7
(HTTP://ISN.GOV.MY) 10 AMALAN PEMAKANAN SIHAT YANG AKAN MENGUBAH HIDUP ANDA Nurafika / August 12, 2015 / Artikel (http://isn.gov.my/category/artikel/) / Leave a Comment (http://isn.gov.my/10-amalan-pemakanan-sihat-yang-akan-mengubah-hidup-anda/#comments) Makanan berkhasiat merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi secara normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga yang mencukupi yang mengandungi karbohidrat, protein dan lemak secara optimum dan kandungan fiber yang mencukupi. Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan dan dapat menjauhi kita daripada penyakit. 10 AMALAN PEMAKANAN SIHAT YANG AKAN MENGUBAH HIDUP ANDA (HTTP://ISN.GOV.MY/) Widget

10 Amalan Pemakanan Sihat Yang Akan Mengubah Hidup Anda _ Institut Sukan Negara

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Amalan Pemakanan Sihat

Citation preview

Page 1: 10 Amalan Pemakanan Sihat Yang Akan Mengubah Hidup Anda _ Institut Sukan Negara

( H T T P : / / I S N . G O V . M Y ) 1 0 A M A L A NP E M A K A N A N S I H A T Y A N G A K A N M E N G U B A H

H I D U P A N D A

Nurafika / August 12, 2015 / Artikel (http://isn.gov.my/category/artikel/) /

Leave a Comment (http://isn.gov.my/10-amalan-pemakanan-sihat-yang-akan-mengubah-hidup-anda/#comments)

Makanan berkhasiat merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi secara normal.

Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga yang mencukupi yang mengandungi karbohidrat, protein dan lemak secara

optimum dan kandungan fiber yang mencukupi. Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan dan dapat menjauhi kita

daripada penyakit.

 

10 AMALAN PEMAKANAN SIHAT YANG AKAN MENGUBAH HIDUPANDA

(HTTP://ISN.GOV.MY/)

Widget

Page 2: 10 Amalan Pemakanan Sihat Yang Akan Mengubah Hidup Anda _ Institut Sukan Negara

Berikut merupakan sedikit panduan kepada anda yang gemar makan ’10 HEALTHY EATING HABITS THAT WILL CHANGE YOUR

LIFE’. Artikel ini sedikit sebanyak membantu saya menyemak cara dan pengambilan makanan saya agar makan dengan lebih

bertanggungjawab.

 

Berikut adalah 10 amalan pemakanan tersebut:

1. Jangan tidak makan karbohidrat

Sesetengah dari kita merasakan dan mempercayai dengan mengambil karbohidrat menyebabkan mereka gemuk dan mampu

mengundang pelbagai penyakit. Ini mendorong mereka bertindak untuk meninggalkan pengambilan nutrien tersebut secara total

serta menggantikannya dengan kaedah diet lain yang mungkin menyebabkan berlakunya malnutrisi.

 

2. Rancang apa yang hendak dimakan

Sekiranya berhasrat untuk mengambil makan malam yang lebih berat seperti stik dan kentang, kurangkan atau elakkan pengambilan

makanan berdaging dan berkanji untuk waktu makan yang lain dan begitulah seterusnya. Imbang dan rancang pengambilan kategori

makanan.

 

3. Makan tengahari semahu anda

Page 3: 10 Amalan Pemakanan Sihat Yang Akan Mengubah Hidup Anda _ Institut Sukan Negara

Mungkin anda pernah dengar sarapan pagi adalah penting dan makan dengan banyak untuk memulakan hari anda tetapi ramai

diantara kita yang tidak bersedia untuk makan dalam jumlah yang banyak seawal pagi. Kebenarannya ialah waktu makan paling

penting ialah waktu makan tengahari di mana sistem penghadaman kita telah bersedia sepenuhnya. Di waktu itu juga badan amat

memerlukan makanan untuk berfungsi sepenuhnya seharian. Namun begitu makan semahunya bukan bermakna anda boleh makan

apa sahaja dalam jumlah yang banyak tetapi perlulah dirancang dan diimbang sebaik mungkin

 

4. Makan makanan berwarna pelangi

Sayuran hijau, oren, anggur, kobis ungu, lada benggala dan pelbagai warna sayuran dan buah-buahan akan membantu memberi

tubuh badan dengan pelbagai nutrien yang akan membantu melawan penyakit.

 

5. Berhenti sebelum kenyang

Makan itu bukan untuk menjadi kenyang sebaliknya makan itu bertujuan memenuhi keperluan tubuh badan dengan nutrien yang

membolehkan tubuh berfungsi sebaiknya. Praktis ini sememangnya amat membantu kerana ianya membolehkan sistem pencernaan

berfungsi lebih optimum dan ini dapat mengelakkan dari perut kembung serta mengurangkan kadar risiko penyakit berkaitan usus

dan perut.

 

6. Tetapkan pola waktu makan yang seragam

Page 4: 10 Amalan Pemakanan Sihat Yang Akan Mengubah Hidup Anda _ Institut Sukan Negara

Waktu makan yang tidak tetap akan menyebabkan kecenderungan untuk makan dalam kuantiti yang yang banyak

 

7. Minum segelas air suam 20 minit sebelum makan

Mampu mengurangkan jumlah makanan yang diambil serta membantu sistem penghadaman.

 

8. Kurangkan pengambilan gula di dalam makanan

Pengurangan pengambilan gula membantu mengurangkan jumlah kalori di dalam pemakanan seharian. Pengambilan gula secara

berlebihan dalam jangka masa panjang boleh meningkatkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti.

 

9. Menguyah makanan secara perlahan-lahan

Di dalam air liur terdapat enzim amalyse yang membantu menguraikan makanan dan seterusnya membantu sistem pencernaan.

Makan dengan cepat akan menyebabkan air liur tidak dapat menguraikan makanan dengan baik.

 

10. Tidur secukupnya

Amalkan tidur yang secukupnya bagi mempastikan tubuh badan dapat berfungsi dengan baik termasuk sistem penghadaman.

Page 5: 10 Amalan Pemakanan Sihat Yang Akan Mengubah Hidup Anda _ Institut Sukan Negara

Name Email Website

 

 

 

LEAVE A REPLYYour email address will not be published. Required fields are marked *

Comment

* *

Submit

Page 6: 10 Amalan Pemakanan Sihat Yang Akan Mengubah Hidup Anda _ Institut Sukan Negara

HUBUNGI KAMI

INSTITUT SUKAN NEGARA,

Kompleks Sukan Negara,

Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur.

Tel : +60389914400,

Faks : +60389968748,

Webmaster: [email protected]

UNDIAN

Pandangan anda mengenai laman web ISN?

Select one

Undi

VERSI MOBILE

Layari laman web ini di peranti mudahalih untuk versi mobile.

Page 7: 10 Amalan Pemakanan Sihat Yang Akan Mengubah Hidup Anda _ Institut Sukan Negara

DASAR KESELAMATAN (HTTP://ISN.GOV.MY/DASAR-KESELAMATAN/) DASAR PRIVASI (HTTP://ISN.GOV.MY/DASAR-PRIVASI/)

HAK CIPTA (HTTP://ISN.GOV.MY/HAK-CIPTA/) PENAFIAN (HTTP://ISN.GOV.MY/PENAFIAN/) PETA LAMAN (HTTP://ISN.GOV.MY/PETA-LAMAN/)

***Hak Cipta Terpelihara © 2015, Institut Sukan Negara Malaysia. Resolusi terbaik 1024px X 768px menggunakan pelayar web Mozil la Firefox terkini atau Google Chrome.

(http://isn.gov.my/wp-content/uploads/2015/01/qrcode.27409995-e1423105024913.png)

(https://www.facebook.com/isnmalaysia) (https://twitter.com/isnmas)

(https://www.youtube.com/user/ISNProduction)

/

/ / /