16
HARTA/MAL Dr Zulkifli bin Mohamad 013 932 6072

1. DEFINISI HARTA

Embed Size (px)

DESCRIPTION

harta

Citation preview

Page 1: 1. DEFINISI HARTA

HARTA/MALDr Zulkifli bin Mohamad013 932 6072

Page 2: 1. DEFINISI HARTA

OBJEKTIF Di akhir kuliah ini pelajar dapat:

Mengetahui definisi harta di dlm Islam & sivil

Membuat penjenisan harta Membezakan antara harta syarak dan sivil

Page 3: 1. DEFINISI HARTA

APAKAH HARTA?

Page 4: 1. DEFINISI HARTA
Page 5: 1. DEFINISI HARTA

Definisi Harta Terdapat ramai sarjana Islam semasa

menghuraikan konsep harta sebagai: satu teori perundangan Islam (naẓariyyah

fiqhiyyah) kerana kepentingannya kini. Perbincangan disiplin ini telah dikembangkan

kepada teori hak (naẓariyyah al-ḥaqq), teori pemilikan (naẓariyyah al-milkiyyah) dan teori akad atau kontrak (naẓariyyah al-caqad).

Page 6: 1. DEFINISI HARTA

Definisi dari sudut bahasa Dari sudut bahasa, perkataan ‘harta’ adalah sama

dengan perkataan ‘māl’. Perkataan ‘māl’ adalah mufrad dari perkataan ‘amwāl’. Ia bermaksud apa-apa yang dimiliki dari segala sesuatu.

Māl juga bererti sesuatu yang dimiliki dan dipakai oleh orang-orang Badwī kepada binatang ternakan seperti kambing, biri-biri dan unta sama ada jantan ataupun betina

‘Māl’ di sisi orang-orang Arab adalah merujuk kepada unta kerana harta mereka kebanyakan terdiri daripada unta

Page 7: 1. DEFINISI HARTA

Definisi harta pilihan/semasa Dr. cAbd al-Karīm Zaydān merumuskan

takrifan harta sebagai:

" معتاد وجه على به واإلنتفاع حيازته يمكن ما "كل “Setiap sesuatu yang boleh dikuasai dan

dimanfaatkan pada kebiasaanya”.

Page 8: 1. DEFINISI HARTA

Definisi harta pilihan/semasa Prof. Dr. cAbd al-Salām Dāwūd al-cAbbādī telah

merumuskan takrifan mereka mengenai harta sebagai:

" به اإلنتفاع شرعا وجاز الناس بين مادية قيمة له كان في ماواإلختيار السعة "حال

Sesuatu yang mempunyai nilaian harga di kalangan manusia serta diharuskan oleh syarak untuk mengambil manfaat daripadanya pada ketika senang dan mempunyai pilihan".

Page 9: 1. DEFINISI HARTA

Ulasan definisi pilihan Berdasarkan dua takrifan di atas

dapatlah disimpulkan perkara-perkara berikut sebagai harta:1. Sesuatu yang kita kuasai dan boleh dimanfaatkan secara langsung adalah harta seperti rumah dan kereta.

Page 10: 1. DEFINISI HARTA

Ulasan definisi pilihan2. Sesuatu yang tidak dikuasai secara langsung tetapi kita berkemampuan menguasainya. Ini kerana penguasaan secara langsung tidak menjadi syarat untuk menetapkan sesuatu itu sebagai harta. Malahan yang menjadi syarat ialah kemungkinan sesuatu itu boleh dikuasai selagi ia boleh dimanfaatkan. Justeru itu, ikan di laut, binatang liar di hutan, bahan galian yang terdapat di perut bumi dan mutiara yang berada di dasar laut dianggap sebagai harta.

Page 11: 1. DEFINISI HARTA

Ulasan definisi pilihan3. Sesuatu yang tidak boleh dikuasai tidak dikira sebagai harta walaupun kita mendapat manfaat darinya seperti cahaya matahari dan bulan.4. Sesuatu yang pada lazimnya tidak boleh dimanfaatkan walaupun boleh dikuasai tidak dikira sebagai harta seperti setitik air atau sebiji beras kerana pada lazimnya kedua-duanya tidak boleh dimanfaatkan.

Page 12: 1. DEFINISI HARTA

Ulasan definisi pilihan5. Sesuatu yang dilarang oleh syarak untuk dimanfaatkan oleh seluruh manusia tidak boleh dianggap sebagai harta walaupun ia boleh dimanfaatkan seperti bangkai.

Page 13: 1. DEFINISI HARTA

Definisi Harta Menurut Perspektif Sivil Harta dalam bahasa Inggeris adalah property dan

dalam Latin sebagai proprietas. a thing or things belonging to someone; possessions

collectively. The ownership of a thing is the right of one or more

persons to possess and use it to the exclusion of others. In this Code, the thing of which there may be ownership is called "property." 

Law Dictionary: What is PROPERTY? definition of PROPERTY (Black's Law Dictionary) 

Page 14: 1. DEFINISI HARTA

Harta atau property menurut common law Inggeris Harta atau property merujuk kepada

real property dan personal property. Real property bermaksud kepentingan-

kepentingan milik bebas bagi tanah dan, personal property bermakna harta alih

dan kepentingan pegangan pajakan tanah itu.

Page 15: 1. DEFINISI HARTA

RUMUSAN TAKRIF Dalam undang-undang Inggeris yang menjadi

dasar kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia, istilah property digunakan dengan konotasi yang sama dengan istilah māl dalam Islam. Walau bagaimanapun terdapat pengecualian, di mana Islam tidak menganggap sesuatu yang tidak bermanfaat dari perspektif syarak (contohnya benda-benda najis seperti arak dan bangkai) sebagai harta, sedangkan ia adalah bernilai sebagai harta mengikut undang-undang Inggeris.

Page 16: 1. DEFINISI HARTA

KESIMPULAN Skop harta di dalam Islam lebih sempit

berbanding dengan sivil. Ini bermakna semua harta di dalam Islam adalah harta pada pandangan sivil dan tidak semua harta sivil adalah harta di dalam Islam.