23
KERTAS KERJA MALAYSIAN STREET FOOD TOUR FIESTA SINERGI INTELEK KOLEJ TUN SYED NASIR TARIKH 3 MEI 2014 TEMPAT PADANG BOLA, TAMAN TASIK TITIWANGSA, KUALA LUMPUR ANJURAN MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR, KOLEJ TUN SYED NASIR, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA TEMA ‘Learn and Love’

1) Y. Brs. En. Rashidi Bin Hasbullah · Web viewMAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR, KOLEJ TUN SYED NASIR, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 1) Y. Brs. En. Rashidi Bin Hasbullah · Web viewMAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR, KOLEJ TUN SYED NASIR, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN

KERTAS KERJAMALAYSIAN STREET FOOD TOUR

FIESTA SINERGI INTELEKKOLEJ TUN SYED NASIR

TARIKH3 MEI 2014

TEMPATPADANG BOLA, TAMAN TASIK TITIWANGSA, KUALA LUMPUR

ANJURANMAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR, KOLEJ TUN SYED NASIR,

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

DENGAN KERJASAMAKEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA

TEMA‘Learn and Love’

Page 2: 1) Y. Brs. En. Rashidi Bin Hasbullah · Web viewMAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR, KOLEJ TUN SYED NASIR, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN

MALAYSIAN STREET FOOD TOUR3 MEI 2014

KERTAS KERJAMALAYSIAN STREET FOOD TOUR

MAJLIS EKSEKUTIF PELAJARKOLEJ TUN SYED NASIR

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini dibuat adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar untuk mengadakan subprogram dalam Fiesta Sinergi Intelek (FSI) iaitu Malaysian Street Food Tour.

2.0 PENGENALAN/LATAR BELAKANG

Subprogram di bawah FSI ini merupakan salah satu aktiviti mega yang dianjurkan oleh Majlis Eksekutif Pelajar, Kolej Tun Syed Nasir. Subprogram ini terbahagi kepada dua aktiviti iaitu pertandingan masakan dan pembukaan gerai jualan. Program tersebut terbuka kepada pelbagai lapisan masyarakat khususnya pelancong-pelancong dari luar negara yang melawat ke Malaysia, mahasiswa/i dari Kolej Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia dan pelajar-pelajar IPTA/IPTS sekitar Kuala Lumpur dan tidak ketinggalan kepada orang awam di sekitar Kuala Lumpur. Subprogram ini akan berkolaborasi dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan juga Agensi Pelancongan yang menguruskan lawatan pelancong-pelancong dari luar ke Malaysia. Idea program ini terhasil daripada gabungan pelbagai idea mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia. Diharap program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang awam khususnya pelancong-pelancong dari luar Malaysia dan juga masyarakat setempat. Oleh itu, sokongan daripada pelbagai pihak diharap dapat membantu dalam menjayakan program ini.

3.0 MISI

Memperkenalkan beberapa jenis makanan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia iaitu kaum Melayu, Cina dan India kepada pelancong-pelancong yang melawat ke Malaysia sempena ’Tahun Melawat Malaysia 2014’. Dalam pada itu, program ini juga turut mengenengahkan masakan utama negeri-negeri yang terdapat di Malaysia. Setiap negeri di Malaysia mempunyai ’signiture dish’ yang unik berdasarkan kepelbagaian penduduk, budaya serta geografi. Keunikan dan keistimewaan makanan masyarakat pelbagai kaum dan negeri di Malaysia ini mampu menjadi salah satu tarikan kepada pelancong-pelancong luar untuk melawat negara ini.

4.0 MATLAMAT

LEARN AND LOVE

Page 3: 1) Y. Brs. En. Rashidi Bin Hasbullah · Web viewMAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR, KOLEJ TUN SYED NASIR, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN

MALAYSIAN STREET FOOD TOUR3 MEI 2014

4.1 Memperkenalkan beberapa jenis makanan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia yang mempunyai keunikan tersendiri kepada pelancong-pelancong dari luar Malaysia. 4.2 Mendedahkan kepada pelancong-pelancong dari luar Malaysia tentang cara masakan makanan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. 4.3 Menonjolkan budaya masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang kaya dengan menu masakan yang pelbagai dan tersendiri. 4.4 Mendidik masyarakat setempat supaya menghargai keistimewaan menu masakan masyarakat Malaysia yang berbeza mengikut kaum.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Menerapkan minat dan rasa kagum pelancong-pelancong dari luar negara bukan sahaja terhadap budaya masakan masyarakat Malaysia, tetapi juga merangkumi masakan utama negeri-negeri di negara ini yang pelbagai dan mempunyai identiti tersendiri. 5.2 Menimbulkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri tentang kepentingan, menghargai kepelbagaian dan keunikan menu masakan yang negara kita miliki. 5.3 Menggalakkan para pelajar untuk mengambil bahagian dalam aktiviti memasak yang berbeza daripada aktiviti harian mereka di dewan kuliah di samping membina keyakinan diri dalam menonjolkan bakat dan kemahiran.5.4 Menggalakkan mahasiswa untuk lebih aktif dalam berorganisasi dengan menyampaikan dan menerima pendapat sekali gus membentuk kemahiran komunikasi yang berkesan dalam kalangan mereka.

6.0 TEMA

‘Learn and Love’

7.0 ANJURAN

Anjuran subprogram Malaysian Street Food Tour, Fiesta Sinergi Intelek, Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) sesi 2013/2014 di bawah seliaan Majlis Eksekutif Pelajar Sesi 2013/2014, Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

LEARN AND LOVE

Page 4: 1) Y. Brs. En. Rashidi Bin Hasbullah · Web viewMAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR, KOLEJ TUN SYED NASIR, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN

MALAYSIAN STREET FOOD TOUR3 MEI 2014

8.0 TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :Tarikh/Hari : 3 Mei 2014 (Sabtu).

Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

9.0 TEMPAT PROGRAM

Cadangan tempat program:

Padang Bola,Taman Tasik Titiwangsa,

Jalan Temerloh, 53200 Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

10.0 PUBLISITI

Subprogram ini akan diiklankan dan dipromosikan melalui:

10.1 Laman sosial seperti Facebook, Twitter dan instagram. (fanpage juri jemputan, blog rasmi Agensi Perlancongan yang dijemput)

10.2 Banner, risalah dan bunting.

10.3 Mewarwarkan promosi di papan-papan kenyataan secara menyeluruh di peringkat kolej, fakulti, dan pentadbiran UKM (Kampus Bangi, Kampus KL, dan Kampus Perubatan, Cheras).

10.4 Mewarwarkan di laman sesawang UKM dan papan iklan digital di seluruh kampus di UKM.

10.5 Menggunakan kemudahan media elektronik seperti pengiklanan di stesen radio komersial dan media cetak seperti hebahan di akhbar tempatan.

10.6 Menghantar surat jemputan kepada pelajar-pelajar dari IPTA/IPTS sekitar Kuala Lumpur untuk menyertai pertandingan masakan di bawah program Malaysian Street Food Tour ini.

11.0 CADANGAN PERASMI

Perasmian Penutup

LEARN AND LOVE

Page 5: 1) Y. Brs. En. Rashidi Bin Hasbullah · Web viewMAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR, KOLEJ TUN SYED NASIR, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN

MALAYSIAN STREET FOOD TOUR3 MEI 2014

1) Y. Brs. En. Rashidi Bin Hasbullah

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (Bahagian industri pelancongan).

2) En. Zain Azrai Bin Rashid

Pengarah,Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya.

3) Prof. Dr. Ruzita Bt. Abd. Talib

Pengetua,Kolej Tun Syed Nasir (KTSN),Universiti Kebangsaan Malaysia.

4) Dr. Mohd Sham Bin Othman

Timbalan Pengetua I,Kolej Tun Syed Nasir,Universiti Kebangsaan Malaysia.

12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

Subprogram ini akan melibatkan kerjasama seramai 18 orang exco dan 18 orang ahli jawatankuasa yang terdiri daripada pelbagai kaum, bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti dalam program ini. Para peserta program ini disasarkan kepada pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur dan juga orang awam di sekitar Kuala Lumpur iaitu dianggarkan seramai 150 orang. Pelancong-pelancong dari luar negara yang di bawah kelolaan Agensi Perlancongan Malaysia pula dianggarkan seramai 40 orang. Selain itu, program ini terbuka kepada pengunjung-pengunjung yang ingin mengambil tahu tentang keunikan cara masakan masyarakat yang berbilang kaum dan dari pelbagai negeri di Malaysia.

13.0 STRUKTUR ORGANISASIRujuk Lampiran A 

14.0 TENTATIF PROGRAM

LEARN AND LOVE

Page 6: 1) Y. Brs. En. Rashidi Bin Hasbullah · Web viewMAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR, KOLEJ TUN SYED NASIR, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN

MALAYSIAN STREET FOOD TOUR3 MEI 2014

Rujuk Lampiran B

15.0 PERINCIAN PROGRAMRujuk Lampiran C

16.0 BELANJAWANRujuk Lampiran D

17.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila hubungi :

Nurul Shuhada Binti HamidonPengarah program Malaysian Street Food Tour,Fiesta Sinergi Intelek 2013/2014,Kolej Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia,No. Tel : 012-7414402Emel : [email protected]

18.0 SYOR/PENUTUP

Program Malaysian Street Food Tour ini adalah jelas salah sebuah program yang dapat memberi sedikit sebanyak input kepada pelancong dari luar negara berkenaan kepelbagaian makanan utama masyarakat pelbagai bangsa di Malaysia di samping mereka berpeluang untuk merasa masakan tersebut seterusnya menjadi salah satu tarikan untuk mereka terus berkunjung ke Malaysia pada masa akan datang. Program ini juga dilihat mampu memberi manfaat kepada mahasiswa/i Kolej Tun Syed Nasir, pelajar-pelajar IPTA/IPTS sekitar Kuala Lumpur serta orang awam sekitar Kuala Lumpur dalam menghargai keistimewaan dan keunikan pelbagai menu masakan yang negara kita miliki seterusnya memupuk sikap untuk terus mengekalkan keunikan dan keistimewaan tersebut. Penglibatan dan kerjasama semua pihak amat diperlukan agar program yang dianjurkan oleh mahasiwa/i KTSN ini dapat mencapai objektif-objektif yang telah disasarkan dan seterusnya berjaya menaikkan nama Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) serta Universiti Kebangsaan Malaysia.

LEARN AND LOVE

Page 7: 1) Y. Brs. En. Rashidi Bin Hasbullah · Web viewMAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR, KOLEJ TUN SYED NASIR, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN

MALAYSIAN STREET FOOD TOUR3 MEI 2014

Asas pengetahuan dalam bidang masakan dan pemakanan ini sebenarnya agak penting tetapi sering dipandang ringan oleh sesetengah individu. Oleh itu, program ini dapat memberi peluang kepada mahasiswa/i untuk menceburkan diri dalam bidang ini terutama bagi mahasiswa/i yang bukan dari Jabatan Pemakanan dan Dietetik.

Justeru, kami amat berharap untuk mendapatkan kerjasama serta bantuan kewangan agar pihak kami dapat menjalankan program ini dengan jayanya dan kemudian berjaya mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Segala bantuan yang diberikan kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

LEARN AND LOVE

Page 8: 1) Y. Brs. En. Rashidi Bin Hasbullah · Web viewMAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR, KOLEJ TUN SYED NASIR, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN

MALAYSIAN STREET FOOD TOUR3 MEI 2014

LEARN AND LOVE

Page 9: 1) Y. Brs. En. Rashidi Bin Hasbullah · Web viewMAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR, KOLEJ TUN SYED NASIR, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN

MALAYSIAN STREET FOOD TOUR3 MEI 2014

LEARN AND LOVE

Page 10: 1) Y. Brs. En. Rashidi Bin Hasbullah · Web viewMAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR, KOLEJ TUN SYED NASIR, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN

MALAYSIAN STREET FOOD TOUR3 MEI 2014

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASIMALAYSIAN STREET FOOD TOUR

PenaungYBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali

Naib Canselor, UKM

PengerusiYBhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar danAlumni), UKM

Pengetua Prof. Dr. Ruzita Abd. Talib

Timbalan Pengetua I/IIDr. Mohd Sham Bin Othman/Dr. Qodriyah Binti Hj Mohd Saad

Felo PemantauCik Hamizah Bt. Yahaya

MEP PemantauMohamad Khairul Muzamir Bin Hashim

Muhammad Taufiq Bin Norizan

PengarahNurul Shuhada Binti Hamidon, FFAR/2, A140216, 012-7414402

Timbalan PengarahNor Alia Binti Zakaria, FPER/2, A139698, 017-7956319

SetiausahaNur Qistina Binti Baharuddin, FSK/1, A144447, 013-9117051

BendahariHazel Koh Shueh Yi, FGG/1, A146926, 012-3661118

Exco Program I/ II : Ameerah Binti Budiono, FFAR/1,

A146719, 017-7611621

Nur Hafiqah Binti Rozalei, FSK/1, A144535,

014-5709149

LEARN AND LOVE

Page 11: 1) Y. Brs. En. Rashidi Bin Hasbullah · Web viewMAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR, KOLEJ TUN SYED NASIR, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN

MALAYSIAN STREET FOOD TOUR3 MEI 2014

Exco Pemasaran I/II : Noorsana Bt. Hosni, FSK/1, A144405,

017-6050058

Suzinursolahah Binti Saleh, FGG/1, A143089,

0111-9777675

Exco Publisiti dan Multimedia I/II : Chua Xin Jane, FSK/1, A144613, 0166896133

Azeemah Uthman-Hewitt, FFAR/1, A144390,

019-4604942

Exco Jamuan I/II : Noramira Suhada Binti Abdul Rahman,

FFAR/1, A144429, 011-12810494

Muhammad Shazerin Bin Kamaruddin,

FFAR/2, A139798, 017-6293970

Exco Tugas-tugas Khas & Cenderamata I/II : Raja Puteri Elleena Ezwa, FGG/2, A146978,

010-3661592

Nur Asikin Efiza Bt. Mohd Yusoof, FFAR/2,

A140081, 014-5133529

Exco Protokol I/II : Nurhanani Mohd Sadek, FGG/2, A139691,

018-9681955

Amirah Aqilah Binti Abd Rahim, FSK/1,

A144554, 0176438742

Exco Perhubungan Luar I/II : Nurul Fazreen Binti Mohd Nadzri, FSK/1,

A144629, 0172928278

Siti Nadia Binti Zul-lkifli, FFAR/1, A144436,

0175933784

Exco Teknikal I/II : Ahmad Abid Bin Khairuddin, FFAR/2,

A139529, 0148092417

Mohd Amirul Bin Abdul Razak, FSK/1,

A144668, 0134829548

LEARN AND LOVE

Page 12: 1) Y. Brs. En. Rashidi Bin Hasbullah · Web viewMAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR, KOLEJ TUN SYED NASIR, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN

MALAYSIAN STREET FOOD TOUR3 MEI 2014

LAMPIRAN B

ATURCARA PROGRAM MASTERCHEF

MASA ATURCARA

6.45 pagi Persiapan tempat

8.00 pagi Gerai jualan

Pameran dan penerangan tentang keunikan makanan, budaya dan tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia oleh wakil Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia.

8.30 pagi Pendaftaran peserta

Sarapan

8.45 pagi Taklimat pertandingan

9.00 pagi Pertandingan bermula

10.00 pagi Ketibaan pelancong

10.40 pagi Pertandingan tamat

Sesi penilaian juri

Sesi penilaian dan pengundian juri awam

11.40 pagi Rehat

Pengiraan markah dan kertas undi

Demo masakan bersama juri jemputan

12.20 tengahari Tamat demo masakan

Sesi perasmian penutupan

12.25 tengahari Peserta dan vip mengambil tempat

12.30 tengahari Ucapan Pengarah

Ucapan Pengetua

Ucapan daripada pihak kementerian

Ucapan wakil pelancong

1.00 tengahari Gimik perasmian penutupan

1.10 tengahari Penyampaian hadiah dan cenderahati

1.25 tengahari Sesi bergambar

1.50 tengahari Jamuan dan bersurai

LEARN AND LOVE

Page 13: 1) Y. Brs. En. Rashidi Bin Hasbullah · Web viewMAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR, KOLEJ TUN SYED NASIR, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN

MALAYSIAN STREET FOOD TOUR3 MEI 2014

LAMPIRAN C

PERINCIAN PROGRAM

15.1 PERTANDINGAN MASAKAN

Pihak kami akan menyediakan semua bahan masakan bagi hidangan utama manakala peserta perlu membawa sendiri bahan-bahan untuk menyediakan pencuci mulut. Peserta tidak akan dibawa ke pasaraya seperti perincian program sebelum ini atas faktor ketepatan masa. Dengan kerjasama Agensi Pelancongan Malaysia, kami akan membawa sekumpulan pelancong luar untuk menghadiri program ini sekali gus memberi layanan yang terbaik buat mereka selama program ini berlangsung.

Semasa hari pertandingan, peserta akan memilih menu masakan berdasarkan senarai menu masakan yang kami sediakan melalui cabutan undian. Hal ini demikian kerana kami bercadang untuk memvariasikan menu masakan tersebut. Sebagai contoh, 7 kumpulan menyediakan masakan Melayu, 7 kumpulan menyediakan masakan India dan 6 kumpulan lagi menyediakan masakan Cina. Resepi masakan utama dan pencuci mulut akan disediakan. Para peserta dibenarkan membawa bahan tambahan untuk tujuan hiasan. Sistem pertandingan ini dijalankan dalam 1 sesi dengan melibatkan 20 kumpulan. Peserta di beri masa selama 1 jam 40 minit untuk memasak.

Dari segi penilaian pula, kami bercadang untuk menjemput 3 orang juri jemputan. Bukan itu sahaja, pelancong luar juga akan diberi peluang untuk menilai masakan para peserta dan mereka akan disediakan tempat untuk mengundi kumpulan yang mereka berasakan layak untuk menang. Jumlah khemah telah ditetapkan sebanyak 32 buah bagi program ini. Ini termasuklah gerai jualan iaitu 10 gerai jualan untuk masakan negeri dan 10 lagi gerai menjual masakan mengikut kepelbagaian kaum di mana, 1 khemah mampu menempatkan 2 peniaga.

Sasaran peserta adalah maksimum 20 kumpulan di mana 3-4 orang ahli setiap kumpulan di mana ahli-ahlinya terdiri daripada para pelajar Kolej Tun Syed Nasir, pelajar IPTA/IPTS sekitar Kuala Lumpur dan juga orang awam. Setiap kumpulan perlu membayar yuran RM40. Hadiah akan diberikan kepada mana-mana kumpulan yang berada pada kedudukan 3 teratas kesuluruhan bagi masakan utama dan juga hidangan pencuci mulut. Cadangan juri jemputan ialah Masterchef Zamir, Masterchef Dr. Ezani, Masterchef Bryan dan Masterchef Rosemah. Aspek yang perlu diambil kira oleh pihak juri ialah dari segi rasa, dekorasi/hiasan, kebersihan, kesihatan dan kelebihan hidangan tersebut.

Cadangan tema menu masakan ialah ‘Citarasa 1 Malaysia.’

15.2 DEMO MASAKAN

LEARN AND LOVE

Page 14: 1) Y. Brs. En. Rashidi Bin Hasbullah · Web viewMAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR, KOLEJ TUN SYED NASIR, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN

MALAYSIAN STREET FOOD TOUR3 MEI 2014

Satu demo masakan akan diadakan oleh para juri jemputan (cadangan: masterchef Zamir/masterchef Dr. Ezany/masterchef Bryan/masterchef Rosemah) selepas sesi penilaian tamat. Ini akan memberi peserta masa untuk berehat manakala urusetia mengira markah akhir. Di samping itu, demo masakan ini diadakan bagi menarik minat orang awam dan masyarakat luar sekitar Kuala Lumpur untuk hadir ke program Malaysian Street Food Tour ini.

15.3 MINI PAMERAN

Subprogram kami akan mengadakan kerjasama dengan Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia bagi mengadakan pameran tentang keunikan makanan, budaya dan tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia.

Impak program kepada pelancong-pelancong dari luar negara, mahasiswa/i KTSN serta orang awam sekitar Kuala Lumpur:

1) Memperkenalkan masakan tradisi masyarakat pelbagai kaum di Malaysia khususnya kepada pelancong luar negara.

2) Meningkatkan rasa minat dan daya tarikan kepada pelancong untuk terus berkunjung ke Malaysia yang kaya dengan pelbagai jenis menu masakan dan hidangan.

3) Menyalurkan maklumat tentang keunikan makanan, budaya dan tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia.

4) Memberi peluang kepada mahasiswa/i KTSN serta orang awam di sekitar Kuala Lumpur untuk menunjukkan bakat memasak masing-masing.

5) Mendidik mahasiswa/i KTSN serta orang awam sekitar Kuala Lumpur tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih.

6) Mewujudkan hubungan kerjasama dan saling membantu antara peserta dalam kumpulan pertandingan masakan.

LEARN AND LOVE

Page 15: 1) Y. Brs. En. Rashidi Bin Hasbullah · Web viewMAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR, KOLEJ TUN SYED NASIR, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN

MALAYSIAN STREET FOOD TOUR3 MEI 2014

LAMPIRAN DBELANJAWAN

ANGGARAN PENDAPATAN

BIL PERKARA JUMLAH1.

2.

3.

4.

Sumbangan Tabung Aktiviti Pelajar (kolej)

Pemasarana)Jualanb)Sponsor

Yuran peserta (RM40x20 kumpulan)

Bayaran sewa tapak (RM150x20)

RM500

RM500RM4500

RM5000

RM800

RM3000

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN RM 9300

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH

1.

2.

3.

4.

Exco Perhubungan Luara) Juri jemputan (selebriti) (RM250 X 4)b) Sewa tapak (Tasik Titiwangsa)

Exco Jamuana) Jamuan Ringan VIP (RM6.50 X 10)

Exco TTKa) Hiasan tempat

Exco Publisiti

RM1000RM400_________________RM1400 __________

RM65

RM65

RM50

RM50

LEARN AND LOVE

Page 16: 1) Y. Brs. En. Rashidi Bin Hasbullah · Web viewMAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR, KOLEJ TUN SYED NASIR, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN

MALAYSIAN STREET FOOD TOUR3 MEI 2014

5.

6.

7.

a) Banner (RM64 X 3)b) Poster (RM 1 X 25)c) Poster A3 (RM5 X 1)d) Slide A4 (0.20 X 25)e) Flyers ( RM 0.10 X 300)

Exco Cenderamata Hadiah untuk pemenang

Juara (RM150x1)Naib juara (RM100x1)Ketiga (RM80x1)

Exco Teknikal Sewaan dapur dan peralatan memasak (RM139 X

20] Perkhidmatan mencuci (RM200) Khemah saiz 20x20 (RM260x2) Khemah saiz 10x10 (RM60x32)

Exco Program Bahan-bahan masakan Buku program (RM 1 x 6 set)

RM192RM25RM5RM5RM30

RM257

RM150RM100RM80

RM330

RM2980

RM520RM1920

RM5420

RM443RM6

RM449

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN RM7971

LEARN AND LOVE