34
1 | Page PROGRAM GUIDELINE ver. December 12_2020 Versi sebenarnya tertakluk kepada versi bahasa Inggeris 1. MAKLUMAT UMUM 1.1. Tentang Gather Care 1.1.1. Gather Care (atau dikenali sebagai "Project GC"), yang sebelum ini dikenali sebagai Life Engineering, adalah satu inisiatif yang bertujuan untuk menggerakkan usaha orang ramai ke arah kesejahteraan dan kualiti hidup yang lebih positif. Project GC mewujudkan platform bagi satu program Perkongsian orang ramai atas talian berbentuk kebajikan yang dipercayai, berfungsi sebagai penghubung antara individu-individu yang ingin memanfaatkan komuniti ("Komuniti GC") dengan saling berkongsi untuk mengurangkan beban dan mengambil berat antara satu sama lain terutamanya dalam aspek kesihatan dan kesejahteraan hidup. 1.1.2. Gather Care Sdn Bhd ("Pentadbir") adalah entiti yang ditubuhkan untuk menggerakkan Project GC dan menjadi pentadbir program-program lain yang dilancarkan di bawah Project GC. Pada masa ini, program perubatan Gather Care adalah satu-satunya program yang dilancarkan di bawah Project GC. Pelbagai program lain sedang didalam perancangan dan akan dilancarkan untuk Komuniti GC pada masa akan datang. 1.1.3. Pihak Pentadbir telah melantik sebuah firma undang-undang sebagai pemegang amanah bebas iaitu, Ong and Manecksha, Advocates & Solicitors (“Pemegang Amanah yang Dilantik”) untuk menguruskan dana yang disumbangkan oleh para Pekongsi dalam Komuniti GC. 1.1.4. Pentadbir juga telah menjalin kerjasama strategik dengan Juruaudit Perubatan Profesional Pihak Ketiga ("TPA"), iaitu Eximius Medical Administration Solutions Sdn Bhd (eMAS) bagi menguruskan keseluruhan proses kemasukan ke hospital dan tuntutan bayaran oleh Peserta Program ini. 1.2. Berkenaan Program Ini 1.2.1. Dengan menggunakan pendekatan ekonomi Perkongsian, program perubatan Gather Care adalah program Perkongsian kos rawatan kesihatan di mana sekumpulan individu (“Pekongsi”) yang telah bersetuju secara sukarela bersama-sama untuk berkongsi perbelanjaan kesihatan dan perubatan masing-masing (“Perbelanjaan Perubatan”) dengan cara yang menguntungkan semua pihak. 1.2.2. Program ini disandarkan kepada konsep saling membantu, kebajikan masyarakat, dan tanggungjawab bersama. Pekongsi adalah sehaluan dalam berkongsi Perbelanjaan Perubatan antara satu sama lain, bukan sekadar satu kemudahan untuk menjimatkan kos, tetapi juga didorong oleh sifat mulia yang mahu saling menyokong, menjaga dan menolong dalam keadaan krisis.

1. MAKLUMAT UMUM 1.1. Tentang Gather Care

  • Upload
    others

  • View
    1

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 1. MAKLUMAT UMUM 1.1. Tentang Gather Care

1 | P a g e

PROGRAM GUIDELINE ver. December 12_2020

Versi sebenarnya tertakluk kepada versi bahasa Inggeris

1. MAKLUMAT UMUM

1.1. Tentang Gather Care

1.1.1. Gather Care (atau dikenali sebagai "Project GC"), yang sebelum ini dikenali

sebagai Life Engineering, adalah satu inisiatif yang bertujuan untuk

menggerakkan usaha orang ramai ke arah kesejahteraan dan kualiti hidup

yang lebih positif. Project GC mewujudkan platform bagi satu program

Perkongsian orang ramai atas talian berbentuk kebajikan yang dipercayai,

berfungsi sebagai penghubung antara individu-individu yang ingin

memanfaatkan komuniti ("Komuniti GC") dengan saling berkongsi untuk

mengurangkan beban dan mengambil berat antara satu sama lain

terutamanya dalam aspek kesihatan dan kesejahteraan hidup.

1.1.2. Gather Care Sdn Bhd ("Pentadbir") adalah entiti yang ditubuhkan untuk

menggerakkan Project GC dan menjadi pentadbir program-program lain yang

dilancarkan di bawah Project GC. Pada masa ini, program perubatan Gather

Care adalah satu-satunya program yang dilancarkan di bawah Project GC.

Pelbagai program lain sedang didalam perancangan dan akan dilancarkan

untuk Komuniti GC pada masa akan datang.

1.1.3. Pihak Pentadbir telah melantik sebuah firma undang-undang sebagai

pemegang amanah bebas iaitu, Ong and Manecksha, Advocates & Solicitors

(“Pemegang Amanah yang Dilantik”) untuk menguruskan dana yang

disumbangkan oleh para Pekongsi dalam Komuniti GC.

1.1.4. Pentadbir juga telah menjalin kerjasama strategik dengan Juruaudit Perubatan

Profesional Pihak Ketiga ("TPA"), iaitu Eximius Medical Administration

Solutions Sdn Bhd (eMAS) bagi menguruskan keseluruhan proses kemasukan

ke hospital dan tuntutan bayaran oleh Peserta Program ini.

1.2. Berkenaan Program Ini

1.2.1. Dengan menggunakan pendekatan ekonomi Perkongsian, program perubatan

Gather Care adalah program Perkongsian kos rawatan kesihatan di mana

sekumpulan individu (“Pekongsi”) yang telah bersetuju secara sukarela

bersama-sama untuk berkongsi perbelanjaan kesihatan dan perubatan

masing-masing (“Perbelanjaan Perubatan”) dengan cara yang menguntungkan

semua pihak.

1.2.2. Program ini disandarkan kepada konsep saling membantu, kebajikan

masyarakat, dan tanggungjawab bersama. Pekongsi adalah sehaluan dalam

berkongsi Perbelanjaan Perubatan antara satu sama lain, bukan sekadar satu

kemudahan untuk menjimatkan kos, tetapi juga didorong oleh sifat mulia yang

mahu saling menyokong, menjaga dan menolong dalam keadaan krisis.

Page 2: 1. MAKLUMAT UMUM 1.1. Tentang Gather Care

2 | P a g e

PROGRAM GUIDELINE ver. December 12_2020

Versi sebenarnya tertakluk kepada versi bahasa Inggeris

Konsep tanggungjawab bersama juga mendorong Pekongsi mengamalkan

gaya hidup sihat dan lebih peka dalam membuat pilihan hidup dalam perkara

berkaitan dengan kesihatan. Tujuan utama Program ini adalah membuka akses

kepada semua orang di dalam Komuniti GC bagi mendapatkan bantuan

perubatan apabila diperlukan.

1.3. Bagaimana Program ini Berfungsi?

Di dalam Program ini, Pekongsi secara sukarela memberikan komitmen untuk

menyumbangkan wang mereka (“Perkongsian”) ke dalam Dana Perkongsian (“Dana

Perkongsian”) untuk dibahagikan bagi membiayai Perbelanjaan Perubatan setiap

Pekongsi yang memerlukan rawatan (“Rawatan”). Ianya sama sekali berbeza dengan

insurans kesihatan dimana syarikat insurans bersetuju untuk membayar perbelanjaan

perubatan seseorang menggunakan dana syarikat, manakala pemegang polisi

dikehendaki membayar premium insurans yang tetap setiap bulan. Pentadbir

mengkoordinasikan Perkongsian untuk memenuhi perbelanjaan perubatan yang layak

dikongsikan setiap bulan, atau dalam selang waktu lain yang sesuai mengikut peraturan

dan peraturan Program (“Garis Panduan Program”). Penting untuk dimaklumkan

bahawa Dana Perkongsian bukanlah milik Pentadbir. Ia dpegang dan dijaga oleh

Pemegang Amanah yang Dilantik yang akan menguruskan pembayaran kepada TPA.

Proses Perkongsian diringkaskan seperti berikut:

1.3.1. Apabila seorang Pekongsi meyertai Program ini, setiap mereka perlu

membayar Deposit (“Deposit Perkongsian”) yang setakat ini ditetapkan pada

kadar RM100 sebagai sumbangan Perkongsian untuk membolehkan

perjalanan akrtiviti Perkongsian di masa akan datang. Deposit Perkongsian Ini

dibayar melalui kaedah pembayaran yang telah dipersetujui, misalnya

pemotongan debit dari kad kredit / kad debit Pekongsi.

1.3.2. Deposit Perkongsian akan dimasukkan ke dalam akaun amanah ("Akaun

Amanah") yang ditubuhkan semata-mata untuk tujuan Perkongsian

Perbelanjaan Perubatan yang menyamai kos Perkongsian sebenar, dan ia

dikendalikan oleh Pemegang Amanah yang Dilantik. Bagi aspek pematuhan

Syariah, Deposit Perkongsian diletakkan di bawah akaun Perbankan Islam.

1.3.3. Dengan melunaskan Deposit Perkongsian, Pekongsi dianggap telah

memberikan persetujuan kepada Pentadbir untuk membahagikan jumlah

tersebut bagi membiayai Perbelanjaan Perubatan yang layak, mengikut Garis

Panduan Program.

1.3.4. Setiap Pekongsi baru harus melalui dua tempoh menunggu, iaitu 60 hari & 180

hari ("Tempoh Menunggu") dari tarikh penyertaan (setelah pembayaran item

yang disebut dalam Bahagian 1.3.1 dan Yuran Penyertaan Tahunan) di mana

dalam tempoh tersebut Pekongsi tidak boleh memohon Perkongsian rawatan

Page 3: 1. MAKLUMAT UMUM 1.1. Tentang Gather Care

3 | P a g e

PROGRAM GUIDELINE ver. December 12_2020

Versi sebenarnya tertakluk kepada versi bahasa Inggeris

perubatan dari Hospital Panel ("Hospital Panel") di bawah Program ini kecuali

bagi kecederaan kemalangan diri. Namun, Pekongsi harus menyumbang

dalam Perkongsian yang dijalankan dalam Tempoh Menunggu ini.

1.3.5. Tempoh Menunggu ditetapkan bagi memastikan Komuniti GC terbentuk dari

kalangan yang tidak berhasrat untuk mengambil kesempatan melalui manfaat

program. Selama Tempoh Menunggu, setiap Pekongsi boleh memohon

Perkongsian rawatan perubatan kecemasan kerana kecederaan akibat

kemalangan diri sehingga jumlahnya tidak melebihi RM20,000

keseluruhannya. Setelah tamat Tempoh Menunggu selama 60 hari, Pekongsi

boleh mula mendapatkan Perkongsian rawatan perubatan dari Hospital Panel

di bawah Program kecuali kes-kes tersebut termasuk di bawah Penyakit

Khusus dan Kritikal tersenarai di Bahagian 5.5

1.3.6. Selama 180 Hari Tempoh Menunggu, Pekongsi tidak layak memohon

Perkongsian rawatan perubatan yang disebabkan oleh Penyakit Khusus dan

Kritikal. Setelah tamat Tempoh Menunggu selama 180 hari, Pekongsi layak

menerima bantuan Perkongsian bagi hampir kesemua jenis penyakit kecuali

Perbelanjaan Perubatan yang tidak memenuhi syarat di Bahagian 5.3

1.3.7. Pekongsi dikehendaki untuk mempamerkan kad pengenalan TPA dan kad

kemasukan TPA melalui profil portal pengguna Gather Care kepada hospital

panel sebelum menjalani rawatan yang dicadangkan.

1.3.8. Dalam kes-kes kecemasan membabitkan ancaman nyawa, Pekongsi boleh

menghubungi TPA secara terus melalui 03-4041 3627 (talian 24-jam) dan

mendapatkan rawatan segera di salah satu Hospital Panel.

1.3.9. Dalam kes-kes bukan kecemasan, Pekongsi boleh membuat permohonan

kemasukan melalui kaunter kemasukan Hospital Panel. Hospital Panel akan

meminta persetujuan dari TPA dan menguruskan temujanji kemasukan

setelah mendapat kebenaran.

1.3.10. Pekongsi akan dimaklumkan setelah mendapat kelulusan dari TPA.

1.3.11. Setelah dipersetujui, TPA akan mengeluarkan "Surat Jaminan" dan "Surat

Jaminan Penambahan", jika perlu.

1.3.12. Sebelum discaj, Hospital Panel akan menghantar bil Perbelanjaan Perubatan

terus ke TPA.

1.3.13. TPA menerima dan memproses Perbelanjaan Perubatan untuk menentukan

kelayakan Perkongsian dan diskaun bagi yang berkenaan.

Page 4: 1. MAKLUMAT UMUM 1.1. Tentang Gather Care

4 | P a g e

PROGRAM GUIDELINE ver. December 12_2020

Versi sebenarnya tertakluk kepada versi bahasa Inggeris

1.3.14. Setelah Pekongsi didiscaj, a Surat Jaminan Akhir (“FGL”) akan dikeluarkan oleh

TPA bagi pihak Project GC kepada Hospital Panel.

1.3.15. Jumlah keseluruhan semua FGL yang dikeluarkan sehingga tarikh akhir

bulanan (24 haribulan) akan dikumpulkan dan dibahagikan kepada semua

Pekongsi yang layak pada tarikh tersebut. Jumlah Perkongsian sebenar setiap

Pekongsi ditentukan melalui pengiraan yang ditetapkan dalam Bahagian 4.1.2

1.3.16. Pemegang Amanah yang Dilantik akan dimaklumkan mengenai jumlah yang

terlibat. Jumlah yang terbahagi kepada setiap Pekongsi akan ditolak dari

Deposit Perkongsian Minimum untuk setiap Pekongsi. Sekiranya baki Deposit

Perkongsian selepas penolakan adalah kurang dari atau sama dengan RM50,

kad debit / kredit Pekongsi akan didebitkan dengan jumlah yang diperlukan

untuk mengembalikan jumlah Deposit Perkongsian kepada RM100.

1.3.17. Pentadbir akan menghantarkan semua invois yang telah dibayar kepada

hospital kepada Pemegang Amanah yang Dilantik bagi tujuan pembayaran

balik. Selepas itu, jumlah tersebut akan dibayar oleh Pemegang Amanah yang

Dilantik kepada TPA.

1.4. Program ini adalah alternatif kepada Insurans Kesihatan

Program ini bukan satu skim insurans kesihatan tetapi sebagai satu alternatif yang

mudah, mampu-milik, dan dibiayai sepenuhnya oleh Pekongsi sendiri. Ini adalah

penyelesaian inovatif bagi masalah kenaikan kos kesihatan dan perubatan dan harga

polisi insurans kesihatan yang mahal. Melalui penggunaan teknologi yang meluas,

Program ini juga menawarkan akses mudah dan cepat ke institusi penjagaan kesihatan

berbanding dengan proses untuk mendapatkan polisi insurans kesihatan kaedah

tradisional yang rumit dan ketat. Berikut adalah bagaimana had Perkongsian Bulanan

dapat dikekalkan di paras yang rendah:

1.4.1. Ini adalah sebuah program berorientasikan keuntungan terkawal

Pentadbir tidak menjana sebarang keuntungan daripada Perkongsian untuk

perbelanjaan perubatan. Semua Pekongsi berkongsi jumlah sebenar

perbelanjaan perubatan yang diluluskan oleh TPA. Pekongsi hanya diwajibkan

untuk menyumbang kepada Perbelanjaan Perubatan yang layak dan Yuran

Penyertaan Tahunan sahaja. Program ini memastikan bahawa tidak ada

premium atau pembayaran lain yang akan dikumpulkan dan diperoleh dari

Pekongsi.

1.4.2. Kos pentadbiran program

Pentadbir mengenakan Yuran Penyertaan Tahunan sebanyak RM360 kepada

semua yang menyertai Project GC. Bayaran yang dikumpulkan digunakan

untuk menampung perbelanjaan terutama yang melibatkan perkhidmatan

TPA, Pemegang Amanah yang Dilantik, pemasaran dan kos operasi program

ini. Pekongsi yang menyertai program melalui tawaran promosi hendaklah

Page 5: 1. MAKLUMAT UMUM 1.1. Tentang Gather Care

5 | P a g e

PROGRAM GUIDELINE ver. December 12_2020

Versi sebenarnya tertakluk kepada versi bahasa Inggeris

membayar kadar Yuran Penyertaan Tahunan yang ditawarkan dalam kempen

tersebut.

1.4.3. Pekongsi berkongsi dalam Perbelanjaan Perubatan sebenar, bukan kadar

unjuran

Program ini bukan sebuah perniagaan insurans atau dijalankan oleh syarikat

insurans. Pentadbir tidak membuat perangkaan matematik untuk meramalkan

kadar Perbelanjaan Perubatan Pekongsi. Pekongsi hanya membelanjakan Kos

Perubatan sebenar, bukan kadar yang diramal. Secara mudahnya, semakin

ramai yang berkongsi melalui Program ini, semakin rendah jumlah

Perkongsian setiap bulan.

1.4.4. Faedah Perkongsian sepanjang hayat

Sebaik menyertai, Pekongsi adalah sebahagian dari komuniti GC selagimana

Pekongsi tersebut ingin kekal menjadi Pekongsi "Aktif" dan menikmati

manfaat Program ini seumur hidupnya.

1.4.5. Pekongsi komited untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat

Dengan penekanan kepada konsep tanggungjawab bersama, Pekongsi

digalakkan untuk mengurangkan beban kewangan terhadap komuniti. Ini

memberi insentif bagi Pekongsi untuk membuat pilihan yang lebih

bertanggungjawab dan menjimatkan kos dari segi pilihan Rawatan Perubatan

dan aspek gaya hidup yang sihat. Komuniti yang terdiri daripada individu yang

mementingkan kesihatan dan penjimatan cenderung kearah mengurangkan

insiden perubatan dan memiliki kualiti kesihatan yang lebih baik, sekaligus

mengurangkan kos rawatan kesihatan bagi seluruh komuniti.

1.4.6. Pekongsi komited untuk bersikap jujur terhadap pengisytiharan mereka

Pekongsi diminta untuk mengisytihar tahap kesihatan dan gaya hidup mereka

serta memahami sepenuhnya prinsip-prinsip teras Program dalam Garis

Panduan Program. Pengisytiharan palsu akan menyebabkan kehilangan

kelayakan serta-merta. Ini adalah untuk memastikan bahawa semua Pekongsi

mempunyai persetujuan yang sama kearah memperbaiki taraf hidup ahli

komuniti dengan berkongsi beban antara satu sama lain dan mengambil berat

tentang kesejahteraan antara satu sama lain terutamanya dalam aspek

penjagaan kesihatan.

Pekongsi juga memberi kuasa kepada Gather Care untuk memiliki akses penuh

terhadap semua laporan perubatan, ujian, dan dokumen yang berkaitan jika

Pekongsi mempunyai rekod tuntutan perubatan sebelum mengikuti Program

ini.

1.4.7. Kemasukan ke Hospital dan Rawatan Perubatan diteliti terlebih dahulu dan

dikendalikan dengan efektif untuk hasil yang terbaik

Page 6: 1. MAKLUMAT UMUM 1.1. Tentang Gather Care

6 | P a g e

PROGRAM GUIDELINE ver. December 12_2020

Versi sebenarnya tertakluk kepada versi bahasa Inggeris

Pentadbir juga telah menjalin kerjasama strategik dengan TPA yang

mempunyai pengalaman dalam menguruskan keseluruhan proses kemasukan

ke hospital dan tuntutan untuk program ini. Ini untuk memastikan

Perbelanjaan Perubatan diuruskan dengan berkesan dan Pekongsi mendapat

manfaat terbaik melalui Program ini. Pendidikan berterusan untuk

menguruskan kesihatan dan kos perubatan seseorang juga akan diberikan.

1.4.8. Sumbangan dari penaja dan pihak ketiga, termasuk iklan dan pendapatan

tambahan lain yang dijana dari Program ini

Objektif Program ini adalah untuk menurunkan komitmen kewangan setiap

Pekongsi dengan memberi ruang kepada pengiklanan di platform Program.

Pengiklanan yang bersesuaian akan memberikan maklumat lebih lanjut

mengenai produk dan perkhidmatan yang bersasar kepada Komuniti GC.

Sebahagian dari pendapatan (dari 5% hingga 30% dari keuntungan bersih)

yang dijanakan dari pengiklanan akan disalurkan bagi menurunkan lagi kadar

Perkongsian setiap Pekongsi kepada kadar lebih rendah. Visi Program ini

adalah untuk mencapai Perkongsian RM0 yang sebenar dalam beberapa

tempoh yang akan datang.

1.5. Penyataan Penafian

1.5.1. Program ini adalah sebuah platform bagi menjalankan Perkongsian kos

Rawatan Perubatan di antara Pekongsi tertakluk kepada Garis Panduan

Program yang ditetapkan. Pihak Pentadbir atau Pekongsi tidak memberi

jaminan penuh bahawa semua kos Rawatan Perubatan yang layak dikongsi

akan dikongsikan oleh Pekongsi lain melalui program ini.

1.5.2. Bantuan kewangan yang diterima oleh Pekongsi di bawah Program ini bukan

berasal dari dana Pentadbir sendiri tetapi, hasil dari sumbangan Perkongsian

bulanan Pekongsi lain yang dimasukkan ke dalam akaun Pemegang Amanah

yang Dilantik. Sama ada Pekongsi yang lain memilih untuk membantu Pekongsi

tertentu dengan Perbelanjaan Perubatannya adalah berdasarkan secara

sukarela (tidak dijamin dengan cara apa pun), kerana Pekongsi lain atau

Pentadbir tidak tertakluk oleh undang-undang untuk memberikan sumbangan

Perkongsian tersebut. Namun, kegagalan Pekongsi untuk berkongsi akan

mengakibatkan penyertaan Pekongsi dibatalkan dari Program ini.

1.5.3. Sama ada Perbelanjaan Perubatan Pekongsi akan dikongsi oleh Pekongsi yang

lain, atau sama ada Pekongsi menerima pembayaran untuk perbelanjaan

perubatan atau, sama ada Program ini terus beroperasi atau tidak, Pekongsi

adalah terikat secara peribadi untuk melangsaikan setiap dan semua bayaran

Rawatan Perubatannya yang belum dibayar.

1.5.4. Program ini bukan, dan tidak boleh ditafsirkan sebagai, satu kontrak insurans

dan tidak ditawarkan melalui mana-mana syarikat insurans. Program ini bukan

Page 7: 1. MAKLUMAT UMUM 1.1. Tentang Gather Care

7 | P a g e

PROGRAM GUIDELINE ver. December 12_2020

Versi sebenarnya tertakluk kepada versi bahasa Inggeris

juga menjadi pengganti polisi insurans yang diperlukan berdasarkan undang-

undang. Tidak ada pemindahan risiko untuk sebarang tujuan dari Pekongsi

kepada Pentadbir atau dari satu Pekongsi ke Pekongsi lain; juga tidak ada

kontrak ganti rugi atau jaminan antara Pentadbir dan mana-mana Pekongsi,

atau di antara Pekongsi itu sendiri. Pentadbir atau Pekongsi tidak dianggap

sebagai pemilik polisi insurans berdasarkan undang-undang Malaysia.

Program ini tidak tertakluk kepada syarat peraturan insurans atau

perlindungan pengguna negara.

1.5.5. Pihak Pentadbir menggalakkan setiap Pekongsi untuk mendapatkan nasihat

profesional dari pengamal insurans kesihatan untuk penerangan yang lebih

lanjut mengenai perbezaan antara insurans kesihatan yang dikawal selia dan

program Perkongsian orang ramai seperti Program ini.

Page 8: 1. MAKLUMAT UMUM 1.1. Tentang Gather Care

8 | P a g e

PROGRAM GUIDELINE ver. December 12_2020

Versi sebenarnya tertakluk kepada versi bahasa Inggeris

2. GATHER CARE APPLICANT

Gather Care Applicant (GC Applicant) adalah langkah awal untuk membuka akaun Gather Care

yang membolehkan individu yang berminat terhadap Project GC dapat menjadi sebahagian

daripada Komuniti GC. GC Applicant dapat memiliki akses penuh ke dalam sistem maklumat

Gather Care, tanpa mengambil bahagian dalam sumbangan kewangan di dalam Perkongsian,

yang bermaksud tidak berkongsi kos Rawatan Perubatan atau meminta bantuan untuk

berkongsi kos Rawatan Perubatan mereka. Namun, mereka dibenarkan untuk mendaftarkan

Pekongsi penuh yang layak untuk mengikut serta dan menyumbang di bawah akaun GC

Applicant mereka. GC Applicant boleh mendaftarkan dirinya sendiri atau ahli keluarganya

sebaga Pekongsi di bawah akaunnya.

2.1. Kelayakan GC Applicant

Untuk mendaftar sebagai GC Applicant, seseorang perlu memenuhi setiap kriteria di

bawah;

2.1.1. Kelayakan tahap umur

GC Applicant mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan ke atas.

Mengikut takrifan di dalam Garis Panduan Program, umur adalah mengikut

kiraan tarikh hari lahir yang sebelumnya, iaitu; umur seseorang pada sesuatu

masa yang tertentu ditambahkan 1 tahun kepadanya. Sebagai contoh:

Sekiranya tarikh hari lahir seseorang itu jatuh pada 12.03.1983, umurnya

dikira sebagai 34 tahun dari tarikh 01.01.2018 sehingga 11.03.2018, dan akan

menjadi 35 tahun selepas 12.03.2018.

2.1.2. Terbuka keada semua

Penyertaan ini terbuka kepada semua individu rakyat Malaysia yang

memenuhi syarat, dari semua bangsa bangsa dan keturunan yang menetap di

Malaysia.

2.1.3. Tahap kesihatan

Tiada had tahap kesihatan ditetapkan.

2.2. Mendaftar sebagai GC Applicant

Pendaftaran sebagai GC Applicant boleh dibuat melalui pautan referral. Format pautan

referral boleh dicapai di www.gathercare.com/referral=[ nombor telefon] & uplineType

= applicant. Pautan referral boleh didapati dari pihak pengurusan Gather Care atau

malalui kakitangan promosi yang ditugaskan. Pendaftaran memerlukan pemohon

memiliki Kad SIM yang Aktif dengan nombor telefon dan sambungan internet atau pelan

data yang digunakan pada peranti mudah alih. Semasa proses pendaftaran, pemohon

dikehendaki mengisi maklumat profil diri seperti berikut:

• Nombor telefon bimbit yang sah (diperlukan untuk penghataran verifikasi

melalui SMS)

• Nama penuh

• Mencipta kata laluan

Page 9: 1. MAKLUMAT UMUM 1.1. Tentang Gather Care

9 | P a g e

PROGRAM GUIDELINE ver. December 12_2020

Versi sebenarnya tertakluk kepada versi bahasa Inggeris

• Bersetuju terhadap Terma dan Syarat

Setelah tamat pendaftaran, GC Applicant perlu log-masuk semula.

2.3. Hak-hak GC Applicant

2.3.1. Mempunyai hak untuk log masuk dan melihat perincian atau sejarah jumlah

kes dalam Komuniti GC komuniti dan Rawatan Perubatan;

2.3.2. Berhak mendapat respons dan layanan yang baik dan selayaknya dari semua

kakitangan dan wakil Pentadbir;

2.3.3. Berhak mendapatkan malklumat jelas dan tepat berkaitan Program ini

daripada pihak Pentadbir;

2.3.4. Layak untuk memberi pandangan dan cadangan atau maklumbalas berkaitan

Program ini untuk dipertimbangkan oleh pihak Pentadbir;

2.3.5. Melihat senarai Hospital Panel melalui sistem dengan mengaktifkan fungsi

lokasi pada peranti;

2.3.6. Boleh mendaftarkan Pekongsi lain di bawah akaunnya dan membuat

pembayaran bagi pihak Pekongsi di bawahnya yang layak terhadap manfaat

dalam Project GC. Pekongsi tersebut boleh menjadi diri GC Applicant sendiri

atau ahli keluarganya yang berumur di bawah 18 tahun.

2.4. Had kelayakan GC Applicant

2.4.1. GC Applicant tidak boleh membuat permohonan Rawatan Perubatan dan

mengambil bahagian dalam Perkongsian kecuali dirinya juga adalah seorang

Pekongsi.

Page 10: 1. MAKLUMAT UMUM 1.1. Tentang Gather Care

10 | P a g e

PROGRAM GUIDELINE ver. December 12_2020

Versi sebenarnya tertakluk kepada versi bahasa Inggeris

3. Pekongsi

3.1. Peserta yang berkongsi

Seseorang yang mengambil bahagian dalam Program ini disifatkan sebagai Peserta yang

Berkongsi. Peserta Berkongsi adalah Pekongsi yang menyumbang sekurang-kurangnya

jumlah sebenar Perkongsian untuk dikongsi dalam Perbelanjaan Perubatan Pekongsi

yang lain setiap bulan. Peserta Berkongsi dapat, sebagai ganti sumbangan mereka,

menyerahkan Perbelanjaan Perubatannya untuk dibahagikan di antara Pekongsi lain

seperti yang dinyatakan di dalam Garis Panduan Program ini. Untuk menjadi Pekongsi,

seseorang dikehendaki mendaftar sebagai GC Applicant dan memilih untuk menaiktaraf

statusnya kepada Pekongsi.

3.2. Kelayakan Pekongsi

Untuk melayakkan diri, dan kekal sebagai seorang Pekongsi, seseorang itu hendaklah

memenuhi kesemua kriteria berikut:

3.2.1. Kelayakan tahap umur

Program ini terbuka untuk individu berumur antara 6 tahun hingga 40 tahun.

Pentadbir boleh dari semasa ke semasa memperluas had umur Program ini

untuk melayakkan mereka yang berumur di bawah 6 tahun atau melebihi 40

tahun, tertakluk kepada nisbah had Perkongsian Bulanan yang berbeza yang

mencerminkan risiko kesihatan masing-masing mengikut usia. Setelah

seseorang itu menjadi Pekongsi, stautsnya kekal sebagai Pekongsi walaupun

setelah umurnya meningkat melepasi 40 tahun.

Pekongsi yang berumur di bawah 18 tahun (“Pekongsi Minor”) dihadkan untuk

menyertai Program ini hanya setelah mendapat persetujuan sekurang-

kurangnya salah seorang dari ibubapanya, adik-beradik (yang berumur 18

tahun ke atas), atau penjaga yang sah (“Penjaga”). Pekongsi Minor perlu

didaftarkan sebagai Pekongsi di bawah satu akaun GC Applicant, dan tidak

dibenarkan mendaftar sebagai seorang GC Applicant.

3.2.2. Terbuka kepada semua

Penyertaan ini terbuka kepada semua individu rakyat Malaysia yang

memenuhi syarat, dari semua bangsa bangsa dan keturunan yang menetap di

Malaysia. Walau bagaimanapun, hanya Perbelanjaan Perubatan yang

dilakukan di Malaysia dan disediakan oleh, atau di bawah arahan Hospital

Panel yang diiktiraf layak untuk dikongsi di bawah Program ini. Sila rujuk

Laman Web Rasmi atau sistem untuk senarai Hospital Panel terkini.

3.2.3. Tahap kesihatan

Status kesihatan seseorang mungkin mempengaruhi kelayakannya untuk

menyertai Program ini. Seseorang diminta untuk mengisytiharkan apa-apa

masalah kesihatan yang sedia ada kepada Pentadbir semasa proses

pendaftaran. Kegagalan untuk mengisytihar sepenuhnya maklumat yang

Page 11: 1. MAKLUMAT UMUM 1.1. Tentang Gather Care

11 | P a g e

PROGRAM GUIDELINE ver. December 12_2020

Versi sebenarnya tertakluk kepada versi bahasa Inggeris

berkaitan dengan keadaannya penyakit yang sedia ada pada saat mendaftar

adalah satu kesalahan yang melanggar kepercayaan bersama antara Pekongsi

dan dapat menyebabkan Pekongsi dibatalkan keahliannya dari Program ini di

bawah Seksyen 3.6. Pihak Pentadbir berhak untuk menolak mana-mana

individu daripada menyertai Program ini atas alasan penyakit sedia ada.

Terdapat sekatan Perkongsian Perbelanjaan Perubatan untuk penyakit sedia

ada. Sila rujuk Bahagian 5.6 untuk keterangan lebih lanjut mengenai penyakit

sedia ada dan had Perkongsiannya.

3.2.4. Pendaftaran Pekongsi

Pekongsi hanya boleh mendaftar melalui sistem.

Semasa proses pendaftaran, Pekongsi hendaklah melaksanakan langkah-

langkah berikut:

• Mengisi maklumat Pekongsi

• Berikan maklumat orang untuk dihubungi semasa kecemasan

• Bersetuju dengan Terma dan Syarat

• Menjawab soalan kelayakan kesihatan

• Meneruskan pembayaran

Pekongsi tersebut mengesahkan bahawa dia sihat dan tidak mengalami

sebarang penyakit sedia ada; telah membaca, memahami dan menyetujui

Garis Panduan Program, Syarat Penggunaan, Penafian Undang-Undang dan

Dasar Privasi; dan juga memberi kuasa kepada Pentadbir untuk mendebitkan

jumlah yang diperlukan secara automatik yang mungkin diperlukan untuk

mengekalkan Deposit Perkongsian sebanyak RM100 di dalam akaun

Pemegang Amanah yang Dilantik pada bila-bila masa, dan jumlah Bayaran

Penyertaan Tahunan sebanyak RM360 dari kad kredit / kad debit mengikut

Garis Panduan Program.

3.2.5. Kos-kos yang terlibat semasa pendaftaran

Sejumlah RM360 Yuran Penyertaan Tahunan dan RM100 Deposit Perkongsian

akan dikenakan bagi seorang Pekongsi merangkumi perkara-perkara berikut:

• RM160 Yuran Penyertaan Tahunan + RM100 Deposit Perkongsian +

RM2.99 caj transaksi online = RM262.99 (Bayaran Permulaan)

• Baki RM200 Yuran Penyertaan Tahunan (Bayaran Kedua) selepas 30

hari daripada tarikh Bayaran Permulaan dibuat.

3.2.6. Yuran Pembaharuan Penyertaan Tahunan

Untuk mengekalkan status Pekongsi Aktif, Pekongsi diwajibkan untuk

melangsaikan pembayaran Yuran Pembaharuan Penyertaan Tahunan.

Bayaran pembaharuan akan berulang selepas 365 hari dari tarikh Bayaran

Permulaan dan Bayaran Kedua. Sekiranya Pekongsi didaftarkan pada 5 Januari

2021, yuran pembaharuannya akan dibahagikan seperti butiran di bawah:

Page 12: 1. MAKLUMAT UMUM 1.1. Tentang Gather Care

12 | P a g e

PROGRAM GUIDELINE ver. December 12_2020

Versi sebenarnya tertakluk kepada versi bahasa Inggeris

• RM180 dikenakan pada 5 Januari 2022 (selepas 365 hari dari tarikh

Bayaran Permulaan)

• RM180 dikenakan pada 4 Februari 2022 (selepas 365 hari dari tarikh

Bayaran Kedua)

Sejumlah RM360 yuran pembaharuan keseluruhannya akan telah dibayar

menjelang 4 Februari 2022.

3.3. Kewajipan berterusan seorang Pekongsi

Sekiranya seorang Pekongsi ingin kekal sebagai Pekongsi dan menikmati manfaat

Program ini, Pekongsi harus mempunyai tanggungjawab berterusan untuk:

3.3.1. Membaca, memahami, menyetujui, dan mematuhi Garis Panduan Program

bilamana ia digubal, dipinda, atau digantikan dari semasa ke semasa;

3.3.2. sentiasa memeriksa dan mengkaji semua pindaan dan maklumat yang

berkaitan dengan Garis Panduan Program yang mungkin diberitahu oleh

Pentadbir dari semasa ke semasa;

3.3.3. membayar Yuran Penyertaan Tahunan atau bayaran lain yang mungkin

dikenakan oleh Pentadbir dan melunaskan had Perkongsian bulanan dan

menyumbangkan jumlah Perkongsian Sebenar mengikut Garis Panduan

Program ini. Sila rujuk Bahagian 4.1 untuk keterangan lebih lanjut mengenai

Perkongsian;

3.3.4. menyediakan semua maklumat dan dokumen yang berkaitan dengan betul,

lengkap, dan tepat kepada Pentadbir apabila diperlukan;

3.3.5. segera memaklumkan kepada pihak Pentadbir sekiranya pada bila-bila masa,

seorang Pekongsi menyedari bahawa dia tidak lagi memenuhi semua syarat

kelayakan Program di bawah Bahagian 3.2;

3.3.6. bertindak dengan penuh integriti dan mengelakkan penyalahgunaan,

penipuan dan ketidakjujuran terhadap Pekongsi lain dan Pentadbir terutama

ketika menyerahkan Perbelanjaan Perubatannya untuk dikongsikan;

3.3.7. menyatakan pendapat, kebimbangan, atau aduannya secara konstruktif dan

ditujukan kepada pihak yang betul dan menyelesaikan sebarang Pertikaian

mengikut kaedah seperti yang digariskan dalam Bahagian 6.3; dan

3.3.8. menjaga hubungan baik sesama Pekongsi lain atau kakitangan Pentadbir.

Page 13: 1. MAKLUMAT UMUM 1.1. Tentang Gather Care

13 | P a g e

PROGRAM GUIDELINE ver. December 12_2020

Versi sebenarnya tertakluk kepada versi bahasa Inggeris

Untuk kepentingan semua Pekongsi dan untuk mengurangkan jumlah

Perbelanjaan Perubatan yang Layak yang dikongsi dalam Program ini, setiap

Pekongsi bertanggungjawab untuk:

3.3.9. menjalani gaya hidup sihat seperti menjaga pemakanan dengan betul,

bersenam, dan menghentikan tabiat tidak sihat, menguruskan tekanan dan

menghapuskan faktor risiko yang berbahaya di dalam kawalannya;

3.3.10. mendapatkan nasihat perubatan apabila perlu, mengambil langkah yang

diperlukan untuk memahami nasihat perubatan yang diterimanya dan

sebarang diagnosis yang diberikan, dan mendapatkan rawatan perubatan

yang diperlukan dengan segera;

3.3.11. mengurus dengan baik penjagaan kesihatan diri sendiri, dan membuat pilihan

rawatan kesihatan yang betul, tepat, dan secara bijaksana;

3.3.12. mendapatkan terlebih dahulu anggaran kos sebelum mendapatkan Rawatan

Perubatan apabila mungkin, dan membuat pilihan yang paling menjimatkan;

3.3.13. tidak menyalahgunakan apa-apa preskripsi atau ubatan yang dibenarkan oeh

undang-undang, menjauhi sepenuhnya dadah terlarang, dan menghadkan

pengambilan alkohol dan rokok kepada jumlah yang sederhana; dan

3.3.14. memberi kuasa kepada Program untuk mempunyai akses penuh ke semua

rekod perubatan sekiranya Pekongsi didapati mempunyai rekod tuntutan

sebelumnya dari organisasi lain.

Pentadbir berhak untuk menamatkan penyertaan Pekongsi jika didapati

Pekongsi gagal melaksanakan tanggungjawabnya.

3.4. Hak-hak Pekongsi

Di bawah Program ini, seorang Pekongsi adalah berhak untuk:

3.4.1. menerima respons dan layanan yang baik dan selayaknya dari semua

kakitangan dan wakil Pentadbir;

3.4.2. mendapatkan malklumat jelas dan tepat berkaitan Program ini daripada pihak

Pentadbir;

3.4.3. mendapat jaminan bahawa kesemua rekod perubatan dan maklumat

peribadinya dijaga kerahsiaan dan mematuhi Dasar Privasi;

3.4.4. mendapat jaminan bahawa Perbelanjaan Perubatannya diproses dan disemak

dengan tepat oleh TPA dan Pentadbir untuk dikongsikan mengikut Garis

Panduan Program ini;

Page 14: 1. MAKLUMAT UMUM 1.1. Tentang Gather Care

14 | P a g e

PROGRAM GUIDELINE ver. December 12_2020

Versi sebenarnya tertakluk kepada versi bahasa Inggeris

3.4.5. memfailkan Pertikaian (sebagaimana didefinisikan selanjutnya) sesuai dengan

Garis Panduan Program ini tanpa sebarang rasa takut akan prasangka atau

akibat, dan menyatakan keprihatinan atau mengemukakan rayuan

bersesuaian dengan Garis Panduan Program ini mengenai keputusan yang

dibuat atas pertikaiannya; dan

3.4.6. memberi pandangan dan cadangan atau maklumbalas berkaitan Program ini

untuk dipertimbangkan oleh pihak Pentadbir;

3.5. Penarikan diri dari Program

Pekongsi boleh menarik diri secara sukarela dari Program ini dengan menekan butang

"Withdrawal" melalui sistem. Setelah itu, kod pengesahan SMS akan dihantar kepada

Pekongsi, kod itu perlu dimasukkan ke dalam sistem untuk menyelesaikan proses

penarikan diri. Setelah selesai, status Pekongsi akan kekal Aktif selama 26 hari berikutnya.

Selepas 26 hari, proses bayaran balik akan dimulakan untuk mengembalikan Deposit

Perkongsian yang berbaki. Walau bagaimanapun, dalam tempoh 26 hari tersebut,

Pekongsi masih bertanggungjawab untuk menyumbang jumlah sebenar jika terdapat

aktiviti Perkongsian dalam tempoh tersebut.

3.6. Hilang kelayakan penyertaan Program

3.6.1. Digantung dari Program

Pekongsi boleh digantung dari Program atas sebab kegagalan pembayaran

Penambahan Deposit Perkongsian atau pembayaran Yuran Penyertaan

Tahunan. Tempoh panggantungan adalah selama 26 hari, jika Pekongsi

melunaskan pembayaran tertunggak dalam jangka waktu tersebut, status

Pekongsi akan kembali Aktif dengan segera. Sekiranya Pekongsi tidak

melakukan pembayaran selepas 26 hari, penyertaan akan ditamatkan dan

proses bayaran balik akan dimulakan untuk mengembalikan Deposit

Perkongsian yang berbaki. Walau bagaimanapun, dalam tempoh 26 hari

tersebut, Pekongsi masih bertanggungjawab untuk menyumbang jumlah

sebenar jika terdapat aktiviti Perkongsian dalam tempoh tersebut. Pekongsi

tidak lagi berhak mendapat manfaat dari Project GC.

3.6.2. Disenarai hitam dari Program

Sekiranya Pekongsi didapati sengaja menyembunyikan sejarah rekod

perubatannya atau maklumat penting mengenai kesihatannya, perbuatan ini

dianggap sebagai penyalahgunaan atau penipuan terhadap komuniti GC.

Pentadbir mempunyai hak mutlak untuk menyenarai hitam Pekongsi tersebut

daripada menyertai Program ini.

Apabila Pekongsi disenarai hitamkan, proses bayaran balik akan dimulakan

untuk mengembalikan Deposit Perkongsian yang berbaki.

Page 15: 1. MAKLUMAT UMUM 1.1. Tentang Gather Care

15 | P a g e

PROGRAM GUIDELINE ver. December 12_2020

Versi sebenarnya tertakluk kepada versi bahasa Inggeris

3.7. Polisi pembayaran balik

Sekiranya terdapat pembayaran balik dari baki Deposit yang tidak digunakan seperti

yang diputuskan oleh Pentadbir, Pentadbir akan mengambil masa selama 60 hari untuk

memproses pembayaran balik kepada Pekongsi. Adalah dimaklumkan bahawa Yuran

Penyertaan Tahunan tidak boleh dipulangkan dalam apa jua situasi, kecuali kes caj

bertindih melalui sistem. Sekiranya berlaku caj bertindih seperti Bayaran Penyertaan

Tahunan dan Penambahan Deposit Perkongsi, Pentadbir akan mengambil masa 30 hari

untuk memproses pembayaran balik kepada Pekongsi.

3.8. Pengembalian status Pekongsi

Pekongsi yang telah menarik diri / digantung / disenarai hitam dari program, setelah

dipulangkan baki Deposit Perkongsiannya, akaun Pekongsinya akan ditamatkan.

Sekiranya Pekongsi ingin menyertai Program ini semula, Pekongsi dibenarkan mendaftar

sekali lagi melalui sistem, tetapi manfaat terkumpul sepanjang menjadi Pekongsi

sebelum itu akan terhapus. Penyertaan semula adalah tertakluk kepada kelulusan

Pentadbir.

Page 16: 1. MAKLUMAT UMUM 1.1. Tentang Gather Care

16 | P a g e

PROGRAM GUIDELINE ver. December 12_2020

Versi sebenarnya tertakluk kepada versi bahasa Inggeris

4. Kos Perkongsian dan kos-kos lain

4.1. Had Maksimum Perkongsian Bulanan dan Kos Perkongsian Sebenar

4.1.1. Had Perkongsian Bulanan

4.1.1.1. Setelah mendaftar, Pekongsi adalah terikat dengan Had Maksimum

Perkongsian Bulanan iaitu RM50 atau jumlah yang lebih rendah yang

dipaparkan di Laman Web Rasmi pada setiap 24 haribulan bersama-

sama notifikasi dari sistem Gather Care.

4.1.1.2. Setakat ini, Tarikh Akhir bulanan ditetapkan pada hari ke-24 setiap

bulan. Setiap 24 haribulan, Pentadbir akan mengumumkan Kes

Perkongsian di laman web, sistem, dan media sosial. Oleh itu, setiap

bulan ditakrifkan sebagai tempoh dari 24 haribulan hingga 25

haribulan berikutnya.

4.1.1.3. Gather Care berhak untuk mengubah Had Perkongsian Bulanan dari

semasa ke semasa.

4.1.2. Kos Perkongsian Sebenar

4.1.2.1. Jumlah Kos Perkongsian Sebenar adalah komitmen pembayaran

Perkongsian sebenar oleh Pekongsi untuk bulan tertentu dan akan

ditentukan oleh jumlah keseluruhan Bil Rawatan Perubatan yang

dibayar pada Tarikh Akhir Bulanan dan akan dikongsi di antara

Pekongsi.

4.1.2.2. Project GC berhak untuk menerapkan faktor pendaraban pada

Jumlah Perkongsian Sebenar untuk Pekongsi dengan profil risiko

tertentu:

• Perokok menyumbang 1.2 kali ganda dari jumlah Perkongsian

Bulanan Sebenar.

4.1.2.3. Jumlah Kos Perkongsian Sebenar akan dikumpulkan setiap minggu

atau pada kekerapan yang difikirkan sesuai oleh Pentadbir. Walau

bagaimanapun, jumlah Perkongsian yang dikumpulkan tidak boleh

melebihi Had Perkongsian Bulanan seperti yang digambarkan di

bawah:

Illustrasi 1:

Had Perkongsian Bulanan RM50

Jumlah kos Rawatan Perubatan yang layak dikongsikan: RM40,000

Bilangan Pekongsi Aktif: 1,000

Page 17: 1. MAKLUMAT UMUM 1.1. Tentang Gather Care

17 | P a g e

PROGRAM GUIDELINE ver. December 12_2020

Versi sebenarnya tertakluk kepada versi bahasa Inggeris

Jumlah Kos Perkongsian Bulanan setiap Pekongsi bagi bulan tersebut:

RM40

Dalam gambaran di atas, setiap Deposit Perkongsian Aktif akan

ditolak dengan Jumlah Perkongsian Sebenar sebanyak RM40, iaitu

kurang daripada Had Perkongsian Bulanan yang ditetapkan pada

RM50.

4.1.2.4. Sekiranya jumlah Jumlah Perkongsian Sebenar melebihi Had

Perkongsian Bulanan sebanyak RM50, Jumlah Perkongsian Sebenar

pada bulan tersebut akan dihadkan pada RM50 dan jumlah baki yang

tidak dikongsi akan dibawa ke bulan hadapan seperti yang

digambarkan di bawah:

Illustrasi 2:

Had Perkongsian Bulanan RM50

Jumlah kos Rawatan Perubatan yang layak dikongsikan: RM60,000

Bilangan Pekongsi Aktif: 1,000

Jumlah Kos Perkongsian Bulanan setiap Pekongsi bagi bulan tersebut:

RM50

Jumlah yang tidak dikongsi: RM60,000 - RM50,000 = RM10,000

Maka RM10,000 akan dibawa ke bulan hadapan untuk dikongsikan

4.2. Yuran Penyertaan Tahunan

Yuran berjumlah RM360 akan dikenakan dan harus dibayar oleh setiap Pekongsi semasa

mendaftar.

Bayaran yang dikumpulkan digunakan untuk menampung perbelanjaan terutama yang

melibatkan perkhidmatan TPA, caj Pemegang Amanah yang Dilantik, pemasaran, dan kos

operasi program ini.

Gather Care boleh, dari semasa ke semasa mengubah caj Yuran Penyertaan Tahunan dan

/ atau mengenakan caj tambahan, atas sebab dan pada masa yang difikirkan sesuai.

4.3. Deposit Perkongsian

Semasa mendaftar dan sepanjang berada di dalam program, Pekongsi perlu membayar

dan mengekalkan tahap Deposit Perkongsian. Sekiranya ada Deposit Perkongsian jatuh

ke bawah paras Had Perkongsian Bulanan (RM50), kad kredit / kad debit Pekongsi akan

didebitkan dengan jumlah yang diperlukan untuk menambah kembali baki Deposit

Perkongsian kepada RM100.

4.4. Caj Transaksi dan Cukai

Page 18: 1. MAKLUMAT UMUM 1.1. Tentang Gather Care

18 | P a g e

PROGRAM GUIDELINE ver. December 12_2020

Versi sebenarnya tertakluk kepada versi bahasa Inggeris

Setiap Pekongsi juga perlu menanggung bayaran-bayaran lain yang dikenakan untuk

menyumbang kepada Perkongsian termasuk caj transaksi online dan sebarang cukai

yang berkenaan pada kadar tertentu seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia

seperti Cukai Perkhidmatan. Project GC akan menyerap caj transaksi dan Cukai

Perkhidmatan bagi kutipan Yuran Penyertaan Tahunan, jika ada.

4.5. Insentif dan Ganjaran untuk for Pekongsi

Bagi menggalakkan penyertaan dalam Program ini dan mempromosikan gaya hidup sihat,

Pentadbir boleh mengikut budi bicaranya sendiri untuk memberikan insentif dan

ganjaran dalam bentuk diskaun Perkongsian Bulanan atau pengurangan atau

pengecualian Yuran Penyertaan Tahunan atau bentuk lain yang difikirkan sesuai oleh

Pentadbir dari semasa ke semasa sebagai motivasi kepada Pekongsi.

Page 19: 1. MAKLUMAT UMUM 1.1. Tentang Gather Care

19 | P a g e

PROGRAM GUIDELINE ver. December 12_2020

Versi sebenarnya tertakluk kepada versi bahasa Inggeris

5. MANFAAT PEKONGSI DAN KOS RAWATAN PERUBATAN

5.1. Jadual Manfaat Pekongsi

Program ini menanggung Kos Rawatan Perubatan Pekongsi yang berpatutan dan di

dalam lingkungan kebiasaan ketika dimasukkan ke hospital sebagai Pesakit Dalam

(“Pesakit Dalam”) untuk Rawatan Perubatan yang Diperlukan oleh, atau di bawah arahan

Hospital Panel.

Program ini bukan satu skim insurans. Objektif Program ini adalah untuk membantu

Pekongsi dalam menangani kos perubatan mereka dengan keadah Perkongsian orang

ramai.

Oleh itu, pada awal pelancarannya, pihak Pentadbir cukup terbuka dari segi jenis dan

jumlah bil perubatan yang dihantar untuk Perkongsian untuk memudahkan prosesnya.

Demi kepentingan komuniti Project GC, Sebagai Pentadbir bagaimaapun berhak untuk

mengubah jumlah kos yang dikongsi yang mana dianggap bersesuaian. Keputusan

Pentadbir adalah muktamad.

Pentadbir juga telah menjalin kerjasama strategik dengan Juruaudit Perubatan

Profesional Pihak Ketiga ("TPA"), iaitu Eximius Medical Administration Solutions Sdn Bhd

(eMAS) bagi menguruskan keseluruhan proses kemasukan ke hospital dan tuntutan

bayaran oleh Peserta Program ini.

5.1.1. Had Perkongsian Tahunan Perbelanjaan Perubatan di Hospital

Had permulaan bagi Perbelanjaan Perubatan yang layak untuk dikongsi adalah

RM1,000,000. Had ini akan diperbaharui setiap (12) bulan dengan kenaikan

RM200,000 setiap kali, tidak terhad kepada umur Pekongsi.

5.1.2. Pembayaran Pampasan Kematian

Sekiranya Pekongsi meninggal dunia atas sebab apa pun, jumlah pembayaran

pampasan permulaan sebanyak RM5,000 akan diberikan kepada ahli keluarga

terdekat Pekongsi. Jumlah ini adalah sebahagian daripada Perbelanjaan yang

layak untuk dikongsi. Had permulaan akan meningkat sebanyak RM1,000 pada

akhir setiap dua belas (12) bulan berikutnya dari tarikh pendaftaran sebagai

Pekongsi. Had Bayaran Pampasan Kematian akan ditetapkan semula ke had

permulaan RM5,000 sekiranya Pekongsi menarik diri dan kemudiannya

menyertai semula.

Untuk menuntut Pampasan Kematian ini, ahli keluarga terdekat Pekongsi

mesti memaklumkan Project GC, menyediakan sijil kematian Pekongsi yang

telah meninggal dunia serta dokumen lain yang diperlukan. Project GC hanya

akan membayar Pampasan Kematian setelah berpuas hati dengan identiti atau

kedudukan sah ahli keluarga terdekat.

5.1.3. Had Perkongsian Perbelanjaan Perubatan bagi Kecederaan Kemalangan Diri

Page 20: 1. MAKLUMAT UMUM 1.1. Tentang Gather Care

20 | P a g e

PROGRAM GUIDELINE ver. December 12_2020

Versi sebenarnya tertakluk kepada versi bahasa Inggeris

Pekongsi boleh mendapatkan bantuan perubatan kecemasan bagi kes

Kemalangan Diri. Project GC membenarkan had Perkongsian maksimum

sebanyak RM20,000 untuk sebarang kes kecederaan akibat kemalangan yang

diluluskan. Kelayakan Perkongsian ini tidak tertakluk kepada Tempoh

Menunggu. Setelah tamat Bayaran Permulaan 60 hari, faedah ini akan

ditingkatkan dan menjadi Had Perkongsian Tahunan Perbelanjaan Perubatan

Hospitalisasi seperti Bahagian 5.1.1.

5.1.4. Rawatan Kanser Pesakit Luar

Kos Rawatan Kemoterapi dan Elektroterapi yang layak untuk dikongsi

dihadkan pada RM100,000, yang berasingan daripada RM1,000,000 Had

Perkongsian Tahunan Perbelanjaan Perubatan Hospitalisasi di mana ia

merupakan rawatan pesakit luar.

5.2. Perbelanjaan Perubatan Hospital yang Layak untuk Perkongsian

5.2.1. Bilik dan Dewan Hospital

Perbelanjaan Perubatan untuk penginapan dan makan di bilik hospital semasa

dimasukkan ke hospital, terhad kepada maksimum RM150.00 sehari, tidak

melebihi maksimum 120 hari untuk setiap Tahun Berkongsi. Secara asasnya

bilik empat tempat tidur harus dipilih dan tertakluk kepada had RM150 sehari.

Bagi caj yang melebihi RM150 sehari, bakinya hendaklah ditanggung oleh

Pekongsi. Pekongsi tidak boleh memilih jenis bilik yang lebih baik daripada bilik

empat tempat tidur kecuali jika telah dihuni sepenuhnya atau tidak tersedia.

5.2.2. Unit Rawatan Rapi

Perbelanjaan Sebenar Rawatan Perubatan untuk bilik dan dewan yang

ditanggung di Unit Rawatan Rapi Hospital.

5.2.3. Caj Ambulan

Caj untuk Perkhidmatan Ambulan (termasuk caj kakitangan) sehala dan/atau

dua hala sehingga RM250.

5.2.4. Bekalan dan Perkhidmatan Hospital

Perbelanjaan Perubatan untuk:

(i) kejururawatan am;

(ii) ubat-ubatan yang ditetapkan dan dimakan;

(iii) pembalut, pendakap, pelekat plaster;

(iv) sinar-x;

(v) pemeriksaan makmal;

(vi) elektrokardiogram;

(vii) fisioterapi;

(viii) sediaan dan suntikan intravena;

(ix) pengambilan darah dan plasma darah termasuk kos darah dan plasma.

Page 21: 1. MAKLUMAT UMUM 1.1. Tentang Gather Care

21 | P a g e

PROGRAM GUIDELINE ver. December 12_2020

Versi sebenarnya tertakluk kepada versi bahasa Inggeris

5.2.5. Caj Pembedahan

Perbelanjaan Perubatan bagi Pembedahan yang dilakukan oleh Pakar Bedah.

5.2.6. Caj Dewan Bedah

Perbelanjaan Perubatan bagi penggunaan Dewan Bedah dan Peralatan yang

diperlukan bagi prosedur terbabit.

5.2.7. Caj Bius

Perbelanjaan Perubatan bagi pembiusan yang dilakukan oleh Pakar Bius.

5.2.8. Lawatan Doktor di hospital

Perbelanjaan Perubatan bagi lawatan Doktor ke atas Pesakit Dalam tertakluk

kepada maksimum 2 lawatan sehari, tidak melebihi 240 lawatan dalam 1

Tahun Berkongsi. Rawatan Harian dan Pembedahan Harian tertakluk kepada

maksimum 1 lawatan sehari.

5.2.9. Rawatan Harian dan Pembedahan Harian

Selaras caj yang dikenakan.

5.2.10. Pandangan Kedua bagi pembedahan

Sekali, selari caj yang dikenakan bagi Pandangan nasihat yang dterima 60 hari

sebelum prosedur/rawatan dijalankan.

5.2.11. Cukai Barangan dan Perkhidmatan Malaysia

Cukai Barangan dan Perkhidmatan Malaysia semasa selari dengan caj yang

dikenakan pada Perbelanjaan Perubatan yang ditetapkan di Bahagian 4.4.

5.3. Perbelanjaan Perubatan Hospital yang Tidak Layak untuk Perkongsian

5.3.1. Ujian Diagnostik Pra-Hospital

5.3.2. Konsultansi Pakar Pra-Hospital

5.3.3. Rawatan Lanjutan selepas penghospitalan

5.3.4. Pemindahan Organ

5.3.5. Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar

5.3.6. Pengguguran. Rawatan Perubatan yang berkaitan dengan pengguguran

kecuali jika keadaan nyawa ibu terancam jika kehamilan diteruskan dan

kelahiran melalui pembedahan caesar telah ditentukan oleh pakar

neonatologi sebagai tidak disarankan.

Page 22: 1. MAKLUMAT UMUM 1.1. Tentang Gather Care

22 | P a g e

PROGRAM GUIDELINE ver. December 12_2020

Versi sebenarnya tertakluk kepada versi bahasa Inggeris

5.3.7. Perjalanan Melalui Udara. Rawatan Perubatan untuk kecederaan semasa

perjalanan melalui udara, kecuali sebagai penumpang yang membayar

tambang kepada syarikat penerbangan yang diiktiraf yang beroperasi di laluan

udara berjadual, dan perjalanan melalui udara oleh mana-mana pesawat yang

disewa yang dilesenkan sebagai syarikat penerbangan udara yang diakui dan

diterbangkan oleh kru profesional antara lapangan terbang yang beroperasi

dan diselenggara.

5.3.8. Alkohol/Dadah. Rawatan Perubatan untuk kecederaan yang dialami

disebabkan penyalahgunaan dan/atau pengambilan alcohol atau dadah/ubat

farmaseutikal, termasuk rawatan rehabilitasi dadah dan/atau alcohol.

5.3.9. Rawatan Alternatif. Akupuntur, akupresur, aromaterapi, penjajaran tulang,

kiropraktik, rawatan jamu, terapi oksigen hiperbarik, urut, osteopati,

refleksologi, dan rawatan alternatif lain.

5.3.10. Khatan. Semua jenis Berkhatan.

5.3.11. Pembedahan Kosmetik. Pebedahan Plastik atau Kosmetik termasuk, tetapi

tidak terhad kepada, pembesaran atau pengecilan payudara (kecuali

pembentukan semula payudara selepas kanser payudara bagi payudara yang

terbabit dan yang tidak terbabit jika disarankan atas alasan keseimbangan),

kelopak mata berlapis, jearawat, pembuangan parut keliod, dll.

5.3.12. Komplikasi akibat Rawatan Perubatan yang tidak layak. Rawatan Perubatan

yang diperlukan atas sebab komplikasi yang timbul daripada Rawatan

Perubatan yang tidak layak dikongsi.

5.3.13. Penyakit Bawaan Keturunan. Rawatan Perubatan bagi Penyakit Bawaan

Keturunan, kecacatan seperti hernia kanak-kanak, cacat kaki CTEV, VSD, ASD,

Talasemia, dll.

5.3.14. Penjagaal Custodial. Rawatan Perubatan yang diberikan terutamanya sebagai

penawar rehat, pemeliharaan, penjagaan kustodian dan pemulihan atau

penjagaan lain yang tidak merawat kecederaan, seperti panggilan

kejururawatan peribadi atau lawatan ke rumah oleh Doktor dll.

5.3.15. Pergigian. Rawatan Pergigian, termasuk periodontik, ortodontik, gangguan

sendi temporomandibular (TMJ) atau pembedahan ortognatik, bayaran

hospital untuk kerja-kerja pergigian yang dilakukan di bawah anestesiologi

umum kecuali yang diperlukan oleh kecederaan kepada gigi semula jadi yang

sihat.

5.3.16. Alat Bantu Medikal (DME). Perbelanjaan Perubatan yang timbul dari

pembelian, penyewaan atau penggantian peralatan atau peranti bantu

Page 23: 1. MAKLUMAT UMUM 1.1. Tentang Gather Care

23 | P a g e

PROGRAM GUIDELINE ver. December 12_2020

Versi sebenarnya tertakluk kepada versi bahasa Inggeris

perubatan yang boleh digunakan semula, termasuk, tetapi tidak terhad

kepada, prostetik, anggota badan tiruan, ortotik, alat pendengaran, tiub,

ruang aero, topeng, peralatan latihan, peralatan pergerakan (tempat tidur,

kerusi roda, alat bantu berjalan dll) dan perbelanjaan yang berkaitan.

5.3.17. Bayaran Bilik Kecemasan untuk situasi bukan Kecemasan. Apabila Rawatan

di bilik kecemasan tidak diiktiraf sebagai keadaan kecemasan melalui standard

perubatan biasa dan ketika rawatan yang lebih murah tersedia dengan

mengambil langkah-langkah yang wajar untuk mendapatkan rawatan tersebut.

5.3.18. Program Senaman. Program latihan fizikal sebagai Rawatan untuk sebarang

kecederaan kecuali untuk pemulihan jantung yang diawasi oleh Doktor

dan/atau terapi fizikal Pesakit Dalam.

5.3.19. Rawatan Eksperimental, Penyelidikan, Tidak Terbukti atau Tidak Diluluskan.

Rawatan Perubatan yang bersifat eksperimental, penyiasatan atau tidak

terbukti, atau yang tidak sesuai dengan piawaian profesional yang diterima

atau yang tidak diperakui berdasarkan undang-undang Malaysia.

5.3.20. Penjagaan Mata. Terapi senaman mata, keratotomi radial atau pembedahan

mata lain untuk membetulkan rabun dekat, rabun jauh atau memperbaiki

ketajaman penglihatan. Juga, pemeriksaan mata rutin, termasuk pembiasan,

pembetulan lensa kacamata untuk penglihatan dan pemeriksaan untuk

pemasangannya.

5.3.21. Kecuaian dan Kelalaian. Rawatan Perubatan yang mana Pekongsi telah

bertindak dengan kelalaian atau tanpa menghiraukan keselamatan, seperti

yang dibuktikan oleh rekod perubatan dan sebagaimana yang ditentukan oleh

Pentadbir mengikut budi bicara mutlaknya.

5.3.22. Keguguran Rambut. Rawatan untuk keguguran rambut, pemindahan rambut

atau sebarang ubat yang menjanjikan pertumbuhan rambut, sama ada

disarankan oleh Doktor atau tidak.

5.3.23. Alat Bantu Pendengaran dan Pemeriksaan Pendengaran. Caj perkhidmatan

atau peralatan berkaitan pemeriksaan rutin pendengaran, alat bantuan

pendengaran, atau pemeriksaan untuk pemasangannya.

5.3.24. Hobi Merbahaya. Rawatan Perubatan untuk kecederaan disebabkan

penglibatan dalam aktiviti merbahaya. Sesuatu hobi itu disifatkan merbahaya

apabila melibatkan risiko kecederaan tubuh badan dan ancaman bahaya yang

berterusan dan berulang contohnya termasuk, tetapi tidak terhad kepada,

mendaki gunung, penggua, terjun bebas, atau terjunan bungee.

Page 24: 1. MAKLUMAT UMUM 1.1. Tentang Gather Care

24 | P a g e

PROGRAM GUIDELINE ver. December 12_2020

Versi sebenarnya tertakluk kepada versi bahasa Inggeris

5.3.25. Aktiviti Menyalahi Undang-Undang. Rawatan Perubatan untuk kecederaan

disebabkan penglibatan dalam aktiviti atau pekerjaan menyalahi undang-

undang; dengan melakukan atau cuba melakukan kejahatan, perbuatan

jenayah, serangan atau tingkah laku jahat lain; termasuk tetapi tidak terhad

kepada aktiviti dadah haram, jenayah terhadap orang ramai, jenayah terhadap

harta benda, dan kesalahan senjata api, semasa waras atau tidak siuman.

5.3.26. Mati Pucuk. Rawatan kesuburan lelaki.

5.3.27. Kemandulan. Diagnostik, pembaikan pembedahan, pembaikan bukan

pembedahan, impregnasi pembedahan dan ubat preskripsi untuk rawatan

kemandulan.

5.3.28. Rawatan Kesihatan Mental. Kaunseling psikiatri atau psikologi, kecacatan

mental atau saraf, ketidakupayaan belajar, bimbingan berkumpulan, terapi

biofeedback, ujian psikologi, rawatan, ubat-ubatan dan kemasukan ke hospital.

5.3.29. Rawatan Pelbagai. Rawatan untuk gangguan tidur dan berdengkur, rawatan

hiperhidrosis, terapi penggantian hormon, terapi sel induk dan rawatan untuk

gejala yang tidak berkaitan dengan kecacatan yang dapat didiagnosis secara

khusus, seperti keletihan dan malaise yang berterusan.

5.3.30. Tiada Keperluan Membayar. Perbelanjaan Perubatan yang Pekongsi tidak

mempunyai kewajiban disahkan keperluannya untuk dibayar.

5.3.31. Bekalan dan Peralatan Perubatan yang Tidak Dipreskripsikan. Bekalan dan

peralatan perubatan yang tidak dipriskripsikan termasuk, tetapi tidak terhad

kepada, ubat bebas, persediaan dan rawatan pertolongan cemas, vitamin,

makanan tambahan, ubat herba, sabun, agen anti obesiti atau pengurangan

berat badan, stoking elastik, tabung, topeng, persediaan ostomi, pam infusi

insulin, pembalut ace, kain kasa, jarum suntik, jalur ujian diabetes dan

persediaan yang serupa.

5.3.32. Bukan Hospital Panel. Rawatan Perubatan yang didapati dari, atau arahan

bukan dari Hospital Panel.

5.3.33. Rawatan Tidak Perlu Dari Segi Perubatan. Rawatan yang tidak memenuhi

kriteria Rawatan yang Diperlukan secara Medik atau tidak dinyatakan sebagai

Rawatan yang Diperlukan secara Medik, atau Rawatan yang tidak disyorkan

dan diluluskan oleh Doktor; atau Rawatan apabila Pekongsi tidak berada di

bawah jagaan Doktor biasa.

5.3.34. Caj Tidak Berpatutan dan Diluar Kebiasaan. Bayaran untuk Rawatan

Perubatan yang melebihi daripada Caj yang biasa dan berpatutan berdasarkan

penentuan Pentadbir yang bersesuaian dengan Garis Panduan Program ini.

Page 25: 1. MAKLUMAT UMUM 1.1. Tentang Gather Care

25 | P a g e

PROGRAM GUIDELINE ver. December 12_2020

Versi sebenarnya tertakluk kepada versi bahasa Inggeris

5.3.35. Pemindahan Organ. Perbelanjaan Perubatan untuk pemindahan organ tubuh

dan kos pemerolehan organ termasuk semua kos yang ditanggung oleh

penderma semasa pemindahan organ.

5.3.36. Rawatan Pesakit Luar. Mana-mana Rawatan Perubatan yang diterima oleh

Pesakit Luar, yang tidak berkenaan dengan Rawatan Pesakit Dalam.

5.3.37. Barang-barang Kemudahan Peribadi. Kemudahan untuk keselesaan peribadi

atau kemudahan serupa, seperti, tetapi tidak terhad kepada, televisyen,

telefon, faks, radio, penghawa dingin, unit pembersih udara, pelembap udara,

unit pemanasan elektrik, tempat tidur boleh laras bukan hospital, tilam

ortopedik, alat tekanan darah, alat timbangan, pembalut elastik atau stoking

dan, kit/pek kemasukan wad.

5.3.38. Kehamilan dan Bersalin. Rawatan yang berkaitan dengan kehamilan termasuk

kelahiran anak, keguguran, ibubapa, rawatan sebelum dan selepas kelahiran

dan pembedahan kecuali untuk keguguran akibat kemalangan.

5.3.39. Penyakit Sedia Ada. Rawatan Perubatan bagi penyakit-penyakit sedia ada.

Lihat keterangan di Bahagian 5.6.

5.3.40. Perlumbaan Profesional atau Acara Kompetitif. Rawatan Perubatan bagi

kecederaan semasa berlumba atau bertanding sebagai profesional.

Perlumbaan profesional bermaksud bahawa aktiviti seperti ini adalah

pekerjaan yang menjadi sumber pendapatan. Acara perlumbaan dan

pertandingan profesional merangkumi, tetapi tidak terhad kepada,

perlumbaan atau pertandingan kenderaan, motosikal, kapal air, ski atau rodeo.

5.3.41. Radiasi. Rawatan Perubatan untuk kesan-kesan radiasi atau pencemaran

radioaktif berpunca dari mana-mana sumber.

5.3.42. Pendakap Ganti. Penggantian pendakap kaki, lengan, punggung, leher, kecuali

terdapat perubahan yang ketara dalam keadaan fizikal Pekongsi yang

menjadikan peranti asalnya tidak lagi berfungsi.

5.3.43. Penjagaan Rutin dan Pencegahan - termasuk, tetapi tidak terbatas pada,

semua ujian dan prosedur pemeriksaan dan pemeriksaan pesakit yang sihat,

seperti:

• imunisasi dan vaksinasi fizikal;

• ujian alergi darah dan topikal;

• kajian makmal;

• Imbasan PET;

• pemeriksaan mamogram;

• pemeriksaan kolonoskopi;

Page 26: 1. MAKLUMAT UMUM 1.1. Tentang Gather Care

26 | P a g e

PROGRAM GUIDELINE ver. December 12_2020

Versi sebenarnya tertakluk kepada versi bahasa Inggeris

• ujian genetik;

• pembedahan profilaksis dan pencegahan tanpa sejarah diagnosis peribadi

dan cadangan Doktor; dan

• Pemeriksaan fizikal rutin, pemeriksaan kesihatan atau ujian yang tidak

berkaitan dengan rawatan atau diagnosis Kecacatan.

5.3.44. Kecederaan yang Disengajakan. Rawatan kerana bunuh diri, cubaan bunuh

diri atau kecederaan yang disengajakan sendiri, sementara waras atau tidak

siuman.

5.3.45. Penukaran Jantina. Rawatan untuk transeksualisme bukan kongenital,

dysphoria jantina atau penetapan semula atau perubahan seksual. Ini

termasuk ubat-ubatan, implan, terapi hormon, pembedahan, atau rawatan

perubatan atau psikiatri.

5.3.46. Pemandulan atau Pembalikan Pembedahan. Rawatan Perubatan untuk, atau

pembalikan, pembedahan pemandulan, termasuk vasektomi dan ligasi tuba

atau ubat dan alat kontraseptif.

5.3.47. Pengangkutan. Caj pengangkutan dengan ambulans untuk kecederaan yang

tidak membahayakan kesihatan atau mengancam nyawa Pekongsi secara

serius tidak layak untuk dikongsi. Juga, perbelanjaan tambahan untuk

pengangkutan ke Hospital Panel yang bukan merupakan Hospital Panel

terdekat yang mampu memberikan Rawatan Perubatan yang diperlukan tidak

layak untuk dikongsi.

5.3.48. Caj Perjalanan atau Penginapan. Bayaran untuk kos perjalanan atau

penginapan, sama ada disyorkan oleh Doktor atau tidak.

5.3.49. Rawatan Oleh Ahli Keluarga. Rawatan yang dilakukan oleh orang yang

biasanya tinggal serumah dengan Pekongsi, atau mempunyai kaitan dengan

Pekongsi sebagai pasangan, ibubapa, anak, saudara, sama ada hubungan itu

melalui darah daging atau termeterai melalui undang-undang.

5.3.50. Penyakit Bawaan Aktiviti Seksual, AIDS, dan Komplikasi Berkaitan AIDS,

Penyakit Berkaitan HIV. Pengecualian termasuk jangkitan yang tidak

disengajakan melalui transfusi, rogol, suntikan jarum yang berkaitan dengan

pekerjaan, atau seks dalam perkahwinan.

5.3.51. Tempoh Menunggu. Perbelanjaan Perubatan yang dikeluarkan semasa

Tempoh Menunggu. Lihat Bahagian 5.4 untuk maklumat lebih lanjut.

5.3.52. Perang. Segala Perbelanjaan Perubatan yang berlaku disebabkan oleh

tindakan perang, aktiviti ketenteraan, rusuhan, pemberontakan, kekacauan

awam, letupan senjata perang, aktiviti berkaitan keganasan, perang nuklear,

Page 27: 1. MAKLUMAT UMUM 1.1. Tentang Gather Care

27 | P a g e

PROGRAM GUIDELINE ver. December 12_2020

Versi sebenarnya tertakluk kepada versi bahasa Inggeris

perang / aktiviti perang atau biologi dan kimia yang diisytiharkan atau tidak

diisytiharkan.

5.3.53. Terapi Pertuturan dan Pemulihan Carakerja

5.3.54. Sebarang Jenis Implan

Pihak Pentadbir berhak untuk meneliti semula permohonan masuk dan invois

yang dikemukakan oleh Hospital Panel atau Pekongsi untuk dikongsikan, dan

dengan bantuan dari TPA untuk menerima atau menolak pembayaran

Perbelanjaan Perubatan yang dianggap tidak memenuhi syarat di bawah Garis

Panduan Program.

5.4. Tempoh Menunggu

5.4.1. Sebelum 60 hari

Selama Tempoh Menunggu, setiap Pekongsi boleh memohon Perkongsian

rawatan perubatan kecemasan kerana kecederaan akibat kemalangan diri

sehingga jumlahnya tidak melebihi RM20,000 keseluruhannya.

5.4.2. 60 hari tempoh menunggu (untuk penyakit bukan kritikal)

Setelah 60 hari tamat dari tarikh Bayaran Permulaan, Pekongsi layak untuk

Had Perkongsian Tahunan bagi Perbelanjaan Perubatan Hospitalisasi, kecuali

rawatan / pembedahan yang disebabkan oleh Penyakit Khusus dan Kritikal.

5.4.3. 180 hari tempoh menunggu (untuk penyakit khusus dan kritikal)

Setelah 60 hari tamat dari tarikh Bayaran Permulaan, atau 120 hari selepas

tempoh menunggu 60 hari, Pekongsi layak untuk Had Perkongsian Tahunan

bagi Perbelanjaan Perubatan Hospitalisasi, Termasuk rawatan / pembedahan

yang disebabkan oleh Penyakit Khusus dan Kritikal.

5.5. Penyakit Khusus dan Kritikal

5.5.1. Tekanan darah tinggi, kencing manis, dan penyakit kardiovaskular;

5.5.2. Semua jenis, termasuk ketumbuhan, kanser, sista, nodul dan polip;

5.5.3. Batu karang saluran kencing dan sistem saluran hempedu;

5.5.4. Semua jenis penyakit berkaitan telinga, hidung, dan tekak (termasuk sinusitis);

5.5.5. Herniasi, buasir, fistula hemorrhoids, fistula, hidrokel, atau varikokel;

5.5.6. Semua jenis penyakit berkaitan sistem pembiakan, termasuk endometriosis;

5.5.7. Semua jenis penyakit saraf tunjang (termasuk herniated disc) atau sebarang

penyakit sendi dan lutut dan;

5.5.8. Penyakit Kritikal:

5.5.8.1. Angin ahmar

5.5.8.2. Serangan jantung

Page 28: 1. MAKLUMAT UMUM 1.1. Tentang Gather Care

28 | P a g e

PROGRAM GUIDELINE ver. December 12_2020

Versi sebenarnya tertakluk kepada versi bahasa Inggeris

5.5.8.3. Kegagalan buah pinggang

5.5.8.4. Kanser

5.5.8.5. Pembedahan pintasan arteri koronari

5.5.8.6. Penyakit arteri koronari serius

5.5.8.7. Angioplast dan lain-lain pembedahan invasive untuk penyakit arteri

koronari

5.5.8.8. Kegagalan hati tahap akhir

5.5.8.9. Hepatitis Virus Fulminant

5.5.8.10. Koma

5.5.8.11. Ketumbuhan otak kecil

5.5.8.12. Lumpuh anggota

5.5.8.13. Buta

5.5.8.14. Hilang pendengaran

5.5.8.15. Lecur darjah ketiga

5.5.8.16. Jangkitan HIV disebabkan pemindahan darah

5.5.8.17. Jangkitan HIV melalui cara lain

5.5.8.18. AIDS

5.5.8.19. Penyakit paru-paru tahap akhir

5.5.8.20. Ensefalitis

5.5.8.21. Pembedahan besar / pindahan sum-sum tulang

5.5.8.22. Hilang keupayaan pertuturan

5.5.8.23. Pembedahan otak

5.5.8.24. Pembedahan injap jantung

5.5.8.25. Penyakit terminal

5.5.8.26. Hilang keupayaan kekal

5.5.8.27. Menigitis bawaan bakteria

5.5.8.28. Trauma kepala serius

5.5.8.29. Anemia Aplastik Kronik

5.5.8.30. Penyakit saraf motor

5.5.8.31. Parkinson

5.5.8.32. Penyakit Alzhemer / Dementia yang serius

5.5.8.33. Distrofi Otot

5.5.8.34. Pembedahan Aorta

5.5.8.35. Penyakit saraf MS

5.5.8.36. Hipertensi Arteri Pulmonari utama

5.5.8.37. Penyakit Cystic Medullary

5.5.8.38. kardiomyopati

5.5.8.39. Sistemic Lupus Erythematosus dengan komplikasi buah pinggang

yang serius

5.6. Penyakit Sedia Ada

5.6.1. Penyakit Sedia Ada membawa maksud sebarang Ketidakupayaan yang

diketahui oleh Pekongsi yang dimiliki sebelum tarikh pendaftaran. Pekongsi

Page 29: 1. MAKLUMAT UMUM 1.1. Tentang Gather Care

29 | P a g e

PROGRAM GUIDELINE ver. December 12_2020

Versi sebenarnya tertakluk kepada versi bahasa Inggeris

boleh dianggap mempunyai pengetahuan yang munasabah mengenai

penyakitnya apabila keadaannya adalah salah satu dari:

a) Pekongsi telah menerima atau sedang menerima rawatan;

b) Rawatan Perubatan telah disyorkan baginya;

c) gejala yang jelas dan tersendiri; atau

d) Kewujudan penyakit/kecederaan yang dapat dikenalpasti oleh orang yang

munasabah dalam keadaan sedemikian.

5.6.2. Perbelanjaan Perubatan yang ditanggung oleh Pekongsi dalam tempoh 5

tahun dari tarikh pendaftaran sebagai kesan daripada Penyakit Sedia Ada

(sama ada secara langsung atau tidak langsung) tidak layak untuk dikongsi.

Setelah 5 tahun penyertaan berterusan dalam Program ini dan selepas itu,

syarat tersebut tidak lagi dianggap sebagai Penyakit Sedia Ada.

5.6.3. Pekongsi diminta untuk mengisytiharkan apa-apa masalah kesihatan yang

sedia ada kepada Pentadbir semasa proses pendaftaran. Kegagalan untuk

mengisytihar sepenuhnya maklumat yang berkaitan dengan keadaannya

penyakit yang sedia ada pada saat mendaftar adalah satu kesalahan yang

melanggar kepercayaan bersama antara Pekongsi dan dapat menyebabkan

Pekongsi dibatalkan keahliannya dari Program ini seperti dijelaskan di

Bahagian 3.6. Pentadbir berhak membuat persetujuan akhir berkenaan

Penyakit Sedia Ada.

5.6.4. Sekiranya Pekongsi dimasukkan ke hospital atau mendapatkan rawatan di

hospital dengan keadaan penyakit/kecederaan yang sedia ada, atau didapati

mempunyai Penyakit Sedia Ada, Pekongsi tersebut akan kehilangan

kelayakannya sebagai Pekongsi dan penyertaannya akan ditamatkan. Semua

hak Pekongsi ke atas Deposit Perkongsiannya akan dilucutkan dan digunakan

untuk Perkongsian akan datang.

5.6.5. Perbelanjaan Perubatan yang ditanggung dan diserahkan untuk dikongsi

dalam 90 hari pertama dari Tarikh Pendaftaran mungkin tertakluk kepada

penelitian bagi Penyakit Sedia Ada oleh Pihak Pentadbir, termasuk, tetapi tidak

terhad kepada, permintaan untuk nota / rekod perubatan, carta hospital,

rekod pembedahan, keputusan ujian atau maklumat sejarah perubatan lain

yang berkaitan.

5.7. Hospital Panel

Perbelanjaan Perubatan yang dikeluarkan di Hospital bukan Panel tidak layak untuk

dikongsi. Sila rujuk senarai Hospital Panel di laman web GC.

5.8. Program ini adalah sumber kedua berbanding sumber lain

Page 30: 1. MAKLUMAT UMUM 1.1. Tentang Gather Care

30 | P a g e

PROGRAM GUIDELINE ver. December 12_2020

Versi sebenarnya tertakluk kepada versi bahasa Inggeris

5.8.1. Sekiranya Perbelanjaan Perubatan Pekongsi secara serentak dilindungi atau di

bawah tanggungjawab pelan insurans lain atau tanggungjawab pihak ketiga

(pihak yang bertanggungjawab menyebabkan Kecederaan), Pekongsi

digalakkan untuk menuntut Perbelanjaan Perubatannya dari syarikat insurans

atau pihak ketiga tersebut (“Pihak Bertanggungjawab Utama”) daripada

menyerahkan Perbelanjaan Perubatan ke Program ini untuk dikongsi bersama.

Syarat khas boleh dikenakan oleh Pentadbir mengenai pembahagian

Perbelanjaan Perubatan dalam keadaan seperti itu.

5.8.2. Sekiranya Pekongsi mengalami kecederaan dan Pihak Bertanggungjawab

Utama menolak untuk membayar melainkan jika ada penyelesaian melalui

perundangan, Pekongsi harus mengambil jalan penyelesaian perundangan.

Pentadbir, bagi pihak dan untuk kepentingan semua Pekongsi, akan

menyelidik mana-mana dan semua hak dan penyelesaian yang dimiliki oleh

Pekongsi terhadap mana-mana Pihak Bertanggungjawab Utama sehingga ke

tahap pendakwaan bagi menuntut kembali jumlah Perbelanjaan Perubatan

yang mana telah dikongsikan melalui Program ini dari Pihak

Bertanggungjawab Utama. Pekongsi akan memberikan atau diarah untuk

memberikan kepada Pentadbir semua kerjasama dan pertolongan seperti

yang diperlukan oleh Pentadbir untuk menentukan sama ada Perbelanjaan

Perubatan tersebut harus dibayar oleh Pihak Bertanggungjawab Utama dan

untuk mendapatkan hak dan penyelesaian. Pekongsi juga atas permintaan

Pentadbir, harus mengemukakan atau diarah untuk mengemukakan semua

dokumen diperlukan untuk membolehkan Pentadbir menjayakan tuntutan itu

dengan berkesan. Sekiranya Pekongsi tidak bekerjasama sepenuhnya dan

membantu Pentadbir, Perbelanjaan Perubatan tidak akan layak untuk dikongsi

di bawah Program ini dan Pekongsi harus mengembalikan semua Perbelanjaan

Perubatan yang dikongsikan untuk Pekongsi.

5.8.3. Sebarang jumlah yang dibayar oleh Pihak Bertanggungjawab Utama tidak akan

dikongsi. Sekiranya Perbelanjaan Perubatan dikongsikan dalam Program dan

kemudian diganti secara sukarela oleh Pihak Bertanggungjawab Utama atau

diberi pampasan oleh Pihak Bertanggungjawab Utama dalam penyelesaian,

penghakiman atau pemberian atau penyelesaian lain, penggantian atau

pampasan tersebut (setakat yang cukup mewakili pampasan untuk

Perbelanjaan Perubatan yang telah dikongsikan) mesti dikembalikan oleh

Pekongsi ke Kumpulan Deposit Perkongsian dengan segera untuk Perkongsian

di masa hadapan.

6. PENTADBIRAN DAN PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN

Page 31: 1. MAKLUMAT UMUM 1.1. Tentang Gather Care

31 | P a g e

PROGRAM GUIDELINE ver. December 12_2020

Versi sebenarnya tertakluk kepada versi bahasa Inggeris

6.1. Garis Panduan Program

Program ini ditadbir dan diselia melalui Garis Panduan Program ini. Pentadbir

bertanggungjawab untuk merumuskan dan menguatkuasakan Garis Panduan Program.

Dengan menjadi peserta Program, Pekongsi setuju untuk mematuhi Garis Panduan

Program. Garis Panduan Program semasa yang berkuatkuasa akan mengatur Program,

bukan Panduan Program yang ketika Pekongsi mendaftar dengan Program ini. Garis

Panduan Program adalah muktamad dan akan mengatasi pernyataan lisan yang dibuat

oleh kakitangan atau wakil Pentadbir.

6.2. Penggubalan Garis Panduan Program

Garis Panduan Program boleh diubah dari semasa ke semasa apabila keadaan

memerlukan dan ditentukan kesesuaiannya oleh Pentadbir. Pentadbir mempunyai

pilihan, mengikut budi bicara penuhnya, untuk terlebih dahulu mendengar suara

penasihat di antara, atau saranan dari Pekongsi sebelum membuat pindaan tersebut.

Pindaan pada Garis Panduan Program akan berkuatkuasa seberapa segera yang

difikirkan praktikal atau sebagaimana yang ditentukan oleh Pentadbir ("Tarikh

Berkuatkuasa") dan Garis Panduan Program yang diubah itu akan menggantikan semua

edisi lain dari Garis Panduan Program dan medium komunikasi lain, bertulis atau lisan.

Untuk mengelakkan keraguan, Perbelanjaan Perubatan diserahkan kepada Pentadbir

untuk dikongsi selepas Tarikh Berkuatkuasa akan tertakluk kepada pindaan Garis

Panduan Program, tanpa mengira tarikh Perbelanjaan Perubatan akan dikeluarkan.

Garis Panduan Program terbaru dapat diakses melalui pautan di sistem dan laman web.

Adalah menjadi tanggungjawab Pekongsi untuk merujuk Garis Panduan Program terkini

dari semasa ke semasa.

6.3. Penyelesaian Pertikaian dan Rayuan

Program ini adalah berdasarkan usaha ramai di mana para pesertanya secara sukarela

berkumpul untuk menyokong, menjaga dan saling membantu dengan cara yang

menguntungkan semua pihak. Program tanggungjawab bersama seperti ini mungkin

tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa para peserta memahami dan mematuhi

Garis Panduan Program ini. Oleh itu, adalah penting sekiranya terdapat pertanyaan,

masalah, keluhan, tuntutan, pertikaian atau perselisihan yang timbul dari, atau terkait

dengan, Program ini atau Garis Panduan Program (terutama mengenai penafsiran apa-

apa peruntukan Garis Panduan Program ini) ("Pertikaian") terjadi, metodologi untuk

menentukan dan mengatasi Pertikaian harus tersedia. Dengan bersetuju untuk

mengambil bahagian dalam Program ini, seorang Pekongsi bersetuju bahawa setiap

Pertikaian yang mungkin terjadi dengan atau antara satu sama lain, Program ini,

Pentadbir dan / atau pengarahnya, kakitangan, wakil dan rakannya, akan diselesaikan

dengan menggunakan prosedur berikut, dan hanya sebagai jalan terakhir.

6.3.1. Menentukan pertikaian

Page 32: 1. MAKLUMAT UMUM 1.1. Tentang Gather Care

32 | P a g e

PROGRAM GUIDELINE ver. December 12_2020

Versi sebenarnya tertakluk kepada versi bahasa Inggeris

Sebarang Pertikaian dapat dirujuk kepada Pentadbir untuk penentuan.

Pekongsi boleh menghubungi wakil khidmat pelanggan Pentadbir. Sila rujuk

laman web GC maklumat cara menghubungi.

Walaupun wakil khidmat pelanggan dilatih untuk bersikap telus dan berterus-

terang dalam perbualan telefon dan platform media sosial, respons rutin

melalui e-mel dan aplikasi media sosial, namun pendapat lisan yang

ditawarkan oleh mereka tidak memberi maksud keputusan muktamad oleh

Pentadbir. Pekongsi yang menghubungi wakil khidmat pelanggan untuk

memberitahu tentang keadaan mereka untuk menentukan pertikaian akan

diberi pendapat - bukan keputusan yang muktamad yang mengikat.

Pertanyaan formal oleh Pekongsi secara bertulis yang menjelaskan keadaan

dan secara khusus meminta keputusan yang muktamad dari Pentadbir

("Keputusan") akan dijawab secara bertulis dan akan secara jelas menyatakan

yang ianya adalah keputusan yang muktamad oleh Pentadbir dan Program.

6.3.2. Semakan Semula oleh Jawatankuasa Rayuan

Jika Pekongsi tidak berpuas dengan Keputusan tersebut dan mempunyai

alasan logik untuk mempercayai bahawa Keputusan itu dibuat dengan tidak

benar, Pekongsi dapat mengajukan rayuan untuk semak semula dan

dipertimbangkan kembali oleh jawatankuasa rayuan Program ("Jawatankuasa

Rayuan "). Rayuan untuk semakan mesti dibuat dalam tempoh 30 hari dari hari

Keputusan itu dibuat dan mesti dibuat secara bertulis, yang menyatakan

unsur-unsur Pertikaian dan semua fakta yang berkaitan.

Rayuan akan menangani semua perkara berikut, jika berkenaan:

(i) Apakah maklumat yang dimiliki Pentadbir yang tidak lengkap atau tidak

betul?

(ii) Bagaimana anda percaya Pentadbir telah salah menafsirkan maklumat

yang ada?

(iii) Apakah peruntukan dalam Garis Panduan Program yang anda percaya

Pentadbir telah salah mengaplikasikan atau salah tafsir?

Sekiranya diperlukan, Jawatankuasa Rayuan Dalaman dapat mengadakan

pertemuan dengan perayu untuk membincangkan dan / atau meminta perayu

untuk memberikan dokumen lebih lanjut atau memulakan penyelidikan lebih

lanjut.

Dalam waktu 30 hari dari rayuan atau waktu yang lebih lama yang diperlukan,

Jawatankuasa Rayuan akan membincangkan Pertkaian dan Keputusan awal

dan memberikan keputusan bertulis kepada Pekongsi. Keputusan

Jawatankuasa Rayuan adalah muktamad dan mengikat kedua-dua Pentadbir

dan Pekongsi.

Page 33: 1. MAKLUMAT UMUM 1.1. Tentang Gather Care

33 | P a g e

PROGRAM GUIDELINE ver. December 12_2020

Versi sebenarnya tertakluk kepada versi bahasa Inggeris

Pentadbir berhak untuk mengenakan bayaran rayuan yang harus dibayar oleh

Pekongsi.

6.3.3. Keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Rayuan adalah Muktamad dan

Mengikat

Bagi kepentingan Program ini, Pekongsi bersetuju bahawa kaedah di atas

untuk menyelesaikan Pertikaian adalah satu-satunya jalan keluar untuk setiap

pertikaian dan secara tegas mengenepikan haknya untuk mengajukan

tuntutan di mana-mana mahkamah sivil terhadap satu sama lain, samaada

Pentadbir dan / atau pengarahnya, kakitangan, rakan sekutu atau wakil,

berkenaan Pertikaian tersebut

6.3.4. Perundangan berkaitan

Untuk semua perkara prosedur dan isi mengenai Pertikaian yang termasuk

dalam syarat di atas, undang-undang Malaysia harus digunakan.

6.4. Jalan Alternatif untuk dibawa Perbelanjaan Perubatan yang Tidak Layak

6.4.1. Hampir kesemua Perbelanjaan Perubatan dapat ditentukan untuk dikongsi

atau tidak sesuai dengan Garis Panduan Program ini. Dalam hal-hal di mana

Garis Panduan Program ini mungkin tidak memberikan kejelasan mutlak,

Pentadbir biasanya dapat menentukan apakah Perbelanjaan Perubatan harus

dikongsi mengikut prosedur dan panduan kes lampau.

6.4.2. Sekiranya Pekongsi percaya bahawa Pentadbir telah salah menafsirkan Garis

Panduan Program ini atau keadaannya, Pekongsi yang tidak berpuas hati dapat

meminta pertimbangan semula melalui prosedur rayuan yang dijelaskan di

atas. Apapun hasil rayuan, kewujudan prosedur rayuan ini tidak boleh

ditafsirkan sebagai memberikan harapan supaya Perkongsian dapat dijalankan

atau hak yang dapat ditunaikan melalui perundangan kerana tidak ada hak

kontrak bagi menjalankan Perkongsian di bawah Garis Panduan Program ini.

Sebaliknya, prosedurnya adalah di mana Pekongsi dapat memastikan bahawa

Pentadbir menjalankan Perkongsian Perbelanjaan Perubatan menurut Garis

Panduan Program ini.

6.4.3. Permintaan untuk berkongsi Perbelanjaan Perubatan yang Tidak Layak yang

dikemukakan melalui Perkongsian Sukarela akan dinilai berdasarkan kriteria

seperti sejauh mana beban kewangan kepada Pekongsi, ketersediaan bantuan

dari sumber lain, sejauh mana Perbelanjaan Perubatan dapat dihindari, dan

bilangan permintaan lain yang belum selesai.

6.4.4. Pentadbir boleh mengikut budi bicara mutlaknya memilih dan menentukan

satu atau lebih kes-kes Perbelanjaan Perubatan yang Tidak Layak ini untuk

dikongsi melalui Perkongsian Belas Kasihan di mana Pekongsi lain boleh

menyumbang (tetapi tidak diwajibkan) sejumlah wang mengikut pilihan

Page 34: 1. MAKLUMAT UMUM 1.1. Tentang Gather Care

34 | P a g e

PROGRAM GUIDELINE ver. December 12_2020

Versi sebenarnya tertakluk kepada versi bahasa Inggeris

mereka sendiri sebagai tambahan kepada Perkongsian Sebenar yang

dikongsikan untuk membantu Pekongsi dengan Perbelanjaan Perubatan yang

Tidak Layak. Sumbangan yang dibuat oleh Pekongsi lain melalui Perkongsian

Belas Kasihan sepenuhnya adalah secara sukarela dan akan dikongsikan secara

berkadar di antara semua Perbelanjaan Perubatan yang Tidak Layak, sekiranya

jumlah sumbangan tidak dapat menampung jumlah Perbelanjaan Perubatan

yang Tidak Layak yang diminta untuk dikongsikan. Untuk tujuan Bahagian ini,

Pentadbir dapat dengan persetujuan Pekongsi sebelumnya, menerbitkan

maklumat atau dokumen tersebut untuk melihat Pekongsi yang lain untuk

membuat keputusan yang tepat untuk memberikan sumbangan tambahan

melalui Perkongsian Belas Kasihan.