10 - Kkd2063 - Unit 7 - Aplikasi Nilai Person Ali Ti Bitara 1-3

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/6/2019 10 - Kkd2063 - Unit 7 - Aplikasi Nilai Person Ali Ti Bitara 1-3

    1/16

    Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 97

    UNIT 7

    APLIKASI NILAI BITARA UPSI:

    INTEGRITI, PROFESIONAL DAN SEMANGAT BERPASUKAN

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

    1. Menerangkan nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan.

    2. Membincangkan petunjuk-petunjuk dalam nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan

    Semangat Berpasukan.

    3. Mengaitkan nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan dalam

    Pembangunan Sahsiah guru.

    7.1 PENGENALAN

    A man is, but the product of his thoughts what he thinks, he becomes

    Manusia adalah produk daripada pemikirannya. Apa yang difikirannya, itulah jadinya

    (Mahatma Gandhi, 1869 1948)

    Melihat sejenak daripada pernyataan di atas, apakah yang dapat anda fahami?

    Pernyataan ini boleh dikaitkan dengan kepentingan mempelajari nilai-nilai yang

    membentuk personaliti Bitara. Nilai-nilai Bitara yang terdiri daripada integriti, profesional, semangatberpasukan, berorientasikan pelanggan, prihatin kebajikan anggota serta kreatif dan inovatif dapat

    melahirkan individu yang bersahsiah tinggi dan mempunyai semangat jati diri yang kental.

    ita sudah maklum bahawa manusia memainkan peranan penting dalam menggerakkan sesuatu

    sistem. Sekiranya manusia tidak mempunyai kecekapan yang diperlukan, sesuatu sistem tersebut

    tidak akan berjaya mencapai objektifnya walau sebaik mana sistem itu. Dalam konteks ini, sebuah

    institusi persekolahan tidak akan maju sekiranya barisan gurunya tidak mempunyai kecekapan dan

    kemahiran yang diperlukan. Guru mestilah menanamkan nilai-nilai yang tinggi di dalam diri mereka supaya

  • 8/6/2019 10 - Kkd2063 - Unit 7 - Aplikasi Nilai Person Ali Ti Bitara 1-3

    2/16

    Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 98

    profesionalisma dan kredibiliti mereka sebagai warga akademik dapat dikekalkan dan dimantapkan. Nilai-

    nilai tinggi ini juga mampu membantu menaikkan tahap kreativiti dan inovasi anda dengan melahirkan idea-

    idea baru sama ada dalam sistem, adat, kaedah dan lain-lain. Bagaimanakah nilai-nilai ini terbentuk?

    .

    Rajah 7.1 Pembentukan nilai

    Rajah 7.1 menggambarkan pembentukan nilai daripada faktor-faktor pendidikan, latihan, ekonomi, budaya,

    pengalaman, kepercayaan, masyarakat dan persekitaran. Faktor kepercayaan misalnya menerangkan

    kepercayaan kepada agama yang dianuti, tidak kiralah sama ada agama Islam, Buddha, Kristian atau

    Hindu yang memberi penekanan untuk menjadi individu yang bermoral tinggi dan tidak melakukan

    perlakuan yang boleh mendatangkan bahaya dan kejahatan kepada individu yang lain. Pernahkan anda

    mendengar pepatah melayu orang dahulu kala pengalaman mematangkan kita? Pengalaman

    sememangnya memberikan kita ilmu yang kebanyakannya tidak dipelajari di sekolah. Antara faktor-faktor

    pembentukan nilai tersebut, yang manakah paling banyak menyumbang dalam membentuk nilai peribadi

    anda? Apakah faktor-faktor lain yang turut menyumbang dalam membentuk nilai diri anda?

  • 8/6/2019 10 - Kkd2063 - Unit 7 - Aplikasi Nilai Person Ali Ti Bitara 1-3

    3/16

    Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 99

    Sebelum memulakan pengajaran dalam mengenali personaliti Bitara ini, mari kita tentukan

    apakah personaliti anda. Kenal pasti personaliti anda dengan menggunakan soal-selidik

    Jung Typology Test dengan melawati laman web di alamat http://www.humanmetrics.com/cgi-win/JTypes2.asp. Selepas anda selesai, refleksi dapatan anda dengan menjawab soalan berikut:

    a. Adakah keputusan yang diperoleh konsisten dengan bagaimana anda melihat diri anda sendiri?

    b. Adakah dapatan tersebut dapat membantu anda dalam membaiki sikap personaliti anda?

    7.2 APA ITU BITARA?

    itara membawa maksud unik, unggul, tiada tolok bandingannya dan lain dari yang lain. UniversitiPendidikan Sultan Idris (UPSI) menggariskan 6 nilai yang membentuk personaliti Bitara yang mesti

    dimiliki oleh staf dan juga para pelajarnya. 6 nilai yang telah dinyatakan tadi ialah: integriti,

    profesional, semangat berpasukan, berorientasikan pelanggan, prihatin kebajikan anggota dan bersikap

    kreatif dan inovatif.

    Rajah 7.2 Nilai-nilai yang membentuk personaliti Bitara UPSI

    B

  • 8/6/2019 10 - Kkd2063 - Unit 7 - Aplikasi Nilai Person Ali Ti Bitara 1-3

    4/16

    Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 100

    7.3 VISI DAN MISI UPSI

    Rajah 7.3 Misi dan visi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

    ilai-nilai Bitara dapat memantapkan dan menyokong misi dan visi UPSI seperti yang tertera di dalam

    rajah di atas. Untuk mencapai misi di atas, UPSI berazam dan beriltizam:

    a. Mengutamakan keikhlasan intelek dan kejujuran sikap dalam aktiviti meneroka sambil menyoal

    kembali kebenaran yang telah diterima selama ini bagi menjana, mengembang dan memperdalam

    ilmu

    b. Mewujudkan kesinambungan sumbangan yang berterusan bagi membangun dan memperkaya

    ilmu terutamanya menerusi bahasa Melayu dalam pelbagai bidang

    c. Menatar dan berkongsi ilmu melalui aktiviti-aktiviti kesarjanaan, termasuk perangkaian maklumat,

    pendidikan, penerbitan dan perundingan dalam dan luar negara

    d. Membina potensi individu bagi menjadikannya berilmu, berketerampilan, berbakat tinggi, berakhlak

    mulia dan bersemangat patriotis

    e. Menggerakkan komunitinya supaya lebih prihatin betapa perlunya mereka menyumbang khidmatkepada masyarakat dan negara, terutama ke arah pemupukan semangat patriotis dan nasionalisis

    untuk membina sebuah bangsa Malaysia dan menyumbang kepada kesejahteraan sejagat.

    (dipetik daripada laman web rasmi Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2011)

    N

    Misi Universiti

    Menjana dan menatar ilmu menerusi pengajaran, penyelidikan,

    penerbitan, perundingan dan khidmat masyarakat, dalam konteks

    pembangunan insan untuk mencapai wawasan negara.

    Visi Universiti

    Menjadi Universiti yang bitara, cemerlang dalam kepimpinan

    pendidikan berlandaskan kegemilangan sejarah serta menerajuiperubahan global.

  • 8/6/2019 10 - Kkd2063 - Unit 7 - Aplikasi Nilai Person Ali Ti Bitara 1-3

    5/16

    Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 101

    Di dalam unit 7 ini, tiga nilai Bitara akan diterangkan dengan mendalam manakala tiga nilai lagi akan

    dibincangkan dalam modul 8. Secara ringkasnya, nilai-nilai ini Bitara ini dapat diterangkan seperti dalam

    rajah di bawah.

    Rajah 7.4 Nilai Bitara Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan

    7.4 APA ITU NILAI BITARA UPSI 1: INTEGRITI?

    ntegriti adalah suatu kualiti yang dimiliki secara konsisten bagi mendokong prinsip moral tinggi atau

    tahap profesionalisma. Ianya merupakan satu kesatuan yang tidak boleh dipisahkan, yang sempurna

    dan tidak boleh dirosakkan. Secara ringkasnya, ia adalah suatu pemilikan kualiti yang konsistenI

  • 8/6/2019 10 - Kkd2063 - Unit 7 - Aplikasi Nilai Person Ali Ti Bitara 1-3

    6/16

    Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 102

    Sebagai contoh, amalan belajar adalah sebahagian daripada ibadah kita umat Islam di mana

    sesungguhnya setiap amal itu bermula dengan niat. Segala pemikiran, amalan dan tingkah laku ialah

    ibadah jika dilakukan dengan niat kerana Allah S.W.T. Intailah keredhaan Tuhan setiap masa. Ini jugatermaktub di dalam perkara pertama Rukun Negara kita iaitu Kepercayaan kepada Tuhan yang perlu

    dipatuhi oleh semua rakyat Malaysia. Ibadah juga membawa maksud membuat segala perkara yang baik

    dalam kehidupan seharian. Kita mestilah ingat bahawa Tuhan melihat kita setiap masa, oleh itu kita jangan

    sekali-kali melakukan perbuatan yang mungkar. Didiklah diri kita untuk meredhai semua ketentuan-Nya

    dan mengaturkan kehidupan mengikut sunnah nabi. Hindari segala keburukan, maksiat, kejahatan dan

    segala perlakuan yang merosakkan diri kita dan juga orang lain.

    Rajah 7.5 Nilai Integriti

    Sebagai ahli akademik dan guru, personaliti Bitara memainkan peranan penting untuk menjamin

    masa depan yang cemerlang di UPSI. Dalam membentuk personaliti Bitara ini, nilai integriti mempunyai

    empat petunjuk iaitu bersikap adil, amanah, akauntabiliti dan telus.

    Petunjuk Adil: Guru memulakan dan menamatkan kuliah tepat pada masanya dan dalam tempoh yang

    telah ditetapkan. Guru tidak menggunakan masa yang sepatutnya untuk mencuri tulang atau membuang

    masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berkaitan dengan hal akademik.

    Petunjuk Amanah: Bersikap amanah tentunya adalah dengan menyampaikan fakta yang benar dalam

    pembelajaran. Guru juga menjalankan perundingan dengan murid-murid mengikut jadual yang ditetapkan.

    Guru digalakkan supaya membuat jadual waktu mengandungi masa konsultasi yang telah ditetapkan dan

    memaklumkan masa tersebut kepada murid-murid. Dengan demikian, pihak guru dan murid-murid dapat

    mengaturkan sistem perundingan dengan lebih berkesan melalui perancangan yang telah ditetapkan. Guru

    juga tidak menciplak harta intelek orang lain dan menjaga serta menyayangi harta dan kemudahan

    universiti dengan amanah. Di Malaysia, menciplak harta intelek orang lain masih lagi dipandang remeh dan

    sekiranya dikenakan tindakan, hukuman yang dikenakan sangat minimum. Di negara yang sudah maju

    sistem akademiknya, menciplak harta intelek orang lain boleh dikenakan hukuman berat dan boleh

  • 8/6/2019 10 - Kkd2063 - Unit 7 - Aplikasi Nilai Person Ali Ti Bitara 1-3

    7/16

    Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 103

    digantung status profesion akademik seseorang. Sebagai contoh di Amerika Syarikat, untuk menggunakan

    soal selidik yang dibangunkan oleh ahli akademik yang lain, adalah wajib untuk meminta izin dan

    membayar sejumlah wang sebelum menggunakannya. Setelah persetujuan dicapai oleh kedua-dua pihak,soal selidik bolehlah digunakan tanpa adanya isu etika. Hal Ini juga sama dengan menggunakan isi-isi

    penting di dalam artikel individu yang lain di mana hasil kerja mereka haruslah diberi akreditasi jika tidak,

    kita akan dikenakan hukuman plagiarism. Ini juga selaras dengan tuntutan guru yang lain iaitu tidak

    menyalahgunakan kedudukan sebagai ahli akademik untuk kepentingan diri sendiri.

    Sepanjang pengalaman anda sebagai guru, kongsikan bersama pengalaman anda tentang sikap negatif ini

    sekiranya ada.

    Petunjuk Telus: Petunjuk seterusnya untuk nilai integriti ialah bersikap telus. Guru mestilah melaksanakan

    proses pelaksanaan (kursus dan praktikum) secara adil dan telus mengikut skema dalam tempoh masayang ditetapkan.

    Petunjuk Akauntabiliti: Guru juga harus mempamerkan sikap akauntabiliti dengan melaksanakan proses

    pengajaran dan pembelajaran mengikut rancangan instruksi yang ditetapkan. Sekiranya guru diarah

    menjalankan penyelidikan, ianya haruslah disempurnakan mengikut masa yang ditetapkan. Segala arahan

    dan peraturan daripada pihak institusi haruslah dipatuhi dan anda mestilah bertanggungjawab ke atas

    kesalahan yang dilakukan oleh diri sendiri dan tidak menyalahkan mana-mana pihak.

    Berikan sebab-sebab kenapa mempunyai semangat integriti itu penting dengan anda sebagai

    mahasiswa UPSI serta guru di sekolah.

    Mahasiswa UPSI Guru Sekolah

  • 8/6/2019 10 - Kkd2063 - Unit 7 - Aplikasi Nilai Person Ali Ti Bitara 1-3

    8/16

    Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 104

    7.5 APA ITU NILAI BITARA UPSI 2: PROFESIONAL?

    Apakah yang anda bayangkan sebelum menjejaki UPSI? Apa yang anda cita-citakan di sini?

    Rajah 7.6 Nilai Professional

    rofesional merujuk kepada kemampuan dan kemahiran dalam profesion serta melibatkan

    kemahiran dan kecekapan. Nilai ini membawa maksud melatih diri agar mencapai tahap

    kompetensi yang dikehendaki. Apakah tahap kompetensi yang dikehendaki dalam profesion

    anda? Tidak kiralah sebagai warga UPSI mahupun sebagai guru sekolah, anda haruslah

    menunjukkan minat yang mendalam untuk mempelajari perkara baru dan mengikuti sesi pembelajaran dan

    pengajaran dengan sepenuhnya. Hasil tugasan perlu meningkat secara berterusan. Tahukah anda bahawa

    hampir semua syarikat swasta kini memastikan setiap pekerja menghasilkan tugasan yang berterusan dan

    sekiranya tidak memenuhi piawaiannya, pekerja tersebut akan ditamatkan kontrak. Ini juga berlaku di

    syarikat-syarikat besar dunia seperti Google dan rangkaian terbesar Facebook. Facebook sebagaicontohnya memerlukan setiap pekerja berfikiran kreatif dan inovatif (petunjuk ini akan dibincangkan lebih

    mendalam di Modul 8) dengan menghasilkan idea pada aplikasi dan paparan yang bernas dari masa ke

    semasa. Hal ini demikian kerana mereka sedar bahawa dunia internet bertambah maju dan para pengguna

    akan berasa bosan sekiranya menggunakan aplikasi yang sama. Tentu anda sedar apabila laman

    sesawang Facebookanda kerap berubah dan aplikasinya juga makin bertambah.

    P

  • 8/6/2019 10 - Kkd2063 - Unit 7 - Aplikasi Nilai Person Ali Ti Bitara 1-3

    9/16

    Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 105

    Bagaimana anda ingin memastikan supaya hasil usaha anda sebagai guru bukan sahaja

    berterusan malah makin bertambah? Bincangkan idea-idea bernas anda ini di dalam forum

    myGurubersama rakan-rakan guru yang lain. Anda bukan sahaja dapat bertukar-tukar pendapat malahdapat mengenali rakan sekelas anda.

    Anda juga harus mahirkan diri anda dengan setiap tugasan. Ajar dan latih rakan-rakan anda yang belum

    mahir. Ajak mereka supaya kemahiran dapat ditingkatkan untuk memperkemaskan diri mereka dalam

    mengharungi dunia globalisasi kini. Rancang juga peningkatan usaha anda berterusan. Sekiranya hasil

    tugasan adalah di bawah standard, hentikan segera dan cuba baiki kesilapan dan kelemahan yang

    dilakukan. Kita diajar supaya tidak iri hati terhadap kelebihan orang lain. Tetapi, perasaan iri hati secara

    positif boleh meningkatkan kemahiran dan kecekapan kita. Jika orang lain boleh, kenapa kita tidak boleh?

    Tiada apa yang mustahil pada masa kini, semuanya dapat dicipta dengan berbekalkan usaha yang lebihdan semangat yang jitu. Pernahkan anda dengar pepatah orang Inggeris, impossible is only a word?

    Nilai profesional mempunyai empat petunjuk iaitu beretika, iltizam, cinta ilmu dan kompeten.

    Petunjuk Beretika: Guru mestilah sentiasa mengutamakan kepentingan organisasi. Berdasarkan konteks

    ini, organisasi adalah sekolah kita. Maruah guru yang lain sebagai rakan sekerja dan murid-murid juga

    mesti dijaga. Ini termasuk tidak mengaibkan markah murid-murid kepada umum dan tidak bercakap

    sumbang di belakang mereka. Ingatlah bahawa kita juga pernah menjadi seorang pelajar dan sudah pasti,

    segala maklumat peribadi yang memalukan kita, tidak mahu diketahui umum. What you give, you get

    back. Apa yang tidak mahu berlaku kepada orang lain, janganlah kita sekali-kali membuatnya.

    Petunjuk Iltizam: Bersikap iltizam atau komited adalah menjalankan tugasan dengan penuh semangat

    dan dedikasi. Skop tugasan guru adalah pengajaran dan pembelajaran. Tugasan ini perlu dirancang dan

    dilaksanakan dengan terperinci dan teliti. Guru perlu melaksanakan tugasan dan tanggungjawab dengan

    sepenuh hati tanpa mengira masa. Sebagai contoh, anda mungkin dikehendaki menjalankan aktiviti pada

    hujung minggu. Usahlah menganggapnya sebagai beban yang amat berat tetapi fikirkannya sebagai bukan

    selalu dan adalah sebahagian daripada tugas anda untuk menyampaikan ilmu kepada murid-murid anda.

    Pastikan juga potensi diri dapat dipupuk dan direalisasikan. Jadikan diri anda sebagai contoh dan teladan

    kepada rakan sekerja terutamanya murid-murid.

    Petunjuk Cinta Ilmu: Guru kini dikehendaki menjalankan penyelidikan dalam bidang tugas mereka. Maka

    penyelidikan haruslah dijalankan dengan sempurna di samping menghadiri sekurang-kurangnya dua

    wacana ilmu setahun untuk menghasilkan tugasan dalam pelbagai bentuk. Kaedah tugasan yang

    digunakan mestilah mengutamakan sumber maklumat. Berdasarkan cara ini, anda dapat melaksanakan

    strategi yang boleh membangunkan minda murid-murid dan diri sendiri. Pada era globalisasi ini, kita adalah

    life-long learner ataupun pelajar sepanjang hayat. Tidak kiralah sama ada di pihak pelajar ataupun

    pengajar, kita perlu menerapkan amalan ini dalam setiap langkah pekerjaan yang dilakukan. Rangkaian

    dengan rakan sekerja dan murid-murid juga dibina dan pastikan diri selalu membaca dan mencari sendiri

  • 8/6/2019 10 - Kkd2063 - Unit 7 - Aplikasi Nilai Person Ali Ti Bitara 1-3

    10/16

    Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 106

    maklumat. Anda perlu meningkatkan kualiti pencapaian anda dan menganggap tempat anda belajar dan

    berkhidmat sebagai tempat yang sempurna dalam mencari ilmu pengetahuan.

    Petunjuk Kompeten: Mempunyai sikap kompeten adalah dengan menyiapkan tugasan yang berkualiti dan

    efisyen dalam jangka masa yang ditetapkan. Anda juga harus mencapai tahap kecekapan dalam tempoh

    yang ditentukan. Sebagai contoh, memastikan pembelajaran yang disampai kepada murid-murid, dapat

    difahami dengan baik dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Anda juga digalakkan

    menyampaikan ilmu dan kemahiran baru kepada rakan sekerja dan murid-murid. Tidak semestinya anda

    sebagai guru hanya menggunakan rangka instruksi dan rangka kursus yang dahulu. Untuk memastikan

    pembelajaran anda adalah bersifat kontemporari dan sepanjang zaman, anda harus meningkatkan dan

    memperkemas diri anda dengan ilmu dan kemahiran baru yang relevan dengan tajuk pembelajaran anda.

    Adakah anda bersetuju dengan hujah petunjuk kompeten ini? Mengapa menguasai ilmu dan

    kemahiran baru adalah penting bagi diri anda?

    Cabaran kerjaya semakin meningkat dari semasa ke semasa. Sila isikan ruangan kosong

    pendekatan dulu dan cabaran kini untuk aspek kerjaya. Kemudian, bandingkan jawapan anda

    dengan jawapan di belakang. Selamat mencuba.

    Aspek Kerjaya Pendekatan Dulu Cabaran KiniTugasan Specialist

    Kemahiran Kerja Single-Skilling Multi-Skilling

    Beban Kerja Lagi Berat

    Rakan Kerja Ramai Berkurang

    Kaedah Kerja Kumpulan Sendiri

    Gaya Kepimpinan Empower

    Kepimpinan Ketua

    Situasi Kerja Merit

    Jadual 7 Pendekatan dulu dan kini dalam aspek kerjaya

    Bolehkah anda fikirkan bagaimana anda hendak memajukan diri anda dalam era globalisasi

    yang mencabar ini?

    A

  • 8/6/2019 10 - Kkd2063 - Unit 7 - Aplikasi Nilai Person Ali Ti Bitara 1-3

    11/16

    Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 107

    7.6 APA ITU NILAI BITARA UPSI 3 : SEMANGAT BERPASUKAN?

    Rajah 7.8 Nilai Semangat Berpasukan

    emangat berpasukan adalah sekelompok modal insan yang bekerja tolong-menolong di bawah

    satu kepimpinan, untuk mencapai suatu matlamat dalam jangka masa tertentu dan menggunakan

    kaedah tertentu. Setiap ahli kumpulan mestilah saling menghormati dan mengelak daripada

    bercakap buruk atau fitnah dibelakang antara satu sama lain. Amalkan sikap bekerjasama dalam membuat

    sesuatu keputusan dan bertolak-ansur antara ahli kumpulan. Dengan menganggap mereka sebagai ahli

    keluarga sendiri, ianya menjadi mudah untuk menegur secara hikmah rakan yang terpesong daripada

    norma kumpulan. Anda juga perlu mengingati setiap kebaikan rakan kumpulan dan sumbangan yang

    mereka berikan.

    Terdapat empat petunjuk untuk nilai semangat berpasukan iaitu muafakat, fokus matlamat, hormat-

    menghormati dan bangga UPSI.

    Petunjuk Muafakat: Mempunyai sikap muafakat dalam kerja berkumpulan dapat menyelesaikan masalah

    secara bersama. Dalam kalangan ahli rakan sekumpulan, salah faham dan prasangka dapat dielakkan.

    Galakkan dan bantuan juga dapat diberikan kepada rakan sekumpulan dalam meningkatkan pencapaian

    akademik. Selain itu, murid junior yang kurang pengalaman juga dapat dibimbing serta diberi peluangkepada mereka untuk turut serta dalam kegiatan akademik. Walaupun muridjuniortiada di dalam sesuatu

    kelas, anda sebagai guru boleh membantu murid-murid yang kurang pengalaman untuk terlibat dalam

    kumpulan yang lebih berpengalaman. Anda juga digalakkan untuk menyatukan murid-murid yang berlainan

    agama, bangsa dan budaya supaya persefahaman, budaya ilmu dan corak pemikiran dapat diintegrasikan.

    Pada pendapat anda, apakah kebaikan lain yang boleh menyokong kenyataan di atas? Sila

    berikan hujah anda dalam bentuk senarai ringkas dan muat naik jawapan anda di dalam

    myGuru.

    S

  • 8/6/2019 10 - Kkd2063 - Unit 7 - Aplikasi Nilai Person Ali Ti Bitara 1-3

    12/16

    Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 108

    Petunjuk Fokus Matlamat: Ahli kumpulan mestilah berkerjasama dalam melaksanakan tugas demi

    menaikkan reputasi UPSI. Visi dan misi UPSI seperti yang telah dibincangkan di atas, haruslah dipegang

    dan dilaksanakan oleh setiap staf dan pelajar. Matlamat jangka masa pendek dan panjang perlu dirancangdan ditetapkan sebagai satu langkah keberkesanan dalam pencapaian.

    Petunjuk Hormat-Menghormati: Sikap hormat-menghormati haruslah ditanamkan di dalam setiap ahli

    kumpulan untuk memupuk dan mengamalkan sikap saling mempercayai dalam kalangan rakan

    sekumpulan. Berikan penghormatan yang selayaknya kepada rakan kumpulan tanpa mengira usia,

    senioritydan tahun pengajian. Menghormati hak dan keistimewaan orang lain adalah sikap utama yang

    dapat menangani masalah konflik dan salah faham di dalam kumpulan. Anda sebagai guru juga, harus

    menghormati murid-murid dengan menggunakan bahasa yang sesuai, tidak menyalahgunakan kuasa dan

    memberikan penilaian yang sewajarnya. Penulis mempunyai pengalaman di Amerika Syarikat di managurunya sendiri mengucapkan maaf apabila kesalahan secara tidak sengaja dilakukan dan bertukar

    pendapat dengan pelajar dalam menjalankan aktiviti pembelajaran yang lebih efektif dan bermakna kepada

    pelajar. Perlu diingatkan bahawa murid-murid adalah pelanggan kita dan menjadi kewajipan kita untuk

    menyediakan perkhidmatan yang berkesan kepada mereka. Perkara ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut

    dalam modul 8.

    Rajah 7.9 Semangat berpasukan tanpa mengira etnik

    Petunjuk Bangga UPSI: Anda mestilah menanamkan sikap rasa bangga terhadap UPSI dengan

    mempromosi kehebatan dan pencapaian UPSI di bidang akademik kepada umum. Sebagai contoh, pelajar

    menguar - uarkan zaman kegemilangan Sultan Idris Teaching College pada tahun 1924 yang terkenal

    sebagai sebuah maktab yang melahirkan ramai tokoh-tokoh guru terkemuka seperti Zainal Abidin Ahmad

    atau lebih dikenali sebagai Zaba. Usaha membina peradaban bangsa menerusi penggunaan bahasa

  • 8/6/2019 10 - Kkd2063 - Unit 7 - Aplikasi Nilai Person Ali Ti Bitara 1-3

    13/16

    Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 109

    Melayu yang meninggikan bahasa ibunda juga dimulakan pada era ini. Anda juga harus memelihara dan

    mempertahankan imej nama baik UPSI dan berkongsi kejayan dan kegagalan dengan UPSI.

    7.7 APA ITU MODEL PEMBANGUNAN PASUKAN?

    odel Pembangunan Pasukan atau Team Developmental Model dibina oleh T.W. Tuckman pada

    tahun 1965. Model ini terdiri daripada empat tahap iaitu Pembentukan (Forming), Saat Kebenaran

    (Storming), Penerimaan (Norming) dan Pencapaian (Performing).

    Rajah 7.10 Model Pembangunan Berpasukan

    Model Pembangunan Berkumpulan ini membantu menjelaskan perkembangan dan tingkahlaku kumpulan

    bermula daripada tahap pembentukan sehingga matlamat kumpulan dicapai. Model ini juga menerangkan

    setiap langkah yang dibina adalah berdasarkan tahap terdahulu dan sebagai persiapan untuk langkah

    seterusnya. Cara-cara pembentukan keputusan, penyelesaian masalah dan tingkah laku kepimpinan

    dapat dilihat dengan mendalam melalui penggunaan model ini.

  • 8/6/2019 10 - Kkd2063 - Unit 7 - Aplikasi Nilai Person Ali Ti Bitara 1-3

    14/16

    Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 110

    7.8 BAGAIMANA UNTUK MENANAMKAN SIKAP INTERPERSONAL YANG TINGGI?

    ormati rakan sekumpulan anda kerana dia juga merupakan seorang manusia seperti anda yang

    tidak pernah mungkin lari daripada melakukan kesilapan. Hormati kelebihan dan akui

    kelemahannya. Tunjukkan sikap ambil berat anda kepada mereka dengan menganggap mereka

    sebagai ahli keluarga anda sendiri. Kenal pasti dan fahami masalah rakan kumpulan anda. Jika anda

    mempunyai kepakaran yang lebih dari rakan kumpulan yang lain, tunjukkan kaedah kerja yang sesuai.

    Tekankan kepada kaedah menjalankan tugasan untuk meningkatkan prestasi diri dan kumpulan dalam

    mencapai objektif. Sediakan Laluan Kerja atau Laluan Hidup untuk memastikan kelancaran kerja

    kumpulan masing-masing. Ikhlas terhadap segala tindak tanduk anda kepada rakan kumpulan.

    7.9 SETIA PADA ORGANISASI

    ebagai pelajar UPSI, anda seharusnya menunjukkan rasa setia dan sayang kepada UPSI. Elakkan

    daripada bercakap perkara negatif mengenai UPSI. Sekiranya terbit permasalahan atau konflik,

    adakan mesyuarat kerana komunikasi adalah kunci mencapai persefahaman. Ingat, UPSI adalah

    keluarga besar anda dan anda perlu mempertahankan maruah UPSI sepanjang masa.

    Apakah yang menyebabkan semangat berkumpulan itu penting bagi anda di peringkatkumpulan tugasan dan di peringkat mahasiswa UPSI?

    _____________________________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________________________

    S

  • 8/6/2019 10 - Kkd2063 - Unit 7 - Aplikasi Nilai Person Ali Ti Bitara 1-3

    15/16

    Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 111

    RUMUSAN

    1. Bitara bermaksud unik, unggul, lain dari yang lain dan tiada tolok bandingannya. Terdapat enam

    nilai yang membentuk personaliti Bitara UPSI. Integriti, profesional, semangat berpasukan,

    berorientasikan pelanggan, prihatin kebajikan anggota dan kreatif serta inovatif.

    2. Terdapat empat petunjuk untuk nilai integriti iaitu adil, amanah, telus dan akauntabiliti. Nilai ini

    adalah suatu kualiti yang dimiliki secara konsisten mendokong prinsip moral yang tinggi.

    3. Terdapat empat petunjuk untuk nilai profesional iaitu iltizam, cinta ilmu, kompeten dan beretika.

    Nilai ini merujuk kepada kemahiran dan kemampuan melaksanakan tanggungjawab di dalam

    profesion.

    4. Terdapat empat petunjuk untuk nilai semangat berpasukan iaitu muafakat, fokus matlamat,

    hormat-menghormati dan bangga UPSI. Nilai ini terbit apabila ahli kumpulan berkerjasama dalam

    satu kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat dalam jangka masa tertentu menggunakan

    kaedah tertentu.

    KATA KUNCI

    1. Nilai Personaliti Bitara 6. Menyampaikan dapatan

    2. Integriti

    3. Profesional

    4. Semangat Berpasukan

    5. Membuat kesimpulan

    PENILAIAN KENDIRI

    1. Dengan menggunakan perkataan sendiri, huraikan apa yang dimaksudkan dengan Bitara dan nilai-

    nilainya?

    2. Senaraikan empat petunjuk utama bagi integriti dan kesan yang akan dialami sekiranya tidak

    mempunyai semangat integriti yang kukuh.

    3. Jelaskan tahap-tahap Model Pembangunan Berkumpulan dan kepentingan setiap tahap kepada

    penubuhan kumpulan.

  • 8/6/2019 10 - Kkd2063 - Unit 7 - Aplikasi Nilai Person Ali Ti Bitara 1-3

    16/16

    Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 112

    RUJUKAN

    HumanMetrics. (1988). Jung Typology Test. Dimuat turun daripada http://www.humanmetrics.com/cgi-

    win/JTypes2.asp pada 10 Februari 2011.

    Oregon Small School Initiative (2010). Tuckmans Team Developmental Model. Dimuat turun daripada

    http://www.e3smallschools.org/ pada 10 Februari 2011.

    Universiti Pendidikan Sultan Idris (2011). Visi, Misi dan Matlamat. Dimuat turun daripada

    http://www.upsi.edu.my/ pada 10 Februari 2011.

    JAWAPAN

    Aspek Kerjaya Pendekatan Dulu Cabaran Kini

    Tugasan Specialist Generalist

    Kemahiran Kerja Single-Skilling Multi-Skilling

    Beban Kerja Berat Lagi Berat

    Rakan Kerja Ramai Berkurang

    Kaedah Kerja Kumpulan Sendiri Matriks

    Gaya Kepimpinan Kawal/ Selia Empower

    Kepimpinan Ketua Facilitator

    Situasi Kerja Jaminan Kerajaan Merit

    A