51

10 BGD PARA

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 10 BGD PARA
Page 2: 10 BGD PARA

10 Briged Para

Page 3: 10 BGD PARA

• 10 Briged Paratrooper - dikenali sebagai 10 PARA - asasnya adalah satu briged infantri dalam cawangan Tentera Darat Malaysia yang dipertingkatkan menjadi satu pasukan elit didalam ATM. 10 PARA adalah elemen Pasukan Aturgerak Cepat, PAC, Angkatan Tentera Malaysia.

Page 4: 10 BGD PARA

Sejarah

Page 5: 10 BGD PARA

• Peranan 10 Para ini pada mulanya adalah sebuah pasukan serangan negara pada masa berlakunya peperangan atau darurat. Penubuhan Briged Payung Terjun ini telah dicadangkan oleh badan penasihat pertahanan Malaysia pada akhir tahun 1970an sebagai salah satu daripada rancangan pemodenan bagi sistem ketenteraan Malaysia. Pada asalnya rancangan ini tidak mendapat sebarang sokongan daripada pihak kerajaan yang dianggap berpunca dengan kaitan terhadap formasi briged ini yang bakal menjadi kesangsian oleh negara jiran, khasnya Singapura.

Page 6: 10 BGD PARA

• Pada bulan November 1988, Malaysia tidak mampu menyahut permintaan untuk bantuan oleh Maldives semasa negara itu dicerobohi oleh organisasi pengganas upahan Tamil. Atas ketidakmampuan untuk memberi bantuan dengan segera, Panglima Angkatan Tentera Malaysia telah mengemukakan penubuhan unit payung terjun dalam organisasi Tentera Darat Malaysia.

Page 7: 10 BGD PARA

Perihal

Page 8: 10 BGD PARA

• 1988 – satu batalion infantri Tentera Darat Malaysia daripada Batalion ke-8 Rejimen Renjer Diraja telah mendapat latihan payung terjun dan peranan tradisinya sebagai infantri biasa telah ditukarkan kepada batalion payung terjun. Batalion ini menjadi pasukan pertama aturgerakcepat terbaru.

• 1990 – Batalion ke-9 Rejimen Askar Melayu Diraja dan Batalion ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja telah menerima kelayakan dan menyertai pasukan aturgerakcepat.

• 10 Oktober, 1994 – Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun) telah merasmikan penubuhan Briged Infantri ke-10 Malaysia sebagai Briged ke-10 Payung Terjun.

• Oktober, 1994 - 10 Para menerima latihan aturgerakcepat, dibantu oleh elemen pasukan elit Grup Gerak Khas Tentera Darat Malaysia dan PASKAL Tentera Laut Diraja Malaysia dan dengan melengkapi sokongan operasi oleh TLDM dan TUDM. Di sekitar pertengahan latihan berupa senario menawan semula Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah daripada penceroboh oleh Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) diterajui oleh batalion ke-8 RRD (Para).

Page 9: 10 BGD PARA

Peranan

Page 10: 10 BGD PARA

10 Briged Para asalnya adalah unit infantri biasa yang kini

dinaiktarafkan sebagai unit elit payung terjun.

Page 11: 10 BGD PARA

• 10 Briged Para mempunyai berbagai-bagai kemahiran sepertimana tarafnya sebagai sebuah pasukan elit Tentera Darat. Atas sebab itulah juga, 10 Briged Para diakui mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan mampu diaturgerakkan dalam masa yang singkat untuk bergerak ke atas mana-mana kawasan operasi sejajar dengan cogankata briged ini -Tindak Pantas.

Page 12: 10 BGD PARA

• Kepantasan unit elit 10 Briged Para ini secara tidak langsung telah memberi satu kelebihan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan misinya bagi memastikan keamanan negara terus dikekalkan sehingga sekarang. Dari segi kebolehan, 10 Briged Para adalah pasukan elit payung terjun yang setanding dengan lain-lain pasukan payung terjun di luar negara, misalnya Delta Force Amerika Syarikat. 10 Briged Para sememangnya adalah sebuah pasukan elit yang mantap tetapi pada masa yang sama sentiasa mempunyai sikap merendah diri dan tidak gemar mendabik dada atas kebolehan yang ada. Semangat setia kawan (esprit-de-corp) menjadi teras utama pasukan ini dan juga boleh diumpamakan sebagai sebuah pasukan yang mengutamakan hubungan silaturahim antara setiap anggota dan pegawai-pegawai atasan.

Page 13: 10 BGD PARA

Identiti Beret

Merun 10 Para

Page 14: 10 BGD PARA

• Anggota 10 Para memakai beret merun melambangkan entitinya sebagai pasukan elit. Beret Merun yang dipakai oleh pasukan elit ini juga dikenali sebagai Pegasus. Pegasus bermaksud kuda terbang iaitu seekor kuda yang mempunyai sayap dan banyak terdapat di dalam cerita mitos masyarakat barat, khasnya mitos masyarakat Greek. Kehebatan nama haiwan ini telah digunakan oleh pasukan Paratrooper British sewaktu mereka melaksanakan ujian pemilihan ke atas anggota tentera darat British sebelum mereka layak diterima sebagai anggota Paratrooper dan seterusnya layak memakai beret merun. Dalam formasi ini antara syarat untuk melayakkan pemakaian beret merun adalah lulus kursus asas payung terjun dan berjaya menamatkan kursus penyesuaian Beret Merun (Pegasus)

Page 15: 10 BGD PARA

Insignia

Page 16: 10 BGD PARA

• Motto • Motto bagi 10 Para dikenali sebagai Tindak Pantas. • Lagu perbarisan • Lagu perbarisan 10 Para ialah Tiada Misi Terlalu

Sukar, Tiada Pengorbanan Terlalu Besar, Tugas Diutamakan

• Beret Merun • Digelar sebagai Pegasus. Melambangkan identiti

pasukan 10 Para dan juga melambangkan unit payung terjun tentera British semasa perang Dunia Kedua.

Page 17: 10 BGD PARA

• Sayap Berdarah • Gelaran kepada sayap penerjun yang dipakai oleh setiap ahli

payung terjun 10 Para. Gelaran ini diberi sempena memperingati pengorbanan pegawai dan anggotanya sepanjang penubuhan pasukan ini.sayap ini juga diguna pakai oleh anggota 69 Komando Pasukan Gerakan Khas PDRM.

• Genggaman PARA • Melambangkan gabungan lima jari dalam satu genggaman. Ianya

melibatkan kesatuan kepimpinan dan disiplin anggota 10 Para sama ada dari peringkat atasan hinggalah ke peringkat bawahan. Kesemua jari mempunyai maksudnya yang tertentu. Ibu jari mewakili Pegawai Tinggi Rejimen, jari telunjuk mewakili Kolonel Rejimen atau Pegawai Memerintah, jari hantu mewakili pegawai berpangkat RSM, KSM dan PTT kanan, jari manis mewakili PTT Rendah dan jari kelingking mewakili anggota pangkat rendah. Genggaman menunjukkan maksud semangat bersatu hati dikalangan warga 10 Briged Para didalam melaksanakan setiap tugas dan tanggungjawab yang diberikan.

Page 18: 10 BGD PARA

Latihan

Page 19: 10 BGD PARA

Anggota-anggota elit 10 Briged Para semasa operasi menggempur lokasi pengganas semasa latihan Ops Pasir di Pulau Berhala, Sabah pada 13 November 2007. Anggota hadapan didapati bersenjatakan mesingan FN Minimi.

Page 20: 10 BGD PARA

• Mana-mana yang ingin menyertai pasukan ini dikehendaki lulus dalam ujian fizikal atau dikenali sebagai Latihan Semangat Waja sebelum layak memakai beret Pegasus dan Sayap Berdarah.

Page 21: 10 BGD PARA

• Latihan Semangat Waja ini terdiri daripada:1. Senaman perang2. Larian hutan berpaya3. Mara lasak sejauh 12 km4. Pelaksanaan serbuan khas5. Latihan 5 km bagi membolos dan

mengelakkan diri6. Latihan abseilling7. Latihan rapelling8. Junam selesa

Page 22: 10 BGD PARA

9. Jalan laju 22 kilometer10. Mendaki Gunung Ledang11. Ikhtiar hidup12. Pandu arah 33 km13. Berjalan lasak 65 km14. Mendayung perahu tempur sejauh 32 km15. Berlari sejauh 7 km16. Merentas desa

Page 23: 10 BGD PARA

17. Larian balak18. 32 kilometer bagi larian berpasukan19. Larian 42 kilometer20. Kawad tempur seksyen dan platun21. Kemahiran mengendalikan senjata

* Latihan yang ditunjukkan juga untuk ujian mental dan fizikal yang melayakkan diri seseorang itu untuk menyertai pasukan ini.

Page 24: 10 BGD PARA

• Latihan khas pula meliputi:1. Operasi pendaratan secara taktikal melalui

udara (TALO)2. Latihan payung terjun3. Latihan tempur jarak dekat (CQC)4. Latihan penerjun bebas (HALO/HAHO)5. Kursus penembak tepat6. Kepakaran menggunakan bahan letupan7. Kebolehan menembak8. Menembak pantas

Page 25: 10 BGD PARA

• Setelah berjaya menamatkan kursus, upacara pemakaian Beret Merun dan Sayap Berdarah kepada pegawai dan anggota akan disempurnakan oleh Panglima 10 Briged Para.

Page 26: 10 BGD PARA

Kelengkapan

Page 27: 10 BGD PARA

Pistol Senapang Patah

Submesingan Raifal/Karbin Sniper Rifles Mesingan

Beretta M92F/S Remington M870

HK MP5SD2 Colt M4A1 SOPMOD Block 1

Accuracy International PM

FN MAG

Browning HP Mk. 3

HK MP5SD3 Colt M16A1 Model 653

Macmillan M96 FN Minimi

Colt M1911A1 Steyr AUG (tamat perkhidmatan)

HK 11A1

Glock 17

HK P9S

HK Mark 23

HK USP9

SIG SAUER P226

SIG P2022

Vektor SP1

Senjata

Page 28: 10 BGD PARA

Data Senjata Pelancar Roket Dan Grened

Pelancar Grened

Negara Anti Kereta Kebal

Negara Pertahanan Udara

Negara

M203 Amerika Syarikat

At-4 Sweden Starburst United Kingdom

M79 Amerika Syarikat

Carl Gustav Recoilless rifle

Sweden SA-16 Igla 9K310

Rusia

Milkor MGL Amerika Syarikat

M72 LAW Amerika Syarikat

Misil Anza Mk. II

Pakistan

Eryx SRAAW Perancis Blowpipe United Kingdom

Page 29: 10 BGD PARA

Pistol separa automatik buatan Itali ini iaitu Beretta M92FS merupakan salah satu pistol yang amat popular dalam inventori tentera di seluruh dunia. Dengan menggunakan peluru 9mm, Beretta M92FS mampu memberikan tembakan yang jitu kepada sasarannya.

Page 30: 10 BGD PARA

FN Browning High Power Mark III, Beretta M92FS dan Vektor SP1 adalah antara pistol-pistol semi automatik yang ada dalam inventori pasukan payung terjun, 10 Briged Para.

Page 31: 10 BGD PARA

Bukan sahaja digunakan oleh pasukan Rejimen Gerak Khas, karbin tempur Colt M4A1 turut juga berkhidmat kepada anggota pasukan 10 Briged Para. Karbin Tempur Colt M4A1 dengan aksesori SOPMOD Block 1 menjadi pilihan Sang Beret Merun.

Page 32: 10 BGD PARA

Anggota Batalion Elit ke-8 Rejimen Renjer Diraja (Para) dengan karbin Colt M4A1 dilengkapi dengan sistem SOPMOD yang terdiri daripada pejera optik dari jenis Aimpoint CompM4.

Page 33: 10 BGD PARA

Colt M16A1 Model 653 menjadi raifal tempur kegemaran anggota 10 Briged Para. Ini kerana saiznya yang lebih kompak dan pendek berbanding raifal tempur Colt M16A1.

Page 34: 10 BGD PARA

Mesingan 5.56mm FN Minimi buatan Belgium ini merupakan mesingan yang amat popular dalm inventori pasukan khas Angktan Tentera di Malaysia mahupun pasukan-pasukan khas di luar negara. Terdapat dalam bentuk Para iaitu udi senjata yang boleh diubah, mesingan ini adalah yang paling popular di kalangan 10 Briged Para.

Page 35: 10 BGD PARA

Pelancar roket anti kereta kebal Eryx buatan negara Perancis ini adalah yang digemari oleh pasukan 10 Briged Para kerana faktornya yang mudah digunakan.

Page 36: 10 BGD PARA

Pelancar roket AT-4 ini dapat digunakan untuk menghancur kereta kebal sekaligus kubu musuh. Ianya mudah dikendalikan dan mempunyai kaliber yang bersaiz 84mm.

Page 37: 10 BGD PARA

Antara pelancar grenad yang paling lama berkhidmat dalim inventori Tentera Darat Malaysia. Dapat digabungkan dengan raifal M16 sebagai senjata tambahan dan digunakan untuk membunuh musuh dalam kelompok serta memusnahkan kubu musuh. Menggunakan grenad 40mm.

Page 38: 10 BGD PARA

Pelancar grened Milkor MGL merupakan pelancar grened yang boleh menggunakan pelbagai jenis grened 40mm dari grened latihan (training round) sehingga ke grened HEDP (High Explosive Dual Purpose).

Page 39: 10 BGD PARA

Anti Aircraft Rocket Launcher, Anza Mk.II merupakan pelancar roket yang boleh dikatakan serupa dengan pelancar roket anti pesawat FIM-92 Stinger buatan Amerika Syarikat mampu memberikan ‘sengatan yang berbisa’ kepada sasarannya.

Page 40: 10 BGD PARA

SA-16 Igla adalah senjata anti pesawat yang telah memberikan perkhidmatan yang baik kepada Angkatan Darat menerusi Twin Igla Anti Aircraft Rocket Launcher yang ditembak daripada kenderaan jenis VAMTAC yang juga sedang berkhidmat dengan Tentera Darat Malaysia.

Page 41: 10 BGD PARA

Komposisi 2008

Page 42: 10 BGD PARA

• Pada Ogos 2006, 10 Para berpangkalan di Kem Terendak, Melaka dan terdiri daripada:

• 3 Batalion Elit Para: – Batalion ke-8 Rejimen Renjer Diraja (Para)– Batalion ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para)– Batalion ke-9 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para)

• Rejimen Artileri Diraja – Rejimen Pertama Artileri Diraja (Para)

Page 43: 10 BGD PARA

• Skuadron Kereta Perisai – Skuadron Armor Diraja (Para) • dilengkapi dengan senjata Alvis Scorpion buatan British

dengan 90mm Cockerill Mk III gun dan Stormer APCs dengan 20 mm Oerlikon Contraves guns. Skuadron kereta perisai dikenali sebagai Skuadron "B" Armor ke-11 dan dihantar sebagai komponen kepada 10 Para pada tahun 1992.

Page 44: 10 BGD PARA

• unit sokongan meliputi – Kompeni Bantuan (Para)– 10 Skuadron Semboyan Diraja (Para)– Kor Polis Tentera Diraja (Para)– 361 Bateri Rejimen Artileri Diraja PU (Para)– Kor Kesihatan Diraja (Para)– 10 Komp Kor Perkhidmatan Diraja (Para)– 10 Komp Ordnan Diraja (Para)– 10 Skuadro Askar Jurutera Diraja (Para)– 10 Kompeni Workshop Medan (Para)– Platun Pandura

Page 45: 10 BGD PARA

Kereta kebal ringan Alvis Stormer buatan British ini semestinya menjadi kereta perisai pilihan pasukan 10 Briged Para. Dilengkapi dengan senjata 90mm Cockerill, Alvis Stromer mampu melumpuhkan kubu-kubu musuh sekaligus kenderaan ringan musuh.

Page 46: 10 BGD PARA

Tokoh 10 Briged Para

Page 47: 10 BGD PARA

• Brigedier Jeneral Dato' Suhaimi bin Mohd Zuki• Kolonel Hasagaya bin Abdullah• Leftenan Kolonel Lim Kiat Choy• Lt Kol Hamdan bin Ismail• Kapten Hajazi bin Kamis• Kapt Norhisham bin Md. Rahani• Leftenan Noor Suhana binti Sanusi• Pegawai Waran II Isa bin Ahmad Idris• Pegawai Waran II Setia bin Abdullah• Sarjan Nasarudin bin Mat Napiah (meninggal dunia pada 8 Disember, 2006)• Sarjan Jamaluddin bin Isnin• Koperal Budi Jery bin Ismail• Koperal Wanita Nurul Azliza binti Nazri• Lans Koperal Wanita Nor Lalilati binti Haron• Lans Koperal Wanita Anismah binti Tapa• Prebet Wanita Roslinawati binti Maydin• Prebet Wanita Siti Rashidah binti Mohd. Amin

Page 48: 10 BGD PARA

Trivia• Selain Briged Jeneral Suhaimi, terdapat beberapa

pemimpin berjaya dilahirkan oleh Briged ini. Antaranya ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato' Muhammad Ismail Jamaluddin dan Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato' Masood Zainal Abidin dan Panglima 1 Divisyen, Leftenan Jeneral Dato' Muhammad Effendi Mustaffa. 10 Briged Para yang mempunyai taraf sebagai pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia ini bukan sahaja disertai oleh golongan lelaki, malahan juga turut dianggotai oleh paratruper wanita.

Page 49: 10 BGD PARA

Operasi• Pada tahun 2000, 10 PARA terlibat dalam

operasi Ops Pasir di Sabah untuk menentang pencerobohan pengganas daripada kumpulan militan daripada Filipina daripada mencerobohi perairan Malaysia. Kumpulan ini terdiri dari Batalion Infantri Para. Pada bulan Mei 2006, 209 anggota daripada 10 PARA dihantar ke Timor Leste dalam Operasi Astute.

Page 50: 10 BGD PARA

Operasi-operasi lain

Operasi Negara TahunMalaysian Medical Team (MASMEDTIM), Chaman

Pakistan

MASMEDTIM, Kashmir PakistanMASMEDTIM, Acheh IndonesiaOperasi PADANAN SIPADAN ISLAND RESORT (Ops Pasir) Malaysia 2006

Operasi Astute Timor Leste 2006MALCON-UNIFIL 2007 Lubnan 2007Insiden Genting Sempah Malaysia 2007

Page 51: 10 BGD PARA

TAMAT