Upload
others
View
9
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
UNDANG-UNDANG BRUNEI
Akta Elektrik PENG.71 1
UNDANG�NDANGBRUNru
EDISI SEMAKAN 1984
PENGGAL 71
ELEKTRIK
SUSUNAN BAB
Bab
1. Gelaran pendek.2. Lesen dikehendaki untuk menggunakan alat bagi pembekalan tenaga
elektrik.3. Kuasa membuat peraturan-peraturan.
UNDANG-UNDANG BRUNEI
Akta Elektrik PENG.71 3
AKTA ELEKTRIK
Satu Akta untuk mengadakan syarat bagi mengatur dan 4 tahun 1972.
mengawal pemasangan-pemasangan elektrik dan bagipenghasilan, pembekalan serta penggunaan tenagaelektrik.
Permulaan kuatkuasa : 5hb Mac, 1973.
1. Akta ini boleh digelar sebagai Akta Elektrik.
2. Tertakluk kepada pengecualian-pengecualian yang bolehditentukan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawahini, tiada seseorang pun boleh -
(a) menggunakan, mengerjakan atau menjalankanatau membenarkan supaya digunakan, dikerjakan atau
dijalankan sebarang kilang, alat atau mesin yangdibentuk kerana pembekalan atau penggunaan tenagaelektrik ; atau
(b) membekalkan kepada atau bagi kegunaansebarang orang lain tenaga daripada sebarang kilang,alat, atau mesin yang dibentuk kerana pembekalan atau
penggunaan tenaga elektrik,
kecuali di bawah dan menurut syarat-syarat sesuatu lesendi bawah Akta ini yang membenarkan dengan tegasnyapenggunaan atau pembekalan sedemikian, mengikutkeadaannya.
3. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi semuaatau mana-mana maksud yang berikut :-
(a) menentukan syarat-syarat yang lesen-lesen bolehdikeluarkan dan perlanjutan, penggantungan danpembatalannya serta bayaran-bayaran yang bolehdikenakan ke atasnya ;
(b) mengatur penggunaan dan pengurusan mana
mana mesin, alat, kawat-kawat atau pemasangan yangdidirikan setelah berjalannya kuatkuasa peraturanperaturan ini dan digunakan bagi menghasilkan,mengubah, menukar, membawa atau membekalkantenaga elektrik, supaya memperlindungi keselamatan
GelaranPendek.
Lesendikehendakiuntukmenggunakanalat bagipembekalantenagaelektrik.
Kuasamembuatperaturanperaturan.
UNDANG-UNDANG BRUNEI
4 PENG.71 Akta Elektrik
pemakai-pemakai atau pekerja-pekerja serta orang awam
daripada cacat cedera dengan sebab penggunaansedemikian ;
(c) mengecualikan dari peraturan-peraturan yangdibuat di bawah ini atau mana-mana satu daripadanya -
(i) sebarang mesin, alat, kawat-kawat atau
pemasangan yang telah pun didirikan bilamanaberjalan kuatkuasa Akta ini dan telah digunakanbagi menghasilkan, mengubah, menukar,membawa atau membekalkan tenaga elektrik ;
(ii) sebarang pemasangan atau sebahagiandaripadanya yang dipunyai oleh atau dijalankanoleh atau bagi pihak Kerajaan atau sebarangpenguasa dalam Negeri ;
(iii) sebarang jenis pemasangan atau alat khas yanglain;
(d) mengatur pemasangan kawat di bangunan danpemasangan kelengkapan, perkakas dan alat elektrikyang lain;
(e) menentukan masa-masanya dan caranya yangsebarang mesin, alat, kawat-kawat atau pemasangan bagipembekalan tenaga elektrik hendak diperiksa, notis (jikaada) yang akan diberi berhubung dengan pemeriksaanpemeriksaan dan persediaan-persediaan yang akandibuat oleh pemegang-pemegang lesen dan pengelolaanpemeriksaan-pemeriksaan sedemikian ;
(f) menentukan bentuk dan pembinaan pemasanganpemasangan, kawat-kawat atau alat bagi pembekalantenaga elektrik ;
(g) menentukan syarat-syarat dan ketentuanketentuan bagi pembekalan tenaga elektrik; danbayaran-bayaran yang akan dikenakan bersabitdengannya;
(h) mengatur cara tenaga elektrik hendak disukatdan dibenarkan supaya, atau dilarang dari, dibekalkanatau digunakan ;
UNDANG-UNDANG BRUNEI
Akta Elektrik PENG.71 5
(i) menentukan bagi mengatur dan mengubah jenis,tekanan dan kalanya tenaga elektrik yang dibekalkanitu ;
(j) menentukan ukuran-ukuran yang akan dipakaibagi menyukat besarnya pemasangan dan alat elektrik ;
(k) menentukan kelayakan-kelayakan yang akandipunyai oleh orang-orang sebelum mereka bolehdiamanatkan tanggungjawab terhadap pemasanganelektrik atau kawalan perjalanan alat elektrik ;
(I) mengatur cara melaksanakan perubahanperubahan kepada pemasangan-pemasangan elektrikyang sedang berjalan ;
(m) menentukan jenis notis-notis dan cara
menyampaikannya dan rekod-rekod yang akan disimpanbersabit dengan pemasangan-pemasangan bagipembekalan tenaga elektrik, pemeriksaan-pemeriksaandan sebarang perkara lain yang berhubung dengan Aktaini dan caranya dan orang yang akan menyimpannya ;
(n) menentukan cara mengira kuasa "generatorgenerator" dan "motor-motor" ;
(0)' mengenakan denda terhadap pelanggaransebarang peraturan-peraturan yang dibuat di bawahAkta ini ;
(p) menentukan sebarang perkara terhadap mana
mungkin nampaknya perlu membuat peraturanperaturan bagi menjalankan syarat-syarat Akta ini
dengan lebih baik lagi.
UNDANG-UNDANG BRUNEI
6 PENG. 71 Akta Elektrik
UNDANG-UNDANG TAMBAHAN
PERINGATAN: Tiada terdapat undang-undang tambahan.