21
CHAPTER 1 KONSEP ASAS KELUARGA DBK 2023 SISTEM KEKELUARGAAN Disediakan Oleh: Noor Azlin Binti Khairudin Cik Azwa Amira Binti Hussain

1. Konsep Asas Keluarga

Embed Size (px)

DESCRIPTION

menerangkan mengenai asas keluarga

Citation preview

Page 1: 1. Konsep Asas Keluarga

CHAPTER 1KONSEP ASAS KELUARGA

DBK 2023 SISTEM KEKELUARGAAN

Disediakan Oleh:Noor Azlin Binti Khairudin

Cik Azwa Amira Binti Hussain

Page 2: 1. Konsep Asas Keluarga

Hasil Pembelajaran

• Pelajar akan dapat memahami konsep keluarga

• Pelajar akan dapat mengenalpasti bagaimana keluarga dapat bertindak sebagai suatu sistem

• Pelajar akan mempelajari mengenai Model Ekologi Bronfenbrenner

Page 3: 1. Konsep Asas Keluarga

Pengenalan

• Keluarga adalah unit terkecil dalam masyarakat

• Penting untuk pembangunan dan penyelenggaraan.

• Terdiri daripada individu- membentuk unit sosial, sebahagian daripada suatu rangkaian sosial yang lebih besar.

Page 4: 1. Konsep Asas Keluarga

The family defined:“A family is who they say they are.”

(Wright & Leahy, 2000)

3

Page 5: 1. Konsep Asas Keluarga

Definisi Keluarga Menurut Ahli Psikologi

Duvall ( 1986 )• Keluarga merupakan sekumpulan orang yang di hubungkan oleh

ikatan perkahwinan ,keluarga angkat dan kelahiran yang bertujuan untuk meningkatkan dan mempertahankan budaya yang umum, meningkatkan perkembangan fizikal , mental,emosional dan sosial dari tiap anggota keluarga.

Bailon dan Maglaya ( 1978 )• Keluarga adalah sekumpulan dua orang atau lebih yang bergabung

kerana hubungan darah, perkahwinan, atau keluarga angkat yang hidup dalam satu rumah tangga, saling berinteraksi satu sama lain dalam peranannya dan mencipta dan mempertahankan sesuatu budaya.

Page 6: 1. Konsep Asas Keluarga

DEFINISI KELUARGA MENURUT:

The US Bureau of Census (1993):

“ Satu kumpulan, dua atau lebih orang yang dihubungkan oleh kelahiran, perkahwinan ataupun keluarga angkat dan menginap/tinggal bersama-sama dalam satu rumah.”(p.5)

Page 7: 1. Konsep Asas Keluarga

Dari beberapa pengertian tentang keluarga maka dapat disimpulkan bahawa ciri- ciri keluarga adalah:

• Terdiri dari dua atau lebih individu yang diikat oleh hubungan darah, perkahwinan atau keluarga angkat . 

• Anggota keluarga biasanya hidup bersama atau jika berpisah mereka tetap memperhatikan satu sama lain .

• Anggota keluarga berinteraksi antara satu sama lain dan masing-masing mempunyai peranan sosial,: suami, isteri, anak, kakak, adik.

• Mempunyai tujuan; mencipta dan mempertahankan budaya, meningkatkan perkembangan fizikal, psikologi dan sosial anggota keluarga .

Page 8: 1. Konsep Asas Keluarga

Konsep Keluarga

• Satu unit asas dalam sistem sosial.• Sekumpulan individu – berkongsi ruang

psikologi dan fizikal yang specifik• Melibatkan satu set peraturan• Peranan• Struktur organisasi kuasa• Komunikasi langsung dan tidak langsung

Page 9: 1. Konsep Asas Keluarga

• Hubungan antara ahli rapat dan berperingkat• Berdasarkan sejarah keluarga yang sama• Berkongsi persepsi dalaman dunia • Setiap ahli terikat antara satu sama lain

melalui ikatan emosi yang kuat (timbal balik) dan kesetiaan

Page 10: 1. Konsep Asas Keluarga

KELUARGA SEBAGAI SATU SISTEM• Kaum• Etnik• Keahlian kelas sosial• Peringkat kehidupan• Generasi• Kecenderungan seksual• Agama• Kesihatan fizikal dan mental ahli• Tahap pendidikan• Kewangan• Nilai keluarga• Kepercayaan keluarga

Page 11: 1. Konsep Asas Keluarga

HUBUNGAN KEKELUARGAAN • Keluarga melahirkan dan mendidik ahli dalam

keluarga• Anggota baru dalam keluarga dibentuk melalui

kelahiran, anak angkat dan perkahwinan• Hunbungan keluarga kekal walaupun tidak tinggal

di dalam satu rumah• Perpisahan yang disebabkan kematian memberi

kesan terhadap keluarga• Seorang ahli keluarga mungkin berpisah daripada

keluarga tetapi tidak bermakna individu itu melepaskan keahlian dalam keluarga tersebut.

Page 12: 1. Konsep Asas Keluarga

MODEL EKOLOGI BRONFENBRENNER

• Perkembangan individu sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan individu tersebut. Menurut kajian, perkembangan individu adalah kesan persekitaran terhadap individu dan juga ciri-ciri individu tersebut ke atas persekitaran.

• Menurut beliau, persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem iaitu:

Page 13: 1. Konsep Asas Keluarga

• Mikrosistem : Persekitaran yang terdekat di mana individu mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa.

• Contoh: ibu bapa, adik beradik, rakan, jiran dan guru.

Page 14: 1. Konsep Asas Keluarga

• Mesosistem : Perhubungan antara mikrosistem. Apa yang berlaku dalam satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain.

• Misalnya keadaan di rumah boleh mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah. Contoh: rumah-sekolah, rumah-jiran, sekolah-jiran.

Page 15: 1. Konsep Asas Keluarga

• Eksosistem : pengalaman dan persekitaran yang tidak langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada individu.

• Contoh: Sekolah-pasar raya. Kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial individu tersebut

Page 16: 1. Konsep Asas Keluarga

• Makrosistem : Perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat.

• Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina dititikberatkan (Santrock 2008).

• Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting.

Page 17: 1. Konsep Asas Keluarga

• Kronosistem : Perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa.

• Misalnya kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan-permainan komputer jika dibanding dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah.

Page 18: 1. Konsep Asas Keluarga
Page 19: 1. Konsep Asas Keluarga
Page 20: 1. Konsep Asas Keluarga

• Sekian , terima kasih

SOALAN

Page 21: 1. Konsep Asas Keluarga