08 Isi Pelajaran_8

Embed Size (px)

DESCRIPTION

SN

Citation preview

  • 5/27/2018 08 Isi Pelajaran_8

    1/10

    SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

    TAJUK 8 SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANSAINS I

    SINOPSIS

    Pengajaran dan pembelajaran sains yang berkesan melibatkan di antaranyapenggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran yang tersedia, yangdisediakan atau yang diubahsuaikan oleh guru sendiri. Dengan demikianpembelajaran oleh murid akan menjadi lebih konkrit dan eksplisit. Oleh yangdemikian, seorang guru sains perlu dapat menyediakan, mengubahsuaikan,mengulas dan memilih pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran untukdiguna pakai dalam interaksi di kelas dengan murid-muridnya. Tiga tajuk yangberikut dalam modul ini akan memperlengkapi pelajar dengan kemahiran danprinsip-prinsip yang berkaitan dengan penyediaan, pengubasuaian, pengulasan

    and pemilihan sumber pengajaran dan pembelajaran yang baik.

    Tajukpertama ini akan merangkumi bahan bantu mengajar di sekolah rendahyang sering digunakan oleh guru sains seperti model, carta, transparensi dannota edaran.

    HASIL PEMBELAJARAN

    1. Menerangkan cara menyediakan model, carta, transparensi dan notaedaran yang berkesan.

    2. Mengulas, menilai dan membuat pemilihan sumber pengajaran danpembelajaran yang berkesan.

    KERANGKA TAJUK-TAJUK

    SumberPengajarandanPemb

    eajaran ajah !.1"#erangkaTajuk-Tajuk !

    1$

    Tajuk !

  • 5/27/2018 08 Isi Pelajaran_8

    2/10

    SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

    ISI KANDUNGAN

    8!" Pr#$e$ Penggunaan Sumber Pengajaran Dan Pembeajaran

    Penggunaan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran adalah untukmembantu murid mengalami pengalaman pembelajaran yang lebih mengayakandan konkrit. Perkara abstrak yang susah untuk di%ahami dirapatkan jurangke%ahaman dengan menggunakan pelbagai bahan pengajaran danpembelajaran.

    &ahan-bahan pengajaran dan pembelajaran merangkumi bahan realia, bahansimulasi, bahan bukan projeksi, bahan projeksi pandang-dengar, bahan multi-media dan bahan sumber internet.

    &ahan-bahan tersebut digunakan sesuai dengan urutan berikut"

    1. Pre%&u Ba'an" Menilai kesesuaian bahan yang ingin digunakan dari segiisi kandungan , tahap ke%ahaman murid dan objekti% pelajaran.

    2. Pen(ed&aan ba'an" &ahan disediakan atau diubahsuaikan dengan tujuanpenggunaannya. 'uru menentukan urutan penggunaan bahan serta carapenggunaan oleh guru atau murid.

    ajah !.2" (liran Proses Penggunaan &ahan )umberPengajaran dan Pembelajaran

  • 5/27/2018 08 Isi Pelajaran_8

    3/10

    SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

    *. Pen(ed&aan $ua$ana" 'uru menentukan tempat yang sesuai untukpenggunaan bahan tersebut sama ada di kelas, di makmal sains, di bilikpandang-dengar atau di luar bilik darjah. Pemilihan tempat adalahbergantung kepada ketersediaan peralatan di lokasi atau kemudahalihanbahan + peralatan ke lokasi tersebut.

    . Pen(ed&aan mur&d" Murid disusun dalam kedudukan yang sesuai supayamereka dapat melihat bahan yang ditunjukkan, menggunakan bahansecara kumpulan atau indiidu secara selesa. 'uru boleh memberipengenalan umum kepada topik yang akan disentuh, rasional kesesuaianbahan dengan topik, pernyataan motiasi bagaimana bahan yangdigunakan boleh membantu ke%ahaman dan tumpuan aspek tertentu yangperlu diberikan untuk mendapat man%aat yang maksima daripadapengalaman pembelajaran melalui bahan sumber pengajaran danpembelajaran yang akan digunakan.

    . Pea)$anaan *engaaman *embeajaran dengan ba'an" &ahandisampaikan dengan guru sebagai penyampai atau %asilitator. /nteraksi

    dengan murid dalam bentuk soal-ja0ab dikendalikan untuk memantapkanke%ahaman berdasarkan bahan yang digunakan. (ktiiti susulan untukmenilai ke%ahaman murid dilaksanakan untuk memastikan pembelajaranyang berjaya telah dicapai.

    einich, Molenda, ussell, 3 )maldino, 14445

    Mem&)&r

    Di antara bahan simulasi model, carta, transparensi dan nota edaran5, yang

    mana yang anda selalu gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran6Mengapa6

    7777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777

    7777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777

    7777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777

    8!+ Ba'an S&mua$&

    &ahan realia adalah bahan dalam bentuk asalnya seperti bulb, bateri, 0ayar,tumbuhan dan binatang. &ahan simulasi pula adalah bahan yang seakan-akansama, menyerupai atau meniru bahan yang sebenar. &ahan-bahan jenis inisering terdapat di sekolah dan digunakan oleh guru-guru untuk mengendalikanpengajaran dan pembelajaran yang banyak melibatkan deria pandang.

  • 5/27/2018 08 Isi Pelajaran_8

    4/10

    SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

    Di antara bahan simulasi yang biasa digunakan di sekolah ialah"

    Model

    8arta

    Transparensi

    9ota edaran

    8!+!" M#de

    Model adalah per0akilan tiga-dimensi bahan realia. )ebuah model boleh lebihbesar, lebih kecil atau sama sai: dengan bahan realia. /a boleh diperbuatdaripada pelbagai jenis bahan seperti kertas, kayu, tanah liat, plastik, logam,kaca, plastisin atau polistirena.

    Terdapat tiga jenis modelPoh, 144!5"

    1. M#de *e*eja ; Model pepejal biasanya dibina untuk membesarkan

    realia yang terlalu kecil serangga kecil seperti semut5 atau yang terlalubesar contoh glob untuk me0akli bumi5. Dengan menggunakan modelpepejal maka murid dapat memerhatikan ciri-ciri %i:ikal relia dengan lebihbaik dan terperinci.

    ajah !.* ; 8ontoh 'lob )ebagai Model Pepejal

    2. M#de )era,an;Model keratan adalah model yang menunjukkan bahagiandi dalam sesuatu realia yang dipotong. Dengan cara ini, struktur dalamanrealia itu dapat ditunjukkan dari sudut pandangan keratannya.

    ajah !. ; 8ontoh #eratan entas #epada Manusia

    me0akili

    'lob&umi

  • 5/27/2018 08 Isi Pelajaran_8

    5/10

    SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

    *. Model pergerakan ; Model pergerakan menunjukkan bagaimana sesuatusistem ber%ungsi atau beroperasi. Model pergerakan yang baik akanmenunjukkan bagaimana bahagian-bahagian dalam suatu realia terkaituntuk ber%ungsi.

    La,&'an

    &erikan dua lagi contoh sains untuk setiap jenis model di ba0ah"

    i Model pepejal

    7777777777777777777777777777777777777777777777777777777777

    7777777777777777777777777777777777777777777777777777777777

    ii Model keratan

    7777777777777777777777777777777777777777777777777777777777

    7777777777777777777777777777777777777777777777777777777777

    iii Model pergerakan

    7777777777777777777777777777777777777777777777777777777777

    7777777777777777777777777777777777777777777777777777777777

    ajah !. 8ontoh Model'erakanModel #ancir (ngin

  • 5/27/2018 08 Isi Pelajaran_8

    6/10

    SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

    8!+!+ ar,a

    8arta adalah satu jenis bahan isual yang tidak diprojeksikan. /a boleh

    mengambil bentuk yang berikut" 'ambar lukisan

    Poster

    'ra%

    8arta adalah per0akilan isual untuk perhubungan abstrak dari segi kronologi,kuantiti atau hierarki einich, Molenda, ussell, 3 )maldino, 14445. 8artabiasanya digunakan untuk =menghuraikan aliran sesuatu proses atauperhubungan bahagian keseluruhan bagi sesuatu perkara secara gra%ik= Poh,144!5. /a boleh juga digunakan untuk memaparkan organisasi atau pengelasan.

    Oleh kerana carta tidak ditayangkan maka unsur-unsur isual gra%ik yang baikperlu dipertimbangkan seperti berikut"

    ?ukisan perlu jelas, cukup besar dan ber0arna untuk memaparkan objek

    atau susun atur elemen yang kemas serta menarik.

    @enis dan sai: huru% dalam carta harus cukup besar, mudah dibaca dan

    berbe:a dengan latar belakangnya.

    8arta jangan terlalu padat atau berkecelaru. Mesej mesti jelas

    disampaikan.

    8arta abitat utan8arta 8ara Penyebaran&iji &enih

    (PanitiaSains SK Hashim Awang)

  • 5/27/2018 08 Isi Pelajaran_8

    7/10

    SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

    La(ar& In,erne,

    ?ayari internet untuk mencari dan memuat turun pelbagai jenis contoh cartasains sekolah rendah.

    ................................................................

    ................................................................

    8!+!/ Tran$*aren$&

    Transparensi merupakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang ditayangkan

    bersama dengan projektor oerhed Overhead Projector, OP5.

    Transparensi adalah lapisan plastik lutsinar yang mana tulisan atau lukisan bolehdicetak atau dilukis. (pabila ditayangkan ia akan dipaparkan pada skrin atau

    dinding supaya boleh dilihat oleh semua murid di dalam kelas.

    #elebihan penggunaan transparensi dan OP ialah"

    /a senang digunakan dan dioperasikan

    /a bersih

    /a tidak memerlukan bilik yang sangat gelap

    &oleh disimpan dan diguna semula

    Pengajaran boleh dibuat di depan kelas dengan menghadap murid

    )enang dimanipulasikan. &oleh ditunjukkan item yang penting, boleh

    di=highlight= perkara yang penting dengan pen transparensi, menutup

    bahagian yang tidak perlu dan dedahkan sebahagian sahaja yang diberitumpuan dan didedahkan secara beransur-ansur. )elain itu, pentransparensi dak0at tidak kekal boleh digunakan untuk melukis, membulatdan menulis di atas transparensi.

    ajah yang kompleks boleh didedahkan secara berlapis-lapis dan

    berkembang. Antuk tujuan ini, satu bingkai digunakan supaya %ilemtransparensi boleh dilekat secara berlapis-lapis dan bertindih mengikuturutan pendedahan.

    OP

  • 5/27/2018 08 Isi Pelajaran_8

    8/10

    SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

    Transparensi yang dihasilkan secara komersial boleh dibeli.

    Transparensi buatan sendiri boleh diguubah mengikut keperluan sendiri.

    Transparensi boleh di%otostat terus dengan menggunakan gambar yang

    jelas.

    Transparensi yang ber0arna juga boleh disediakan secara manual atau

    dengan menggunakan mesi %otostat.

    Baktor yang perlu dipertimbangka semasa menyediakan transparensi ialah" Tulisan mesti jelas dan cukup besar.

    @angan dimuatkan terlalu banyak perkataan dalam satu tranparensi.

    Pakai satu transparensi untuk satu rajah.

    La,&'an

    )ediakan satu transparensi berlapis berkaitan dengan satu tajuk sains sekolahrendah.

    8!+!0 N#,a Edaran

    9ota edaran sains diperbanyakkan oleh guru dan diedarkan kepada murid-murid.9ota edaran yang penting sahaja perlu disediakan untuk murid.

    Antuk menggalakkan dan mengekalkan tumpuan murid-murid semasa sesipengajaran dan pembelajaran, nota yang mengandungi tempat kosong untukdiisi boleh disediakan. Murid perlu mengikut pengajaran dengan teliti danmenulis ja0apan di tempat kosong yang betul.

    Murid juga boleh digalakkan untuk membaca dan =highlight= atau gariskan %akta-%aktC yang penting dalam nota edaran supaya man%aat yang maksima olehdiperolehi oleh mereka.

    umusan dalam bentuk peta konsep, peta minda, jadual atau rajah boleh dimintaoleh guru untuk murid-murid memproses maklumat yang terkandung dalam notaedaran.

    )usunan OP dan skrin yang betuldi kelas

  • 5/27/2018 08 Isi Pelajaran_8

    9/10

    SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

  • 5/27/2018 08 Isi Pelajaran_8

    10/10

    SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

    Ruju)an1

    einich, ., Molenda, M., ussell, @., 3 )maldino, ). 14445. Instructional Mediaand Technologies for Learning.9e0 @ersey" Prentice-all, /nc.

    Panitia Sains SK Hashim Awang. n.d.5. etrieed Ogos !, 2$12, %romhttp"++panitiasainsskha.blogspot.com+2$12+$1+penyebaran-biji-benih.html

    Poh )0ee iang. 144!5. Pedagogi Sains ! Pengurusan Ma"mal # Sum$erSains.#uala ?umpur" #umpulan &udiman )dn. &hd.

    http://panitiasainsskha.blogspot.com/2012/01/penyebaran-biji-benih.htmlhttp://panitiasainsskha.blogspot.com/2012/01/penyebaran-biji-benih.html