunjuk.

    Tindakan : Semua Guru Panitia

    5. KSSR (Kurikulkum Standard Sekolah Rendah)

    5.1 Guru yang mengajar Tahun 4 haruslah menyediakan Rancangan Pengajaran

    Tahunan (RPT) berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

    (DSKP).

    Tindakan : Guru TMK Tahun 4

    6. PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) dan SPPBS (Sistem Pengurusan

    Pentaksiran Berasaskan Sekolah

    6.1 Guru DST Tahun 1 hingga Tahun 3 haruslah melaksanakan pentaksiran

    berdasarkan DSK dan DSKP masing-masing. Fail Showcase haruslah

    dikemaskini dari semasa ke semasa. Pelaporan dibuat secara atas talian

    (online) menerusi SPPBS.

  • 8/11/2019 03 Minit Mesyuarat Rbt

    3/9

    6.2 Guru TMK Tahun 4 haruslah melaksanakan pentaksiran berdasarkan DSKP

    TMK Tahun 4. Fail Murid dan Fail Showcase tidak wajib disediakan. Pelaporan

    dibuat secara luar talian (offline) menerusi perisian Microsoft Office Excel yang

    dibekalkan semasa Kursus Penyebaran KSSR TMK Tahun 4.

    6.3 Bagi Tahun 1, Program Transisi akan dijalankan selama tiga minggu sebelum

    proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) dilaksanakan.6.4 Penyelarasan terhadap penskoran murid dalam PBS adalah seperti berikut:

    Band / Tahap Penguasaan Jumlah Skor Diperoleh

    B1 hingga B3 /TP1 hingga TP3

    60%

    B4 dan B5 /TP4 dan TP5

    80%

    B6 /TP6

    100%

    6.5 SPPBS dijangka akan dibuka semula pada 1 April 2014. SU PBS akan

    memaklumkan dari semasa ke semasa.

    Tindakan : Makluman

    7. Guru Mata Pelajaran Tahun 2014

    7.1 DST Tahun 1 Pn. Yong Lee Kian

    DST Tahun 2 Pn. Evelyn Lee Yoong Hui

    DST Tahun 3 Cik Lim Swee Yee

    TMK Tahun 4 En. Eu Hieng Mew

    ICTL Tahun 5 Pn. Yong Lee Kian

    ICTL Tahun 6 Pn. Sum Siew Foong

    Tindakan : Makluman

    8. Hal-hal Lain

    8.1 Peruntukan PCG bagi Panitia TMK adalah sebanyak RM350.00. Peruntukan ini

    digunakan untuk pembelian BBB yang diperlukan oleh guru-guru panitia.

    8.2 Guru-guru panitia digalakkan untuk menggunakan Makmal Komputer semasa

    PdP dilaksanakan. Jadual Waktu Penggunaan Makmal Komputer akan

    disediakan oleh Ketua Panitia.8.3 Guru-guru panitia haruslah mengisi rekod tugas rasmi di luar sekolah yang

    disediakan oleh SU LDP.

    8.4 Keharmonian dan komunikasi antara guru-guru panitia amat penting untuk

    mewujudkan suasana kerja yang positif.

    Tindakan : Ketua Panitia dan Semua Guru Panitia

    Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi.

  • 8/11/2019 03 Minit Mesyuarat Rbt

    4/9

    Disediakan oleh, Disemak oleh,

    ____________________ ____________________

    En. Eu Hieng Mew En. Eu Hieng Mew

    Setiausaha Panitia TMK Ketua Panitia TMK

  • 8/11/2019 03 Minit Mesyuarat Rbt

    5/9

    SJKC( C ) CHUNG HUA LUKUT

    MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH

    KALI PERTAMA TAHUN 2014

    Tarikh : 31 Disember 2013 (Selasa)

    Masa : 10.00 pagi

    Tempat : Bilik Gerakan, SJK (C) Chung Hua,Lukut.

    Kehadiran : En.Wong Wan Min Penasihat

    Pn. Pow Chee Huey Pengerusi /Ketua Panitia

    Pn.Chong Poh Ming Setiausaha

    Pn. Lai Heen Chow AJK

    Cik Tan Sing Yew AJK

    Agenda Mesyuarat : 1. Ucapan Pengerusi

    2. Pengenalan Mata Pelajaran dan Panitia Baru

    3. PPPM (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia)

    4. MMI (Melindungi Masa Instruksional) dan MMP (Melindungi

    Masa Profesional)

    5. KSSR (Kurikukum Standard Sekolah Rendah)

    6. PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) dan SPPBS (Sistem

    Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

    7. Guru Mata Pelajaran Tahun 20148. Hal-hal Lain

    1. Ucapan Pengerusi

    1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran Guru Besar dan para guru kerana sudi

    menghadiri mesyuarat ini.

    1.2 Pengerusi berharap semua guru dapat mengambil bahagian secara aktif dalam

    perbincangan.

    Tindakan : Makluman

    2. Pengenalan Mata Pelajaran dan Panitia Baru

    2.1 Sejarah merupakan mata pelajaran baru di tahap sekolah rendah.

    2.2 Memperbaiki,meningkatkan kualiti serta keberkesanan proses pengajaran dan

    pembelajaran (PdP) sejarah .

    2.3 Berikhtiar dan berusaha untuk menguasai strategi pengajaran yang berinovatif

    2.4 Mendorong serta menggerakkan kecenderungan murid terhadap pembelajaran

    Sejarah.2.5 Mempertingkatkan tahap profesionalisme ahli panitia Sejarah dalam

    penguasaan DSKP serta kaedah-kaedah pembelajaran terkini.

  • 8/11/2019 03 Minit Mesyuarat Rbt

    6/9

    2.6 Menyemai nilai-nilai murni dan kemahiran pemikiran sejarah bagi melahirkan

    murid yang berfikiran kritis dan bersemangat patriotisme

    Tindakan : Makluman

    3. Tujuan Penubuhan Panitia Sejarah3.1 Mempunyai dokumen (fail) yang sistematik , lengkap serta mudah diakses.

    3.2 Mengadakan mesyuarat panitia 2 kali setahun.

    3.3 Mesyuarat yang diadakan berkesinambungan agenda yang terdahulu.

    3.4 Memperoleh DSKP yang terkini untuk kegunaan ahli-ahli panitia

    Tindakan : Makluman

    4. Pengurusan Panitia Sejarah

    4.1 Menyediakan RPT Sejarah yang mengambilkira takwim persekolahan.

    4.2 Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan

    tambahan untuk keperluan pembelajaran murid dan guru

    4.3 Merancang tambahan BBM (perisian)

    4.4 Berkerjasama dengan panitia Sejarah sekolah lain (projek kajian Sejarah)

    4.5 Merancang, melaksana, memantau dan menilai program atau aktiviti panitia

    serta tindakan susulan.

    4.6 Membimbing Persatuan Sejarah sekolah untuk merancang dan melaksanakan

    Program

    4.7 Mewujud dan memanafaatkan sudut mata pelajaran Sejarah di dalam dan diluar bilik darjah.

    Tindakan : Makluman

    5. PPPM (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia)

    5.1 Objektif Pertama PPPM ialah memahami prestasi dan cabaran dengan

    tumpuan pada akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan mengoktimumkan

    kecekapan sisitem.

    5.2 Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap

    murid bagi 13 tahun akan datang.

    5.3 Menggariskan program transformasi sistem pendidikan.

    Tindakan : Semua Guru Panitia

    6. MMI (Melindungi Masa Instruksional) dan MMP (Melindungi Masa Profesional)

    6.1 Guru haruslah menggunakan masa pengajaran dan pembelajaran dengan

    sepenuhnya.

    6.2 Guru haruslah mempelbagaikan kaedah pengajaran yang sesuai dengan tahap

    murid supaya objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Dengan ini,

    profesional guru dapat ditunjuk.

  • 8/11/2019 03 Minit Mesyuarat Rbt

    7/9

    Tindakan : Semua Guru Panitia

    7. KSSR (Kurikulkum Standard Sekolah Rendah)

    7.1 Guru yang mengajar Tahun 4 haruslah menyediakan Rancangan Pengajaran

    Tahunan (RPT) berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran(DSKP).

    Tindakan : Guru Sejarah Tahun 4

    8. PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) dan SPPBS (Sistem Pengurusan

    Pentaksiran Berasaskan Sekolah

    8.1 Guru Tahun 4 haruslah melaksanakan pentaksiran berdasarkan DSKP TMK

    Tahun 4. Fail Murid dan Fail Showcase tidak wajib disediakan. Pelaporan

    dibuat secara luar talian (offline) menerusi perisian Microsoft Office Excel yangdibekalkan semasa Kursus Penyebaran KSSR Sejarah Tahun 4.

    8.2 SPPBS dijangka akan dibuka semula pada 1 April 2014. SU PBS akan

    memaklumkan dari semasa ke semasa.

    Tindakan : Makluman

    9. Hal-hal Lain

    8.1 Guru-guru panitia haruslah mengisi rekod tugas rasmi di luar sekolah yang

    disediakan oleh SU LDP.

    8.2 Keharmonian dan komunikasi antara guru-guru panitia amat penting untuk

    mewujudkan suasana kerja yang positif.

    Tindakan : Ketua Panitia dan Semua Guru Panitia

    Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi.

    Disediakan oleh, Disemak oleh,

    ____________________ ____________________

    ( Pn.Chong Poh Ming ) ( Pn. Pow Chee Huey )

    Setiausaha Panitia Sejarah Ketua Panitia SejarahSJK( C) Chung Hua Lukut SJK( C) Chung Hua Lukut

  • 8/11/2019 03 Minit Mesyuarat Rbt

    8/9

    ORGANISASI PANITIA SEJARAH

    SJK ( C ) CHUNG HUA LUKUT

    TAHUN 2014

    GURU BESAR

    EN. WONG WAN MIN

    GPK 1

    CIK HOO CHIA YEE

    KETUA PANITIA

    PN. POW CHEE HUEY

    SETIAUSAHA

    PN. CHONG POH MING

    AJK AJK

    PN. LAI HEEN CHOW CIK TAN SING YEW

  • 8/11/2019 03 Minit Mesyuarat Rbt

    9/9

    PANITIA

    SEJARAH