Upload
dangdien
View
225
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
1
PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN
KHAS (MASALAH PENDENGARAN) BAGI PROGRAM KEJURUTERAAN
DAN HOSPITALITI DI POLITEKNIK
SYAFAWATI BINTI AZUDIN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal Dan Vokasional
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
JUN 2012
4
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kemahiran pengajaran pensyarah
pendidikan khas yang mengajar program kejuruteraan dan hospitaliti di politeknik.
Kajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 36 orang yang terdiri daripada
pensyarah pendidikan khas di empat buah politeknik iaitu Politeknik Sultan Ibrahim
(Johor Baharu), Politeknik Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah (Shah Alam),
Politeknik Ungku Omar (Perak) dan Politeknik Tunku Syed Sirajuddin (Perlis).
Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang terdiri daripada bahagian A
dan B. Bahagian A terdiri daripada latar belakang responden manakala bahagian B
pula mengandungi 26 item berdasarkan kepada 3 persoalan kajian iaitu merangkumi
aspek perancangan pengajaran, perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran, penilaian
pengajaran dan hubungan interpersonal. Kesahan item-item diperolehi menerusi
perbincangan dengan pakar-pakar. Data-data yang dikumpul seterusnya dianalisis
dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for
Windows Version 17.0. Hasil daripada analisis data, perbandingan telah dibuat di
antara program kejuruteraan dan program hospitaliti. Dapatan kajian menunjukkan
pensyarah kedua-dua program pendidikan khas ini memiliki kemahiran yang tinggi
dalam pengajaran. Beberapa cadangan telah dibuat bagi melahirkan pensyarah dan
juga pendidik yang berkualiti daripada aspek pengajaran. Hasil kajian ini diharapkan
dapat dijadikan panduan kepada pihak-pihak yang berkenaan bagi mewujudkan lebih
ramai generasi pendidik yang berkualiti.
5
ABSTRACT
This research was conducted to identify teaching skills of special education lecturers
who teach engineering and hospitality programs in the polytechnics. This descriptive
study involved a sample of 36 persons consisting of special education lecturers at
four polytechnics that is Polytechnic Ibrahim Sultan (Johor Bahru), Polytechnic
Sultan Abdul Aziz Shah (Shah Alam), Polytechnic Ungku Omar (Perak) and
Polytechnic Tunku Syed Sirajuddin (Perlis). The instrument used was a questionnaire
which is consist of parts A and B. Part A consists background of the respondents
while section B contains 26 items based on three research questions which is include
aspects of lesson planning, implementation of teaching and learning, assessment of
teaching and interpersonal relations. Validity of items obtained through discussion
with experts. Collected data then analyzed using Statistical Package for Social
Science (SPSS) for Windows Version 17.0 software. As a result of data analysis,
comparison was made between the engineering program and the hospitality program.
The findings showed that both lecturers of special education programs are highly
skilled in teaching. Several suggestions have been made to produce a lecturer and
also educator in terms of teaching quality. The study is expected to serve as a guide
to the parties which is concerned to create more generation of quality educators.
6
KANDUNGAN
TAJUK i
PERAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SIMBOL/SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
7
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 11.2 Latar Belakang Masalah 31.3 Penyataan Masalah 51.4 Tujuan Kajian 51.5 Objektif Kajian 51.6 Persoalan Kajian 61.7 Hipotesis Kajian 61.8 Kepentingan Kajian 71.9 Skop Kajian 71.10 Batasan Kajian 71.11 Kerangka Teori 81.12 Definasi Istilah 91.13 Rumusan 10
BAB 2 KA.JIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 11
2.2 Penubuhan Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia 11
2.3 Penubuhan Politeknik di Malaysia 12
2.4 Perkembangan Program Pendidikan
Khas di Malaysia 13
2.5 Program Pendidikan Masalah Pendengaran 15
2.6 Definisi Kemahiran 16
2.7 Kemahiran Guru Pendidikan Khas 18
2.8 Pengajaran Dan Pembelajaran 20
2.9 Peranan Pensyarah Dalam Pengajaran 21
2.10 Perancangan Pengajaran 22
2.11 Pelaksanaan Pengajaran 23
2.12 Penilaian Pengajaran 23
2.13 Hubungan Interpersonal 24
8
2.14 Rumusan 25
BAB 3 METODOLOGl KAJIAN
3.1 Pengenalan 26
3.2 Reka Bentuk Kajian 26
3.3 Populasi Kajian 27
3.4 Sample Kajian 27
3.5 Instrumen Kajian 28
3.5.1 Soal Selidik 28
3.6 Penilaian Instrument Kajian 29
3.7 Kerangka Operasi Kajian 29
3.8 Pembolehubah Kajian 31
3.9 Analisis Data 32
3.10 Jangkaan Dapatan Kajian 33
3.11 Rumusan 33
BAB 4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 34
4.2 Responden 34
4.3. Jantina 35
4.4. Umur 35
4.5 Kelayakan Ikhtisas Dalam Pendidikan 36
4.6 Pengalaman Sebagai Pensyarah Pendidikan
Khas Politeknik 37
4.7 Latihan Pendidikan Khas 37
4.8 Kemahiran Pensyarah Pendidikan Khas
Dalam Bidang Kejuruteraan 38
4.8.1 Perancangan Pengajaran 40
4.8.2 Perlaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran 39
4.8.3 Penilaian Pencapaian Pelajar 41
4.8.4 Hubungan Interpersonal 42
4.9 Kemahiran Pensyarah Pendidikan Khas
Dalam Bidang Hospitaliti 43
4.9.1 Perancangan Pengajaran 43
4.9.2 Perlaksanaan Pengajaran dan
9
Pembelajaran 45
4.9.3 Penilaian Pencapaian Pelajar 46
4.9.4 Hubungan Interpersonal 47
4.10 Perbezaan Kemahiran Pensyarah Pendidikan
Khas Dalam Bidang Kejuruteraan dan
Hospitaliti 48
4.11 Rumusan 49
BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 50
5.2 Kemahiran Yang Ada Pada Pensyarah
Pendidikan Khas Dalam Bidang
Kejuruteraan Dan Hospitaliti. 50
5.3 Kerangaka Kemahiran Pensyarah
Program Pendidikan Khas di Politeknik 53
5.4 Kesimpulan 54
5.5 Cadangan 55
5.6 Rumusan 56
RUJUKAN 57
LAMPIRAN 62
10
SENARAI JADUAL
3.1 Kaedah Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 30
4.1 Jumlah Responden 35
4.2 Bilangan Responden Berdasarkan Jantina 35
4.3 Bilangan Responden Berdasarkan Kategori Umur 36
4.4 Kelayakan Ikhtisas Responden 36
4.5 Pengalaman Responden Sebagai Pensyarah
Pendidikan Khas Politeknik 37
4.6 Latihan Pendidikan Khas 38
4.7 Interpertasi Min 38
4.8 Kemahiran Perancangan Pengajaran Yang Ada
11
Pada Pensyarah Pendidikan Khas Dalam Bidang
Kejuruteraan 40
4.9 Kemahiran Perlaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran Yang Ada Pada Pensyarah
Pendidikan Khas Dalam Bidang Kejuruteraan 41
4.10 Kemahiran Penilaiaan Pencapaian Pelajar Yang
Ada Pada Pensyarah Pendidikan Khas Dalam
Bidang Kejuruteraan 42
4.11 Kemahiran Hubungan Interpersonal Yang Ada
Pada Pensyarah Pendidikan Khas Dalam Bidang
Kejuruteraan 43
4.12 Kemahiran Perancangan Pengajaran Yang Ada
Pada Pensyarah Pendidikan Khas Dalam Bidang
Hospitaliti 44
4.13 Kemahiran Perlaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran Yang Ada Pada Pensyarah
Pendidikan Khas Dalam Bidang Hospitaliti 45
4.14 Kemahiran Penilaiaan Pencapaian Pelajar Yang
Ada Pada Pensyarah Pendidikan Khas Dalam
Bidang Hospitaliti 46
4.15 Kemahiran Hubungan Interpersonal Yang Ada
Pada Pensyarah Pendidikan Khas Dalam
Bidang Hospitaliti 47
4.16 Perbezaan Kemahiran Pengajaran Pensyarah
Pendidikan Khas Dalam Bidang Kejuruteraan
dan Hospitaliti 48
12
SENARAI RAJAH
1.1 Kerangka Teori 8
3.1 Kerangka Operasi Kajian 30
3.2 Pembolehubah Kajian 31
5.1 Kerangka Kemahiran Pengajaran dan
Pembelajaran 53
13
SENARAI SIMBOL/SINGKATAN/TATANAMA/ISTILAH
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
UTHM Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
R&D Research and Design
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
KPT Kementerian Pengajian Tinggi
JPIPT Jabatan Pengurusan IPT
IPTA Institut Pengajian Tinggi Awam
IPTS Institut Pengajian Tinggi Swasta
PTPTN Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional
BPTV Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional
14
JPTek Jabatan Pendidikan Teknikal
JPPKK Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti
SENARAI LAMPIRAN
A Borang Soal Selidik 62
B Pengesahan Soal Selidik 67
C Analisis Data 70
D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 74
E Carta Guntt Projek Sarjana 1 77
F Carta Guntt Projek Sarjana 2 78
16
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekankan usaha penting sektor pendidikan
negara dalam melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), kerajaan
telah menggariskan teras bagi meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi
negara serta memupuk minda kelas pertama sebagai satu dari lima teras utama dalam
usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Pelan Strategik
Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dilancarkan pada 27 Ogos 2007 untuk
merealisasikan matlamat pembangunan modal insan dalam menghadapi cabaran
pembangunan ekonomi yang berlandaskan ilmu pengetahuan dan inovasi.
Menurut Md Din (2003) menjelaskan bahawa pendidikan tinggi memainkan
peranan penting di dalarn pembinaan negara. Tujuan utama pendidikan tinggi adalah
untuk memupuk semangat perpaduan dan menjana sumber tenaga dalam sektor
kerajaan dan swasta. Secara khusus pembangunan pendidikan tinggi bertujuan untuk
penjanaan sumber tenaga untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D),
pembangunan sahsiah pelajar, penerapan budaya kualiti, pembelajaran sepanjang
hayat
Pendidikan adalah hak asasi semua manusia dan dari segi falsafahnya, semua
insan di dunia ini mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Apabila
berbicara tentang peluang pendidikan terhadap pelajar berkeperluan khas, mereka
juga mempunyai minat, hasrat dan cita-cita yang setanding dengan individu normal.
Mereka juga perlu diberikan peluang yang sama dengan individu normal yang lain
supaya mereka tidak tersisih daripada arus pembelajaran nasional kerana ada dalam
17
kalangan mereka mempunyai kecerdasan kognitif yang setanding dengan individu
yang sempurna malah mereka mampu melebihi pencapaian pelajar yang normal
(Salleh, 2003; Mahmood, 2007; Tahir, 2009).
Antara kategori pelajar berkeperluan khas yang dianggap dapat mengikuti
sesi pembelajaran dengan baik ialah Sindrom Down, autisme ringan, Attention
Deficit Hyperactive Disorder, terencat akal minimum dan masalah
pembelajaran spesifik (Mapsiah dan Salleh, 1995). Dalam usaha mendidik dan
meningkatkan keupayaan pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar khas, silibus
yang digubal tidak perlu berbeza dengan pelajar normal iaitu penekanan kepada
perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara (Yusuf, 2007). Namun begitu, kaedah yang digunakan dalam
mendidik pelajar khas ini sememangnya berbeza dengan pelajar normal. Mereka
perlu diberikan lebih keutamaan dari aspek penyediaan dan latihan guru, silibus
mahupun kelengkapan yang disediakan di institusi pendidikan.
Pada tahun 2007 terdapat seramai 4,255 orang kurang upaya telah didaftar
sebagai pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia (Kementerian
Pengajian Tinggi, 2007). Walaupun terdapat hanya sebilangan kecil pelajar kurang
upaya yang belajar bersama pelajar tipikal lain, tetapi penerimaan mereka di
Politeknik masih lagi menjadi tanda tanya. Institusi pengajian tinggi (IPT) samada
awam atau swasta di negara ini, staf akademik lazimnya terdiri dari golongan
profesional dengan latarbelakang pendidikan dan disiplin yang berbagai-bagai. Oleh
itu keperluan golongan profesional ini dilatih untuk menjadi pendidik profesional
adalah merupakan hakikat yang perlu di terirna oleh semua pihak.
Masyarakat meletakkan pendidikan sebagai penentu kualiti pendidikan. Oleh
itu staf akademik di pertanggungjawab mendidik golongan pelajar atau mahasiswa
yang merupakan bakal graduan yang akan dilahirkan oleh sesebuah universiti.
Peranan dan tanggungjawab pensyarah sebagai pendidik adalah kompleks dan ini
bermakna pensyarah perlu memiliki keupayaan atau kemahiran bagi memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat berjalan dengan berkesan.
Kemahiran diertikan sebagai ketrampilan, kecekapan dan pengetahuan guna
tenaga dalam bidang teknikal yang melibatkan operasi kognitif, psikomotor dan
penggunaan sumber yang berkesan (Sahaat, 2007). Dalam konteks ini, kemahiran
bermaksud ketrampilan, kecekapan dan berpengetahuan dalam menyampaikan
kemahiran kepada golongan pelajar berkeperluan khas. Sebagai pendidik, guru-guru
18
perlu menguasai kemahiran, terutama yang berkaitan cara-cara mendidik, mengasuh
malah membimbing pelajar berkeperluan khas ini supaya mereka mampu bangun dan
menjadi salah satu golongan penyumbang kepada pembangunan sumber manusia
negara.
Kemahiran dan teknik pengajaran yang baik serta serasi dengan kemampuan
pelajar berkeperluan khas dijangka dapat mempertingkatkan minat mereka terhadap
mata pelajaran yang dipelajari (Sulaiman, 2003). Dalam usaha mendidik golongan
ini, kemahiran yang tinggi yang dimiliki khususnya dalam bidang teknikal dijangka
akan dapat membantu mereka merasa tidak tersisih serta mampu belajar dengan lebih
berkesan. Tenaga pengajar untuk golongan ini juga sebenarnya memerlukan latihan
yang khas yang sememangnya berbeza dengan mendidik atau mengajar pelajar yang
normal. Mereka bukan sahaja harus mempunyai kelayakan perguruan yang asas
untuk mengajar kanak-kanak normal, akan tetapi perlu memiliki pengalaman
mengajar sekurang-kurangnya lima tahun dalam pendidikan khas, bermotivasi tinggi
dan kreatif dalam membantu golongan berkeperluan khas malah perlu mempunyai
tahap kesabaran yang tinggi.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pendidikan tinggi memainkan peranan penting di dalam pembinaan negara. Tujuan
utama pendidikan tinggi adalah untuk memupuk semangat perpaduan dan menjana
sumber tenaga dalam sektor kerajaan dan swasta. Secara khusus pembangunan
pendidikan tinggi bertujuan untuk penjanaan sumber tenaga untuk penyelidikan dan
pembangunan (R&D), pembangunan sahsiah pelajar, penerapan budaya kualiti,
pembelajaran sepanjang hayat.
Menurut Md Din (2003) menjelaskan profesion akademik dan masyarakat
amnya menuntut pensyarah untuk mendokong pelbagai peranan. Sebagai seorang
pendidik yang berwibawa, pensyarah akan berikhtiar menjalankan peranan yang
pelbagai ini dengan bijaksana. Ini dilaksanakan demi kepuasan kendiri,
kecemerlangan kerjaya pendidikan dalam bidang ilmu yang diterajuinya, kepuasan
pelanggan pensyarah serta kesejahteraan di dunia dan akhirat. Perincian tugas (job
description) pensyarah dan kriteria penilaian pensyarah itu sendiri memerlukannya
berperanan sebagai pendidik yang mempunyai kepelbagaian bakat dalam erti kata
19
yang luas. Peranan pendidik yang dipikul bukan sahaja terhad sebagai pengajar dan
penyelia, bahkan sebagai penyelidik dan pengarang yang berkesan.
Sistem pengajian tinggi yang diamalkan sekarang banyak menumpu dan
menyediakan kemudahan serta perkhidmatan untuk pelajar-pelajar yang mempunyai
perkembangan tipikal (tidak mempunyai kurang upaya) (Kementerian Pengajian
Tinggi, 2007). Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) menyebut bahawa
golongan orang kurang upaya merupakan antara golongan yang masih rendah
enrolmennya jika dibandingkan dengan keseluruhan enrolmen di peringkat pengajian
tinggi. Di politeknik bilangan pelajar-pelajar kurang upaya adalah hanya 200 orang
dari jumlah keseluruhan pelajar-pelajar politeknik iaitu seramai 86,430 orang
(Transformasi Politeknik, 2010). Kejayaan pada peringkat pengajian tinggi
memberikan impak sepanjang hidup ke atas keupayaan berdikari bagi golongan
orang kurang upaya.
Manakala dalam satu kajian yang dilakukan oleh Fuller et al., (2004) di
universiti mendapati pensyarah tidak memahami dan mesra dengan pelajar kurang
upaya semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Tahir (2009) dalam kajianya
menyatakan pendidik golongan berkeperluan khas perlu menyesuaikan kaedah
pembelajaran mereka dengan pelbagai jenis ketidakupayaan yang dialami oleh
pelajar di bawah bimbingannya. Pendekatan dan kaedah yang digunakan juga
cenderung kepada kemampuan pelajar istimewa dalam jangka masa yang panjang,
bukan sahaja mampu memupuk sifat-sifat berdikari di kalangan mereka malah
mampu mempertingkatkan peranan mereka sebagai sebahagian komuniti
penyumbang kepada pembangunan negara secara keseluruhannya.
Justeru itu, satu kajian dianggap perlu untuk mengkaji apakah perbezaan
kemahiran pensyarah pendidikan khas yang mengajar program kejuruteraan dan
hospitaliti di politeknik.
1.3 Penyataan Masalah
20
Kajian tinjauan ini telah dilaksanakan dengan matlamat untuk mengenal pasti
kemahiran pengajaran pensyarah pendidikan khas (masalah pendengaran) dalam
bidang kejuruteraan dan hospitaliti yang dijangka akan mempengaruhi proses
pengajaran dan pembelajaran teknik dan vokasional khas untuk pelajar berkeperluan
khas di politeknik.
Menurut Tahir (2009) menjelaskan bahawa dalam usaha mendidik golongan
berkeperluan khas ini, kemahiran yang tinggi yang dimiliki khususnya dalam bidang
teknikal dijangka akan dapat membantu mereka merasa tidak tersisih serta mampu
belajar dengan lebih berkesan. Tenaga pengajar untuk golongan ini juga sebenarnya
memerlukan latihan yang khas yang sememangnya berbeza dengan mendidik atau
mengajar pelajar yang normal.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Toran et al, (2009) mendapati
pelajar-pelajar kurang upaya (OKU) di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
terutamanya pelajar bermasalah pendengaran dan penglihatan menghadapi halangan
yang besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta kemudahan mengakses
maklumat. Ini sejajar dengan kehendak Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan
Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Mohlis Jaafar menyeru
tenaga pengajar agar meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (Berita
Harian, 09 Jun 2011).
Justeru, pengkaji ingin melihat apakah kemahiran-kemahiran pengajaran
yang ada pada pensyarah pendidikan khas di politeknik dan setakat manakah mereka
memiliki kemahiran pengajaran tersebut.
1.4 Tujuan Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memperolehi maklumat mengenai kemahiran
pengajaran dan mengenalpasti perbezaan kemahiran pengajaran pensyarah
pendidikan khas (masalah pendengaran) yang mengajar program kejuruteraan dan
hospitaliti serta merangka ‘framework’ program pengajian pendidikan khas di
politeknik.
1.5 Objektif Kajian
21
Bagi mencapai tujuan kajian ini, beberapa objektif kajian telah dikenal pasti. Antara
objektif-objektif kajian adalah seperti berikut:
1. Mengenalpasti kemahiran pengajaran pensyarah yang mengajar pelajar masalah
pendengaran dalam bidang kejuruteraan di politeknik.2. Mengenalpasti kemahiran pengajaran pensyarah yang mengajar pelajar masalah
pendengaran dalam bidang hospitaliti di politeknik.3. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan kemahiran pengajaran antara
pensyarah yang mengajar pelajar masalah pendengaran dalam bidang
kejuruteraan dan hospitaliti di Politeknik.4. Merangka ‘Framework’ kemahiran pensyarah program pengajian untuk pelajar
masalah pendengaran di Politeknik.
1.6 Persoalan Kajian
Kajian ini diharap dapat menjawab persoalan-persoalan kajian berikut:
1. Apakah kemahiran pengajaran pensyarah yang mengajar pelajar masalah
pendengaran dalam bidang kejuruteraan di politeknik?2. Apakah kemahiran pengajaran pensyarah yang mengajar pelajar masalah
pendengaran dalam bidang hospitaliti di politeknik?3. Adakah terdapat perbezaan kemahiran pengajaran antara pensyarah yang
mengajar pelajar masalah pendengaran dalam bidang kejuruteraan dan
hospitaliti di politeknik?
1.7 Hipotesis Kajian
Kajian yang dijalankan ini terdapat hipotesis bagi membantu pengkaji menjelaskan
keputusan-keputusan kajian yang berkaitan dengan perbezaan antara pembolehubah
yang dikaji. Hipotesis yang tersebut adalah.
1. Hο: Tidak terdapat perbezaan kemahiran pengajaran yang signifikan
diantara pensyarah yang mengajar pelajar cacat pendengaran dalam bidang
kejuruteraan dengan hospitaliti di politeknik.
1.8 Kepentingan Kajian
22
Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan kepada Program
Pendidikan Khas khususnya kepada:
1. Pensyarah politeknik yang mengajar pendidikan khas dapat melihat kekuatan
dan kelemahan kemahiran yang dikaji dan aspek yang kurang menonjol dalam
kajian ini perlu diberi perhatian sebagai salah satu kaedah membantu pensyarah
mempertingkatkan proses pengajaran.2. Pihak pengurusan politeknik dan Jabatan Pengurusan Politeknik dalam
memastikan penghasilan pensyarah pendidikan khas politeknik yang lebih
berkemahiran samada melalui program latihan atau pendidikan berterusan.3. Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dalam penyediaan melahirkan tenaga
pengajar politeknik mengenai pendidikan khas sama ada dalam bentuk
pengetahuan atau kemahiran dimana UTHM merupakan institusi pendidikan
yang melahirkan sebahagian daripada tenaga pengajar untuk politeknik dan juga
institusi teknikal yang lain.
1.9 Skop Kajian
Kajian ini akan menumpukan kepada kemahiran pengajaran dan perbezaan
kemahiran pengajaran yang ada pada pensyarah pendidikan khas dalam bidang
kejuruteraan dan hospitaliti dalam di empat buah politeknik yang melaksanakan
Program Pendidikan Khas (Sijil Kemahiran Khas) iaitu Politeknik Sultan Ibrahim
(Johor Baharu), Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah (Shah Alam), Politeknik Ungku
Omar (Perak) dan Politeknik Tunku Syed Sirajuddin (Perlis).
1.10 Batasan Kajian
Kajian ini hanya tertumpu kepada pensyarah pendidikan khas yang terlibat dengan
pengajaran dan pembelajaran pelajar pendidikan khas. Politeknik yang dikaji adalah
terbatas di Semenanjung Malaysia sahaja iaitu Politeknik Sultan Ibrahim (Johor
Baharu), Politeknik Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah (Shah Alam), Politeknik
Ungku Omar (Perak) dan Politeknik Syed Sirajuddin (Perlis).
1.11 Kerangka Teori
23
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kemahiran pengajaran yang ada pada
pensyarah-pensyarah program pendidikan khas dalam bidang kejuruteraan dan
hospitaliti di politeknik. Pengkaji menggunakan kerangka kajian seperti dalam Rajah
1.1 sebagai panduan untuk menyelesaikan pernyataan masalah. Pengkaji telah
mengenalpasti beberapa aspek berkaitan tahap kemahiran iaitu dari aspek
perancangan pengajaran, perlaksanaan pengajaran, penilaian pencapaian dan
hubungan interpersonal .
Pensyarah Pendidikan Khas di PoliteknikPenilaian Pencapaian Pelajar
Perancangan PengajaranPerlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
Kemahiran PengajaranPembolehubah BersandarHubungan Interpersonal
Pembolehubah Tidak Bersandar
Rajah 1.1: Kerangka Teori
(Sumber: Diolah daripada penulisan Isa, et. al 2005).
24
1.12 Definasi Istilah
Berikut adalah beberapa perkataan yang diberikan maksud berdasarkan kepada
kajian yang dilakukan:
1. Pelajar pendidikan khasMerujuk kepada golongan yang mengalami cacat pendengaran sahaja dan
mengikuti program pendidikan khas dalam bidang kejuruteraan dan hospitaliti di
Politeknik.2. Pendidikan khas
Pendidikan khas bermaksud pendidikan yang dibentuk khusus untuk memenuhi
keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan. Meliputi aspek-
aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani dan juga pendidikan yang
berteraskan rumah, hospital dan institusi.3. Kemahiran
Kepakaran atau tahap kecekapan yang perlu untuk mernbolehkan seseorang
menjalankan sesuatu tugas dengan lebih efektif dan efisyen.
4. Pensyarah
Tenaga pengajar yang mengajar pelajar di institusi pengajian tinggi awam
ataupun swasta
5. Pengajaran
Pengajaran adalah satu proses penyampaian, iaitu untuk menyampaikan
maklumat dan ilmu pengetahuan dengan menggunakan kaedah dan teknik
pengajaran (Md Din, 2003)
6. Pembelajaran
Pernbelajaran ialah pertambahan pemikiran dan kebolehan bagi sesuatu
perbuatan atau pekerjaan yang berkaitan dengan minat, sikap dan nilai
seseorang. Proses pembelajaran memerlukan usaha dan ransangan daripada
pihak yang mengajar kepada pihak yang belajar.
1.13 Rumusan
pembelajaran pelajar berkeperluan khas dalam bidang pendidikan teknik dan
vokasional.
70
RUJUKAN
Abu. M. S dan Tasir. Z (2001). “Pengenalan kepada analisis data berkomputer
SPSS 10.0 for Windows”. Kuala Lumpur:Venton Publishing
Adam. A. H. (2000). Menghala wawasan 2020 (Edisi-2). Kuala Lumpur: Arena Ilmu
Sdn.Bhd.
Adzmi. Y(2003). Keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran lukisan kejuruteraan bagi sub topik unjuran ortografik, pandangan
isometrik dan pandangan oblik di sekolah menengah teknik negeri Pantai
Timur. Disertasi Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia.
Ahmad. R dan Manaf. Z, (1996). Towards developing a profile of effective and
effective school, Jurnal Pendidikan,17, ms 51-63.
Ahmad. N. (2002). “Tinjauan terhadap pengajaran dan embelajaran dikalangan
pensyarah program Pengajian Separuh Masa di Bawah Kendalian Sekolah
Pendidikan Profesioal Dan Pendidikan Berterusan (S.P.A.C.E"), UTM.”
Universiti Teknologi Malaysia.
Angelo, T.A (2002). Teaching goals, assessment, academic freedom and higher
learning: essay on teaching learning. Dalam Essays on teaching excellence:
Toward the best in the academy. http://www.ucet.ufl.edu/Program
Services/htm.
Barnes, C. (1991). Disabled people in Britain and Discrimination-a case for anti
discrimination legislation, London: Hurst & Co.
Chua Y. P (2006), Research Methods. Shah Alam: McGraw-Hill Education
Chua, T. T. & Koh, B. B. (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan: Bacaan Asas.
Kuala Lumpur, Dewan Bahan dan Pustaka.
com.my (dicapai pada 24 Oktober 2011).
71
Crowl, T. K (1998). Fundamentals Of Education Research. 2nd ed. New York, Brown
& Benchmark.
Ee Ah Meng (2003). Ilmu Pendidikan-Pengetahuan dan Ketrampilan Ikthisas
(semester1). Kuala Lumpur- Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ferguson, J.R & Wallen, N.E (1996). Training A School Team To Intergrate
Technology Meaningfully Into The Curriculum. New York: McGrawhill Inc.
Fong. C. O. (2003). “Majlis Perasmian Pelancaran Skim Latihan Graduan II”
(dicapai pada 20 Mei 2012).
Fuller. M, Healey. M, Bradley. A. & Hall. Y (2004) “ Barriers to learning, a
systematic study of the experience of disabled students in one university”.
Studies in Higher Education, 29, 3, 303-318.
Ghafar. M. N. A (1999). Penyelidikan Pendidikan. Edisi Pertama. Skudai. Universiti
Teknologi Malaysia.
Hassan, L (1995). Pendidikan islam dan peralihan paradigma. Shah Alam: Hizbi.
Hurst, A. (1996). Reflecting on researching disability and higher education, in: L.
Barton (Eds.) Disability and society: emerging issues and insights. London:
Longman.
Isa. N, Sapon. N, dan Othman. S (2005), Tahap Kecekapan Pensyarah Program
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) Dalam Kerja Amali, Jabatan
Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Merlimau.
Ismail. K. (2005). Pengurusan Bilik Darjah Dalam Konteks Pengajaran Dan
Pembelajaran Perakaunan. Petaling Jaya: Prentice Hall. 4-94.
Jahim. J, (2002). Matlamat pengajaran di kalangan tenaga pengajar di institusi
pengajian tinggi. Kertas projek yang tidak diterbitkan, Fakulti Pendidikan,
Universiti Malaya.
Kamarolzaman. N. Z dan Sepikun. M. (2011). “Keberkesanan Pengajaran
Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik Yang Bukan Berlatar Belakangkan
Pendidikan Ikhtisas,” Politeknik Port Dickson,
http://www.polipd.edu.my/v3/content/penyelidikan-jabatan-kejuruteraan-
elektrik
Kementerian Pengajian Tinggi. (2007). Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara.
http://www.mohe.gov. my/webkpt_v2/transformasi.php [5 Oktober 2011].
Koh B. B. (1999). Strategi-Strategi Meningkatkan Kecekapan Mengajar. Johor:
Fakulti Pendidikan UKM.
72
Konting. M. M. (2004). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Konur, O. (2000). Creating Enforceable Civil Rights for Disabled Students in Higher
Education: an institutional theory perspective. Disability & Society, 15 (7),
1041–1063.
Leicester, M. & Lovell, T. (1994) Race, gender and disability: a comparative
perspective. Journal of Further and Higher Education, 18, 52-56.
Mahmood. A (2007). OKU perlu terus diberi peluang. Utusan Malaysia.
http://utusan.com.my (dicapai pada 24 Oktober 2011).
Malaysia.
Mapsiah. S dan Salleh. N. A (1995). Pendidikan Vokasional: Formal dan nonformal
ke arah Wawasan 2020. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Pendidikan
Negara Abad Ke-21, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Martella, R.C. Nelson, R & Marchand-Martella N.E (1999). Research Methode
Learning To Become A Critical Research Consumer. Needham Heights: Allyn
& Bacon
McMillian J.H (1996). Fundamental For The. 2nd ed. Virgina, Harpercolline Collage
Ltd.
Md. Din. A.G, (2003). “Prinsip dan Amalan Pengajaran”. Kuala Lumpur: Utusan
Publications.
Md. Zhahir. K. (2006). Pentadbiran dan Pengurusan Awam. Kuala Lumpur: PTS
Distributor & Publisher.
Mok S. S, (2002). Pedagogi untuk kursus perguruan. Edisi kedua : Kumpulan
Budiman Sdn Bhd.
Netty Ah Hiyer. (2003). Golongan istimewa dan globalisasi. Utusan Malaysia.
http://utusan.com.my (dicapai pada 20 Oktober 2011).
Nor. M. N (2000). Kualliti pengajaran dan pembelajaran dari persepsi pelajar di
sebuah institusi pengajian tinggi awam, Fakulti Pendidikan, Universiti
Malaya.
Ornstein, A.C. (1995). Beyond effective teaching. Dalam Ornstein. A. (Ed.). Theory
into Practice. US: Allyn & Bacon.
Percival & Ellington (1994), Buku Panduan Teknologi Pendidikan, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. 159-160.
73
Razali. M. (2002). Peluang Pendidikan Khas Dipertingkatkan. Utusan Malaysia.
http://utusan.com.my (dicapai pada 20 Oktober 2011).
Saedah, S (2000). Perkembangan kurikulum. Edisi pertama. Kuala Lumpur: Alam
Pintar Enterprise
Sahaat. Z (2007). Faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar khas
(cacat pendengaran) dalam mata pelajaran vokasional–Satu tinjauan kes di
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Seksyen 17, Shah Alam.
Disertasi Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia.
Salleh. A. (2003). Orang cacat masih terpinggir. Utusan Malaysia.
Shahadan. N. H. (2006). Kualiti Pengajaran Pensyarah Kejuruteraan Yang Bukan
Berlatarbelakangkan Pendidikan Ikhtisas Terhadap Pengalaman
Pembelajaran Pelajar. Satu Tinjuan di KUiTTHO. KUiTTHO
Sidin. R. (2002). Ciri-ciri Pengajaran dan Pembelajaran Cemerlang di Institusi
Pengajian Tinggi Pusat Pembangunan Akademik. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Soelaiman. I. N (2009). Bentuk Penilaian. Panduan Amalan Pengajaran &
Pembelajaran Berkesan, ms 201-214. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sulaiman. E (2003). Asas pedagogi. Johor Bahru: Penerbit Universiti Teknologi
Sharma. J. R. (2002). Latihan Mengajar. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd. 23-34. Kajian Di KUiTTHO. KUiTTHO.
Tahir. L.M (2009). Pendidikan Teknik dan Vokasional Untuk Pelajar Berkeperluan
Khas, Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 24, ms 73–87,
Toran. H, Mohd Yasin. M. H, Tahar. M. M & Sujak. N (2009)“ Sokongan dan
halangan yang dihadapi pelajar-pelajar kurang upaya di sebuah institusi
pengajian di Malaysia” ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher
Education Vol 1, No 2: 18-29.
Uma Sekaran (2000). Research Method In Education : An Introduction, Boston:
Allyn & Bacon.
Wilkinson, D. (2000). “The Researcher’s Toolkit: The Complete Guide To
Practitioner Research” London Routledge Falmer
Yaakub. N. F. (2002). Faktor personaliti dalam pemilihan guru. Dibentang di
Seminar kebangsaan pendidikan guru, Universiti Utara Malaysia, Alor Star,
Kedah Darul Aman pada 19-20 Mei 2002.
74
Yusof. M. D (2007). Pendidikan Khas online bersama Mohd Dan bin Yusof
http://community.my/pendidikan khas (dicapai pada 20 Oktober 2011).
Zuriani. I (2002). “Kualiti Pensyarah Politeknik Lepasan Sarjana Pendidikan Kolej
Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO)”.KUiTTHO. Tesis:
Sarjana.