16
Buletin Buletin KSM 2/2017

1 Buletin - mohr.gov.my · negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Antara kegunaan utama NWI adalah: • panduan bagi merangka struktur gaji, tahap gaji bagi pekerjaan tertentu

  • Upload
    lamdiep

  • View
    213

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 1 Buletin - mohr.gov.my · negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Antara kegunaan utama NWI adalah: • panduan bagi merangka struktur gaji, tahap gaji bagi pekerjaan tertentu

1

Buletin

Buletin KSM 2/2017

Page 2: 1 Buletin - mohr.gov.my · negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Antara kegunaan utama NWI adalah: • panduan bagi merangka struktur gaji, tahap gaji bagi pekerjaan tertentu

Tinta KSUAssalamualaikum wbt.

Salam sejahtera dan salam Negaraku Malaysia kepada semua pembaca Buletin KSM.

Kementerian Sumber Manusia (KSM) merupakan peneraju utama pembangunan dan pengurusan sumber manusia bertaraf dunia. Sehubungan itu KSM menumpukan bidang pembelajaran berupa latihan kemahiran yang bersesuaian dengan keadaan semasa bagi memenuhi permintaan di sektor kemahiran. Pelajar berkemahiran yang dilatih di institusi latihan kemahiran akan dapat memenuhi permintaan pekerjaan seterusnya dapat meningkatkan keupayaan mereka dalam mencapai wawasan sebuah negara maju. Saya amat berharap agar semua yang terlibat dalam sektor kemahiran membantu bagi meningkatkan keupayaan ke arah menuju negara maju menjelang tahun 2020.

Sekian, terima kasih.

B U L E T I NKementerian Sumber Manusia

2

DATO’ SRI ADENAN AB RAHMANKETUA SETIAUSAHA

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

PENASIHATDATO’ SRI ADENAN AB RAHMAN

KETUA PENGARANGIZZAD ZALMAN BIN ABDUL KADER

TIMBALAN KETUA PENGARANGAHMAD ASRI ZAKARIA

PENGARANG/PENYELARASSYAZANA IZHAM

JURUFOTOMOHD AZALI SYAM ARIFFIN

PENGEDARANLALY HAIZAN BAHARI

3 National Robot Challenge & Teknologi Automobil di Karnival Skills Malaysia Zon Tengah

4-5Pelantikan Anggota Majlis Perundingan Gaji Negara Bagi Tempoh 2017- 2020

Majlis Konvokesyen Ke-22 - 2017Institut Latihan Perindustrian

Karnival Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Sektor Pertanian 2017

10-11

14-15

12-13Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)

Teknologi Automobil di Karnival Skills Malaysia Zon Tengah

NATIONALROBOT CHALLENGE

Dalam mengarusperdanakan latihan kemahiran bagi mencapai sekurang-kurangnya 35 peratus tenaga mahir negara, pelbagai aktiviti dilaksanakan bagi menjayakan hasrat tersebut, antaranya ialah pertandingan National Robot Challenge dan Teknologi Automobil di Karnival Skills Malaysia Zon Tengah yang berlangsung di CIAST Shah Alam.

National Robot Challenge yang diadakan sempena Karnival Skills Malaysia Zon Tengah 2017 melibatkan tiga kategori utama iaitu Autonomous Robot Bumi Hijau, Autonomous Sumo Robot dan Roborumblez. Sebanyak 62 pasukan bertanding kali ini yang melibatkan seramai 200 peserta daripada 29 agensi awam dan swasta. Majlis Belia Malaysia telah sudi menyumbangkan hadiah pada pertandingan kali ini.

Manakala pertandingan akhir Teknologi Automobil Proton pula tidak kurang hebatnya. Ianya menarik minat hampir 400 penyertaan yang terdiri daripada belia-belia pelbagai agensi. Proton juga telah menjadi penyumbang kepada penajaan pertandingan serta berkongsi kepakaran dalam pertandingan ini.

3

B U L E T I NKementerian Sumber Manusia

3

Page 3: 1 Buletin - mohr.gov.my · negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Antara kegunaan utama NWI adalah: • panduan bagi merangka struktur gaji, tahap gaji bagi pekerjaan tertentu

Teknologi Automobil di Karnival Skills Malaysia Zon Tengah

NATIONALROBOT CHALLENGE

Dalam mengarusperdanakan latihan kemahiran bagi mencapai sekurang-kurangnya 35 peratus tenaga mahir negara, pelbagai aktiviti dilaksanakan bagi menjayakan hasrat tersebut, antaranya ialah pertandingan National Robot Challenge dan Teknologi Automobil di Karnival Skills Malaysia Zon Tengah yang berlangsung di CIAST Shah Alam.

National Robot Challenge yang diadakan sempena Karnival Skills Malaysia Zon Tengah 2017 melibatkan tiga kategori utama iaitu Autonomous Robot Bumi Hijau, Autonomous Sumo Robot dan Roborumblez. Sebanyak 62 pasukan bertanding kali ini yang melibatkan seramai 200 peserta daripada 29 agensi awam dan swasta. Majlis Belia Malaysia telah sudi menyumbangkan hadiah pada pertandingan kali ini.

Manakala pertandingan akhir Teknologi Automobil Proton pula tidak kurang hebatnya. Ianya menarik minat hampir 400 penyertaan yang terdiri daripada belia-belia pelbagai agensi. Proton juga telah menjadi penyumbang kepada penajaan pertandingan serta berkongsi kepakaran dalam pertandingan ini.

3

B U L E T I NKementerian Sumber Manusia

3

Page 4: 1 Buletin - mohr.gov.my · negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Antara kegunaan utama NWI adalah: • panduan bagi merangka struktur gaji, tahap gaji bagi pekerjaan tertentu

Putrajaya, 12 Oktober – Seramai 25 anggota Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) telah dilantik bagi tempoh 2017 hingga 2020. Pelantikan yang telah disempurnakan YB Dato’ Sri (Dr) Richard Riot Anak Jaem, Menteri Sumber Manusia, terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, 5 orang anggota mewakili kerajaan, 6 orang anggota mewakili pekerja, 6 orang anggota mewakili majikan dan 5 orang anggota mewakili anggota lain.

Pelantikan anggota baharu MPGN ini adalah berkuat kuasa bagi tempoh 3 tahun iaitu mulai 1 Oktober 2017 hingga 30 September 2020 selaras dengan sub seksyen 5(1) Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732) yang memberi kuasa kepada Menteri Sumber Manusia melantik anggota MPGN. Anggota-anggota MPGN yang dilantik ini diharap dapat memainkan peranan berkesan dalam menasihati Kerajaan dalam hal berkaitan gaji dan gaji minimum, selain berperanan mengkaji semula Perintah Gaji Minimum 2016 dan membuat syor kepada Kerajaan berhubung gaji minimum baharu.

PELANTIKAN ANGGOTA MAJLIS PERUNDINGAN GAJI NEGARA

BAGI TEMPOH 2017- 2020

4

B U L E T I NKementerian Sumber Manusia

4

Page 5: 1 Buletin - mohr.gov.my · negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Antara kegunaan utama NWI adalah: • panduan bagi merangka struktur gaji, tahap gaji bagi pekerjaan tertentu

Dalam melaksanakan kajian semula Perintah Gaji Minimum 2016, Kementerian Sumber Manusia telah mewujudkan satu platform konsultasi dengan orang awam secara atas talian iaitu MyMPGN idea yang boleh diakses melalui portal Gaji Minimum di alamat http://minimumwages.mohr.gov.my. Kementerian berharap orang awam dapat memberikan pandangan dan maklum balas yang boleh digunakan sebagai input dalam proses kajian semula ini sebelum 31 Disember 2017.Sesi perbincangan dan konsultansi dengan pemegang taruh (stakeholders) akan turut dilaksanakan dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada proses Kajian Semula Perintah Gaji Minimum 2016. Penglibatan majikan, pekerja, kesatuan sekerja, persatuan dan organisasi amatlah diharapkan supaya kajian semula ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dengan mengambilkira maklumat dan pandangan serta maklumat daripada semua pihak terlibat.

Dalam perkembangan lain, setakat Jun 2017, data penguatkuasaan gaji minimum berdasarkan pemeriksaan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dimana daripada 142,151 pemeriksaan berkanun yang telah dibuat, sebanyak 98% majikan didapati telah mematuhi Perintah Gaji Minimum. Selain itu, bilangan aduan dan tuntutan kes buruh di Jabatan Tenaga Kerja juga telah berkurangan pada tahun 2017 berbanding pada mula kita melaksanakan dasar ini pada tahun 2013. Ini adalah suatu petanda yang baik.

Dasar gaji minimum adalah satu dasar yang penting dalam membantu negara mencapai hasrat menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Selain itu, dasar ini juga menjadi dasar intervensi yang amat penting bagi meningkatkan pendapatan untuk golongan pekerja terutamanya golongan B40.

YB Menteri Sumber Manusia turut merakamkan penghargaan kepada anggota-anggota MPGN sebelum ini yang telah memberi sumbangan dalam memastikan kejayaan MPGN melaksanakan fungsi-fungsinya termasuk membuat kajian dan syor kepada Kerajaan sebelum pewartaan Perintah Gaji Minimum 2016. Sehubungan dengan itu, pelantikan anggota MPGN yang baharu ini adalah sangat penting bagi memastikan kesinambungan pelaksanaan dasar gaji minimum ini.

B U L E T I NKementerian Sumber Manusia

5

Page 6: 1 Buletin - mohr.gov.my · negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Antara kegunaan utama NWI adalah: • panduan bagi merangka struktur gaji, tahap gaji bagi pekerjaan tertentu

PELAKSANAAN KAJIAN DAN PENGUMPULAN DATA KAJI SELIDIK INDEKS GAJI KEBANGSAAN (NWI) SUKU TAHUNAN 2017

Kementerian Sumber Manusia (KSM) dengan kerjasama Institut Maklumat dan Analisis Pasaran

Buruh (ILMIA) pada tahun 2016 telah memulakan projek pembangunan Indeks Gaji Kebangsaan (NWI), iaitu

satu inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Ke-11. Indeks Gaji Kebangsaan (NWI) ini mengukur perubahan gaji dan upah dalam

pasaran buruh Malaysia. Ia menggunakan konsep yang sama dengan indeks harga pengguna (CPI) yang mengukur harga barangan dan perkhidmatan

dalam ekonomi negara.

B U L E T I NKementerian Sumber Manusia

6

Page 7: 1 Buletin - mohr.gov.my · negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Antara kegunaan utama NWI adalah: • panduan bagi merangka struktur gaji, tahap gaji bagi pekerjaan tertentu

PELAKSANAAN KAJIAN DAN PENGUMPULAN DATA KAJI SELIDIK INDEKS GAJI KEBANGSAAN (NWI) SUKU TAHUNAN 2017

Kementerian Sumber Manusia (KSM) dengan kerjasama Institut Maklumat dan Analisis Pasaran

Buruh (ILMIA) pada tahun 2016 telah memulakan projek pembangunan Indeks Gaji Kebangsaan (NWI), iaitu

satu inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Ke-11. Indeks Gaji Kebangsaan (NWI) ini mengukur perubahan gaji dan upah dalam

pasaran buruh Malaysia. Ia menggunakan konsep yang sama dengan indeks harga pengguna (CPI) yang mengukur harga barangan dan perkhidmatan

dalam ekonomi negara.

B U L E T I NKementerian Sumber Manusia

6 B U L E T I NKementerian Sumber Manusia

7

Berikutan kejayaan pelancaran Kaji Selidik NWI pada tahun 2016, KSM ingin memohon kerjasama sektor swasta dan awam untuk menyertai Kaji Selidik NWI Suku Tahunan 2017 yang akan bermula pada September 2017. Matlamat projek NWI adalah untuk menjana dan menyediakan maklumat kukuh berkenaan pergerakan gaji dan upah serta pekerjaan untuk perancangan perniagaan dan ekonomi, selaras dengan hasrat Malaysia untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Antara kegunaan utama NWI adalah:

• panduan bagi merangka struktur gaji, tahap gaji bagi pekerjaan tertentu dan pelarasan gaji serta sebagai input kepada dasar-dasar sumber manusia negara;

• sebagai penanda aras bagi nilai pasaran gaji dan upah serta trend kenaikan gaji sepanjang kerjaya untuk pekerja; dan

• pemantauan perubahan gaji dalam ekonomi, di mana sebagai input untuk penetapan gaji dan semakan penetapan gaji minimum.

Kaji selidik NWI yang dijalankan setiap suku tahunan akan mengumpul maklumat gaji dan upah daripada panel syarikat dan pekerja sepenuh masa, dan memantau perubahannya dari semasa ke semasa. Kira-kira 3,000 syarikat sektor swasta telah dipilih secara rawak daripada Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Kaji selidik ini meliputi semua sektor ekonomi iaitu daripada sektor perladangan, perlombongan dan pengkuarian, pembinaan, pembuatan dan juga perkhidmatan; serta merangkumi semua peringkat penjawatan dengan fokus kepada 169 jenis pekerjaan terpilih di Malaysia yang bakal membentuk indeks mewakili pekerjaan-pekerjaan utama di Malaysia.

Kaji Selidik NWI Suku Tahunan 2017 adalah bagi bulan Mac, Jun, September dan Disember 2017. Penemuduga yang dilantik oleh KSM akan menghubungi majikan yang terpilih untuk mengumpul maklumat mengenai gaji dan upah pekerja sepenuh masa.

Majikan boleh melengkapkan kaji selidik secara atas talian (online), melalui temu bual telefon atau temu bual bersemuka. Semua majikan terpilih termasuk GLC perlu memberi kerjasama untuk menyediakan data gaji dan upah seperti yang dikehendaki borang kaji selidik.

Semua data yang dikumpul untuk kaji selidik NWI ini hanya akan digunakan untuk tujuan statistik mengikut peruntukan undang-undang di bawah Akta Maklumat Pekerjaan 1953 dan data yang dikutip adalah sulit dan dihadkan untuk kegunaan rasmi sahaja. Majikan yang gagal memberikan kerjasama boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Maklumat mengenai kaji selidik NWI boleh dilayari di wageindex.mohr.gov.my. Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, sila hubungi Pejabat Kaji Selidik NWI di talian 03-7803 6066 atau melalui emel: [email protected] atau [email protected] atau hubungi mana-mana pegawai berikut:

(i) En. Baharuddin bin Mamat, telefon: 03-8318 2407, emel: [email protected]

(ii) Dr. Sivanes Pari a/p Ramiah, telefon: 03-8318 2429, emel: [email protected]

B U L E T I NKementerian Sumber Manusia

7

Page 8: 1 Buletin - mohr.gov.my · negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Antara kegunaan utama NWI adalah: • panduan bagi merangka struktur gaji, tahap gaji bagi pekerjaan tertentu

B U L E T I NKementerian Sumber Manusia

8

Majlis KonvokesyenInstitut Latihan Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia (Sarawak)

Page 9: 1 Buletin - mohr.gov.my · negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Antara kegunaan utama NWI adalah: • panduan bagi merangka struktur gaji, tahap gaji bagi pekerjaan tertentu

B U L E T I NKementerian Sumber Manusia

8

Majlis KonvokesyenInstitut Latihan Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia (Sarawak)

B U L E T I NKementerian Sumber Manusia

9

Majlis KonvokesyenInstitut Latihan Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia (Sarawak)

Page 10: 1 Buletin - mohr.gov.my · negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Antara kegunaan utama NWI adalah: • panduan bagi merangka struktur gaji, tahap gaji bagi pekerjaan tertentu

B U L E T I NKementerian Sumber Manusia

10

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada keseluruhan 10,917 orang graduan Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) yang telah berjaya menamatkan pengajian dan dianugerahkan Sijil, Diploma dan Diploma Lanjutan pada hari yang bersejarah ini. Saya berasa amat berbangga dan gembira dapat bersama dengan sebahagian daripada graduan yang diraikan pada majlis pagi ini, kata YB Menteri Sumber Manusia, Dato’Sri (Dr) Richard Riot Jaem yang mana ucapannya telah disampaikan oleh YB Timbalan Menteri Sumber Manusia yang turut menyampaikan Sijil, serta Diploma kepada graduan ILJTM di Kuala Lumpur. Turut hadir di majlis tersebut adalah Dato’ Sri Adenan Bin Ab. Rahman, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia dan Dr Mary Wong Lai Lin, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia. Kejayaan para graduan menamatkan latihan di ILJTM merupakan satu titik tolak di dalam menyiapkan diri sebelum menceburi alam pekerjaan. Apa yang diharapkan, segala ilmu dan kemahiran yang diterokai dan diperolehi sepanjang menjalani latihan mampu menjadi batu asas yang kukuh kepada para graduan untuk menjadi komuniti pekerja yang berdedikasi dan berkomitmen tinggi serta berdaya saing dalam menyumbang ke arah pembangunan ekonomi negara.

Dato’Sri (Dr) Richard berkata, Negara maju seperti Jerman memiliki 82 peratus pekerja mahir dan Singapura mempunyai 52 peratus. Kerajaan mensasarkan sejumlah 35% tenaga mahir menjelang tahun 2020 dan menjelang 2050 Malaysia menjadi sebahagian daripada 20 negara teratas dunia. Bagi terus merancakkan aktiviti pembangunan dan kemajuan ekonomi negara, pelbagai usaha dirancang oleh Kementerian untuk meningkat peratus pekerja mahir negara. Kerajaan telah melancarkan pelbagai projek mega berimpak tinggi seperti projek High Speed Rail (HSR), Mass Rapid Transit (MRT), Lebuhraya Pan Borneo, Rapid Penggerang, East Coast Rail Link, dan pelbagai lagi yang mampu untuk menjana ekonomi negara. Tenaga kerja mahir pada zaman berteknologi ini menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara. Oleh itu, bilangan tenaga mahir yang ramai amat diperlukan bagi menjayakan projek-projek berimpak tinggi ini.

Dalam era globalisasi, aplikasi pelbagai teknologi terkini di dalam industri perlu diterapkan dalam diri pekerja untuk meningkatkan produktiviti. Dunia kini sedang bersiap sedia untuk berhadapan dengan Revolusi Industri 4.0 yang merupakan satu anjakan besar aplikasi konsep digital di dalam industri. Perubahan teknologi di era Revolusi Industri 4.0 ini akan menyebabkan sebahagian daripada pekerjaan yang ada pada hari ini akan dijumudkan kewujudannya dan seterusnya akan mewujudkan pekerjaan baharu. Ini menyebabkan persaingan baharu bagi

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN

B U L E T I NKementerian Sumber Manusia

10

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada keseluruhan 10,917 orang

graduan Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) yang telah

berjaya menamatkan pengajian dan bakal dianugerahkan Sijil, Diploma

dan Diploma Lanjutan pada hari yang bersejarah ini.

mendapatkan pekerjaan kepada pencari kerja. Sejajar dengan itu, para graduan disyorkan untuk sentiasa mempelajari dan meneroka kemahiran dan ilmu baharu yang relevan dengan revolusi ini seperti Teknologi Robotik, Internet of Things (IOT), Additive and Intelligent Manufacturing, dan Cloud System supaya para graduan kekal relevan dengan keperluan industri.

Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050. Dari sebuah negara maju, kita harus menumpukan perhatian untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi pada tahun 2050. Salah satu bidang fokus TN50 ialah pembelajaran. Dalam hal ini, pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional, atau ringkasnya TVET, mempunyai peranan yang penting dalam aspek pendidikan kemahiran yang menjana ke arah m e m b a n g u n k a n tenaga kerja b e r k e m a h i r a n tinggi. Pekerja mahir dilihat mampu m e n y u m b a n g kepada peningkatan p r o d u k t i v i t i , inovasi, dan p e r t u m b u h a n ekonomi negara. Di atas dasar ini jugalah TVET telah diberikan keutamaan di dalam Rancangan Malaysia Ke-11 di mana negara mensasarkan 60% daripada pekerjaan baharu yang bakal diwujudkan pada tahun 2020 adalah pekerjaan yang berteraskan kemahiran TVET. Penyediaan dan pemantapan TVET ini amat penting bagi memastikan Malaysia mampu melahirkan kumpulan pekerja berkemahiran tinggi untuk masa depan.

Maka tidak dinafikan pendidikan dan latihan lanjutan bagi lepasan SPM perlu diberi perhatian menerusi TVET mengikut keperluan pasaran kerja negara. Kerajaan mengambil inisiatif dalam memastikan program TVET yang direka dan dijalankan dapat memenuhi keperluan kedua-dua industri tempatan dan global serta permintaan terhadap kualiti dan tenaga kerja mahir. Sehubungan

itu, para graduan patut berasa bangga dengan kejayaan yang dicapai memandangkan peluang pekerjaan bagi graduan TVET terbentang luas pada hari ini.

Graduan hendaklah sentiasa berfikiran terbuka dan bersikap rasional serta bersedia menerima perubahan baharu demi memajukan diri masing-masing. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kini sudah pasti cabaran dan kekangan dalam mendapatkan pekerjaan idaman terhad dan persaingannya juga hebat. Justeru, para graduan hendaklah bijak mengambil peluang dan merebut apa jua program yang dianjurkan kerajaan bagi membantu mencari pekerjaan. Graduan perlu berusaha memperbaiki kemahiran interpersonal dan meningkatkan produktiviti diri supaya mendapat tempat dalam pasaran kerja. Pelbagai peluang pekerjaan yang ditawarkan boleh

diisi graduan di negara ini dengan syarat tidak terlalu selektif dan mementingkan soal gaji semata-mata, graduan perlu ada sifat jujur dan taat kepada kerjaya yang diperolehi.

Untuk memastikan TVET terus kekal relevan, budaya kreativiti dan inovasi telah dikenalpasti sebagai satu proses berpanjangan yang dapat membantu dan menjana ekonomi sesebuah negara. Di dalam menyuburkan budaya kreativiti dan inovasi ini, JTM menyertai pertandingan kemahiran dan inovasi sama ada di peringkat Kebangsaan mahupun antarabangsa.

Saya dimaklumkan bahawa ada di kalangan graduan ADTEC Shah Alam yang berada di dalam dewan ini akan mewakili negara ke World Skills Competition 2017 di Abu Dhabi pada bulan Oktober ini di dalam bidang Mekatronik dan Kimpalan. Saya ucapkan syabas kepada Fathul Ammar Amsyar bin Hasbullah dan Muhamad Zulhisyam bin Haironi graduan jurusan Mekatronik dan Muhamad Zulhelmi bin Mohd Saberi graduan jurusan Kimpalan, semoga berjaya merangkul pingat emas dan mengharumkan nama Malaysia. Ini merupakan sumber inspirasi yang mampu menjadi dorongan kepada pelajar-pelajar yang sedang mengikuti latihan di ILJTM jelas YB Dato’Sri (Dr) Richard.

B U L E T I NKementerian Sumber Manusia

11

Page 11: 1 Buletin - mohr.gov.my · negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Antara kegunaan utama NWI adalah: • panduan bagi merangka struktur gaji, tahap gaji bagi pekerjaan tertentu

Page 12: 1 Buletin - mohr.gov.my · negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Antara kegunaan utama NWI adalah: • panduan bagi merangka struktur gaji, tahap gaji bagi pekerjaan tertentu

Pengenalan Berkenaan PTPK

• Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Sumber Manusia yang telah ditubuhkan pada 1 Jun 2006.

• PTPK sekarang beroperasi di Aras 12, 15-19 dan 27 Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

• Merupakan Pembiaya Utama Latihan Kemahiran Negara.

• Objektif utama PTPK adalah menyediakan dana tahunan yang mencukupi bagi membiayai Latihan Kemahiran dan mengutip bayaran balik pinjaman mengikut jadual selepas tamat belajar.

• Pembiayaan Pinjaman Latihan Kemahiran adalah kepada pelajar lepasan sekolah dan golongan pekerja.

• PTPK juga menyediakan Program Berbentuk Geran iaitu Program B40 yang mana menjurus kepada Kumpulan Sasaran yang berpendapatan seisi keluarga di bawah RM3,800 sebulan.

Pembiayaan program utama oleh PTPK di bawah Pinjaman Lepasan Sekolah adalah program yang diperakui oleh Jabatan Pembangunan

Kemahiran. Adakah PTPK mempunyai program-program lain di mana pemohon boleh memohon di bawah Skim ini?

Skim ini tidak terhad hanya kepada program yang disahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran. Selain itu, pemohon yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam latihan kemahiran sama ada untuk meningkatkan kemahiran, latihan semula atau multiskilling boleh memilih mana-mana program yang diluluskan oleh PTPK dan disahkan oleh agensi-agensi seperti yang berikut:

i. Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA);ii. Kelayakan Malaysia (MQA);iii. Badan-badan profesional antarabangsa atau tempatan, yang menyediakan

kompetensi sijil atau maju-sijil.

Page 13: 1 Buletin - mohr.gov.my · negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Antara kegunaan utama NWI adalah: • panduan bagi merangka struktur gaji, tahap gaji bagi pekerjaan tertentu

Pengenalan Berkenaan PTPK

• Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Sumber Manusia yang telah ditubuhkan pada 1 Jun 2006.

• PTPK sekarang beroperasi di Aras 12, 15-19 dan 27 Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

• Merupakan Pembiaya Utama Latihan Kemahiran Negara.

• Objektif utama PTPK adalah menyediakan dana tahunan yang mencukupi bagi membiayai Latihan Kemahiran dan mengutip bayaran balik pinjaman mengikut jadual selepas tamat belajar.

• Pembiayaan Pinjaman Latihan Kemahiran adalah kepada pelajar lepasan sekolah dan golongan pekerja.

• PTPK juga menyediakan Program Berbentuk Geran iaitu Program B40 yang mana menjurus kepada Kumpulan Sasaran yang berpendapatan seisi keluarga di bawah RM3,800 sebulan.

Pembiayaan program utama oleh PTPK di bawah Pinjaman Lepasan Sekolah adalah program yang diperakui oleh Jabatan Pembangunan

Kemahiran. Adakah PTPK mempunyai program-program lain di mana pemohon boleh memohon di bawah Skim ini?

Skim ini tidak terhad hanya kepada program yang disahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran. Selain itu, pemohon yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam latihan kemahiran sama ada untuk meningkatkan kemahiran, latihan semula atau multiskilling boleh memilih mana-mana program yang diluluskan oleh PTPK dan disahkan oleh agensi-agensi seperti yang berikut:

i. Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA);ii. Kelayakan Malaysia (MQA);iii. Badan-badan profesional antarabangsa atau tempatan, yang menyediakan

kompetensi sijil atau maju-sijil.

13

Berapakah jumlah pinjaman yang boleh dimohon bagi pembiayaan tersebut dan tempoh bayaran balik pinjaman?

Pinjaman boleh dibuat sebanyak RM750 hingga RM24,000 termasuk yuran dan insurans bergantung kepada kursus yang dimohon. Tempoh bayaran balik adalah enam bulan selepas tamat latihan mengikut tempoh yang ditetapkan antara satu hingga sepuluh tahun.

Apakah kategori pekerja yang layak untuk memohon di bawah Skim Latihan Pekerja Kemahiran?

Tiga kategori pekerja yang layak untuk memohon di bawah skim ini adalah seperti yang berikut:a) Pekerja yang sedang bekerja sama ada sebagai

sepenuh masa atau separuh masa pekerja;b) Pekerja yang meninggalkan pekerjaan mereka di

bawah Skim Pemisahan Sukarela (VSS) menurut; danc) Pekerja yang menjalankan perniagaan mereka sendiri

atau bekerja sendiri.

Apakah kehendak atau kriteria lain untuk memohon pinjaman ini?

i. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.ii. Umur minimum untuk pemohon berusia 21 tahun

dan umur maksimum pemohon berusia 50 tahun pada tahun permohonan.

iii. Bebas daripada muflis.iv. Tiada had pendapatan yang diperlukan.v. Latihan harus mengusahakan di dalam Penyedia

Latihan yang berdaftar dengan PTPK.

Bagaimanakah calon untuk pinjaman ini dipilih serta proses pemilihan?

Pemilihan calon-calon untuk pinjaman ini dijalankan sepenuhnya oleh penyedia latihan. PTPK akan membuat penapisan berdasarkan kelayakan peminjam bergantung kepada kriteria pemohon.

Berbalik kepada objektif PTPK untuk menyediakan dana tahunan yang mencukupi bagi membiayai latihan kemahiran dan mengutip bayaran balik pinjaman mengikut jadual. Apakah tindakan yang telah diambil oleh PTPK untuk memastikan dana tersebut sentiasa mencukupi untuk generasi akan datang?

Memang tidak dinafikan kekangan kewangan kerajaan sekarang ini sangat terbatas kerana pada tahun ini sahaja PTPK menerima peruntukan dana hanya RM360 juta. Maka PTPK sentiasa mencari jalan dan kaedah untuk mengutip bayaran balik pinjaman dengan pelbagai pendekatan selain daripada kaedah sedia ada iaitu Kaunter Kutipan Bayaran Balik Pinjaman semasa Pembukaan Kaunter Bergerak di Luar Premis dan juga kewujudan Pusat Panggilan Outbound.

Untuk makluman, bermula pada bulan April 2017 PTPK telah membuka Kaunter Bayaran Balik Pinjaman Latihan Kemahiran di seluruh Pejabat UTC secara berperingkat.

Kepada yang berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang kemahiran sila layari laman web PTPK di www.ptpk.gov.my atau facebook ptpk dan juga Talian Am PTPK 03-4047 6200.

B U L E T I NKementerian Sumber Manusia

13

Page 14: 1 Buletin - mohr.gov.my · negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Antara kegunaan utama NWI adalah: • panduan bagi merangka struktur gaji, tahap gaji bagi pekerjaan tertentu

14

B U L E T I NKementerian Sumber Manusia

14

KARNIVAL KESELAMATAN

DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI

SEKTOR PERTANIAN2017

Page 15: 1 Buletin - mohr.gov.my · negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Antara kegunaan utama NWI adalah: • panduan bagi merangka struktur gaji, tahap gaji bagi pekerjaan tertentu

14

B U L E T I NKementerian Sumber Manusia

14

KARNIVAL KESELAMATAN

DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI

SEKTOR PERTANIAN2017

Chenor, 13 Ogos – YB Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia telah merasmikan Karnival Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Sektor Pertanian 2017 bertempat di Kolej Vokasional Pertanian Chenor, Pahang. Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Ir. Mohtar bin Musri, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) serta anggota Pengurusan Tertinggi Kementerian Sumber Manusia.

Karnival ini merupakan anjuran Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) iaitu sebuah badan tertinggi di bawah Kementerian Sumber Manusia yang bertanggungjawab menentukan hala tuju dan dasar negara berhubung dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia. MNKKP ditubuhkan pada tahun 1995 mengikut kehendak Seksyen 8, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514).

Objektif utama penganjuran karnival ini adalah bagi menghebahkan maklumat terkini berkaitan isu-isu keselamatan dan kesihatan di sektor pertanian serta mempromosi pembentukan dan pemeliharaan budaya kerja selamat dan sihat di kalangan majikan, pekerja dan orang awam.

Maklumat terkini mendapati pengurangan pelaporan kemalangan di sektor pertanian pada tahun 2016 iaitu sebanyak 2,359 kes berbanding 2,454 kes pada tahun 2015 dan ini memberikan gambaran positif terhadap tahap keselamatan dan kesihatan di sektor pertanian.

Dalam perkembangan lain, pada tahun 2016, Kementerian Sumber Manusia menerusi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah menjalankan sebanyak lebih kurang 276,312 pemeriksaan ke atas tempat kerja dan jentera. Berdasarkan jumlah tersebut, sebanyak 24,631 notis telah dikeluarkan, 1,176 kesalahan dikeluarkan kompaun dan sebanyak 406 kes didakwa atas kesalahan berkaitan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Bagi kadar kemalangan negara bagi tahun 2016 adalah 2.88 per 1,000 pekerja manakala kadar kemalangan maut ialah 4.84 per 100,000 pekerja.

Sehubungan itu, majikan dan pekerja perlu menerapkan amalan budaya kerja selamat dan sihat di tempat kerja bagi menurunkan kadar kemalangan pekerjaan kerana ianya dapat memberi impak positif kepada negara bahawa bekerja di Malaysia adalah selamat dan sihat. Ini sekaligus dapat meyakinkan pelabur - pelabur dari luar untuk terus membuat pelaburan perniagaan di negara kita.

B U L E T I NKementerian Sumber Manusia

15

Page 16: 1 Buletin - mohr.gov.my · negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Antara kegunaan utama NWI adalah: • panduan bagi merangka struktur gaji, tahap gaji bagi pekerjaan tertentu

LATAR BELAKANG

TN50 telah dimulakan secara rasmi di peringkat nasional melalui pelaksanaan Dialog Perdana oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Januari 2017 bertempat di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. TN50 adalah inisiatif Kerajaan menyediakan hala tuju negara bagi tempoh 30 tahun akan datang berdasarkan aspirasi daripada

rakyat berlandaskan pendekatan secara bottom-up. Ini merupakan langkah proaktif Malaysia selaras dengan perubahan trend mega dunia sebagai menghadapi cabaran pada tahun 2050 kelak. Inisiatif ini juga merupakan usaha menyambung landasan pembangunan negara selepas fasa Wawasan 2020 yang akan berakhir dalam tiga tahun lagi.

Pada hari ini sesi dialog TN50 Kementerian Sumber Manusia akan memberikan penumpuan kepada bidang pembelajaran dan pekerjaan. Ini adalah selari dengan peranan Kementerian Sumber Manusia sebagai peneraju dalam bidang pembangunan dan pengurusan sumber

manusia bertaraf dunia. Bagi bidang pembelajaran, tumpuan diberikan kepada latihan kemahiran, di mana aspirasi yang dikongsi dalam konteks keperluan kemahiran yang bersesuaian, peluang pekerjaan bagi kemahiran yang diperlukan masa hadapan, pembabitan industri dalam memperkasakan pendidikan berteraskan kemahiran serta lain-lain perkara yang dirasakan relevan bagi aspek pembelajaran terutamanya bagi pendidikan berteraskan kemahiran.

Manakala bagi bidang pekerjaan, aspek seperti keselamatan sosial, hak pekerja, keselamatan dan keselesaan di tempat kerja, keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan sosial, faedah asas di tempat kerja dan banyak lagi aspek yang dirasakan penting dan boleh dijadikan agenda utama negara. Perkara-perkara yang dikongsi ini boleh dijadikan asas kepada penggubalan dasar berkaitan pekerjaan oleh Kerajaan.

OBJEKTIF PROGRAM

Program siri jelajah TN50 oleh Kementerian Sumber Manusia menyasarkan objektif seperti berikut:

(i) merangsang pemikiran, ekspresi dan keterlibatan khususnya pelajar Institut Latihan Kemahiran Awam/Swasta dan golongan pekerja di bawah usia 35 tahun terhadap hala tuju jangka panjang Malaysia melalui pelbagai pendekatan seperti pengumpulan aspirasi TN50 dan sesi dialog; dan

(ii) mewujudkan semangat positif atau Feel Good Factor dan optimis di kalangan belia melalui keterlibatan, promosi kreatif dan penjenamaan TN50.

Program jelajah TN50 ini juga adalah merupakan salah satu platform untuk Kementerian Sumber Manusia bagi menjelaskan berkenaan hasrat Kerajaan dalam mengumpulkan idea dan aspirasi rakyat dalam menentukan hala tuju negara ke arah tahun 2050 daripada semua warga Bahagian/Jabatan/Agensi, para pekerja muda dan para pelajar Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) di bawah seliaan Jabatan/Agensi kementerian.

KONSEP SIRI JELAJAH TN50 KSM

1. Konsep jelajah ini akan melibatkan pendekatan dan aktiviti seperti berikut:

(i) Aspiration model canvas;(ii) Sesi bual bicara bersama ikon

kemahiran. (iii) Sesi dialog bersama panel yang

terdiri daripada YB Menteri, YB Timbalan Menteri dan YBhg. Dato’ Sri KSU. Sesi dialog akan dimulakan dengan opening remarks daripada panel berkenaan senario semasa mengenai bidang pekerjaan dan keperluan kemahiran, cabaran semasa dan masa akan datang serta kepentingan mendapatkan aspirasi daripada peserta;

(iv) Sesi lontaran aspirasi, idea, komen dan pandangan oleh peserta;

(v) sesi rumusan oleh moderator sebagai punutup majlis; dan

(vi) pelaporan akan dilaksanakan oleh fasilitator.

2. Koordinasi aktiviti bersama pelbagai pihak adalah amat perlu dalam memastikan penggunaan sumber sedia ada serta memastikan perbelanjaan yang efektif dan efisien dalam mencapai objektif. Dalam hubungan ini, program akan dijalankan dengan kerjasama strategik daripada bahagian/jabatan/agensi di bawah kementerian dalam berkongsi sumber fasiliti dan guna tenaga sedia ada.

3. Kumpulan sasar bagi sesi dialog TN50 Kementerian Sumber Manusia adalah kumpulan pelatih bidang kemahiran dan golongan pekerja muda berumur bawah 35 tahun di sekitar Kemaman.

16

B U L E T I NKementerian Sumber Manusia

16