08(a) Isi Pelajaran_ Interaksi 3_8

  • Upload
    kai-qi

  • View
    242

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Isi Pelajaran

Citation preview

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

TAJUK 8BUMI: BATUAN DAN GALIAN, PLAT TEKTONIK

8.1Sinopsis

Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui batuan dan galian serta plat tektonik.

8.2 Hasil PembelajaranPada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. Menyatakan perbezaan antara batuan dan garam galian (mineral)ii. Menerangkan tentang kitaran batu iii. Mengidentifikasikan jenis batu berdasarkan ciri-cirinya iv. Menerangkan Teori Plat

8.3

8.3.1Batuan dan Galian: Perbezaan mineral dan batuanMineral ialah pepejal inorganik yang wujud secara semula jadi, dan mempunyai kandungan kimia serta struktur hablur (kristal) yang tetap. Manakala batuan terdiri dari sisa-sisa organik dan gabungan satu atau lebih mineral (inorganik). Beberapa batuan yang sebahagian besar terdiri daripada hanya satu mineral. Misalnya, batu gamping merupakan batuan sedimen terdiri hampir seluruhnya dari mineral kalsit.Mineral-mineral yang terkandung di dalam sesuatu batuan amat berbeza. Sesetengah mineral, seperti kuarza, mika, atau feldspar adalah mineral yang umum, manakala yang lain hanya boleh didapati di satu atau dua lokasi di seluruh dunia. Mineral dan batuan yang bernilai dari segi komersil dirujuk sebagai mineral industri.

8.3.1.2Kitaran BatuKitaran batuan merupakan konsep fundamental dalam geologi yang menggambarkan peralihan dinamik melalui masa geologi. Sebuah batuan beku boleh pecah dan larut bila terdedah kepada atmosfera atau boleh cair di bawah benua kerana tekanan yang amat kuat. Kekuatan pendorong dari kitaran batuan, plat tektonik dan kitaran air menyebabkan batuan tidak tetap dalam keseimbangan dan dipaksa untuk berubah ketika mereka menghadapi persekitaran baru.

Diagram kitaran batu di kiri menggambarkan, masing-masing jenis batuan diubah atau dihancurkan ketika dipaksa keluar dari keadaan keseimbangannya.1 = magma; 2 = crystallization (freezing of rock); 3 = igneous rocks; 4 = erosion; 5 = sedimentation; 6 = sediments & sedimentary rocks; 7 = tectonic burial & metamorphism; 8 = metamorphic rocks; 9 = melting.

sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Rock_cycle

8.3.1.3Jenis Batuan Dan Ciri-Cirinya

Batu adalah sejenis bahan yang terdiri daripada mineral dan dikelaskan menurut komposisi mineral. Pengkelasan ini dibuat dengan berdasarkan kandungan mineral iaitu jenis-jenis mineral yang terdapat di dalam batuan ini. tekstur batuan, iaitu saiz dan bentuk hablur-hablur mineral di dalam batuan; struktur batuan, iaitu susunan hablur mineral di dalam batuan. Batu batan secara umum biasanya dikelaskan menurut proses yang membentuknya. Tiga pengkelasan utama menurut proses pembentukkan adalah seperti berikut: 1. Batu igneus adalah batuan yang terbentuk akibat pembekuan magma. 2. Batuan enapan adalah terbentuk dari enapan melitupi 75% daripada tanah daratan Bumi. Jenis batuan enapan ialah batu kapur, batu pasir dan syal. Batu enapan dikelaskan menurut sumber enapan seperti berikut: batu klastik terbentuk dari serpihan yang pecah dari batu asal, melalui luluhawa atau hakisan oleh air atau angin, diikuti oleh hanyutan mendapan. aktiviti biogenik mendakan dari sebatian. Mendakan ini kemudiannya mengeras dan bertukar menjadi batu melalui proses pembatuan.3. Batuan metamorfosis adalah sejenis batu yang mengalami proses metamorfisme. Ini disebabkan oleh kewujudan tekanan dan suhu yang tinggi yang dialami oleh batu tersebut. Contoh-contoh batu metamorfosis ialah seperti gneisses, slates, phyllites, schist, marmar dan quartzit.Nama batu berdasarkan saiz. Batu kelikir - Merujuk kepada batu bersaiz kecil yang dipecahkan, biasanya granit untuk membuat jalan raya. Anak batu - Merujuk kepada batu bersaiz kecil secara semulajadi. Bongkah batu - Batu yang bersaiz besar biasanya melebihi bola hoki.

Sila layari laman web berikut untuk mendapatkan maklumat tentangjenis batu dan ciri-cirinyahttp://sciencenetlinks.com/old.site/ebook/rocks2/rock_index.html Bahan Bacaan

8.3.2Teori Plat Tektonik

Pertembungan dua plat tektonik boleh menghasilkan gunung berapi. Pada planet yang separa-cecair, seperti Bumi, permukaan bumi terapung di atas lapisan dalam yang cair. Kerak sepertinya sering terbahagi kepada kepingan yang dikenali sebagai plat tektonik yang disebabkan oleh pergerakkan magma cair di bawahnya, mampu bergerak. Ini merupakan fenomena teori hanyutan benua. Selain itu pertembungan di antara dua plat tektonik mampu menghasilkan gunung berapi.

Daratan dan juga dasar lautan akan secara perlahan-lahan dibawa ke arah kedudukan baru apabila plat beralih. Sempadan plat ditandakan melalui lingkaran gempa bumi dan rangkaian gunung berapi. Layari InternetSila layari laman internet ini untuk membelajari lebih lanjut tentang jenis plat tektonik dan sejarah pembentukkanhttp://abyss.uoregon.edu/~js/glossary/plate_tectonics.html

Selesai bahagian ini. Rehatlah dulu.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rujukan

http://sciencenetlinks.com

http://geology.com/http://abyss.uoregon.edu/

90