15
TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN (EDU3053) SHERLYNEE RADANI, G4.4 1.0 PERBEZAAN MODEL REKABENTUK PENGAJARAN Model rekabentuk pengajaran didefinisikan sebagai pembentukan spesifikasi pengajaran secara sistematik dengan menggunakan teori pengajaran dan pembelajaran untuk mempastikan pengajaran yang berkualiti (Berger, 1996). Ia adalah proses menganalisis keperluan dan matlamat pembelajaran dan juga pembentukan bahan serta aktiviti pengajaran; percubaan dan penilaian untuk semua pengajaran serta aktiviti pelajar Menurut Siemens (2002) pula, rekabentuk pengajaran didefinisikan sebagai satu proses sistematik yang menterjemah prinsip-prinsip asas pembelajaran dan juga pengajaran kepada rancangan untuk bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. Dala erti kata yang lain, rekabentuk pengajaran adalah satu pendekatan kepada perancangan bilik darjah yang menggabungkan penggunaan semua bahan dan sumber untuk membina aktiviti-aktiviti yang boleh membekalkan murid-murid dengan peluang untuk menguasai sesuatu standard pembelajaran. Terdapat dua rekabentuk pengajaran, iaitu model ADDIE dan model ASSURE yang biasa digunakan sebagai panduan merekabentuk pengajaran yang mengandungi elemen teknologi.

1.0 PERBEZAAN MODEL REKABENTUK PENGAJARAN · PDF fileRajah 1: Aspek perbezaan model rekabentuk pengajaran ADDIE dan ASSURE Model ADDIE diasaskan oleh Rosset (1987). Manakala model

  • Upload
    tranthu

  • View
    271

  • Download
    6

Embed Size (px)

Citation preview

TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN (EDU3053)

SHERLYNEE RADANI, G4.4

1.0 PERBEZAAN MODEL REKABENTUK PENGAJARAN

Model rekabentuk pengajaran didefinisikan sebagai pembentukan spesifikasi

pengajaran secara sistematik dengan menggunakan teori pengajaran dan

pembelajaran untuk mempastikan pengajaran yang berkualiti (Berger, 1996). Ia

adalah proses menganalisis keperluan dan matlamat pembelajaran dan juga

pembentukan bahan serta aktiviti pengajaran; percubaan dan penilaian untuk semua

pengajaran serta aktiviti pelajar

Menurut Siemens (2002) pula, rekabentuk pengajaran didefinisikan sebagai

satu proses sistematik yang menterjemah prinsip-prinsip asas pembelajaran dan

juga pengajaran kepada rancangan untuk bahan-bahan pengajaran dan

pembelajaran.

Dala erti kata yang lain, rekabentuk pengajaran adalah satu pendekatan

kepada perancangan bilik darjah yang menggabungkan penggunaan semua bahan

dan sumber untuk membina aktiviti-aktiviti yang boleh membekalkan murid-murid

dengan peluang untuk menguasai sesuatu standard pembelajaran. Terdapat dua

rekabentuk pengajaran, iaitu model ADDIE dan model ASSURE yang biasa

digunakan sebagai panduan merekabentuk pengajaran yang mengandungi elemen

teknologi.

Rajah 1: Aspek perbezaan model rekabentuk pengajaran ADDIE dan ASSURE

Model ADDIE diasaskan oleh Rosset (1987). Manakala model ASSURE pula

diasaskan oleh Heinich, Molanda, dan Rusell (1989).

Menurut Brooks-Young (2009), model ADDIE berfokuskan kepada lima

komponen yang boleh digunakan untuk merancang pembelajaran secara sistematik.

Model ASSURE, iaitu model yang berskala kecil, memberi fokus kepada rekabentuk

pengajaran kelas (the design of classroom instruction) dan digunakan sebagai

panduan kepada merancang penggunaan media dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran.

ASPEK PERBEZAAN

Pengasas

Fokus

Penilaian

Jenis-jenis peringkat

Model ADDIE merupakan satu pendekatan bersistem pada kerja penerbitan

bahan atau perisian. Manakala model ASSURE pula adalah model reka bentuk

berorientasikan bilik darjah yang merupakan model reka bentuk pengajaran yang

berskala kecil yang tertumpu kepada perancangan bagi suatu mata pelajaran.

Menurut Walker-Tileston (2006), satu perbezaan yang ketara antara kedua

model ini adalah penilaian (evaluation) dilakukan pada peringkat yang terakhir bagi

model ASSURE tetapi bagi model ADDIE pula, penilaian dilakukan pada setiap

peringkat dan juga pada akhir peringkat model ini.

Model ADDIE terdiri daripada lima langkah ataupun peringkat yang perlu

dipatuhi, iaitu analysis (analisis), design (reka bentuk), development (pembangunan),

impelementation (pelaksanaan), dan evaluation and revise (penilaian dan semak

semula).

Manakala model Model ASSURE terdiri daripada enam langkah, iaitu analisis

pelajar (analyse learner) yang mana guru perlu mengenal pasti dan menganalisis

ciri-ciri murid. Maklumat ini dapat membantu guru untuk membuat keputusan

semasa merancang pengajaran guru. Kemudian, menyatakan objektif pembelajaran

(state learning objectives) supaya perubahan tingkah laku yang ditunjukkan murid

dapat dikenal pasti berdasarkan pemerhatian yang dilakukan. Setelah itu, kaedah,

media dan bahan (select methods, media and materials) dipilih untuk membantu

mencapai matlamat atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah

ditetapkan. Seterusnya, gunakan media dan bahan (utilise media and material), dan

dorong penglibatan pelajar (require learner participation). Akhir sekali, penilaian

dilakukan untuk menilai pencapaian murid serta keberkesanan strategi dan bahan-

bahan pengajaran (evaluate and revise) (Smaldino, Lowther, dan Russell, 2012).

Maka, guru dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan yang didapati setelah

melakukan penilaian terhadap pengajaran yang telah dilakukan.

Rajah 2: Model ADDIE

Rajah 3: Model ASSURE

Analysis

Design

Development Implementation

Evaluation

Analyse Learner

State Objectives

Select method, media or materials

Utilize media and materials

Require learner

participation

Evaluate and revise

Menurut Smaldino, Lowther dan Russell (2012), salah satu kebaikan model

ADDIE adalah penambahbaikan yang berterusan boleh dibuat berasaskan maklumat

yang dikumpul. Model ini juga dapat membantu menyelesaikan masalah sebaik

sahaja masalah tersebut dikenal pasti, lantaran, menjimatkan masa guru dalam

proses pengajaran dan pembelajaran.

Model ASSURE pula menghubungkan para guru dengan murid-murid mereka,

maklumat profesional, bahan-bahan untuk membantu dalam pengurusan maklumat

mahupun pengajaran, dan sistem untuk membantu guru-guru meningkatkan

kompetensi mereka.

2.0 TUGASAN 3: PENULISAN AKADEMIK

Pembelajaran Abad ke-21

Pembelajaran adalah pembentukan pengetahuan, kemahiran atau tingkah

laku yang baru apabila individu berkenaan berinteraksi dengan pengetahuan dan

alam sekelilingnya (Donovan & Bransford, 2005). Pembelajaran di sekolah

memerlukan guru untuk membuat pilihan bagi mempastikan pembelajaran berlaku

terutamanya apabila mengintegrasikan teknologi dan media di dalam satu sesi

pengajaran dan pembelajaran.

Donovon dan Bransford (2005) mencadangkan agar para guru memahami

setiap ciri-ciri yang ada dalam diri setiap murid untuk menyediakan pengalaman

pembelajaran yang berkualiti bagi mereka. Teknologi digunakan untuk membantu

dalam kedua-dua aspek pengajaran dan pembelajaran, yang mana menginfusikan

bilik darjah dengan alat pembelajaran secara digital, seperti komputer,

mengembangkan pengalaman pembelajaran, bahan-bahan pembelajaran,

menyokong pembelajarn dalam masa dua puluh empat jam sehari, dan tujuh hari

seminggu, membina kemahiran alaf-21, meningkatkan penglibatan dan motivasi

murid, dan mempercepatkan pembelajaran. Teknologi juga berupaya untuk

mentransformasikan pengajaran dalam model pengajaran secara berhubungan.

Model ini menghubungkan para guru dengan murid-murid mereka, maklumat

profesional, bahan-bahan untuk membantu dalam pengurusan maklumat mahupun

pengajaran, dan sistem untuk membantu guru-guru meningkatkan kompetensi

mereka.

Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Muzik

Sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025),

Anjakan Transformasi yang ketujuh bermatlamat untuk memanfaatkan ICT bagi

meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Oleh yang demikian, penggunaan

ICT ataupun teknologi amatlah penting dalam setiap mata pelajaran yang diajarkan

di sekolah termasuklah Pendidikan Muzik. Sebagai contoh, guru menggunakan

kaedah demonastrasi untuk mengajar permainan alat perkusi. Maka, guru boleh

menayangkan video tutorial permainan alat perkusi.

Penggunaan teknologi canggih pada masa kini banyak membantu para guru

dalam memberi maklumat, membuat penerangan, menguji dan menilai pemahaman,

menyelesaikan masalah dan juga perbincangan. Satu kaedah pengajaran yang

boleh guru gunakan untuk mengajar murid-muridnya adalah melalui tutorial video.

Sebagai contoh, guru mengajar permainan alat perkusi dengan menunjukkan video

tentang postur dan cara bermain yang betul.

Dalam kelas Pendidikan Muzik, guru menggunakan pendekatan yang

pelbagai untuk mengajar murid-murid tentang sesuatu topik muzik. Antara

pendekatan yang digunakan adalah Pendekatan Kodály, Kaedah Orff dan juga

Pendekatan Dalcroze (Choksy & et. al, 2001). Sebagai contoh, guru menggunakan

aplikasi lagu iringan (accompaniment software) untuk mengiringi aktiviti pergerakan

murid.

Dalam pada itu, guru memberi peluang kepada murid untuk melakukan aktiviti

eksplorasi supaya murid dapat mencari idea baru serta meluahkan perasaan mereka

melalui kreativiti masing-masing. Salah satu yang guru boleh lakukan adalah dengan

mengintegrasikan penggunaan teknologi dengan permainan-permainan alat perkusi.

Pertama sekali, murid-murid akan memainkan alat perkusi mereka dengan pelbagai

cara. Setelah itu, guru boleh menggunakan kemudahan internet dan melakukan

pencarian terhadap permainan alat perkusi yang betul. Melalui cara ini, murid-murid

mendapat keseronokan diri kerana mereka diberi peluang untuk memainkan alat

perkusi mereka dan tidak takut jika salah ataupun tidak.

Selain itu, penggunaan teknologi juga mampu meningkatkan tempoh kanak-

kanak memberi tumpuan terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran. Semasa guru

melaksanakan set induksi, guru boleh menggunakan alat teknologi untuk menarik

perhatian murid. Sebagai contoh, guru akan memancarkan slaid daripada Liquid

Crystal Display (LCD) tentang

Penggunaan teknologi juga dapat memudahkan para murid serta guru untuk

mengakses maklumat atau pembelajaran secara dalam talian. Pembelajaran secara

atas talian membuka kepada peluang dan akses kepada bahan-bahan pendidikan

secara terbuka dan meningkatkan produktiviti atau keberkesanan pendidikan

dengan mempercepatkan kadar pembelajaran, mengurangkan kos bahan dan

menjimatkan masa guru. Salah satu faktor adalah kerana maklumat-maklumat yang

tidak didapati dalam buku mungkin dapat didapati melalui rangkaian internet.

Contohnya, guru boleh meminta murid untuk mencari maklumat tentang teori muzik.

Selain itu, kemudahan internet juga dapat memudahkan guru untuk menghubungi

guru-guru muzik di negara lain dan juga mencari mendapatkan pengetahuan

tambahan tentang topik Pendidikan Muzik yang akan diajarnya.

Selain itu, kemudahan teknologi juga memudahkan guru-guru Pendidikan

Muzik untuk menggubal ujian menggunakan teknologi. Ini bertujuan untuk

mempastikan kekemasan pada soalan serta meringankan beban guru. Guru tidak

perlu menulis semua notasi muzik pada soalan tetapi hanya menggunakan komputer

untuk menaip notasi muzik berikut. Dalam pada itu, murid boleh menjawab ujian

melalui komputer. Lantas, guru boleh menilai penguasaan murid terhadap topik yang

diajar terus melalui atas talian.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) telah menyenaraikan

enam ciri utama yang perlu ada dalam setiap murid untuk bersaing pada peringkat

global.

Rajah 4: Peta Pemikiran Ciri-ciri yang perlu ada dalam setiap murid

Sejajar dengan dengan Falsafah Pendidikan Kebagsaan, murid-murid perlu

dilengkapi dengan pengetahuan yang meluas bagi membolehkan mereka bersaing

pada peringkat antarabangsa. Salah satu cara guru merealisasikan hasrat tersebut

Ciri-ciri murid

Kemahiran Berfikir

Kemahiran Memimpin

Pengetahuan

Etika dan kerohanian

Identiti Nasional

Kemahiran Dwibahasa

adalah dengan cara menerapkan kemahiran-kemahiran tersebut dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

Rajah 5: Aspek dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Dalam menghasilkan sebuah sesi pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan, guru perlulah merancang bagaiamana guru sendiri boleh menggunakan

kepakaran sudah ada mereka dan mempertimbangkan cara untuk membuat mereka

menyelesaikan masalah, membentuk imaginasi, memori dan kemahiran berfikir

(Kennewell, Parkinson dan Tanner, 2003). Kanak-kanak boleh mempelajari

sesuatu melalui permainan dan guru boleh mereka aktiviti-aktiviti permainan yang

menggalakkan kanak-kanak untuk belajar muzik melalui permainan. Sebagai contoh,

apabila mempelajari teknik solfa menggunakan Pendekatan Kodály, guru boleh

menggunakan

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

(KBAT)

Menaakul

Teknik menyoal

Kreativiti Penyelesai

an masalah

Inkuiri

Cadangan Penambah baikan

Pihak sekolah dan para guru perlu terus-menerus menanda arasakan

pembelajaran abad ke-21 sehaluan dengan perubahan masyarakat terhadap inovasi

demi pekerjaan, komunikasi dan juga hiburan (Smaldino, Lowther & Russell,

2012). Maka, beberapa cadangan boleh digunakan guru untuk memperbaiki, di

samping meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Muzik di bilik darjah.

Guru boleh menggunakan model ASSURE untuk mengimplementasikan

teknologi dalam persekitaran pembelajaran abad ke-21. Model ASSURE ini dibina

untuk membantu para guru mencapai persekitaran dan keadaan bilik darjah abad

ke-21. Dengan mengikuti keenam-enam peringkat model ASSURE, iaitu

menganalisis pelajar, menyatakan objektif, memilih strategi, teknologi, media dan

bahan, menggunakan teknologi, media dan bahan, melibatkan penyertaan murid

dan menilai serta menyemak semulsa pengajaran dan pembelajaran, guru akan

mendapat sokongan dan panduan untuk membentuk, mengimplementasi, menilai,

dan menyemak semula pengajaran yang mengintegrasikan teknologi agar dapat

meningkatkan pembelajaran murid serta menyediakan mereka untuk profesion masa

hadapan.

Sementelahan itu, pakar ICT juga memainkan peranan penting dalam

penggunaan ICT di sekolah. Mere perlu sedar akan peranan untuk membangunkan

budaya ICT merentas kurikulum dengan memberi khidmat kepakaran dan sokongan

kepada para guru. Dengan demikian, guru lebih kompeten untuk mengajar muzik

menggunakan kemudahan teknologi.

Selain itu, guru boleh menggunakan Computer Assisted Instruction (CAI)

untuk membantu murid dalam pembelajaran murid terutamanya dalam kemahiran

aural. Apabila murid selesai melakukan aktiviti muzikal, guru menggunakan

komputer untuk mengembangkan ataupun mengukuhkan pembelajaran yang baru

sahaja mereka lalui (Choksy & et. al, 2001). Misalnya, selepas membuat

persembahan dan mendengar secara teliti irama ataupun jeda, murid-murid boleh

mengeksplorasi secara aktif elemen-elemen tersebut melalui perisian komputer, dan

kemudian membezakan elemen baru tersebut dengan elemen yang lain.

Selain itu, pihak sekolah juga dicadangkan untuk mewujudkan satu kelas

pendidikan muzik yang boleh mereka gunakan untuk mengendalikan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran walaupun tanpa kehadiran guru di kelas tersebut. Di

bilik tersebut, murid-murid boleh berkomunikasi dengan guru mereka melalui video

conferencing. Ini merupakan cara yang sesuai untuk memantau perlakuan murid-

murid ketika guru tiada (Choksy & et. al, 2001). Misalnya, murid-murid boleh

mempersembahkan persembahan mereka melalaui video secara langsung. Oleh

Gambar 1: Fail MIDI boleh memainkan notasi muzik untuk murid-murid

yang demikianm guru dapat meninjau perilaku murid walaupun semasa guru

tersebut tidak berada di dalam kelas.

Penambahbaikan juga dengan guru menggunakan kemudahan teknologi

secara optimum. Guru perlu memberi peluang kepada murid-murid untuk mencipta

lagu secara digital dan bukan hanya menggunakan buku manuskrip. Salah satu cara

adalah dengan mencipta audio melalui program radio, iaitu MIDI (Musical Instrument

Digital Interface). Penggunaan teknologi ini memberi peluang kepada para murid

untuk mencipta muzik dengan memberi fokus kepada idea muzikal dan bukan hanya

memainkan alat muzik secara mekanikal dan notasi muzik sahaja.

Seterusnya, guru juga perlu mendedahkan penggunaan teknologi kepada

murid-murid terutamanya menggunakan aplikasi perisian sintesis digital (digital

synthesizer). Dengan perisian ini, murid-murid dapat mencipta dan menggubah

muzik asli, program radio, dan bahan-bahan untuk portfolio mereka. Mereka boleh

menghasilkan persembahan audio menggunakan perisian yang menghasilkan kerja

seperti seorang ahli muzik profesional. Selain itu, guru juga dapat menilai nilai

estetika dan pengahyatan murid terhadap muzik melalui hasil murid-muridnya.

Dalam pada itu, guru juga boleh menggunakan strategi pengajaran melalui

aktiviti yang dilakukan secara berkumpulan dan berkolaboratif

Kesimpulan

Tuntasnya, penggunaan teknologi amat membantu guru dalam pengajaran

mata pelajaran Pendidikan Muzik. Guru perlulah kompeten dalam hal ini agar

persekitaran pembelajaran abad ke-21 dapat dicapai, meningkatkan keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya melahirkan murid-murid yang

berdaya saing dan seimbang secara holistiknya.